Rabu, 25 Mei 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pengurus Felda pun pinta borang menjadi peneroka..

Posted: 25 May 2011 08:45 PM PDT

Oleh Suhaimi Said

Ramai pengurus-pengurus Felda yang sudah sedar dan insaf yang menyedari bahawa pendapatan mereka sebagai Pengurus Felda adalah lebih, jauh lebih kecil, dari peneroka-peneroka Felda yang tanam sendiri, turut memohon mendapatkan Borang Menjadi Peneroka Felda baru.

Beberapa orang pengurus Felda di kawasan Jengka dan ramai lagi pegawai dan kakitangan Felda memohon Borang tersebut.

Mereka ini yakin bahawa Pakatan Rakyat akan berjaya menubuhkan Kerajaan Baru menggantikan Barisan Nasional selepas PRU-13 nanti. Mereka telah lihat kesannya semasa Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.


Mereka sudah dapat kesan bahawa Barisan Nasional sudah tidak dapat bertahan lagi di Putrajaya, dan mereka yakin bahawa Barisan Nasional akan kalah didalam PRU-13 nanti. Lagi cepat PRU diadakan, lagi cepat BN akan gugur.
Read More / Baca Lagi >>

Jihad: Perkasa kecam Nazri Aziz, dakwanya pemimpin ‘half past six

Posted: 25 May 2011 08:42 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Mei — Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan pihaknya tidak akan melayan kritikan Datuk Seri Nazri Aziz dalam isu "perang jihad", sebaliknya menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai pemimpin "half past six."
Syed Hassan dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya tiada masalah jika Nazri mahu menggelar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai "badut."
"Perkasa tiada masalah dengan Nazri jika beliau mahu gelar apa pun ke atas Ibrahim atau pimpinan Perkasa yang lain, biarkanlah.
"Kami Perkasa tak hairan kerana beliau pun sanggup gelar orang yang banyak berjasa kepada negara seperti (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dengan macam-macam gelaran," katanya.
Oleh itu, katanya, "gelaran badut kepada Ibrahim tak jadi masalah."
"Tak guna kita nak marah beliau pasal apa guna kita layan menteri 'half past six' macam Nazri ini, beliau keluarkan kenyataan macam itu, beliau fikir semua orang Melayu suka dan sokong kenyataan beliau dan beri banyak keuntungan kepada Umno," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Demo di stadium vs di jalan

Posted: 25 May 2011 08:34 PM PDT

Oleh: albangi

"Tujuan berdemo BERSIH ialah untuk menyatakan ketidakpusan hati kita terhadap penyelewengan SPR. Kita mohon permit untuk menyatakan pandangan dan suara kita. Sebelum ini kita tidak dibenarkan, maka kita tetap akan turun ke jalan-jalan.

Tetapi apabila kita dapat permit, maka mengapa kita tidak mahu terima permit untuk buat di stadium? Adakah dengan sebab buat demo di stadium maka SUARA kita tenggelam? Atau mesej kita tidak sampai?

Kita perlu bezakan antara matlamat dan kaedah. Apabila matlamat dapat dicapai dengan cara yang lebih baik, maka gunakan kaedah yang lebih baik, bukan bermakna kita kecut atau takut turun di jalan. Kalau sudah diberi permit untuk demo di stadium, maka bukankah demo di jalan itu kan menjadi emosional daripada rasional?

Read More / Baca Lagi >>

NC UUM lebih politik dari orang politik

Posted: 25 May 2011 08:32 PM PDT

Oleh Mummy Rokiah

Isu rebet tanah UUM tidak seharusnya menjadi isu politik sempit oleh semua pihak. Apa perlu Kerajaan Pusat berkira untuk membayar cukai tanah sebanyak RM1.743 juta demi jihad pendidikan anak-anak pelajar dan warga UUM yang seramai lebih kurang 25,000 orang.

Jika Kerajaan Pusat boleh membawa pembangunan yang berbillion ringgit kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang mengapa jumlah yang ciput ini menjadi pertikaian dan senjata politik murahan.

Apa yang melucukan pemerhati politik ada para academia ialah kenyataan-kenyataan Naib Chanselor Professor Datuk Dr Mustafa Ishak yang lebih politik dari orang politik.

Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Kita Takut Hadapi Realiti

Posted: 25 May 2011 08:30 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
SUDAH menjadi budaya dan pembawaan bangsa kita - Melayu tidak berani untuk berterus terang dan menghadapi reaiti. Kita suka berselindung ataupun berbohong walaupun apa yang kita bohongi itu sudah diketahui atau dapat dikesan oleh orang lain.

Kenapa kita tidak mahu jadi bangsa yang berani, berterus terang telus dan sedia menghadapi realiti? Kenapa?


Banyak kalau kita hendak perkatakan perkara ini. Ia berlaku setiap hari, malahan berlegar di sekeliling diri kita sendiri. Kita ada kalanya bukan saja berbohong kepada pihak ke tiga, orang lain tetapi kepada diri sendiri juga. Kalau sudah berbohong kepada diri sendiri itu peringkat sudah parah dan teruk sangat. Mungkin boleh dikategorikan berbohong kepada diri sendiri ini sebagai tanda munafik paling akhir.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Malaysia akan hilang di dunia jika........

Posted: 25 May 2011 08:28 PM PDT

Oleh Mummy Rokiah
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata "Saya akan menjadi orang tengah menghalang mana-mana pihak yang cuba memboikot akhbar Utusan Malaysia".

Mungkin jika ditafsirkan dalam lain perkataan, "membujur lalu melintang patah namun Utusan ku pertahan jua".

Katanya, ketika pembangunan negara ini masih merangkak wartawan Utusan Malaysia atau Utusan Melayu ketika itu menyeberang sungai untuk mengumpul dan menulis berita dengan menggunakan mesin taip.
Read More / Baca Lagi >>

Stigma buruk yang melekat kepada UMNO susah hendak dibuang

Posted: 25 May 2011 08:27 PM PDT

Oleh Aspan Alias
Kalau saya duduk termenung memikirkan nasib UMNO di masa akan datang, seperti juga ramai yang lain saya tidak dapat berfikir apa cara yang perlu dilakukan oleh UMNO untuk kembali menjadi parti yang dihormati dan disanjung bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh bangsa-bangsa lain seperti yang pernah dialaminya dahulu.


Maklum sajalah UMNO selama ini adalah tunjang kepada politik tanak air. Semasa hebatnya UMNO rakyat berfikir tanpa UMNO kita akan rebah rempah dan tidak tahu apa akan terjadi kepada negara. Semasa itu UMNO! UMNO! UMNO!, tidak ada yang lain melainkan UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar PAS ke 57 : Dichotomia Yang Sakit Dalam PAS

Posted: 25 May 2011 08:25 PM PDT

Oleh Muhaimin Sulam
Tiga penjuru perlumbaan jawatan Timbalan Presiden PAS semakin dirancakkan dengan tujuh penjuru perlumbaan dalam jawatan Naib Presiden. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatan yang perlukan sokongan lain.

Dichotomia diantara ulama-professional-aktivis dalam pemilihan pemimpin hanya memperlihatkan pola pemikiran yang sakit. Lebih sakit dengan dichotomia yang berasaskan kaum, wilayah ataupun kelas.

Kesakitan ini semakin menjadi-jadi menjelang hari-hari Muktamar yang begini: Muktamar Pemilihan. Ahli dan perwakilan dipersembahkan metos pemikiran yang karut.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar PAS : Muslimat Perlu Menjadi Madu Yang Baik

Posted: 25 May 2011 08:21 PM PDT

PAGI ini saya hendak beralih angin sedikit dengan memberi sorotan khas kepada politik muslimat Pas. Media massa atau pemerhati tampaknya tidak begitu terliuur untuk bercakap fasal politik muslimat alias wanita Pas ini. Apakah kerana kita masih terpengaruh dengan mind lama kita, bahawa wanita tetap wanita walaupun berusaha keras untuk menyamakan taraf dengan lelaki.
Atau pun kerana kita telah meletakkan wanita sebagai tulang rusuk kita maka ia tidak akan bertukar menjadi sebilah pedang selama-lamanya?
Ada benarnya juga. Kita tidak dapat membincangkan wanita jauh dari sempadan dan destinasi yang boleh dirungkai lelaki. Wanita tetap mempunyai batas dan sempadan yang konkrit. Ini bukan kerana sentimen gendar tetapi ini kerana hukum hakam dan hukum karma juga. Ia adalah ketentuan azali.
Jadi usahlah muslimat Pas ingin bergerak melebhi dari mentara yang telah dipancang oleh Tuhan. Gunung yang tinggi hanya untuk lelaki saja, sementara kolam air mata milik wanita selamanya. Kalau ada seorang dunia melepasi punca itu ada keluarbiasaan. Ingatlah kita tidak boleh hidup dan lari dari norma-norma alam.
Read More / Baca Lagi >>

Hina Islam: Abim gesa tindakan tegas....Perkasa bila nak jihad..!!!

Posted: 25 May 2011 08:16 PM PDT

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mahu tindakan tegas diambil ke atas blog dan laman Facebook yang menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara' kerana jelas menghina imej serta kesucian agama Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Informasi : 10 kota terkenal di dunia yang hilang

Posted: 25 May 2011 08:14 PM PDT

Sebuah kota akan menjadi kota hilang jika ditinggalkan oleh penduduknya dan dibiarkan begitu saja, sehingga meninggalkan banyak peradaban yang kemudian hilang begitu saja. Perkara ini boleh terjadi kerana perang, bencana alam, dan masih banyak lagi sebab-sebab lain. Namun seiring dengan perkembangan zaman, legenda kota hilang itu mulai muncul kembali ke permukaan. Banyak para ahli arkeologi yang menemui runtuhan-runtuhan bekas kota. sehingga kemudian mula banyak muncul legenda kota yang hilang.

Berikut adalah senarai 10 kota terkenal yang makin ditelan zaman :

10. Atlantis

Atlantis digambarkan oleh Plato sebagai peradaban maju dan kekuatan laut yang hebat, Atlantis dikatakan telah menakluk sebahagian besar wilayah Eropah sebelum tenggelam ke laut. Menurut mitos tradisional, kota ini tenggelam kerana murka para dewa atas kelakuan para penghuni kota ini, tapi menurut kajian Ilmiah, kota ini mungkin tenggelam kerana perubaha geologi dunia.


Read More / Baca Lagi >>

Video : Bila Orang Melayu Pandai & Berani, UMNO Akan Terkubur

Posted: 25 May 2011 08:12 PM PDT

Video : Apa Perbezaan Di Anatara Kerajaan Pakatan Dengan Kerajaan BN

Posted: 25 May 2011 08:10 PM PDT

Video : Jelajah Selangor Tawan Malaysia: Nurul Izzah

Posted: 25 May 2011 08:09 PM PDT

BN vs Pakatan: Into uncharted territory

Posted: 25 May 2011 08:08 PM PDT

BN vs Pakatan: Into uncharted territory When Malaysia goes to the polls in the next general election, it will be a journey into unchartered territory. In every election before this one, the winner was always known in advance. But in the coming general election, there are no certainties, and there may very well be a new government in place when the dust settles.
In the past, many wanted change, but few dared to vote for it. At most, they would make an almost faustian bargain, voting BN for the state election and an opposition candidate for Parliament. The electorate could not be blamed; as the opposition was disunited, even engaging in 3-cornered fights. Who would run the country if the BN was dislodged? There was no alternative. Only the people of Kelantan, would have none of it, and voted consistently for PAS year after year.
But something happened in 2008 that would change this lop-sided model for good. In most ways, the country's situation was no different from in the past. Corruption was rampant, as always. Abuse of power was the norm, as usual. The economy stuttered along.
Read More / Baca Lagi >>

D-Day is dawning for the BN components, especially MCA

Posted: 25 May 2011 08:06 PM PDT

D-Day is dawning for the BN components, especially MCAMCA is the second largest party in the country. It is also about to be decimated along with MIC, Gerakan and SUPP. The MCA will probably not recover and the 13th General Election will show them the door.
Since the last GE in 2008, UMNO has made no pretence of the fact that it will wrestle back all the seats lost by these parties, and to field their own candidates. Unless MCA and MIC can convince UMNO that they stand a fighting chance, UMNO will want their own choice of candidates to contest even if the candidate isn't a Malay, like in the case of Hulu Selangor where an Indian candidate managed to unseat Zaid Ibrahim.
This is certainly one reason why UMNO seems to be ignoring the non-Malay electorate. There is another reason too -  they are all out to woo PAS for a possible merger as well.
Read More / Baca Lagi >>

Deporting 'troublemakers': Malaysians are mature, the authorities are not

Posted: 25 May 2011 08:05 PM PDT

Deporting 'troublemakers': Malaysians are mature, the authorities are notThe detainment and deportation of Ong Boon Keong should cause alarm bells to ring. Has the Immigration Department taken charge of deporting Malaysians for doing nothing more than from moving within their own country?
Ong or Organic Ong as he is fondly called was on a visit to Bengoh, a Bidayuh village on the ourskirts of Kuching, to visit villagers there. It was there that 10 immigration officers arriving in 5 vehicles detained Ong and brought him back to the immigration department in Kuching.
He was held for questioning and then deported.
A puzzling series of events since there was no reason given for his detainment and deportation. Even Ong was puzzled, leading him to say that there may be "some politicians who did not like" what he was doing.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin fitnah lagi.......

Posted: 25 May 2011 08:04 PM PDT



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagaimana yang dipetik oleh laporan Bernama semalam, "mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang".
Tidak ada salahnya kenyataan sedemikian kerana DAP sebagai parti yang menjunjung kebebasan bersuara sentiasa terbuka dalam menerima kritikan.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa kuasa penentu PRU 13

Posted: 25 May 2011 08:02 PM PDT

Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan. Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri.
Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang kurang baik.
Read More / Baca Lagi >>

Mampukah Nasha pertahankan jawatannya?

Posted: 25 May 2011 08:00 PM PDT

azlanSemua tumpuan kini beralih kepada perebutan jawatan nombor dua PAS berikutan timbulnya persoalan sama ada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akan mempertahankan jawatannya atau menarik diri daripada pertandingan selepas Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk bertanding jawatan itu.

Para pemimpin parti berkata kemasukkan Tuan Ibrahim dalam perebutan jawatan itu telah mengubah perkiraan, dinamik dan perspektif pemilihan parti memandangkan terdapat tiga pemimpin bertanding jawatan nombor dua, memaksa para calon menyemak semula strategi dan peluang mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Auku: 17 pelajar UM dibebaskan

Posted: 25 May 2011 07:58 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mei: "Pertamanya, saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi, kuasa Allah terbukti adalah yang Maha Hebat dan Maha Adil," kata Izzuddin Hilmi Mohd Zaini.
Mahasiswa tahun akhir Universiti Malaya (UM) itu menyatakan demikian setelah dibebaskan daripada disabitkan dengan hukuman Akta Universiti dan Akta Universiti (Auku).
"Setelah keputusan diumumkan, ternyata saya dan rakan-rakan saya lain terbukti tidak melakukan kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman Akta Universiti dan Akta Universiti (Auku) yang diwujudkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad," ujarnya.
Semalam, beliau antara enam siswa lain telah dibicarakan oleh barisan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib UM di Bilik Mesyuarat HEP di Kompleks Perdanasiswa UM.
Itu pun setelah perbicaraan ditangguhkan dua kali di mana sebelum ini pada 20 Mei dan 23 Mei lalu.
"Dan kami dibacakan segala pertuduhan termasuk seorang rakan baik saya, Mohd Sabri (Jamaluddin) yang dikenakan tujuh pertuduhan.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri Busitttt... aaarrrr...!!!! Lu dah kencing dan kantoi banyak kali beb..!!!

Posted: 25 May 2011 06:11 PM PDT

Apaaaaaa.... dia ingat rakyat malassia mudah di perbodohkan.... piiiraaaahhhh...!!!!
Ayat 1;(hanya orang bodoh jer... percaya kenyataan bangang nih...!!!!)
"Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya." "Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin tak ada standard

Posted: 25 May 2011 06:10 PM PDT



Amaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan DAP menunjukkan beliau langsung tidak berwibawa, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Beliau berkata, kenyataan itu ternyata satu pembohongan, langsung menunjukkan betapa tidak berilmunya Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.
Pada 24 Mei lalu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memberi amaran agar Melayu tidak terperangkap dengan hajat besar DAP yang kononnya mahu memerintah Malaysia.
Kit Siang menjelaskan sejak pilihan raya pertama yang disertai DAP pada 1969, DAP telah meletakkan seorang calon Melayu untuk Parlimen, dan sembilan calon DUN yang merangkumi Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.
Sejak 1969, enam pemimpin Melayu DAP telah memenangi pilihan raya termasuk Allahyarham Ahmad Nor yang menang Parlimen Bayan Baru (1990-1995) di Pulau Pinang.
"Ini adalah bukti kukuh bahawa kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang langsung tak ada standard dan tak ada class," tegas Kit Siang.
Beliau turut mencabar Muhyiddin dan Zahid  menamakan ahli parlimen atau menteri UMNO sekarang ini yang sanggup menyuarakan kebenaran sehingga disumbat ke dalam penjara untuk mempertahankan kebenaran kaum Melayu, seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin DAP.
Kit Siang juga menggesa agar semua rakyat Malaysia menyoal kembali sebahagian pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan membabi-buta tanpa fakta sahih.
"Semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain patut menyoal kenapa pemimpin UMNO seperti Muhyiddin dan Zahid Hamidi takut dengan usaha DAP untuk mendapat sokongan Melayu," katanya. – Roketkini.com

Zaman Bik : Pemilik 'Anu' Songsang Ingin Menukar Nama Perempuan

Posted: 25 May 2011 06:08 PM PDT

Hari ini kita dikejutkan dengan seorang lelaki yang anunya songsang telah dipotong menjadi leper ingin menukar nama jantannya kepada nama perempuan. Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz nama jantannya yang begitu sedap dianugerahkan kepadanya ingin menjadi Aleesha Farhana.
Read More / Baca Lagi >>

BUAT LAGI - KAMI TAK MARAH

Posted: 25 May 2011 06:04 PM PDT



JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN JPA,PERKASA BERI MCA DAN MIC AMARAN - minsider

Perkasa hari ini memberi amaran kepada MCA dan MIC agar tidak campur tangan dalam isu pemberian biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: