DIALOG RAKYAT |
- Cara sopan dan beradab membantah konsert
- Teresa Kok: DAP, Bahasa Malaysia dan orang Melayu
- Umno mahu berkuasa sendirian di Selangor
- Tarif elektrik naik ketika TNB tipu rakyat
- Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan
- Umno Sabah bergolak?
- Pemilihan PAS paling bersih, harmoni
- Ucapan Dasar presiden fokus manifesto PRU 13
- Najib tak faham fungsi Putrajaya, dakwa AMK
- Perkasa mahu Anwar mengaku dirinya pemimpin paling buruk
- Mat Said bakal jadi 'DJ' Manis FM lepas PRU 13
- Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis
- Himpunan Belia dieksploit menjadi Majlis Menyokong BN
- Kebakaran : Tiga Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggan
- Muktamar PAS : Saingan Amat Sengit Tapi Perwakilan Jangan Emosional
- Lynas : Penduduk Cuba Serbu Panel Penyelidikan
- Mahkamah Tetapkan 30 Jun Untuk Urusan Kes Bergantung Pada Rayuan
- Simulasi Pilihan Raya Olok-olok : Tak Jejas PR
- Peningkatan Jumlah Undi Di Selangor : SPR Perlu Telus
- Syabas Pula Tawar Air Percuma Sepanjang Tahun
- Batal Kilang Lynas Jika Bahayakan Penduduk, Kata Pakatan
- ‘Bir Halal’ Dah Jadi Haram…
- AWER: "Bailout" Bon air Selangor TIDAK Sehaluan dengan model WSIA
- Zahid: Budaya kecil hati, pujuk hanya rugikan Umno
Cara sopan dan beradab membantah konsert Posted: 30 May 2011 05:07 AM PDT Oleh Mazir Ibrahim Satu konsert yang dinamakan MTV World Stage akan diadakan di I-City yang letaknya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Julai ini. Dan ia dibantah oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad atas alasan lokasinya tidak mempunyai infrastuktur sesuai untuk mengadakan konsert. Mengikut laporan akhbar, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Atan menyifatkan acara itu akan dapat mempromosikan Bandaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa serta menarik pelancong dari seluruh dunia. Beliau juga dipetik sebagai berkata, Shah Alam dan i-City diiktiraf sebagai lokasi yang dilengkapi dengan kemudahan kelas pertama untuk sebarang acara bertaraf antarabangsa termasuk konsert itu yang akan menampilkan kumpulan "30 Second To Mars" iaitu pemenang Kumpulan Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan kumpulan tempatan, Pop Shuvit. Dalam bantahannya, Khalid menggesa MBSA menarik balik kebenaran untuk mengadakan konsert itu di I-City. "Saya minta pihak kerajaan berterus terang, apa sebenarnya yang hendak dibuat di situ. Jangan pakai imej (status) MSC tapi buat program (hiburan) di situ. Mereka dapat pelbagai pengecualian cukai dan pelbagai insentif, tapi buat perkara lain," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam semalam. Apabila meneliti rasional bantahan ini, ianya agak berasas. Bagi saya, Khalid pada dasarnya tidak membantah penganjuran konsert, sebaliknya beliau mempersoalkan aspek lokasi dan infrastruktur. Dan I-City bukanlah premis yang sesuai untuk buat konsert besar yang bersaiz MTV World Stage ini. Tidak mustahil bantahan yang sama akan dibuat jika konsert dibuat di tengah-tengah kawasan perumahan, di bangunan Dewan Undangan Negeri, di sebelah masjid dan sebagainya. Kesesuaian dan keselamatan penonton amat penting. Bantahan ini Khalid ini saya sifatkan sebagai satu bantahan bermaruah dan rasional, terutama apabila datangnya PAS yang mana persepsi umum ialah akan sentiasa menolak sebarang konsert hiburan yang didakwa sebagai "budaya Barat" dan "budaya kuning". Jika PAS mahu menjadi penjaga moral, adalah lebih baik jika ia berperang habis-habisan menentang rasuah dan salah guna kuasa. Sifat-sifat mulia orang Islam boleh dikembangkan untuk menentang gejala itu yang boleh menghancurkan masyarakat. Tidak perlu mengaitkan konsert dengan budaya kuning, maruah, moral atau akhlak manusia kerana semua itu amat subjektif dan tidak menjurus kepada penyelesaian konkrit. Masyarakat, anak muda atau pelajar kini tahu batas-batas dan kewajaran buat mereka. Siapa pun penghibur atau pemuzik kerjanya mencari makan, anak-anak muda sering dihambat dengan pelajaran wajar diberi ruang untuk berhibur. Ahli politik atau agama, wajar memberi panduan. Jalan keserdahanaan ini sudah memadai untuk membendung apa saja perkara yang kita semua tidak ingini. Jangan paksa orang lain tunduk kepada kehendak kita sahaja. Lagi pun memang fitrah anak muda suka hiburan tanpa melupakan tanggungjawab. "Maksiat" bukan dieksklusifkan kepada anak muda. Semua orang tahu video lucah politik yang disebarkan sekarang dilakukan oleh orang dewasa atau yang sudah separuh umur. Di mana batas akhlak mereka? Maka, kita berpendapat bahawa sewajarnya kerajaan negeri Selangor menimbang bantahan tersebut. Ia bukan kerana anti-hiburan atau anti-anak muda atau anti itu dan ini, sebaliknya kita menyokong apa jua program asalkan ianya sesuai dengan masa, tempat dan keadaan tanpa menggunakan alasan sentimen atau memaksa rakyat tunduk kepada peraturan yang terlalu mengikat. Rasional Datuk Bandar Shah Alam yang mahu mengadakan konsert itu pula, jika diperhalusinya dengan sabar, adalah sama seperti unjuran rasional orang-orang politik, khususnya dari UMNO dan Barisan Nasional. Apabila hendak menjustifikasikan sesuatu acara atau program yang akan dibuat, pasti mereka akan kaitkan dengan hal menarik pelancong, tempat tumpuan orang ramai atau menaikkan nama bandar di mata antarabangsa. Malah nada ungkapannya akan berbunyi " ini membuktikan ", " inilah pengiktirafan ", "bertaraf antarabangsa" dan yang seumpamanya. Ini adalah skrip klise yang tak membawa apa-apa makna kepada masyarakat apatah lagi kepada anak muda. Jika benar-benar jujur, kerajaan negeri Selangor harus menilai semula pendiriannya tentang konsert dan acara hiburan. Ketepikan soal klise, bawakan perkara-perkara asas seperti di mana sesuai konsert diadakan, jaminan keselamatan penonton, mutu peralatan serta permintaan daripada mereka yang mahukan konsert itu sendiri. Tangkap muat dan buat acara secara terpilih hanya mencerminkan cara UMNO dan BN melaksanakan agenda mereka. Selangor mampu berbuat sesuatu yang lebih baik. | ||
Teresa Kok: DAP, Bahasa Malaysia dan orang Melayu Posted: 30 May 2011 05:06 AM PDT ROKET KINI.COM Sekarang DAP, dengan bantuan internet, telah dilihat sebagai sebuah parti pelbagai kaum. Walau pun sememangnya semenjak penubuhan DAP 45 tahun lalu, slogan perjuangannya adalah Malaysia Untuk Rakyat Malaysia atau Malaysian Malaysia. Mainan media Umno selama ini bahawa DAP sebagai parti untuk kaum Cina telah terhapus. Jadi apa pandangan saudari dengan adanya Roketkini berbahasa Malaysia? Ya, ramai yang tak nampak, sebenarnya kita sudah ada akhbar Rocket dalam pelbagai bahasa sejak 1966 lagi. Mungkin kerana pembaca tak berapa banyak dan kami juga bagi secara percuma kepada Adun yang ingin menyimpan saja. Sebenarnya bukan kami tak mahu buat tapi kadang-kadang kesuntukan dana yang dihadapi parti kita, kerana parti kita bukan macam MCA, MIC, UMNO, ada tauke besar, ada dana, ada syarikat, yayasan semua itu untuk membantu mereka. Tapi orang Melayu tak nampak pendirian DAP. Dulu akhbar-akhbar bahasa Cina bagi ruang kepada DAP untuk keluarkan kenyataan kami, tetapi bagi orang yang baca Utusan Malaysia atau akhbar-akhbar Melayu lain, apa yang mereka baca berbentuk laporan negatif. Tapi sejak reformasi 1998, sehingga kemunculan media baru, orang ramai semakin sedar tentang pendirian DAP mengenai isu-isu semasa, termasuk kaum Melayu. Jadi, adakah melalui Facebook orang dah nampak DAP sebagai parti berbilang bangsa? Ya. Sebab sejak bermulanya laman web DAP, rencana-rencana yang ada adalah dalam bahasa Inggeris. Bagi yang Melayu berpendidikan Inggeris, mereka tahulah. Ya, kami akui ini tidak cukup membantu. Jadi, inilah masanya untuk DAP mewujudkan web dalam bahasa Malaysia. Saya rasa kalau kita keluarkan akhbar parti dalam bahasa Malaysia memang kita telah buat macam Roket edisi bahasa Malaysia, tapi ia memang tak luas diedarkan sebab ia perlukan wang yang banyak. Ini satu, bila kita ada website Roketkini, ia adalah cara yang bagus bagi mereka yang fasih bahasa Malaysia. Boleh saudari terangkan kelemahan DAP yang ada selain daripada kita ini kurang akhbar BM untuk diedar? Seperti kenyataan media pemimpin DAP, kurang dikeluarkan kenyataan media berbahasa Malaysia. Sebenarnya bukan kami tak mahu keluarkan kenyataan media dalam bahasa Malaysia tetapi kebanyakannya tak disiar dalam akhbar berbahasa Malaysia, dan itu sebabnya kami buat dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Saya selalu lihat ucapan dalam Parlimen, dalam bahasa apa-apa pun walau pun bahasa Malaysia, macam berapa hari lepas saya keluarkan kenyataan isu Kristian sebagai agama rasmi itu, tapi ia tak keluar dalam mana-mana akhbar. Ini agak mengecewakan kami untuk keluar kenyataan media dalam bahasa Malaysia tapi saya fikir dengan adanya website Roketkini, senanglah sekurang-kurangnya kenyataan dalam bahasa Malaysia akan disiarkan dalam Roketkini dan mungkin akan dipetik akhbar lain. Jadi, bagaimana kita nak tonjolkan kepada orang-orang ini? Macam saudari cakap tadi, seperti melalui laman web dan akhbar, apa lagi cari untuk DAP tonjolkan pendirian? Kita patut anjurkan ceramah, acara-acara dalam bahasa Malaysia bersama parti lain dalam Pakatan Rakyat kerana kita mesti terima satu hakikat, bagi DAP untuk masuk kampung Melayu buat program, kita mungkin semacam akan ada halangan. Sama juga dengan PAS nak buat sambutan Tahun Baru Cina, mereka perlukan bantuan DAP untuk datang bersama. Jadi memang penting kerjsama aktiviti bersama PAS dan PKR supaya sentiasa eratkan lagi hubungan kita bersama rakyat. Misalnya isu Utusan Malaysia main isu agama Kristian baru-baru ini. Saya terima SMS dari rakan dari PAS, mereka nak anjurkan kempen untuk respon balik kepada Utusan Malaysia, jadi saya keluarkan peruntukkan untuk mereka buatkan kempen itu kerana keadaan sekarang ialah satu-satu parti politik tak boleh menerajui kepimpinan secara sendirilah. PKR tak boleh, PAS tak boleh sendirian. Jadi kita mesti bergabung kuasa dengan parti politik lain. Kalau satu parti jatuh, semua akan jatuh. Jadi, bila satu parti hadapi masalah, parti-parti kawan patut tolong. Kita tahu pemimpin DAP kebanyakannya penguasaan bahasa mereka masih lemah dan kita faham itu. Jadi, apakah kalau boleh mereka sendiri cari lebih bantuan, kalau boleh juga dalam isu-isu bersifat tempatan, kalau boleh guna dalam bahasa Malaysia juga? Betul kita perlukan penterjemah dalam parti kita. Kamu tengok, seorang pemimpin begitu sebuk, bila dia tulis satu artikel perlukan sejam lebih, kemudian untuk bahasa lain pula jadi akan makan masa lagi. Jadi, selain pasal ceramah, terjemahan. Apa lagi saudari rasa penonjolan DAP ini ada kelemahan? Contohnya sepanduk dan kain rentang? Sepanduk DAP patutkah hanya ada bahasa Cina saja atau ada usaha untuk dwibahasa? Mungkin untuk sesetengah pemimpin, tapi untuk seluruh negara, adakah saudari nampak? Memang, untuk sepanduk memang kita ada dwibahasa. Kita mesti faham khususnya dalam negeri yang kita jadi kerajaan, kita memang ada pelbagai etnik, khususya dalam cawangan dan bahagian. Jadi kalau guna bahasa Cina saja, kaum lain tak faham. Bagaimana pula langkah dan pendekatan DAP untuk selesaikan perkara-perkara ini? Kita harus tonjolkan usaha yang telah dilakukan wakil rakyat DAP. Khususnya pada 2008 dulu kami tak pernah masuk masjid, tak pernah meraikan perayaan hari raya, buka puasa dan sebagainya. Tapi bila masuk (masjid), tengok (Ahli Parlimen Serdang) Teo Nie Ching masuk. Dituduh tak pakai tudung lah tak tutup aurat lah. Jadi bagi saya, pada bulan Ramadan, saya tak masuk ke dalam masjid, saya kena pakai baju melayu, kerana sekarang ini kita menghadapi politik lawan yang putar belit isu kita. Jadi, program yang baik kita anjurkan untuk tolong fakir miskin Melayu pada Ramadan dijadikan isu, jadi banyak diputar belit. Maksud saudari, DAP perlu kreatif mendekati orang? Maksudnya orang yang luar dari kita punya kepompong kita lah? Macam perayaan Hari Ibu atau apa-apa perayaan lain, supaya mereka saling memahami masyarakat lain lah? Ya. Mereka boleh bergaul. Kita kena adakan majlis yang lebih untuk campur bergaul bersamalah. Walau pun saya bagi banyak peruntukan kepada orang Melayu dan India selalunya bila saya buat program berbuka puasa, hanya Melayu saja yang datang, bukan semua Melayu datang, cuma yang berada dalam kelompok surau saja yang datang. Kenapa tak datang? Takut? Program berunsur politik? Bukan semua tak mau datang sebab takut. Sudah jadi kerajaan (Selangor) kenapa takut? Ini UMNO tak mau datang. Kami selalu pasang sepanduk menjemput tapi segelintir tak datang. Sama juga Deepavali, hanya kaum India saja yang datang. Jadi, kita kena ada lebih program, macam saya sebut tadi kita perlu aktiviti yang boleh bergaul sama. Setakat ini, sudah tiga tahun (Pakatan di Selangor dan negeri-negeri lain) memerintah, apa respon masyarakat? Responnya baik. Tapi masalahnya bila Utusan Malaysia buat kacau, blogger yang bangkitkan isu agama dan perkauman, kami rasa agak tergugat dan susah untuk beri penerangan sebab tak ada saluran. Dan saya juga agak kecewa tentang pihak kerajaan pusat dalam isu yang dimain Utusan, Ketua Pengarang itu hanya diberi amaran saja. Ya, hanya amaran saja. Kalau ini berlaku pada akhbar Cina, atau The Star atau akhbar lain, sudah pun disumbat ke dalam ISA atau sudah didakwa. Jadi ini double standard, siapa yang wujudkan jadikan ketegangan ini? Barisan Nasional. Tentang kemunculan Roketkini, apa pandangan saudari mengenai peranan media DAP dalam usaha untuk mendekati semua kaum? Saya rasa ini pendekatan yang penting khususnya kaum muda Melayu yang aktif dalam arena internet. Sebenarnya kita sudah keluar kenyataan dalam bahasa Inggeris. Jadi, dengan adanya Roketkini kita boleh ada hubungan rapat dengan mereka. Mungkin juga hubungan yang rapat dengan akar umbi. Apakah pendapat saudari tentang cara untuk mengarusperdanakan DAP? Kita kena keluar lebih kerap. Macam akhbar Selangor Times, secara mingguan baru orang baca dan kita perlu lebih sokongan dan dana untuk sokong percetakan kita lah. Apa visi yang saudari nampak tentang Roketkini bahasa Malaysia ini? Saya harap pimpinan kita boleh heboh-hebohkan Roketkini sama ada dalam bentuk cetakan atau internet. Kita boleh kedepankan mesej kita ini kepada orang ramai. Sekarang dah ramai ada Facebook, jadi kita boleh mendekati lebih ramai pembaca kaum melayu. Saya memang mengalu-alukan usaha ini kerana saya rasa sudah tiba masa bagi DAP untuk mendekati semua bangsa. Kita mesti terima satu hakikat, ialah sekarang ramai orang Cina, bagi orang Cina yang bahasa Cinanya juga teruk, jadi mereka boleh baca dalam bahasa Malaysia, begitu juga orang India yang bahasa Tamil mereka teruk, mereka juga boleh baca bahasa Malaysia. Sama juga dengan kaum Iban, Kadazan dan lain-lain. Dan saya memang berharap Roketkini ini boleh menjelaskan pendirian DAP dalam banyak isu semasa dan saya berharap kita juga boleh merapatkan hubungan dengan penyokong dan pemimpin PR dan NGO-NGO lain dan semua rakyat Malaysia. | ||
Umno mahu berkuasa sendirian di Selangor Posted: 30 May 2011 04:26 AM PDT Oleh Safar Jumaat UMNO Selangor di bawah kepimpinan Presidennya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memasang cita-cita untuk menawan kembali Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat dalam PRU13 akan datang. Dari 56 kerusi yang ada di Selangor, Umno nampak ada 30 kerusi, yang kesemuanya bakal ditandingi wakil Umno yang mewakili BN mempunyai harapan untuk menang tetapi tidak langsung menaruh harapan di kerusi-kerusi yang diwakili rakan-rakan komponen BN, termasuk yang diwakili MCA, MIC dan Gerakan! Bukan sahaja mereka tidak berkeyakinan boleh menang di kawasan yang bukan diwakili Umno, malahan, mereka tidak percaya ada sokongan daripada pengundi Cina dan India di kawasan yang ditandingi MCA, MIC dan Gerakan, hingga boleh menyebabkan calon BN di situ mampu menang. Begitu dahsyat penghinaan Umno Selangor terhadap MCA, MIC dan Gerakan. Bukan sahaja mereka tidak yakin kerusi-kerusi yang diberikan kepada rakan-rakan komponen BN ini mampu menang, malahan mereka mahu berkuasa sendirian, tanpa bantuan daripada rakan-rakan mereka yang lain. Tidak cukup dengan penghinaan itu, ketika Umno Selangor masih mengharapkan sokongan undi daripada pengundi Cina dan India di kawasan yang ditandingi Umno, Umno Selangor tidak mempunyai sedikit pun keyakinan bahawa ada kerusi yang diwakili MCA, MIC atau Gerakan akan memberi sumbangan kepada BN kali ini di Selangor. Dari strategi yang disusun Umno, mengedarkan video lucah adalah salah satu dari tugas besar. Itulah sebabnya, di mana-mana sahaja ada program Pakatan Rakyat di Selangor, risalah dan video lucah ini diedarkan sebanyak mungkin, termasuk diletakkan di cermin-cermin kenderaan yang memenuhi kawasan ceramah diadakan. Dulu mereka cuba menyeret Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan isu rasuah, kononnya menyalahgunakan kuasa dalam isu lembu korban dan penggunaan kenderaan sendiri tetapi tidak lekat. Mereka kejar lagi Menteri Besar dengan isu-isu lain, juga tidak lekat dan kini, mereka berusaha sedaya upaya untuk menarik sokongan orang Melayu di Selangor supaya hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat dengan menonton video lucah. Setakat ini, inilah strategi Umno untuk kembali berkuasa di Selangor. Nama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Dato' Seri Noh Omar makin tenggelam kebelakangan ini, khabarnya kerana tidak mahu mengecilkan hati orang-orang Cina dan India di Selangor. Imej Noh dikatakan tercemar apabila dia masih berpegang kepada cerita orang Cina dan India adalah kaum pendatang, ketika menyampaikan ucapan di satu Konvensyen BN tidak lama dahulu. Dia kemudiannya meminta maaf apabila ada bantahan terhadap ucapannya itu dan menarik balik kata-katanya. Namun, orang Cina dan India dalam MCA. MIC dan Gerakan tidak dapat melupakan kata-kata Noh itu walaupun, mulut mereka berkata mereka bersedia memaafkannya. Umno Selangor juga resah dengan cerita beberapa pemimpin bahagian mereka yang terpalit dengan dakwaan rasuah. Bekas Menteri Besar, Dr. Mohd Khir Toyo sedang berhempas pulas mempertahankan diri dari dakwaan membeli rumah dengan harga rendah dari harga sebenar. Dato' Kuris Mohd Nor yang merupakan bekas Adun di Hulu Langat baru sahaja dibebaskan dari dakwaan terkait rasuah. Bekas Ketua Umno Bahagian Pandan juga begitu. Ahli Parlimen Sabak Bernam masih belum pasti nasibnya dan ramai lagi yang terpaksa menutup mulut kerana bimbang kes masing-masing terdedah juga. Dari semua masalah ini, Umno Selangor yang tergamam selepas negeri ini tumbang dalam PRU12 yang lalu, terpaksa juga memujuk beberapa pemimpin bahagian yang dikatakan berkecil hati dengan sikap Najib terhadap mereka. Bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib sampai sekarang masih bercuti daripada menerajui Umno Bahagian Kelana Jaya. Dato' Kapten (B) Zahar Hashim bertindak meninggalkan kepimpinan Umno dan mengisytiharkan dirinya menyertai PAS, manakala Dato' Seri Mohd Zin Mohamad baru sahaja sejuk hatinya sejak digugurkan daripada kabinet dengan menerima pelantikan menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor. Ketika mereka semua terkial-kial mencari pengganti Dr Khir Toyo dan Muhammad, timbullah idea untuk menjadi pengedar video lucah di merata tempat. Walaupun, mereka boleh menafikan dakwaan itu, tetapi mustahil ada pihak lain yang sanggup mengeluarkan modal dan kos mencetak begitu banyak video dan risalah untuk diedarkan secara percuma. Tentulah mereka mengharapkan orang Melayu percaya akan video itu dan sekali gus menolak Pakatan Rakyat. Jika dengan pengedaran video pun BN masih tidak mampu menang lagi, mereka tentulah tidak mempunyai keupayaan lain lagi untuk menyerang kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor. Umno mengharapkan pengundi Melayu kembali menyokong BN. Dalam masa yang sama, Umno tidak pula berusaha untuk mendapatkan kembali sokongan terbuka daripada Muhammad dan beberapa bekas pemimpin yang merajuk. Jika mereka gagal memujuk Muhammad, bagaimanakah mereka mampu memujuk pengundi? Apakah mereka boleh menyakinkan kepada pengundi di Selangor bahawa beberapa nama pemimpin Umno yang terpalit dengan kes di mahkamah hanya "kesilapan teknikal" dan ia tidak membebankan BN dalam pilihan raya akan datang? Ketika mereka bercerita tentang moral beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, dapatkan mereka menyakinkan pengundi bahawa moral pemimpin-pemimpin Umno di Selangor cukup bersih? BN di Selangor sebenarnya tidak mempunyai pemimpin yang dilihat bersih di mata pengundi. Itulah sebabnya mereka terkial-kial mahu menonjolkan beberapa nama baru dalam Umno yang kononnya boleh dibandingkan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Malangnya, sehingga hari ini mereka gagal dan yang boleh, hanya mereka menjadi pengedar video lucah dengan harapan rakyat melupakan kes yang membabitkan pemimpin Umno kerana asyik melihat video lucah! Kasihannya Umno Selangor. Sampai bankrap modal. Bukan setakat bankrap modal, malahan bankrap moral juga! | ||
Tarif elektrik naik ketika TNB tipu rakyat Posted: 30 May 2011 04:13 AM PDT DETIK DAILY Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia.TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan. Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. Pos Malaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Ini maklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB. Tujuannya dapat dijangkakan. Bukahkah Pos Malaysia telah melakukan pelbagai urusan sampingan seperti pembaharuan lesen memandu, pembayaran bil domestik, daftar pengundi dan sebagainya. Apa tujuannya? Pos Malaysia mungkin gulung tikar jika tidak diberi oksigen. Jadi Pos Malaysia kena kaut lagi melalui MOU dengan TNB.Siapakah menjadi mangsa sebenar? Apakah TNB mahu rugi kerana dipaksa menyumbat oksigen kepada Pos Malaysia? Jawapannya pasti, TIDAK. Cara kapitalis berniaga pasti mengenakan pelanggannya. Macam mana TNB mahu 'cover' caj RM3.00 yang dikenakan oleh Pos Malaysia? Berikut ceritanya. Semasa bil secara pos, anggaran penggunaan tenaga direndahkan. Contohnya, pengguna yang biasa menggunakan secara purata 1 500 KW dalam tempoh dua bulan, maka anggaran bil yang dilakukan secara pos direndahkan kepada 400 KW sahaja untuk bulan berkenaan. Maka pada bil kedua di mana pembaca meter datang ke premis, bacaan penggunaan dikira untuk tempoh dua bulan sekali gus, menjadikan jumlahnya 1 500 KW.Di sinilah pengguna diperkenakan. Benar, jumlah bayaran ditolak dengan bayaran bulan terdahulu untuk 400KW itu, tetapi nampakkah bil tuan-puan dicaj tariff sehingga peringkat keempat yang mahal itu? Di sinilah TNB ambil keuntungan secara tipu. Mengapa? Perhatikan pengiraan di bawah apabila sistem pos dilaksanakan, pengguna terpaksa membayar seperti berikut:- 1 000KW pertama X RM 0.286seunit = RM 286.00 200KW kedua XRM 0.378 seunit =RM 75.60 200KW ketiga XRM 0.387 seunit = RM 77.40 100 KW berikutnya XRM0.397seunit = RM 39.70 Jumlah bayaran ialah RM 478.70. Mengapakah hal ini berlaku? Kalau diperhatikan pada bil, ada keanehannya iaitu silapmata tadi. Bacaan meter dikira bermula daripada bacaan di meter ke bacaan pada meter terkini. TNB tidak guna bacaan anggaran yang dibuatnya dahulu. Inilah silap matanya. TNB hanya tolak bayaran bulan sebelumnya sahaja tetapi pengguna telah dicaj ke peringkat keempat tariff tadi. Memang amat kompleks dan licik. Sekiranya bacaan meter dilaksanakan di premis sahaja, bayaran dipuratakan seperti berikut:- 750 KW X RM0.286 seunit = RM 214.50 sebulan. Maka bayaran dua bulan ialah RM 429.00. Ini bererti TNB berjaya menggelapkan duit pelanggannya sebanyak RM 49.70. Walaupun ini merupakan anggaran sahaja tetapi hakikatnya TNB tetap menggelapkan puluhan ringgit wang pelanggannya. RM478.70 - 429.00 = RM49.70. Itu baru seorang pelanggan.! Kiralah sendiri kalau 100,000 pengguna menjadi pelanggan wajib TNB yang menggunakan purata 700KWJ/bulan. Natijahnya, KPDNKK dan persatuan pengguna perlu bertindak segera. TNB dan Pos Malaysia perlu memberi penjelasan sekiranya maklumat dan pengiraan ini tidak tepat. Penulis mendapat maklumat ini setelah pegawai TNB sudah tidak tahan terima caci maki para pelanggan kerana bil berganda. Lalu beliau terlepas cakap dengan katanya, "ini agenda politik". Rakyat tanyalah diri sendiri, " ini agenda politik siapa?". Mahukah lagi rakyat mengekalkan parti yang memainkan agenda jahat ini? | ||
Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan Posted: 30 May 2011 04:13 AM PDT MALAYSIA KINI Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011. Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting. | ||
Posted: 30 May 2011 12:22 AM PDT
| ||
Pemilihan PAS paling bersih, harmoni Posted: 30 May 2011 12:21 AM PDT
| ||
Ucapan Dasar presiden fokus manifesto PRU 13 Posted: 30 May 2011 12:18 AM PDT
| ||
Najib tak faham fungsi Putrajaya, dakwa AMK Posted: 30 May 2011 12:12 AM PDT KUALA LUMPUR— Sayap pemuda PKR mengecam tindakan Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan platform Himpunan Sejuta Belia 2011 sambil menyifatkannya sebagai langkah terdesak Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan sokongan golongan muda bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon, ucapan Najib yang meminta golongan muda untuk mempertahankan Putrajaya daripada Pakatan Rakyat disifatkan sebagai agenda politik sempit yang masih diamalkan BN. Dalam ucapan Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Najib yang juga presidennya berkata Putrajaya harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun. "AMK mengecam tindakan BN yang mengeksploitasikan aktiviti Himpunan Sejuta Belia sebagai platform untuk mempertahankan kuasa pemerintah yang penuh dengan agenda politik sempit selain itu perhimpunan itu juga membazirkan wang rakyat. "Tahun lepas, Datuk Seri Najib Razak pernah menyatakan bahawa BN akan mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi semasa pada Mesyuarat Agung Umno. Kini, beliau telah menggunakan Himpunan Belia sebagai alat untuk menyerang parti pembangkang," kata Lee dalam satu kenyataan. Tegas beliau, apa yang diucapkan Najib itu membuktikan perdana menteri keenam itu tidak memahami fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara. "Keadaan ini telah menunjukkan perdana menteri tidak memahami fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. "Di bawah konteks sebuah negara yang demokrasi, Putrajaya adalah milik rakyat Malaysia dan ia merupakan kawasan pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa pilihan raya, jadi Putrajaya bukan dimiliki mutlak oleh mana-mana parti politik," katanya. Bagaimanapun Lee percaya golongan muda tidak akan mudah terpedaya dengan agenda politik yang digunakan BN. "AMK amat kesal dengan Himpunan Belia yang telah dijadikan sebagai majlis menyokong BN dan kebanyakan anak muda dipercayai tidak mengetahui bahawa perhimpunan tersebut merupakan rapat umum BN untuk mempertahankan Putrajaya. "Akan tetapi, terdapat juga pemimpin-pemimpin anak muda dalam NGO menyatakan bahawa NGO tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik selepas mengambil bahagian dalam program tersebut," katanya. Tambah beliau, Najib sepatutnya menjadi teladan kepada golongan muda dan bukan meminta agar mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa. "Sebagai seorang perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya menjadi satu teladan yang baik kepada anak muda dan bukan semata-matanya melaungkan bahawa hendak mempertahankan Putrajaya bersama-sama dengan golongan muda. "Selain itu, perdana menteri juga perlu membersihkan sistem pilihanraya yang tidak adil, kotor dan ketidaktelusan terlebih dahulu sekiranya ingin disokong oleh rakyat," kata Lee. Najib dalam perhimpunan yang diadakan di Putrajaya mahu mahu golongan muda mempertahankan Putrajaya daripada Pakatan Rakyat jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju. Beliau berkata kerajaan tidak akan berjaya dalam usaha transformasi tanpa sokongan daripada belia negara ini. "Ada yang panggil saya Bapa Transformasi, saya tidak tahu, tetapi anda semua adalah pemangkin perubahan," katanya. "Jika belia bersama dengan kerajaan, negara kita akan aman dan kita boleh menjadikan negara kita makmur," katanya. | ||
Perkasa mahu Anwar mengaku dirinya pemimpin paling buruk Posted: 30 May 2011 12:11 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Perkasa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya seorang ahli politik paling buruk, bukannya mendakwa ketua mereka Datuk Ibrahim Ali dalam kategori itu. Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, sepanjang karier Ibrahim berpolitik, tidak pernah beliau didakwa di mahkamah berbanding Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat. "Ibrahim Ali semasa dalam Semangat 46 dulu pun hentam pimpinan Umno dan BN cukup kuat dan tidak sedikit Ibrahim Ali kena siasat baik oleh BPR (semasa itu) atau pun LHDN untuk disabitkan kesalahan bagi menjahanamkan karier politiknya. "Namun, kerajaan ketika itu tidak menemui satu pun kesalahan Ibrahim Ali kerana Ibrahim memang terkenal dengan integritinya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Oleh itu, kata Syed Hassan, Ibrahim tidak akan melakukan apa yang tidak betul. "Apa yang betul beliau lakukan semuanya akan menyusahkan semua pihak yang pernah salah laku kerana Ibrahim tidak kenal sahabat. "Yang tidak betul beliau akan bersuara dengan tegas walaupun terkena rakan karib," katanya. Semalam, Anwar (gambar) menyifatkan Ibrahim, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Perkasa sejak tiga tahun lalu, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang paling buruk. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mendakwa Ibrahim cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian antara satu sama lain dengan mengisytiharkan sanggup mengadakan perang jihad terhadap komuniti Kristian. Tindakan-tindakan Ibrahim, menurut Anwar, dilakukan atas restu Umno. "Masalahnya ialah sistem yang kita ada bertolak ansur dan menggunakan mereka seperti Ibrahim Ali," kata Anwar, "Ketepikan pelawak-pelawak ini," kata Anwar. Dalam ceramahnya tiga minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan perang jihad jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Syed Hassan menambah, presidennya tidak akan membela mereka yang salah laku walaupun mereka adalah rakan karibnya. "Dan, sekarang beliau diterima ramai pihak. Para profesional Melayu semakin mendekati Ibrahim Ali," kata beliau pertahan Ibrahim. Syed Hassan berkata, dalam Dewan Tertinggi Perkasa sendiri tidak sedikit ahli profesional menganggotainya kerana ada lebih lima orang peguam, pensyarah empat orang, bekas timbalan ketua polis negara dan jeneral yang telah bersara juga bersama beliau. "Ahli-ahlinya juga ramai daripada kalangan profesional. "Para imam-iman dan bilal-bilal masjid juga ramai bersama Ibrahim sekarang ini," katanya sambil menambah ramai yang sudah mengenali siapa Ibrahim sekarang, akan bersama dengan beliau dalam Perkasa atau menyokongnya dari luar. Beliau mendakwa ia berbeza dengan Anwar dan ditinggalkan oleh ramai sahabatnya, profesional, ustaz, imam, dan ahli-ahli politik, sebaik mereka mengenali "siapa Anwar sebenarnya." "Anwar Ibrahim kalau bukan seorang ahli polilik yang buruk, tak akan ada yang tinggalkannya. "Saya tidak mahu menuduh Anwar dalam kes-kesnya. Tapi tuduhan ke atas Anwar bukan dari kerajaan. Yang dakwa Anwar adalah individu yang rapat dengan Anwar sendiri," katanya merujuk kepada bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah. "Pelbagai pihak dah dedahkan sendiri siapa Anwar. "Kalau kita nak sabitkan tuduhan terhadap Anwar kerana salah laku moralnya adalah sebab-sebab politik, kenapa pihak yang tidak puas hati dengan Ibrahim Ali tidak buat tuduhan yang sama macam Anwar kena, ke atas Ibrahim Ali?" katanya. Sebaliknya kata beliau, yang selalu "kita dengar pun tuduhan Ibrahim Ali moral buruk lompat parti sahaja." "Buruk sangat ke lompat parti? Berapa kali sangat Ibrahim Ali lompat parti? "Ada ahli politik lebih kerap lompat parti dari Ibrahim. Apa pun rakyat tahu mana ahli politik yang buruk," katanya. Syed Hassan menambah, lebih-lebih lagi orang Melayu yang kenal sangat mana satu ahli politik yang buruk. "Mereka kenal siapa yang yang menjual maruah bangsa dan Islam demi politik. "Itu lebih buruk. Apa lagi yang dituduh peliwat dan penzina. Semoga Allah S.W.T akan beri petunjuk kepada umatnya dalam negara ini. Mana satu pemimpin yang buruk pun Allah dah tunjuk sedikit demi sedikit sekarang ini," kata Syed Hassan. | ||
Mat Said bakal jadi 'DJ' Manis FM lepas PRU 13 Posted: 29 May 2011 11:27 PM PDT PASPB Pada Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, yang berlangsung selamat empat hari bermula dengan perasmiannya pada 9 Mei hingga 12 Mei 2011 pelbagai aksi ahli dewan serta cerita 'pelik' diperolehi. Berkebetulan pula, kawan Awang adalah seorang WARTAWAN yang mempunyai hubungan baik+rapat dengan rakan-rakannya wartawan yang lain. Dan berkebetulan pulanya, salah seorang dari rakan-rakan kawan Awang pula yang juga seorang WARTAWAN dari agensi surat khabar "arus perdana" itu adalah terlibat secara langsung dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Mungkin dia adalah Pengerusi JKKK atau Setiausaha JKKK atau Bendahari JKKK atau Ketua Penerangan JKKK atau mungkin orang 'kuat' Umno diperingkat cawangan dan bahagian Kuala Terengganu. Awang diberitahu, rakan kepada kawan itu telah membisik-bisikkan tentang suatu perangai 'pelik' Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu. Kata mereka (kawan) MB 'Mat Said' buat kerja "GILA". Kata mereka (kawan) mungkin masa depan untuk 'Mat Said' kekalkan kuasa sebagai MB Terengganu sudah berada dipenghujungnya. Rakan kepada kawan Awang itu, memaklumkan bahawa dalam satu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu bulan lalu 'Mat Said' dikatakan telah membuat satu keputusan besar tanpa perbincangan dengan Ahli Exco-nya. Terdapat di kalangan Ahli Exco Kerajaan Terengganu sendiri yang "ANTI Mat Said", yang "MELUAT" dengan perangai Mat Said terkejut "BERUK" apabila diberitahu yang kerajaan negeri telah "membeli" stesen radio Manis FM. Maklumat itu, dijelaskan sendiri oleh Exco Kerajaan Mat Said yang 'terkilan' apabila keputusan untuk membeli stesen radio berkenaan langsung tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang diadakan setiap hari RABU. Mat Said sendiri memberitahu rakan-rakan Ahli Exconya ketika selesai mesyuarat bahawa, "Kita telah beli stesen radio Manis FM dengan harga RM7 juta dan kita telah bayar deposit RM4 juta", ujarnya. Apakah dengan keputusan peribadi Mat Said selaku MB boleh berbelanja RM7 juta untuk penyiaran Manis FM itu tepat dan tidak perlu dibawa berbincang dalam Mesyuarat Exco. Dalam keadaan rakyat susah dan masih banyak yang miskin, tiba-tiba boleh seorang yang bergelar Ketua Eksekutif Menteri Besar Terengganu sanggup "BERBELANJA LEBIH". Namun begitu, ada pandangan nakal rakyat membuat andaian bahawa berkemungkinan besar Mat Said sedang mencari tapak dan peluang yang baik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Kata mereka, Mat Said juga bakal menjadi "DJ" untuk sebuah stesen radio Manis FM yang lahir di Kelantan, Darul Naim..??? Jika Mat Said menjadi "DJ Manis FM" sudah pasti kerja-kerja penerangan dan kerja 'memfitnah' menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Jadi di manakah kepentingan rakyat diutamakan? Jika sekadar slogan sahaja itu tidak memadai dan rakyat terus-menerus menjadi 'mangsanya' Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Di SINI… Awang cuba jelaskan insan manakah yang menjadi peneraju serta pengasas kepada sebuah Stesen Radio Manis FM tersebut? TAN SRI DATO' HJ. HUSEIN AHMAD yang juga 'Orang Kuat Umno' ialah insan di belakang Manis FM. Beliau ialah Pengerusi Eksekutif HUSA Network Sdn Bhd, organisasi yang mengendalikan stesen radio ini. Memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, kemudian seorang wakil rakyat, ahli peniagaan, dan sekarang penggiat penyiaran. Suatu ketika, radio pernah dibayangkan akan melalui zaman malap, namun setelah masa beredar ternyata ia masih mendapat tempat sebagai medium hiburan dan maklumat. Sebagai veteran Umno, Hussein mengaku mewujudkan Manis FM atas rasa kasih dan semangat setia kawan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. ''Hubungan yang rapat dalam parti mendorong saya menghulurkan bantuan kepada Dr. Mahathir melalui kemampuan yang ada untuk menjadi sebahagian telinga kepada pimpinan negara, lantas saya jadikan Manis FM medium antara pendengar dengan perkhidmatan agensi kerajaan. ''Komunikasi dua hala menerusi segmen yang diperkenalkan iaitu berkaitan dengan aduan rakyat menghidupkan Manis FM pada awal kemunculan kerana si pemanggil mendapat maklum balas dengan pantas daripada agensi kerajaan di studio rakaman kerana disiarkan secara langsung," ujarnya. Dan berbalik kepada isu Mat Said beli Manis FM tadi. Maka, banyaklah suara-suara sumbang yang keluar dari mulut pimpinan Umno Terengganu termasuk di kalangan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan Wakil-wakil Rakyat BN. Bahkan, cerita terbaru yang kedengaran dari cakap-cakap 'orang atasan' bahawa Jamaah Istana sudah 'reject'nama Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dari 12 orang nama-nama yang bakal dicalonkan. Mereka adalah Dato' Mohamed Awang Tera, Dato' Seri Ahmad Said, Dato' Ahmad Sabry Chik, Dato' Yahya Khatib Mohamad, Dato' Tengku Putera Tengku Awang, Dato' Nasir Ibrahim Fikri, Dato' Abdul Rahin Said, Dato' Jailani, Dato' Wan Farid Dato' Wan Salleh, Dato' Din Adam. Dikatakan juga dari 12 pencalonan tersebut kini hanyalah tiga orang yang bakal dipertimbangkan oleh Jamaah Istana dan siapakah mereka itu?BO | ||
Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis Posted: 29 May 2011 11:23 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis. Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut. Menurut Cynthia, pendakwa Perancis telah menyimpulkan siasatan awal dan satu permohonan untuk perbicaraan terbuka dibuat akhir Mac lalu. "Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar. Malah, dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta yang Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan," katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini. Justeru, Suaram akan menganjurkan dua program jamuan makan malam bagi mengumpul dana guaman Suaram pada 21 dan 23 Julai di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. | ||
Himpunan Belia dieksploit menjadi Majlis Menyokong BN Posted: 29 May 2011 11:21 PM PDT MERDEKA REVIEW Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengeksploitasikan aktiviti Himpunan Sejuta Belia 2011 sebagai platform untuk mempertahankan kuasa memerintah yang penuh dengan agenda politik sempit. Himpunan belia yang berlangsung di Putrajaya telah menjadi majlis menyokong BN yang membazirkan dana awam (public fund). Tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak pernah menyatakan bahawa BN akan mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi semasa di Mesyuarat Agung UMNO. Kini, beliau telah menggunakan Himpunan Belia sebagai alat untuk menyerang parti pembangkang. Keadaan ini telah menunjukkan PM tidak memahami fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Di bawah konteks sebuah negara yang demokrasi, Putrajaya adalah dimiliki rakyat Malaysia dan ia merupakan kawasan pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa Pilihanraya. Putrajaya bukan dimiliki mutlak oleh mana-mana parti politik. AMK amat kesal dengan Himpunan Belia yang telah dijadikan sebagai majlis menyokong BN. Kebanyakan anak muda dipercayai tidak mengetahui bahawa perhimpunan tersebut merupakan rapat umum BN untuk mempertahankan Putrajaya. Akan tetapi, terdapat juga pemimpin-peminpin anak muda dalam NGO menyatakan bahawa NGO tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik selepas mengambil bahagian dalam program tersebut. Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib Razak seharusnya menjadi satu teladan yang baik kepada anak muda dan bukan semata-matanya melaungkan bahawa hendak mempertahankan Putrajaya bersama-sama dengan pemuda-pemudi. PM perlu membersihkan sistem pilihanraya yang tidak adil, kotor dan ketidaktelusan terlebih dahulu sekiranya ingin disokong oleh rakyat. Sebagai satu negara yang demokrasi, PM perlu memberi ruang dan peluang kepada rakyat khasnya anak muda untuk memilih kerajaan yang dilihat sebagai berupaya memimpin rakyat. Sehubungan itu, PM juga tidak patut menyalahgunakan jentera negara seperti polis, media, penjawat awam dan juga NGO-NGO demi mempertahankan kuasa memerintah sendiri. Oleh itu, AMK menyeru Kerajaan Persekutuan supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan sokongan pada pilihanraya yang akan datang. Sebaliknya, Kerajaan harus sokong Himpunan Bersih pada 9 Julai yang dianjurkan oleh NGO untuk melaksanakan satu pilihanraya yang bebas, bersih dan adil. AMK juga menyeru kepada anak muda supaya melibatkan diri dalam politik dengan lebih aktif serta pemikiran yang bebas dan kritis. Dengan penglibatan aktif anak muda barulah sistem dua parti yang sihat dapat diwujudkan dan tidak membiarkan parti politik yang monopoli dan kerakusan kuasa. *Kenyataan media oleh Lee Khai Loon (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia. | ||
Kebakaran : Tiga Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggan Posted: 29 May 2011 11:20 PM PDT BERNAMA Ketua Operasi Balai Bomba Pudu Yusof Abu Bakar berkata kejadian itu disedari jiran mereka yang menghubungi bomba kira-kira 11.25 pagi. "Ketika kejadian, pemilik rumah berkenaan tidak ada di rumah. Jiran mereka menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi letupan yang kuat dan terkejut apabila melihat api sudah marak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Beliau berkata empat jentera dari Balai Bomba Pudu, Hang Tuah dan Tun Razak dengan kekuatan 25 anggota termasuk pegawai, dikejarkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 11.47 pagi. Yusof berkata tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian masih disiasat. "Api mudah merebak kerana rumah ini dibuat rapat-rapat, dan ia diperbuat daripada kayu dan zink...bagaimanapun, kita dapat kawal kebakaran ini dengan cepat," katanya. Sementara itu, menurut seorang saksi yang enggan dikenali, terdapat papan tanda yang menyebut kawasan terbabit berbahaya kerana terletak berhampiran pencawang elektrik bervoltan tinggi. "Akibat kejadian itu, TNB terpaksa memutuskan bekalan elektrik ke kawasan itu bagi menghindar kebakaran itu daripada merebak," katanya. | ||
Muktamar PAS : Saingan Amat Sengit Tapi Perwakilan Jangan Emosional Posted: 29 May 2011 11:18 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin veteran PAS mengakui ini kali pertama parti itu berhadapan dengan persaingan paling sengit bagi kesemua jawatan utamanya tetapi menasihatkan lebih 1,000 perwakilan agar tidak mengundi "secara emosional" dalam memberikan mandat baru hujung minggu ini. Pengerusi Tetap PAS Abu Kassim Abdullah berkata, beliau secara peribadi merasakan sukar untuk membuat pilihan calon yang terbaik untuk mengisi kedudukan sama ada bagi jawatan timbalan presiden ataupun naib presiden. "Ini pandangan peribadi saya... cakap banyak pun susah nanti, dulu sangat jelas, nak pilih tiada masalah. Sekarang nak pangkah mana satu, saya rasa sangat sukar, saya sendiri pun tidak tahu nak pangkah siapa. "Saya rasa berbanding dengan pemilihan tahun 2009, ini adalah (pemilihan) yang paling sengit, tetapi lebih sengit daripada tahun-tahun lalu," kata beliau yang memegang jawatan pengerusi tetap sejak 24 tahun lalu. PAS, yang berusia enam dekad, mengadakan pemilihan dua tahun sekali sempena muktamar tahunan ke-57 di Gombak hujung minggu ini. Mengulas lanjut mengenai soal "emosional" dalam menentukan undi, Abu Kassim dari Kedah yang menjadi pengerusi tetap sepanjang kepimpinan tiga presiden termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang berkata, perwakilan tidak seharusnya terpengaruh dengan kebolehan seseorang "bercakap" atau terpikat dengan "pemberian sesuatu" walaupun bentuk kempen parti itu masih jauh berbeza daripada Umno yang menjalankan kempen secara terbuka dan menggunakan jentera pemilihan yang besar. "Ya, ya... jangan emosional dalam pilih pemimpin. kena cari pemimpin yang terbaik. Di dalam PAS ini cara berkempen ini berbeza, dia buat secara berbisik-bisik, dalam motokar (kereta), ketika ada kenduri, di kedai-kedai kopi... jadi jangan ada yang terpengaruh kerana pandai bercakap, diberi sesuatu," kata beliau sambil menegaskan, kesemua calon bagi kerusi timbalan presiden dan naib presiden mempunyai keseimbangan dari segi kekuatan masing-masing. Mengenai nasihat kepada perwakilan, Abu Kassim berkata, perwakilan perlu memilih timbalan presiden dan naib-naib presiden, malah penyandang jawatan-jawatan lain tanpa dipengaruhi oleh elemen emosi. Pemilihan juga membabitkan Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama. Sambil menekankan bahawa kesemua calon yang menawarkan diri bertanding atas prinsip kepentingan jemaah dan bukannya kepentingan peribadi, Abdu Kassim menambah, "kalau nak cari kelemahan seseorang calon, memang boleh dipungut (boleh dicari)... jadi bagi saya dari segi kebolehan, saya melihat tiada masalah." "Nak kata Nasharudin (timbalan presiden) ada kelemahan, ada kekurangan... tetapi dia juga telah menjalankan tugas dengan baik. Jadi nak cari kelemahan orang pegang jawatan ini boleh, sebab dia (pesaing) belum pegang jawatan lagi," katanya lagi. Tiga orang bersaing bagi jawatan timbalan presiden iaitu Nasharudin Mat Isa mempertahankan jawatannya dan beliau disaingi oleh Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mohamad mencuba kali kedua manakala Tuan Ibrahim buat kali pertama. Enam orang bertanding jawatan naib presiden berbanding lima calon dua tahun lalu. Mereka ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang masing-masing merupakan penyandang, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Ditanya mengenai ciri seorang timbalan presiden yang diperlukan kali ini, Abu Kassim berkata, PAS memerlukan penyandang jawatan yang dapat menyediakan sebuah pasukan yang boleh membantu Hadi, selaku presiden, untuk menghadpai pilihan raya umum ke-13. "Penyandang mestilah seorang yang dapat membantu presiden menyediakan pasukan yang boleh menghadapi pilihan raya umum, dalam beberapa bulan ini dia mampu membantu presiden menghadapi pilihan raya... pilihan raya tak tahu bila mahu diadakan, tetapi orang kata dekat, jadi ada beberapa bulan sahaja lagi," katanya. Malah kata beliau, PAS memerlukan kepimpinan yang dapat memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum ke-13. Katanya, Umno-BN akan terus menyerang bagi memastikan PAS dilaga-lagakan dengan DAP dan PKR, yang merupakan anggota komponen Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, Abu Kassim menambah, penyokong Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa untuk memerintah negara ini ketiga-tiga komponen ini perlu sedar bahawa mereka tidak boleh mencapai matlamat itu dengan bertanding atau bergerak secara berasingan. "PAS, kalau hendak memerintah secara berasingan pun, hanya boleh tiga negeri sahaja, begitu juga DAP tiga negeri, dan kalau PKR pun tiga empat negeri. "Jadi, kita perlukan pemimpin yang boleh memperkukukuhkan kedudukan PAS dan membantu presiden dalam hal ini," kata beliau sambil menambah, PAS juga memerlukan seseorang pemimpin yang kena yakin pada Islam. Katanya, jika seseorang itu tidak berlatarbelakangan pendidikan Islam pun tiada masalah, asalkan mereka sanggup belajar dan yakin pada PAS dan Islam.-TheMalaysianInsider | ||
Lynas : Penduduk Cuba Serbu Panel Penyelidikan Posted: 29 May 2011 11:16 PM PDT TVS NEWS KUANTAN : Ratusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel penyelidkannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka. Kumpulan itu, kebanyakannya pesara, golongan ibu dan anak-anak, dipimpin oleh NGO Save Malaysia cuba menyerbu ke arah sembilan pakar tenaga atom Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipercayai akan bersarapan dekat kafeteria berdekatan. | ||
Mahkamah Tetapkan 30 Jun Untuk Urusan Kes Bergantung Pada Rayuan Posted: 29 May 2011 11:12 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Kerajaan Negeri Kelantan akan memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu terhadap keengganan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuannya untuk menghalang kerajaan persekutuan dari mencampuri dalam saman melanggar kontrak terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berhubung royalti minyak. Peguam Rishwant Singh yang mewakili Petronas memberitahu media bahawa kerajaan negeri Kelantan akan memfailkan permohonan itu di Mahkamah Persekutuan dalam beberapa minggu ini. Kerajaan negeri juga akan memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu terhadap keengganan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan keduanya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi tidak memindahkan semula saman itu ke Mahkamah Komersial Baru (NCC). Rishwant menyatakan demikian selepas pertemuan dengan Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof, bila kes itu muncul untuk urusan hari ini. Pada 26 Mei, Mahkamah Rayuan menolak rayuan kerajaan negeri, kerana berpendapat kehadiran kerajaan persekutuan dalam saman itu adalah perlu bagi menentukan semua perkara yang dipertikaikan dalam kes itu dapat diadili sepenuhnya. Kerajaan negeri menyaman Petronas kerana dikatakan melanggar kontrak berhubung bayaran tunai yang wajar dibayar kepada Kelantan atas hasil minyak. Dalam kenyataan tuntutannya, kerajaan negeri menuntut Petronas melunaskan bayaran tunai yang tertangguh dan bayaran masa depan atas minyak yang dihasilkan di luar pantai Kelantan sebagaimana termaktub dalam perjanjian petroleum | ||
Simulasi Pilihan Raya Olok-olok : Tak Jejas PR Posted: 29 May 2011 11:10 PM PDT Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad AMPANG : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk mengadakan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti yang akan dijalankan pada pertengahan tahun ini tidak akan mempengaruhi mana-mana parti Pakatan Rakyat. Malah, katanya setiap parti politik berhak untuk menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya serta membuat persediaan bagi menghadapi situasi sebenar. Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas pengumuman yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak kelmarin. "Nama pun olok-olok, keputusan pun boleh jadi olok-olok juga dan kita tidak boleh terpengaruh dengan keputusan itu kerana ia hak mana-mana parti untuk mengadakan latihan dan kita juga ada kegiatan kita sendiri...segala keputusan terpulang pada parti masing-masing." katanya selepas menziarahi mangsa tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat di Hospital Ampang, semalam sebelum bertemu keluarga mangsa di sekitar Dusun Tua. Bagaimanapun, Abdul Hadi menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai perkara biasa yang hanya mahu melatih jentera partinya. Kelmarin, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan simulasi pilihan raya 'olok-olok' akan dibuat pertengahan tahun ini. Perdana Menteri Najib Razak berkata, semua pemimpin partinya akan turun padang untuk meninjau perjalanan sepanjang pilihan raya itu berlangsung bagi meningkatkan persediaan secara berterusan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, kelmarin. | ||
Peningkatan Jumlah Undi Di Selangor : SPR Perlu Telus Posted: 29 May 2011 11:08 PM PDT Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad AMPANG :Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendakwa Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita berhubung pertambahan jumlah pengundi di Selangor baru-baru ini disifatkan sebagai tidak berasas, kata Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Menurut Abdul Hadi, SPR seharusnya menyiasat laporan yang dibuat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berhubung perkara tersebut dan bukannya berusaha untuk merumitkan lagi keadaan sedia ada. "Kita tidak percaya pihak yang berkenaan (SPR) kerana mereka tidak bebas. Sebenarnya SPR masih di jabatan Perdana Menteri, begitu juga dengan SPRM yang jelas menunjukkan tidak ada ketelusan dalam pentadbiran negara. Sebab itu mereka perlu memahaminya dan tidak sepatutnya menuduh PR sebegitu, malah sebaliknya perlu menyiasat setiap laporan yang dilakukan." ujarnya ketika ditemui selepas menziarahi mangsa tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat yang kini ditempatkan di Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut, semalam. Mengulas lanjut keputusan Pakatan rakyat untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Abdul Hadi berkata, pihaknya menyerahkan segala keputusan pembubaran tersebut kepada kepimpinan tertinggi. Jelas Abdul Hadi lagi, pihaknya juga kini sedang merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang "Perkara itu akan dikaji oleh PR melalui strategi politik yang akan diguna pakai dalam membuat keputusan tersebut."katanya. Sebelum ini, Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata, DAP akan menyarankan semua negeri Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN masing-masing jika PRU diadakan tahun ini. Malah, Pakatan Rakyat juga telah sebulat suara untuk tidak membubarkan DUN di setiap negeri Pakatan Rakyat. Dalam pada itu Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Selangor mahu memastikan pentadbiran di negeri itu dilaksanakan bagi tempoh sekurang-kurangnya empat tahun sebelum berhasrat membubarkan DUN. Manakala di Georgetown, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata pakatan pembangkang kekal dengan cadangannya untuk tidak membubarkan DUN yang dikuasai mereka walaupun membabitkan kos yang tinggi. | ||
Syabas Pula Tawar Air Percuma Sepanjang Tahun Posted: 29 May 2011 11:06 PM PDT TVS NEWS Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok Suh Sim berkata demi terus membela golongan penduduk itu, Syabas kini perlu memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam melengkapkan penstrukturan semua industri air Selangor. Ini akan memastikan penduduk terbabit terus menikmati kemudahan air pada kadar yang munasabah selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, tambah beliau kepada TV Selangor. " Saya mengalu-alukan cadangan Syabas ini, tetapi apa yang penting adalah Syabas mempercepatkan proses pengambilalihan syarikat terbabit oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata Teresa. Beliau berkata langkah terbaru Syabas mengecualikan terus keluarga miskin daripada membayar bil air menyusul tindakan kerajaan negeri memberi air percuma 20 meter padu sejak tahun 2008. " Kerajaan Negeri telah memberikan 20 meter padu air percuma kepada semua rakyat di Selangor dan kami telah menunjukkan prihatinan kami. Jadi jika Syabas ingin menghulurkan bantuan tersebut kepada keluarga miskin kami mengalu-alukanlah," kata beliau. Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata, syarikat itu akan memberi kelonggaran kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan tidak berkemampuan dari membayar bil air sepanjang tahun. Rozali berkata keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang ramai pula akan diberi keutamaan dalam pemberian air percuma kerana mereka dibeban dengan perbelanjaan mengurus pendidikan anak-anak. Kerajaan Negeri sebelum ini membuat tawaran untuk mengamil alih aset Syabas dan tiga syarikat konsesi lain dalam hasrat untuk menjamin harga air tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya seperti masa-masa lalu. Kerajaan negeri dijangka mengadakan mesyuarat dengan kerajaan persekutuan bulan depan dalam usaha terbaru untuk mengatasi kemelut pengambilalihan itu. | ||
Batal Kilang Lynas Jika Bahayakan Penduduk, Kata Pakatan Posted: 29 May 2011 11:05 PM PDT TVS NEWS SUBANG JAYA : Kerajaan Persekutuan sepatutnya melaksanakan kajian berwibawa dan bebas keatas kesesuaian membina kilang pemerosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang sebelum meluluskan projek kontrovesi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya kelulusan diberikan untuk syarikat Lynas dari Australia membina kilang RM700 juta itu tanpa menangani isu radiasi dan aspek-aspek keselamatan lain secara telus dan bertanggungjawab, tambah beliau. "Macam Lynas, mereka kata tak apa, pakar IAEA telah mengkaji, IAEA Malaysia? Kita kena ada pandangan bebas mengenai perkara ini kerana ini berkaitan dengan nyawa manusia, kadang-kadang saya tak faham.... senang-senang sahaja mereka luluskan." Anwar berkata demikian pada sesi dialog bersama 400 golongan profesional belia di Hotel Empire, Subang petand tadi. Beliau berkata Putrajaya sepatutnya tidak berkompromi dengan syarikat terbabit tidak mementingkan keuntungan pelaburan semata-mata. "Kalau tanya saya, apa yang patut buat adalah mendapatkan khidmat pakar untuk melihat dan berbincang terlebih dahulu mengenai perkara yang patut dan tidak boleh dilakukan dan yang paling penting (menilai) risiko besar projek ini. Jangan terus laksanakan tanpa memikirkan kesan kepada orang awam," tegas beliau. Anwar berkata kerajaan Umno-Bn sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman negara luar. Terbaru adalah radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Mac lalu. "Macam mana keperluan pun, kalau ia membawa risiko kepada nyawa dan keselamatan kepada manusia, adalah lebih baik jangan mengambil risiko (itu) langsung." kata Anwar. Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di Gebeng menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang membahayakan orang ramai. | ||
Posted: 29 May 2011 11:02 PM PDT Ditulis oleh Naeem Raffi TEMERLOH :Ramalan tarikh pilihan raya yang bertiup semakin kencang telah lama dihidu oleh Pakatan Rakyat sekaligus memberi kelebihan kepada gagasan itu membuat persiapan rapi menjelang tarikh keramat itu. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, semakin dekat tarikh pilihan raya bermakna semakin dekat perubahan menghampiri Putrajaya, sekaligus menandakan sedikit sahaja lagi benteng Umno-Barisan Nasional bakal dirempuh. "Sesetengah pihak berpandangan pilihan raya mungkin sekitar bulan 7, ada yang meramalkan bulan 11 ada juga yang mengatakan awal tahun depan, himpunan kita pada malam ini kita nampak, masyarakat hari ini mahu pilihan raya dekat kerana semakin dekat dengan pilihan raya, semakin dekat kita dengan Putrajaya," kata Mohamad kepada hadirin yang membanjiri Tapak Kompleks PAS, Kerdau, malam semalam. Jelas Mohamad, kehadiran hampir 10,000 Warga Felda dan penduduk Pahang pada himpunan kebangkitan warga Felda Pahang ini adalah gambaran awal bahawa Putrajaya bukan lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional. Kebanjiran rakyat ini juga katanya membuktikan bahawa rakyat sudah jelak dengan pembohongan dan propaganda mainan pemerintah terutamanya yang berkaitan dengan kemajuan ekonomi dan pembangunan. Namun ujar Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, isu pembangunan ini tidak lagi relevan pada hari ini. "Selepas pilihan raya 2008, isu ekonomi dan isu pembangunan tidak dapat digunakan lagi. Kalau dulu mereka (Umno-BN) mengatakan kalau BN kalah tiada pembangunan, BN kalah pelabur asing tidak datang, dan rakyat banyak yang akan hilang pekerjaan. " Mereka-Umno-BN cuba sinonimkan pembangunan dengan Umno dan BN,"kata Mat Sabu lagi. Ironinya, fakta daripada Badan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2008 dan ke atas membuktikan, negeri tertinggi menjadi tumpuan pelabur asing adalah Pulau Pinang diikuti Selangor dan Kedah yang tidak ditadbir pemerintah. Mengulas senario ini, Mat Sabu berkata rekod tersebut jelas memberihu rakyat bahawa tanggapan Umno-BN selama ini meleset sama sekali. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno sengaja mencipta isu luar jangka bagi mengaburi mata rakyat selain membekalkan pelbagai program berunsur hiburan untuk melalaikan rakyat dari isu semasa yang semakin mencengkam kehidupan rakyat marhaen. "Mereka cuba mengalihkan perhatian kita semua kepada isu-isu yang sengaja mereka wujudkan daripada isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat,"ujarnya. Baliau berkata demikian mengulas usaha terdesak Umno-BN yang mengunakan fitnah video lucah untuk menyerang pemikiran golongan dewasa manakala penganjuran Hari Belia Negara pula untuk menawan golongan muda. Melihat kepada dasar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mula diterima rakyat, Umno-BN terus-terusan mengkritik dari pelbagai sudut namun pada masa sama menyadur idea itu untuk diadaptasi dalam kepimpinan mereka. "Yang hairanya, setiap kali kita lancarkan sesuatu, mereka kritik, mereka komen tetapi akhirnya mereka tiru, kita lihat bagaimana mereka menggunakan media menyerang cadangan kita dalam Buku Jingga dengan menggambarkan sekiranya Buku Jingga diteruskan negara bakal bankrup, tetapi kini satu demi satu mereka tiru,"kata Tuan Ibrahim. Pada majlis yang sama, PAS turut menyiarkan montaj cadangan penubuhan sebuah universiti Felda yang dinamakan Universiti Teknologi Felda Tun Abdul Razak. Universiti itu dicadang dibina di atas tapak seluas 400 hektar di Jengka, Pahang, memandangkan Pahang adalah negeri yang paling banyak tanah rancangan Felda. Ia akan berperanan sebagai institusi pendidikan khusus kepada anak-anak peneroka Felda seperti Universiti Tenaga Nasional yang memberikan keutamaan kepada anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad. Ia turut menyaksikan penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada Pengerusi Anak, Mazlan Aliman di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. | ||
Posted: 29 May 2011 05:04 PM PDT Apa dah jadi ni? Rasa macam tak selamat la pulak makanan minuman yang dimakan selama ni.Baru-baru ni, ada "kedai roti terkenal" yang dah kena samak. Sape yang sepatutnya dipersalahkan sekarang ni. Sudah lebih setahun bir 'halal' ada di Malaysia baru sekarang ni nak ambil tahu.Baca petikan di bawah ini. "JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal' di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat. Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol. Tak sangka pula rupanya dalam kata halal, rupanya dah terlebih kandungan alkohol sehingga membawa kepada haram.Inilah sikap sesetengah rakyat kita, asal boleh kata halal, minum je.Tak pernah pula nak terfikir samada ianya betul-betul halal atau tidak. Lagipun, kenapa perlu ada bir halal ni? Pendapat kami, kalau tak ada pun tak apa.KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara.Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus..Jadi, dah sah-sah la minuman ni haram. Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman 'halal' berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras.Macam air Malta yang biasa kita jumpa.Dibuat dalam kilang Guiness. Masalahnya sekarang, dimanakah ketelusan pihak berkuasa KDRM dalam menangani isu ini. Janganlah diambil mudah, semua barang import boleh sesuka hati di bawa masuk tanpa ada pemeriksaan yang ketat.Tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.Tapi, tengoklah kesudahannya, bila diuji, rupanya ada lebih alkohol dari yang dibenarkan. p/s : Jauhi la arak,zina dan judi.Minum sahaja air masak.Lagi bagus untuk kesihatan. | ||
AWER: "Bailout" Bon air Selangor TIDAK Sehaluan dengan model WSIA Posted: 29 May 2011 04:59 PM PDT MERDEKA REVIEW Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membantah cadangan yang tidak bertanggungjawab oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk "Bailout" bon-bon air yang bernilai RM 6.5 Billion. Tindakan ini tidak sehaluan dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dan implementasinya kerana cadangan ini tidak menetapkan nasib pemegang konsesi. AWER ingin merujuk kepada "bailout" oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat pada 2009 ke atas syarikat General Motor dan Chrysler. Perbendaharaan Amerika Syarikat telah mengambil alih pegangan saham syarikat-syarikat ini dalam tindakan "bailout" tersebut. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan syarikat-syarikat ini tidak runtuh dan mengelakkan kehilangan mata pencarian rakyat. Walaupun cadangan oleh KeTTHA dan PAAB dapat dilihat sebagai satu kaedah untuk mengelakkan kemerosotan keyakinan pasaran kewangan terhadap Malaysia, cadangan ini masih tidak sehaluan dengan implementasi WSIA. Setelah kaedah "bailout" dilaksanakan dan PAAB mengambil alih pegangan saham yang berkaitan dalam syarikat-syarikat ini, perjanjian baru boleh dilaksanakan secara langsung di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri air di Selangor tanpa perlunya penglibatan pemegang perjanjian konsesi. | ||
Zahid: Budaya kecil hati, pujuk hanya rugikan Umno Posted: 29 May 2011 04:57 PM PDT MALAYSIA KINI Satu modul akan dirangka bagi "merawat" kekecewaan anggota Umno yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya kerana ia boleh merugikan parti jika tidak ditangani, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang ditugaskan merangka modul itu berkata, anggota Umno sebelum ini banyak menghabiskan masa selama beberapa hari dalam tempoh berkempen untuk memujuk anggota yang merajuk akibat tidak terpilih daripada menumpukan perhatian kepada kempen bertemu pengundi. "Modul untuk menghakis budaya berkecil hati dan merajuk itu akan dirangka dalam simulasi pilihan raya umum olok-olok tidak lama lagi," katanya, sambil menambah beliau ditugaskan Majlis Tertinggi Umno sebagai pengerusi dan penyelaras untuk simulasi pilihan raya di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). "Saya akan tentukan antara modulnya untuk memastikan supaya jentera parti diwujudkan awal dan dihakiskan soal-soal sakit hati, jauh hati dan retak hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Titiwangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata budaya itu perlu dihentikan segera kerana ia boleh dianggap sebagai perbuatan sabotaj selain membolehkan anggota Umno memberi fokus kepada pilihan raya. "Bila kerusi Parlimen dan DUN dibubarkan, masa tu bakal-bakal calon dan wakil rakyat berkeliaran, yang wakil rakyat nak lobi supaya kekal dan bakal calon lobi untuk dipilih. Sampai hari penamaan calon yang tak dapat merajuk. "Jadi, kalau kempen ditetapkan 10 hari, lima hari pertama pujuk untuk orang yang tak dapat manakala lima hari kedua baru kempen untuk pilihanraya, jadi ketika itu parti lawan masuk mempengaruhi pengundi," katanya, sambil menambah bahawa beliau bercerita melalui pengalaman. Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid menegur ahli dan pemimpin Umno yang menyalahguna media baru seperti Facebook, Twitter dan blog untuk mengecam sesama ahli dan bermusuhan. Katanya, media baru itu seharusnya digunakan sebaiknya untuk mendekati pengundi dengan memberikan penjelasan dasar parti seterusnya melemahkan parti lawan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan