| Wow, Gaya Berahi Pelakon Melayu/Islam!!! Posted: 07 May 2011 05:00 AM PDT
Wow! Gambar ini milik pelakon baru yang tidak begitu terkenal, Nurul Ain Nordin. Khabarnya orang Kuala Pilah.
Kalau dilihat di bahagian bawah gambar ada ditulis "Suatu Malam Kubur Berasap. OutLoud Studio Sdn Bhd". Mengikut pelbagai blog yang menyiarkan gambar ini, Suatu Malam Kubur Berasap itu ialah sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Jadi, poster ini mungkin promo untuk filem tersebut. Eh, boleh lepaskah poster dengan gambar seberahi ini?
Yang saya hairan tajuk filemnya Suatu Malam Kubur Berasap, yang secara langsung boleh kita katakan bahawa sesuatu yang buruk berlaku kepada empunya kubur. Maksudnya, sesuatu yang buruk berlaku kepada mayat. Mungkin kerana seksaan kubur dan sebagainya.
Sudah tentu tajuk filem sahaja sudah menginsafkan orang ramai. Yang paling saya hairan aksi pelakon di atas, aksinya langsung tersasar daripada "keinsafan" yang dipaparkan pada tajuk filem itu.
Aduhai!!! Adakah kerana nama dan wang???
P/s: Rais Yatim, menteri yang bertanggungjawab, apa komen Datuk? Yang lain, jangan pandang lama sangat!
|
| Cerita Sumpah Muhabalah/Laknat. Perlu atau Tidak Anwar Bersumpah? Posted: 07 May 2011 03:30 AM PDT  Cerita 1: 'Sumpah mubahalah bukan bagi kes jenayah syariah'
[MK] Timbalan Presiden Persatuan Syarie Malaysia (PPSM) Musa Awang berkata sumpah mubahalah hanya membabitkan isu yang berkaitan dengan akidah.
Tegasnya, sumpah tersebut tidak terdapat dalam kes dalam jenayah syariah yang antaranya berkaitan dengan kes liwat atau zina.
"Tidak ada sumpah dalam kes jenayah syariah kecuali sumpah 'qasamah' dalam jenayah membunuh.
"Maksudnya, dalam satu kes pembunuhan, tidak ada orang yang melihat (insiden itu) sedangkan keluarga yang dibunuh berkata si 'A' yang membunuh.
"Maka keluarga ini boleh sumpah 'qasamah' kata si A ini yang bunuh. Itu sahaja (sumpah) yang saya jumpa dalam kitab-kitab dan buku-buku... sumpah lain tak ada. Sumpah mubahalah lagi lah tak ada," katanya.
Menurutnya, sumpah mubahalah yang dimaksudkan itu berlaku ketika Nabi Muhammad SAW yang berdialog dengan orang Yahudi dan Nasrani mengenai keesaan Allah SWT.
Katanya, kedua-dua kumpulan itu tidak mempercayainya maka Nabi Muhammad mencabar mereka untuk bersumpah laknat (mubahalah) walaupun akhirnya mereka tidak menyahut cabaran baginda.
Musa berkata demikian pada diskusi 'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah' di Dewan Pembangunan Belia Islam Taman Cemerlang Gombak.
Diskusi tersebut dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dihadiri kira-kira 70 orang.
Turut dijemput sebagai panel diskusi itu tiga tokoh agama dan ahli akademik iaitu Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Dr Abdul Halim El-Muhammady, pensyarah Prof Dr Ashraf Md Hashim dan wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Fauzi Zakaria.
Siapa beri idea? Mengulas lanjut, Musa yang juga seorang pengamal undang-undang berkata beliau mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab "memberi idea" untuk melakukan sumpah mubahalah dalam beberapa peristiwa sebelum ini.
"Siapa yang beri idea buat (sumpah mubahalah) ini... Saya tengok (ia bermula) dalam kes (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan) dahulu.
"(Dalam) kes liwat atau zina, tidak ada sumpah (mubahalah). (Sumpah) yang lain adalah (yang) berkaitan dengan kes mal (harta).
"Ada banyak jenis sumpah, tetapi semuanya dalam kes mal (harta), (tetapi) bukan kes jenayah (syariah)," katanya sambil membaca jenis-jenis sumpah yang disyariatkan dalam Islam.
Mengulas mengenai isu qazaf (melempar tuduhan zina), Musa berkata orang yang dituduh berzina mestilah seorang muhsan iaitu orang yang baik dan bukannya seorang pelacur.
Kata lagi, pihak yang membuat tuduhan itu terhadap seseorang dikatakan mempunyai niat jahat sekiranya penuduh itu tidak mengemukakan empat orang saksi.
"Maka kita boleh kata dia membuat tuduhan dengan niat jahat," katanya.
Menurutnya lagi, mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan memperuntukkan orang menuduh seseorang yang melakukan zina perlu membawa membawa empat orang saksi. Cerita 2: Ulama, akademik kata Anwar tak perlu sumpah
[MK] Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa agar tidak melayan tuntutan sumpah balas berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya. Menurut ahli akademik Prof Dr Ashraf Md Hashim ( tengah) gesaannya itu bertujuan mendidik masyarakat khususnya umat Islam berhubung isu bersumpah laknat yang berulang-kali berlaku di kalangan masyarakat "(Pertama) kalau ikut syara' tidak perlu (bersumpah) dan ia tidak dituntut oleh syara' kerana dalam (jenayah) hudud, tidak ada sumpah. "Tapi kalau nak sumpah juga, itu bukan syariat yang tuntut. Bagi saya, masyarakat kena didik juga, kalau bersumpah jugak nanti lepas ini orang macam tu (bersumpah) jugak. "Sumpah, sumpah tak habis-habis. Masyarakat perlu dididik apa sebenarnya yang dituntut oleh syariat. Tapi kalau tidak dituntut oleh syariat, tak payah," katanya. Tegas Dr Ashraf lagi gesaan itu juga ditujukan kepada parti politik tertentu supaya "keadaan yang memalukan" itu tidak mengaibkan masyarakat Islam. "Kalau nak main politik, main cara lain lah. Kalau ini hal politik (terutama kepada) kedua-dua pihak," katanya yang juga mantan exco Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Pada 29 April lalu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat.
Dengan memegang senaskhah Al-Quran beliau melafazkan kata-kata berikut:
"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahman irrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Memulihkan moral
Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim bertanggungjawab menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan sebelum ini.
Pita video itu memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas ada cadangan supaya Anwar yang juga ketua pembangkang bersumpah mubahalah bagi "menjernihkan suasana" Ashraf berkata:
"Wallahua'lam. Mungkin jernihkan suasana sekali itu, lepas itu, si A (bersumpah), kemudian si B pulak"... tak habis-habis kita (bersumpah)".
Dr Ashraf yang juga penyelidik kanan di sebuah akademi kewangan mengulas pandangan seorang hadirin dalam diskusi 'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah' di Dewan Pembangunan Belia Islam Taman Cemerlang Gombak, petang semalam.
Diskusi tersebut dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dihadiri kira-kira 70 orang.
Turut dijemput sebagai panel diskusi itu adalah tiga tokoh agama termasuk pengamal undang-undang iaitu Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Dr Abdul Halim El-Muhammady, wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Fauzi Zakaria dan timbalan presiden Persatuan Peguam Syar'ie Malaysia (PPSM) Musa Awang.
Mengulas perkara yang sama, Musa (bersongkok) juga turut bersependapat dengan Ashraf bahawa Anwar yang juga ketua pembangkang tidak perlu bersumpah laknat seperti mana yang dituntut oleh pelbagai pihak.
"Kadang-kadang saya berfikir Datuk Seri Anwar perlu bersumpah untuk memulihkan moral, sebab moralnya sudah tercalar, orang sudah tuduh dia (berzina)
"Tetapi melihat dari segi konsep bersumpah, ia tidak perlu dilayan. Sumpah tidak perlu dibuat.
"Ini kerana, sumpah pada asalnya sudah tidak betul. Kenapa perlu menjawab sumpah yang tidak betul. (Dengan) cara dan tempat (bersumpah) tidak betul," katanya.
P/s: Orang Islam bermazhab UMCO sahaja gemar menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri. |
| [Wajib Baca] Skandal Scorpene: Gelombang Perancis Bermula Posted: 07 May 2011 01:00 AM PDT  Saya petik: [CheguBard] LAPORAN kemas kini tiga kumpulan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan tuntutan mahkamah berkenaan rasuah yang difailkan ke atas syarikat senjata api tentera laut Perancis DCNS akan didengari di mahkamah terbuka dan perbicaraan akan bermula pada Mei atau Jun ini.
Ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk akhirnya mendapatkan akses kepada butiran yang boleh dipersoalkan mengenai perjanjian kapal selam RM6.7bilion yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan mereka pada tahun 2002, dan terus dirahsiakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
DCNS merupakan vendor kapal selam tersebut dan Najib telah dituduh memberi keuntungan kepada teman rapatnya, Razak Baginda dengan komisen 114 juta euro melalui perjanjian tersebut.
"Terdapat bukti kukuh mengenai rasuah dan antaranya adalah maklumat baru mengenai rasuah baru yang didedahkan semasa penyiasatan.
"Sebahagian daripada ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif atau memalukan kepada kerajaan Malaysia tapi ini adalah sebahagian daripada proses untuk membantu pembayar cukai Malaysia mendapatkan semula wang mereka yang hilang melalui perjanjian korup," kata Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael kepada Malaysia Chronicle.
Pada Disember 2009, Suaram memfail tuntutan awal terhadap DCNS di mahkamah Paris untuk 'rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat' selepas gagal membuat sebarang kemajuan dengan kerajaan Malaysia, yang enggan memberikan sebarang butiran walaupun tidak henti-henti didesak oleh ahli-ahli pembangkang di Parlimen.
Perjanjian yang dipersetujui antara Najib yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, dan DCNS melibatkan penjualan dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada kerajaan Malaysia.
Di bawah konvensyen OECD 2000 di mana Perancis merupakan ahli, mana-mana individu rakyat Perancis ataupun syarikat Perancis yang didapati terlibat dalam perjanjian korup dengan kerajaan asing boleh dihukum 10 tahun penjara dan didenda 150,000 Euro.
Keputusan ini memberikan ruang terhadap permohonan Suaram untuk mencuba dan mendapatkan kembali wang pembayar cukai yang hilang melalui transaksi yang salah.
"Kami telah memohon agar hakim siasatan untuk mempengerusikan perbicaraan terbuka. Ini akan membuat perbicaraan itu lebih bebas dan kami pasti akan mendesaknya untuk mengarahkan lebih banyak penyiasatan dan siasatan yang lebih terperinci," kata Cynthia dipetik.
Sememangnya, seorang hakim yang dilantik kerajaan Perancis mungkin kurang neutral memandangkan DCNS yang berpengaruh ini merupakan salah satu syarikat terbesar di Perancis.
Seks dan pembunuhan C4 Altantuya
Aspek sensasi dari perjanjian taruhan tinggi ini adalah pembunuhan rakyat Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah dan perantara yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada Razak Baginda dan syarikat Perancis tersebut.
Dia dibunuh di Kuala Lumpur dengan bahan letupan C4 di hutan cerang di Shah Alam setelah dia dikatakan cuba mengganggu Razak untuk bahagiannya daripada komisen tersebut.
Dua daripada bekas pengawal Najib telah dijatuhi hukuman gantung bagi pembunuhan itu, tapi perbicaraan mahkamah mereka telah dikecam sebagai tidak adil.
Bekas-bekas polis itu mendakwa mereka dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya, tetapi testimoni ini telah ditolak oleh hakim perbicaraan Malaysia, yang juga menangkis segala usaha oleh peguam pembela untuk bertanya tertuduh, siapa yang memerintahkan mereka untuk membunuh Altantuya.
Akhbar Perancis – La Liberation melaporkan bahawa si rupawan Altantuya, yang boleh bercakap empat bahasa termasuk Russia, memberitahu kedua-dua pembunuh itu bahawa dia mengandung dan telah merayu agar dirinya tidak diapa-apakan sebelum mereka menembaknya di kepala, mengikat C4 di tubuhnya dan kemudian meledakkan bahan letupan yang hanya tersedia untuk tentera di Malaysia.
Seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razakmenyatakan bahawa Najib yang bertemu Altantuya di pameran berlian di Singapura, dan mereka mempunyai hubungan sebelum beliau 'melepaskan' Altantuya kepada Razak.
Tetapi Altantuya akan dipertonjolkan dalam perbicaraan Perancis itu, bahagian yang lebih besar dari perbicaraan itu akan berpusat kepada kapal selam dan kos transaksi antara DCNS dan kerajaan Malaysia.
Kos perjalanan Razak dan Altantuya 2.5 juta Euro
Kemungkinannya, di antara saksinya adalah bekas pengurus pentadbiran dan kewangan DCNS, Gerard-Philippe Menayas, yang telah disoal siasat oleh polis Perancis melibatkan kes serupa di Pakistan. Gerard telah mengaku mempunyai bukti untuk menyokong sogokan yang terlibat dalam perjanjian Malaysia tersebut.
Pada mulanya, Amaris, anak syarikat DCNS dan Thales, telah disyaki membayar komisen sebanyak 114 juta euro kepada sebuah syarikat Malaysia bernama Perimekar, yang diterajui oleh isteri Razak.
Namun, maklumat terkini menunjukkan bahawa bukan Armaris tetapi kerajaan Malaysia yang telah membayar 114 juta euro kepada Perimekar, untuk membolehkan syarikat Perancis itu memintas konvensyen OECD.
Perlu diambil perhatian bahawa ia bercanggah dengan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin di Parlimen pada tahun 2006 di mana Zainal mengatakan bahawa kerajaan Malaysia yang telah membayar US$100 juta komisen bagi perjanjian untuk membeli tiga kapal selam tersebut.
Sementara itu, dua bukti baru yang telah ditemui, termasuk bayaran 30 juta euro oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan bayaran 2.5 juta euro kepada perantara yang masih tak dikenali.
"Para penyiasat kami masih menyiasat perantara tersebut tetapi kami mendapati bahawa sebuah syarikat bernama Gifen telah ditubuhkan di Malta oleh seseorang bernama Jean-Marie Boivin untuk memudahkan pemindahan kewangan bagi tujuan membiayai perjalanan Baginda dan Altantuya," tambah Gabriel.
* Rencana ini dipetik dan diterjemah dari Malaysia Chronicle. |
| Jual Dara Boleh Kaya! Posted: 06 May 2011 11:10 PM PDT  [Kosmo] AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.
Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.
Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.
Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.
Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.
Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.
Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi
P/s: Di Malaysia, budak-budak perempuan serah dara percuma sahaja! Apabila saya tulis "serah dara percuma sahaja" bukannya saya bermaksud mereka menjual dara. Maksud saya, tindakan itu menyerlahkan kebingaian mereka! Nanti timbul isu pula jika tidak diterangkan!
|
| Kantoi Khalwat, Gadis Acu Pisau Posted: 06 May 2011 09:45 PM PDT
Saya petik: [HM] TANAH MERAH: Seorang gadis berusia 22 tahun berlagak samseng apabila mengacukan pisau kepada sepasukan anggota Skuad Amru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Tanah Merah ketika cuba ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan kekasihnya di Jalan Jedok, di sini, malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, gadis terbabit mengamuk apabila menjatuhkan beberapa barangan di dalam rumahnya termasuk peti sejuk sebaik dimaklumkan akan ditahan. Lebih mengejutkan, gadis yang baru menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi itu turut menendang kekasihnya berusia 24 tahun sehingga tersembam ketika dipujuk supaya meletakkan pisau yang dipegangnya.
Difahamkan, gadis itu bertindak demikian bagi mengelak ditahan selain tidak mahu kegiatan maksiatnya diketahui keluarga serta jiran kerana ketika serbuan, dia dipercayai tinggal seorang diri di rumah selepas ibu bapanya ke Kuala Lumpur dan ketiadaan keluarga memberi peluang kepadanya membawa kekasih dari Kota Bharu masuk ke rumah.
Menurut sumber, pejabat JHEAIK Tanah Merah menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 11 malam memaklumkan ada kegiatan maksiat di rumah di Jalan Jeduk, di sini, sebelum empat anggota Skuad Amru melakukan serbuan.
P/s: Selepas berahi, mengamuk! |
| Al Qaeda Sahkan Osama Meninggal Dunia, Ikrar Balas Dendam Posted: 06 May 2011 08:45 PM PDT  Saya petik: [Kosmo] ISLAMABAD - Kumpulan Al-Qaeda mengesahkan kematian ketuanya, Osama bin Laden dalam satu mesej Internet yang disiarkan semalam yang turut menyatakan akan melakukan balas dendam ke atas Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan.
Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Barack Obama mengumumkan kematian Osama pada malam Ahad lalu.
Mesej itu berbunyi: "Dalam satu hari penuh sejarah bagi umat Islam, pejuang Sheikh Abu Abdullah Osama bin Mohammed bin Laden telah terbunuh di jalan yang dipilih oleh orang sebelum dan selepasnya. Tahniah kepada umat Islam kerana Osama telah mati syahid."
Kumpulan militan itu menyatakan akan menyiarkan satu pita audio Osama seminggu sebelum kematiannya.
"Dengan izin Tuhan, sumpahan akan menghantui rakyat AS dan sekutunya. Kegembiraan mereka akan bertukar menjadi tangisan. Darah mereka akan bercampur dengan air mata."
Sementara itu, isteri Osama bin Laden yang paling muda, Amal Al-Sadah mendedahkan bahawa suaminya itu tidak meninggalkan dua buah bilik di rumah mereka di bandar Abbottabad selama lima tahun, kata beberapa penyiasat Pakistan yang mengesahkan perkara itu kepada wartawan kelmarin.
Amal, 29, ditembak di kaki dalam serbuan pada malam Ahad lalu apabila dia dilaporkan menerpa ke arah pasukan komando Amerika Syarikat (AS) yang menggempur kediaman mereka.
Dia ialah antara tiga isteri Osama yang kini ditahan dan disoal siasat perkhidmatan perisikan Pakistan.
Seorang pegawai keselamatan berkata, dia tidak menyaksikan suaminya dibunuh.
"Kami masih mendapatkan maklumat daripada mereka (ketiga-tiga isteri Osama)," katanya.
Pihak berkuasa Pakistan turut menahan lapan atau sembilan kanak-kanak yang ditemui selepas pasukan komando AS beredar.
Salah seorang daripada mereka iaitu seorang budak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan memberitahu bahawa dia melihat bapanya ditembak mati dan mayatnya diseret ke sebuah helikopter.
Sekurang-kurangnya tiga mayat yang terbunuh dalam serbuan pasukan komando tersebut ditinggalkan di tempat kejadian.
Seorang bekas komander perkhidmatan perisikan Pakistan, Asad Munir memberitahu saluran berita ABC, semua isteri Osama itu disoal siasat tanpa kekerasan.
"Kami memberikan mereka borang soal selidik yang memiliki 20 soalan. Kami mengubah urutan soalan itu setiap tiga atau empat hari. Anda perlu memiliki daya ingatan yang amat baik jika anda ingin menipu," katanya.
Seorang pegawai kanan perisikan memberitahu akhbar The Times bahawa terdapat 17 orang termasuk empat wanita yang kini ditahan tentera Pakistan untuk mendapatkan maklumat penting tentang Osama dan Al-Qaeda.
Dalam perkembangan berkaitan, Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, Amal memberitahu pasukan penyiasat Pakistan bahawa Osama masih sedarkan diri selepas dia pertama kali ditembak dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun memberitahunya bahawa Osama kemudian ditembak sampai mati.
Wanita itu dan tiga isteri Osama yang lain, mendedahkan maklumat penting yang dapat membantu menyingkap kehidupan rahsia Osama semasa dia bersembunyi daripada pihak berkuasa AS.
Hubungan AS dengan Pakistan kini tegang selepas Islamabad dilaporkan enggan membenarkan Washington menyoal siasat Amal.
Menurut beberapa laporan tersebut, Amal memberitahu, sepanjang tempoh lima tahun berkenaan, Osama hanya membahagikan masanya antara dua bilik berbeza di rumah itu termasuk bilik tempat dia ditembak mati. - Agensi |
| Betina Tekap Seterika, Siram Air Panas, Belasah, dan Tidak Bayar Gaji Amahnya Kena Hukum Posted: 06 May 2011 07:30 PM PDT Saya petik:
[BH] GEORGETOWN: Seorang suri rumah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah mencederakan amah warga Indonesia dengan seterika panas, tahun lalu.
Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membuat keputusan itu atas SM Poongavanam, 36, selepas peguam bela tertuduh, S Yagoo, gagal menimbulkan keraguan terhadap pendakwaan itu.
Poongavanam dituduh mencederakan Win Faidaa, 26, di rumahnya di Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong, pada 1 hingga 13 September tahun lalu.
Laporan media sebelum ini menyatakan Win Faidaa melecur di dada akibat terkena seterika panas, disiram air panas di bahagian belakang, dipukul di kepala dan tidak dibayar gaji.
Dia ditemui dalam keadaan lemah di kawasan ladang di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, selepas ditinggalkan oleh majikannya tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
Poongavanam yang tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika keputusan dibacakan, didapati bersalah mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun bersama denda atau sebatan.
Dalam hujah pembelaan, Yagoo berkata, tertuduh yang mempunyai empat anak berusia enam tahun hingga 16 tahun, bertindak demikian kerana emosional dengan mangsa yang cuba menggoda suaminya.
"Tertuduh langsung tidak berniat mencederakan amah dan amah itu juga pernah membuat pengakuan ketika disoal siasat polis bahawa tertuduh sentiasa memberikan layanan baik," katanya.
Timbalan pendakwa raya, Mohd Firdaus Abu Hanipah pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya berikutan trauma dan kecederaan mangsa.
"Mangsa datang ke Malaysia dengan satu tujuan murni, iaitu mencari rezeki yang halal tetapi ia musnah apabila mangsa dilayan secara tidak berperikemanusiaan dan diperlakukan seperti haiwan oleh tertuduh.
"Justeru, saya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya disebabkan kes ini sudah menjadi perhatian umum dan dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai," katanya.
Sementara itu, Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Chilman Arisman, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata pihak pendakwa raya berjaya menyampaikan hujah dan menggambarkan kejadian itu dengan baik.
Katanya, kes itu menjadi kes perbicaraan berprofil tinggi dan mendapat perhatian kebanyakan rakyat Indonesia, termasuk Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
|
| [Kemas Kini] Isu "Kristian Agama Rasmi": Agenda Jahat Media Pro-UMCO Posted: 06 May 2011 06:42 PM PDT
Kristian Agama Rasmi dan Malaysia Negara Kristian? Anda lihat tajuk artikel yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia. Maut dan mengerikan walaupun hal itu langsung tidak ada logiknya. Namun, apabila membaca kandungan berita itu, isinya hanyalah prasangka jurublog dan media yang pada saya berniat jahat. Saya kata begitu kerana ada sesetengah orang gemar melihat tajuk akhbar, tanpa membacanya secara terperinci. Cuba bayangkan apakah persepsi mereka apabila membaca tajuk itu? Ada sesetengah orang tidak memahami pun maksud atau tujuan meletakkan tanda soal (?) pada tajuk berita. Mereka tidak tahu bahawa tajuk itu hanyalah dakwaan semata-mata. Bagi sesetengah orang Melayu di kampung, apa-apa yang tertulis di surat khabar adalah sesuatu yang benar. Agenda jahat media UMCO semakin hari, semakin memberikan kesan kepada persekitaran politik dan sosial negara. Laporan mereka membuatkan rakyat berprasangka antara satu dengan lain. Jika dahulu mereka menyemai kebencian kepada pemimpin dan parti politik tertentu, kali ini mereka menyemai syak wasangka antara orang Islam dengan Kristian demi agenda politik pemerintah. Bukankah itu sesuatu yang boleh membawa kebinasaan? Namun, hal-hal ini dipinggirkan sahaja asalkan agenda politik mereka tercapai!
Namun bagi rakyat yang bijak, sila perhatikan jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi berkaitan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh jurublog UMCO: "Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka,"
P/s: Anda perhatikan ayat yang saya hitamkan itu. Pernyataan itu sudah menjawab banyak persoalan "jahat" yang ditimbulkan jurublog pro-UMCO. Penjelasan DAP:Saya petik: [SH] KUALA LUMPUR - DAP tidak cadang atau bincang dengan mana-mana pihak menjadikan Kristian sebagai agama rasmi jika diberi ruang memerintah negara ini bersama komponen Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw (gambar) berkata, Kristian tidak mungkin jadi agama rasmi negara, malah parti itu tidak pernah membincangkannya.
"Apa didakwa penulis blog mengenai majlis keraian di Pulau Pinang yang dikatakan membicarakan mengenai Kristian menggantikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah kenyataan tidak berasas. DAP mematuhi peruntukan mengenai agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Dr Tan berkata, kedaulatan undang-undang adalah asas perjuangan parti itu.
"Kami tidak pernah mempersoalkan kedudukan dan kedaulatan agama Islam yang dipilih menjadi agama rasmi negara,"katanya. .............. Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, pendirian DAP teguh dan menghormati apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Apa yang disebarkan itu adalah tidak benar sama sekali. Itu adalah dakwaan palsu pihak yang ingin menyusahkan DAP.
"Agama rasmi adalah agama Islam dan itu tidak pernah kami pertikaikan. Ada pihak yang berniat jahat untuk menjadikan DAP musuh," katanya.
Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras berkata, walaupun beliau tidak menghadiri majlis keraian itu tetapi beliau yakin bahawa apa yang didakwa itu tidak benar. KENYATAAN AKHBAR PAKATAN RAKYAT
PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.
Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.
Sekian, terima kasih.
Y.B. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Y.B. LIM KIT SIANG Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP) Y.B. DATO' SERI HJ. ABDUL HADI AWANG Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
8 September 2008 P/s: Lahanat barua UMCO kerana cuba sebarkan fitnah dan memupuk kebencian rakyat terhadap musuh politik mereka! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan