Sabtu, 7 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Lagi pendedahan siapa sebenarnya Eskay ?

Posted: 07 May 2011 01:03 AM PDT

PASPB


Artikel ini sambungan [pendedahan pertama] yang dibuat oleh orang yang sangat rapat dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada entry MiLo SuaM semalam.

Di kalangan masyarakat perniagaan, Eskay cukup dikenali sebagai ahli perniagaan yang suka menjual nama pemimpin negara sebagai jalan mudah untuk mendapatkan kontrak. Beliau juga mendapat jolokan 'conman' atau kaki tipu kerana sering melakukan penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan.

1) Penyelewengan dalam perniagaan arang batu di Indonesia

Eskay pernah menceburkan diri dalam perniagaan jual beli arang batu di Indonesia. Beliau menggunakan nama Dr. Mahathir (ketika itu PM) untuk mendapatkan kontrak membeli arang batu di Indonesia menerusi Jeneral Probowo (bekas menantu Presiden Soeharto).

Eskay menerima modal pusingan sebanyak RM2juta dari seorang Tan Sri taukey judi yang mendominasi perjudian mesin slot utama di Malaysia. Dengan kelicikannya, Eskay hanya menggunakan RM 1juta sahaja untuk urusan pembelian arang batu. Lebihan RM 1juta lagi dipindahkan melalui seorang pengurup wang bernama Haji Shah di Malaysia dan wang ini kemudiannya diterima oleh isteri Eskay.

2) Perniagaan membekal baja dari Thailand

Sebuah syarikat yang telah diberikan kontrak oleh sebuah syarikat baja dari Thailand sebagai pengedar tunggal baja keluaran Thailand ke seluruh Malaysia telah disabotaj oleh Eskay.

Eskay, dengan menggunakan jaringan politiknya telah menggunakan salah seorang anak Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) untuk melobi bagi mendapatkan hak membekalkan baja tersebut ke seluruh Negeri Sarawak.

Eskay seterusnya ke Thailand dan bertemu dengan pihak syarikat pembekal baja tersebut dan mendesak agar kontrak sebagai pengedar tunggal baja ke seluruh Malaysia yang telah diberikan kepada syarikat asal dibatalkan dan diserahkan sepenuhnya kepada syarikat milik Eskay iaitu Aman Agropreneur Sdn Bhd. Eskay berjaya dalam usahanya dan menjadi pembekal baja ke seluruh Malaysia termasuklah untuk Risda yang kini dipengerusikan oleh Tan Sri Rahim Tambi Chik bekas Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan salah seorang Datuk T.

Difahamkan Eskay kini sedang berusaha menyogok pengurusan Felcra untuk memberikan beliau kontrak membekalkan baja di ladang-ladang milik Felcra.

3) Komisyen RM 20 juta dalam tender 'jambatan bengkok'

Eskay berbekalkan kelicikannya cuba mendapatkan "duit atas angin" sebanyak RM20 Juta daripada tender "jambatan bengkok" menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Negeri Johor dan Singapura.

Eskay berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan [Msian Insider]

Bagaimanapun dari laporan Malaysiakini, kes saman beliau terhadap Merong Mahawangsa telah ditolak hari ini. Merong Mahawangsa tidak perlu membayar RM 20 Juta kepada Eskay berikutan projek itu tidak lagi diteruskan.

Jelas sekali Eskay adalah seorang ahli perniagaan yang licik dan bijak mengambil kesempatan untuk menguntungkan dirinya walaupun dengan cara menipu. Orang seperti ini sanggup berbuat apa saja termasuk bersumpah dengan nama Allah demi memenuhi cita-cita beliau.

ReJaM© "Kata bidalan Melayu Rasis, kalau jumpa keling dengan ular, bunuh keling dulu..."

Ketua Pengarah JKR Dianiaya Kerana Pertahankan Integriti Pegawai Awam

Posted: 07 May 2011 12:41 AM PDT

KELAB GREEN BOC

Judin teraniaya: Rekod hitam 120 tahun JKR

PAS menuntut Kementerian Kerja Raya memberikan alasan munasabah kepada umum berhubung perpindahan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir Dr Judin Abd Karim, ke satu jawatan yang lebih rendah, baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata penjelasan itu diperlukan memandangkan rekod perkhidmatan Judin dikatakan bersih, amanah dan bertanggungjawab selama menjalankan tugas beliau di JKR.

Beliau yang melahirkan rasa kesal dengan perpindahan tersebut, berkata kementerian sewajarnya berasa bangga memiliki pegawai yang bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan tugas, bukan bertindak sebaliknya dengan memindahkan beliau ke jabatan yang lebih kecil.

Mulai 1 Mei lalu, Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Meskipun mendapat bantahan awam dan protes senyap kakitangan JKR, kerajaan tetap berkeras "menghukum" Judin yang dikenali sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi.

"Saya difahamkan, Judin bersikap tegas memastikan setiap prosedur berkaitan tender kerajaan dipatuhi oleh kontraktor. Dalam kes kontroversi pembinaan Istana Negara (yang menelan belanja di luar jangka), beberapa keputusan Judin, termasuk untuk menamatkan khidmat kontraktor utama yang mempunyai prestasi buruk, menjadi punca beliau disingkirkan," dakwa beliau.

Tambah Mahfuz, tindakan kementerian itu turut bertentangan dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 2004 bagi meningkatkan integriti penjawat awam apabila berlaku peminggiran terhadap pegawai yang berintegriti seperti Judin.

Katanya, perpindahan itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kemungkinan berlaku pertembungan penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian untuk meminggirkan sesiapa pegawai yang tidak sealiran dengan 'pihak tertentu'.

Selain kesal dengan tindakan kementerian tersebut, kekesalan Mahfuz turut dilemparkan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila tidak mempertahankan Judin, sedangkan beliau bertanggungjawab penuh ke atas pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

"Adakah KSN turut terlibat dalam konspirasi ini, hingga mendiamkan sahaja perkara tersebut? Sedangkan pegawai seperti Judin inilah yang sebaik-baiknya untuk kebaikan dan pembangunan negara," kata Mahfuz.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan yang dikenakan terhadap Judin itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak komited dalam mengembalikan dan meningkatkan integriti sistem pentadbiran negara.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan benar-benar komited dalam soal integriti ini, badan-badan seperti kehakiman dan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan-badan lain perlu diberi isyarat yang baik sekiranya pegawai mereka bertindak dengan penuh tanggungjawab.

"Tindakan ini seolah-olah menunjukkan kerajaan pimpinan Najib Tun Razak ini 'bermusuh' dengan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas mereka dengan amanah dan bertanggungjawab. Persoalannya, apakah isyarat yang ingin diberikan kepada kakitangan kerajaan ini? Tindakan terhadap Judin ini hanya menunjukkan pertentangan amalan dengan PIN yang dilancarkan sebelum ini," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata pegawai-pegawai awam ini sepatutnya diberikan kepercayaan atas keupayaan mereka menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, bukan 'dihukum' kerana bertanggungjawab.

Tambahnya, situasi ini akhirnya akan menyebabkan pegawai kerajaan akan dilihat menjadi penakut, tidak bebas dan sentiasa dilihat terkongkong, yang kemudiannya menyebabkan sistem pentadbiran negara tidak akan dapat dipertingkatkan.

Dalam pada itu, beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku dan berusaha untuk mengembalikan dan memulihkan integriti badan-badan kehakiman dan penguatkuasaan yang selama ini mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang mula mendedahkan pertukaran mendadak Judin itu awal April lalu, turut mendesak Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberikan penjelasan segera.

"Shaziman seorang yang berpengalaman sebagai jurutera awam sepatutnya mempertahankan Judin daripada tekanan politik elit penguasa dan kontraktor bermasalah. Pertukaran Judin adalah satu pengkhianatan terbuka kerajaan terhadap kakitangan awam yang berintegriti tinggi dan beretika cemerlang," tegas Lutfi.

"Kes Judin tidak boleh dipandang remeh. Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Najib Razak amat dikesali. Dia mesti memberi jawapan di atas pertukaran jelas yang mahu mengaibkan Ketua Pengarah Kerja Raya itu," tambah Lutfi.

Beliau menegaskan: "Ini merupakan rakaman hitam sepanjang sejarah JKR yang sudah berusia 120 tahun. Tidak pernah seorang Ketua Pengarah Kerja Raya ditukarkan ke jawatan lebih rendah walhal Judin dikenali ramai, khususnya warga JKR sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi dan teguh memegang prinsip kerja." -HD


Judin, media dan sokongan Melayu
Ahmad Lutfi Othman

Meskipun mendapat bantahan, Ketua Pengarah Kerja Raya, Prof Ir Dr Judin Abd Karim (gambar) tetap ditukar, mulai 1 Mei depan ke jawatan barunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan), iaitu satu jawatan yang lebih rendah, yang meletakkannya seolah-olah diturun pangkat.

Kes Judin ini cukup mengejutkan kerana inilah kali pertama dalam sejarah Jabatan Kerja Raya, ketua pengarahnya, yang dikenali ramai sebagai berintegriti tinggi, ditukarkan ke agensi lain.

Ramai warga JKR kecewa dengan langkah drastik itu. Rata-rata mereka beranggapan ia satu tindakan bermotif politik bagi memencilkan seorang pegawai awam berpersonaliti mulia, yang dilihat sepanjang kerjaya terakhirnya di JKR boleh menyusahkan pihak yang "tamak dan rakus". Namun begitu, Judin pasrah. Mulai minggu lalu, beliau telah mengadakan lawatan perpisahan ke semua cawangan JKR di seluruh negara.

Desas-desus menyebut pertukaran Judin dikaitkan dengan projek kontroversi, pembinaan Istana Negara yang baru, selain ketegasan Judin berdepan karenah kontraktor kroni yang hanya mahu mengaut keuntungan sebanyak mungkin daripada dana awam. Projek ini diberikan secara runding terus (reka dan bina) kepada Maya Maju (M) Sdn Bhd, dengan cadangan kos oleh kontraktor kepada kerajaan sebanyak RM1.1 bilion.

Hanya selepas kos berkenaan didedahkan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar di Dewan Rakyat dan turut dibangkitkan Harakah, baharulah perkara ini disemak dan dirunding semula dengan kontraktor. Akhirnya, projek ini telah dianugerahkan dengan kos RM650 juta.

Cadangan pembinaan di peringkat awal di bawah kos RM400 juta. Bagaimanapun, kos projek Istana Negara kini telah meningkat hampir RM900 juta dengan pelbagai kerja tambahan (VO) dan skop tambahan yang dikatakan tiada dalam skop asal atau telah dikeluarkan semasa di peringkat awal.

Semua maklum dan bukanlah menjadi rahsia mengenai stail Maya Maju (dikatakan ala-samseng) apabila berkomunikasi dengan pegawai-pegawai kanan JKR yang terlibat dengan projek Istana Negara.

Kontraktor berkenaan dikaitkan dengan "orang kuat" Umno Kedah. Ketika diberikan tender projek istana pada Oktober 2007, syarikat tersebut disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat.

Menurut sumber, bukanlah mudah untuk Judin memastikan projek Istana Negara disiapkan mengikut jadual. Beliau dikatakan telah mengadakan mesyuarat koordinasi projek hampir setiap minggu di tapak istana dengan mewajibkan semua pengarah kanan hadir.

Usaha beliau membuahkan hasil. Istana dijangka disiapkan pada pertengahan tahun ini. Inilah pendekatan yang pertama kali dibuat seorang Ketua Pengarah Kerja Raya dalam melaksanakan projek berprofil tinggi seperti ini.

Kontraktor dikatakan tidak menghormati JKR dan cuba melibatkan raja (Raja Perlis sebagai wakil Majlis Raja-Raja Melayu) dalam membuat keputusan meletakkan Judin dalam keadaan yang sukar. Bagaimanapun beliau menghadapinya dengan tenang demi memastikan projek berjalan lancar.

Memang sensitif menangani isu berkaitan pihak istana, apatah lagi apabila ada pihak tertentu yang memperalatkan nama raja untuk kepentingan mereka. Misalnya, apabila Lim Kit Siang mula membangkitkan hal berkaitan projek ini, timbul dakwaan bahawa beliau telah "menderhaka" kepada istana.

Malah, saya dapat menjangkakan, selepas Harakah dilihat mempertahankan Judin, tentunya beliau akan dilabelkan sebagai propembangkang atau penyokong Pakatan Rakyat. Ia hanya bagi mengalihkan isu sebenar daripada dibincangkan. Tuduhan liar terhadapnya sudahpun tersebar dalam blog-blog Umno. Walhal isunya jelas: Umno akan bermusuh dengan pegawai awam yang baik dan berwibawa sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak politik dan nafsu serakah mereka bagi membolot kekayaan berlipat ganda dengan cara mudah.

Umno selama ini memang bergantung dengan dana awam melalui komisyen (terutama melalui projek rundingan terus apabila nilai kos dapat dinaikkan dengan mudah) bagi memenuhi tabung politik mereka, seterusnya "membeli undi" semasa pilihan raya. Judin bukan pegawai kerajaan pertama dan terakhir yang menjadi mangsa.

Mungkin ramai lagi yang bersedia mengikuti telunjuk elit penguasa dan meraikan apa jua kehendak orang-orang politik di sekeliling, namun Judin akan dikenang sebagai kakitangan awam yang berusaha mempertahankan integriti sehingga terpelanting jawatan strategiknya.

II.

Saya diundang sebagai ahli panel Bicara Media, anjuran pelajar Sarjana Sains Komunikasi Kewartawanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) lebih kurang 15 jam sebelum program bermula. Memang masih agak uzur dan sukar berjalan jauh, tetapi apabila mengetahui Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut memeriahkan forum bertajuk Menyingkap Peranan Media dalam Menghadapi Arus Globalisasi, saya berusaha hadir.

Seorang lagi penalis ialah Ibrahim Yahaya, bekas Ketua Pengarah Penyiaran, manakala pengacaranya, Sayed Munawar Syed Mustar. Forum itu dirakamkan di Studio Penyiaran Video, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.

Ternyata Saifuddin beridealisme tinggi apabila membicarakan isu-isu berkaitan kebebasan media, seperti juga apabila beliau melontarkan idea tentang autonomi universiti dan keperluan mahasiswa untuk bergerak aktif dalam politik. Saya tidak nampak hujahannya bercanggah dengan pendapat saya, malah beliau berjaya mengungkapnya dengan lebih mantap.

Saya tidak lari daripada terus menekankan bahawa media di Malaysia masih terkongkong dan dikawal ketat walaupun dalam era globalisasi. Menurut sarjana media, misalnya Fred S Siebert, teori media bebas tidak selari dengan suasana di negara ini apabila sebarang penerbitan memerlukan permit dan melalui proses penapisan.

Saya turut merakamkan pengalaman beberapa penerbitan saya, seperti majalah Detik, yang diharamkan KDN, tanpa alasan yang jelas. Begitu juga dengan syarat-syarat penerbitan dan pengedaran Harakah yang menekan.

Ibrahim melihat daripada sisi agak berbeda. Kebebasan dalam online dan juga akhbar-akhbar berbahasa Cina menjadi sandaran. Sedangkan bagi saya, dalam dua situasi itu, sebenarnya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekatnya dan bukan disebabkan penguasa berjiwa besar membenarkan media berkembang secara bebas di Malaysia. Ini turut dipersetujui Saifuddin. Bagi saya, peraturan karut seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan mesti dimansuhkan tanpa daleh lagi.

Saifuddin mengakui keperluan Malaysia seharusnya mempunyai kebebasan akhbar yang lebih luas berbanding dahulu. Beliau turut membangkitkan langkah-langkah pendemokrasian yang lebih segar, seperti mencadangkan umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun, di samping menegur perlantikan jawatan-jawatan penting di universiti, yang ada kalanya melibatkan "tukang ampu" berbanding ilmuan yang lebih layak.

Dua minggu sebelum itu, saya bersama Dinsman dan Pengarang Harakah, Taufek Yahya menghadiri majlis bedah buku Catatan Hujung di Kompleks PKNS, Bangi. Agak janggal juga untuk saya membicarakan proses penulisan di sebuah kompleks membeli-belah yang agak sibuk itu.

Dalam majlis itu saya turut diaju dengan cadangan (sebenarnya dicabar) untuk menghasilkan buku khas bagi menyanggah memoir Dr Mahathir Mohamad. Seorang daripada hadirin, Dr Tajul Arifin Noordin, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi mahu saya mengemukakan sanggahan terhadap pelbagai "pembohongan" dan "manipulasi" Dr Mahathir.

Sememangnya minat peribadi saya lebih tertarik kepada penerbitan buku, berbanding menjadi editor akhbar sekarang mahupun sebelum ini majalah. Dalam konteks kebebasan berkarya di Malaysia, menulis buku mungkin lebih selesa dan tidak terikat dengan peraturan "karut-marut" KDN. Banyak isu memerlukan penjelasan lebih terperinci dan mendalam.

Namun, seperti disokong Dinsman, yang juga pengulas buku Catatan Hujung, cabaran terbesar saya adalah faktor kesihatan. Menulis buku khususnya mengupas isu-isu politik -- berdepan saingan media baru -- memerlukan stamina luar biasa. Ada juga permintaan agar saya membuat "ramalan politik" seperti buku-buku yang dihasilkan dalam tahun-tahun 1990-an berkaitan Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir.

III.

Sehingga kini saya belum sempat menganalisis pilihan raya Sarawak. Semua maklum tentang gelombang perubahan yang dicetuskan oleh pengundi Cina di bandar-bandar. Namun, saya lebih terkesan dengan kebimbangan terhadap keupayaan pengundi Melayu untuk sama-sama berubah dalam PRU13. Dr Jeneri Amir menjangkakan, jika trend mengundi di Sarawak berterusan, sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat dapat menguasai tujuh kerusi Parlimen di negeri itu nanti.

Slogan PAS Ganti Umno tidak hanya memerlukan seminar dan diskusi. Pengundi Melayu harus diyakinkan bahawa mereka mesti bersama Pakatan Rakyat, terutama dengan menyokong PAS, bagi membentuk sebuah kerajaan yang adil, baik peringkat negeri mahupun persekutuan. Peralihan lapan peratus undi di Sarawak jika diterjemahkan di peringkat nasional mungkin boleh membawa Pakatan ke Putrajaya, tetapi jika masyarakat Melayu tidak bersedia berubah, situasi politik mungkin "tidak seimbang".

Berbanding rakan-rakannya dalam Pakatan, cabaran terbesar lebih menimpa PAS. Berusaha mempengaruhi majoriti pengundi Melayu supaya menolak Umno dalam sentimen perkauman yang makin marak ini bukan tugas mudah. Ketrampilan kepemimpinan Parti Islam khususnya untuk memenangi hati orang Melayu -- dan mengekalkan sokongan masyarakat Cina dan India -- cukup teruji.

Kepada PAS, masa cukup singkat sebelum Najib Razak membubarkan Parlimen. Saya tidak mengharapkan keajaiban, namun ramai tidak berpuas hati dengan usaha yang telah dibuat ... -HD

Nyatakan sokongan anda kepada Dato' Seri Ir Dr Judin Abdul Karim dalam facebook Sokongan Judin Karim

Hishammuddin: Agenda jadikan Krisitian agama rasmi serius May 7, 2011 "Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebih-lebih sa

Posted: 07 May 2011 12:36 AM PDT

BERNAMA

"Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebih-lebih sangat, ia akan mengundang reaksi dari kaum lain," katanya.


BESUT: Laporan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius, kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

"Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebih-lebih sangat, ia akan mengundang reaksi dari kaum lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan wakil Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hishammuddin yang Juga Naib Presiden Umno mengulas laporan media berhubung dakwaan adanya satu majlis pertemuan tertutup paderi yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Hishammuddin berkata beliau kini menunggu laporan berhubung apa yang di bincangkan pada majlis itu.

"Tapi saya lebih suka berdepan dengan mereka yang tidak fahami benda sebenar, kita beri penjelasan perkara-perkara yang dikipas dan diapi-apikan oleh pihak tertentu.

"Bila kita dah beri semua penjelasan, mereka masih lagi mengheret kepada perpecahan saya rasa polis akan buat keputusan nanti, tapi bukan saya (yang akan ambil tindakan), nanti kita dituduh berpolitik pula," katanya.

Katanya dalam menangani isu seumpama ini, kerajaan mementingkan keselamatan dan sentiasa memantau perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan isu keselamatan.

"Semua saya pantau, bukan sahaja kumpulan ini, yang ekstremis Islam pun ada, yang nak balas kematian Osama bin Laden (pemimpin Al-Qaeda)," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan menyiasat dakwaan tersebarnya satu lagi video seks yang didakwa membabitkan ketua pembangkang yang dipercayai dicetak di Thailand.

"Seperti biasa, bersandar pada laporan polis, polis siasat perkara ini dan kalau salah, polis akan ambil tindakan. Tiada siapa boleh letak diri mereka melebihi undang-undang termasuk trio 'Datuk T'. Kalau salah tetap salah,"katanya.


NGO: Isu fitnah akan dibawa ke Majlis Raja-Raja Melayu, Agung

Posted: 07 May 2011 12:33 AM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf) akan membawa isu video fitnah ke Majlis Raja-Raja Melayu sekiranya pihak bertanggungjawab enggan mengambil tindakan tegas, kata jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Malah mereka akan mengadakan perhimpunan lebih besar jika kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas individu yang menyebarkan fitnah berhubung rakaman video seks yang kini disebarkan secara berleluasa.

Azmi berkata demikian selepas menghantar memorandum kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antara lain menggesa pihak berkuasa itu melaksanakan peruntukan undang-undang Islam berhubung tuduhan zina dan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah JAWI (Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab, selepas Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali dikatakan berada di Terengganu.

"Ini adalah gambaran kemuncak kemarahan rakyat kepada peguam negara, polis dan pihak bertanggungjawab yang masih tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Trio Datuk T.


"Kami akan senaraikan memorandum ini dan akan dipanjangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu, berjumpa seorang demi seorang dengan anggota Majlis Raja-Raja Melayu.

"Pertama kami akan mengadap Sultan Kedah, diikuti Sultan Kelantan, Dipertuan Agong, kepada seluruh pimpinan politik, NGO dan media massa yang sesetengahnya menjadi dalang dalam fitnah lucah ini," tegas beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

"Akan kami maklumkan dan memberi tahu kepada rakyat bahawa sudah sampai masanya raja-raja yang menjaga agama dan maruah Islam dan umat Islam mesti campurtangan, kerana tidak ada pilihan lagi, dan ini masanya," kata Azmi ketika sidangnya media di hadapan Masjid Negara.

Sebelum itu, kira-kira 200 berhimpun di sekitar Masjid negara, sebelum ke bangunan Jawi yang terletak berhampiran bagi membantah cara pihak berkuasa dan media massa mengendalikan isu fitnah dan lucah.

Perhimpunan anjuran Saf itu menggabungkan NGO antaranya Teras, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat.

Ia turut mendapat kerjasama dengan Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat dan kumpulan mahasiswa.


Mengulas lanjut, Azmi berkata fitnah yang semakin berleluasa di Malaysia bukan sahaja menjatuhkan maruah negara tetapi seluruh rakyat, khususnya umat Islam.

"Kami beri perhatian serius kerana ini bukan perkara main-main yang bukan sahaja maruah seorang manusia tetapi seluruh rakyat Malaysia. Kita rasa sangat malu keadaan Malaysia yang jatuh di tahap paling hina.

"Sebab itu hari ini, kita menggembeling rakyat berkumpul dan kita akan berhimpun lagi, berhimpun lagi dan berhimpun lagi selagi perkara ini tidak diambil tindakan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang menyifatkan fitnah yang berlarutan sehingga ke peringkat institusi pendidikan akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada generasi muda.

"Keadilan melihat perkara fitnah amat dahsyat selepas 53 tahun negara kita merdeka, khutbah hari ini juga ada menyebut supaya pertahankan nyawa. Tetapi hari ini, fitnah yang berlaku lebih dahsyat daripada membunuh.

"Masalah kita sekarang sebaran fitnah mula menular ke peringkat sekolah sehingga adanya kursus tertentu dengan agenda menyebarkan fitnah lucah.


"Saya wakil daripada KEADILAN pusat dan mewakili 80 NGO melihat perkara ini perlu dihentikan serta merta. Jangan ingat perkara ini kita biarkan, dari semasa ke semasa kita lontarkan kepada rakyat supaya mereka faham betapa zalimnya kerajaan Umno yang melakukan perkara ini," kata beliau.

Sementara itu, penyair dan penyajak terkenal, Che Shamsudin Che Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman yang turut bersama dalam demonstrasi itu turut membacakan sebuah puisi bertajuk 'Jangan Mudah Menuduh' yang menyelitkan ayat al-Quran daripada surah An-nur ayat 4 berkenaan jenayah Qazaf.

Putar belit isu agama rasmi, Utusan melampau

Posted: 07 May 2011 12:32 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila mmemainkan isu agama rasmi di Malaysia.

Mengikut nota admin blog Datuk Seri Anwar Ibrahim, Utusan dengan mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta mengelirukan rakyat.

"Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

"Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid Umno' sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.

"Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini," tulis nota itu lagi.

Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

"Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin Perlembagaan," kata penyataan itu.

Penyataan itu ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Shuhaimi: Najib serlahkan kebimbangan dalam nada keyakinan UMNO Selangor

Posted: 07 May 2011 12:30 AM PDT

MERDEKA REVIEW

Najib nyata serlahkan kebimbangan dalam keyakinannya menyeru kepimpinan UMNO Selangor "bangun dari tidur". Kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor itu dizahirkan ketika berucap di majlis anjuran Veteran UMNO Malaysia (Selangor) malam semalam di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Ia dengan jelas menunjukkan nada gelisah dan kebimbangan terhadap kecamukan usaha Najib meyakinan rakyat khususnya orang Melayu pada UMNO Selangor. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa UMNO Selangor tidak boleh lagi mengharapkan kawasan majoriti Melayu untuk berpihak kepada UMNO.

Ia secara tersirat membuktikan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat tetap meningkat ke tahap yang selesa di sebalik serangan bertali arus UMNO/BN pada Pakatan Rakyat khasnya pada Ketua Umum KeADILAN. Sokongan orang Melayu di Satok dan Balingian semasa PRN Sarawak baru-baru ini menunjukan orang Melayu di Sarawak, juga menolak BN. Realiti itu mencemaskan kepimpinan Najib di Selangor.

Walaupun KEMAS dan agensi lain dikudakan membantu mendaftar pengundi baru, menukarkan pengundi Sabah ke kawasan Dun sasaran, ia tetap mengusarkan Najib. Contohnya di rumah sewa seorang sewa orang UMNO di No.16. Jalan Tanjung Resang 30/25A, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, wujud cara tidak beretika memindahkan pengundi. Terdapat lebih 7 pengundi yang tidak tinggal di situ dalam satu rumah. Itulah yang dimaksudkan oleh Najib, "lakukan dengan cara apapun asalkan menang".

KEADILAN Selangor berasakan kebimbangan Najib ini juga timbul di disebabkan pergolakan dalaman BN Selangor dan usaha gigih berterusan Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Khalid Ibrahim yang konsisten menjaga semua kaum dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Agenda MES ini amat terasa pada rakyat yang benar benar susah sambil ianya dinikmati terus oleh Rakyat Selangor khususnya orang Melayu, yang merupakan kaum terbanyak yang masih hidup di bawah paras kemiskinan.

Keresahan Najib ini juga berpunca dari masalah krisis kepimpinan UMNO Selangor yang kian meruncing. Perbalahan merebut kuasa dan hasad dengki masih menebal di peringkat Bahagian UMNO Selangor dan kurangnya koordinasi antara UMNO Negeri dan UMNO Bahagian bersama gerak kerja dengan anggota BN seperti MCA, MIC dan PPP. Lewat waktu ini sahaja kalangan anggota BN mencuba untuk berada dalam satu pentas walaupun jelas janggal di kalangan anggotanya - UMNO pendokong parti perkauman manakala rakan MCA-nya tidak lagi bertaring. Nyata UMNO Selangor masih dengan perangai lama yang "gila kuasa" dan menjadi "abang besar" dalam kalangan kesatuan BN hingga timbul "rasa dibuli" oleh MCA dan MIC.

Seruan dari "siren kecemasan" Najib ini sama sekali tidak melekakan KEADILAN Selangor. Bahkan menguatkan azam dan tekad untuk terus merancang siri pemantapan jentera parti yang terlatih, kemas dan sistematik untuk membantu rakyat.

KEADILAN Selangor akan terus bersama rakan Pakatan Rakyat lain membantu Kerajaan Negeri memperkasakan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor fasa terbaru yang mana hasrat membantu rakyat dengan program-program yang dapat meringankan bebanan mereka.

Najib boleh terus "memujuk hati" kalangan UMNO, namum itu tidak dapat menebus dosa UMNO selama 20 tahun kebelakangan yang jelas menebalkan rasa mual rakyat pada UMNO. Sesungguhnya kezaliman UMNO BN tidak akan dilupakan begitu saja oleh mereka yang merasainya. KEADILAN yakin, hati rakyat tidak lagi bersama Najib, UMNO dan BN dulu, kini selamanya.

*Kenyataan media oleh Shuhaimi Hj Shafiei (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan Keadilan Selangor/ ADUN Sri Muda.

Sisa radioaktif masih bertaburan di Bukit Merah

Posted: 07 May 2011 12:24 AM PDT

Chan Wei See

Pada 28 tahun yang lalu, Ng Toong Foo, seorang peniaga berusia 38 tahun ketika itu, menerima tawaran projek pengendalian sisa kilang daripada Asian Rare Earth, kerana tertarik dengan harga tawaran yang tinggi. Beliau mengupah empat orang pekerja, termasuk tiga orang pemandu lori dan seorang pemandu jentolak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang.

Sisa yang berwarna putih ini basah dan lembut, tiada bezanya dengan lumpur, namun berbau masam jika dihidu. Pihak kilang memberitahu Ng bahawa sisa ini boleh dijadikan baja. Jadi Ng bersama pekerjanya mengangkut sisa tersebut dari kilang untuk dibuang ke ladang kebun yang berdekatan, termasuk kebun sayur pakciknya untuk dijadikan "baja", atau membuang begitu sahaja di tepi kawasan perumahan dan jalan raya.

Cecair sisa itu mengalir sepanjang proses pengangkutan, namun tidak dipeduli oleh sesiapapun.

Sehinggalah pada tahun 1984, apabila penduduk Bukit Merah, Papan, Menglembu dan lain-lain tempat bangkit menentang Asian Rare Earth kerana menghasilkan sisa yang toksik ketika pemprosesan rare earth, barulah Ng sedar. "Baja" yang dimaksudkan rupa-rupanya thorium yang mempunyai radioaktif!

Dalam kes mahkamah di mana penduduk Bukit Merah memohon untuk menutup kilang tersebut, Ng Toong Foo pernah tampil untuk memberi keterangan. Beliau mengisahkan cerita yang "ngeri" ini. Menurut laporan Nanyang Siang Pau pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun Sadao Ichikawa mengesahkan bahawa paras radioaktif di lokasi yang mana Ng membuang sisa tersebut adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat, setelah kajian dilakukan di situ.

Apa yang mengejutkan, pihak yang berkenaan tidak memanggil Ng untuk menunjukkan lokasi di mana sisa itu dibuang, selepas pendedahan ini pada tahun 1985. Justeru itu, sebahagian sisa tersebut masih berselerak di sekitar kawasan kilang Asian Rare Earth. Menurut laporan akhbar ketika itu, Ng berkata sisa thorium itu bertaburan di kawasan bekas lombong, kebun, tepi kawasan perumahan dan jalan raya di sekitar Menglembu, Lahat, Jelapang, Pengkalan, Buntong, Simpang Pulai dan lain-lain lagi.

Lokasi buangan sisa

MerdekaReview telah berjaya menemui Ng Toong Foo di Menglembu, untuk mengimbas pengalamannya 20 tahun yang lalu. Bagaimanapun, beliau enggan diambil gambar oleh wartawan. Ng membawa wartawan ke lokasi di mana beliau membuang sisa tersebut. Sepanjang perjalanan, beliau berkata, "situ ada", "sana pun ada"... nampaknya taburan sisa kimia tersebut agak meluas.

Salah satu lokasi pembuangan sisa tersebut berada di tepi jalan Bandar Lahat Baru. Beliau membawa kami menyusuri lorong kecil ke lokasi itu. Dua orang budak yang berbasikal sedang menuju ke arah kami. Ng menuding jarinya ke arah rumpun di tepi lorong, "Situ!"

Sisa thorium dibuang di kawasan yang mana orang berulang-alik. Kawasan ini adalah paya ketika sisa dibuang, dan kini sudah ditumbuh rumput. Sukar untuk dikesan melalui mata kasar apakah yang pelik dengan rumpun tersebut. Seandainya Ng tidak menunjukkan kami kawasan di mana lokasi pembuangan sisa itu berdasarkan ingatannya, tiada orang yang tahu bahawa sisa buangan itu berada di situ.

Paling mengejutkan, walaupun Ng telah mendedahkan di mahkamah bahawa pihak kilang tidak menetapkan tempat buangan sisa tersebut, dan beliau hanya membuang di merata-rata, namun tiada pihak yang berkenaan menghubungi Ng untuk meminta agar beliau menunjukkan lokasi buangan tersebut - sepanjang 25 tahun ini. Lantaran daripada itu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan pihak berkenaan yang lain nampaknya tidak memandang berat masalah sisa yang mempunyai radioaktif ini.

Menurut laporan Sin Chew Jit Poh pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun, Sadao Ichikawa ketika membuat kajian di kawasan pembuangan sisa muatan dua lori itu, mendapati paras radioaktif adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat. Selain itu, beliau berkata sisa thorium itu tidak akan hilang walaupun dibasahi air hujan, sukar dikesan apabila sebati dengan tanah, malah akan mengeluarkan bau. Jadi ia belum terjamin bahawa kesihatan manusia tidak akan terancam jikapun disimpan dalam "gedung" tertentu.

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, profesor kolej swasta yang pernah terlibat dalam perjuangan penduduk Bukit Merah, Tan Ka Kheng (gambar kiri) berkata, separuh hayat untuk thorium-232 adalah 14.05 bilion tahun. Dengan kata lain, keradioaktifannya hanya akan berkurang separuh dari asal selepas 14 bilion tahun. Maknanya, keradioaktifan sisa yang dibuang Ng tidak berkurang dari tahun itu!

Jadi, penduduk kawasan tersebut masih terdedah kepada ancaman radioaktif. Tan Ka Kheng berkata, mangsa pertamanya adalah petani yang berkebun di situ jikalau sisa thorium tidak dikendalikan dengan baik. Keduanya, radioaktif tersebut akan masuk ke dalam rantaian makanan melalui sayuran, dan seterusnya mengancam kesihatan penduduk.

Tiga daripada empat mati

Ketika mengimbas peristiwa 28 tahun yang lalu, "sisa ketakutan" masih terpendam dalam hati. Menurut Ng Toong Foo, tiga daripada empat orang pekerjanya telah meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu beberapa tahun selepas bekerja dengannya. Ng pernah mengadu di mahkamah bahawa terdapat bintik merah pada tubuhnya. Kini, terdapat pula bintik putih pada tangan, kaki, tepi bibir, dan tepi matanya.

Beliau enggan diambil gambar. Ketika ditanya apakah puncanya, beliau berkata, "Tiada pun seorang dalam pertalian keluarga saya mempunyai benda (bintik putih) ini."

Beliau pernah memegang sisa toksik itu dengan tangan sendiri, dan beliau mengesyaki bahawa itulah puncanya bintik putih pada badannya. Malah, beliau kini menghadapi masalah bernafas.

Ng terlupa sejak tahun bilakah beliau menerima tawaran projek pengendalian sisa buangan itu, hanya ingat bahawa dirinya bekerja dengan kilang itu untuk kira-kira tiga atau empat tahun. Namun, mengikut laporan akhbar pada ketika itu, beliau menjadi kontraktor kepada kilang Asian Rare Earth sejak Jun 1983, bertanggungjawab mengangkut sisa dari kilang untuk dibuang ke tempat lain. Beliau hanya berhenti apabila mengetahui bahawa bahan itu bertoksik pada tahun 1984.

Beliau telah bekerja sebagai kontraktor untuk lebih 40 tahun. Beliau berkata dirinya tertarik dengan harga tawaran kilang tersebut, maka terus menerima projek itu. Pihak yang berunding dengannya hanya memberitahu bahawa sisa itu adalah "kek thorium" (thorium cake), tanpa menjelaskan apakah itu sebenarnya, malah juga tidak memberitahu di mana sisa itu harus dibuang.

Selain itu, walaupun kerja pengendalian sisa radioaktif ini di-"outsource", namun Asian Rare Earth tidak merangka kontrak dalam hitam putih (bertulis). Keadaan ini cukup untuk menunjukkan bahawa pihak kilang tidak memandang berat pengendalian sisa ini. Hanya apabila pendedahan Ng diberi liputan akhbar, barulah pihak kilang menjelaskan, "Arahan secara lisan sudah memadai..." (New Straits Times, 25 November 1986)

Ng yang tinggal di Menglembu memberitahu MerdekaReview, pihak kilang memaklumkannya bahawa sisa ini boleh dijadikan "baja". Jadi, beliau mengangkut sisa ini ke kebun pakciknya yang berhampiran dengan kilang. "Banyak tempat yang saya tuang (sisa itu)... Masih boleh dikorek pada hari ini".

Beliau berkata, sisa thorium itu kelihatan bagai gum, kapur, berair dan ada mendakan, baunya masam. Tikus dan lipas di kawasan buangan sampah hilang begitu sahaja apabila Ng membuang sisa itu ke kawasan itu, malah sayuran yang "dibajai" sisa thorium ini sangat "cantik" (kerana tiada serangga). Namun, manusia akan berasa tidak selesa ketika mendekati bahan sisa tersebut.

Tidak akan terima projek ini kalau sedar ia beracun

Wartawan mengungkit semula peristiwa silam ini. Selepas Ng Toong Foo mengisahkan ceritanya pada ketika itu, Pengurus Asian Rare Earth pernah menjawab bahawa Ng yang mengingkari arahan kilang dan membuang sisa thorium di merata-rata. Menurut laporan New Straits Times pada 25 November 1986, pihak kilang mendakwa Ng menerima tawaran itu pada kemuncak perjuangan penduduk menentang kilang ini, lantas Ng seharusnya sedar akan bahayanya sisa thorium.

Ng Toong Foo dengan nada yang kasar menyoal wartawan, "Jikalau kamu tahu benda itu beracun, adakah kamu masih mahu mengangkutnya?"

"Dia (pengurus) tidak berani untuk berkata sedemikian pada ketika itu. Benda yang beracun adalah merbahaya. Adakah dia akan berkata sesuatu yang benar? Dia tidak mahu menulisnya dalam hitam putih. Dia tahu bahawa kita tidak tahu," Kata Ng.

"Ia memerlukan lesen untuk menghasilkan sesuatu. Kalau produknya beracun, maka kerajaan tidak akan meluluskan lesen kepadanya. Benda yang diluluskan semestinya tidak akan mengancam kesihatan manusia. Jadi, kerajaan yang menipu kami," tuduhnya.

Wartawan memetik kenyataan pihak kilang bahawa lokasi pembuangan sisa toksik ini telah ditetapkan. Ng mempersoalkannya, "Buang di mana? Tunjukkan saya! Manakah lokasi pembuangannya itu? Tunjukkan saya. Kamu tidak tunjukkan saya, di mana lokasi yang diluluskan untuk pembungan sisa? Hanya muncul selepas itu!"

Tapak kilang Asian Rare Earth yang kini dikosongkan

Kilang Asian Rare Earth dibina pada tahun 1979 di kawasan perindustrian Bukit Merah, untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit, menghasilkan sisa buangan radioaktif sebanyak 2,250 ton setahun. Namun demikian, AELB belum ditubuhkan pada ketika itu, maka pihak kilang tidak perlu memohon lesen khas.

AELB ditubuhkan pada 1 Februari 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memantau keselamatan tenaga atom di seluruh negara. Asian Rare Earth mendapat lesennya pada Disember 1986, untuk teruskan pemprosesan kilangnya, sebelum dihentikan pada Januari 1994.

Tapak buangan radioaktif Asian Rare Earth pada awalnya dibina di Papan (gambar kanan), namun tidak digunakan lantaran protes dari penduduk tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat memberitahu MerdekaReview, kerajaan mengumumkan pada tahun 1986 untuk membina tapak pembuangan sisa radioaktif di Keledang Hill, kira-kira tiga kilometer dari Papan. Tapak ini siap dibina pada tahun 1990, dan sisa buangan radioaktif hanya dipindah ke sana pada tahun 1991.

Oleh itu, dalam jangka antara binanya kilang pada tahun 1979, hinggalah penggunaan tapak pembuangan sisa radiokatif pada tahun 1991, sisa buangan kilang Asian Rare Earth tidak dikendalikan dengan baik. Kalau bukan pendedahan Ng Toong Foo, kita tidak tahu bahawa sisa buangan radioaktif ini dikendalikan dengan cara yang sambil lewa.

Kerajaan menganggap isu rare earth telah melabuh tirai selepas tutupnya kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah. Padahalnya, sisa buangan ini belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya, mendedahkan penduduk tempatan kepada ancaman radioaktif.

*Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal. Gambar-gambar lama di atas diambil daripada Hew Yoon Tat.

40% Rumah Mampu Milik untuk pembeli 35 Tahun ke bawah

Posted: 07 May 2011 12:12 AM PDT

MERDEKA REVIEW

40% rumah mampu milik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor akan dikhaskan untuk pembeli berumur 35 tahun ke bawah. Kerajaan negeri telah memperkenal rumah mampu milik yang berkeluasan di antara 750 hingga 850 kaki persegi dan berharga di antara RM69,000 hingga RM100,000.

Rumah-rumah tersebut dalam bentuk pangsapuri akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju-pemaju swasta yang bersetuju menyertai program ini. Lebih 2,000 unit akan dibina di pelbagai lokasi di Selangor dengan fasa pertama dilancarkan di Bangi pada 31 Mei depan.

Rumah mampu milik ini adalah untuk mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengawal jualan rumah mampu milik ini agar hanya mereka yang layak dapat membelinya.

Sehubungan itu Kerajaan negeri akan menganjurkan seminar rumah mampu milik pada 5 Julai 2011 di SACC Convec, Shah Alam. LPHS dan PKNS akan mengendalikan seminar ini dan akan membentangkan rekabentuk-rekabentuk rumah mampu milik yang telah dihasilkan oleh PKNS.

Tujuan seminar ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan terhadap rekabentuk-rekabentuk yang telah dihasilkan itu.

Para pemaju, para profesional, ahli-ahli akademik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dijemput ke seminar tersebut.

PKNS telah mengenalpasti 6 tapak untuk membina rumah-rumah mampu milik.

*Kenyataan media oleh Iskandar Abdul Samad (gambar kiri) selaku EXCO Selangor/Pengerusi Jawatankuasa Tetap.

Lagi perhimpunan bantah kilang proses nadir bumi

Posted: 07 May 2011 12:10 AM PDT

MALAYSIA KINI


Sekurang-kurangnya 100 penduduk di Balok dan kawasan sekitarnya mengadakan perhimpuan aman sebagai bantahan terhadap cadangan pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng yang terletak berhampiran penempatan mereka.

NONEMereka mendakwa ini kali keempat perhimpunan aman seumpama itu diadakan.

Ia diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Al Fatah di Balok.

Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Anti-Lynas Persatuan Penduduk Balok dan diketuai oleh ketua pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan ketua pemuda PAS Pahang Suhaimi Saad.

Sambil membawa sepanduk dan kain rentang yang tertera perkataan "Selamatkan Kuantan, Hentikan Lynas" mereka juga mendesak pembinaan kilang itu dihentikan segera.

Ada juga kain rentang yang mempunyai logo 1Malaysia tetapi dengan mesej "1Bantah Kilang Radioaktif (rare earth) di Gebeng".

NONEPada perhimpunan ini, Nasaruddin dan Suhaimi mendakwa Umno cuba membawa dimensi perkauman dalam isu kilang pemprosesan nadir bumi itu.

Mereka berkata Umno ke kampung-kampung Melayu dan memberitahu penduduk bahawa hanya masyarkat Cina yang menentang projek Lynas.

"Radioaktif adalah isu sejagat," kata mereka pada perhimpunan ini.

Lagi perhimpunan bantah kilang proses nadir bumi

Posted: 07 May 2011 12:05 AM PDT

MALAYSIA KINI


Sekurang-kurangnya 100 penduduk di Balok dan kawasan sekitarnya mengadakan perhimpuan aman sebagai bantahan terhadap cadangan pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng yang terletak berhampiran penempatan mereka.

NONEMereka mendakwa ini kali keempat perhimpunan aman seumpama itu diadakan.

Ia diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Al Fatah di Balok.

Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Anti-Lynas Persatuan Penduduk Balok dan diketuai oleh ketua pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan ketua pemuda PAS Pahang Suhaimi Saad.

Sambil membawa sepanduk dan kain rentang yang tertera perkataan "Selamatkan Kuantan, Hentikan Lynas" mereka juga mendesak pembinaan kilang itu dihentikan segera.

Ada juga kain rentang yang mempunyai logo 1Malaysia tetapi dengan mesej "1Bantah Kilang Radioaktif (rare earth) di Gebeng".

NONEPada perhimpunan ini, Nasaruddin dan Suhaimi mendakwa Umno cuba membawa dimensi perkauman dalam isu kilang pemprosesan nadir bumi itu.

Mereka berkata Umno ke kampung-kampung Melayu dan memberitahu penduduk bahawa hanya masyarkat Cina yang menentang projek Lynas.

"Radioaktif adalah isu sejagat," kata mereka pada perhimpunan ini.

Al-Qaeda ikrar balas dendamAl-Qaeda ikrar balas dendam

Posted: 06 May 2011 11:50 PM PDT

MALAYSIA KINI


Al-Qaeda berikrar membalas dendam ke atas Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya termasuk Pakistan di atas pembunuhan ketuanya, Osama bin Laden, kata kumpulan militan itu dalam satu kenyataan semalam.

osama bin laden dead hide out in pakistan 1Kumpulan militan itu juga mengisytiharkan kematian Osama itu sebagai syuhada dan menggesa umat Islam di seluruh dunia supaya bangkit menentang Amerika.

"Osama tidak membina satu organisasi yang akan terkubur selepas kematiannya,'' kata kumpulan itu.

Bagaiamanpun presiden Barack Obama menolak ancaman itu dan berikrar bahawa Amerika akan menghancurkan Al-Qaeda.

"Kita telah berjaya membunuh ketua mereka dan pasti akan mengalahkan semua mereka tidak lama lagi," kata Obama selepas mesyuarat tertutup satu kumpulan tentera yang baru pulang daripada berkhidmat di Afghanistan.

NONETentera komando Amerika menyerbu kediaman Osama di Abbotabad, Pakistan Isnin lalu dan menembak mati ketua kumpulan Al-Qaeda berkenaan.

Pada pertemuan itu, Obama memuji tenteranya atas kejayaan menghapuskan Osama sambil berkata Amerika berjaya 'memenggal kepala Al-Qaeda' sekali gus melumpuhkan rangkaian penganas itu.

Obama menyimpulkan kejayaan itu sebagai 'minggu bersejarah' yang penuh dengan mesyuarat dan merencanakan serangan sulit ke Pakistan bagi menghapuskan ketua Al-Qaeda itu selepas memburunya lebih 10 tahun.

"Saya mengambil peluang ini bagi pihak rakyat Amerika dan mereka di seluruh dunia yang bangga dengan kejayaan ini. Kita menamatkan misi ini dengan kejayaan," katanya kepada

"Kita sudah menghapuskan ketuanya dan kita sedang menewaskan mereka," katanya.

osama bin laden dead protest 1Sementara itu, mengesahkan kematian Osama buat kali pertama, Al-Qaeda juga membidas Pakistan dan menggesa rakyatnya supaya "membersihkan negara mereka yang telah dicemari Amerika."

Puak Taliban Afghanistan juga membidas pembunuhan berkenaan. Perhimpunan kecil juga diadakan selepas solat Jumaat di beberapa tempat yang dipercayai akan memperkuatkan lagi azam mereka untuk menentang "penjajah asing."

"Kami seru saudara Islam di Pakistan, di mana Sheikh Osama dibunuh supaya bangkit dan memberontak bagi membersihkan nama beliau," kata Al-Qaeda dalam satu kenyataan.

- AFP

Ulama, akademik kata Anwar tak perlu sumpah

Posted: 06 May 2011 11:30 PM PDT


Abdul Rahim Sabri


Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa agar tidak melayan tuntutan sumpah balas berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah, ABIM seminarMenurut ahli akademik Prof Dr Ashraf Md Hashim (tengah) gesaannya itu bertujuan mendidik masyarakat khususnya umat Islam berhubung isu bersumpah laknat yang berulang-kali berlaku di kalangan masyarakat

"(Pertama) kalau ikut syara' tidak perlu (bersumpah) dan ia tidak dituntut oleh syara' kerana dalam (jenayah) hudud, tidak ada sumpah.

"Tapi kalau nak sumpah juga, itu bukan syariat yang tuntut. Bagi saya, masyarakat kena didik juga, kalau bersumpah jugak nanti lepas ini orang macam tu (bersumpah) jugak.

"Sumpah, sumpah tak habis-habis. Masyarakat perlu dididik apa sebenarnya yang dituntut oleh syariat. Tapi kalau tidak dituntut oleh syariat, tak payah," katanya.

'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah, ABIM seminarTegas Dr Ashraf lagi gesaan itu juga ditujukan kepada parti politik tertentu supaya "keadaan yang memalukan" itu tidak mengaibkan masyarakat Islam.

"Kalau nak main politik, main cara lain lah. Kalau ini hal politik (terutama kepada) kedua-dua pihak," katanya yang juga mantan exco Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Pada 29 April lalu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat.

Dengan memegang senaskhah Al-Quran beliau melafazkan kata-kata berikut:

NONE"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahman irrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Memulihkan moral

Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim bertanggungjawab menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan sebelum ini.

alleged four full sex videos on youtube 290411 17Pita video itu memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas ada cadangan supaya Anwar yang juga ketua pembangkang bersumpah mubahalah bagi "menjernihkan suasana" Ashraf berkata:

"Wallahua'lam. Mungkin jernihkan suasana sekali itu, lepas itu, si A (bersumpah), kemudian si B pulak"... tak habis-habis kita (bersumpah)".

Dr Ashraf yang juga penyelidik kanan di sebuah akademi kewangan mengulas pandangan seorang hadirin dalam diskusi 'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah' di Dewan Pembangunan Belia Islam Taman Cemerlang Gombak, petang semalam.

'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah, ABIM seminarDiskusi tersebut dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dihadiri kira-kira 70 orang.

Turut dijemput sebagai panel diskusi itu adalah tiga tokoh agama termasuk pengamal undang-undang iaitu Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Dr Abdul Halim El-Muhammady, wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Fauzi Zakaria dan timbalan presiden Persatuan Peguam Syar'ie Malaysia (PPSM) Musa Awang.

Mengulas perkara yang sama, Musa (bersongkok) juga turut bersependapat dengan Ashraf bahawa Anwar yang juga ketua pembangkang tidak perlu bersumpah laknat seperti mana yang dituntut oleh pelbagai pihak.

'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah, ABIM seminar"Kadang-kadang saya berfikir Datuk Seri Anwar perlu bersumpah untuk memulihkan moral, sebab moralnya sudah tercalar, orang sudah tuduh dia (berzina)

"Tetapi melihat dari segi konsep bersumpah, ia tidak perlu dilayan. Sumpah tidak perlu dibuat.

"Ini kerana, sumpah pada asalnya sudah tidak betul. Kenapa perlu menjawab sumpah yang tidak betul. (Dengan) cara dan tempat (bersumpah) tidak betul," katanya.

'Sumpah mubahalah bukan bagi kes jenayah syariah'

Posted: 06 May 2011 11:25 PM PDT

Abdul Rahim Sabri


Timbalan Presiden Persatuan Syarie Malaysia (PPSM) Musa Awang berkata sumpah mubahalah hanya membabitkan isu yang berkaitan dengan akidah.

Tegasnya, sumpah tersebut tidak terdapat dalam kes dalam jenayah syariah yang antaranya berkaitan dengan kes liwat atau zina.

'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah, ABIM seminar"Tidak ada sumpah dalam kes jenayah syariah kecuali sumpah 'qasamah' dalam jenayah membunuh.

"Maksudnya, dalam satu kes pembunuhan, tidak ada orang yang melihat (insiden itu) sedangkan keluarga yang dibunuh berkata si 'A' yang membunuh.

"Maka keluarga ini boleh sumpah 'qasamah' kata si A ini yang bunuh. Itu sahaja (sumpah) yang saya jumpa dalam kitab-kitab dan buku-buku... sumpah lain tak ada. Sumpah mubahalah lagi lah tak ada," katanya.

Menurutnya, sumpah mubahalah yang dimaksudkan itu berlaku ketika Nabi Muhammad SAW yang berdialog dengan orang Yahudi dan Nasrani mengenai keesaan Allah SWT.

Katanya, kedua-dua kumpulan itu tidak mempercayainya maka Nabi Muhammad mencabar mereka untuk bersumpah laknat (mubahalah) walaupun akhirnya mereka tidak menyahut cabaran baginda.

'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah, ABIM seminarMusa berkata demikian pada diskusi 'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah' di Dewan Pembangunan Belia Islam Taman Cemerlang Gombak.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dihadiri kira-kira 70 orang.

Turut dijemput sebagai panel diskusi itu tiga tokoh agama dan ahli akademik iaitu Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Dr Abdul Halim El-Muhammady, pensyarah Prof Dr Ashraf Md Hashim dan wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Fauzi Zakaria.

Siapa beri idea?

saiful bukhari azlan and anwar ibrahim sodomy 2 pc 150808 03Mengulas lanjut, Musa yang juga seorang pengamal undang-undang berkata beliau mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab "memberi idea" untuk melakukan sumpah mubahalah dalam beberapa peristiwa sebelum ini.

"Siapa yang beri idea buat (sumpah mubahalah) ini... Saya tengok (ia bermula) dalam kes (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan) dahulu.

"(Dalam) kes liwat atau zina, tidak ada sumpah (mubahalah). (Sumpah) yang lain adalah (yang) berkaitan dengan kes mal (harta).

"Ada banyak jenis sumpah, tetapi semuanya dalam kes mal (harta), (tetapi) bukan kes jenayah (syariah)," katanya sambil membaca jenis-jenis sumpah yang disyariatkan dalam Islam.

Mengulas mengenai isu qazaf (melempar tuduhan zina), Musa berkata orang yang dituduh berzina mestilah seorang muhsan iaitu orang yang baik dan bukannya seorang pelacur.

NONEKata lagi, pihak yang membuat tuduhan itu terhadap seseorang dikatakan mempunyai niat jahat sekiranya penuduh itu tidak mengemukakan empat orang saksi.

"Maka kita boleh kata dia membuat tuduhan dengan niat jahat," katanya.

Menurutnya lagi, mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan memperuntukkan orang menuduh seseorang yang melakukan zina perlu membawa membawa empat orang saksi.

Pada 29 April lalu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang tokoh pemimpin pembangkang.

alleged four full sex videos on youtube 290411 09Dua lagi anggota iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim turut hadir dalam majlis tersebut.

Trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rampas S'gor: Pakatan saran Najib tidak bongkak

Posted: 06 May 2011 05:20 PM PDT

Rampas S'gor: Pakatan saran Najib tidak bongkak
Mei 7, 11 12:35pm
Kongsi 42
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Datuk Seri Najib Razak supaya jangan terlalu yakin dan angkuh untuk merampas kembali Selangor daripada pimpinan Pakatan Rakyat, lapor TV Selangor.

Sebaliknya, Anwar memberi amaran kepada perdana menteri agar tidak mengamalkan "politik rampas" semata-mata untuk memerintah negara.

anwar ceramah kuala terengganu"Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini.

"Najib jangan bongkak... Insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru," katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di Kuala Terengganu malam tadi.

Anwar turut menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya "sudah hampir tiba."

NONEPresiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah, selain mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS. Strategi kotor

Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.

"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

"Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.

Jelas Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN.

azlan"Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.

"Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan," katanya.

Pada masa yang sama, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti gagasan itu yang termaktub dalam Buku Jingga akan dilaksanakan sebaik sahaja berjaya menawan Putrajaya.

Tambah ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi, setiap yang diikrarkan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.

Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

MALAYSIA KINI


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Datuk Seri Najib Razak supaya jangan terlalu yakin dan angkuh untuk merampas kembali Selangor daripada pimpinan Pakatan Rakyat, lapor TV Selangor.

Sebaliknya, Anwar memberi amaran kepada perdana menteri agar tidak mengamalkan "politik rampas" semata-mata untuk memerintah negara.

anwar ceramah kuala terengganu"Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini.

"Najib jangan bongkak... Insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru," katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di Kuala Terengganu malam tadi.

Anwar turut menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya "sudah hampir tiba."

NONEPresiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah, selain mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS. Strategi kotor

Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.

"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

"Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.

Jelas Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN.

azlan"Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.

"Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan," katanya.

Pada masa yang sama, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti gagasan itu yang termaktub dalam Buku Jingga akan dilaksanakan sebaik sahaja berjaya menawan Putrajaya.

Tambah ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi, setiap yang diikrarkan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.

Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

Henti politik hina, selamatkan maruah rakyat

Posted: 06 May 2011 05:17 PM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Para pemimpin dan ahli-ahli parti Pakatan Rakyat serta lebih 80 NGO, hari ini sebulat suara menzahirkan kemarahan mereka terhadap perkembangan dan krisis ekonomi, sosial budaya dan politik kotor yang semakin parah di tanah air.

Mereka dengan tegas mengutuk penularan gejala politik yang tidak sihat, budaya memfitnah dan mengaibkan seorang musuh politik, sehingga mengakibatkan maruah masyarakat dan seluruh negara telah tercela, malah semacam dijadikan tebusan untuk memenuhi nafsu serakah politik pihak tertentu.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka amat kesal kerana penyebaran bahan lucah dalam bentuk amat menjijikkan, ditambah pula dengan usaha penyebarannya secara meluas dalam media massa, sudah sampai ke tahap menjadi barah negara.

Menurut beliau, perkembangan tidak sihat itu jika tidak dibanteras akan mengakibatkan seluruh masyarakat menjunam ke gaung kehinaan.

Katanya, mereka ingin menegaskan bahawa rakyat Malaysia sudah mual dan sangat tersinggung terhadap mereka yang terlibat dalam kehinaan mengaibkan keperibadian seseorang, tidak kira siapa pun beliau, semata-mata hanya kerana bernafsu untuk mengekalkan kuasa.

"Rakyat Malaysia belum pernah dihadapkan dengan politik sehina seperti yang berlaku sekarang. Malah persaingan politik sepanjang mencapai kemerdekaan 53 tahun lalu tidak pernah mencecah ke tahap politik kotor dan jahat keterlaluan seperti yang sedang dipaparkan sekarang," katanya.

Ketika berucap pada perhimpunan aman Hari Amarah Rakyat di dataran Masjid Negara dan di hadapan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), di sini, hari ini, beliau menyuarakan kekesalannya dengan penyebaran secara sengaja bahan-bahan lucah itu.

"Ia ternyata bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat, sehingga menyebabkan rakyat terpaksa melihat bahan murahan yang menghina pemikiran dan nilai budaya keseluruhan warga Malaysia," katanya.

Perhimpunan aman itu dianjurkan oleh Gerakan Saf Anti Rasuah (Saf) dan turut disertai parti-parti politik serta lebih 80 NGO termasuk Teras, Shura, Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy), Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Perhimpunan yang turut mendapat kerjasama Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah) bagi membantah gejala politik fitnah dan lucah di tanah air itu diadakan selepas solat Jumaat, dengan disertai lebih 1,000 orang dari seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain di seluruh negara.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Rozan, ketika berucap turut menzahirkan kemarahannya kerana ketika rakyat perlu berfikir jernih dan matang untuk memacu pembangunan negara segara secara sihat dan beradab, pemimpin negara pula membiarkan budaya politik lucah untuk menjadi santapan rakyat setiap hari.

"Akibatnya, persoalan-persoalan pokok negara yang sepatutnya ditumpu kini berkecai oleh politik murahan dan menjijikkan," katanya.

Manakala Pengerusi Saf yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid ketika berucap menyuarakan kekesalannya dengan seluruh institusi awam dan swasta dalam negara termasuk polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Agama Islam, institusi kehakiman, Menteri Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri.

Turut dikesali seluruh Jamaah Menteri Kabinet, institusi mufti, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, media massa awam dan swasta kerana kini berada dalam kedudukan sangat tercemar, akibat kehilangan wibawa dan integriti untuk bertindak menangani isu politik lucah.

Katanya, mereka menyatakan kemarahan mereka kerana pihak berkuasa dilihat bersekongkol dengan mereka yang terlibat dengan amalan jijik itu, tanpa tindakan segera menangani isu penyebaran bahan lucah berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Kami menyatakan kemarahan kami lantaran pihak berkuasa yang diberikan mandat menguatkuasakan undang-undang qazaf yang diperuntukkan dalam Seksyen 41, Enakmen Jenayah Syariah 1997 Wilayah Persekutuan sehingga kini tidak dilaksanakan.

"Apakah yang menyebabkan pihak yang berkuasa ini seolah-olah tidak bermaya untuk bertindak, malah hanya menjadi penonton sahaja kepada jenayah dilakukan secara jelas itu," tegasnya yang juga Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura).

Beliau menegaskan, mereka merasakan kemarahan rakyat adalah wajar kerana bukan sahaja agensi yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang Islam kini dilihat mandul, malah integriti dan wibawanya pun turut terjejas.

"Kami menzahirkan kemarahan kami kerana isu politik lucah ini sudah diabsahkan sebagai budaya politik yang akan diwarisi oleh generasi muda yang bakal mengambil alih kepimpinan negara," ujarnya.

Sebelum itu, beberapa orang pemimpin NGO ketika berucap turut menzahirkan kekesalannya kerana pernyataan ulama yang menegur supaya pihak berkenaan menghentikan amalan mengaibkan peribadi seseorang tidak diendahkan sama sekali oleh mereka yang terbabit.

Malah lebih parah lagi, ia disemarakkan pula oleh media arus perdana yang bertindak biadab dan menonjolkan budaya jahiliah kepada seluruh rakyat di dalam dan di luar negara.

Ucapan mereka turut diselang-seli dengan pelbagai laungan kutukan terhadap Umno dengan kata-kata "Hancur Umno" dan ucapan-ucapan lain, termasuk kutukan terhadap media tertentu yang turut memainkan peranan menyebarkan budaya politik fitnah dan lucah di dalam negara.

Sementara setelah penyerahan memorandum yang mengandungi tuntutan 10 perkara kepada pihak Jawi dilakukan, Dinsman turut menyuarakan kekesalannya dengan membacakan sajak.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hassan yang turut menyertai perhimpunan itu bersama sekitar 300 rakan pelajarnya, ketika berucap menzahirkan perasaan mualnya dengan budaya politik hina di tanah air sekarang.

"Kami selaku generasi muda dan golongan pelajar tidak boleh menerima sekali-kali budaya politik hina, jijik, lucah, fitnah seperti sekarang dan mendesak agar semua itu dihentikan segera demi kepentingan negara," tegasnya.

Sempena himpunan aman itu, turut kelihatan pelbagai sepanduk yang dipamerkan oleh para peserta yang kesemuanya mengutuk keras budaya politik fitnah, lucah yang sedang berlaku dengan berleluasa di tanah air kita sekarang.

Penasihat Ekonomi: Pemuda PAS mahu Anwar teruskan

Posted: 06 May 2011 05:16 PM PDT

Harakahdaily


SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) tetap mahukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri.

Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana telah terbukti kecemerlangan ekonomi Selangor ditunjukkan selepas pelantikan Anwar memegang jawatan tersebut melalui peningkatan jumlah pendapatan negeri dari tahun ke tahun.

Katanya, kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengekalkan pencapaian baik dari sudut ekonomi dibuktikan melalui lebihan pendapatan sebanyak RM124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010.

Tambahnya, manakala hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus.

"Ekonomi yang melonjak ini ditunjukkan melalui pengurusan kewangan yang telus dan baik, di samping dasar ekonomi negeri yang menjurus kepada mesra pelaburan dan ekonomi mesra rakyat negeri ini," ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.

Ini, ujarnya termasuk dasar program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan negeri ini antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini.

Ini juga, katanya disokong oleh pelbagai lagi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Bantuan Pendidikan.

Justeru, tegasnya DPPNS menolak sebarang bentuk perbuatan politik lucah di negara ini dan kita menuntut politik hujah.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada Anwar adalah permainan jahat pihak-pihak tertentu yang kini melihat Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.

Jihad perangi rasuah omong kosong Umno BN

Posted: 06 May 2011 05:00 PM PDT

Hafizi Pauzi


PARIT BUNTAR: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata jihad perangi rasuah yang lancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini adalah kenyataan berunsur politik dan pembohongan baru demi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

Muhyiddin dipetik sebagai berkata untuk memerangi rasuah secara menyeluruh, sewajarnya gejala ini dibendung sehingga ke akar umbi.

"Rakyat tidak akan lupa dengan bukti berupa dokumen mengenai komisen RM400 juta pembelian pesawat dari Russia, Sukhoi yang diberi kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan komisen sejumlah RM520 juta (100 juta Euro) kepada Abdul Razak dalam pembelian dua kapal selam untuk Kementerian Pertahanan," kata Idham ketika ditemui di sini.

Tambahnya, BN berbohong kepada rakyat untuk berusaha memerangi amalan rasuah dengan jihad dan mengaku ia merupakan prioriti BN sedangkan ianya adalah omongan kosong semata-mata.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan rakyat perlu didedahkan dengan rasuah besar yang berlaku dalam negara oleh BN di mana perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbilion dollar itu dimeterai oleh Datuk Seri Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

"Pembelian dua kapal selam itu jelas wujud elemen rasuah, dan hingga hari ini Najib masih belum membersihkan namanya dari tuduhan kemungkinan wujud rasuah berjumlah RM520 juta untuk dua kapal selam tersebut," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, Umno BN adalah sinonim dengan amalan rasuah yang diketahui umum oleh rakyat, tetapi bersorak kepada rakyat bahawa mereka pejuang sejati menentang rasuah.

Beliau menambah, walaupun tidak dinafikan tindakan dilakukan kepada pengamal rasuh namun biasanya yang akan ditangkap kemudian dibicara adalah rasuah yang bernilai ribuan ringgit.

"Amat malang di negara ini apabila kes rasuah yang melibatkan pemimpin dalam BN bernilai ratusan juta dibiarkan begitu sahaja.

"Saya yakin rakyat tidak semudahnya boleh menerima pembohongan dari pimpinan tertinggi negara dalam isu ini. Rakyat perlu bijak menilai perbuatan pemimpin BN yang sentiasa berlakon dan berhelah untuk menipu rakyat," ujarnya.

Abim: Anwar tak perlu sahut cabaran Eskay sumpah laknat

Posted: 06 May 2011 04:59 PM PDT



Eskay (tengah) mengangkat sumpah laknat Jumaat lalu di Masjid Al-Amru Al-As, Bandar Baru Sentul. — gambar fail

KUALA LUMPUR — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan dirinya sebagai si pelaku dalam video seks, yang didakwa "Datuk T" Mac lalu sementara isu cabar-mencabar mengenai masih hangat diperkatakan.

Mantan pimpinan Abim, Prof Dr Ashraf Md Hashim berkata, Anwar tidak perlu melayan sumpah laknat kerana sumpah laknat disempurnakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikira tidak sah mengikut syariah Islam.

"Jika mengikut syariah Islam, walaupun Eskay membuat sumpah laknat atas kemahuan sendiri tetapi beliau masih tidak memenuhi syarat sah sumpah seperti dalam Islam di mana sumpah laknat perlu dilakukan di mahkamah, sumpah tersebut mesti mendapat kelulusan mahkamah (hakim) dan mesti disaksikan oleh empat saksi.

"Walaupun Eskay dengan rela hati membuat sumpah laknat, namun beliau tidak memenuhi syarat sumpah laknat menjadi sah seperti yang terkandung dalam syariah Islam," katanya pada diskusi berkenaan hukum qazaf dan sumpah menurut syariah anjuran Abim, hari ini.

Sebelum ini, Eskay telah mengajak Anwar menyertainya untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Al-Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, jika benar Ketua Pembangkang itu bukan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita asing dalam rakaman videoyang didedahkannya, bulan lepas.

Beliau telah mengangkat sumpah laknat Jumaat lalu dengan memegang al-Quran, mengatakan "Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dipaparkan pada 21 Februari tahun 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku."

Selain itu, Ashraf turut berkata, dalam syariah Islam, pendakwaan hanya boleh dilakukan apabila cukup empat syarat iaitu orang yang menuduh, pendakwaan dilakukan di mahkamah, orang yang dituduh perlu hadir dan isu yang dimaklumi dibuat kepada penghakiman. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata, Anwar berhak menolak sumpah laknat mengenai pelaku video seks.

Katanya, jika mengikut syariat Islam, Anwar tidak perlu melayan sumpah tersebut kerana pada asalnya sendiri tidak betul cara dan tempatnya.

Bagaimanapun kata beliau, secara moralnya pula Anwar perlu balas sumpah untuk mengelakkan moral dirinya tercalar.

Naib Presiden Pencerdasan Ummah (Wadah), Dr Abdul Halim El-Muhammady berkata, sekarang ini berlaku kekeliruan yang ditimbulkan media massa hanya memperkatakan berkenaan prosedur sumpah tetapi bukan subjek sumpah ekoran kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang mengatakan mengenai sumpah mubahalah.

"Sebenarnya dalam syariat Islam, sumpah mubahalah hanya berlaku apabila penuduh dan si tertuduh melakukan sumpah laknat. Sumpah mubahalah juga melibatkan akidah. Oleh itu, jika ada pihak perlu bersumpah dan menyuruh sebelah pihak lagi bersumpah adalah tidak benar.

"Ini sekali gus akan mengelirukan masyarakat dan menjadikan sumpah itu sebagai budaya dalam masyarakat. Jadi, buat apa kita sibuk menyuruh seseorang melakukan sumpah laknat. Sebagai orang Islam, apa yang penting, berserah kepada Allah s.w.t., biar Dia yang menentukan siapa yang bersalah, siapa yang tidak bersalah," ujarnya.

Beliau menambah, kekeliruan ini juga timbul disebabkan media massa yang mengeluarkan berita tidak kena pada tempatnya.

Mereka hanya mengambil kira prosedur sumpah tetapi tidak mengambil objektif sumpah tersebut.

"Kadang kala orang yang membuat sumpah itu, tidak memahami syariah Islam dan tidak merujuk kepada buku syariah sebelum menyatakan sumpah.

"Jika mereka tidak bersumpah di hadapan hakim, sumpah itu tidak dikira sah. Oleh itu, seharusnya kita jangan bunuh adat Melayu, adat Islam dan hanya mengikut kehendak diri tanpa merujuk kepada yang lebih pakar, " katanya lagi.

Al-Qaeda sahkan Osama terbunuh, beri Amerika amaran

Posted: 06 May 2011 04:56 PM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER



Ayman al-Zawahri (kanan) merupakan pemimpin paling dilihat akan mengisi tempat Osama. — Foto Reuters
KAHERAH — Rangkaian Al-Qaeda hari ini mengesahkan kematian ketua mereka Osama bin Laden sambil memberi amaran akan tindakan balas bahawa "kegembiraan Amerika akan berubah menjadi kesedihan."

Pengesahan kumpulan pengganas itu dikeluarkan menerusi kenyataan yang disiakan pada laman-laman web militan, ditandatangani oleh "kepimpinan umum" Al-Qaeda.

Osama ditembak mati di kepala di timur laut Islamabad Isnin lalu.

Pengumuman itu membuka laluan kepada pemilihan pengganti Osama.

Timbalannya Ayman al-Zawahri merupakan pemimpin paling utama dan dilihat akan mengisi tempat Osama.

Anwar al-Awlaki, kelahiran Amerika Syarikat tetapi kini berselindung di Yemen, juga dinamakan sebagai kemungkinan pengganti Osama.

Kenyataan bertarikh 3 Mei ini, yang pertama oleh rangkaian pengganas sejak Osama terbunuh Isnin lalu dalam serangan komando ke atas sebuah rumah agam di Abbottabad, Pakistan.

Ketulenan kenyataan itu tidak dapat didedahkan secara bebas tetapi ia dimuat naik pada laman-laman web kumpulan itu lazimnya menyiarkan kenyataan mereka.

Malah kenyataan itu bertekad bahawa Al-Qaeda tidak akan keluar daripada laluannya mengadakan perjuangan bersenjata dan menegaskan darah Osama adalah "lebih bernilai kepada kami dan setiap Muslim daripada disia-siakan."

"Dia (Osama) akan kekal, dengan izin Allah, sumpahan yang mengejar AS dan ejen-ejen mereka, dan mengejar mereka dalam dan luar negara mereka," kata rangkaian itu dalam kenyataan dikeluarkan pada forum-forum Internet Islam dan diterjemahkan oleh perkhidmatan pemantauan SITE.

"Dalam waktu terdekat, kegembiraan mereka akan berubah menjadi sedih," katanya.

"Darah mereka akan diisi ketangisan," tambah kenyataan itu lagi. — Agensi

Indonesia hukum berat nelayan Malaysia melampau, kata Anifah

Posted: 06 May 2011 04:52 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

JAKARTA — Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman melahirkan kekesalan beliau kepada rakan sejawatannya dari Indonesia Dr Marty Natalegawa berhubung hukuman berat yang dijatuhkan sebuah mahkamah di Bengkalis, Riau ke atas enam nelayan Malaysia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu 8 Mac lalu.

Anifah (gambar) berkata apa yang berlaku ke atas nelayan terbabit tidak mencerminkan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat dua hala di Kota Kinabalu tahun lepas mengenai sikap tolak ansur pihak berkuasa kedua-dua negara terhadap aktiviti menangkap ikan oleh nelayan di kawasan sempadan maritim yang masih dalam pertikaian.

"Hukuman 30 bulan penjara tiap seorang dan denda Rp1 bilion (RM350,000) atau tiga bulan penjara agak keterlaluan... Saya amat sedih kerana mereka hanyalah nelayan," katanya yang kesal kes itu tidak dapat diselesaikan sebelum nelayan terbabit dibawa ke mahkamah.

Laporan Bernama berkata perkara tersebut disampaikan kepada Natalegawa di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean di sini semalam.

Menteri Luar itu berkata beliau sebelum ini secara peribadi menghubungi Natalegawa untuk meminta kerjasama kerajaan Indonesia agar membebaskan nelayan terbabit sebelum mereka didakwa.

Kumpulan enam nelayan itu ditahan Polis Air Republik Indonesia 12.5 batu nautika dari perairan Senggarang, Batu Pahat, Johor pada 8 Mac lalu.

Anifah turut meminta nelayan terbabit dibebaskan dalam masa terdekat kerana mereka telah ditahan selama dua bulan.

Beliau juga bimbang perkembangan itu akan menyebabkan rakyat Malaysia menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan serupa terhadap nelayan Indonesia yang didapati menceroboh perairan negara pada masa akan datang.

Katanya, Malaysia selama ini mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara dengan hanya mengambil kenyataan sebelum membebaskan mereka.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak penguat kuasa berkaitan kedua-dua negara duduk bersama bagi membincangkan prosedur operasi yang harus dilakukan bagi menangani kes berkenaan.

Isteri Osama tak pernah tinggalkan rumah agam lima tahun

Posted: 06 May 2011 04:49 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Isteri Osama tak pernah tinggalkan rumah agam lima tahun
ISLAMABAD— Salah seorang daripada tiga isteri yang tinggal bersama Osama bin Laden memberitahu pihak berkuasa Pakistan bahawa dia tidak pernah meninggalkan rumah dihuni ketua rangkaian Al-Qeada selama lima tahun lalu.

Rumah mereka tinggal, dianggarkan bernilai dua hingga tiga juta ringgit, dilaporkan siap dibina pada 2005.

Wanita itu yang dikenali sebagai Amal Ahmed Abdullfattah, kelahiran Yemen, tinggal di kawasan persembunyian Osama selama lima tahun dan dilihat pihak berkuasa Pakistan boleh menjadi sumber utama untuk mendapatkan maklumat mengenai bagaimana ketua pengganas paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS) itu boleh mengelak daripada ditangkap begitu lama.

Amal merupakan isteri kelima Osama.

AS memburu Osama sejak lebih satu dekad dengan pemburuan dipertingkatkan selepas peristiwa 11 September.

Menurut laman web msb.com, Amal dilaporkan berkata dia tidak pernah keluar dari tingkat atas rumah agam di timur laut Islamabad sejak dia berpindah ke sana.

Rumah itu yang mempunyai kawalan ketat terdiri daripada tiga aras.

Osama dilaporkan tinggal di tingkat satu.

Nama wanita itu juga pernah muncul dalam laporan-laporan sebelum ini, dikenali sebagai Amal Ahmed Abdul Fatah dan Amal Ahmed al-Sadah.

Amal dan dua lagi isteri Osama sedang disoal siasat pasukan penyiasat di Pakistan selepas mereka ditahan dalam operasi pasukan elit Amerika di bandar tentera Abbottabad, awal pagi Isnin lalu.

Pihak berkuasa Pakistan juga menahan lapan atau sembilan anak mereka yang ditemui di rumah itu selepas komando meninggalkan lokasi serbuan.

Ekoran butiran yang sering berubah-rubah dan tidak lengkap daripada pegawai-pegawai Amerika tentang apa yang sebenarnya berlaku, keterangan isteri-isteri Osama dilihat akan menjadi signifikan dalam mendedahkan persekitaran terperinci tentang operasi tersebut.

Malah keterangan mereka juga akan mendedahkan bagaimana Osama menghabiskan masanya dan berjaya tinggal di tempat persembunyian, tinggal di sebuah rumah besar yang dekat dengan akademi tentera dan dua setengah jam perjalanan dari Islamabad.

Tiada ulasan: