shalehudin |
- Mai tengok rupa Ulama Umno... kahkahkah...
- Belia yang akan kencingkan Rosmah...
- Baca ni baru kita tau penyokong Umno adalah manusia paling bangang
- Najib kencing belia atau belia nak kencing Najib?
Mai tengok rupa Ulama Umno... kahkahkah... Posted: 30 May 2011 11:05 AM PDT Individu Yang Mengaku 'Kasyaf' Sewajarnya Bertaubat Saya merujuk kepada laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada hari ini, 30 Mei 2011 yang memuatkan kenyataan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris. Sekalipun jawatan beliau adalah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, namun Utusan Malaysia lebih selesa memetiknya sebagai bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat. Barangkali nama sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS Pusat itu lebih 'mahal' dan 'bernilai' dari jawatan yang dipegang beliau sekarang di dalam UMNO. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan menggesa agar Murysidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bertaubat kerana mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam isu moral dan rakaman video seks. Mohd Noor Deris menambah lagi bahawa tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Noor Deris itu ialah satu kenyataan yang 'kurang waras' dan tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf 'ulama'. Barangkali demikianlah taraf pemikiran seorang 'ulama' di dalam UMNO. Di dalam isu video seks, perlu diingatkan bahawa di dalam Islam, tuduhan zina hendaklah dibuktikan di mahkamah melalui empat orang saksi yang adil. Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.." Para mufassirin sepakat menyatakan bahawa tuduhan terhadap lelaki melakukan zina samalah dengan menuduh wanita melakukan zina iaitu hendaklah didatangkan empat orang saksi yang adil. Di dalam isu rakaman video seks, siapakah saksi yang boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku di dalam video tersebut? Apa yang lebih penting lagi, kenapakah isu ini tidak dibawa ke mahkamah Syariah dan diadili mengikut hukum-hakam Islam? Justeru, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tepat mengikut neraca Islam kerana beliau masih belum dibuktikan salah mengikut apa yang dikehendaki oleh Islam. Saya kira, jika perlu bertaubat, orang yang perlu bertaubat ialah Mohd Noor Deris sendiri yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia memiliki ilmu kasyaf sehingga tidak mahu bersalam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana didakwanya menjadi tangan syaitan ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas beberapa ketika lepas. Jika Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas al-Arqam pernah ditahan ISA kerana mendakwa mampu beryaqazah, saya kira dakwaan Mohd Noor Deris yang mempunyai kasyaf ini juga tidak kurang sesatnya. Pada saya, kenyataan Mohd Noor Deris ini hanyalah satu sampah sarap yang hanya layak dimuatkan di dalam tong sampah yang bernama Utusan Malaysia. AHMAD FADHLI BIN SHAARI, Setiausaha Akhbar, YAB Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 30 Mei 2011 / 26 Jamadil Akhir 1432 |
Belia yang akan kencingkan Rosmah... Posted: 30 May 2011 02:00 AM PDT Anwar: Belia tak akan terima seruan Najib pertahan Putrajaya 'rasuah' Oleh Shazwan Mustafa Kamal Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan peserta pada sesi ramah mesra di Petaling Jaya petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi PETALING JAYA, 29 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi muda tidak akan menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat, meskipun pentadbiran Najib menyeru peserta Himpunan Sejuta Belia mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang. Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini berkata tiada gerakan belia yang akan menyokong sebuah pentadbiran yang diselubungi amalan kronisme dan rasuah di peringkat paling tinggi kuasa. "Saya tidak takut sama sekali," kata beliau pada sesi bersama 200 profesional muda di sini petang ini. "Tiada pergerakan belia akan menyokong sistem yang merosot akhlak, rasuah, sudah usang. Saya pasti mereka (pengundi muda) tidak akan mempertahankannya," tegas Anwar.- Seterusnya... |
Baca ni baru kita tau penyokong Umno adalah manusia paling bangang Posted: 29 May 2011 11:37 PM PDT Apabila bantuan kerajaan diberi kepada rakyat dan orang miskin, ia dipanggil subsidi. Tetapi apabila subsidi diberi kepada korporat besar, ia digelar insentif. Pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan istilah itu dibangkitkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui untuk mempertahankan kononnya penjana kuasa bebas (IPP) tidak mendapat subsidi kerajaan. "Biasalah mereka ini. Untuk orang miskin diberi subsidi, untuk orang kaya dikatakan insentif," katanya dalam satu dialog tertutup dengan profesional muda pelbagai kaum di sini semalam. Anwar menjelaskan bahawa sewaktu berada dalam kerajaan, beliau telah dimaklumkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Ani Arope bahawa kumpulan IPP telah memaksa TNB membeli harga elektrik yang terlalu mahal. Walau pun beliau bersetuju dengan pendirian Ani Rope menolak tawaran IPP yang tidak adil itu, kabinet yang dikuasai Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan untuk meluluskan desakan korporat-korporat gergasi berkenaan. Menurut Anwar, syarikat IPP utama itu – YTL Corporation Berhad yang dimiliki oleh Yeoh Teong Lay, Genting Sanyen milik Genting, Tanjung (Ananda Krishnan) dan Malakoff (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – dijamin tidak rugi sama sekali jika berlaku kenaikan harga; yang terpaksa menanggung rugi adalah TNB. Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali mendesak kerajaan supaya menghentikan pemberian subsidi RM19 bilion setahun kepada IPP sebelum menghapuskan subsidi petrol, diesel dan gula untuk rakyat. Sebelum ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan kadar bayaran elektrik yang dijangka dinaikkan oleh kerajaan BN berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB dengan syarikat-syarikat IPP. Beliau berjanji bahawa apabila kerajaan Pakatan mengambil alih pentadbiran negara, perjanjian tidak adil dengan IPP itu akan dirunding semula bagi memastikan rakyat tidak teraniaya akibat kesalahan kerajaan BN sewaktu membuat perjanjian subsidi untuk korporat itu. Sebelum ini juga, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa subsidi kepada IPP tidak boleh ditarik balik kerana kerajaan telah mengikat janji dengan syarikat-syarikat terbabit sejak bertahun-tahun lalu. "Oleh kerana kerajaan terikat dengan banyak perjanjian, subsidi kepada IPP tidak boleh dihentikan hanya kerana ikut kata DAP atau kata Anwar," kata Presiden MCA itu kepada pemberita minggu lalu. Membalas hujah Chua, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua DAP telah mencabar kerajaan supaya mendedahkan segala butir perjanjian dengan syarikat-syarikat IPP berkenaan subsidi yang mereka terima. Katanya pendedahan kepada umum tentang perjanjian kerajaan dengan IPP amat penting kerana rakyat perlu mendapat maklumat penuh berikutan tindakan kerajaan mahu menghapuskan subsidi bahan api dan gula. "Kita mahu tahu mengapa kerajaan enggan mengstruktur semula kontrak yang berat sebelah itu, sedangkan syarikat-syarikat IPP berkenaan membuat keuntungan lumayan, sementara rakyat menjadi mangsa harga naik," tambah Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. |
Najib kencing belia atau belia nak kencing Najib? Posted: 29 May 2011 05:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan