Biaqpila |
- Bir
- Minuman Barbican Haram!
- Lynas: Penduduk cuba serbu panel penyelidikan
- NAIK MAHKAMAH KERANA 'POLIS BODO'
- Tarikh PRU-13: Najib-Muhyiddin tak sependapat?
Posted: 30 May 2011 05:00 AM PDT Kes 'minuman Arab' dilaporkan mengandungi alkohol lebih daripada 0.05 peratus dan difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dibongkar akhbar Harian Metrio, kini sudah diketahui umum. Hukum Syarak hanya membenarkan kurang 0.01 peratus alkohol di dalam makanan dan minuman. Minuman berkarbonat, pada awalnya dianggap 'bir halal' itu sebelum ini dijual secara terbuka di pasar malam dan restoran terutama di restoran menjual Nasi Arab dengan harga RM3 sebotol. Saya yakin ramai umat Islam telah menikmati minuman botol pelbagai perisa dipercayai berjenama Barbican itu tanpa perasaan ragu berhubung status halal-haram minuman terbabit. Mengapa? Kerana pada hemat saya, majoriti beranggapan, minuman diminum warga Arab berjubah, halal. Untuk rekod, antara perisa minuman terbabit, Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach dan Malt. Berikut Sijil Halal, produk terbabit dikeluarkan Islamic Food Research Center, IFRC, Malaysia And Asian Region. Sijil dikeluarkan syarikat sama didapati masih lagi diigunakan pemilik menjual produk makanan secara berleluasa di negara kita. Saya difahamkan, HANYA Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM sahaja diperakui di Malaysia. Akhbar Kosmo! melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan JAKIM dan pihak berkuasa agama Islam negeri untuk memantau dan jika perlu menyekat penjualan bir terbabit. mazidulakmal SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Posted: 30 May 2011 03:00 AM PDT Bernama hari ini melaporkan bahawa sejenis minuman bir yang didakwa halal (tidak disebut jenama – sumber sahih menyatakan jenama Barbican) adalah haram kerana mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak. Selepas ujian makmal oleh pihak berkuasa mendapati kandungan alkohol adalah sebanyak 0.5, dan memabukkan. Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hanya 0.01 peratus kandungan alkohol dibenarkan dalam makanan dan minuman kerana ia terhasil secara semulajadi. Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam. P/S: Masya Allah, minuman ini dijual merata-rata secara terbuka, tetapi selepas beberapa lama baru difatwakan haram. Bagaimana sebenarnya produk ini mendapat kelulusan dijual di dalam Malaysia?-adamroslan SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Lynas: Penduduk cuba serbu panel penyelidikan Posted: 30 May 2011 12:00 AM PDT Ratusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel penyelidkannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka. Kumpulan itu, kebanyakannya pesara, golongan ibu dan anak-anak, dipimpin oleh NGO Save Malaysia cuba menyerbu ke arah sembilan pakar tenaga atom Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipercayai akan bersarapan dekat kafeteria berdekatan. Kumpulan itu mula berkumpul sekitar 7.30 pagi dan berarak menuju hotel itu pada jam 8 pagi. Sambil melaungkan "Stop Lynas" (hentikan Lynas) dan"Lynas go back Australia" (Lynas sila balik ke Australia), mereka juga membawa poster dan kain rentang sambil menyanyi lagu Negaraku. -MK SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
NAIK MAHKAMAH KERANA 'POLIS BODO' Posted: 29 May 2011 09:11 PM PDT NUR SYAFA WATIHA didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis. KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja butik berdepan hukuman denda sehingga RM100 selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis. Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir mengaku melakukan kesalahan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Rusilah Nik. Mengikut kertas pertuduhan, Nur Shafa Watiha didakwa mengeluarkan perkataan 'polis bodo' (bodoh) kepada seorang anggota polis di depan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini pada pukul 1 petang pada 28 Mei lalu. Bagi kesalahan itu, dia yang berasal dari Kampung Telaga Batin boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100. Rusilah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan fakta dan keputusan kes. kosmo SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Tarikh PRU-13: Najib-Muhyiddin tak sependapat? Posted: 29 May 2011 04:40 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13, kata seorang pemimpin PKR, lapor TV Selangor. Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata perbalahan ini timbul kerana ada pergelutan kuasa dalam Umno. "Ramai yang ramalkan PRU bulan Julai ini, saya ingin berkongsi, teman-teman saya di dalam Umno memberitahu apa yang berlaku ialah terdapat desakan daripada kumpulan pro-Muhyidin Yassin mendesak supaya Najib Razak istihar pilihan raya dan bubar parlimen dalam waktu terdekat. "Kerana penguasaan, Muhyidin ingin berkuasa tetapi Najib masih berbelah-bagi, Namun kumpulan ini terus mendesak (mahukan PRU cepat)," kata Nizam pada ceramahnya di Markas PAS Temerloh, malam semalam. Muhyiddin dilaporkan mendesak Najib untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin walaupun presiden Umno itu menyedari langkah itu bakal mengundang padah berasaskan sentimen semasa pengundi. Menurut beliau, kekalahan bagi Umno pada pilihan raya akan datang akan membuka laluan untuk Muhyiddin mencabar ketuanya pada pemilihan parti dan jika menang, Muhyiddin sekali gus akan menjadi perdana menteri menggantikan Najib. Nizam berkata kumpulan pro-Muhyiddin menggunakan taktik yang sama untuk mengusir Tun Abdullah Ahmad Badawi dari Putrajaya selepas beliau memanggil pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 atas desakan pihak tertentu. Keputusan itu berakhir dengan Umno-BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. Pada pilihan raya itu, Pakatan Rakyat yang mewakili PKR-PAS-DAP turut menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di samping mengekalkan Kelantan. Tidak lama selepas itu, Muhyiddin dilaporkan antara pemimpin utama yang mendesak supaya Abdullah berundur "demi masa depan Umno." Nizam berkata apa yang berlaku dalam Umno ketika itu adalah kes "kawan makan kawan" dan kini episod itu sedang berulang sekali lagi antara Muhyiddin dan Najib. "Muhyidin mahu perangkap Najib agar nasib yang diterima oleh Abdullah Ahmad Badawi akan terjadi kepada Najib, sebab apa ia berlaku... dari maklumat yang kita terima Muhyidin mengesa anak buahnya kerana beliau sudah berumur berbanding Najib. Jadi sebab itu Muhyidin mahu jadi Perdana Menteri," katanya. Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ADUN Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Fauzi Abd Rahman. -MK SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan