Rabu, 25 Mei 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


KASE lancar 'Gelombang Ketiga' bantahan Saman Ekor pada Muktamar PAS ke-57

Posted: 25 May 2011 07:22 PM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Anti Saman Ekor KASE akan melancarkan kempen bantahan yang dinamakan 'Gelombang Ketiga' pada Muktamar PAS ke-5 di Kuala Lumpur Jun ini.

Menurut Pengerusi KASE, Dato' Mahfuz Omar, kempen tersebut adalah kempen untuk mengajak rakyat Malaysia melaungkan slogan 'Satu Saman Ekor, Satu Malaysia Unidi Protes'.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah 24 Mei lalu di Kuala Lumpur bagi memaklumkan pelancaran kempen tersebut.

Majlis pelancarannya akan berlangsung selepas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan Ucapan Dasar Sempena Muktamar PAS ke-57 yang akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), katanya.

Pelancaran akan disempurnakan Presiden PAS dan sejurus selepas itu, KASE akan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta slogan dan logo kempen KASE, katanya.

Selain itu, semasa pelancaran itu, KASE juga akan melancarkan pelekat khas kempen Mansuhkan Saman Ekor yang akan dijual kepada perwakilan, tetamu dan pengunjung Muktamar PAS ke-57.

Kempen ini tidak akan terhenti setakat pelancaran sewaktu muktamar, sebaliknya ianya akan disebarluaskan bermula di Pantai Timur dan ke Selatan beberapa minggu selepas muktamar, katanya.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, kempen ini bertujuan menggesa kerajaan menghapuskan 15 juta senarai notis saman ekor yang masih kekal dalam data yang disimpan pihak berkuasa.

Siapa bakal Timbalan, Naib Presiden PAS, teka teki yang masih berpanjangan?

Posted: 25 May 2011 07:05 PM PDT

Sejak seminggu lalu media-media alternatif dan tabloit cukup banyak menyiarkan berita tentang pemilihan jawatan tertinggi dalam PAS iaitu Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Paling awal menyatakan untuk bertanding Timbalan Presiden ialah, Mohammad Sabu kemudian, penyandang, Nasharudin Mat Isa dan terkini Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala Ustaz Azizan Razak dan Husam Musa telahpun menolak untuk bertanding Timbalan Presiden kerana Husam hanya mahu bertanding Naib Presiden dan Azizan hanya AJK PAS Pusat.Kini hanya tinggal Salahuddin Ayub sahaja yang masih belum mengumumkannya.

Salahuddin dijangka akan menyertai pertandingan sengit kerusi Naib Presiden yang kini menjadi tumpuan Dato' Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad, Husam Musa, dan mungkin Nik Amar Nik Abdullah (belum umum).

Pastinya pertandingan kali ini nampak lebih sengit kerana banyak 'keputusan luar jangka' yang berlaku, termasuk ddi pihak Tuan Ibrahim yang saat akhir menyatakan kesudian bertanding Timbalan, walaupun sebelum ini menyatakan tidak mahu bertanding jawatan itu.

Pemilihan bakal diadakan pada 3 Jun ini selepas Perasmian Penuh Muktamar PAS ke-57, dan pastinya ianya lebih mendebarkan.Siapakah pimpinan yang bakal membarisi jawatankuasa pusat, pastinya yang boleh diandaikan ialah mereka yang mampu mendepani tuntutan berdepan pilihan raya umum ke-13.

Ini kerana saf pimpinan kali ini adalah saf depan yang harus menjadi tunjang kepada kekuatan parti berdepan Umno-BN pada PRU-13.

Perlu diingatkan bahawa, PAS menentang Umno, dan mereka yang layak dipilih mestilah memiliki ciri-ciri ini yang telah terbukti perjuangannya sejak dahulu, tidak kenal takut kepada tirai besi ISA, tidak gentar dengan penguasa zalim, tidak melayan kerenah dan taktik jahat Umno-BN, selain tahan dan harus seorang yang 'sederhana'.

Kerajaan tiada wang untuk naikkan gaji guru secara keseluruhan!

Posted: 25 May 2011 07:03 PM PDT

Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.

Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.Perbelanjaan meningkat

"Kerajaan sebenarnya telah memindahkan defisit kerajaan kepada guru berpendapatan sederhana," katanya dan menambah, hanya sebanyak 30 peratus sahaja daripada kira-kira setengah juta guru dalam negara ini yang akan menikmati kenaikan pangkat itu.

"(Tindakan) mengurangkan subsidi menyebabkan kos meningkat. Perbelanjaan rakyat juga turut meningkat (sedangkan) pendapatan tidak mencukupi.

"Guru merupakan individu yang melahirkan seorang pemimpin, tindakan pihak kerajaan dengan menaikkan pangkat sebilangan guru saja umpama tindakan menipu orang cerdik.

Tambahnya, langkah kerajaan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan begitu terdesak untuk menjaga kebajikan pekerja semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada Disember tahun lalu.

Manifesto berkenaan antara lainnya menggariskan usaha Pakatan untuk memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi golongan pekerja.

"Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menaikkan gaji semua guru seperti apa yang dicadangkan oleh pihak PKR baru-baru ini," tegasnya yang turut menyeru kumpulan guru itu supaya lebih vokal dalam menyatakan tuntutan melalui kesatuan mereka.

Tapi dapat bonus

Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan pula tetap mempertahankan langkah "rasional" itu kerana tidak ada guru yang akan didiskriminasi dalam kenaikan pangkat berkenaan.

Ketika ditanya, beliau menafikan bahawa tindakan kenaikan pangkat itu dijalankan bagi menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.

"Kalau pembangkang memang akan berkata sedemikian (untuk pilihan raya).tapi bagi saya ia sesuatu yang tidak masuk akal," kata Abdul Rahman ketika dihubungi.

Jelasnya, kenaikan ke atas kumpulan guru itu tidak melibatkan guru yang berpendapatan sehingga mencecah RM20,000.

"Tidak ada yang dianaktirikan," katanya lagi yang menambah, kumpulan guru yang berpendapatan lebih rendah itu juga akan menikmati kenaikan pangkat.

"Jika kita mampu bagi setengah, kita bagi setengah dulu. Waktu ini untuk segmen (pangkat tinggi) dahulu.

"Kerajaan bagi kenaikan berkenaan berdasarkan kemampuan pihak kerajaan. Namun perdana menteri sendiri masih sedang berbincang dengan timbalan perdana menteri berkenaan kenaikan pangkat atau gaji bagi guru-guru yang lain," katanya lagi.

Abdul Rahman juga berkata golongan guru yang berpendapatan rendah juga sebelum ini telah menikmati bayaran bonus.

"Kerajaan telah bagi (bonus) kepada golongan berpendapatan dua ribu ke bawah. Yang penting kerajaan ikhlas," katanya.

Tiada ulasan: