Selasa, 31 Mei 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Jerman Tutup Semua Loji Nuklear 2022

Posted: 31 May 2011 12:15 AM PDT

KOMBINASI gambar menunjukkan loji tenaga nuklear Jerman yang akan ditutup menjelang 2022

BERLIN: Jerman menjadi kuasa besar industri pertama dunia yang bersetuju mengakhiri penggunaan tenaga nuklear menjelang 2022 selepas melihat bencana nuklear yang berlaku di Jepun akibat gempa bumi dan tsunami.

Menteri Alam Sekitar Norbert Roettgen mengumumkan keputusan itu awal semalam, yang dicetuskan krisis di loji nuklear Fukushima Daiichi di Jepun yang disifatkan sebagai tidak boleh dipulihkan.

"Selepas mesyuarat panjang, satu persetujuan dicapai kerajaan campuran ini iaitu untuk mengakhiri penggunaan tenaga nuklear," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat tujuh jam di pejabat Canselor Angela Merkel. "Keputusan ini konsisten, jelas dan tepat,".

Jerman mempunyai 17 reaktor dan lapan daripadanya tidak menyalurkan kepada sistem rangkaian elektrik.

Tujuh daripadanya adalah reaktor nuklear paling tua di negara itu, dihentikan oleh kerajaan persekutuan selama tiga bulan untuk penyiasatan keselamatan selepas kecemasan yang berlaku di Fukushima Mac lalu.

Rektor kelapan ialah loji Kruemmel, utara Jerman yang mana dibekukan berikutan masalah teknikal yang berulang.
Keputusan semalam menjadikan Jerman negara kuasa besar industri pertama dunia yang mengumumkan rancangan untuk menghentikan penggunaan tenaga atomik secara keseluruhan.

Ini juga bermakna, negara itu perlu mencari 22 peratus bekalan elektrik yang pada masa ini dibekalkan loji nuklear dari sumber lain.

Roettgen menegaskan tiada kemungkinan bekalan elektrik akan terganggu.
"Kami akan memastikan bekalan elektrik sentiasa ada untuk semua pengguna," katanya tanpa memberikan maklumat lanjut.

Jumaat, menteri alam sekitar daripada 16 wilayah Jerman dipanggil bagi menyaksikan penutupan tujuh loji secara kekal.

Roettgen berkata lapan reaktor itu tidak akan diaktifkan. Enam lagi reaktor akan ditutup penghujung 2021 dan tiga lagi loji yang paling moden akan turut ditutup operasi menjelang penghujung 2022.

Keputusan semalam secara berkesannya mengembalikan jadual yang ditetapkan oleh kerajaan campuran parti Sosial Demokrat – parti Green sejak sedekad lalu. – AFP

Ulasan GB

German, sebuah negara maju nak tutup logi nuklear,
Malaysia pula nak bina logi nuklear.
BODOH betongkol-tongkol!

Bantahan Projek Loji Nadir Bumi

Posted: 30 May 2011 11:00 PM PDT

Kuantan (Pahang): Para penduduk dan kumpulan anti-Lynas semalam sekali lagi berusaha menghalang pembangunan sebuah projek loji nadir bumi (rare earth) yang dianggarkan menelan belanja RM700 juta ($286.2 juta) di Gebeng, Pahang.

Ahli parlimen Kuantan, Cik Fuziah Salleh, berkata kumpulan pembantah itu telah menyiapkan satu pelan enam perkara dan mahu mengetengahkannya kepada perwakilan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) apabila mereka bertemu di sini semalam.

Cik Fuziah, yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dipetik laman berita Free Malaysia Today (FMT) semalam sebagai berkata pelan itu akan menekankan kepada perwakilan IAEA itu tentang kesia-siaan membangunkan loji itu dekat pelabuhan Kuantan dan ketidaksediaan penduduknya menjadi 'tikus-tikus makmal'.

Loji nadir bumi baru itu mencetuskan kebimbangan pencemaran radiasi ke atas penduduk di situ. Mereka cuba menghentikan pembinaan loji tersebut yang dianggap terbesar di dunia.

Loji itu dijangka memenuhi 30 peratus daripada permintaan dunia bagi bahan nadir bumi, di luar China.

Nadir bumi, yang terdiri daripada sekumpulan 15 logam, digunakan dalam pengeluaran alat elektronik bagi pertahanan, tenaga alternatif dan perusahaan perhubungan.

Loji itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp, yang merancang menghantar bahan bijih nadir bumi yang dihasilkan lombong-lombong di Mount Weld, Australia Barat, ke loji di Gebeng itu menjelang September ini.

Cik Fuziah berkata pelan bertindak itu dihasilkan kelmarin berikutan mesyuarat dua jam bersama kumpulan-kumpulan pelobi dan penduduk.

Ia melihat ke arah hujah-hujah perubatan, undang-undang, sosial dan sekitaran berhubung pembinaan loji tersebut, jelasnya.

Panel IAEA itu akan bermesyuarat hingga lusa bagi membincangkan isu berkenaan bersama pihak pemegang taruhan sebelum memulakan kajian semula selama sebulan bagi memutuskan nasib loji penapisan itu.

Namun, keadaan di Hotel Hyatt Regency di sini petang semalam hampir 'kecoh' apabila kededua kumpulan penyokong dan pembantah projek tersebut berhimpun dan saling mengancam satu sama lain sedang mesyuarat panel IAEA diadakan, menurut laporan laman berita The Malaysian Insider.

Kumpulan pro-Lynas, termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, bergegas untuk bersemuka dengan Cik Fuziah sedang beliau tiba untuk menemui panel IAEA itu sekitar 3 petang.

Mereka meminta Cik Fuziah, yang sekian lama memimpin protes terhadap projek kontroversial itu, supaya tidak dibenarkan membawa masuk petisyen yang sudah ditandatangani dalam mesyuarat setengah jam itu. - BHS

Ulasan GB

Nampaknya pemimpin UMNO, MCA dan beberapa NGO seperti GPMS bagai nak rak mempertahankan logi Gebeng ini.

Ada berita menyatakan kerajaan negeri Pahang dah terima bayaran deposit dari syarikat Lynas Australia, mahu tidak mahu projek itu perlu dipertahan dan diteruskan.

GB menerima beberapa soalan dari pengunjung melalui email, orang GB (orang PAS) tak turut sertakah membantah projek yang merbahaya itu?

GB pun tak tahu samada ada pemimpin PAS yang turut serta atau tidak. Jika tidak Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man perlu jawab, mengapa tidak hadir atau mengapa tidak sokong demo bantahan projek Lynas berkenaan.


Komuter Terkandas, 500 Cemas

Posted: 30 May 2011 09:15 PM PDT

Penumpang buka sendiri pintu kecemasan komuter terkandas

KUALA LUMPUR: "Kami terpaksa membuka sendiri pintu kecemasan komuter yang terkandas berhampiran Stesen Komuter Salak Selatan selepas sesak nafas untuk menyelamatkan diri," kata penumpang, Azreen Anuar, 21, yang dalam perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, semalam.

Gambar: TERKANDAS...sebahagian penumpang komuter yang terkandas, semalam.

Azreen berkata, sebelum ini dia jarang menaiki komuter, namun kerana ingin ke TBS menyebabkan dia terpaksa menaikinya dan tidak menyangka menempuhi saat mencemaskan sehingga mengalami sesak nafas.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang selepas komuter berkenaan tiba-tiba berhenti dan bekalan elektrik terputus menyebabkan keadaan di dalam gerabak gelap dan pendingin hawa gagal berfungsi.

"Saya lihat ketika itu suasana kecoh tambahan ada bayi dan ibu mengandung yang panik.

"Seorang penumpang menghubungi pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhubung kejadian itu dan mereka berjanji akan menghantar bantuan," katanya ketika ditemui di Stesen Komuter Salak Selatan selepas berjaya diselamatkan.

Katanya, mereka terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk menerima bantuan menyebabkan penumpang membuka pintu kecemasan sendiri.

Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi berkata, bomba menerima panggilan pada jam 6.16 petang.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, seorang wanita pengsan dipercayai sesak nafas dan pihaknya menghubungi ambulans sebelum mangsa dihantar ke hospital.

"Seramai 500 penumpang yang terkandas di dalam komuter terbabit berjaya diselamatkan.

"Komuter terbabit terhenti tiba-tiba kerana mengalami masalah teknikal dan bomba berjaya mengeluarkan mangsa tidak sampai sejam," katanya. -hm

Kerajaan Rampas Subsidi Rakyat Untuk Kepentingan IPP

Posted: 30 May 2011 07:45 PM PDT

Shah Alam: Kenaikan mendadak tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus oleh Putrajaya akan menyebabkan kadar inflasi melonjak dalam tempoh tiga bulan, kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli.

Beliau berkata peningkatan itu sepatutnya boleh dikekang jika kerajaan menyemak semula pemberian subsidi kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP), namun ini tidak dilakukan dan sekali lagi rakyat terpaksa menanggung akibatnya, tambah beliau.

"Sepatutnya subsidi untuk IPP patut diuruskan (terlebih dahulu). Rundingan dengan IPP penting untuk mengurangkan bayaran elektrik yang dikenakan supaya TNB boleh jual elektrik kepada rakyat pada kadar yang berpatutan dan pada masa yang sama tidak terlalu bergantung kepada subsidi gas untuk mengekalkan tarif elektrik," kata beliau.

Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam, berkuatkuasa Rabu ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Peter Chin dalam kenyataannya mendakwa ianya sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Beliau mendakwa langkah itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus pengguna domestik yang menggunakan lebih daripada 300 kw elektrik sebulan.

Rafizi menegaskan rakyat bukan sahaja berdepan dengan kenaikan harga bil elektrik tetapi harga barangan juga akan naik akibat peningkatan kos elektrik dalam sektor perindustrian.

Pelajar universiti yang menyewa rumah dengan kelengkapan komputer dan penghawa dingin juga akan terbeban memandangkan tenaga elektrik digunakan secara komprehensif.

Rafizi berkata dakwaan bahawa mereka yang menggunakan 300 kilowatt ke bawah terkecuali daripada kenaikan harga itu tidak relevan kerana purata penggunaan elektrik sesebuah keluarga khususnya di bandar melebihi jumlah itu.

Beliau menambah purata bil elektrik bagi sebuah keluarga lebih RM200 sebulan dan mereka akan terpaksa membayar lebih susulan kenaikan tarif yang diumumkan hari ini.

Justeru, Rafizi mahukan kerajaan pusat untuk memberi tumpuan serius kepada mengkaji subsidi yang diberikan kepada IPP.

"Kerajan harus fokus kepada perjanjian dengan IPP kerana perjanjian itu merupakan punca semua masalah tarif elektrik di Malaysia ini. Mereka yang telan subsidi gas, dapat banyak untung sebab paksa harga mahal kepada TNB. Tapi kerajaan ambil jalan hukum rakyat dan hukum TNB," katanya lagi.

Dalam pada itu ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata polisi yang sering bertukar-tukar berhubung IPP mencetuskan kemusykilan terhadap layanan kerajaan kepada rakyat.

"Pada tahun 2007, Menteri Tenaga ketika itu Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik telah berjanji dan menyatakan secara terbuka kalau subsidi gas dihentikan kepada IPP, ianya tidak akan memberi kesan kepada tarif elektrik.

"Maka pada saya, pengumuman kenaikan tarif elektrik ini perlu diperincikan tentang siapa yang akan terkesan, bagaimana mekanisme itu terjadi, dan saya takut kalau ianya menjadi satu lagi sandiwara kepada Umno-Barisan Nasional untuk menjustifikasi kenapa akhirnya mereka terpaksa memotong subsidi RON95,"katanya. -tvsnews




JAKIM Tidak Iktiraf Bir Halal

Posted: 30 May 2011 06:20 PM PDT

Kuala Lumpur - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.

"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab.

Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. -kosmo


'Kami kerugian'

BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.


KUALA LUMPUR: "Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama," kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

"Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

"Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana," katanya.

Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

"Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

"Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.

"Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini," katanya. -hm


Ulasan GB

Sekarang jenama yang mana yang diklasifikasikan sebagai TIDAK HALAL? Kekeliruan ini akibat dari sikap tidak telus Jabatan Agama Islam Johor yang tidak memberitahu jenama bir yang diuji yang dikatakan mengandungi kandungan alkohol melebihi dari had yang dibenarkan syarak.

Sedang rupa-rupanya ada beberapa jenama minuman yang datang dari timur-tengah, namun yang dikemukakan bukan sijil HALAL dari JAKIM.

Justeru itu di dalam hal ini pihak berkuasa agama kena telus, kena sebutkan jenama produk yang diuji itu seterusnya mengambil langkah untuk mengharamkannya daripada dijual kepada umum.

Kedua, Sijil Halal luarnegara yang dikemukakan oleh pihak peniaga, apakah ianya boleh diterima sebagai SAH apabila JAKIM sendiri belum mengesahkannya?

Bagi kita, persoalan halal-haram sesuatu produk makanan adalah sesuatu perkara sensitif kepada umat Islam. Apabila disebut produk bir halal dari negara timur-tengah tanpa menamakan jenama yang mana, maka jalan selamat yang diambil ialah menahan dahulu pengambilan "semua" produk yang diklasifikasikan sedemikian untuk mengelakkan perkara yang "syubhah".

Ini berdasarkan kepada hadith:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada yang syubhat, manusia tidak banyak mengetahui. Siapa yang menjaga dari syubhat, maka selamatlah agama dan kehormatannya. Dan siapa yang jatuh pada syubhat, maka jatuh pada yang haram. " (HR Bukhari dan Muslim).

Persoalan samada BARBICAN adalah halal ataupun tidak, maka kita minta JAKIM sendiri untuk membuat pengumumannya serta mengakui SIJIL HALAL yang dikemukakannya.


Kini Muncul Bayi Tiruan

Posted: 30 May 2011 04:30 PM PDT

Dulu riuh pasal telur tiruan, daging tiruan. Sekarang ni timbul pulak pasal bayi tiruan. Hebat nya manusia zaman sekarang.

Seorang bekas pereka grafik yang sekarang menjadi pereka anak patung di England, Nikki Hunn, mencipta anak patung yang amat mirip sengan bayi sebenar. Anak patung bayi itu dibuat untuk menghibur hati para ibu yang kehilangan bayi.

Anak patung yang dinamakan "reborn babies" ini dibuat semirip mungkin dengan bayi yang sebenar. Kelembutan plastiknya hampir tidak ada bezanya dengan kulit bayi. Begitu juga dengan warna kulit dan matanya. Jarinya juga dilengkapi kuku dan kepalanya memiliki rambut tipis seperti bayi. Yang paling unik, anak patung ini boleh mengeluarkan air liur.

Anak patung ini itu tidak dibuat dengan jumlah yang banyak. Pembeli harus memesannya terlebih dulu dan boleh membawa foto bayi yang mereka inginkan. Kerena itu harganya cukup mahal, iaitu 300 dollar AS atau lebih RM 800.

Selain para pengumpul anak patung, pembelinya ialah para ibu yang kehilangan bayinya meninggal. Seperti Eve Hasty, wanita Amerika berusia 57 tahun, yang puterinya meninggal kerana leukemia pada usia tujuh tahun.

Hasty menamakan anak patungnya "Abby" dan meletaknya di dalam buaian seperti bayinya yang sebenar. "Abby mengingatkan saya pada anak saya ketika masih bayi," katanya.

Bagi Hasty, Abby bukan sekadar anak patung. "Saya tahu dia tidak akan sakit dan tidak akan mati. Saya tidak akan merasa tertekan lagi," kata ibu kepada seorang anak lelaki yang memberinya cucu perempuan berusia lapan tahun.

Ada juga wanita yang memesan anak patung itu kerana ingin memiliki anak tetapi tidak mempunyai waktu untuk menjaganya. Alasan mereka, anak patung ini tidak bertambah besar sehingga tidak perlu sering membeli baju.

Anak patung ini amat serupa dengan bayi sebenar, sehingga ramai orang menyangkanya ialah bayi sebenar. Dalam beberapa kejadian di Amerika Syarikat, polis harus memecahkan cermin tingkap kaca kenderaan kerana menyangkakan ada bayi terperangkap atau tertinggal di dalam kereta.


Kredit : DailyMail/indah.com

Ekoran Kenaikan Tarif Elektrik 7%, Harga Makanan Akan Turut Naik

Posted: 30 May 2011 08:15 AM PDT

Ekonomis jangka harga makanan turut naik

Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.

Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.

Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.

"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya. -mk


Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan
Mei 30, 11 5:20pm
Kongsi 3565
Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

NONESementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting. -mk


Wanita Bawa Kemaluan Lelaki Yang Cuba Merogolnya Ke Balai Polis

Posted: 30 May 2011 07:25 AM PDT

Dhaka: Seorang wanita berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya dan membawanya ke balai polis sebagai bukti, kata polis di sini, hari ini. Gambar fail.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek sedang menjalani rawatan di hospital. - AFP


Bangladesh woman takes 'attacker's' penis to police

DHAKA, May 30, 2011 (AFP) -A 40-year-old Bangladeshi woman cut off a man's penis during an alleged attempted rape and took it to a police station as evidence, police in a remote part of Bangladesh said Monday.

The woman, a married mother of three, was attacked while she was sleeping in her shanty in Jhalakathi district, some 200 kilometres (120 miles) south of Dhaka, on Saturday night, officers said.

"As he tried to rape her, the lady cut his penis off with a knife. She then wrapped up the penis in a piece of polythene and brought it to the Jhalakathi police station as evidence of the crime," police chief Abul Khaer told AFP.

The woman has filed a case accusing the man -- who is also 40 and a married father of five -- of attempted rape, saying that he had been harassing her for six months.

The severed penis has been kept at the police station and the rape suspect was undergoing treatment in hospital.

"We shall arrest him once his condition gets better," Khaer added.



[Video] Semakin Cepat Pilihanraya Semakin Dekat PR Ke Putrajaya

Posted: 30 May 2011 05:30 AM PDT

Ramalan tarikh pilihan raya yang bertiup semakin kencang telah lama dihidu oleh Pakatan Rakyat sekaligus memberi kelebihan kepada gagasan itu membuat persiapan rapi menjelang tarikh keramat itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, semakin dekat tarikh pilihan raya bermakna semakin dekat perubahan menghampiri Putrajaya, sekaligus menandakan sedikit sahaja lagi benteng Umno-Barisan Nasional bakal dirempuh.

"Sesetengah pihak berpandangan pilihan raya mungkin sekitar bulan 7, ada yang meramalkan bulan 11 ada juga yang mengatakan awal tahun depan, himpunan kita pada malam ini kita nampak, masyarakat hari ini mahu pilihan raya dekat kerana semakin dekat dengan pilihan raya, semakin dekat kita dengan Putrajaya," kata Mohamad kepada hadirin yang membanjiri Tapak Kompleks PAS, Kerdau, malam semalam.

Jelas Mohamad, kehadiran hampir 10,000 Warga Felda dan penduduk Pahang pada himpunan kebangkitan warga Felda Pahang ini adalah gambaran awal bahawa Putrajaya bukan lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Kebanjiran rakyat ini juga katanya membuktikan bahawa rakyat sudah jelak dengan pembohongan dan propaganda mainan pemerintah terutamanya yang berkaitan dengan kemajuan ekonomi dan pembangunan.

Namun ujar Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, isu pembangunan ini tidak lagi relevan pada hari ini.

"Selepas pilihan raya 2008, isu ekonomi dan isu pembangunan tidak dapat digunakan lagi. Kalau dulu mereka (Umno-BN) mengatakan kalau BN kalah tiada pembangunan, BN kalah pelabur asing tidak datang, dan rakyat banyak yang akan hilang pekerjaan.

"Mereka-Umno-BN cuba sinonimkan pembangunan dengan Umno dan BN," kata Mat Sabu lagi.

Ironinya, fakta daripada Badan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2008 dan ke atas membuktikan, negeri tertinggi menjadi tumpuan pelabur asing adalah Pulau Pinang diikuti Selangor dan Kedah yang tidak ditadbir pemerintah.

Mengulas senario ini, Mat Sabu berkata rekod tersebut jelas memberihu rakyat bahawa tanggapan Umno-BN selama ini meleset sama sekali.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno sengaja mencipta isu luar jangka bagi mengaburi mata rakyat selain membekalkan pelbagai program berunsur hiburan untuk melalaikan rakyat dari isu semasa yang semakin mencengkam kehidupan rakyat marhaen.

"Mereka cuba mengalihkan perhatian kita semua kepada isu-isu yang sengaja mereka wujudkan daripada isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat,"ujarnya.

Baliau berkata demikian mengulas usaha terdesak Umno-BN yang mengunakan fitnah video lucah untuk menyerang pemikiran golongan dewasa manakala penganjuran Hari Belia Negara pula untuk menawan golongan muda.

Melihat kepada dasar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mula diterima rakyat, Umno-BN terus-terusan mengkritik dari pelbagai sudut namun pada masa sama menyadur idea itu untuk diadaptasi dalam kepimpinan mereka.

"Yang hairanya, setiap kali kita lancarkan sesuatu, mereka kritik, mereka komen tetapi akhirnya mereka tiru, kita lihat bagaimana mereka menggunakan media menyerang cadangan kita dalam Buku Jingga dengan menggambarkan sekiranya Buku Jingga diteruskan negara bakal bankrup, tetapi kini satu demi satu mereka tiru,"kata Tuan Ibrahim.

Pada majlis yang sama, PAS turut menyiarkan montaj cadangan penubuhan sebuah universiti Felda yang dinamakan Universiti Teknologi Felda Tun Abdul Razak.

Universiti itu dicadang dibina di atas tapak seluas 400 hektar di Jengka, Pahang, memandangkan Pahang adalah negeri yang paling banyak tanah rancangan Felda.

Ia akan berperanan sebagai institusi pendidikan khusus kepada anak-anak peneroka Felda seperti Universiti Tenaga Nasional yang memberikan keutamaan kepada anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad.

Ia turut menyaksikan penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada Pengerusi Anak, Mazlan Aliman di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -tvsnews

Ulat Bulu Gergasi Serang Kampung

Posted: 30 May 2011 04:15 AM PDT

Jakarta: Penduduk kampung di rantau antara Yogyakarta dan Jawa Timur dilaporkan diserang ulat bulu bersaiz luar biasa.

Seorang penduduk di perkampungan Sambirejo, daerah Gunung Kidul, Surono, memberitahu Jakarta Globe ulat bulu yang luar biasa besarnya itu dipenuhi bulu panjang yang menyebabkan ia kelihatan sebesar penumbuk kanak-kanak, mula muncul 10 hari lalu.

"Penduduk kampung takut kerana ulat bulu ini kelihatan amat luar biasa. "Ia lebih besar berbanding ulat bulu biasa, namun bulunya amat tebal menjadikannya kelihatan bersaiz amat besar," katanya.

Surono berkata, ulat bulu itu pada mulanya hanya menyerang ladang berdekatan, namun sejak beberapa hari lalu ia memusnahkan pokok dan menyerang rumah penduduk kampung.

Pegawai kawalan serangga perosak, berkata beliau mencadangkan racun digunakan untuk membunuh ulat bulu terbabit, namun penduduk kampung menolak kerana bimbang merosakkan tanaman mereka.

"Ulat bulu ini juga tidak mati dengan mudah selepas disembur," katanya.

Surono berkata, penduduk kampung sebaliknya membunuh ulat bulu itu menggunakan tangan, menggegarkan dahan pokok yang terjejas dan membakarnya.

"Ia hampir terkawal sekarang," katanya.

Laman web rasmi pentadbiran daerah berkata wabak sama sebelum ini menyerang sebuah perkampungan di Ngeposari, tenggara Yogyakarta.

Seorang pegawai dari Agensi Perhutanan dan Pertanian Wilayah, Sugeng Widodo, berkata beliau mengumpul spesimen untuk menjalankan penyelidikan makmal namun masih belum mendapatkan sebarang maklumat berhubung makhluk luar biasa itu.

Sejak Mac lalu, berjuta ulat berbulu tebal menyerang lima daerah kecil di Probolinggo di pantai utara Jawa Timur, menyerang tanaman dan rumah.

Selain merosakkan rumah, ulat bulu terbabit turut memusnahkan lebih 8,800 pokok mangga, yang juga produk pertanian utama daerah itu. – Agensi

Pelajar Tahfiz Dakwa Diliwat

Posted: 30 May 2011 02:25 AM PDT

Kuala Krai - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya menga­du sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.

Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad lalu dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.

Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia diliwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira jam 12 tengah malam, 10 Mei lalu.

"Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu.

"Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberitahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma,. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja'apar mengesahkan menerima laporan.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. -SH

Tiada ulasan: