Rabu, 25 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Dimulakan Dengan Bismillah,Tapi Disudahi Dengan Video Lucah?

Posted: 25 May 2011 09:44 AM PDT

Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,
Dua tiga hari lepas,entah macammana saya tersesat masuk ke sebuah blog pro BN.saya sebenarnya ingin membaca N3 berkenaan dengan seorang model Turki yang bergambar bogel dalam majalah porno ynag mengaku yang dia bukanlah seorang muslim.

Tapi apa yang saya pelik sikit blog tu adalah diselitkan ayat alqur'an dengan lafaz dimulakan dengan bismillah.dari apa yang dinyatakan kat profilenya,penulisni mengaku dia seorang lawyer dan seorang ibu yang penyayang kepada seorang anak gadis.

dalam masa yang sama di bahagian atas sekali diletakkan video lucah(tanpa edit)yang disukai oleh blogger-blogger umno sekarang.
saya cuba tinggalkan pesanan (bukan tujuan politikpun)sekadar mengingatkan sesama Islam tentang etika blogger muslim.

"Kepada tuan punya blog,saya mengira anda juga saudara seislam saya dan tahu tentang hukum mengedarkan video lucah.Seeloknya video lucah diatas dibuang dari blog anda.saya bukan bercakap dalam konteks politik,pergi jahanamlah dengan ahli politik jika hanya merosakkan ummat dan negara.

Saya bicara soal etika seorang blogger muslim,adakah anda sebagai seorang ibu tidak merasa bersalah dengan menayangkan video lucah tersebut(walau siapapun pelakonnya)kepada umum.Bagai mana jika video itu di tonton oleh anak-anak kita.Apa saudari nak kata jika saya tunjukkan video diatas kepada anak perempuan anda?."

Itulah lebih kurang apa yang saya sampaikan padanya melalui ruangan komen.dan seperti dijangka dia tak siarkan pun komen saya.

Nak kenal blog tu klik disini:http://lydiausm72.blogspot.com
-ijoks2009-
Lepas ni kalau anak-anak dia suka tengok video lucah jangan salahkan orang lain,sebab dalam blog mama@papa dia berlambak video dan gambar lucah.Ini macam punya mama pun ada.
nak berpolitik pun politiklah jangan pulak sampai jadi egen video lucah
Cari N3 lama-lama disini

Mufti Jahil Pun Ada

Posted: 25 May 2011 04:39 AM PDT

Soal-jawab Agama
Dato nikah kawin(musang berjanggut)

Larangan orang yang berfatwa tanpa dasar ilmu (jahil)

Imam Abu Hanifah radiyaLlahu anhu berpendapat :

"Wajib menghalang orang bodoh (mufti jahil) dan orang yang mempermainkan agama dari mengeluarkan fatwa".

Seorang lelaki pernah melihat Rabi'ah Ibn Abd Rahman, guru kepada Imam Malik sedang menangis, lalu ditanya :

"Hal apakah yang menyebabkan tuan menangis ? Jawabnya : Ada seorang yang telah diminta untuk berfatwa, walhal dia tidak mengerti apa-apa dan fatwanya itu telah memudaratkan umat Islam, kerana itu, katanya lagi : "Sebahagian mufti lebih berhak masuk penjara daripada para pencuri".

Ibn Qayyim meriwayatkan dari beberapa ulama sezamannya :
"Bagaimana jika Rabi'ah menyaksikan zaman kita ini, dimana orang yang tidak berilmu berani memberikan fatwa dengan modal kejahilan dan keberanian semata-mata, pengalaman yang sedikit dan pengetahuan yang dangkal, tambahan pula memiliki sejarah hidup yang tidak elok dan tidak dikenal di kalangan para ulama. 
Pengetahuannya tentang al Quran, al Sunnah dan ilmu-ilmu ulama salaf sangat cetek dan dangkal..

(Ibn Qayyim, I'lamul Muwaqqi'in, Juz 4, hlm 207-208)

Al Hakam pernah berkata kepada al A'masy setelah mendengar riwayat tadi:

"Jika aku mendengar hadith tersebut dari dahulu lagi, nescaya aku tidak akan banyak berfatwa seperti apa yang telah aku lakukan selama ini". Kemudian Abu 'Abdillah menambahkan : :Ini Abdullah Ibn Mas'ud bersumpah dengan nama Allah bahawa sesiapa berfatwa untuk setiap soalan adalah orang gila, sumpah beliau pasti benar, kalau begitu kebanyakan mufti pada zaman kita ini sudah menjadi gila..! Mengapa...? Kerana setiap mufti yang ditanya akan langsung memberi jawapan, tanpa berfikir lebih jauh atau berkata tidak, atau takut kerana Allah Subahanahu Wa Ta'ala (jika fatwanya salah), atau tidak takut untuk disoal balik: "Dari mana jawapan ini kami dapat.. ? Akan tetapi yang paling mereka takuti dan gerun adalah sindiran bahawa dia tidak dapat menjawab soalan.

Pada hakikatnya dia telah melakukan perbuatan yang sangat besar yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang lebih tinggi, luas dan dalam ilmu agamanya daripada dirinya, dan dia telah melakukan satu praktik perubatan yang tidak mampu dilakukan oleh seorang doktor yang sangat pakar".

Jom baca lagi disini:
http://jomfaham.blogspot.com/2011/05/peringatan-kepada-orang-yang-jahil.html


Cari N3 lama-lama disini

Ntah Ape-ape Ntah

Posted: 25 May 2011 03:29 AM PDT

Santai 
Country
Percentage
Malaysia
96.2%
Server & Power Consumption Information
The average Ijoks2009.blogspot.com visitor visits about 1.5 pages before leaving again, this means that their servers handle about 1,643 page views per day and in term a total of 0 page views per second.

We estimate that this website uses 1 server(s), and with the average internet server using about 2,400 kWh of electricity per year, Ijoks2009.blogspot.com will use more or less 2,400 kWh of power in that time span. Looking at the average cost of 0,17c per kWh, this website uses an estimated total of $408 USD on electricity per year. 

 Jumpa kat sini
http://www.visualizetraffic.com/show/ijoks2009.blogspot.com
Web ni kira macam menilai apa sahaja berkenaan dengan blog-blog yang ada kat internet  lah,Apa tujuan dia buat macam tu tak tahulah.Adalah faedah untuk dia kot.


Cari N3 lama-lama disini

Blog Hina Islam ,Laporan Polis Sudah Dibuat

Posted: 25 May 2011 12:25 AM PDT

Isu Semasa

LAPORAN POLIS BLOG HINA ISLAM
Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr
(fitrahikhwan@yahoo.com)

Alhamdulillah petang tadi jam 3.30 petang saya ditemani dua orang kawan Ustaz Yusof Marlon Abdullah dan Ustaz Mohd Fauzi Mahmud saya telah membuat satu laporan polis di balai polis Bandar Seri Putra  Bangi dan balai polis Kajang ke atas blog yang menghina Islam. Pengendali blog yang tidak dikenali ini jelas menghina agama Islam, Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Di dalam blog ini pengandalinya menulis Allah SWT itu babi, Allah SWT pekak, Rasulullah sebagai seorang yang kuat seks dan banyak lagi penghinaan yang dilakukan.

baca lagi disini

-ijoks2009-
Apabila ada di kalangan orang islam sendiri yang berani mempersendakan hukum agama sendiri sampai ada yang mengatakan jika hudud dilaksanakan makin banyak maksiat berlaku kerana katanya  susah nak buktikan kes zina jika saksi perlu melihat sendiri perbuatan itu secara terang-terangan.
Bahkan sumpah laknat sudah dijadikan mainan politik ,sesiapa sahaja dengan berani mempermainkan nama Allah demi kepentingan politik ,tidak mustahil jika musuh islam atau melayu murtad lebih berani menanpakkan kejahatan mereka terhadap Islam.

semoga mereka ini mendapat hidayah dari Allah atau balasan yang setimpal untuknya.
Allahua'kbar !!
"Perangilah musuh kamu sepertimana mereka memerangi kamu"
Jika mereka menggunakan media internet kita juga kena memperbanyakkan maklumat sebenar tentang islam dalam blog dan FB jgn hanya menggunakan medium ini untuk peribadi semata-mata.

saya petik kata-kata Dr.Yusuf Qaradawi,adalah haram bagi ummat islam untuk membuka kilang kosmetik jika belum ada satupun kilang senjata milik orang Islam.
Mengambil pemahaman konteks ini sayamengira adalah juga haram bagi orang islam yang ada kemudahan internet,blog ,twetwr.FB dan seangkatan dengannya jika hanya menggunakan untuk tujuan peribadi semata-mata tanpa diselitkan dengan mesej-mesej islam.

Musuh-musuh rancak menggunakan segala kemudahan ini untuk menyerang kita ,adalah janggal jika kita hanya menggunakan kemudahan ini untuk bersuka-suka.


Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: