Ahad, 29 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib silap baca golongan muda, kata Anwar

Posted: 29 May 2011 04:26 AM PDT

MALAYSIA KINI


Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

one million youth gathering in putrajaya on stage crowd 2Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk "mempertahankan" pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

TV Selangor memetik Anwar berkata, hakikatnya ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara.

"Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

"Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.

anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers"Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan," kata Anwar kepada ribuan peneroka Felda dan penduduk kampung di Kerdau, Pahang malam semalam untuk mendengar ceramahnya.

Kaya-raya

Anwar malam tadi juga mengupas ucapan Najib pada majlis sambutan Hari Belia itu yang dialas dengan gesaan supaya belia menyokong Umno-BN sebagai syarat menikmati kemakmuran.

Kenyataan sedemikian, kata Anwar hanya menunjukkan rasa terdesak Perdana Menteri.

Menurut Anwar beliau tidak menuduh Umno sebagai parti yang tidak pernah membuat apa-apa.

Namun yang dipersoalkan adalah kemungkaran dan kezaliman yang menyebabkan rakyat menderita manakala pemimpin hidup dalam keadaan kaya-raya.

anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers"Saya tidak samakan Umno dengan Firaun, Firaun pun buat bangunan dan jalan, negara komunis, Zimbabwe, mahupun Bangladesh pun buat pembangunan, soalnya kita ini mahu nilai apa kekurangan besar yang membolehkan sebuah perubahan kuasa itu perlu," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat supaya merenung hala tuju negara di bawah pemerintahan Umno-BN dan tidak termakan dengan dakyah dan gula-gula politik yang disebarkan parti itu.

"Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk sokong parti mana-mana, tetapi kita sanggupkah pertahankan kezaliman, bolehkah kita diam tentang rasuah, mampukah kita biarkan fitnah, lucah termasuk qazaf dan semulanya berlaku?" tanya Anwar.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu, Ketua Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail dan Presiden ANAK, Mazlan Aliman.

Keluarga adik Johari kesal 'layanan' hospital

Posted: 29 May 2011 04:23 AM PDT

Afiq Hizami, Pelatih UKM

KUALA LUMPUR: Keluarga adik Mohamad Johari Abu bakar, 17 -remaja yang ditembak mati oleh polis- kecewa dengan sikap hospital Serdang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menguruskan jenazah anak mereka sehingga mula berbau.

"Hati saya pedih dan sayu melihat mayat anak saya begini, dia kelihatan sangat menyeksa dan kami lagi terseksa melihatnya dalam keadaan itu," Salmah Mohamed Shariff, 41 kepada Harakahdaily ketika melihat jenazah yang dibedah siasat kali kedua di PPUM.

Jenazah tersebut sebelum ini dibawa ke Hospital Serdang untuk dibuat bedah siasat kali pertama, sebelum mendapat kebenaran dari Makamah Tinggi untuk dibedah siasat kali kedua di PPUM.

Difahamkan jenazah tiba di sini jam 3 petang 25 Mei lalu dan setelah didesak barulah bedah siasat ke dua dibuat.

Layanan buruk sejak awal

Sepupu mangsa, Yusof Kandar Shah, 25, turut kesal dengan sikap dan layanan pihak hospital sejak awal jenazah ditempatkan di hospital Serdang.

"Jenazah dihantar dari hospital Serdang hanya menggunakan van jenazah biasa dan tidak bukan van jenazah yang berais.

"Pihak hospital Serdang juga tidak memaklumkan kepada kami tentang jenazah dengan cara kurang ajar", jelasnya.

Ibu mangsa juga didakwa pernah pengsan akibat terkejut dengan layanan seorang doktor apabila ditanya tentang keadaan jenazah mangsa.

Doktor itu didakwa berkata "pergilah tengok anak kamu, entah-entah sudah tinggal tulang" keapa ibu mangsa.

Sementara itu, turut hadir menunggu bedah siasat mangsa ialah peguam bela dari pihak keluarga iaitu Latheefa Koya menjelaskan tentang sikap buruk pihak PPUM.

"Jenazah tiba di sini sudah tiga hari pada hari Rabu lalu, kami mendapat perintah Makamah Tinggi Shah Alam dibenarkan menjalankan bedah siasat kedua dengan segera namun pihak PPUM dilihat seolah-olah tidak dimaklumkan pekara ini dan perlu mengesahkan hal tersebut terlebih dahulu dengan pihak makamah, polis dan hospital Serdang.

"Pihak kami pada jam 2.30 (kelmarin) tidak tahan dengan karenah ini membuat keputusan bersama ahli keluarga untuk menarik balik jenazah serta membuat laporan polis berikutan dengan pekara itu.

"Barulah pihak PPUM mula panik dan menjelaskan akan membuat bedah siasat segera pada jam 4 petang setelah lama mereka berbincang,"katanya.

Pada masa yang sama wartawan Harakahdialy turut dipersoalkan oleh salah seorang petugas PPUM mengenai kebenaran untuk membuat liputan di tempat kejadian tetapi mendapat perlindungan daripada ahli keluarga mangsa.

Dalam kejadian 13 Mei lalu, Mohamad Johari yang disyaki terlibat dengan geng samun kenderaan mewah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis berhampiran sebuah hotel bajet di Cyber Valley, Dengkil.

Dilaporkan sebelum ini, dia baru sahaja keluar dari hotel sebelum memasuki sebuah MPV yang diletakkan di belakang hotel tersebut.

Keluarga mangsa bagaimanapun curiga dengan punca kematian anak mereka dan mendakwa tubuhnya penuh dengan kesan lebam serta lengannya patah.

Anwar puji Anak, teruskan usaha bela peneroka

Posted: 29 May 2011 04:22 AM PDT

Hazayani Zakaria



TEMERLOH: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh usaha yang dibuat Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang bertungkus-lumus membawa perubahan ke dalam Felda.

"Saya salute dengan Mazlan yang pakar dalam hal generasi kedua Felda ini.

"Yang dicadangkan Universiti Felda dalam buku Jingga ini memang cadangan yang cukup baik," katanya katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.

Tambahnya sudah sampai masanya Felda mempunyai universiti yang diuruskan tenaga mahir dari warga Felda sendiri.

"Tenaga dalaman dari Felda, hartanya tanahnya, tenaga fikirannya, profesornya semua dari Felda untuk urus sendiri biar bebas merdeka anak Felda," katanya.

Tegas ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga, anak muda harus bangkit membawa suara perubahan dalam negara ini dan tidak harus membiarkan Umno BN mendidik mereka menjadi lesu.

"Sudah sampai masanya anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan.

"Orang muda dikaitkan dengan idealisma, cita-cita murni benci dengan penyelewengan, rasuah dan kemungkaran," katanya.

Beliau turut memberi suntikan semangat kepada warga Felda untuk menawan Pahang pada pilihan raya umum akan datang.

Kena susun gerak kerja dari sekarang, cari dan daftarkan ahli.

"Kita kena tawan Pahang. Siapa kata Pahang kubu kuat Umno? Kita boleh tawan Pahang kalau semua buat kerja," katanya.

Selain memansuhkan Felda Plantation, kandungan Buku Jingga juga termasuk mewujudkan Universiti Felda bagi membolehkan anak-anak peneroka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan.


Geram tuntut royalti minyak

Posted: 29 May 2011 04:20 AM PDT

Rizal Tahir


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kota Bharu melancarkan Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti Minyak Kelantan (Geram), sebagai usaha untuk menuntut royalti minyak daripada Petronas.

Program ini dilancarkan oleh ketuanya, Wan Azimin Wan Adnan, sempena majlis makan malam bagi meraikan bekas-bekas pemimpin pemuda kawasan berkenaan malam tadi.

Azimin dalam ucapannya berkata, gerakan itu ditubuhkan bagi menyedarkan golongan muda khususnya kawasan Kota Bharu untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri untuk menuntut royalti.

"Geram akan menyatakan suara anak muda Kota Bharu bagi mendesak Kerajaan Pusat dan Petronas memulangkan royalty minyaki pada rakyat Kelantan," ujarnya.

Sambungnya, antara pengisian yang bakal dilakukan dalam gerakan ini memasang bena atau kain rentang untuk menyatakan tuntutan tersebut, selain memberikan sesi penerangan pada rakyat Kawasan Kota Bharu berhubung penghianatan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat yang telah menarikan tuntutan itu.

Pada majlis itu juga beliau mengingatkan mana-mana golongan Pemuda yang ingin menjadi pemimpin tertinggi mengetahui isu-isu semasa khususnya di zaman ini.

Jelasnya, selain ilmu isu semasa perlu diketahui oleh mana-mana mereka yang ingin menjadi pemimpin kerana ianya antara faktor yang bakal menggugatkan pihak lawan.

Antara pimpinan yang hadir pada majlis yang diadakan di sebuah restoran timbalannya Zuhairi Ismail dan setiausahanya Kamaruzzaman Abdullah serta anggota jawatankuasanya.

BN takut, 'rayu' belia pertahan Putrajaya

Posted: 29 May 2011 04:15 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belia Malaysia membantu untuk mempertahankan Putrajaya bukti Umno BN takut berdepan Pilihan Raya Umum ke -13, kata Idris Ahmad.

Ketua Penerangan PAS itu mendakwa, permintaan Najib itu hanya sia-sia kerana yakin belia pada zaman ini matang membuat penilaian dengan pendedahan maklumat yang pelbagai dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana yang dikawal Umno BN.

"PAS yakin belia Malaysia bukan hidup zaman gua yang terputus maklumat. Belia Malaysia yang merupakan orang aktif dengan media baru yang sentiasa terdedah dengan maklumat sebenar.

"Umno hanya boleh mendapat sokongan daripada rakyat yang buta maklumat, belia bukan tergolong dalam kategori rakyat yang buta maklumat. Kebetulan pula yang datang di dalam perhimpunan ini bukan dengan kerelaan hati," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Mengulas himpunan setuja belia yang diadakan di Putrajaya itu, Idris berkata PAS tidak menganggap kehadiran belia ke sana petanda sokongan mereka kepada Umno BN, apatah lagi kehadiran mereka secara paksa rela.

"PAS tidak hairan kerana perhimpunan yang Umno BN anjur semuanya bukan sukarela tetapi paksa rela, berbeza dengan himpunan anjuran PAS yang datang dengan belanja sendiri.

"Rakyat tentu masih ingat ketika Umno tersepit maka mereka akan menghimpun rakyat. Sewaktu bergaduh dengan Raja-raja Melayu tahun 1983 mereka ajak rakyat untuk tunjuk kepada Raja-raja Melayu dengan mengadakan perhimpunan bahawa rakyat di belakang Umno," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau yakin belia yang matang tidak akan bersama dengan kerajaan yang boros, korup dan tidak berhemah kepada negara dan rakyat.

Belia jelasnya sedar mereka kini sedang dibebankan dengan kos kenaikan harga barangan termasuk beban pinjaman pengajian, beban sara hidup, pengangguran dan sebagainya.

"Mereka tidak boleh terima, rakyat negara ini semakin merempat walaupun hasil mahsul negara begitu banyak," tegasnya.

Pekerja butik didakwa kata ‘polis bodoh’

Posted: 29 May 2011 04:07 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA TERENGGANU— Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.

Laporan Bernama Online menyebut, Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira 1 tengah hari semalam di hadapan LTSM.

Dia dituduh mengeluarkan perkataan "polis bodoh" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak, yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahn-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung hitam mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Seksyen/Masjistret Rusilah Chik.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Ketika kejadian itu, tertuduh yang bekerja di sebuah butik di LTSM dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya.

Dia kemudian terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan dan dia diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

Tertuduh bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati apabila ditegur tentang kesalahannya itu dan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggelar bodoh terhadap anggota polis tersebut.

Jatuhnya Putrajaya bukan kerana berhimpun

Posted: 28 May 2011 11:04 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Jatuhnya Putrajaya yang dikuasai BN sekarang bukan disebabkan berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi yang lebih popular kepada Pakatan Rakyat yang akan disaksikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Sehubungan itu, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 yang hanya dihadiri sekitar 8,000 belia sahaja, semalam.

Katanya, ucapan Najib tersebut menjelaskan lagi apa yang beliau dakwa dalam kenyataannya kelmarin bahawa pemimpin BN sangat resah, gelisah dan semacam tidak boleh tidur nyenyak memikirkan kuasa yang dimiliki di Putrajaya bakal hilang.

Baginya, perhimpunan yang ternyata gagal dari segi jumlah kehadirannya itu ternyata digunakan sepenuhnya Najib dan timbalannya untuk melahirkan perasaan resah dan gelisah kepada kuasa yang bakal hilang.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak berkata, sungguh malang program yang sudah berbulan dirancang dan dicanang oleh pemimpin BN serta mendapat liputan media cetak dan elektronik itu hanya dihadiri seramai itu.

"Maka adakah benar-benar mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mermbenarkan mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat seperti yang dilaungkan Najib dalam ucapannya?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kerana itu beliau meyakini bahawa para belia akan bersama Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan BN dalam PRU 13 nanti.

Oleh itu, beliau sangat menghargai sikap matang para belia pada masa kini untuk bersama seluruh rakyat malaysia bagi menyelamatkan negara yang disayangi ini.

"Lucunya Najib cuba merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat seperti di Mesir dan Tripoli dengan katanya Malaysia aman dan stabil dalam keadaan dia menimbulkan suasana tidak aman dan tenteram dengan mengapi-apikan rasa benci kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Tambahnya, sangat malang bagi sebuah negara yang cuba merosakkan para belia dengan perhimpunan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewangan dan dasar yang menindas rakyat.

"Tetapi saya ingatkan di luar sana adalah para belia yang tidak akan berhimpun seperti di Asia Barat tetapi mereka akan berhimpun di pusat pengundian dalam PRU 13 akan datang bagi jatuhkan kerajaan BN.

"Saya tegaskan bahawa Najib dan para belia yang berhimpun bersamanya di Putrajaya kelmarin pasti tidak dapat menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya kerana Putrajaya tidak akan dapat dipertahankan walaupun sejuta belia yang hadir dengan cara berhimpun," ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga bercakap nada yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya dengan katanya "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".

Beliau berkata, lucunya Najib mendakwa bahawa para belia tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan tuduhan jahat kononnya Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya.

Baginya, itu satu dakwaan yang dilihat sebagai kegelisahan tahap maksimum seorang pemimpin yang akan bertahan sebagai Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja, sesuai dengan slogan 1Malaysia yang dibawanya.

"Ternyata kalau kita amati gelagat Najib sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda kegusaran yang serius dan tidak pernah dialami oleh pemimpin Umno sebelum ini.

"Beliaulah satu-satunya pemimpin BN yang dilihat terbukti sedang bergelut dengan suasana sangat getir bagi mempertahankan kuasa BN yang telah melewati 50 tahun itu," katanya.

Justeru, Khalil tidak dapat membayangkan apakah ucapan dan tindakan lain yang akan dilakukan oleh seorang yang disifatkan 'gila kuasa' dan sedang melakukan untuk mempertahankan kuasa.

Jangan minum bir didakwa halal, Jamil Khir nasihat Muslim

Posted: 28 May 2011 11:02 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



PADANG SERAI — Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Dipetik Bernama Online, Jamil berkata, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih jelas," kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran Umno Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan dekat sini.

Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan 'bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor baru-baru ini.

Jabatan Agama Islam Johor mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir tersebut dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

Laporan itu menyebut bahawa minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

"Dalam keadaan tidak pasti, saya ingin menasihatkan umat Islam berhenti meminum minuman itu supaya tidak terperangkap dalam situasi yang mengelirukan," kata Jamil Khir.

MB Pahang: MCA perlu yakin, yakinkan kaum Cina hadapi PRU-13

Posted: 28 May 2011 11:01 PM PDT




GENTING HIGHLANDS— Pemimpin-pemimpin MCA perlu memperbaiki dan melengkapkan diri jika komponen Barisan Nasional (BN) itu mahu menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13, kata Datuk Seri Adnan Yaakob di sini malam tadi.

Menteri Besar Pahang (gambar) itu berkata, satu-satunya cara bagi MCA memenuhi matlamat itu adalah pemimpin-pemimpinnya yakin pada kekuatan mereka.

"Kita harus tahu kekuatan kita sebelum (boleh) menghadapi pilihan raya umum... kita perlu tahu kekuatan kita.

"MCA perlukan keyakinan. Jika anda teragak-agak, sah kita akan kalah," kata Adnan pada sesi pemukiman MCA di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, apabila MCA diperkuatkan, maka ia boleh bekerja dengan Umno sebagai perikatan yang mantap.

"Kaum Cina mesti diyakinkan bahawa MCA boleh berjuang untuk masyarakat Cina. Kita tidak boleh kata kita ini (menggambarkan) kepelbagaian kaum jika tiada perwakilan Cina dalam BN," kata beliau.

Pada pilihan raya umum 2008, MCA berhadapan dengan prestasi buruk selepas kehilangan lebih separuh daripada kerusi yang ditandinginya.

Ia hanya menang 15 daripada 31 kerusi Parlimen yang diperuntukkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disebut-sebut akan memanggil pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa dari sekarang.

Desas-desus mengenai tarikh pilihan raya itu berterusan ketika BN masih bekerja keras untuk mendapatkan sokongan pengundi kalangan Cina yang beralih kepada pembangkang tiga tahun lalu.

Dalam aspek ini, MCA dan Gerakan dilihat berhadapan dengan saingan DAP, komponen Pakatan Rakyat, bukan sahaja di Pahang tetapi di kebanyakan negeri termasuk di Sabah dan Sarawak.

Umno perlu ‘belajar’ dari Pakatan pandai simpan krisis dalaman

Posted: 28 May 2011 10:59 PM PDT


KUALA LUMPUR — Ahli-ahli Umno perlu bertindak seperti barisan pembangkang yang sanggup mengetepikan amalan politiking dalaman, kata ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani (gambar) hari ini.

Johari berkata, budaya bermusuhan dan mengkhianati dalam Umno, meskipun wujud di peringkat cawangan, akan membawa impak buruk ke atas masa depan politik Umno.

"Mari bekerja sebagai sebuah pasukan untuk memenangi (kerusi) Titiwangsa," kata beliau pada persidangan perwakilan bahagian itu, salah satu bahagian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Barisan Nasional (BN) hilang 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

Bercakap pada majlis perasmian persidangan itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa ahli-ahli parti itu sanggup membuka pekung di khalayak, tidak seperti Pakatan Rakyat (PR).

Kata beliau, walaupun ada masalah yang sama dalam PKR, PAS dan DAP, kepimpinan pembangkang bijak dalam menyembunyikan rasa tidak puas hati mereka daripada pengetahuan awam.

Alat-alat seperti media atas talian seharusnya digunakan dengan baik ke atas pembangkang dan bukannya untuk mencetuskan permusuhan dalam parti kerana ia akan digunakan sebagai peluru oleh pihak musuh, kata Zahid.

"Dengan pilihan raya umum semakin dekat, peluru-peluru ini akan membunuh kita," kata beliau memberi amaran.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata ahli-ahli Umno seharusnya memfokus perhatian mereka ke atas soal pilihan raya, bukannya menghabiskan masa untuk politiking ketika perlu membuat persiapan menghadapi pilihan raya.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat kelmarin memutuskan untuk mengadakan pilihan raya olok-olok menjelang pilihan raya umum.

Datuk Seri Najib Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN dijangka memanggil pilihan raya umum tahun ini meskipun mempunyai mandat sehingga 2013.

Mata murid buta dicucuk pensel

Posted: 28 May 2011 10:36 PM PDT

SABAH DAILY


Masa depan seorang murid lelaki Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Lampam dekat sini kabur apabila mata kanannya dikhuatiri buta akibat dicucuk dengan pensel mekanikal oleh rakan sekelasnya kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Saiful Nizam, 10, mendakwa dia dibuli sekumpulan rakan sekelasnya sebelum mata kanannya dicucuk dengan pensel.

Menceritakan semula kejadian itu, Mohd. Saiful yang merupakan seorang pendiam berkata, sebelum kejadian dia yang berjalan menuju ke kelas selepas tamat waktu rehat sesi pagi ditahan sekumpulan rakan.

"Mereka minta saya melakukan sesuatu tetapi saya tidak mahu dan terus masuk ke dalam kelas.

"Semasa berada dalam kelas, mereka pegang tangan dan kaki saya sementara salah seorang daripada mereka ambil pensel mekanikal dan cucuk mata saya," katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.

Mohd. Saiful mendakwa, selepas kejadian itu dia mengerang kesakitan sebelum dibawa ke hospital oleh guru sekolah tersebut.

Dakwa kanak-kanak itu, dia pernah dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya sebelum ini tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut dibelasah.

Difahamkan, sebelum ini, kumpulan pelajar tersebut pernah mengajak Mohd. Saiful menyertai geng mereka tetapi kanak-kanak itu enggan berbuat demikian. -Kosmo

103 TINGGALKAN UMNO

Posted: 28 May 2011 10:30 PM PDT

SABAH DAILY


SERAMAI 103 orang lagi ahli UMNO Tenom telah mengucapkan 'Selamat Tinggal Kepada UMNO' kerana secara beramai-ramai menyertai PKR Cabang Tenom dengan kerelaan hati mereka sendiri sewaktu menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman.

Dalam ucapannya, Halik menyentuh beberapa isu semasa yang hangat dirasai oleh penduduk kampung daerah Tenom, antaranya isu kenaikan tariff elektrik, harga gula dan kos hidup yang melambung tinggi dan mencekik leher orang miskin di kampung.

Beliau juga memberikan penerangan terhadap fitnah yang paling keji, kotor dan aib yang dilemparkan kepada Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya sudah melampau.

Halik telah memberikan penjelasan kepada penduduk kampung yang hadir pada petang itu bahawa pelaku dalam video skandal seks itu bukanlah Anwar Ibrahim seperti yang di gembar-gemburkan oleh media dan kepimpinan UMNO/BN.

Dalam penerangan beliau, telah memberikan beberapa 'bezantara' di antara si pelaku dalam video tersebut dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Antaranya, bentuk fizikal mereka ternyata berbeza kerana ada beberapa faktor susuk fizikal yang jelas menunjukkan dua individu berbeza.

Dari segi perut buncit, potongan rambut pendek semacam polis atau askar yang tipis dan bertetek besar bujur. Sedangkan Anwar kata Halik tidak mempunyai cirri-ciri sedemikian tetapi hanya 'seiras'.



Malah menurut Halik Zaman lagi, dalam ucapan Presiden, selama Dato' Seri dalam penjara selama 6 tahun, beliau banyak mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis, serta makanan rutin beliau hanyalah buah kurma. Jadi dengan rutin diet sebegini, bagaimana beliau boleh mempunyai susuk tubuh yang agak 'berisi' dan 'berperut buncit'?

Suasana yang agak paling mengharukan, sedih dan amat memilukan apabila ada antara yang hadir turut mengalirkan airmata kerana turut bersedih dan bersimpati yang menimpa nasib Anwar Ibrahim, serta keluarganya yang tertimpa fitnah terancang itu. Menurut penduduk kampung berkenaan, bukan sahaja diri individu yang hadir itu, malah rata-rata mereka tidak mempercayai fitnah terbaru itu dan menganggapnya sebagai mainan politik kotor BN yang ingin membunuh karier politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri akan hadir ke Tenom khususnya di Kemabong pada 11 Jun ini bagi mengageh-agehkan geran tanah yang berbentuk saham, mengikut nisbah 60% kepada penduduk kampung dan 40% kepada Sime Darby.

Namun mereka yang hadir pada petang itu tidak termakan 'gula-gula' yang bakal di berikan kerana menurut mereka lagi, UMNO paling bijak memutar-belitkan kenyataan dan ada kemungkinan juga nanti bila akhir tahun tidak mustahil Sime Darby akan umumkan tiada keuntungan dan rakyat hanya tinggal gigit kuku.

Oleh kerana itulah, kata Halik, penduduk pedalaman di Kemabong sudah mulai bosan dengan lakonan putar-alam kepimpinan UMNO/BN dan biar apa pun 'juadah' yang bakal UMNO/BN hidangkan kepada mereka kelak, mereka tetap tidak akan terpengaruh.

Kata Halik,"Jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat dalam PRU13 nanti, geran tanah adat akan diberikan langsung kepada rakyat di atas nama sendiri tanpa menerusi Sime Darby."

Polis Mersing syok dengar ceramah Mat Sabu

Posted: 28 May 2011 10:23 PM PDT

Oleh 21Halim

Sementara itu ada pimpinan yang mahu Mat Sabu diturunkan di sebelah Mersing. Tambahan pula jika mahu buat kutipan tinggi sewajarnya buat di Mersing bukan sebelah Endau, apatah lagi di Kg Semaloi."26 Mei lalu, Haji Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat yang terkenal dengan gelaran Mat Sabu diundang ke Mersing. Beliau menjayakan 3 program bermula lepas zuhur hingga ke malam. Orang PAS bersyukur sementara orang UMNO geram.

Kehadiran beliau menyebabkan pimpinan PAS Mersing dan pihak Polis pusing kepala. Dikatakan Mat Sabu merupakan tokoh yang boleh buat kutipan tinggi. Keupayaan mantan tahanan ISA ini mengimbau audien tidak disangkal lagi. Justeru, permohonan permit untuk beliau berceramah di Kg Semaloi terpaksa ditolak.

Polis memang maklum dengan tarikan Mat Sabu, maka lokasi tidak sesuai, jalan sempit menjadi alasan penolakan. Dalam kesuntukan waktu, seperti biasa ceramah dipindahkan ke Kg Semanyir, namun di permis sendiri ini pun pihak Polis masih enggan melepaskan permit yang bukan percuma itu.

Polis dikatakan akan turun beramai-ramai. Ada pimpinan PAS risau. Mungkinkah Polis akan buat kacau? Kemanakah Mat Sabu hendak dibawa lari? Bagaimanakah situasi dihadapi? Apa cara agar ceramah dapat diteruskan? Bilakah kutipan derma perlu dibuat?

Menurut Hj Roslan Nikmat, YDP PAS Kaw Mersing, Polis tidak mahu beri permit kerana permohonan dibuat sudah terlewat. Dalam ucapan alu-aluannya di Majlis Pecah Tanah Markaz Kg Bukit Rompin, Hj Roslan melontarkan pandangan pribadinya bahawa penolakan permohonan permit ceramah oleh pihak Polis kerana Dr Latif akan datang berkunjung ke Kg Semaloi.

Penulis dimaklumkan bahawa pihak Polis akan turun beramai-ramai ke program ceramah Mat Sabu di Kg Semanyir. Rakan-rakan berpesan supaya jangan pakai selipar. Nanti susah mahu lari. Abang topi merah juga mahu hadir di Semanyir.

Sampai masa, memang khalayak cukup ramai. Namun kawasan parkir yang luas dan petugas keselamatan PAS yang bertungkus-lumus di setiap lokasi menyebabkan kesesakan dapat dielakkan. Ceramah pula dibuat di bahagian bangunan tambahan sebelah PASTI An Nur. Di sini wujud kelegaan buat audien. Penggerai pula diminta masuk ke dalam pagar PASTI.

Pihak Polis hadir sebelum asar lagi! Kekuatan anggota dari pelbagai unit ditambah masa demi masa. Black Maria pun ada! SB sudah tentu siap sedia. Jika pihak Polis hendak gempur dan tangkap orang ramai memang tidak menjadi masalah, sebab audien semuanya dalam kawasan berpagar. Polis pula boleh akses diri segenap penjuru.

Penulis tidak begitu mengikuti caramah Mat Sabu. Tambahan pula beliau tidak mengetengahkan isu baru. Isu yang dilontar, bagi setengah orang ditanggapi sebagai sudah tawar, namun gaya Mat Sabu mengulas menyebabkan audien tidak berganjak pergi. Banyak kali mereka ketawa geli hati... Mereka pun tidak sedar pihak Polis asyik memerhati.

Siapa sangka, malam itu Mat Sabu mengambil kesempatan menyampaikan maklumat kepada pihak polis untuk mereka fikirkan. Di antara isu yang abang Mat lontarkan:

1) Sejauh manakah perjalanan demokrasi di Malaysia,

2) Sejauh manakah PR mampu mengambilalih Putrajaya

3) Sejauh manakah sistem pilihanraya perlu diperbaiki.

Jam 11.15 majlis tamat.

Bagi penulis, tindakan Polis memang wajar. Mereka mesti pastikan penganjur ceramah mengadakan majlis di lokasi yang munasabah. Melarang ceramah oleh tokoh besar di lokasi sempit yang menyebabkan semua pihak dihimpit sukar bukanlah tindakan kurang ajar.

Di tengah kesibukan audien, petugas dan pasukan keselamatan mencari jalan pulang, beberapa orang SB menegur penulis, mengacung jari, menepuk bahu ataupun senyum melebar. Tugas mereka tamat pantas dan tuntas. Kasut kilat mereka sedikitpun tidak jejas.

Penulis lihat petugas PAS tersenyum puas. Hj Roslan juga ucapkan terima kasih kepada banyak pihak sambil memandu kereta membawa abang Mat keluar dari lokasi ceramah. Barangkali ketiadaan gangguan pihak Polis, kehadiran yang ramai dan kutipan derma yang memberangsangkan menyebabkan beliau mampu menarik nafas lega.

Sebelum melelapkan mata penulis berfikir sendiri. Lain kali jika ada tokoh besar datang ke Mersing, Hj Malek Jusoh, Ketua Penerangan PAS Kaw Mersing yang baru patut buat surat jemputan kepada pihak Polis. Jemput mereka hadir ramai-ramai mendengar ceramah. Ingatlah bahawa Polis bukan musuh kita sampai mati. Mereka juga ada kuasa undi yang kita kena hormati.

Apa kata, lain kali PAS Kaw Mersing buat ceramah di Dewan China pula?

Apa khabar Akhil Hayy dan Waheeda?

Posted: 28 May 2011 10:21 PM PDT

Muzik medium terbaik

PASPB


Biarpun pernah dihambat dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, ternyata ia tidak sedikit pun memberi impak terhadap pasangan Akhil Hayy dan Waheeda.

Menempuh pelbagai dugaan dalam kerjaya, namun rumah tangga yang terbina hampir tiga tahun ini menjadi bukti keutuhan cinta mereka.

Sesi fotografi diadakan di kediaman mereka di pinggir ibu kota. Ramah dalam kata, namun punya seribu makna dalam setiap perbualan.

Rupa-rupanya mereka tidak pernah berdiam diri daripada arena seni hiburan tempatan. Cuma tidak mahu disogok populariti.

Waheeda juga ada kalanya melapangkan diri menemani suami ke majlis formal. Namun, ada kalanya lebih suka bersendiri di rumah dan untuk menguruskan rumah tangga.

Akhil Hayy bukan sahaja terkenal dengan pelbagai ceramah, namun popular dengan beberapa album alunan zikir serta program TV iaitu Cafe Akil Hayy di saluran Astro Oasis.

Program yang mempertemukan Akhil bersama Waheeda itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan hingga ia disambung kepada musim kedua.

Namun, pada musim kedua terpaksa ditangguhkan seketika dek beberapa masalah peribadi mereka. Jelasnya, ada impak juga terhadap kerjaya Akhil pada ketika itu.

"Saya terima segala dugaan yang datang kepada saya. Ada hikmah terbesar dalam kehidupan saya. Saya masih sayangkan industri seni muzik ini.

"Ada beberapa projek saya yang bakal menyusul. Jadi untuk tahun ini, sudah ada beberapa perancangan dan akan berterusan," katanya yang sudah pun menyambung kontrak bersama Astro Oasis.

Muncul dengan Cobaan

Bercerita mengenai beberapa projek terbarunya, Akhil tidak sabar untuk turun ke padang menjalani penggambaran rancangan terbarunya iaitu Cobaan.

Cobaan berkisarkan kisah benar yang berlaku kepada masyarakat akan dirakam untuk tontonan umum.

"Rancangan kali ini boleh saya katakan lebih 'brutal'. Saya akan bawa penonton melihat secara langsung mengenai aktiviti rakyat Malaysia dalam satu-satu masa.

"Boleh dikatakan ada kejutan jugalah dalam rancangan ini. Ia secara tidak langsung boleh menguji kejujuran masyarakat kita dalam aktiviti seharian mereka.

"Saya akan meninjau beberapa lokasi sebagai cara untuk mendekati masyarakat agar dapat menyampaikan mesej.

"Konsep begini lebih mudah untuk mendekati masyarakat. Saya teruja apabila diberitahu mengenai rancangan ini. Saya sudah bersedia.

"Saya berterima kasih kepada pihak Astro Oasis kerana memberi peluang kepada saya. Rancangan ini sebenarnya lain daripada yang lain. Harapan saya ia akan menjadi satu rancangan yang boleh mendidik masyarakat," katanya.

Terbit album baru

Tidak hanya dengan Cobaan, Akhil juga bakal muncul dengan album terbarunya. Album kelima itu akan dipasarkan pada bulan Syawal tahun ini.

"Album ini akan menampilkan beberapa kelainan, antaranya saya akan menyanyikan lagu nukilan isteri saya sendiri. Bukan mudah untuk menyanyikan lagu berentak world music, tetapi, setelah mendengarnya beberapa kali, saya yakin peminat akan menggemari lagu-lagu dalam album ini nanti.

"Buat masa ini, sudah hampir 70 peratus album sudah disiapkan. Album ini akan menggabungkan pelbagai genre muzik lama dan baru," katanya yang turut memuatkan lagu tema Imam Muda kolaborasi bersama Mawi.

Menurutnya, album berkonsep taubat ini akan mengumpulkan lirik-lirik ketuhanan.

"Saya harap album ini nanti akan menjadi perintis kepada masyarakat untuk lebih mendekatkan diri dengan Islam.

"Muzik ini sebenarnya tidak salah selagi ia tidak melalaikan. Inilah pendekatan yang digunakan," katanya lagi.

Tubuh syarikat sendiri

Tidak hanya menumpukan kepada bidang seni, Akhil juga sudah pun menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Akil Hayy Network.

Syarikat yang mengendalikan program ibadah Umrah ini telah mendapat sambutan menggalakkan. Terbaru, Akhil dan Waheeda membawa rombongan seramai 30 jemaah mengerjakan umrah.

"Alhamdulillah, sambutan begitu menggalakkan. Saya sendiri tidak sangka dapat mengerjakan ibadah umrah.

"Apa kami lakukan bukan untuk mengaut keuntungan semata, tetapi ia lebih kepada mengeratkan silaturahim di kalangan jemaah yang pergi.

"Ikatan ukhuwah itu akan dapat terjalin bukan sahaja di Tanah Suci, malah ia akan berterusan sekembalinya ke tanah air.

"Kami masih lagi berhubung dengan jemaah yang pergi bersama-sama kami. Kebetulan kami pergi bersama Mawi dan keluarga, Ustaz Radhi iaitu bekas vokalis kumpulan Melissa serta isteri dan ramai lagi.

"Inilah rezeki Allah. InsyaAllah kami akan meneruskan program ini untuk masa-masa akan datang," katanya yang turut memasarkan produk minyak wangi.

Menyentuh mengenai beberapa perubahan yang berlaku di kalangan selebriti tempatan, Waheeda mahupun Akhil sangat bersyukur dengan apa yang telah berlaku.

"Bagi saya, baiklah kepada mereka yang berhijrah. Mereka ini telah mendapat hidayah. Janganlah kita mengaibkan mereka," katanya.

Waheeda masih aktif

Sejak mendirikan rumah tangga, Waheeda nekad meninggalkan arena seni hiburan tempatan. Tidak hanya bersara, malah Waheeda memilih untuk memakai niqab (purdah).

Pada mulanya ada kalangan peminat terkejut dengan penghijrahan dilakukan Waheeda. Ini memandangkan Waheeda antara penyanyi dan pelakon wanita bertudung yang menjadi inspirasi.

Kini, biarpun tiak lagi aktif di depan kamera, Waheeda sebenarnya masih aktif di belakang tabir sebagai komposer. Dua lagu ciptaannya iaitu Ighfir Zunubi dan Subhanak diberikan kepada suaminya Akhil Hayy.

"Pada mulanya agak sukar untuk bekerja bersama suami memandangkan kami berlainan minat dalam jenis muzik. Tapi kami profesional dalam bekerja. Sebagai komposer, saya mahu yang terbaik. Ada juga berselisih pendapat, tapi hanya pada kerja.

"Alhamdulillah, keluar studio kami kembali seperti suami isteri. Saya menganggap bidang muzik sebagai medan untuk berdakwah. Sebelum ini saya ada bekerjasama dengan beberapa kumpulan nasyid seperti Deevotees dan juga Amir Munawer.

"Saya selesa dengan kerja sekarang dan saya anggap Allah memberi ilham untuk saya dalam penulisan lagu ini. Tapi, konsep lagu yang saya cipta masih sama iaitu 'world music'.

"Mungkin saya bermula dengan genre sebegini, jadi ia sudah sebati dengan diri saya. Saya ada menerima banyak permintaan untuk lagu, cuma jika ada kelapangan saya akan buat," katanya yang menggubah lagu hanya untuk berkongsi sesuatu dengan masyarakat.

Berniaga jubah Arab

Sesuai dengan penampilannya kini, Waheeda turut aktif berniaga. Memilih perniagaan abaya (jubah Arab), perniagaanya mendapat sambutan luar jangkaan.

"Sebelum ini, saya membuat perniagaan secara online. Tetapi, akaun blog saya telah di pecah masuk, jadi saya tidak dapat meneruskan perniagaan secara online.

"Buat masa ini, saya sudah ada sebuah butik di Ipoh, Perak. Sudah hampir setahun perniagaan ini dan mendapat sambutan yang cukup baik," katanya.

Ditanya mengapa memilih Ipoh sebagai lokasi, Waheeda berkata ini kerana ramai kawan-kawan lama suaminya ada di sana dan juga sambutan yang diterima.

"Ibu pejabat memang di sana memandangkan suami saya berasal dari sana, tapi kalau ada yang suka dengan abaya kami, ia boleh diuruskan," katanya.SH

Zaman BN hutang RM 15 juta, bila PR perintah tinggal RM 5.5 juta

Posted: 28 May 2011 10:16 PM PDT

PASPB

http://www.seeklogo.com/images/M/Majlis_Perbandaran_Selayang__Selangor__Malaysia-logo-7A0B34053C-seeklogo.com.gif


BANDAR BARU SELAYANG – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam usaha menyelesaikan baki tunggakan bayaran kepada kontraktornya bernilai RM5.5 juta, yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Ahli Majlis MPS, Gunarajah R George berkata, sejak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 2008, tunggakan bayaran kepada kontraktor berjumlah RM15 juta.

Menurutnya, sebanyak RM9.5 juta sudah dijelaskan kepada kontraktor terlibat menunjukkan usaha terbaik dilakukan PR bagi menyelesaikan beban ditinggalkan Kerajaan Negeri sebelum ini.

"Ia hutang lama, bagaimanapun pentadbiran sekarang yang terpaksa menanggung usaha bagi menyelesaikan hutang terbabit," katanya semasa Mesyuarat Penuh MPS, di bangunan MPS, kelmarin.

Sementara itu, Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin A'ala berkata, penyelesaian tunggakan bayaran itu dibuat secara berterusan sehingga kini.

Katanya, bagi kontraktor yang mengemukakan dokumen lengkap untuk menuntut tunggakan berkenaan, proses dapat dilakukan lebih cepat berbanding mereka tiada dokumen lengkap.

"Daripada RM5.5 juta ini pun, bayaran terbesar adalah kepada World Wide Holdings Sdn Bhd iaitu sebanyak RM3 juta untuk menguruskan pelupusan sampah kawasan MPS.

"Apabila tempat pelupusan sampah di Kundang diarah tutup segera pada 2005, kita terpaksa mencari tempat sampah baru di Bukit Tagar, Hulu Selangor, menyebabkan kos lebih tinggi. Namun, bayaran tetap sebanyak RM2 juta sudah dijelaskan setakat ini kepada World Wide," katanya.

Ia sekali gus menafikan tunggakan bayaran belum dijelaskan MPS sejumlah RM5.5 juta kepada kontraktor kelas F, yang disuarakan pada mesyuarat berkenaan.

Terdahulu Zainal memberitahu demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis MPS, Abdul Rahim Abdul Wahab semasa mesyuarat itu yang mengetengahkan isu berkenaan tunggakan terbabit.

Abdul Rahim memberitahu ada kalangan kontraktor kelas F yang mengambil projek di MPS mengadu masih belum mendapat bayaran, sedangkan terpaksa menanggung keluarga dan meneruskan kehidupan.SH

FRU ‘sambut’ Anwar di Muar

Posted: 28 May 2011 10:13 PM PDT

KEADILAN DAILY

MUAR: Sanggup diperalat parti pemerintah, polis menggunakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengikuti ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri tokoh pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kehadiran Ketua Pembangkang di lokasi ceramah di Markaz PAS Parit Pechah, Muar itu disambut sekumpulan FRU yang ditempatkan kira-kira dua kilometer dari lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, kehadiran polis ternyata gagal menggerunkan rakyat yang dahagakan maklumat tepat yang tidak diperoleh dari media arus perdana.


Hampir 1,000 penduduk setempat mengikut amanat Ketua Umum KEADILAN itu disamping ucapan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, walaupun beberapa trak polis ditempatkan di kawasan berdekatan.

Kira-kira jam 11.15 malam, Ketua Polis Daerah Muar dilihat mahu memasuki perkarangan ceramah tetapi gagal berikutan pintu lokasi berkenaan dikunci dan dikawal rapi.

Sekalipun polis mengancam untuk membuat 'rempuhan', hal itu diselesaikan Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim yang mengadakan perbincangan kepada pihak berkuasa.

Ceramah berakhir jam 12 tengah malam dan kumpulan polis berkenaan beredar dari lokasi, sekadar berkeliaran di kawasan berhampiran tapak ceramah.

Umno kembalikan ciri-ciri pemerintahan Firaun – Anwar

Posted: 28 May 2011 10:06 PM PDT

KEADILAN DAILY




MUAR: Sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah.

"Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno," kata Ketua Umum KEADILAN itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar, malam tadi.

Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.

"Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.

"Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, 'pandikutty'," katanya.

Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama.

"Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang.

"Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporm, kebaikan Umno," katanya.

Rakyat Perlu Yakin Dengan Kredibiliti PR, Kata Aziz

Posted: 28 May 2011 10:04 PM PDT

Ditulis oleh Afix Redzuan



SHAH ALAM : Penganalisis Politik Professor Dr. Abdul Aziz Bari berkata gagasan Pakatan Rakyat merupakan parti yang berani kerana berjaya meneruskan pemilihan pucuk pimpinan utamanya.

Ini, katanya kerana pemilihan itu diadakan dalam tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.
Malah, tindakan itu juga menunjukkan kematangan berpolitik setiap parti sekali gus menonjolkan sikap keterbukaan dan kefahamannya terhadap konsep sebenar demokrasi tanpa perlu mengganggu fokus utama Pakatan Rakyat dalam membawa perubahan.

"Berbanding dengan parti-parti dalam Barisan Nasional(BN), Pakatan Rakyat lebih berani untuk meneruskan sekali gus tidak menafikan proses demokrasi terhadap ahlinya. Ini juga menunjukkan ketelusan dan akautibiliti mereka dalam parti komponen Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Pada November 2010, PKR telah mengadakan pemilihan partinya sehingga mengakibatkan pelbagai isu dan kontroversi menyelubungi pemilihan terbabit.

Namun begitu, Aziz Bari percaya kematangan dan sikap percaya antara ahli parti yang ditunjukkan oleh PAS merupakan sesuatu perkara yang perlu dilihat rakyat dalam membina kemampuan parti Islam itu untuk terus mencapai matlamat mereka.

"Saya fikir perkara itu tidak timbul kerana setahu saya mereka tidak pernah menafikan untuk menagguhkan pemilihan tanpa sebab dengan erti kata lain mereka yakin dengan kredibiliti dan integriti ahli-ahli parti. Mereka yakin dengan kematangan ahli dan sistem pemilihan dalam parti. Ini merupakan satu perkara yang saya fikir sangat baik kerana kalau kita bandingkan dengan komponen BN jauh sekali. Dengan kata lain mereka percaya dengan diri sendiri,"ujarnya.

"Dibandingkan dengan komponen BN, mereka seolah-olah tidak percaya dengan kemampuan dan ketelusan dalam parti mereka sendiri. Ini perbandingan yang rakyat patut lihat," tegasnya.
Dalam pada itu, Aziz turut mengulangi keyakinan beliau bahawa sebarang keputusan yang berlaku dalam pemilihan Pas tidak akan mengganggu fokus Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya memandangkan ia bukan kali pertama Pas mengadakan pemilihan parti dan perkara ini boleh dilihat melalui cara ahli Pas berpolitik berbanding Umno dalam Barisan Nasional.

Ujar beliau lagi, kematangan Pas perlu dicontohi parti lain dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam kalangan ahli parti dan parti komponen.

"Ya ini bukan kali pertama. Saya fikir benda ini dah berlaku sejak dahulu lagi. Ini merupakan satu bukti bahawa, satu parti yang cukup lama, yang tidak mendabik dada tetapi melakukan apa yang mereka sepatutnya lakukan. Ini merupakan satu perkara yang cukup baik," ujarnya.

Muktamar Pas ke-57 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun depan di Taman Melewar Kuala Lumpur.

Setakat ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tanpa sebarang tentangan.

Muktamar : Bukti PAS Tidak Ketandusan Pemimpin

Posted: 28 May 2011 10:01 PM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz



RAWANG : Barisan kepimpinan Pas menyifatkan pertembungan sengit bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan utama pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 minggu depan merupakan persaingan sihat yang berlaku dalam parti itu.

Menurut Yang DiPertua Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib, senario yang berlaku ini juga menggambarkan bahawa Pas tidak ketandusan pemimpin yang berkebolehan untuk meneruskan cita-citanya bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Ini satu petanda positif yang akan memeriahkan lagi suasana selain menunjukkan Pas adalah parti terbuka. Suasana yang cukup gembira ini menunjukkan Pas tidak ketandusan pemimpin," kata beliau.

Justeru kata Zaidy lagi, isu kenegerian yang diuar-uarkan sebelum ini tidak timbul memandangkan kesemua calon yang disenaraikan memenuhi kriteria sebagai pemimpin.

"Isu kenegerian tidak timbul. Kita akan memilih berdasarkan merit kerja," jelas beliau dalam sidang media selepas program ceramah perdana 'Pas Ganti Umno' di Kundang, semalam.

Beliau mengulas spekulasi yang ditimbulkan sesetengah pihak berdasarkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat bahawa dua calon dari negeri Kelantan iaitu Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan memenangi jawatan Naib Presiden.

Pada pemilihan kali ini menyaksikan saingan tiga penjuru untuk jawatan timbalan presiden dan enam penjuru bagi naib presiden.

Calon yang akan bertanding untuk jawatan nombor dua parti adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu.

Untuk jawatan naib presiden, selain dua penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, empat pemimpin lain yang turut bertanding adalah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan Idris Ahmad dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Pada pemilihan 2009, saingan timbalan presiden menyaksikan pertarungan tiga penjuru manakala naib presiden pula lima penjuru.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden yang disandang sejak 2002.

Jelas Zaidy, beliau turut menyifatkan kesemua calon yang dipertandingan kali ini berpotensi besar serta berpeluang untuk memenangi sebarang jawatan.

Pas sebelum ini mendakwa sebarang pertandingan jawatan dalam parti tidak akan menggugat kestabilan parti malah menyifatkannya sebagai petanda amalan demokrasi yang segar.

Turut menjadi perhatian pecahan kumpulan-kumpulan di dalam Pas iaitu kumpulan pro-ulama dan kumpulan "Erdogan" yang dikaitkan dengan sokongan kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pemilihan kali ini seramai 1,100 perwakilan akan memilih barisan kepimpinan PAS pusat manakala 750 perwakilan untuk sayap-sayap parti Islam itu.

Keputusan pemilihan PAS pusat akan diumumkan pada 4 Jun manakala untuk sayap-sayap lain pada 2 Jun.

Muktamar Pas akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun depan bertempat di Taman Melewar, Gombak.

AMK Buat Laporan Polis Terima Ugutan Bunuh Blogger Papa Gomo

Posted: 28 May 2011 09:58 PM PDT

TVS NEWS



SHAH ALAM : Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam oleh blogger Harapan Rakyat apabila didakwa menerima satu mesej ugutan bunuh melalui laman sosial Facebooknya, di sini, hari ini.

Beliau yang juga ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Azuan Ab Rahman, 33, mendakwa menerima ugutan bunuh itu daripada seorang blogger yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) iaitu Papa Gomo pada 20 Mei lalu.

Menurut Mohd Azuan, blog Harapan Rakyat mula diaktifkan kira-kira setahun lalu dan melalui laman tersebut beliau berbalas pendapat dengan blogger dan pelayar internet lain mengenai hal ehwal semasa terutama isu-isu berkaitan politik.

Mohd Azuan berkata, baru-baru ini beliau menerima permintaan blogger Papa Gomo untuk menyertainya sebagai ahli namun setelah aktif sebagai rakan dalam laman tersebut beliau dipercayai membuat ugutan bunuh berikutan tidak berpuas hati dengan pendapat yang diberikannya kepada blogger atau pelayar internet lain.

"Sebelum ini saya ada menerima permintaan sebagai rakan di akuan Facebook saya oleh dia (Papa Gomo) tetapi tidak pernah ada hubungan yang baik namun apabila saya buka akaun itu pada 20 haribulan (Mei lalu). Saya menerima mesej ugutan (bunuh) itu melalui komen saya kepada orang lain yang mungkin kerana dia (Papa Gomo) tidak puas hati dan cuba mengugut supaya saya menghentikan segala kenyataan di laman tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun menurut Mohd Azuan, beliau tidak dapat mengenal pasti masa satu pendapatnya yang menimbulkan kemarahan blogger Papa Gomo sehingga menyebabkan beliau menerima ugutan sedemikian.

Jelas Mohd Azuan lagi, antara mesej yang dihantar oleh Papa Gomo kepada Harapan Rakyat pada 20 Mei lalu adalah "nak mati ke?" dan "memang nak mati dah hang ni…tunggu lah masanya" .

Manakala pada 21 Mei pula, adalah seperti "Bunuh je, kasi kerat kote tu hehehe" dan pada 22 Mei ialah "Kau islam ke? Bunuh je" dan "he he he takut ke apa? rumah dah jumpa…..huhuhu".

Dalam pada itu, Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya menyifatkan ugutan bunuh tersebut sebagai satu perkara yang serius serta berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera dan memastikan keselamatan Mohd Azuan tidak terancam.

"Ini satu perkara yang sangat serius dan kita memandang berat perkara ini kerana ia melibatkan ancaman nyawa seseorang malah terhadap keluarga Mohd Azuan sendiri. Pihak polis harus mengambil tindakan segera iaitu dengan memastikan kawalan keselamatan di rumah beliau dan kawalan keselamatan keluarga beliau." katanya.

Jelas Azmizam lagi, AMK percaya ugutan yang dibuat Papa Gomo ini merupakan tindakan terdesak pihak tidak bertanggungjawab berikutan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan majoriti blogger serta pelayar internet hari ini condong ke arah pembangkan.

"Papa Gomo kini mungkin sudah terdesak kerana beliau tahu rakyat hari ini lebih bijak menilai kenyataan-kenyataan bernas dari blogger pro-PR yang majoritinya penyokong PR sendiri,"jelasnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fariz Musa yang ditemui di luar perkarangan IPD Shah Alam turut menyatakan sokongan kepada Mohd Azuan dan berharap polis akan bertindak tegas serta menjalankan siasatan ke atas Papa Gomo yang dikatakan blogger atau cybertrooper Umno-BN yang menjadi rujukan media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Tambah Fariz, tindakan blogger Papa Gomo ini juga jelas menggambarkan betapa rendahnya akhlak dan moral pengikut-pengikut Umno-BN.

"Tindakan ini menggambarkan betapa tidak berakhlaknya Papa Gomo kerana menghantar mesej sedemikian.

Musim Ahli Politik "Gila Talak" Dalam Umno Menjengul Lagi

Posted: 28 May 2011 09:55 PM PDT

Ditulis oleh Wira Arjuna



KOMENTAR : Memang patut Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno. Ini bukan kerana ideologi mahupun cara pengurusan atau kepemimpinan PAS yang tidak betul, tetapi personaliti seperti Nakhaie memang tidak sesuai berdiri dalam saf perjuangan PAS.

Rumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam. Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar.

Matlamat Nakhaie ialah supaya PAS kemudian boleh membuat pendirian tegas berhubung isu kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.

Sekali imbas mungkin nasihat bekas Naib Presiden PAS itu ada logiknya. Namun mengambil kira Nakhaie ini adalah orang yang pernah bermufarakah dari jemaah PAS, apa yang dapat disimpulkan daripada saranannya tentu berbaur politik.

Nakhaie ingin menabur jasa menyelamatkan Umno yang sedang menggelepar dalam gelanggang politik. Nakhaie sedar pemikiran politik Umno sekarang ialah ia perlu dapatkan sokongan Melayu semula. Jika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sebab itu, Nakhaie cuba menjadi guru tuisyen politik kepada ulama PAS – siasat sendiri tuduhan terhadap Anwar dan kemudian nyatakan pendirian sama ada hendak terus dalam Pakatan Rakyat atau bergabung dalam usul "penyambung hayat" Umno membentuk kerjasama dan perpaduan dengan PAS.

Nakhaie memang terdesak. Kontrak sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah - habuan terbaik yang diperolehinya kerana cuba menggadaikan maruah PAS dengan mentalak jawatan Naib Presiden PAS dan bersenggama dengan Umno – kini sudah jatuh ke tangan orang lain. Beliau tiada kedudukan dalam Umno dan tidak mungkin berpeluang menjadi calon Umno dalam pilihanraya akan datang.

Lantas inilah ketika yang sesuai pada fikiran Nakhaie untuk membuktikan pada kepimpinan Umno, beliau masih ada guna dalam parti itu. Pada congakan Nakhaie jika ada ulama PAS memberi reaksi akan cadangannya itu, tentu ia akan dapat menggoncang perpaduan PAS.

Memang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Andul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS.

Justeru bagi Nakhaie jika saranan beliau itu dapat menggugah sedikit perpaduan PAS, tentu Umno akan terhutang budi padanya. Kegoyahan perpaduan PAS bererti pendirian tegas PAS agar tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut perintah Allah – laksana hukum qazaf – mungkin berubah dan PAS mungkin boleh dipujuk untuk keluar Pakatan Rakyat dan membuka pintu rundingan dengan Umno.

Pemikiran Nakhaie ini memang Umno. Hal ini disahkan oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang bercakap di mesyuarat perwakilan Umno Bukit Gantang di Taiping semalam bahawa Umno hanya boleh mengekalkan kuasa jika ada perpaduan di kalangan parti itu dengan PAS.

Adalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu. Isa Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah terpelanting dari barisan kepemimpinan Umno kerana rasuah dalam pemilihan parti, kini sudah dapat peluang jadi calon pilihanraya kecil tahun lalu. Kemungkinan beliau kembali memimpin Negeri Sembilan adalah terbuka.

Begitu juga dengan bekas Ketua Pemuda Umno dan juga Mantan Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik. Beliau diberikan tempat untuk memimpin Risda. Tidak puas dengan itu, Rahim membentuk regu Datuk T yang menaja dan menjaja video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik "aliran katak melompat parti" seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini.

Bagi mereka harapan ini bukan mustahil dicapai. Selain Isa Samad, mereka melihat paling berjaya mendekati Presiden Umno, Najib Razak sekarang ialah Ibrahim Ali. Dengan menggunakan pendekatan ultra-Melayu Ibrahim dan PERKASA, Ibrahim semakin hari semakin dilihat "berguna" untuk menggertak orang Melayu supaya bersatu di bawah pimpinan Umno.

Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih "berani dan berbaloi" bagi mencapai maksud "memaksa" orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya "bangkit" dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Dalam congakan Nakhaie, jika ini bisa dilakukan, tentu habuan untuknya kali ini lebih besar daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Saat yang dipilih oleh Nakhaie untuk memporak-perandakan PAS ialah di ambang pemilihan kepimpinan PAS minggu depan. Namun Nakhaie kurang bernasib baik. Ulama PAS kini kental pandangan politik mereka hingga langsung tiada persaingan dalam pemilihan Dewan Ulama. Sergahan Nakhaie pasti tidak menjadi.

Jika Nakhaie berharap ada calon yang bertanding dalam pemilihan PAS kali ini akan mengutip saranannya dan menggugah perpaduan dalam parti, beliau pasti hampa. PAS hari ini bukan seperti PAS yang ditinggalkannya dahulu. Walau bagaimana ganas atau lembut serta liciknya pujukan serta cabaran yang dihadapinya, perpaduan PAS tidak akan tergugat. Bak kata pepatah, biduk lalu kiambang bertaut. Itu sifat politik PAS.

Perpaduan PAS diikat oleh ideologi tauhid. Tiada permainan politik yang boleh merungkai prinsip yang berpaksi aqidah. Mungkin Nakhaie telah terlalu lama meninggalkan jemaah PAS. Sebab itu dia gagal membaca pemikiran perjuangan PAS hari ini.

Atau, mungkin juga Nakhaie memang tidak pernah faham apa sebenarnya perjuangan PAS. Sebab itu, walau sudah menduduki kerusi Naib Presiden PAS, Nakhaie berasa rimas "ghanimah" perjuangan yang diharap-harapkan tidak kunjung tiba. Sebab itu, agaknya, beliau melompat ke pangkuan Umno.

"Gajah tidak berkepala" hangatkan forum Pemilihan PAS

Posted: 28 May 2011 09:54 PM PDT

Lim Hong Siang


Senario yang berubah selepas "tsunami politik" memberi impak kepada semua parti. Masing-masing berlumba-lumba untuk menawarkan sesuatu agar terus mendepani, dan bukannya tenggelam dalam arus perubahan. PKR misalnya, mengambil langkah yang berani dengan memperkenalkan sistem pemilihan langsung dalam parti, kini cuba ditiru UMNO yang tidak mahu dilihat ketinggalan. DAP pula, semakin proaktif untuk menembusi masyarakat Melayu/Muslim, antara usaha terbarunya, perlancaran laman bahasa Malaysia-nya, Roketkini.

Tidak kurang pemerhati politik yang gusar dengan perkembangan PAS - parti yang memainkan peranan kunci ketika politik Malaysia berada di persimpangan jalan. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, PAS dihantui isu rundingan bersama UMNO. Pendekatan untuk menggarap imaginasi rakyat Malaysia pula sering ditambat langkahnya apabila "kepimpinan ulamak" diketengahkan, meletakkan PAS di jurang antara "harapan rakyat Malaysia" dengan "sentimen akar umbi PAS".

Justeru itu, sasarannya jatuh ke atas Presiden, dan golongan yang cuba membawa perubahan dalam PAS, ketika membincangkan senario terkini. Seperti biasa, pakar perundangan, Profesor Abdul Aziz Bari melepaskan peluru pertamanya dengan mengibaratkan parti yang mempunyai sejuta orang ahli ini sebagai "gajah tak berkepala"; sementara Wan Saiful Wan Jan melontarkan soalan provokasi, "Mengapa golongan yang ingin membawa perubahan dalam PAS (yang dilabel sebagai Erdogan) tidak berani bangkit dan mengakui secara terbuka, 'Ya, ini visi yang ingin kami bawa dalam PAS'?"

Demikianlah perbincangan hangat dalam satu forum berjudul "Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?", anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) dengan kerjasama ILHAM Centre dan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 24 Mei 2011. Dewan forum penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 150 orang, majoriti golongan muda Melayu.

Forum membariskan ahli parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, ahli parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar - yang kesemuanya dilabel sebagai golongan "Erdogan" dalam PAS. Sementara Abdul Aziz Bari yang sudah terkenal dengan pandangan kritikalnya terhadap penyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada, turut hadir sebagai ahli panel, dan Wan Saiful sebagai moderator.

Tafsiran Erdogan...

Forum bermula dengan perbincangan konsep "Erdogan", atau lebih tepat label yang dilontarkan kepada segolongan pemimpin dalam PAS. Ahli panel tidak banyak berbeza pandangan dalam konsep ini, ditafsirkan sebagai "pendekatan yang lebih inklusif, mahu engagement dengan semua pihak, lebih terbuka, menekankan aspek universalnya, misalnya keadilan - yang kalau diterjemahkan dalam slogan, ia berbunyi "PAS untuk semua". Keperluan untuk berubah ini disebabkan PAS tidak lagi terkurung dalam kawasan "Malay belt", selepas gelombang Reformasi pada tahun 1998 dan "tsunami politik" pada tahun 2008.

Kamaruddin Jaafar (gambar kiri) mendakwa bahawa beliau sebenarnya "berbangga" kerana dilabel sebagai Erdogan. Aziz Bari melanjutkan kupasannya dengan menyanggah hujah menyamakan "Erdogan" dengan golongan profesional, dalam konteks PAS di Malaysia. Nik Aziz, misalnya, seorang ulama yang sudah lanjut usianya, tetapi lebih progresif dari segi pemikirannya, kata Aziz Bari.

Perbincangannya kemudian menyentuh persoalan kebuntuan "kepimpinan ulama", apabila Wan Saiful melontarkan pemerhatiannya, bahawa pemimpin PAS tidak terfikir oleh pihak media sebagai orang yang diundang ke rancangan untuk membincangkan isu ekonomi. Kamaruddin Jaafar mengakui bahawa prestasi ahli parlimen PAS agak terkebelakang jika dibandingkan dengan rakan partinya DAP dan PKR, tetapi tegas bahawa prestasi ahli parlimen PAS lebih baik daripada UMNO.

"Gajah tak berkepala"

Dzulkefly Ahmad mencelah kemudian, "Saya rasa kurang tepat untuk letakkan kekangan untuk maju itu salah kepada pimpinan, seolah-olah mengekang." Beliau mengambil contoh dirinya, bahawa tiada kekangan, malah mendapat sokongan daripada pimpinan tinggi yang sedia ada - agar mewakili PAS untuk terlibat dalam perangkaan manifesto, strategi, bajet, malah dasar bersama, iaitu Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa perubahan itu perlu dikendalikan dengan baik. Beliau berkata, "Golongan yang membawa perubahan itu mesti mengukuhkan apa yang ada", supaya mereka yang menjadi asas dan tunggak itu memiliki keselesaan dan tidak rasa tercabar. Malah Dzulkefly Ahmad menekankan bahawa sokongan yang baru perlu dibina atas asas yang sedia ada.

Aziz Bari (gambar kanan) percaya bahawa tiada tekanan terhadap golongan yang ingin membawa perubahan dalam PAS. Bagaimanapun, beliau mengkritik Presiden PAS, yang kurang terserlah mengikutnya - memberi kenyataan seolah-olah kenyataan itu disuapkan ke dalam mulutnya, dan dikeluarkan begitu sahaja. Dengan kata lain, Hadi Awang tidak sedar apa yang diungkapkan dirinya. Untuk Aziz Bari, ia agak bahaya kerana dalam sistem demokrasi parlimen, ketua sesebuah parti yang menang akan dipilih sebagai Perdana Menteri.

Malah beliau mengambil kesempatan untuk menyiku PAS, yang menurutnya masih terjebak dalam minda Melayu - segan atau enggan nak berubah. Sambil beliau berseloroh mendakwa dirinya mahu mengambil pendekatan yang lebih lembut terhadap PAS, beliau melepaskan pelurunya apabila mengibaratkan PAS sebagai "gajah yang tak berkepala".

Tidak semestinya orang Nombor 1 yang bawa perubahan

Khalid Samad seterusnya menyahut apa yang dikatakan Dzulkefly Ahmad, memastikan agar "yang dikendong itu tidak tercicir" ketika menghambat langkah perubahan. "Kita tak boleh (mempunyai) seorang pemimpin yang terlalu laju, sehingga orang yang bersamanya akan ketinggalan, tercicir, dan akhirnya mungkin akan menyebabkan parti itu berpecah," kata Khalid Samad.

"So, kadang-kala, ada baiknya, dan mungkin inilah apa yang sedang berlaku, perlu orang-orang yang nak membawa perubahan itu, bukan necessary (semestinya) orang yang nombor satu, supaya tidak menjadi terlalu kontroversial sehingga menyebabkan parti itu berpecah. Jadi orang nombor satu mengawal untuk menentukan supaya semua rakan bersama..."

Khalid Samad yang pernah dikenakan tindakan disiplin parti itu meneruskan, "Orang nak bawakan perubahan itu, adalah orang-orang seperti Dr.Dzul, dan saya, Dato KJ (Kamaruddin Jaafar) dan sebagainya, yang mengeluarkan pandangan, tetapi tidak disanggah oleh pemimpin."

Dalam nada untuk membela Hadi Awang, Khalid Samad berkata Presiden memikul tugas yang berat untuk mengendalikan pelbagai pandangan yang berbeza dalam parti, memastikan bahawa perbezaan ini tidak menjurus kepada perpecahan dalam parti - satu keadaan yang mahu dielakkan oleh semua pemimpin PAS. Keadaan berbeza untuk Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat, dengan reputasi dan kedudukan beliau dalam parti yang membolehkan dirinya membawa perubahan tanpa menjejaskan perpaduan dalam parti, kata Khalid Samad.

Wan Saiful memetik ungkapan yang terselit dalam ucapan Khalid Samad, berbunyi "keputusan pemilihan mencerminkan tahap pemikiran ahli PAS". Bertitik tolak daripada itu, Wan Saiful melontarkan soalan kepada Kamaruddin Jaafar - pemikiran ahli PAS kini mahukan Hadi Awang sebagai Presiden, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda dan Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama - apakah barisan pemimpin yang konservatif ini bakal menyukarkan PAS untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia secara keseluruhannya?

"Ya dan tidak", jawab Kamaruddin Jaafar, mengambil contoh isu kerajaan perpaduan (Unity Government). Beliau berkata hasrat UG tidak kesampaian, kerana tidak direstui ahli - tidak kira siapa orang nombor satu, dua atau tiga-nya. Bagaimanapun, Kamaruddin Jaafar bersetuju bahawa personal pemimpin bakal mempengaruhi persepsi ramai terhadap parti, namun pemimpin tersebut tidak berkuasa mutlak untuk menentukan perjalanan parti.

Calon kalah kalau berkempen?

Kamaruddin Jaafar menekankan pentingnya pemimpin akar umbi dan ahli untuk bersuara, dalam menentukan halatuju parti. Kenyataan ini dipetik Wan Saiful untuk mengasak Dzulkefly Ahmad, mempertikaikan mengapa wujudnya tradisi dalam PAS bahawa seandainya seseorang calon berkempen, maka calon tersebut akan kalah?

Dzulkefly Ahmad (gambar kanan) memperkenalkan bahawa satu pembaharuan bakal mengambil tempat pada dua tahun yang akan datang, iaitu satu mekanisme untuk memberi calon tampil dan kemukakan manifestonya - yang mana tidak sempat disempurnakan untuk pemilihan kali ini.

Wan Saiful mengasak sekali lagi lantaran daripada kenyataan sedemikian, kerana ia mencerminkan bahawa tiada aktiviti kempen dibenarkan dalam PAS untuk 50 tahun yang lalu, sehingga masih tercari-cari kaedah berkempen pada ketika ini. Malah, Wan Saiful melanjutkannya kepada soalan bagaimana PAS boleh berkempen ketika menentang UMNO, MCA dalam pilihan raya, pada masa yang sama tidak membenarkan kempen dalam parti sendiri?

Wan Saiful tidak berhenti di situ, mendesak lagi dengan memetik kenyataan Dzulkefly Ahmad bahawa tiada masalah untuk ahli mengkritik pimpinan. Wan Saiful cuba "uji" dengan satu soalan, apakah pandangan Dzulkefly Ahmad terhadap prestasi penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa?

Dzulkefly Ahmad cuba mempertahankan parti dengan berkata "untuk tempoh tiga tahun kami berkempen dengan prestasi sendiri". Beliau sebaliknya melontarkan soalan bagaimana seorang yang tidak bekerja sepanjang dua tiga tahun, tetapi kembali untuk yakinkan sokongan pengundi dengan kepetahannya berucap? Bagaimanapun, beliau berkata pintu untuk berkempen tetap akan dibuka pada masa dan tempat yang sesuai.

Wan Saiful tidak berputus asa, mengingatkan Dzulkefly Ahmad soalan tentang penilaian prestasi Nasharuddin Mat Isa (gambar kiri) - Dzulkefly akhirnya memberi jawapan, "antara Mat Sabu dengan Nasharuddin, saya memilih Mat Sabu".

Aziz Bari sedar bahawa bukan senang untuk mengendalikan aktiviti kempen, dalam sebuah parti politik yang mempunyai sejuta orang ahli. Bagaimanapun beliau mengambil contoh bagaimana demokrasi diraih melalui perbahasan antara calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, mengingatkan bahawa PAS tidak harus tidur lena ketika berdepan dengan trend ini.

Sekali lagi Khalid Samad menyanggah persepsi bahawa "tiada ruang bersuara dibenarkan" dalam PAS. Beliau mengambil contoh isu "kalimah Allah", di mana dirinya dan Dzulkefly Ahmad dibenarkan untuk menyatakan pandangan, malah PAS akhirnya mengambil pendirian mereka, meskipun Timbalan Mursyidul Am Harun Din berbeza pandangan dalam isu ini ketika itu.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Pakar perlembagaan tolak hujah Gaps

Posted: 28 May 2011 04:52 PM PDT

MALAYSIA KINI


Pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari hari menolak dakwaan kononnya perlembagaan persekutuan memperuntukkan hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak eksklusif bagi mendapatkan biasiswa.

Katanya, pihak yang membuat dakwaan itu hanya berdasarkan peruntukan 'keistimewaan Melayu' sebenarnya telah menyalah tafsirkan undang-undang.

NONE"Mungkin peruntukan yang dimaksudkan oleh Gaps (Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor) adalah Perkara 153 yang menyentuh kedudukan istimewa Melayu; sesuatu lanjutan dari peruntukan dalam Perjanjian Persekutuan Malaya 1948," kata Abdul Aziz.

Beliau yang juga seorang pensyarah undang-undang berkata perkara itu "hanya menyebut kedudukan istimewa" tanpa menghuraikannya dan tidak secara khusus menyebut mengenai hak keistimewaan itu.

Gaps hari ini meminta semua pihak supaya tidak menjadikan kemelut pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai isu perkauman. Ini kerana menurut kumpulan pendesak yang condong kepada Umno itu, perlembagaan negara menyatakan dengan jelas bahawa hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak untuk menerima biasiswa kerajaan.

Bagaimanapun Abdul Aziz menyangkal hujah yang dibuat itu.

"(Dalam) Perkara 153, perlembagaan tidak menyebut 'hak' seumpama itu.

"Ia hanya menyebut 'kedudukan istimewa' tanpa menghuraikannya. Dalam fasal (1) Perkara 152 malah disebut 'hak' atau kepentingan kaum-kaum yang lain," katanya lagi.

Najib minta bantuan belia pertahankan Putrajaya

Posted: 28 May 2011 04:49 PM PDT

Regina Lee


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa.

one million youth gathering in putrajaya on stage najib razak speakerDalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 - Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

"Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.

"Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?" soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan "ya".

Najib kemudiannya melaungkan "pertahankan Putrajaya" sebanyak tiga kali.

Berkecai tulang

Sebelum ini pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga menjaja tema yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno pada Oktober tahun lalu.

one million youth gathering in putrajaya on stage crowd 2Walaupun Najib tidak menyebut mana-mana parti politik dalam ucapannya, tetapi adalah jelas ia merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Najib berkata sambutan yang menggalakkan hari ini juga mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mendakwa mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan pembangkang.

"Satu hari di kalangan belia yang berhimpun hari ini akan duduk di kerusi di Putrajaya. Inilah niat kita. Pembangkang nak lelong Putrajaya... adakah anda benarkan? Tidak!

"Kita tidak akan biarkan mereka melelong Putrajaya kerana sejuta belia akan mempertahankannya," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin .

one million youth gathering in putrajaya crowdPerdana Menteri mendakwa kerajaan sentiasa bekerja keras demi kesejahteraan rakyat terutamanya golongan belia kerana mereka adalah pemangkin kepada transformasi yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Walaupun tidak sampai ke peringkat membuat keputusan, memadailah anda (belia) mendukung dan menyokong pelan transformasi negara. Saya cukup hargai.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara," katanya.

Beberapa habuan

Pada perhimpunan ini, Najib juga mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia - antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya.

one million youth gathering in putrajaya on stage crowd 3Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.

Katanya, wakil pemimpin belia dalam Parlimen tersebut terdiri daripada mereka yang dipilih oleh golongan belia itu sendiri.

"Syarat umur (wakil belia dalam Parlimen itu) mungkin bawah 40 tahun.

"Para belia (boleh) memilih wakil mereka, boleh membahas usul-usul, boleh membuat cadangan dan kerajaan akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan-cadangan itu," kata Najib.

one million youth gathering in putrajaya on stage najib and koh tsu koonMengenai perhimpunan Hari Belia itu, Najib berkata beliau berpuas hati dan yakin sasaran menghimpunkan sejuta belia akan tercapai.

Sehubungan itu, perdana menteri menyasarkan kehadiran dua juta belia pada perhimpunan tahun depan.

Beliau berkata sambutan yang begitu menggalakkan itu berbanding tahun lalu menunjukkan bahawa belia di negara ini mahukan keamanan dan bukan berhimpun untuk menjatuhkan kerajaan.

Himpunan belia yang bermula semalam dan berakhir esok, menampilkan lebih 200 acara dan program bagi golongan belia seperti sukan, kreativiti, seni dan sukan lasak.

Dinar Dirham: KGT sasar 20 ribu kedai

Posted: 28 May 2011 04:40 PM PDT

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU: Kelantan Golden Trade (KGT) mensasarkan 20,000 peniaga yang berminat menerima urusniaga Dinar dan Dirham bagi menyemarakkan penggunaan mata wang syariah.

Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad berkata, tindakan proaktif itu bagi mempopularkan semula penggunaan mata wang syariah di kalangan umat Islam.

"Untuk 2011 kami target pendaftaran 20,000 kedai termasuk kedai kepunyaan non-muslim yang sedia menerima Dinar dan Dirham sebagai mata wang syariah.

"Dan diharap ia menjadi pencetus kepada pembayaran gaji kakitangan kerajaan, pembayaran zakat dan aktiviti jual beli rakyat menggunakan Dinar dan Dirham" katanya pada persidangan media sempena Kempen Dinar Emas Kelantan 2011 di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi KGT, Umar Ibrahim Vadillo. Sekarang lebih 2,000 pekedai berdaftar dengan KGT di seluruh Malaysia.

Nik Mahani juga berkata, KGT kini berusaha menyemarakkan lagi penggunaan mata wang syariah, di mana telah dimulakan kempen sejak dua bulan lalu di Kuala Lumpur.

"Di samping mendekati rakyat, program itu juga dilaksanakan sempena pelancaran Projek Printis Pasar Terbuka Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan," ujarnya.

KGT juga melancarkan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi memudahkan pengguna mengetahui harga harian Dinar dan Dirham pada sepanjang tahun.

Selain itu KGT turut menyertai Karnival Halal Kelantan 2011 yang akan dirasmikan Tengku Mahkota Kelantan pada 29 Mei di Balai Islam.

Tiada ulasan: