Isnin, 2 Mei 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


ANWAR IBRAHIM TIDAK PERLU BERSUMPAH BALAS !! [2]

Posted: 01 May 2011 11:19 PM PDT

Sebilangan pihak berhujjah bahawa Anwar Ibrahim perlu bersumpah balas dengan memegang kaedah yang bermaksud, "menolak mafsadah perlu diutamakan berbanding mengambil maslahah".

Perlu diperhatikan juga bahawa kaedah ini digunakan sekiranya pertembungan itu benar-benar antara mafsadah dan maslahah, tanpa melahirkan implikasi atau "Maalat Al-A'al" yang memburukkan selepas dari itu. Sekiranya mendatangkan implikasi yang memburukkan, atau melahirkan mafsadah yang lebih besar, menggunakan kaedah ini perlu diselidiki balik.

Makanya, perlu melihat kepada kaedah yang menyebut, "tidak boleh melakukan sesuatu mafsadah, menyebabkan lahirnya mafsadah yang lain". Ekoran itu, kita akan faham kenapa Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengkritik tindakan Taliban yang meruntuhkan Patung Bamiyan di Afghanistan dahulu. Ini kerana, tindakan Taliban itu memang hendak menghapuskan mafsadah dari sudut aqidah, tetapi tindakannya itu melahirkan tekanan terhadap masyarakat Islam di Negara Buddha yang lain, seperti Thailand, Vietnam dan sebagainya. [sila klik]

Begitujuga, Qaradhawi mengkritik tindakan mujahidin Chechnya ekoran tindakan mereka melakukan serangan terhadap pihak kerajaan, walhal pihak kerajaan telah membuka ruang demokrasi untuk mereka masuk dalam pilihanraya untuk menyatakan hasrat perlaksanaan Islam dalam Negara. Ini kerana, tindakan mujahidin Chechnya itu memang bertujuan untuk menghidari mafsadah, tetapi tindakan itu melahirkan mafsadah yang lebih besar, iaitu pandangan jelek non Muslim terhadap Islam dan sebagainya. [sila klik]

Jadi, keadaan yang agak sama dengan isu sumpah balas yang dicadangkan sebilangan agamawan terhadap Anwar Ibrahim.Jika diperhatikan secara mendalam, tindakan menyuruh Anwar Ibrahim bersumpah balas ini akan melahirkan mafsadah yang cukup besar. Malahan, dengan sumpah balas itu pun, ia tetap akan melahirkan mafsadah yang berentetetan.

Antara mafsadah yang berlaku adalah;

Pertama;

Bukankah kita sedar bahawa suruhan sumpah balas itu memang merupakan hasrat UMNO. Ia tidak ada lain, kecuali konspirasi politik dalam mempertahankan kuasa memerintah.

Tindakan UMNO menggunakan sumpah untuk mengheret Anwar Ibrahim dengan tuduhan zina ini tidak lebih sepertimana yang dilakukan oleh Khawarij yang melawan Saidina Ali dahulu. Iaitu, mereka melaungkan slogan "tiada hukum kecuali milik Allah". Slogan ini ditanggapi oleh Saidina Ali dengan mengatakan, "kalimah yang benar, tetapi yang dikehendakinya adalah kebatilan".

Maka begitujuga dengan desakan Anwar Ibrahim "bersumpah balas". Dari sudut slogan "bersumpah", memang ia dilihat seperti positif, tetapi ia mengandungi seribu satu perancangan jahat.

Jadi, desakan slogan "Anwar Ibrahim perlu bersumpah balas" tidak perlu dilayan, sebaliknya perlu didesak agar perkara ini diselesaikan di mahkamah syariah atas kesalahan Qazaf.

Kedua;

Perlu diambil perhatian juga, bahawa Anwar Ibrahim bukan seorang tokoh yang kecil dalam politik, malahan beliau dikenali seantero dunia. Sekiranya yang didesak bersumpah balas itu orang yang tidak dikenali, seperti Wan Ji bin Wan Hussin, mungkin kaedah "menolak mafsadah diutamakan berbanding mengambil maslahah" relevan digunakan. Tetapi, jika sumpah itu dari seorang tokoh yang dikenali ramai, malahan ia merupakan tokoh politik yang dikenali di dunia Islam dan di dunia barat. Lantaran itu, tindakan beliau bersumpah balas, sudah pasti memberi implikasi yang cukup besar kepada masa depan Islam di Malaysia.

Antara implikasi yang merupakan mafsadah itu adalah seperti berikut;

Satu, selepas dari ini, akan mudah berlaku tuduhan zina di kalangan rakyat Malaysia atau di luar Malaysia tanpa mereka perlu "berpening kepala" untuk mendapatkan empat orang saksi.

Dua, penjenayah [tidak kira tuduhan zina sahaja] akan dilihat benar semata-mata mereka bersumpah sahaja.

Tiga, budaya bermain-main dengan nama Allah atas nama sumpah akan berleluasa.

Empat, budaya sumpah yang menjadi kebiasaan orang munafiq akan terbudaya dalam masyarakat Malaysia.

Jadi, tindakan yang betul, bukan mendesak Anwar Ibrahim bersumpah balas, tetapi yang paling betul adalah mendesak pihak mahkamah syariah dengan segera mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Lebih-lebih lagi, sumpah balas dalam perkara jenayah syariah ini tidak termaktub dalam nas, malahan ia adalah perkara bidaah, sedangkan hukuman Qazaf itu termaktub dengan jelas dalam Al-Quran.

Sekian

Wallahu 'Alam


Tiada ulasan: