Ahad, 29 Mei 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Sejuta Belia Sanggup Pertahankan Najib?

Posted: 29 May 2011 05:50 AM PDT

Wow! Gegak gempita dalam paper utusan meloya yang najib kata belia sanggup berhimpun mempertahan putrajaya.

Belia mana? Pertahan apa? Pertahan najib, rosmah dah kroni umno?

Sudah sampai masa belia halau perompak wang rakyat keluar dari Putrajaya.

Demo bersih nanti, belia akan turun ajar najib dan geng umno!

Ibrahim Ali: PAS Kelantan Dilanda Krisis Yang Amat Tenat (Kanser)!

Posted: 29 May 2011 01:45 AM PDT

PAS dilanda nasib 'menang sorak kampung tergadai', dakwa Ibrahim
May 29, 2011
KUALA LUMPUR, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan, komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan berhadapan dengan nasib "menang sorak kampung tergadai" di arena politik tempatan.

Sebaliknya, Ibrahim yang juga Presiden Perkasa mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR.

"Yang tak tahu penyokong tegar PAS yang benar-benar ikhlas berjuang untuk Islam. Kesian kepada mereka," kata wakil rakyat kerusi Parlimen Pasir Mas ini.

Pada 8 Mac 2008, Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS tetapi memutuskan untuk bertindak sebagai anggota Bebas di Dewan Rakyat selepas menang.

Dalam kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, Ibrahim berkata, muktamar minggu depan yang turut menyaksikan pemilihan PAS merupakan 'ajakkan' PAS yang dulunya, walaupun ia parti politik, tetapi dakwah dan perjuangan Islam menjadi utama, menang kalah dalam pilihan raya umum tidak menjadi soal penting.

"Tetapi kini, PAS sudah menjurus ke arah menang pilihan raya tanpa mengira apa jadi, malah buat apa saja asal menang iaitu cara menghalal matlamat.

"Tetapi jika PAS menang dalam gabungan Pakatan Rakyat, ertinya menjadi parti dominan dalam PR, mungkin berbaloi dan boleh diterima. Boleh diberi alasan, ia strategi," katanya sambil mendakwa "tapi nyata PAS bukan dominan macam Umno mengetuai BN."

Katanya lagi, kejayaan PR membawa kepada dasar Malaysian Malaysia dan Anwar bakal perdana menteri.

"Ini benar walaupun pelik, macam mana PAS boleh menjual prinsip perjuangannya," kata Ibrahim yang juga bekas ahli Umno dan bekas pemimpin S46 yang telah dibubarkan.

Ibrahim juga mendakwa apabila PAS menekankan hal Islam dengan kuat, DAP akan menyergah dengan kuat dan terbuka.

"Bila DAP dan ada golongan menyentuh hal Islam, PAS diam seribu bahasa.

"Oleh itu, pemilihan PAS kali ini boleh tentukan PAS penghujung jalan atau PAS hanya tinggal nama saja parti Islam dan Islam akan menjadi modal niaga politik yang sekadar untuk angkat calon PAS menang pilihan raya umum dan jadi wakil rakyat," katanya lagi.

Mengenai bakal keputusan, Ibrahim meramalkan bahawa Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menang jawatan timbalan presiden.

"PAS Kelantan terutama (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz (Nik Mat) sudah menolak (penyandang jawatan) YB Nasarudin (Mat Isa) kerana dilihat properpaduan dan tidak agresif serta kurang karismatik.

"Bila Mat Sabu (Mohamad Sabu) tegas menawarkan diri sbagai calon timbalan presiden, puak ulama dan Erdogan amat risau. Mat Sabu bukan lulusan Timur Tengah, bukan juga profesional dan dilihat tidak sangat berjihad untuk Anwar sepert yang lain-lain," katanya.

Oleh sebab itu, kata beliau, ada pihak tertentu merencana strategi bagi mengetepikan Nasharudin dan Mohamad dari memegang jawatan timbalan presiden.

"Manakala penyertaan YB (Datuk) Mohd Amar Abdullah sebagai calon naib presiden sebagai usaha menyekat YB (Datuk) Husam Musa. Diketahui umum, PAS Kelanyan dilanda krisis yang amat tenat tetapi tidak diketahui umun secara meluas. Ia kanser," katanya lagi.

Jawatan naib presiden menjadi saingan antara Husam, Ketua Penerangan Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohd Amar, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Salahudin Ayub.

Mahfuz dan Salahuddin merupakan penyandang jawatan itu.

10,000 hadir dengar ceramah Anwar di Temerloh

Posted: 29 May 2011 12:52 AM PDT

TEMERLOH: Fitnah berterusan yang dilemparkan Umno Barisan Nasional terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berjaya menyemarakkan lagi sokongan rakyat jelata kepada beliau.

Buktinya semalam di Temerloh, lebih 10,000 hadir mendengar ceramah Anwar di majlis Himpunan Kebangkita Warga Felda Pahang bertempat di Markas Besar Pas Pahang, Kerdau.

Kawasan di sekitar markas seolah-olah berpesta untuk semalaman di Temerloh apabila seorang lagi penceramah superstar dari Pas, Mohammad Sabu turut serta memeriahkan pentas berceramah kepada warga Felda.

Memulakan ceramahnya, Anwar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersilap membaca mood anak muda apabila menganggap anak muda yang hadir pada program Perhimpunan Sejuta Belia hadir kerana ingin mempertahankan Putrajaya daripada
pembangkang.

"Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

"Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.

"Silap Najib itu. Yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan," kata Anwar.

Menurut Anwar lagi, Najib juga gagal memahami idealisme anak muda kerana menjadikan fitnah sebagai asas untuk terus berkuasa di Malaysia.

"Fitnah itu tidak boleh dijadikan asas kepada perjuangan," kata Anwar.

Anwar seterusnya menyeru hadirin agar melihat perjuangan Pendita Zaaba sebagai contoh perjuangan sebenar membela nasib rakyat, dan bukannya perjuangan Umno yang sarat dengan rasuah dan fitnah sekarang ini.

"Tahu tak pejuang Melayu sebenarnya siapa? Tengok Tun Sri Lanang. Tengok Zaaba diangkat menjadi pendita.

"Beliau berbicara (tentang Melayu) sewaktu berumur 21 tahun. Umur 29 ke 30 tahun sudah mula menulis tentang masalah kemiskinan Melayu, miskin harta benda, miskin ilmu pengetahun dan dangkal ilmu agama. Miskin akal budi dan akhlak. Kalah sebelum melangkah berjuang.

"Jadi kata Zaaba kalau Melayu mahu pertahan maruah dan berjiwa besar, mahu kembalikan zaman kehebatan dulu, Melayu mesti bangkit dan jangan miskin ilmunya, akal budi dan akhlaknya.

"Mesti kaya ilmu, kaya akhlak, baru boleh buat perubahan.

"Bukan kaya maki hamun, kaya ugut orang, kaya fitnah seperti ditaja pimpinan Umno sekarang ini," kata Anwar.

Pada majlis yang sama, Pas turut menyiarkan montaj cadangan penubuhan sebuah universiti Felda yang dinamakan Universiti Teknologi Felda Tun Abdul Razak.

Universiti itu dicadang dibina di atas tapak seluas 400 hektar di Jengka, Pahang, memandangkan Pahang adalah negeri yang paling banyak tanah rancangan Felda.

Ia akan berperanan sebagai institusi pendidikan khusus kepada anak-anak peneroka Felda seperti Universiti Tenaga Nasional yang memberikan keutamaan kepada anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad.

Di akhir majlis, Anwar turut diberikan penghormatan bersama Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyaksikan
penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada Pengerusi Anak, Mazlan
Aliman.

Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Mana Gambar Menteri Besar Selangor?

Posted: 28 May 2011 09:50 PM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/251245_1371572345689_1723196288_603953_163347_n.jpg

menjunjung demokrasi?

profesional?

tidak memilih mana-mana pihak?

rakyat sudah pandai menilai

penakut dan di bawah dagu

Tiada ulasan: