Isnin, 30 Mei 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mohd Noor Deris yang perlu bertaubat, bukan Nik Aziz

Posted: 30 May 2011 04:46 AM PDT

Mungkin ada kebenarannya dakwaan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari ini.."Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud :"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik."


Mohd Noor Deris yang perlu bertaubat, bukan Nik Aziz

PETALING JAYA: Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini dibidas berikutan kenyataannya dalam akhbar milik Umno-Utusan Malaysia-yang menggesa agar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertaubat.


Mohd Noor dalam kenyatan kepada Utusan Malaysia semalam meminta Nik Aziz bertaubat kerana mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibelenggu isu moral termasuk rakaman video seks.

Sambil menyifatkannya sebagai 'sampah', Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan itu mencerminkan kedangkalan pemikiran Mohd Noor yang bertaraf ulama'.

Pemikiran Ulama Umno

"Dalam isu video seks, perlu diingatkan bahawa di dalam Islam, tuduhan zina hendaklah dibuktikan di mahkamah melalui empat orang saksi yang adil.

"Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud :"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik."

"Barangkali demikianlah taraf pemikiran seorang 'ulama' di dalam Umno," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Noor yang juga Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat dalam laporan berita Utusan Malaysia berkata tindakan Nik Aziz jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

Beliau juga dipetik akhbar itu menyarankan supaya Ulama PAS membuat mufarakah (berpisah dari imam) terhadap kepimpinan Nik Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam semata-mata melindungi kepentingan individu tertentu.

Mahkamah Syariah

"Tuduhan terhadap lelaki melakukan zina samalah dengan menuduh wanita melakukan zina iaitu hendaklah didatangkan empat orang saksi yang adil.

"Apa yang lebih penting lagi, kenapakah isu ini tidak dibawa ke mahkamah Syariah dan diadili mengikut hukum Islam?

"Justeru, tindakan Nik Aziz mempertahankan Anwar tepat mengikut neraca Islam kerana beliau masih belum dibuktikan salah mengikut apa yang dikehendaki oleh Islam," tegas Ahmad Fadhli.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata orang yang perlu bertaubat adalah Mohd Noor sendiri yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia memiliki ilmu kasyaf (sumber ilmu) sehingga tidak mahu bersalam dengan Nik Aziz kerana didakwanya menjadi tangan syaitan ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas.

"Jika Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas al-Arqam pernah ditahan ISA kerana mendakwa mampu beryaqazah (bertemu Rasulullah dalam keadaan jaga dan bukannya mimpi), saya kira dakwaan Mohd Noor Deris yang mempunyai kasyaf ini juga tidak kurang sesatnya.

"Pada saya, kenyataan Mohd Noor Deris ini hanyalah satu sampah sarap yang hanya layak dimuatkan di dalam tong sampah yang bernama Utusan Malaysia," katanya.


Free Malaysia Today

Tariff Elektrik naik 7%.. Pengundi BN dikecualikan..

Posted: 30 May 2011 03:36 AM PDT

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.


Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.


Malaysiakini

PAS Cukup Kuat, Anwar Bukan Faktor

Posted: 30 May 2011 01:36 AM PDT

SHAH ALAM 30 MEI: Reputasi dan kredibiliti pimpinan yang menjadi tunjang dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang merupakan antara parti terawal di Malaysia, tidak mudah dipengaruhi atau diganggu gugat oleh elemen luar, menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Ini kerana, ketokohan dan disiplin yang diterapkan dalam jiwa setiap ahli parti itu menjadikannya sebagai sebuah entiti yang matang dan tidak gentar dilanda badai.

Meskipun bergabung di bawah satu nama yang menyatukan parti tersebut bersama PKR dan DAP di bawah satu wadah perjuangan yang sama, namun menurut Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, masing-masing menghormati sejarah perjuangan setiap parti terutama PAS, yang jauh lebih berpengalaman.


Kenyataan Saifuddin itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa PKR dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai faktor wujudnya pembahagian puak dalam PAS seperti yang dibangkitkan pihak pro Umno-Barisan Nasional mutakhir ini.

"Suatu parti (PAS) yang matang tidak boleh dipengaruhi mana-mana elemen yang dikaitkan dengan elemen luar apatah lagi dengan pengaruh Anwar Ibrahim.

"Tidak pernah menjadi amalan Anwar atau parti Keadilan sendiri untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga parti lain," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor.

Menjelang Muktamar PAS ke-57 hujung minggu ini, media pro Umno-BN dilihat sering kali menuding jari ke arah Anwar dan PKR sebagai faktor wujudnya puak 'erdogan' dalam parti yang ditubuhkan sejak 31 Mei 1955 itu.

Malah ada pihak yang turut berani mempersoalkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Ketua Pembangkang dari tuduhan liwat kedua dan rakaman video seks selain menyifatkan beliau meletakkan PAS dalam bahaya.

PAS sebelum ini menolak tanggapan kononnya wujud dua kumpulan dalam barisan kepimpinan parti Islam itu yakni persaingan antara pihak pro Anwar dengan golongan ulama yang dilihat 'berpengaruh'.

Malah PAS menegaskan yang wujud hanyalah kelainan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli dan rakyat dalam parti itu.

Saifuddin kemudiannya menegaskan bahawa asas penubuhan yang didokong setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat juga berbeza, sekaligus tidak mengganggu atau mempengaruhi perkembangan setiap parti.

Jelasnya lagi, fokus utama Pakatan Rakyat adalah untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang semakin tidak relevan kepada masyarakat majmuk negara ini termasuk menjaga kepentingan bersama.

"Asas kerjasama dalam Pakatan Rakyat ialah Barisan Nasional adalah musuh utama. Jadi kita tidak bercakap asas parti. Mustahil parti PAS, DAP dan Keadilan boleh disatukan dengan polisi yang sama.

"Tetapi atas nama Pakatan Rakyat kita ada satu persamaan iaitu musuh kita yang satu (BN) dan kita memperjuangkan prinsip keadilan sejagat. Jadi siapa pun kepimpinan yang dipilih oleh PAS, saya yakin kerjasama dalam Pakatan Rakyat akan hanya diperkuatkan dan tidak akan terjejas sama sekali," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, calon Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kecaman media terutama akhbar Utusan Malaysia mengenai ulasan Nik Aziz terhadap pemfitnah Anwar perlu diabaikan.

Ini kerana menurut beliau laporan yang disiarkan hanya bertujuan untuk memburukkan imej penasihat parti itu.

"Tidak perlu komen sebab (laporan) seperti tidak siuman. Tak perlu ulas," katanya.


TVS News

Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis

Posted: 30 May 2011 12:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.

Menurut Cynthia, pendakwa Perancis telah menyimpulkan siasatan awal dan satu permohonan untuk perbicaraan terbuka dibuat akhir Mac lalu.

"Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.


"Malah, dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta yang Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan," katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.

Justeru, Suaram akan menganjurkan dua program jamuan makan malam bagi mengumpul dana guaman Suaram pada 21 dan 23 Julai di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.


By Dr Kua Kia Soong (Director of SUARAM)

SUARAM's efforts to probe suspected commissions involved in the submarines purchase in the French courts are starting to bear fruit. The Malaysian courts have failed to shed light on the grisly murder of Altantuya and the reasons for her murder. Although two former bodyguards of the Prime Minister have been charged and sentenced, their motives for the murder have not been probed by the Malaysian court.

SUARAM believes that there is more to the murder of Altantuya and that what is in question is at least RM500 million in commissions associated with the RM7 billion Scorpene submarines deal. This has grave consequences for both Malaysian and French tax payers.

SUARAM applied through its French lawyers as a civil party for a judicial review in November 2009. As Malaysia's leading human rights organization, it has always fought for human rights and "People before Profits" issues. Furthermore, SUARAM's latest publication, "Questioning Arms Spending in Malaysia: From Altantuya to Zikorsky" by its director, Dr Kua Kia Soong, gives it the locus standi for filing this petition in the French courts.

This case concerns the sale of two Scorpène submarines and an Agosta submarine to the Malaysian government, a contract worth approximately one billion euros, that was signed in 2002 with the Malaysian DCNS (former DCN, Department of Naval Construction) and Thalès.


The French Inquisitorial Judicial System

Unlike the British (and Malaysian) system, the French inquisitorial system has an examining or investigating judge. The examining judge can conduct investigations into serious crimes or complex enquiries. As members of the judiciary, they are independent of the executive branch. The judge questions witnesses, interrogates suspects, and orders searches or other investigations. The examining judge's goal is to gather facts, and as such their duty is to look for all the evidence. Both the prosecution and the defence may request the judge to act and may appeal the judge's decisions before an appellate court.

Judges in the Paris Prosecution Office have been probing a wide range of corruption charges involving similar submarine sales and the possibility of bribery and kickbacks to top officials in France, Pakistan, Taiwan and other countries, including Malaysia. Recently, Parisian prosecutors, led by investigating Judges Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, have been investigating allegations involving senior French political figures and the sales of submarines and other weaponry to governments all over the world.

SUARAM's latest application, once approved by the court, would allow it to become party to the enquiry and have official access to every element of the enquiry, including access to the evidence which allegedly links DCNS to the issuing of commissions to government officials. The case is still at the enquiry phase and the new application is to upgrade it to the "instruction phase" where an investigative judge would be appointed.


Malaysia's Scorpene Submarines' Scandal

This scandal involving Malaysia's purchase of two Scorpene submarines is of concern also to French tax payers because it involves France's biggest defense conglomerates, the state-owned shipbuilder DCN. DCN's subsidiary Armaris manufactures the Scorpene submarines sold to Malaysia among other countries.

It has already been brought up in the Malaysian Parliament that €114 million (RM500 million) has been paid to a Malaysia-based company called Perimekar, for "coordination and support services" for the submarines transaction. Perimekar was wholly owned by another company, KS Ombak Laut Sdn Bhd, which in turn was controlled by Najib's aide, Razak Baginda. Baginda's wife Mazlinda was the principal shareholder in this company. Perimekar was registered in 2001, a few months before the signing of the contracts for the sale and the company did not appear to have the financial resources to complete the contract. None of the directors and shareholders of Perimekar have any experience in the construction or maintenance of submarines.

Altantuya Shaariibuu, a 28-year-old Mongolian translator and Razak Baginda's jilted lover, had allegedly participated in negotiations over the purchase of the submarines. By her own admission in a letter found after her death, she was attempting to blackmail Razak Baginda for US$500,000. She was shot in October 2006 and her body was blown up with military explosives by two bodyguards attached to Najib's office after Razak Baginda went to Najib's chief of staff, Musa Safri, for help in stopping her demands.


What were Altantuya's Killers' Motives?

After being acquitted in November 2008 under questionable circumstances of participating in her murder, Razak Baginda left the country for England. The bodyguards were convicted but no motive was ever established for their actions.

The submarine deal was never brought up in court during the murder trial which saw prosecutors, defense attorneys and the judge judiciously keeping Najib's name out of the proceedings.

A private detective hired by Razak Baginda to protect him from Altantuya's advances filed a statutory declaration after the trial indicating that Najib had actually been the victim's lover and had passed her on to Razak Baginda. He later retracted this story in a second statutory declaration. The detective, P. Balasubramaniam, said later that he was forced to leave Kuala Lumpur. He eventually emerged from hiding in India to say that he had been offered RM5 million (US$1.57 million) by a businessman close to Najib's wife to leave town. He also said he had met Najib's younger brother, Nazim and was told to recant his testimony.


Contradictions in Malaysian Government's Story

From the investigations so far, there appears to be contradictions in the Malaysian government's side of the story regarding the payment of 114 euros to the Malaysian company Perimekar. The Deputy Minister of Defence had told the Malaysian Parliament that this was paid by the French. According to sources cited by the plaintiffs, it was not the company Armaris that paid 114 million euros to Perimekar, but rather the Malaysian government, "with the sole purpose of circumventing the OECD Convention."

This contract was signed in 2002 after the OECD Convention came into force in France in 2000, which punishes corruption of foreign public officials with ten years' imprisonment and a 150,000 euro fine. Following this complaint, a preliminary investigation was conducted by the prosecution: the hearings were made and searches were made at the premises of DCNS and Thalès.

As was the case for contracts won by the DCN for submarines to Pakistan and frigates to Taiwan, there are increasing suspicions of "reversed commissions" to French political parties.

After Suaram had filed an initial suit at the Paris court in 2009, the state prosecutor Jean-Claude Marin then opened a preliminary investigation. At the time, it was suspected that a bribe of 114 million euros had been paid by the company Armaris (a subsidiary of DCNI and Thalès) to Malaysian parties through the company Perimekar.


DCN Officer Confirms Commissions

In September 2008, during the course of the Karachi Case also involving DCN, the note books of Gérard-Philippe Menayas, former chief financial officer of DCN, who was indicted in the case, also confirmed the suspicions of hidden commissions. In his memorandum, Menayas mentioned the Malaysian submarine contract as follows:

"Since the entry into force of the OECD Convention regarding the fight against corruption in September 2000, only two contracts have been signed; the first with India, and the second with Malaysia in 2002. These two contracts are the result of commercial actions undertaken prior to the OECD Convention. Furthermore, they are both suspected of non-compliance with this Convention. I have evidence to support this".(http://www.rue89.com/2011/04/02/sous-marins-malaisiens-la-piste-des-retrocommissions-se-precise)

Furthermore, it appears there were three commissions instead of one paid for the sale of submarines. In addition to that of 114 million euros, there are two further instalments, one paid by DCN to the commercial networks of Thalès, for over 30 million euros, corresponding to "commercial fees relating to the negotiation and execution of the contract". This second commission was paid by Thalès to a recipient, who remains unknown, in order to convince the Malaysian government of the need to conduct additional work. The third commission was for 2.5 million euros.

According to Gerard Philippe Menayas:

"Until the OECD Convention against corruption came into force in France, no contract for the sale of defence equipment to an emerging country could take place without the payment of commissions to policy makers (euphemistically called 'commercial fees for exports')."

Finally, according to the complaint filed by the firm Bourdon, Suaram's lawyer, the company Gifen, which was established by Jean-Marie Boivin in Malta, intervened in the negotiations "so as to facilitate the money transfers in this case", and particularly finance the trips of Baginda and Altantuya.


SUARAM Appeals for Legal Funds

SUARAM hopes the French justice system will reveal more than what the Malaysian judicial system has failed to deliver so far and will bring justice and closure to the family of Altantuya, and force the French and Malaysian Governments to account to their peoples regarding the commissions on the submarines contract.

When the case goes to the French court, the prosecution can then contact an examining magistrate and the trial can start. SUARAM's case in the French courts will involve considerable legal fees. Thus far, the French lawyers have offered their services pro bono. When the case proper begins, we will need to afford the necessary legal fees. Thus we are appealing to justice-loving and socially conscious Malaysian tax payers to contribute to this submarine commissions legal fund.

UMNO tawar TG Nik Aziz jawatan Menteri?

Posted: 29 May 2011 10:21 PM PDT

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".


Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.


Malaysiakini

Putrajaya milik Parti atau milik Rakyat?

Posted: 29 May 2011 10:01 PM PDT

Adalah sesuatu yang membimbangkan apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak berulang kali menyeru supaya mempertahankan Putrajaya. Terbaru, ketika beliau berucap pada perhimpunan Hari Belia Sedunia di Putrajaya semalam.

Kepada para belia, Najib bertanya, "adakah anda akan mempertahankan Putrajaya bersama saya," dan setelah mendapat jawapan yang positif, beliau bertempik, "Pertahan Putrajaya! Pertahan Putrajaya! Pertahan Putrajaya!"

Seruan beliau yang menyakitkan hati dan bernada sama ialah ketika Perhimpunan Agung Umno ke 61 apabila beliau menempik,

"walaupun badan kita hancur lebur dan nyawa melayang, saudara saudari, walau apa pun yang terjadi, kita mesti pertahankan Putrajaya."


Bagi mereka yang kurang mengerti menjangkakan bahawa negara Malaysia ini sedang diserang oleh orang luar, jika tidak…….masakan Najib bermati-matian mahu mempertahankan pusat pentadbiran Putrajaya?

Tetapi kita rakyat Malaysia tahu bahawa kenyataan Najib ini bukan bermakna terdapatnya kemasukan orang asing tetapi melambangkan mentaliti yang sakit tentang pergantungan kepada kuasa kerana sekian lama memerintah negara ini secara berterusan sejak lebih seabad yang lampau.

Putrajaya milik parti atau milik rakyat?

Umno telah bergayut kepada hegemoni politiknya sejak sekian lama sehinggakan mereka tidak dapat membezakan apa yang menjadi milik parti dan apa yang menjadi milik rakyat.

Putrajaya bukannya milik harta peribadi mana-mana parti politik tetapi aset awam yang menjadi milik semua rakyat Malaysia. Oleh itu, tidak ada sesiapa yang berhak untuk bercakap soal mempertahankan Putrajaya, melainkan negara ini menghadapi penaklukan kuasa asing.

Malahan Umno hanya sebagai tetamu di Putrajaya, dijemput oleh rakyat untuk mentadbir negara ini untuk suatu tempoh tertentu.

Selepas habis tempoh, tuan tanah, iaitu rakyat, akan menjemput pembida-pembida, iaitu parti-parti politik, untuk menyertai tender bagi menduduki Putrajaya semula.

Pembida yang berjaya kemudian akan dijemput untuk menandatangani perjanjian sewa di Putrajaya dan mentadbir kerajaan persekutuan sehingga tamat tempoh akan datang.

Oleh yang demikian, tidak ada apa-apa yang hendak dipertahankan oleh Umno, melainkan tempoh kuasa mereka yang singkat sehinggalah tempoh perkhidmatan mereka di Putrajaya ditamatkan.

Najib tidak berpijak pada bumi yang nyata apabila bercakap tentang mempertahankan Putrajaya, apatah lagi untuk mempertahankannya dengan nyawa dan darah.

Apakah nanti rakyat Amerika Syarikat fikirkan, jika Presiden Barrack Obama menyeru supaya mempertahankan Washington DC apabila menghadapi penentangnya pada pilihan raya presiden akan datang?

Sudah tentu mereka akan fikirkan bahawa Presiden mereka telah gila! Dan jika terus bercakap mahu menumpahkan darah dan berkorban nyawa, ramai rakyatnya akan pengsan.

Konsep ketuanan ke atas pusat pentadbiran sebagai hak peribadi yang eksklusif oleh mana-mana parti politik tersangat asing kepada prinsip demokrasi dan tidak ada sesiapa yang seharusnya bermimpi untuk menuturkan kata-kata seperti itu untuk tujuan meraih kuasa politik.

Tetapi di Malaysia, Najib kelihatan bangga dan bongkak kerana dengan menuntut Putrajaya beliau disorak dan diipuji kerana bertindak sedemikian.

Tindakan ini memperlihatakan Najib dan Umno telah jauh menyimpang dari landasan asal demokrasi berbanding ketika mana pemimpin-pemimpin terdahulu membentuk negara ini.

Hegemoni politik Umno

Bukan sahaja Umno begitu kemaruk untuk bergayut kepada kuasa politik mereka sebagai hak milik eksklusif dan pertarungan hidup mati tetapi minda rakyat telah dibentuk oleh hegemoni politik yang telah sekian lama memerintah.

Ramai yang tidak dapat melihat penampilan Najib yang berselindung di sebalik prinsip-prinsip asas perlembagaan sedangkan rakyat adalah tuan dan bukan parti yang memerintah.

Lebih buruk lagi dari tuntutan beliau ke atas Putrajaya, adakah ancaman Najib untuk melakukan sesuatu yang melangkaui batas-batas perlembagaan seperti rusuhan dan pertumpahan darah untuk mengekalkan kuasa apabila menghadapi kekalahan atau berpotensi untuk tewas dalam pilihan raya umum nanti.

Jika ia benar-benar berlaku, ia merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat dan negara ini. Perlembagaan negara merupakan kontrak sosial di antara semua kaum di mana mereka bersama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

Rakyat Malaysia harus merenung sejenak sama ada mereka boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa politik yang tidak teragak-agak untuk merobek-robek Perlembagaan dan menentang pilihan rakyat, apabila mendapati keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka.

Sementara itu, kita juga harus menentang sekeras-kerasnya eksploitasi Barisan Nasional terhadap majlis perhimpunan belia ini di

Putrajaya ini bagi melancarkan propaganda politik mereka.

Acara ini, yang dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat, seharusnya menjadi perayaan belia, dan sepatutnya menjadi perayaan bukan politik.

Tetapi BN telah menukarnya menjadi platform politiknya di mana mereka menyerang musuh-musuh politik mereka. Ini merupakan salah satu dari salah guna kuasa yang berleluasa dan penggunaan dana awal bagi mencapai kepentingan politik mereka.

Makanya, ia menjadi satu lagi pertimbangan untuk rakyat untuk sekali lagi merenung sejenak apabila membuat pilihan mereka nanti.


Free Malaysia Today

Saingan amat sengit tapi perwakilan jangan emosional

Posted: 29 May 2011 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Seorang pemimpin veteran PAS mengakui ini kali pertama parti itu berhadapan dengan persaingan paling sengit bagi kesemua jawatan utamanya tetapi menasihatkan lebih 1,000 perwakilan agar tidak mengundi "secara emosional" dalam memberikan mandat baru hujung minggu ini.

Pengerusi Tetap PAS Abu Kassim Abdullah berkata, beliau secara peribadi merasakan sukar untuk membuat pilihan calon yang terbaik untuk mengisi kedudukan sama ada bagi jawatan timbalan presiden ataupun naib presiden.

"Ini pandangan peribadi saya... cakap banyak pun susah nanti, dulu sangat jelas, nak pilih tiada masalah. Sekarang nak pangkah mana satu, saya rasa sangat sukar, saya sendiri pun tidak tahu nak pangkah siapa.


"Saya rasa berbanding dengan pemilihan tahun 2009, ini adalah (pemilihan) yang paling sengit, tetapi lebih sengit daripada tahun-tahun lalu," kata beliau yang memegang jawatan pengerusi tetap sejak 24 tahun lalu.

PAS, yang berusia enam dekad, mengadakan pemilihan dua tahun sekali sempena muktamar tahunan ke-57 di Gombak hujung minggu ini.

Mengulas lanjut mengenai soal "emosional" dalam menentukan undi, Abu Kassim dari Kedah yang menjadi pengerusi tetap sepanjang kepimpinan tiga presiden termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang berkata, perwakilan tidak seharusnya terpengaruh dengan kebolehan seseorang "bercakap" atau terpikat dengan "pemberian sesuatu" walaupun bentuk kempen parti itu masih jauh berbeza daripada Umno yang menjalankan kempen secara terbuka dan menggunakan jentera pemilihan yang besar.

"Ya, ya... jangan emosional dalam pilih pemimpin. kena cari pemimpin yang terbaik. Di dalam PAS ini cara berkempen ini berbeza, dia buat secara berbisik-bisik, dalam motokar (kereta), ketika ada kenduri, di kedai-kedai kopi... jadi jangan ada yang terpengaruh kerana pandai bercakap, diberi sesuatu," kata beliau sambil menegaskan, kesemua calon bagi kerusi timbalan presiden dan naib presiden mempunyai keseimbangan dari segi kekuatan masing-masing.

Mengenai nasihat kepada perwakilan, Abu Kassim berkata, perwakilan perlu memilih timbalan presiden dan naib-naib presiden, malah penyandang jawatan-jawatan lain tanpa dipengaruhi oleh elemen emosi.

Pemilihan juga membabitkan Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama.

Sambil menekankan bahawa kesemua calon yang menawarkan diri bertanding atas prinsip kepentingan jemaah dan bukannya kepentingan peribadi, Abdu Kassim menambah, "kalau nak cari kelemahan seseorang calon, memang boleh dipungut (boleh dicari)... jadi bagi saya dari segi kebolehan, saya melihat tiada masalah."

"Nak kata Nasharudin (timbalan presiden) ada kelemahan, ada kekurangan... tetapi dia juga telah menjalankan tugas dengan baik. Jadi nak cari kelemahan orang pegang jawatan ini boleh, sebab dia (pesaing) belum pegang jawatan lagi," katanya lagi.

Tiga orang bersaing bagi jawatan timbalan presiden iaitu Nasharudin Mat Isa mempertahankan jawatannya dan beliau disaingi oleh Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad mencuba kali kedua manakala Tuan Ibrahim buat kali pertama.

Enam orang bertanding jawatan naib presiden berbanding lima calon dua tahun lalu. Mereka ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang masing-masing merupakan penyandang, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Ditanya mengenai ciri seorang timbalan presiden yang diperlukan kali ini, Abu Kassim berkata, PAS memerlukan penyandang jawatan yang dapat menyediakan sebuah pasukan yang boleh membantu Hadi, selaku presiden, untuk menghadpai pilihan raya umum ke-13.

"Penyandang mestilah seorang yang dapat membantu presiden menyediakan pasukan yang boleh menghadapi pilihan raya umum, dalam beberapa bulan ini dia mampu membantu presiden menghadapi pilihan raya... pilihan raya tak tahu bila mahu diadakan, tetapi orang kata dekat, jadi ada beberapa bulan sahaja lagi," katanya.

Malah kata beliau, PAS memerlukan kepimpinan yang dapat memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum ke-13.

Katanya, Umno-BN akan terus menyerang bagi memastikan PAS dilaga-lagakan dengan DAP dan PKR, yang merupakan anggota komponen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Abu Kassim menambah, penyokong Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa untuk memerintah negara ini ketiga-tiga komponen ini perlu sedar bahawa mereka tidak boleh mencapai matlamat itu dengan bertanding atau bergerak secara berasingan. "PAS, kalau hendak memerintah secara berasingan pun, hanya boleh tiga negeri sahaja, begitu juga DAP tiga negeri, dan kalau PKR pun tiga empat negeri.

"Jadi, kita perlukan pemimpin yang boleh memperkukukuhkan kedudukan PAS dan membantu presiden dalam hal ini," kata beliau sambil menambah, PAS juga memerlukan seseorang pemimpin yang kena yakin pada Islam.

Katanya, jika seseorang itu tidak berlatarbelakangan pendidikan Islam pun tiada masalah, asalkan mereka sanggup belajar dan yakin pada PAS dan Islam.


The Malaysian Insider

Nik Aziz diminta bertaubat?

Posted: 29 May 2011 08:15 PM PDT

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan dalam nada ketawa berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz yang mempertahankan Anwar itu sangat menimbulkan tanda tanya kerana jika benar Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam, sudah tentu beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks.

Siapa yang nak kena bertaubat ni?? Mohd. Noor Deris atau TG Nik Aziz..


Nik Aziz diminta bertaubat

KOTA BHARU 29 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta bertaubat daripada terus mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan isu moral dan dikaitkan dengan rakaman video seks.


Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.

"Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.

Beliau juga tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam sehingga menyebabkan kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan UMNO-BN.

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan dalam nada ketawa berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sangat menimbulkan tanda tanya kerana jika benar Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam, sudah tentu beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks.

Beliau sehubungan itu menyarankan supaya ulama dalam Pas membuat mufarakah terhadap kepimpinan Nik Abdul Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.

"Politik Islam adalah untuk kesejahteraan, tetapi Nik Abdul Aziz telah mempergunakannya demi kepentingan tertentu," katanya.


Lidah Rasmi UMNO

Tiada ulasan: