Isnin, 9 Mei 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


STRATEGI PENGHAPUSAN RIBA, STRATEGI HALUS MENJATUHKAN MONOPOLI KUASA AMERIKA

Posted: 09 May 2011 11:14 AM PDT


Selagimana penggunaan Wang Kertas di amalkan, selagi itu amat sukar untuk mengelak dari tertempias dengan debu-debu riba. perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Usaha perubahan kepada matawang yang mempunyai nilai pada zat atau ain wang perlu dilakukan; iaitu ke arah mewujudkan mata wang terus kepada emas dan perak, atau dikenali sebagai dinar dan dirham.

Wang kertas menjadi bernilai, apabila ia diiktiraf oleh sesebuah kerajaan. Tetapi, emas dan perak atas nama Dinar dan Dirham tetap bernilai tanpa pengiktirafan kerajaan. Cuma sesuatu negara itu mungkin tidak mengiktirafnya sebagai matawang sahaja.

Kelantan telah melakukan perubahan ini. Ia boleh dianggap sebagai strategi berani dalam usaha mengelakkan diri dari terlibat dengan riba, atau debu-debu riba. Mungkin ada pihak yang menganggap ia sebagai satu perkara yang mustahil, tetapi jika diteliti, ia adalah satu perkara yang tidak mustahil.

Jika dahulu, iaitu diawal kemenangan PAS di Kelantan. Kerajaan Negeri kelantan dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengambil sikap berani dengan mengeluarkan segala wang kerajaan Negeri dari bank ribawi, lalu dipindahkan kepada bank Islam. Ternyata tindakan itu menjadi tekanan kepada bank ribawi sehingga mereka memasukkan elemen "anti-riba" dalam bank mereka, malahan berkembang di seluruh Malaysia. Keadaan kini pula,Bank Ribawi sendiri sudah semakin memasukkan elemen Islam dalam bank mereka, sehingga unsur ribawi semakin mengecil dalam bank mereka.

Jika usaha ini dilihat semakin berjaya, waima ia bermula dari tahun 1990. Jadi, ia tidak mustahil jika tindakan memulakan usaha mewujudkan dinar dan dirham di Negeri Kelantan dilakukan. Permulaan mungkin ia tidak dianggap sebagai matawang, tetapi apabila penggunaannya semakin berleluasa, tidak mustahil pihak bank terpaksa mengiktiraf penggunaan ini.

Jika ini berjaya, sebenarnya ia telah menjadi satu usaha yang berkesan dalam mengugat kekuatan amerika yang menjadi bapa monopoli wang dunia, seterusnya menindas negara umat Islam yang kita dapat lihat berlaku pada hari ini.

Sekian

Wallahu 'Alam




MAQASID DAN PENYELESAIAN KEMISKINAN DI KALANGAN ORANG MELAYU

Posted: 09 May 2011 11:12 AM PDT

Kemiskinan wujud di mana-mana tidak kira di negara maju, negara mundur mahupun di negara pertengahan. Islam adalah agama yang sangat memerangi kemiskinan kerana kemiskinan memungkinkan berlaku kekufuran.

Ekoran itu, Islam melihat kemiskinan ini memberi kesan yang buruk kepada kehidupan. Implikasi kepada kemiskinan harta, boleh memungkinkan berlaku dua kemiskinan yang lain, iaitu kemiskinan iman dan kemiskinan ilmu.

Apabila seseorang itu miskin dari sudut harta, menyebabkan orang itu sukar untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan kesibukan mencari harta juga, memungkinkan mereka melalaikan ibadat-ibadat yang wajib bagi diri mereka.

Sabda Nabi SAW;

كاد الفقر أن يكون كفرا

Maksudnya;
"Hampir-hampir kefaqiran itu membawa kepada kekufuran" [Sya'b Al-Iman : 6336]

Jika dibicarakan soal kemiskinan dalam maqasid syariah, kelihatan tentang "hizf al-mal", iaitu penjagaan harta. Tetapi, hakikat sebenar kemiskinan ini, perbincangannya bukan pada penjagaan harta sahaja, tetapi termasuk juga dalam perbincangan itu tentang "Hifz ad-din", iaitu penjagaan agama.

Dalam "Maqasid hizf Al-Mal", perkara yang ditekankan adalah dua perkara besar, iaitu At-Taawun (saling tolong menolong) dan Ar-Rifqah (kasih sayang)

Ia terkandung pada firman Allah;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya;
"Tolong menolonglah kamu atas kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan kamu tolong menolong atas dosa dan permusuhan. Takutilah kamu akan Allah. Sesungguhnya Allah adalah tuhan yang azabnya terlalu hebat"

[Al-Maidah : 2]

Juga sabda Nabi SAW;

الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا أَهْلَ الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Maksudnya;
"Orang yang saling berkasih sayang, akan disayangi tuhan yang maha penyayang. Kasih sayanglah akan ahli bumi, pasti kamu akan disayangi oleh mereka yang berada di langit" [Abu Daud : 4290]

Asas dua tujuan inilah, kita dapati pemerintahan Umar bin Abdul Aziz merupakan pemerintahan yang dipuji zaman berzaman. Di zaman itu diceritakan sukar untuk mendapati orang-orang yang layak menerima zakat, sehingga gabenor dari Azarbaijan telah menghantar surat kepada Khalifah Umar melaporkan kesukaran untuk berjumpa dengan rakyat yang layak menerima zakat.

Surat tersebut dibalas oleh Khalifah. Dalam surat terbabit, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengarahkan agar dicari anak muda yang ingin berkahwin, lalu diberikan kepada mereka wang zakat untuk meringankan beban mereka untuk berkahwin.

Kejayaan pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, bukan kejayaan melahirkan orang-orang kaya, tetapi pemerintahan itu berjaya melahirkan masyarakat yang mempunyai dua unsur ini (taawun dan rifqah). Dengan dua unsur ini, rakyat tidak sanggup menjadi golongan yang meminta, tetapi mereka mahu menjadi golongan yang memberi; menjadi tangan diatas berbanding tangan dibawah. Makanya mereka bekerja untuk menjadi masyarakat yang bekerja. 

Dengan dua unsur ini, mereka menjadi masyarakat yang berdikari. Makanya mereka bersaing secara positif, sehingga lahirnya inovasi yang kejayaan ini dikecapi oleh pihak kerajaan sendiri.

PUNCA KEMISKINAN

Dalam Al-Quran, dinyatakan beberapa factor kemiskinan. Antaranya adalah seperti berikut;

Pertama :

Akibat dari kejahatan manusia itu sendiri.

Firman Allah;

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ 

Maksudnya;
"Telah nyata kerosakan di daratan dan di lautan dengan sebab tangan-tangan manusia"

[Rum : 41]

Dan juga firman Allah;

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

Maksudnya;
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)"

[Syura : 30]

Kedua;

Tersebarnya sifat bakhil di kalangan rakyat.

Firman Allah;

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya;
"Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."

[Al-Imran : 180]

Juga firman Allah;

وَجَمَعَ فَأَوْعَى

Maksudnya;
"serta mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya (menyimpan hartanya dan tidak mau mengeluarkan zakat dan tidak pula menafkahkannya ke jalan yang benar)" 

[Al-Ma'arij : 18]

Ketiga;

Apabila manusia menjadi zalim, eksploitasi dan menindas.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih"

[At-Taubah : 34]

Makan harta anak yatim secara batil.

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Maksudnya;
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)"

[An-Nisa' : 10]

Makan harta riba.

Firman Allah;

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ

Maksudnya;
"Orang-orang yang makan (mengambil) riba[174] tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila (orang yang mengambil riba tidak tenteram jiwanya seperti orang kemasukan syaitan)"

[Al-Baqarah : 275]

Keempat;

Birokrasi dan ekonomi itu berada di satu tangan.

Firman Allah; 

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan"

[Al-Qasas : 4]

Kelima;

Akibat bencana dan peperangan.

Firman Allah;
لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آَيَةٌ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ * فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُمْ بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِنْ سِدْرٍ قَلِيلٍ

Maksudnya;
"Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): "Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun." * Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr (pohon bidara)"

[As-Saba' : 15-16]

Juga firman Allah;

لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ * وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya;
"(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar * Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung"

[Al-Hasyr : 8-9]

Kelima-lima faktor ini, diringkaskan kepada dua faktor besar. Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam satu wawancara ilmiyyah yang bertajuk, "bagaimana Islam mengubat kemiskinan", beliau menyatakan bahawa punca kemiskinan itu hendaklah dilihat dari dua faktor;

1- Faktor yang khusus, iaitu individu manusia itu sendiri.

Berhubungan dengan individu, seperti budaya malas dan mental miskin dan hanya mahu menerima tanpa mahu berusaha.

2- Faktor yang umum, iaitu berpunca dari negara.

Seperti pemerintahan Negara dipenuhi dengan penyelewengan harta Negara, rasuah, struktur sosial yang eksploitatif, menindas dan seumpamanya.

FAKTOR INDIVIDU

Kemiskinan berfaktorkan individu diambil penting oleh Islam. Ekoran itu, banyak nas-nas wahyu, sama ada al-quran atau hadis yang amat menekankan peri penting bekerja.

Islam menganjurkan umatnya menjadi pekerja yang rajin dan giat. Seperti perintah untuk bertebaran di muka mencari rezeki Allah.

Firman Allah;

وَابْتَغِ فِيمَا آَتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآَخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya;
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. "

[Al-Qasas : 77]

Firman Allah lagi;

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya;
"Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. "

[Al-Jumuah : 10]

Begitujuga, Sabda Nabi SAW;

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ فَيَحْتَطِبَ عَلَى ظَهْرِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَأْتِيَ رَجُلًا أَعْطَاهُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ فَيَسْأَلَهُ أَعْطَاهُ أَوْ مَنَعَهُ

Maksudnya;
"Demi nyawaku di tangan-Nya, bahawa seseorang itu mengambil talinya untuk mengangkut kayu di belakangnya lebih baik baginya berbanding seseorang lelaki itu meminta-meminta" [Al-Bukhari : 1588]

Menurut Islam, bekerja bukan hanya untuk memuliakan diri, atau untuk menampakkan sisi kemanusiaan, tetapi juga sebagai manifestasi amal saleh, kerana ia memiliki nilai ibadah yang sangat luhur. Penghargaan hasil kerja dalam Islam kurang lebih setara dengan iman, bahkan bekerja dapat dijadikan jaminan atas ampunan dosa.

Sabda Nabi SAW;

من أمسى كالا من عمل يديه أمسى مغفورا له

Maksudnya;
"Barang siapa yang di waktu petang merasakan keletihan kerana bekerja dengan tangannya sendiri, maka di petang itulah ia diampuni dosa-dosanya," [Al-Mukjam Al-Awsat : 7733]

FAKTOR NEGARA

Kemiskinan juga tidak boleh lepas berpunca dari konsentrasi kekuatan politik, birokrasi, dan ekonomi di satu tangan. Hal ini terlukis dalam kisah Fir'aun, Haman, dan Qarun yang bersekutu dalam menindas rakyat Mesir. 

Firman Allah; 

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan"

[Al-Qasas : 4]

PENYELESAIAN

Bagi menyelesaikan masalah kemiskinan, hendaklah kerajaan perlu melakukan perkara berikut;

DARI SUDUT KERAJAAN

Pertama; 

Sesebuah negara hendaklah diperintah oleh oleh yang bijak mengurus kewangan negara. Kebijaksanaan dalam mengurus kewangan negara ini, termasuk bijak mencari kemasukan kewangan negara dan pandai dalam mengawal pengeluaran dana kerajaan agar ia sampai kepada mereka yang berhak dan tidak boros dalam perbelanjaan.

Dengan kebijaksanaan ini, ia dapat melahirkan keuntungan pada negara, dan seterusnya dengan kebijaksanaan itu kewangan negara itu dapat membantu kepada golongan miskin.

Firman Allah;

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا قَالُوا أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
"Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu." Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui."

[Al-Baqarah : 247]

Kelayakkan yang ada pada Talut menjadi raja adalah kerana dia mempunyai dua perkara penting, iaitu keluasan ilmu, dan tubuh badan yang sihat. Dengan keluasan ilmu, beliau berjaya mengalahkan raja Jalut yang zalim dan menindas.

Maka begitujuga dalam mengurus kewangan negara. Ia memerlukan pemimpin yang bijak dalam pengurusan ekonomi.

Kedua:

Pemimpin negara, hendaklah dari kalangan orang yang mempunyai integriti dan amanah, seperti tidak rasuah. Dalam Al-Quran, diceritakan bahawa Nabi Yusuf AS pernah meminta jawatan kementerian kewangan, kerana berfaktorkan amanah yang wujud pada diri beliau.

Firman Allah;

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
"Berkata (Yusuf) lantiklah aku sebagai "menteri kewangan", kerana aku seorang yang sangat penjaga (Amanah) dan mengetahui (selok belok ekonomi)"

[Yusuf : 55]

Ketiga;

Kerajaan tersebut mempunyai kemampuan untuk mengagihkan hasil mahsul negara kepada rakyat dengan tepat. Pemberian hak kepada mereka yang berhak.

Sabda Nabi SAW;

فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya;
"Berikan kepada setiap orang yang berhak akan haknya" [Al-Bukhari : 1832]

Tentang pembahagian kekayaan hasil mahsul negara ini (seperti pembalakan dan minyak), ia telah dinyatakan oleh Allah SWT. 

Firman Allah;

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya;
"Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya perbendaharaan negara tidak beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu"

[Al-Hasyr : 7]

DARI SUDUT RAKYAT

Dari sudut rakyat pula, perlu dilakukan perkara-perkara berikut;

Pertama;

Rakyat perlu digalakkan supaya rajin bekerja. Disamping pihak kerajaan berusaha dengan bersungguh-sungguh menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Nabi SAW sebagai pemimpin negara, ada bersabda;

إِنَّ مِنْ أَطْيَبِ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَوَلَدُهُ مِنْ كَسْبِهِ

Maksudnya;
"Sesungguhnya sebaik-baik makanan yang dimakan oleh seseorang itu adalah yang terhasil dari usaha tangannya sendiri" [Abu Daud : 3016]

Dan lagi, Sabda Nabi SAW;

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

Maksudnya;
"makanan yang terbaik dimakan oleh seseorang itu adalah makanan dari hasil tangannya. Sesungguhnya Nabi Daud makan makanan yang terhasil dari usaha tangannya sendiri" [al-Bukhari : 1930]

Kedua;

Pengurusan zakat yang berkesan. Apabila pengurusan berkesan, ia dapat menyelesaikan orang miskin.

Firman Allah;

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya;
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

[At-Taubah : 60]

Ketiga;

Kerajaan menyediakan "alat mengail ikan berbanding memberi ikan". Ini dilihat kepada kisah Abdur rahman bin Auf yang disifatkan sebagai orang yang terkaya di Zaman Nabi Muhammad SAW. Semasa beliau berhijrah ke Madinah, seorang lelaki Ansar bernama Saad bin Rabi' telah menawarkan beliau sebuah kebun, tetapi beliau menolak. Sebaliknya beliau meminta agar ditunjukkan pasar untuk beliau berniaga. [Siyar Al-'Alam Wa An-Nubala : 1/76]

Keempat;

Memperkasakan institusi Faraid dan ar-Rahn. 

Sabda Nabi SAW;

إِنَّكَ أَنْ تَذَرَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَذَرَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ

Maksudnya;
"sesungguhnya kamu meninggalkan para waris kamu dalam keadaan kaya lebih baik berbanding kamu tinggalkan mereka dalam keadaan miskin yang meminta-minta kepada manusia" [Al-Bukhari : 1213]

Kelima:

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada rakyat. Pendidikan yang boleh melahirkan pemikiran inovasi untuk rakyat agar mereka mampu melahirkan reka cipta terbaru untuk masa akan datang.

Pernah satu hari Nabi Muhammad SAW melalui di satu kawasan yang dikala itu ada sebilangan sahabat sedang mengahwinkan antara satu pokok dengan pokok yang lain, bagi menghasilkan penghasilan yang baik.

Melihat keadaan itu, Nabi SAW berkata;

أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ

Maksudnya;
"Kamu lebih mengetahui terhadap urusan dunia kamu" [Muslim : 4358]

Mendapatkan pemikiran yang inovasi ini, tidak tertumpu belajar dari orang Islam sahaja. Malahan tidak menjadi satu kesalahan jika dipelajari dari orang bukan islam sama. 

Umar bin Al-Khattab pernah berkata;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ! تَمَسَّكُوا بِدِيوَانِ شِعْرِكُمْ في جاهليتكم؛ فإن فيه تفسير كتابكم

Maksudnya;
"Wahai Manusia, berpeganglah kamu dengan diwan syair kamu semasa zaman jahiliyyah kamu dahulu. Ini kerana, padanya dapat membantu kamu memahami tafsiran kitab kamu (Al-Quran)" [Al-Muwafaqat : 1/58]

MASYARAKAT MELAYU

Cadangan bagi penyelesaian kemiskinan di kalangan orang melayu adalah seperti berikut;

Pertama;

Perlu mendidik bangsa melayu sebagai bangsa yang berdikari dalam mencapai kemajuan dalam perekonomian mereka.

Ini dilihat kepada kisah Abdur rahman bin Auf yang disifatkan sebagai orang yang terkaya di Zaman Nabi Muhammad SAW. Semasa beliau berhijrah ke Madinah, seorang lelaki Ansar bernama Saad bin Rabi' telah menawarkan beliau sebuah kebun, tetapi beliau menolak. Sebaliknya beliau meminta agar ditunjukkan pasar untuk beliau berniaga. [Siyar Al-'Alam Wa An-Nubala : 1/76]

Kedua;

Bangsa melayu perlu dididik agar menjadi bangsa yang mampu bersaingan sihat sesama mereka. Juga, dengan bangsa-bangsa lain secara positif. Budaya bersaing ini amat digalakkan oleh Islam. 

Firman Allah SWT;

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya;
"Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"

[Al-Baqarah : 148]

Apabila bangsa melayu mampu bersaing, ia akan melahirkan kemampuan untuk berinovasi. Apabila mereka berinovasi, tidak hairan mereka akan berjaya menyayangi bangsa lain dalam ekonomi. Dari situ, usaha hendak mengurangkan kemiskinan mampu berjaya diatasi.

Sekian

Wallahu 'Alam

Transformasi Ekonomi Islam - Husam Musa

Posted: 09 May 2011 10:55 AM PDT

satu:



dua:



tiga:

KOMBINASI ULAMA - PROFESIONAL MEMBAWA KEJAYAAN

Posted: 09 May 2011 12:08 AM PDT

Setelah Allah haramkan babi, para sahabat dan generasi ketika itu terus meninggalkan dari memakan babi. Ketika itu, seorang pun tidak mengetahui rahsia pengharaman babi.

Namun begitu, zaman telah melahirkan perkembangan, maka di dunia yang fana ini mula terkenal dengan beberapa ilmu. Sains, medic, astronomi, jurutera dan banyak lagi, menyebabkan rahsia pengharaman babi itu semakin teserlah. Kombinasi antara ilmu al-Quran dan sains, menyebabkan keyakinan kita terhadap Islam semakin padu.

Mengenangkan keadaan ini, kita akan yakin bahawa kombinasi ilmu perlu dilakukan. Ulama Islam tidak perlu mendabik dada menyatakan mereka yang terbaik. Sebaliknya, mereka perlu terpaksa akui bahawa ada ilmuan yang bukan ulama perlu bergabung tenaga dengan mereka untuk mencapai yang terbaik.

Kita mahu mencapai yang terbaik ini, bukan untuk diri kita, tetapi untuk Islam. jika kita mahu mendabik dada bahawa ulama tidak perlu kepada ilmuan lain, seterusnya memberi implikasi kekalahan kepada Islam, maka ini merupakan satu perkara yang wajar diinsafir.

Sekian

Wallahu 'Alam.

Tiada ulasan: