Kerabu Bersuara ® |
- Mengapa permohonan rebat cukai tanah UUM ditolak Kerajaan Kedah?
- State your stand on Utusan, Pakatan tells Najib
- Perkasa buat laporan polis di seluruh negara
- Kristian-Islam: Laporan Utusan pembohongan bahaya, kata Guan Eng
- Jemputan Najib Kepada Pas Langkah Taktikal
- Mana Satu Isteri Pemimpin Negara Islam Dengan Negara Sekular, Cuba Teka ?
- Putar belit isu agama rasmi, Utusan melampau
- Blog Anwar: Utusan lampau, pendirian Pakatan Islam tetap agama rasmi
- Anwar nasihat Najib: Jangan bongkak, anda akan jadi ketua pembangkang
- Pakatan junjung Islam sebagai agama rasmi – Anwar
- Dakwaan Kristian agama rasmi politik jahat dan bahaya – Guan Eng
- Gambar: Artis Malaysia Pandai Bergambar Separuh Bogel, Bakat?
| Mengapa permohonan rebat cukai tanah UUM ditolak Kerajaan Kedah? Posted: 07 May 2011 09:18 AM PDT oleh ZULKIFLI YAHAYA BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM. Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi. Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011. Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai. Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah 'ala UUM' untuk meminta rebat cukai. Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00. Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00! Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun. Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat? Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah. Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan. USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya 'double standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku. Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik. Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut. Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak? Jawapannya begini: 1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan) 2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan. 3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air. 4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin. |
| State your stand on Utusan, Pakatan tells Najib Posted: 07 May 2011 08:00 AM PDT By Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, May 7 — Datuk Seri Najib Razak must punish Utusan Malaysia for a report which has incited religious tension, Pakatan Rakyat (PR) leaders said today. Opposition lawmakers said the prime minister could no longer afford to maintain an elegant silence over an article which claimed the DAP was conspiring with Christian leaders to take over Putrajaya and abolish Islam as the country's official religion. The DAP has denied this and accused the Umno daily of lying. "If the prime minister fails to sanction Utusan Malaysia's headlines today, it will prove that he is party to allowing divisiveness to take root in Malaysian society, which goes against any efforts to bring about unity. "It would appear that we have a leader who has abdicated responsibility to safeguard the nation from extremism, bigotry and false and inciteful propaganda by keeping his silence and feigning ignorance," said PKR vice-president Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah told The Malaysian Insider the Utusan article itself was dubious, and questioned its lack of proper sources in which it based its information on. "What is the intention for such a headline, which smacks of cheap unethical journalism at best, especially considering the sources quoted. "Enough is enough. Malaysians are peace-loving and loyal to the constitution, as are leaders of Pakatan Rakyat. I urge the prime minister to state his stand and answer the call of duty. Malaysians deserve much more than mere movement of the lips to mouth 1 Malaysia," she said. The Lembah Pantai MP said the Umno daily must be taken to task to ensure all published materials go through a thorough check before making it available to Malaysians. PAS central committee member Khalid Samad echoed his PR colleague's remarks, saying this was not the first time Najib had failed to act against Utusan. "If the government stands back and does nothing... this shows a sign of indecisive leadership," he told The Malaysian Insider. "The fears that Utusan is trying to portray are unfounded," the Shah Alam MP stressed. Utusan had carried a front-page article today titled "Malaysia, a Christian country?" (Malaysia, negara Kristian?), based entirely on blog postings by several pro-Umno bloggers. The bloggers had charged the DAP with sedition for trying to change the country's laws to enable a Christian to be prime minister, pointing to a grainy photograph showing what they described to be a secret pact between the DAP and pastors at a hotel in Penang on Wednesday. The Federal Constitution does not expressly specify race or religious requirements for the position of prime minister. Article 43(2)(a) of the constitution states only that the Yang di-Pertuan Agong shall appoint as PM a member of Parliament who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the Dewan Rakyat. In a posting headlined "Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?" blogger Marahku (marahku.blogspot.com) accused the DAP of trying to amend the federal constitution to allow a Christian to become prime minister. "The whole point of changing the official religion is to allow a Christian to become prime minister of this country," the blogger said. On bigdogdotcom.wordpress.com, the writer claimed to have received a message that the DAP's Jeff Ooi had organised a dinner for pastors from Sarawak and overseas at the Red Rock Hotel in Jalan Macalister, Penang. "Among the activities that night included the 35 pastors taking a group oath. They formed a circle and touched each other's shoulder and vowed in English to make Christianity the official religion of Malaysia and put a Christian prime minister in office," the anonymous writer said in his blog under the headline "Making Christianity the official religion?" He also pointed to the same grainy picture he posted at the top of his blog page, which he had captioned "Partying pastors or pastors doing the party do and vow to have a Christian as Malaysian prime minister". The blogger further alleged that the DAP had labelled the ruling Barisan Nasional (BN) coalition as an "anti-Christ agent" in the run-up to polls in Sarawak, showing the opposition party was "openly against BN on religious grounds and they are now making it their clarion call, their rabble rousing horn". The blogger said it was a seditious and religiously-divisive statement that was never investigated by the police "or at least they did not tell us about any investigations on the matter". He called on the authorities to investigate the allegations for sedition, warning that if the authorities failed in their duty the country may be "shattered again". The National Evangelical Christian Fellowship (NECF), together with partners Global Day of Prayer, Marketplace Penang and Penang Pastors Fellowship, said the claims against their community were lies, and has already denied the bloggers' allegations last night. Similarly, Ooi said the dinner had been organised by the Christian pastors in recognition of the DAP team who had visited them while in Sarawak for the state election and that the prayer sessions — one before dinner and one at the end — were a usual part of their worship, and not a pledge as alleged. PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said that Utusan's latest stunt showed that it was willing to do anything to get Malay voters — to the extent of pitting Muslims against Christians. "Utusan is doing this just to get that 5-7 per cent of Malay votes. They are creating DAP-phobia, Chinese-phobia, Christian-phobia, and for what? "They (Utusan) are the greatest threat to the country," Mahfuz told The Malaysian Insider. |
| Perkasa buat laporan polis di seluruh negara Posted: 07 May 2011 07:30 AM PDT TUMPAT 7 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini membuat laporan polis di seluruh negara berhubung laporan berita yang mendakwa wujudnya agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sehingga petang ini sudah 10 laporan polis dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat segera laporan itu yang dianggap serius. "Ini soal sensitiviti dan ia sangat serius dan sebab itu Perkasa membuat laporan polis ini untuk menyiasat segera perkara ini agar tidak berlarutan. "Jika benar seperti yang dilaporkan, Perkasa begitu kecewa dan khuatir kerana ia membabitkan soal agama yang sangat sensitif," katanya dipetik Bernama. Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut itu. Di Balai Polis Kota Baru, laporan polis dibuat Timbalan Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Mohd Fauzi Muhammad pada pukul 2.30 petang. Beliau berkata laporan itu meminta polis membuat siasatan kerana jika benar, agenda itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara. "Perkasa Kelantan memandang serius perkara ini kerana ia telah dipersetujui oleh semua kaum bahawa Islam adalah agama rasmi. Ia tidak harus dibincangkan oleh mana-mana pihak dalam hal ini," katanya. Dalam pada itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan. Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecah-belahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan. "Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau pula melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara. "Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan," katanya di Kuala Klawang. |
| Kristian-Islam: Laporan Utusan pembohongan bahaya, kata Guan Eng Posted: 07 May 2011 07:00 AM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 7 Mei – DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini. Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. "Utusan mahu meletakkan (gagasan) 1 Malaysia di atas api... ia elemen paling jahat dan bahaya di negara kita pada masa sekarang," kata beliau hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau telah meminta pemimpin-pemimpin partinya agar membuat aduan polis berhubung laporan tersebut. Difahamkan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng akan membuat laporan polis di Kuala Lumpur esok. |
| Jemputan Najib Kepada Pas Langkah Taktikal Posted: 07 May 2011 06:10 AM PDT A Kadir Jasin SUDAH lebih seminggu Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengulang gesaan agar Pas menyertai Umno demi perpaduan Melayu dan berhenti daripada berpakat dengan DAP. Gesaan itu diulang ucap dalam rangka lawatan pendek beliau ke Terengganu, negeri Presiden Pas, Abdul Haji Awang. Pemilihan Terengganu adalah tindakan strategik kerana wujud tanggapan dan gambaran bahawa Abdul Hadi lebih terbuka kepada idea perpaduan Melayu. Paling-paling tidak pun, Mohd Najib dan para penasihatnya tentu tahu bahawa kenyataannya itu bukan sahaja akan memaksa Pas bertindak balas, malah seolah-olah mencurahkan lagi minyak ke dalam api. Ini terbukti apabila Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Islam Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan pantas berkata Pas tidak bercadang memutuskan kerjasama dengan DAP. Semua orang tahu Abdul Haji dan Nik Abdul Aziz tidak sekata dalam isu perpaduan Melayu dan kerjasama dengan Umno. Ini dituruti pula oleh Naib Presidennya, Mahfuz Omar, yang menyifatkan Umno sebagai musuh nombor satu negara dan menyamakan cadangan kerjasama Umno-Pas dengan kerjasama Fatah-Hamas. Tindakan Taktikal Mohd Najib Saya rasa Mohd Najib tahu kepemimpinan Pas tidak akan menyahut gesaannya. Tetapi beliau membuatnya juga bagi membebaskan Umno daripada ditutuh tidak mementingkan perpaduan Melayu. Ia juga boleh dilihat sebagai reaksi kepada kemunculan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berjuang mempertahankan hak Melayu di luar kerangka politik seperti Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu. Jika ditakdirkan Pas Pas menyahut seruan itu, namanya Mohd Najib dan Umno akan harum. Mohd Najib akan dilihat sebagai "unifier" seperti Allahyarham bapanya. Tetapi jika tidak, ia sekurang-kurangnya terus melagakan kepemimpinan Pas dalam isu perpaduan Melayu. Akhir sekali, Mohd Najib cuba meyakinkan Melayu yang hilang kepercayaan kepada politik kepartian bahawa Umno tetap mengutamakan perpaduan Melayu. Percubaan Mohd Najib yang terbaru ini boleh juga dilihat sebagai reaksi kepada apa yang berlaku (atau lebih tepat, tidak berlaku), di majlis "makan malam perpaduan Melayu" di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur tidak berapa lama dulu. Mungkin Mohd Najib ingin mencuba nasib kalau-kalau beliau lebih beruntung daripada bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang diuar-uarkan sebagai orang tengah pertemuan Umno-Pas di Istana Terengganu itu. Isyarat Daripada Pilihan Raya Sarawak Tetapi Mohd Najib menanggung risiko dituduh terlalu ketara (obvious) dalam pelawaannya kepada Pas kerana Barisan Nasional baru saja dikejutkan oleh keputusan pilihan raya negeri Sarawak 16 April, dimana parti Cina BN dibelasah teruk oleh DAP. Jika trend itu berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang, BN mungkin kalah antara lima dan tujuh kerusi Parlimen Sarawak berbanding dua sekarang. Apa pun tujuan Mohd Najib yang tersurat dan tersirat, kemungkinan Pas menyahutnya dengan positif adalah tipis. Pertama, pendirian Pas dalam hal ini berbelah bagi dan Mohd Najib tentu sedar reaksi mengenainya boleh memburukkan lagi dikotomi antara puak Abdul Hadi dan puak Nik Abdul Aziz. Kedua, yang sebenarnya menjadi masalah kepada Umno pada PRU 2008 dan mungkin juga pada PRU akan datang bukanlah Pas tetapi PKR. Undi Melayu sejak 1955 lagi sudah berpecah antara Umno dan Pas. Masalah Umno sebenarnya adalah PKR. PKR adalah serpihan Umno, sama seperti Semangat 46. PKR sekadar meniru taktik Semangat 46 tetapi dengan lebih berjaya. Kalau Semangat 46 menaja dua pakatan pilihan raya – satu dengan DAP dan satu lagi dengan Pas -- pada PRU 1990, PKR berjaya menggabungkan Pas dan DAP dalam satu pakatan. Tanpa peranan PKR sebagai orang tengah dan pemangkin, kerjasama DAP-Pas mustahil berlaku. Perbezaan ideologi, dasar dan demografi antara Pas dan DAP terlalu luas. Jika PKR tidak lagi mampu memainkan peranan itu, kemungkinan DAP dan Pas berpisah adalah besar. PKR pula bergantung bulat-bulat kepada Anwar Ibrahim. Pemimpin pelapisnya tidak mempunyai kedudukan yang cukup berwibawa untuk memainkan peranan seperti yang Anwar lakukan. Mereka terlalu "junior" dan kurang pengalaman berbanding veteran DAP dan Pas. Sukar membayangkan Lim Kit Siang, Karpal Singh, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz duduk semeja dengan dipengerusikan oleh pemimpin PKR yang bukan Anwar. MCA Tolak Negara Islam Berbalik kepada jemputan Mohd Najib agar Pas menyertai Umno menyatupadukan semula orang Melayu, hakikatnya bukan Nik Abdul Aziz sahaja yang mencurahkan air sejuk ke atas cadangan beliau. Parti komponen BN sendiri, iaitu MCA, tidak mahu menerima Pas dalam BN selagi Pas tidak menggugurkan dasar Negara Islamnya. Pendirian MCA dan DAP dalam isu Negera Islam serupa. Ini adalah reaksi strategik. MCA tahu kalau Umno dan Pas bekerjasama, BN tidak memerlukan sangat undi Cina di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Dengan itu semakin hambar dan lemahlah MCA sebagai parti Cina nombor satu BN. Malah sebarang bentuk kerjasama Umno-Pas, seandainya berlaku, belum tentu akan membantu MCA, Gerakan dan MIC. Orang bukan Melayu tidak akan membelakangkan DAP semata-mata kerana Pas berpaling tadah. Malah sokongan orang Cina kepada DAP mungkin menjadi lebih kuat. Boleh jadi tanpa persekongkolan dengan Pas, orang Cina akan lebih komited kepada DAP. Yang Mohd Najib harapkan mudah dikesan iaitu beliau berharap bila Pas tidak bersekedudukan dengan DAP, harapan Pakatan Rakyat menakluki Parlimen semakin tipis. Bila ini disedari oleh orang Cina, mereka mungkin kembali menyokong BN kerana mahu kepentingan mereka terus terlindung dan terjamin. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Hakikat bahawa orang Cina akan menyokong "the winner" bukankah perkara baru. Tetapi itu dulu, sebelum DAP menjadi alternatif kepada MCA. Kini DAP bukan sahaja lebih kuat, malah telah menguasai Pulau Pinang dan semua kawasan bandar majoriti Cina. Lagi pun pilihan pengundi tidak bergantung kepada pakatan pilihan raya semata-mata. Lebih penting adalah kredibiliti parti yang bertanding dan mutu calon. Taktik melemahkan lawan untuk menang pilihan raya mungkin berkesan, tetapi belum menjamin kemunculan pemerintahan bersih, telus dan berkesan. Jadi, adalah lebih baik parti-parti politik melihat ke dalam diri mereka sendiri daripada hanya mencari kelemahan lawan. Pengundi perlu diberikan pilihan terbaik, bukan memilih yang terbaik di kalangan yang teruk dan hambar. Wallahualam. |
| Mana Satu Isteri Pemimpin Negara Islam Dengan Negara Sekular, Cuba Teka ? Posted: 07 May 2011 04:00 AM PDT ![]() agak-agak korang boleh teka ke tak? hehehe..jangan tanya puak umno, mereka buta mmata hati hehehe |
| Putar belit isu agama rasmi, Utusan melampau Posted: 07 May 2011 03:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila mmemainkan isu agama rasmi di Malaysia. Mengikut nota admin blog Datuk Seri Anwar Ibrahim, Utusan dengan mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta mengelirukan rakyat. "Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan. "Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid Umno' sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka. "Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini," tulis nota itu lagi. Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. "Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin Perlembagaan," kata penyataan itu. Penyataan itu ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. |
| Blog Anwar: Utusan lampau, pendirian Pakatan Islam tetap agama rasmi Posted: 07 May 2011 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Mei — Pakatan Rakyat (PR) tetap berpendirian Islam akan kekal sebagai agama rasmi negara ini dan oleh itu tidak timbul soal perikatan tersebut akan mengambil langkah mengubah statusnya jika menawan Putrajaya, kata blog Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Pandangan itu juga mendakwa laporan Utusan Malaysia bersifat melampau dan mengelirukan rakyat memandangkan status Islam sebagai agama rasmi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini di bawah tajuk "Kristian agama rasmi?" Laporan itu juga memetik Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu. Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu. Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog. Nota pentadbir dalam blog rasmi Anwar, Ketua Umum PR itu berkata, Utusan Malaysia sekali lagi bertindak melampaui batas dan kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. "Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan," katanya. Tulisan itu menambah, isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru "aparat pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat." "Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan," katanya. Entri itu turut menyiarkan kenyataan rasmi tiga pemimpin kanan PR yang ditandatangani bersama pada 8 September 2008. Kenyataan tiga tahun lalu itu, antara lain menyebut, "kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan." "Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan," katanya lagi. Ia juga menggariskan, berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini "kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar Umno-BN." "Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini," kata kenyataan tersebut. Entri blog Anwar hari ini menambah, jelaslah bahawa Utusan Malaysia tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, sbealiknya ia hanya layak menyandang gelaran 'tabloid Umno' sesuai dengan kenyataan bahawa parti tersebut merupakan pemegang saham sekali gus merupakan majikan mereka. "Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanah air dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini," katanya lagi |
| Anwar nasihat Najib: Jangan bongkak, anda akan jadi ketua pembangkang Posted: 07 May 2011 02:30 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra MARANG, 7 Mei — Sehari selepas kenyataan Datuk Seri Najib Razak mahu merampas Selangor dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden Umno itu jangan terlalu yakin untuk menawan balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat. Sebaliknya Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak mengamalkan "politik rampas" semata-mata untuk memerintah negara. "Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini. "Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru," katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi. Dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu, Anwar menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13. "Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen, di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi... Pulau Pinang tambah lagi satu... Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor kita boleh tambah dua kerusi lagi. "Di Wilayah Persekutuan kita menang 11 kerusi, kalah satu kerusi di (Parlimen) Setiawangsa itu pun sebab undi pos... 14,000 undi pos paling banyak dalam sejarah. "Di Sarawak, melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak yang lalu, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh. Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya "sudah hampir tiba." Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka. Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS. Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian. "Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas. "Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor. Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenangi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN. "Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita. "Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan," katanya. Bercakap soal Buku Jingga yang dilancarkan Pakatan Rakyat, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti perikatan akan dilaksanakan jika berjaya menawan Putrajaya. "Apa yang kita buat dalam Buku Jingga ini adalah buku program kita yang akan kita laksanakan jika kita berjaya tawan Putrajaya, yang penting kita perlu tawan Putarajaya. "Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam, saya akan buat pengumuman, minyak akan turun... dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus," katanya. Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan. "Jangan main-main, ini bukan janji-janji politik... saya bukan main-main. "Apa yang kita nak buat akan kita lakukan, minyak kita akan turunkan, royalti kita akan pulang dan banyak lagi kita akan lakukan," katanya. Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu. |
| Pakatan junjung Islam sebagai agama rasmi – Anwar Posted: 07 May 2011 02:00 AM PDT Berikut ialah kenyataan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim: Pada 8hb September 2008, Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, Sdr Lim Kit Siang dan saya sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bersama menegaskan Pakatan Rakyat menjunjung prinsip asas Perlembagan Persekutuan, antaranya adalah seperti yang termaktub dalam Perkara 3 iaitu Islam Sebagai Agama Persekutuan. Persetujuan bersama ini tidak pernah berubah malah menjadi asas kepada Pakatan Rakyat menggarap sebarang kebijakan seumpama Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga. Namun hari ini, pimpinan Umno melalui suaranya iaitu Utusan Malaysia sanggup merendahkan martabat dan maruah sehingga sanggup menabur fitnah dengan memintal kononnya Pakatan Rakyat mahu mewujudkan sebuah negara Kristian serta menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Saya mengecam pimpinan Umno dan akhbar Utusan kerana cuba mengapi apikan sentimen perkauman sempit dan agama. Kini jelas ada antara pimpinan Umno percaya politik fitnah dengan meniupkan api perkauman sempit dan agama ini akan mengekalkan kekuasaan mereka. Saya yakin bagi pimpinan Umno sekarang ini, apa yang ditakutkan adalah kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat dan kerana itu mereka tidak menghiraukan sekiranya fitnah yang dipintal menjejaskan keharmonian di negara ini. Hakikatnya rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan fitnah serta propaganda yang melampau. Mereka kini sedar Umno sanggup berbuat apa sahaja hatta menghancurkan negara ini demi untuk terus kekal berkuasa. Rakyat Malaysia mampu menilai bahawa Pakatan Rakyat berusaha keras membawa kemakmuran ekonomi dan juga memastikan keharmonian antara kaum yang berasaskan rasa saling hormat menghormati tidak terjejas. ANWAR IBRAHIM |
| Dakwaan Kristian agama rasmi politik jahat dan bahaya – Guan Eng Posted: 07 May 2011 01:40 AM PDT PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan mendakwa DAP mahu menjadikan Kristian agama rasmi sebagai permainan politik yang jahat danmerbahaya. "Ini memang satu permainan politik yang jahat dan bahaya. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan undi. Merekalah anasir yang yang paling jahat dan bahaya di Malaysia sekarang ini," kata Lim Guan Eng dalam sidang media beliau pagi ini. Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan kononnya Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menganjurkan satu pertemuan paderi Kristian yang membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan. Menurut Guan Eng, laporan Utusan itu tidak berkredibiliti kerana ia bersifat spekulasi dan datangnya daripada sumber yang kabur dan tidak boleh dipercayai. "Perkara ini siapa pun tak akan percaya tapi ia akan dipermainkan. Mereka tak ada bukti dan ia diambil dari blog. Blog mana dan individu mana yang membuat tuduhan itu tidak pula diambil peduli," kata Guan Eng. Justeru, satu laporan polis akan dibuat DAP bagi mengekang perkara yang lebih buruk daripada berlaku. Menurut Guan Eng lagi, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat DAP sejak dahulu sememangnya sentiasa mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. "Kita dah banyak kali tekankan Islam agama rasmi Malaysia. Kita tidak pernah pertikai perkara ini. Kita tidak pernah desak minta Malaysia jadi negara Kristian, negara Hindu atau pun apa-apa gama lain," kata Guan Eng. Pada masa yang sama, kata Guan Eng, Utusan tidak pula menyiarkan laporan yang akan memburukkan nama Barisan Nasional walau pun peristiwa yang berlaku itu menjejaskan keharmonian kaum dan beragama. "Mereka tidak siarkan Gerakan menghentam kerajaan Pulau Pinang kerana kita bagi lebih peruntukan untuk hal ehwal Islam. Kalau dia adil, dia akan siarkan Gerakan hentam kerajaan negeri Pulau Pinang. Mintalah orang Cina buat demo depan pejabat Gerakan. Mereka tak akan buat," kata Guan Eng. |
| Gambar: Artis Malaysia Pandai Bergambar Separuh Bogel, Bakat? Posted: 06 May 2011 08:25 PM PDT ![]() Nama dia Nurul Ain Nordin salah sorang pelakon dalam filem Satu Malam Kubur Berasap. Kalau nak naik sebab bakat, tunggu la 30 tahun. Tu pun kalau naik. Kesian tengok artis-artis malaysia yang kena ambil kesempatan macam ni dengan pengarah. Kerana nak dapat kerja dan duit, maruah digadai sampai macam ni. Macam mana perasan mak bapak mereka erk? Murahnya harga diri bagi wanita yang dok tayang badan macam ni. Kesian! Sampai bila sesetengah wanita malaysia nak kena jadi pelaris murahan macam ni? |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan