Fakulti Siyasah Syar'iyah |
- PAS ditawarkan tiga jawatan Menteri ...?
- Ikan Masih Hidup Setelah Dimasak ...?
- Sengit ker Senget ...?
PAS ditawarkan tiga jawatan Menteri ...? Posted: 30 May 2011 01:43 AM PDT Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR. Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu. Peserta terkejut Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat). Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu. Sementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung. Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu." Dipetik dari sini ... |
Ikan Masih Hidup Setelah Dimasak ...? Posted: 29 May 2011 10:31 PM PDT |
Posted: 29 May 2011 06:34 PM PDT Pengerusi Tetap PAS Abu Kassim Abdullah berkata, beliau secara peribadi merasakan sukar untuk membuat pilihan calon yang terbaik untuk mengisi kedudukan sama ada bagi jawatan timbalan presiden ataupun naib presiden. "Ini pandangan peribadi saya... cakap banyak pun susah nanti, dulu sangat jelas, nak pilih tiada masalah. Sekarang nak pangkah mana satu, saya rasa sangat sukar, saya sendiri pun tidak tahu nak pangkah siapa. "Saya rasa berbanding dengan pemilihan tahun 2009, ini adalah (pemilihan) yang paling sengit, tetapi lebih sengit daripada tahun-tahun lalu," kata beliau yang memegang jawatan pengerusi tetap sejak 24 tahun lalu. PAS, yang berusia enam dekad, mengadakan pemilihan dua tahun sekali sempena muktamar tahunan ke-57 di Gombak hujung minggu ini. Mengulas lanjut mengenai soal "emosional" dalam menentukan undi, Abu Kassim dari Kedah yang menjadi pengerusi tetap sepanjang kepimpinan tiga presiden termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang berkata, perwakilan tidak seharusnya terpengaruh dengan kebolehan seseorang "bercakap" atau terpikat dengan "pemberian sesuatu" walaupun bentuk kempen parti itu masih jauh berbeza daripada Umno yang menjalankan kempen secara terbuka dan menggunakan jentera pemilihan yang besar." Sepenuhnya di sini ... |
You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan