DUNIACACAMARBA |
- Kekerapan Aktiviti Seksual Beri Kesan kepada Hayat Lelaki, Tetapi dengan Syarat Setia kepada Isteri. MENGAPA?
- Guru Gersang Ditahan Babitkan Kes Rogol Murid 15 Tahun
- [Video- Wajib Tonton] Isu Cukai Tanah dan Air UUM: Sudahlah Menipu, Memfitnah Pula
- Cakap Fasal Melayu & Islam, Pakai Tudung Ikut Siapa?
- Kalau Najib Dengar Cakap Che Det, PRU13 Tahun Hadapan
- Awas, Sindiket Pukau TISU!
- [Wajib Baca] Media Berani Dedah Video Fitnah DSAI, Takut Dedah Nama Syarikat Pengeluar Makanan Ada Unsur BABI
- [Terkini] Sah, Anak Kartika Terjatuh ke dalam Sungai Perak
- [Video] Pelajar Perempuan Dibuli (Jinjang), Bapa Lapor Polis
Posted: 09 May 2011 06:10 AM PDT DCM pernah menyiarkan artikel yang memaparkan isu dan isi yang sama. Tetapi tidak mengapalah, saya siarkan sekali lagi artikel yang cukup baik untuk bacaan lelaki yang sudah berkahwin. Artikel yang disiarkan oleh ANI ini memerihalkan kajian terbaharu yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji Itali. Menurut kajian itu, keaktifan lelaki melakukan seks adalah kunci kepada hayat yang panjang. Namun, syaratnya lelaki itu hendaklah setia kepada pasangannya. Menurut pengkaji, kehidupan seks yang aktif memberikan kesan kepada kesihatan sistem kardiovaskular lelaki. Dengan kata lain, lelaki yang aktif melakukan hubungan seks akan kurang menghadapi masalah kardiovaskular yang menjadi antara pembunuh utama di dunia. Apakah bukti daripada kajian itu yang mendakwa lelaki yang aktif melakukan seks dan setia kepada pasangannya tidak akan berhadapan masalah kardiovaskular yang boleh mengancam nyawa? Emmanuele Jannini, koodinator kajian berkata, "Peningkatan aktiviti seksual akan meningkat pengeluaran testoran yang bertindak mengurangkan depresi. Peningkatan prestasi kardiovaskular pula akan meningkatkan metabolisme yang akan memberikan kesan kepada kesihatan." Kajian itu juga mendapati lelaki yang tidak setia kepada pasangan masing-masing mengalami prestasi kardiovaskular yang rendah kerana mereka (lelaki) berhadapan dengan tekanan kerana berlaku curang terhadap pasangan masing-masing. P/s: Salah satu hikmah Allah mengharamkan zina dan menggalakan perkahwinan. Tidak perlulah saya menjelaskan hal ini. Sudah terang dan jelas. | ||
Guru Gersang Ditahan Babitkan Kes Rogol Murid 15 Tahun Posted: 09 May 2011 03:30 AM PDT Saya petik: [Bernama] KUANTAN: Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas. | ||
[Video- Wajib Tonton] Isu Cukai Tanah dan Air UUM: Sudahlah Menipu, Memfitnah Pula Posted: 09 May 2011 01:45 AM PDT Tonton dan dengar penjelasan yang dibuat oleh MB selaku pihak yang mempunyai data dan maklumat rasmi dan tepat bukannya pihak yang memfitnah untuk kepentingan politik! P/s: Naib Canselor UUM, Mukriz dan pemimpin UMCO yang lain termasuk Mahiadin memfitnah kerajaan negeri demi kelangsungan politik UMCO. Video: | ||
Cakap Fasal Melayu & Islam, Pakai Tudung Ikut Siapa? Posted: 09 May 2011 12:15 AM PDT Ketua Puteri Perkasa (betulkah itu gelarannya?) Zaira Jaafar menunjukkan buku Perlembagaan negara sambil mempertahankan kenyataan pertubuhan itu bahawa PM mesti daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Saya tidak berminat melayan isu yang sengaja disentuh untuk menakut-nakutkan orang Melayu khususnya di ceruk-ceruk kampung. Saya cuma tertarik dengan cara pemakaian tudung oleh wirawati Perkasa ini. Mazhab mana yang dikuti mereka? Cara berpakaian bangsa mana yang diikuti mereka? Selain beberapa artis Barat yang lain, Lady Gaga juga pernah memperagakan selendang seperti puteri Perkasa di atas.
P/s: Aduhai!!! | ||
Kalau Najib Dengar Cakap Che Det, PRU13 Tahun Hadapan Posted: 08 May 2011 11:36 PM PDT Saya petik:
P/s: Jangan leka sangat dengan kata-kata Che Det. Kenyataannya mungkin bermotif politik. | ||
Posted: 08 May 2011 11:05 PM PDT Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Dengan hanya menggunakan tisu, satu kumpulan pakar pukau dianggotai tiga lelaki berjubah dipercayai warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan berusia 30-an dikesan aktif memukau mangsa sebelum melarikan barangan berharga. Kumpulan yang dilaporkan sudah bergiat aktif sejak empat bulan lalu dikesan mensasarkan mangsa wanita yang berseorangan di tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah. Malah, lagak alim dengan berpakaian berjubah dikatakan menjadi satu kelebihan kepada kumpulan terbabit untuk memudahkan mereka menghampiri mangsa sebelum menunjukkan 'tisu hikmat' berkenaan sekali gus memukau mangsa. Dalam kejadian terbaru di sebuah pusat membeli-belah di Wangsa Maju, kelmarin, seorang wanita berusia 56 tahun kerugian lebih RM5,000 selepas barang kemas dan wang tunai lebih RM700 dilarikan kumpulan itu. Sebaik tersedar 15 minit kemudian, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini. P/s: Sila ambil perhatian! Anda mungkin menjadi mangsa sindiket ini. | ||
Posted: 08 May 2011 08:00 PM PDT Saya petik:
P/s: Saya sudah banyak kali menulis fasal isu ini. Jadi tidak perlulah saya mengulanginya dengan panjang lebar. Berdasarkan berita di atas, apa manfaat yang dapat diperoleh pengguna? Nama syarikat pengeluar makanan dan nama produk tidak disertakan. Walhal nama syarikat itu dinyatakan secara jelas di laman sesawang JAKIM. Saya rujuk JAKIM dan saya salin petikan yang memerihalkan hal ini di bawah. Nama syarikat turut dinyatakan. Sila ambil perhatian! | ||
[Terkini] Sah, Anak Kartika Terjatuh ke dalam Sungai Perak Posted: 08 May 2011 06:45 PM PDT Semalam media melaporkan anak Kartika, bekas model yang pernah sensasi dengan isu kontroversi pelaksanaan hukum syariah bagi kesalahan minum arak seketika dahulu, dikhuatiri hilang kerana terjatuh ke dalam Sungai Perak. Hari ini, saya terbaca maklumat terkini di blog Anakmuaallaf yang menyatakan bahawa: Jam 2 pagi tadi saya mendapat SMS dari Azuan Timbalan Pengarah IV Amal Malaysia P/s: Takziah & al Fatihah | ||
[Video] Pelajar Perempuan Dibuli (Jinjang), Bapa Lapor Polis Posted: 08 May 2011 06:05 PM PDT Saya petik:
P/s: Mahiaddin hanya risau pelajar menjadi obes. Dia tidak risau peningkatan kes salah laku pelajar di sekolah yang semakin kronik. Video tingkah laku yang tidak sepatutnya berlaku ini boleh anda tonton di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan