Isnin, 2 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ah Long Potong Telinga & Jari

Posted: 02 May 2011 12:30 AM PDT

30

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Sebahagian telinga kirinya dipotong, begitu juga ibu jari tangan kiri manakala kedua-dua tangan dan kakinya turut ditetak hingga hampir putus.

Itu penderitaan yang dilalui seorang peniaga akibat kekejaman ceti haram atau along menyebabkan dia terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang selama seminggu sebelum dipindahkan ke wad biasa, kelmarin.
A Muthukrishnan, 42, yang mengusahakan perniagaan daging kambing diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai konco along di hadapan rumahnya di Bandar Baru Selayang, di sini, pada kira-kira jam 4 pagi, 23 April lalu.

Serangan ke atasnya disebabkan dia dikatakan gagal melunaskan hutang RM50,000 sedangkan dia sudah pun membayar lebih daripada RM60,000 sejak lima tahun lalu.

Dalam kejadian serangan itu, mangsa yang menaiki motosikal untuk memulakan perniagaannya dihalang sebuah kereta tidak diketahui jenisnya.

P/s: Ngeri. Tetapi masih banyak yang sanggup bergadai nyawa meminjam dengan ah long.


.

AS Dakwa Berjaya Bunuh Osama

Posted: 01 May 2011 10:53 PM PDT


Saya petik:

[BH] WASHINGTON: Osama bin Laden dilaporkan mati dan mayatnya sudah dijumpai oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, kata pegawai negara itu, awal pagi tadi.

CNN memetik sumber berkata, Osama dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agam di luar Islamabad.

Tentera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New ork dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.

Bagaimanapun Osama berupaya melepasi pemburuan tentera Amerika Syarikat dan sering beranggapan bahawa beliau bersembunyi di kawasan sempadan Pakistan dan Afghanistan. - AFP

Tiada ulasan: