Biaqpila |
- Najib macam ketam minta PAS berpisah dengan DAP
- VIDEO SEKS: FULL HD KINI DI PASARAN
- UMNO DAH BERTEMU JALAN MATI..
- Osama Laden meninggal dunia lagi sekali?
- JOM MAKAN NASI LEMAK BERALAS UTUSAN 5 PETANG NI
- Isu seks makan diri, pujukan tak dipeduli - akhirnya ugut!
- ANWAR IBRAHIM TIDAK PERLU BERSUMPAH BALAS !!
Najib macam ketam minta PAS berpisah dengan DAP Posted: 02 May 2011 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 Mei: PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman BN dahulu. "Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. "Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami," ujarnya. Beliau mengulas alasan Najib bahawa PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP dan PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam. "PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam," ujarnya. Katanya, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno. "Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya lagi. Tambahnya, terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang. "Siapa punya angkara?" soalnya. Menuutnya, sekarang apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS. PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat. Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga. "Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali," ujarnya. Malahan, menurutnya merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Tambahnya, sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, apabila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
VIDEO SEKS: FULL HD KINI DI PASARAN Posted: 02 May 2011 08:52 AM PDT Tajuk video ni puak2 blogger UMporNO yg bubuh,depa pun mengaku kantoi...kah!kah!kah! SAYA BERSUMPAH SAYA ADA DALAM VIDEO TU SAYA PATUTNYA PANGGIL JABATAN AGAMA ISLAM MALAM TU TAPI SAYA SILAP PI RAKAM PULAK RAKAM PULAK HITAM PUTIH KALAU SAYA TAU,SAYA RAKAM FULL HD PUN TAKPA BARU BOLEH DAPAT SYARAT WAJIB TAYANG BARU BOLEH BAWAK MASUK TGV ATAU GSC KAH! KAH! KAH! KALAU SAYA PANGGIL JABATAN AGAMA MALAM TU TAK PAYAH LA SAYA NAK KENA SUMPAH-SUMPAH LAGI SUMPAH SATU HAL LAGI SATU HAL KENA PULAK BUAT PERADUAN MENCARI JANGGUT ANWAR KAH! KAH! KAH! SAYA JUGA BERSUMPAH PELAKON UTAMA DIA ANWAR ADA KA NAMPAK MACAM ANWAR NI? ITUPUN RAMAI YANG JADI TIPAH TERTIPU KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 02 May 2011 03:00 AM PDT MCA DI PIMPIN OLEH CSL YG SEMUA TAHU MORALNYA...DAN SIKAP PERKAUMANNYA... MIC PULA BARU PULIH DARI TERKEJUT HILANG SAMY, YANG DIPIMPIN OLEH KEPIMPINAN YG LEMAH & PORAK PERANDA KERANA SEBELUM INI, KUAT MEMPERTAHANKAN SAMY...INDIA RAMAI BERPINDAH KE PKR... PBB PULA DI PIMPIN OLEH TAIB MUBARAK YG HIDUP BAGAIKAN RAJA BROOKE... KEPIMPINAN UMNO DI SETIAP NEGERI DH PUPUS KEPIMPINAN YG DI TERIMA OLEH KALANGAN MEREKA SENDIRI DI SEBABKAN POLITIK WANG DR ATAS KE BWH...INI BERLAKU DI TERENGGANU, KEDAH, PERLIS, SELANGOR DAN PERAK. VIDEO KLIP SEKS INI ADALAH PENIPUAN TERAKHIR UMNO UNTUK PENDUDUK MALAYSIA, TERUTAMA ORG2 MELAYU KERANA ITU, SEMUA PIHAK SEPERTI TERLIBAT DLM MENJAYAKAN RANCANGAN TERAKHIR INI... MEDIA2 CETAK DAN ELEKTRONIK BERGANDING BAHU TIAP2 HARI MEMBAWAKAN CERITA DAN SUDAH MENJATUHKAN HUKUMAN "DS ANWAR ANDA BERSALAH" SEBELUM HAKIM DI MAHKAMAH MEMUTUSKAN HUKUMAN. INILAH DEMOKRASI ALA-MALAYSIA, RUPA2NYA INILAH SEBAGAIMANA YG MAHATHIR KATA, KEMAJUAN MENGIKUT ACUAN KITA SENDIRI! MAJU KEBELAKANG, KE ARAH JAHILIAH... darisengaiderhaka KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Osama Laden meninggal dunia lagi sekali? Posted: 02 May 2011 12:00 AM PDT Osama Laden meninggal dunia Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara telah dibuat oleh Presiden Barack Obama. Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat. Allahyarham dibunuh di Pakistan dalam serangan pada Ahad. Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatakan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia. Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.MK IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat, awal pagi tadi. - Foto AP BETOI KA OSAMA NI? DULU PUN DAH PERNAH MATI KALAU BETUL OSAMA DAH SYAHID,SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA... KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
JOM MAKAN NASI LEMAK BERALAS UTUSAN 5 PETANG NI Posted: 01 May 2011 09:00 PM PDT Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari hari ini menyelar Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana gagal mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan penulis Awang Selamat yang menyiarkan artikel berbaur perkauman. Beliau mengulas artikel yang ditulis Penolong Ketua Penerangan 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan bertajuk 'Ayuh! 1Melayu 1Bumi' dalam akhbar milik Umno baru-baru ini. Hata berkata, sikap dwistandard yang diamalkan KDN dengan 'menghalal' apa sahaja penulisan yang diterbitkan Utusan, punca berlakunya berita atau rencana seumpama itu disiarkan akhbar itu. "Saya tidak faham dengan pendirian KDN apabila mudah mengambil tindakan sekiranya akhbar Cina atau India mengeluarkan artikel berbaur perkauman, tetapi tidak mempedulikan sekiranya Utusan yang turut mengeluarkan artikel sebegitu. "Tapi dalam utusan, KDN tidak pernah bagi amaran, KDN seperti menyokong penulisan Utusan. Jika ahli NUJ pastinya mereka disuruh lepaskan jawatan, tapi Utusan bebas menulis apa sahaja," katanya yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia yang kini digantung tugas.. Hata, yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengkritik majikannya, menganggap tulisan itu sengaja mencetuskan sentimen perkauman dan mahu menggugat keselamatan negara. Malah beliau mendakwa Zaini cuba mengembalikan dasar apartheid di Afrika Selatan, namun tidak ada sebarang tindakan dari pihak berkuasa. "Beliau cuba kembalikan dasar apartied di Malaysia. Tetapi sehingga kini tiada tindakan daripada KDN. "KDN perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya kerana apa yang ditulis beliau secara jelas membangkitkan isu perkauman," ujarnya. Menurutnya, Zaini sebagai individu yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan selama lebih 20 tahun, seharusnya menyedari buruk baik dan akibat daripada penulisannya. "Utusan perlu ubah cara penulisannya yang boleh mencetuskan isu perkauman. Sepatutnya perkara itu tidak perlu ditulis dan dibangkitkan kerana boleh menyebabkan perpecahan antara kaum," katanya lagi Selaras dengan kegagalan KDN itu, Hata akan menganjurkan perhimpunan 'Tunjuk Rasa' di hadapan pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin, 2 Mei ini. Tulisan itu kata Hata lagi telah mencetuskan rasa tidak selesa semua kaum di Malaysia. "Tujuan kita menganjurkan perhimpunan secara aman itu untuk menunjukkan rasa tidak setuju dengan Utusan yang sengaja membangkitkan isu perkauman dalam penulisannya. "Saya mengajurkan perhimpunan itu bukan atas kapasiti sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), tetapi sebagai wartawan (Utusan)," ujarnya yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengikritik majikannya itu sebelum ini. Katanya, sepanjang perhimpunan bermula jam 5 petang itu, beliau akan 'mempersembahkan' beberapa aktiviti yang dilakukan secara aman. "Kita akan mengadakan sidang membaca akhbar Utusan secara terbalik selain dijadikan akhbar itu sebagai pembungkus nasi lemak simbolik kepada perhimpunan tersebut. "Kita memilih untuk mengadakan pada jam 5 petang kerana pada masa itu, semua editor ada di pejabat. Tidak guna jika diadakan waktu pagi," katanya. UNTUK MAKLUMAT LANJUT : KLIK PAGE PLATFORM A.M KL-Today.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Isu seks makan diri, pujukan tak dipeduli - akhirnya ugut! Posted: 01 May 2011 06:00 PM PDT 1 MEI — Dalam masa dua hari ini keadaan politik bertambah panas. Ada dua tiga isu yang membuatkan suhu politik negara naik dengan mendadak. Pertamanya saranan Najib supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan yang keduanya amaran keras Najib terhadap orang Cina jika kaum itu tidak memberikan sokongan kepada BN. Satu lagi isu ialah MCA telah melakukan 'brainstorming' di antara pemimpin di peringkat kawasan dan tertinggi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika MCA di tolak oleh pengundi khususnya dari pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang akan datang. Kaum Cina nampaknya menjadi sasaran hebat dan gertak mengertak dilakukan ke atas kaum itu baik dari Pimpinan Melayu BN dan juga dari MCA sendiri. BN sedang memulas tangan kaum Cina kerana sokongan kaum itu terhadap BN sudah kian lemah. Dalam keadaan yang sama Umno masih lagi belum pulih dari perasaan rendah diri kerana takut ditinggalkan oleh kaum Melayu. Keadaan meruncing ini merupakan yang paling menyakitkan BN, malahan keadaan ini mungkin bertambah rumit lagi jika dibandingkan dari zaman Abdullah Badawi. 'Intuition' yang ada pada diri saya dengan jelas memberikan bayangan yang kali ini BN akan menghadapi keadaan yang jauh lebih rumit untuk mengekalkan kuasa dari pilihanraya 2008 yang lalu. Jika semasa pilihanraya dahulu gegaran terhadap BN hanya berlaku di Semenanjung tetapi kali ini undi popular BN di Malaysia timur telah jatuh dengan begitu besar sehinggakan negeri Sarawak sudah pasti tidak lagi kekal sebagai 'fixed deposit' bagi BN lagi. Dalam pada itu BN perpaduan BN di Sabah sudah menunjukan berlakunya pergolakan apabila parti LDP menuntut supaya BN di negeri itu tidak lagi diketuai oleh Umno Sabah. Apabila LDP membuat kenyataan itu Ahli-ahli DUN Sabah dengan tergesa-gesa telah membuat kenyataan untuk menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri tanpa berbelah bagi. Tindakan ini merupakan satu lagi petanda yang BN khususnya Umno di Sabah sudah sampai ke persimpangan. Jika keadaan ini tidak terkawal maka Sabah juga tidak akan lagi menjadi simpanan tetap bagi BN pada masa yang terdekat ini. Susah untuk mencari alasan bagi menafikan keadaan ini. Berbalik kepada ugutan Najib terhadap orang Cina, ianya merupakan tindakan yang membazir. Ianya membazir kerana dengan ugutan itu ianya menunjukan yang pemimpin kita sudah berada di dalam keadaan panik setelah tidak berjaya memujuk kaum Cina untuk menyokong BN melaui MCA di Semenanjung dan SUPP dari Sarawak. Jika seseorang pemimpin masih mempunyai keyakinan pada diri dan partinya sendiri, kenyataan yang berelimenkan ugutan tidak mungkin timbul. Dalam nafas yang sama Najib telah meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pada pandangan PM Najib PAS tidak ada apa-apa keuntungan berada di dalam gugusan PR itu. Najib sudah sedar yang Melayu sendiri mempunyai parti alternatinya iaitu PAS seperti bangsa Cina mempunyai alternatifnya, DAP. Dua bangsa terbesar di negara ini, Melayu dan Cina yang selama ini telah bersatu di dalam BN, sekarang ini sudah ada kecenderungan kedua-dua kaum terbesar ini untuk bersatu di luar BN. Isu yang diharapkan oleh BN untuk membantunya mendapat sokongan dari rakyat seperti isu sodomy Anwar dan video seks juga yang melibatkan Anwar telah gagal untuk dimunafaatkan oleh BN kerana keraguan rakyat terhadap BN lebih besar dari isu yang dipalitkan terhadap Anwar. Malahan isu-isu itu telah menjadi 'counter productive' kepada BN pula. Politik seperti juga ilmu metamatik mempunyai formula yang jelas untuk diikuti supaya mendapat jawapan yang tepat. Formula kekuatan politik di negara ini khusunya di Semenanjung bergantung kepada dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. Jika kedua kaum terbesar ini bersatu di bawah BN maka BN lah yang akan meraih kuasa dari rakyat. Jika kedua-dua kaum ini memilih untuk bersatu di luar BN maka jawapannya mudah untk diketahui umum… tidak payah untuk disebut dan dinyanyikan. Inilah yang menyebabkan Najib bertindak mengugut dan menekan kaum Cina supaya memberikan sokongan kepada BN. Tidak mungkin pemimpin nombor satu akan melakukan ugutan jika keadaan masih memihak kepadanya. Sebagai seorang pemimpin yang paling tinggi tentunya beliau akan melakukan kempen secara beretika dan 'civil' serta lebih demokratik. BN patut sedar yang kaum Cina telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini dan kecenderungan mereka untuk memberikan kepada pihak alternatif hanya berlaku sejak beberapa tahun dahulu sahaja. DAN berlakunya keadaan ini mesti bersebab yang datangnya dari pihak kita. Tetapi oleh kerana segala cara telah dilakukan tetapi kaum Cina masih tidak menyokongnya maka adalah natural bagi PM Najib mengugut kaum itu sebagai kaedah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ugutan merupakan kaedah yang terakhir untuk mengekalkan kuasa mentadbir negara. Dengan ugutan ini ianya secara automatiknya melenyapkan persepsi yang cuba ditanam oleh BN yang DAP itu sebuah parti yang rasis kerana yang rasis sebenarnya ialah BN yang diketuai oleh Umno. Pandangan ini tidak akan saya tulis jika saya tidak yakin tentang kebenaran situasi yang telah saya gambarkan tadi. Pandangan yang saya utarakan ini sebenarnya juga adalah pandangan sesetengah pemimpin Umno walaupun di dalam terang mereka mempertahankan Umno itu. Mungkin pandangan saya ini merupakan pandangan yang salah tetapi dalam keadaan apa sekali pun saya tetap mempertahankan ramalan saya ini akan menjadi kenyataan jika kita tidak melakukan 'soul searching' yang intensif. Aspan Alias — aspanaliasnet.blogspot.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
ANWAR IBRAHIM TIDAK PERLU BERSUMPAH BALAS !! Posted: 01 May 2011 03:00 PM PDT Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut "sumpah balas" dari Anwar Ibrahim. Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan menyebut Nama Anwar Ibrahim. Sumpah tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar. Disamping saksi tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau CCTV. Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas kesalahan Qazaf. Tindakan menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan, tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu adalah satu kandungan maqasid yang keenam] Ada pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah. Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah. Ini kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi. Ada pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh. فخرج صلى الله عليه و سلم حتى أتى منزل أبي بكر فدخل عليها فقال : يا عائشة ان كنت فعلت هذا الامر فقولي لي حتى أستغفر الله لك فقالت : والله لا أستغفر الله منه أبدا، ان كنت قد فعلته فلا غفر الله لي وما أجد مثلي ومثلكم إلا مثل أبي يوسف (يوسف الآية 86 ) Bermaksud : "Lalu Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah Yusuf ayat 86)" Perlu diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah. Jadi, dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah. Sekian Wallahu 'Alam KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan