Sabtu, 28 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Warga asing serbu program MyDaftar JPN

Posted: 28 May 2011 01:14 AM PDT

TUMPAT, 28 Mei: Program MyDaftar anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah sekolah di sini agak kelam kabut apabila diserbu ramai penduduk terutamanya berasal dari negara jiran.

Ketika kaunter pendaftaran yang juga melibatkan Jabatan Imigresen dibuka jam 8.30 pagi ruang dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur diserbu orang ramai.

Sebahagian besar mereka berasal dari Thailand yang mendakwa sudah lama menetap di Pengkalan Kubur. Ada juga kelihatan datang menggunakan kenderaan berdaftar nombor kenderaan negara jiran.


Malah malam tadi Umno dipercayai melancarkan kempen supaya warga asing yang belum memiliki kad pengenalan datang ke program berkenaan.

Hebahan mengenai program berkenaan juga dibuat sejak dua minggu lalu melalui mimbar-mimbar khutbah Jumaat.

Bagaimanapun program terbabit tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sehingga menimbulkan banyak persoalan ekoran terbongkar sindiket membuat kad pengenalan melibatkan warga asing untuk mendaftar sebagai pemilih di Selangor.

Ekoran itu PAS memantau program yang berlangsung hari ini bagi memastikan tidak ada unsur-unsur tidak sihat digunakan bagi tujuan politik.

Turut memantau dari dekat program tersebut anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusli Wan Ibrahim dan penghulu.

Kehadiran orang ramai pada program itu di luar jangkaan JPN apabila sambutan hangat sekali sehingga tidak terlayan pada sebelah pagi.

Malah ada yang datang membawa surat pengesahan sebagai anak mukim hanya menggunakan surat ditandatangani Ketua Cawangan Umno Pengkalan Kubur.

Ada juga wanita dari Thailand yang datang memberitahu mereka diberitahu pihak tertentu supaya menuntut kad pengenalan di kaunter JPN pada program berkenaan.

Bagaimanapun ramai pulang hampa memandangkan proses untuk memohon kad pengenalan tidak semudah disangka.

Pengarah Bahagian Pendaftaran Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Mohd Azimin Hassan berkata, pihaknya tidak menerima pengesahan sebagai anak mukim hanya berdasar surat ditandatangani ketua cawangan Umno.

"JPN mempunyai prosedur yang ketat untuk melayakkan seseorang boleh memohon kad pengenalan," katanya pada sidang media bersama Kamaruddin di sini.

Menurutnya program tersebut dimulakan sejak 2008 bagi memberi penjelasan mengenai proses pendaftaran kelahiran, kematian dan permohonan kad pengenalan.

Kata beliau terdapat seramai 751 kes daftar lewat kelahiran di Kelantan sekarang melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan sempadan.

Kamaruddin berkata, PAS mendapat maklumat program tersebut dikatakan memberi ruang lebih mudah kepada bukan warga negara mendapat kad pengenalan.

Katanya, sebelum ini dikesan di Selangor di mana ada warga asing mendapat taraf pemastautin tetap bagi membolehkan mereka mengundi.

"Jadi berasaskan maklumat tersebut PAS dan pemimpin masyarakat di Tumpat memantau program hari ini kerana bimbang perkara yang berlaku di Selangor boleh berulang di sini.

"Bagaimanapun berdasar kepada penjelasan dibuat pegawai kanan JPN di sini kita agak berpuas hati terhadap perkembangan setakat ini.

"Kita tidak mahu program MyDaftar direbut peluang oleh pihak tertentu bagi mendaftarkan warga asing sebagai pemilih secara mudah," katanya.

Beliau juga berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program terbabit sehingga ada ketua cawangan mengesahkan status anak mukim orang tertentu, sedangkan ia bukan di bawah bidang kuasanya.

Mohd Zaki juga bimbang kerana ramai warga Thailand datang ke program berkenaan semata-mata untuk memohon mendapatkan kad pengenalan.

Katanya, ramai di kalangan mereka ketika ditemui menjelaskan datang ke sini kerana diberitahu pihak tertentu JPN membuka peluang bukan warga negara mendapatkan kad pengenalan.

"Kami juga berharap kerajaan negeri mendapatkan maklumat lebih lengkap daripada JPN mengenai program MyDaftar bagi mengetahui perkara sebenar," ujarnya.

Wan Rusdi bimbang program MyDaftar dianjur JPN dan Jabatan Imigresen tersembunyi agenda lain, biar pun diakui tidak berlaku sebarang penyelewengan seperti disebut pegawai kanan JPN.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Rakyat Perlu Yakin Dengan Kredibiliti Pakatan Rakyat

Posted: 27 May 2011 10:33 PM PDT

Penganalisis Politik Professor Dr. Abdul Aziz Bari berkata gagasan Pakatan Rakyat merupakan parti yang berani kerana berjaya meneruskan pemilihan pucuk pimpinan utamanya.

Ini, katanya kerana pemilihan itu diadakan dalam tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Malah, tindakan itu juga menunjukkan kematangan berpolitik setiap parti sekali gus menonjolkan sikap keterbukaan dan kefahamannya terhadap konsep sebenar demokrasi tanpa perlu mengganggu fokus utama Pakatan Rakyat dalam membawa perubahan.


"Berbanding dengan parti-parti dalam Barisan Nasional(BN), Pakatan Rakyat lebih berani untuk meneruskan sekali gus tidak menafikan proses demokrasi terhadap ahlinya. Ini juga menunjukkan ketelusan dan akautibiliti mereka dalam parti komponen Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Pada November 2010, PKR telah mengadakan pemilihan partinya sehingga mengakibatkan pelbagai isu dan kontroversi menyelubungi pemilihan terbabit.

Namun begitu, Aziz Bari percaya kematangan dan sikap percaya antara ahli parti yang ditunjukkan oleh PAS merupakan sesuatu perkara yang perlu dilihat rakyat dalam membina kemampuan parti Islam itu untuk terus mencapai matlamat mereka.

"Saya fikir perkara itu tidak timbul kerana setahu saya mereka tidak pernah menafikan untuk menagguhkan pemilihan tanpa sebab dengan erti kata lain mereka yakin dengan kredibiliti dan integriti ahli-ahli parti. Mereka yakin dengan kematangan ahli dan sistem pemilihan dalam parti. Ini merupakan satu perkara yang saya fikir sangat baik kerana kalau kita bandingkan dengan komponen BN jauh sekali. Dengan kata lain mereka percaya dengan diri sendiri,"ujarnya.

"Dibandingkan dengan komponen BN, mereka seolah-olah tidak percaya dengan kemampuan dan ketelusan dalam parti mereka sendiri. Ini perbandingan yang rakyat patut lihat," tegasnya.

Dalam pada itu, Aziz turut mengulangi keyakinan beliau bahawa sebarang keputusan yang berlaku dalam pemilihan Pas tidak akan mengganggu fokus Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya memandangkan ia bukan kali pertama Pas mengadakan pemilihan parti dan perkara ini boleh dilihat melalui cara ahli Pas berpolitik berbanding Umno dalam Barisan Nasional.

Ujar beliau lagi, kematangan Pas perlu dicontohi parti lain dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam kalangan ahli parti dan parti komponen.

"Ya ini bukan kali pertama. Saya fikir benda ini dah berlaku sejak dahulu lagi. Ini merupakan satu bukti bahawa, satu parti yang cukup lama, yang tidak mendabik dada tetapi melakukan apa yang mereka sepatutnya lakukan. Ini merupakan satu perkara yang cukup baik," ujarnya.

Muktamar Pas ke-57 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun depan di Taman Melewar Kuala Lumpur.

Setakat ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tanpa sebarang tentangan.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

'Pemimpin Umno-BN resah jadi pembangkang'

Posted: 27 May 2011 10:29 PM PDT

Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.

Menurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.

"Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa.


"Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.

"Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang," kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.

Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.

"Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.

"Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu "disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan".


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Politik Pemilihan Pas Telah Diresapi Taktikal Umno

Posted: 27 May 2011 07:58 PM PDT

AZMAN SHAPAWI KENA BUANG, SHUHAIZAN KAYAT KENA MAIN..FIRDAUS MAINTAIN..!!!

Berikut adalah maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber Pemuda PAS yang amat dipercayai. Kalau Tulang Besi dedah pemberi maklumat ini, nescaya ramai yang akan mempercayai tulisan Tulang Besi di bawah tanpa soal. Namun Tulang Besi tidak akan mendedahkan siapa sumber Tulang Besi. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai nya.

Walaupun Azman Shapawi ini "Geng Perpaduang" dan "Geng Ketagihan Candu Wala'" dalam Pemuda PAS, namun Azman Shapawi telah mendapat nasib serupa dengan Ustaz Nasa. Yakni nasib habis madu, sepah dibuang.

Tulang Besi sebenarnya telah mendengar khabar ini sejak dua tahun lalu. Geng Ketagihan Candu Wala' memang merancang untuk menaikkan Nik Abduh sebagai Timbalan Ketua Pemuda.


Malangnya, dua tahun dulu Nik Abduh kalah pemilihan Ketua Pemuda Kelantan menjadikan populariti beliau menjunam dan terpaksalah dinaikkan Azman Shapawi bagi mewakili kumpulan Ulama di dalam Pemuda PAS.

Juga, sepanjang dua tahun ini, prestasi Tantawi amat mengecewakan lantaran Tantawi sering dibanding dengan Ketua2 Pemuda yang lain i.e. Khairy, Tony Pua, Shamsul dsbnya.

Dilihat Pemuda PAS ini mandom dan tidak berketua. Seperti Pemuda PAS tidak wujud di persada politik Malaysia. Dan apabila wujud pun, memperjuangkan isu-isu yang remeh dan kecil. Nama Islam tidak berjaya diharumkan di Malaysia kalau nak harap kepada Pemuda PAS Pusat semata-mata.

Kenyataan-kenyataan Ketua Pemuda PAS tidak dapat diterima masyarakat Malaysia secara umum. Idea-idea beliau dilihat aneh dan tidak matang. Anak-anak muda lebih tertarik dengan AMK PKR serta DAP berbanding Pemuda PAS.

Sehingga Tulang Besi pernah mendengar kutukan dari ramai orang terhadap Salahuddin Ayub kerana angkara Salahuddin Ayub melepaskan jawatan Ketua Pemuda yang mengizinkan Tantawi naik.

Sepanjang dua tahun Pemuda PAS diperintah golongan "ulama", mereka telah gagal mempamirkan Islam sebagai "Agam Fitrah". Hanya mampu mempamirkan Islam sebagai "Agama dalam Kitab".

Kesannya rakyat umum tidak tertarik dengan Pemuda PAS ataupun kepada Islam atas hasil usaha Pemuda PAS.

KEGAGALAN PEMUDA MEMPOPULARKAN SHUHAIZAN KAYAT

Shuhaizan pula secara individu telah naik populariti beliau di mata masyarakat umum.

Pelbagai aktiviti2 yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat umum diperjuangkan oleh beliau dengan bersendirian tanpa bantuan Pemuda PAS Pusat secara rasmi.

Hasilnya, beberapa bulan yang lepas, timbul ura-ura dari ramai pihak untuk menaikkan Shuhaizan sebagai pengganti Tantawi. Dicampur pula dengan Tantawi yang telah hilang semangat untuk terus memiminpin Pemuda PAS.

GENG PERPADUANG CEMAS

Perkembangan-perkembangan ini amat mencemaskan GENG PERPADUANG. Rombongan dihantar untuk memujuk Tantawi dipacu oleh Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Bakar Chik. Akhirnya Tantawi bersetuju untuk terus memimpin Pemuda PAS Pusat.

Selesai satu perkara, timbul pula masaalah baru. Yakni naikknya populariti Shuhaizan Kayat sebagai bakal Ketua Pemuda PAS.

Maka Tantawi pun telah menjanjikan kepada Shuhaizan Kayat bahawa Shuhaizan akan dijadikan PENGGANTI kepada beliau yang hanya bercadang untuk memegang Ketua Pemuda selama sepenggal lagi.

Di dalam mesyuarat baru-baru ini, Shuhaizan pun bersetuju untuk bertanding HANYA Timbalan Ketua Pemuda sebagai memegang janji Tantawi.

Tiba-tiba sehari sebelum tarikh tutup pencalonan, Nik Abduh mengisytiharkan beliau akan bertanding Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

AZMAN SHAPAWI KENA BUANG, SHUHAIZAN KENA MAIN

Berjayalah perancangan TASK FORCE PERPADUANG pimpinan Ustaz Bakar Chik dengan dibantu Ustaz Idris Ahmad.

Sekarang ini, undi akan berpecah di antara Shuhaizan Kayat dan YB Firdaus. Manakala, undi kumpulan "Wala'" pula akan pergi solid kepada Nik Abduh kerana Azman Shapawi sudah dianggap TERBUANG.

Yang akan mengaut keuntungan yang besar adalah Nik Abduh selaras dengan perancangan mereka dua tahun lepas. Cita-cita murni mereka mahukan Nik Abduh tercapai sudah.

YANG KONSISTEN HANYALAH YB FIRDAUS

Dari kesemua calon Timbalan Ketua Pemuda, yang jelas ISTIQAMAH dan BERPRINSIP adalah YB Firdaus. Beliau tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan. Beliau bertanding semata-mata mahu membawa kebaikan kepada Pemuda PAS Pusat.

Dan beliau juga terkenal sebagai seorang yang tidak mudah diperkudakan oleh Tantawi kerana beliau berprinsip.

Bukanlah saya kata Shuhaizan ini mudah diperkudakan. Tapi, kalau Shuhaizan diikat dengan janji Tantawi, selepas ini sekiranya Tantawi sekali lagi berlagak seperti 2 tahun yang lepas, Shuhaizan tidak mungkin mampu menegur Tantawi dek kerana janji yang telah diberi Tantawi.

Baiklah kita sama-sama memenangkan YB Firdaus. Shuhaizan kita boleh lantik sebagai Pengarah Pilihanraya ataupun SU Pemuda selepas ini.

Dan, begitulah liciknya Geng Ketagih Candu Wala' dalam PAS menyusun kepimpinan untuk memastikan kumpulan mereka terus mengawal kepimpinan Pemuda PAS Pusat.

Objektif terakhir mereka adalah membawa PAS bersama dengan UMNO di dalam kerangka "PERPADUANG".

Wallahualam

Tulang Besi
http://www.malaysiawaves.com


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Nik Aziz : Pemfitnah Harus Minta Maaf

Posted: 27 May 2011 07:48 PM PDT

RAWANG 28 MEI : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan pihak yang menabur fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil memohon maaf.

Katanya, ini kerana maruah dan harga diri seseorang individu adalah tunjang sifat kemanusiaan secara jelas tidak boleh diaibkan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik semata.

Justeru, Nik Aziz tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam merupakan faktor kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) yang khuatir akan kehilangan kuasanya.

"Mereka tahu Anwar pandai. Mereka bimbang Anwar jadi Perdana Menteri, sebab itu mereka fitnah. Anwar bukan batang kayu tapi orang. Orang ini ada malu," ujar beliau.


Sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 10 laporan berhubung pengedaran cakera padat (CD) rakaman video seks lucah yang cuba dikaitkan dengan ahli Parlimen Permatang Pauh itu di seluruh negara juga kepada ketua-ketua kampung di sekitar Selangor.

Aktiviti pengedaran cakera padat itu juga didakwa didalangi oleh ahli Umno-BN.

Namun sehingga hari ini, polis masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap trio 'Datuk T' yang merupakan dalang utama dalam pendedahan video berkenaan Februari lalu.

Dalam siri ceramah perdana 'Pas Ganti Umno' semalam, Nik Aziz berkata ideologi parti Umno-BN secara langsung memerangkap mentaliti masyarakat Melayu sehingga keliru untuk membezakan kepentingan mewujudkan senario politik sihat.

Malah beliau turut berpendapat pendekatan Umno-BN itu juga telah menghakis prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini.

"Mereka rampas Perak. Ini bukan demokrasi. Kalau mahu pindahkan nama pengundi tidak ada masalah tapi di akhirat nanti akan dapat balasan. Mana ada demokrasi halang orang bercakap. Ini hak semua orang," katanya.

Dalam ucapannya di hadapan dua ribu pengunjung yang hadir di padang Kampung Setia itu, Nik Aziz menyifatkan perbalahan isu agama dan kaum hanya membuka ruang kebencian terhadap masyarakat yang pelbagai.

Walhal katanya, fokus pemerintah seharusnya menjurus kearah penyatuan rakyat seperti mana yang di uar-uarkan dalam slogan 1 Malaysia.

Sehubungan itu Nik Aziz mengingatkan, kaedah politik terbaik bagi struktur masyarakat kompleks seperti di Malaysia merupakan politik yang selari dengan Islam.

Dimana, beliau mengambil contoh pendekatan yang dilaksanakan oleh Pas di negeri Kelantan dari sudut sosio-ekonomi, budaya dan sosial tanpa bersikap dwi standard atau prejudis terhadap kaum lain.

"Umno cuba pecahkan (perpaduan) tidak betul. Semua berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam dan Hawa. Cuba kamu cari siapa nenek moyang. Kalau masih tidak jumpa maka semua manusia berasal dari keturunan yang sama," katanya lagi.

Baru-baru ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ibrahim Ali mengisytiharkan kesediaan beliau untuk berperang 'Jihad' sekiranya masyarakat beragama Kristian mempersoal kedudukan agama Islam di negara ini.

Kenyataan tersebut walau bagaimanapun tidak disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sebaliknya menyatakan bahawa pendapat Ibrahim hanya mewakili segelintir masyarakat Melayu beragama Islam.

Jelas Nik Aziz lagi, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa Pas tidak akan bergabung dengan Umno-BN walaupun perkara tersebut pernah berlaku dahulu.

"Saya antara orang yang menyokong Pas masuk BN selepas 13 Mei. Sehinggakan Pas di Kelantan berpecah kepada empat. Bila (Pas) masuk, dan (BN) senang dia tendang kita. Sekarang bila sudah susah, mereka datang balik kepada kita.

"Jangan masuk lubang kali kedua. Kalau pertama sudah kena sengat, maknanya bodoh kalau kita masuk kali ke dua," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu menerima penyerahan borang 114 bekas ahli Umno cawangan Kampung Melayu Seri Kundang yang diserahkan sendiri oleh bekas Ketua Bahagiannya, Mat Senin Mat Lana.

Antara lain yang turut menjejaki langkah Mat Senin adalah bekas Ketua Wanita, Kamariah Meor Baldin dan bekas Pemuda, Mohd Khairuddin Abu Bakar.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bob Lokman ikrar bantu Pakatan ke Putrajaya

Posted: 27 May 2011 07:09 PM PDT

Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon Bob Lokman berkata tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khususnya PAS ke Putrajaya.

"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.

"Tugas saya kini berceramah, membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya," kata Bob Lokman ketika berpidato pada majlis anjuran PAS Permatang Pauh di belakang Sekalah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam, Khamis lalu.


Menurut laporan Harakahdaily, Bob Lokman yang menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.

"Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, " katanya.

Beliau berceramah di pentas bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Yang dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar mereka tidak terpesong daripada aqidah Islam.

Mereka disaran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah.

Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakuo itu.

Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas ditambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.

"Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam. Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, " katanya.

Baginya, sekarang masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tarif Elektrik : Kroni Terus Kaut Untung, Rakyat Kekal Menderita

Posted: 27 May 2011 05:53 AM PDT

Kenaikan tarif elektrik yang hanya akan diperincikan butirannya Isnin ini mungkin menyaksikan kenaikannya dilakukan secara berperingkat-peringkat demi mengelakkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah terus merudum menjelang Pilihan Raya Umum.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, strategi Umno-BN ini tidak memberikan sebarang makna kepada rakyat memandangkan ketirisan subsidi kepada kroni masih diteruskan kerajaan pemerintah.

"Kalau ia (tarif elektrik) tak naik, juga bermaksud pilihanraya sudah dekat (tetapi ) kerajaan akan naikkannya selepas pilihanraya, jadi isu tarif ini tidak selesai.


"Mereka hanya buat sedikit perubahan untuk menahan sekejap (kenaikan) sahaja tetapi mereka tidak selesaikan masalah ketirisan subsidi kepada kroni-kroni yang kaya," kata Tian kepada TV Selangor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menuntut kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat terpaksa menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.

Jelas beliau, perjanjian itu sebelum ini direka untuk memastikan 26 syarikat IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu menyebabkan TNB terpaksa menanggung akibat jika berlaku kenaikan harga.

Walau bagaimanapun berikutan perjanjian itu, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya semula pada kadar harga subsidi tetap.

"Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli," kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar.

Justeru itu katanya, ekoran perjanjian yang rumit dan berat sebelah itulah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi.

Majlis Ekonomi Negara (NEC) yang bermesyuarat hari ini meluluskan kenaikan tarif elektrik dan butirannya akan diumumkan Isnin depan.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'

Posted: 27 May 2011 05:36 AM PDT

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.


"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu," kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Utusan Adalah Milik Umno Dan Kencing Duit Milik Pekerja

Posted: 27 May 2011 04:00 AM PDT

Bonus: Utusan dakwa tak mampu, tapi salur subsidiari berjuta ringgit

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Utusan Melayu (M) Berhad menyalurkan berjuta ringgit hasil keuntungan operasi kepada anak-anak syarikatnya meskipun ia mendakwa tidak mampu membayar pekerjanya bonus kontraktual, demikian didedahkan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini.

Utusan Melayu berhujah bahawa ia tidak perlu membayar ahli-ahli NUJ bonus dua bulan gaji bagi tahun perkhidmatan 2009 sebab ia mengalami kerugian sebagai syarikat individu pada tahun berkenaan.

Artikel 44 Perjanjian Bersama antara Utusan Melayu dan NUJ cawangan Utusan Melayu memperuntukkan bahawa stafnya perlu dibayar bonus kontraktual dua bulan jika membuat keuntungan.


Bagaimanapun Mahkamah Perusahaan diberitahu baru-baru ini bahawa syarikat induk itu telah membayar RM37.5 juta daripada keuntungan operasinya kepada Utusan Media Sales Sdn Bhd, malah membayar mereka bonus dua bulan pada 2009 tetapi menafikan hak ahli-ahli NUJ, yang kebanyakannya bertugas di Jabatan Editorial Utusan Melayu.

Malah, Utusan Melayu juga tidak menuntut bayaran daripada anak syarikatnya Utusan Printcorp Sdn Bhd dan Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, yang masing-masing berhutang RM19 juta dan RM8.4 juta.

Dokumen yang diperoleh menunjukkan ketua pegawai kewangan Utusan Melayu memberitahu mahkamah bahawa sebanyak RM76 juta daripada anak syarikatnya sehingga 31 Disember 2009 direkodkan sebagai perkara "penerimaan-penerimaan lain."

Dalam laporan berasingan, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mahkamah Perusahaan memerintahkan Kumpulan Utusan agar membayar bonus dua bulan bagi tahun perkhidmatan 2009 kepada kakitangannya yang bernaung di bawah NUJ.

Dalam keputusan dibuat Selasa lalu, Mahkamah Perusahaan memutuskan syarikat milik Umno itu agar mematuhi artikel 44 Perjanjian Bersama.

"Mahkamah mengarahkan agar responden mematuhi artikel 44 Perjanjian Bersama.

"Oleh itu, (memandangkan) respoden (Utusan Melayu (M) Berhad) telah membayar ex-gratia satu bulan, ia boleh memotong jumlah yang telah dibayar daripada dua bulan bonus, yang ia perlu bayar kepada pekerja-pekerjanya bagi 2009," kata deklarasi keputusan yang dibuat oleh presiden mahkamah Susila Sithamparam.

Artikel 44 Perjanjian Bersama menyebut bahawa "bayaran bonus dua bulan hendaklah merupakan satu ikatan bagi syarikat mengeluarkannya untuk para pekerja tiap-tiap tahun, jika syarikat mendapat keuntungan dalam tahun yang berkenaan."

Pada 2009, Kumpulan Utusan, yang menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo! mencatat keuntungan sebanyak RM5.1 juta.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan berharap pengurusan Utusan Melayu akan meneliti keputusan itu dan menjelaskan pembayaran bagi kakitangannya "dalam semangat keharmonian industri."

Katanya, ahli-ahli NUJ Utusan Melayu merupakan mereka yang paling rendah gaji daripada lapan cawangan menganggotai kesatuan itu.

"Bayaran bonus yang tertunggak juga akan membantu mengurangkan beban kewangan ahli-ahli NUJ yang bekerja di Utusan Melayu memandangkan harga barang-barang keperluan juga telah mengalami kenaikan," katanya dalam satu kenyataan.

"Ahli-ahli (NUJ) tidak menikmati kenaikan gaji dan pelarasan faedah-faedah lain memandangkan perjanjian bersama 2008-2011 masih diteliti di Mahkamah Perusahaan," katanya lagi.

Anbalagan menambah, Utusan Melayu juga harus membayar bonus bagi 2010 yang menurutnya masih belum dijelaskan lagi.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Update - K'jaan luluskan kenaikkan tarif elektrik

Posted: 27 May 2011 01:32 AM PDT

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikkan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS

Posted: 27 May 2011 01:29 AM PDT

SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.


Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: