Ahad, 29 Mei 2011

Biaqpila

Biaqpila


Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari

Posted: 29 May 2011 05:00 AM PDT



Kalaulah pandangan saya betul, kita sedang melihat perubahan stuktur pemikiran ramai yang isu perkauman sudah menjadi isu yang agak dibenci dan tidak begitu gemari oleh rakyat pada hari ini. Keadaan ini berlaku kerana isu benci membenci di antara kaum telah dimainkan terlalu berluasa-luasa dan menjemukan mereka.

Rakyat sedar yang jika isu perkauman masih menjadi isu oleh mana-mana parti dan pihak, parti itu akan manghadapi kemungkinan ditolak.


Bagi mereka isu perkauman adalah isu yang amat merbahaya untuk di mainkan dan rakyat sedar jika isu ini terus dimainkan oleh pemimpin-pemimpin yang akan merana rakyat sendiri akan menanggung penderitaannya.

Sudah nampak dengan agak jelas yang kecenderungan rakyat untuk menerima parti berbilang kaum di negara ini sedang melebar dan meminggirkan parti yang berlandaskan kepada perkauman secara beransur-ansur. Ianya bermula apabila pemimpin Melayu yang mengetuai pimpinan negara dan rakyat sudah hilang penghormatan rakyat dalam kadar yang amat deras.

Jika elemen baru yang berkembang ini terus-terusan menjadi sikap yang akan diterima oleh rakyat maka parti-parti yang ditubuhkan berlandaskan kepada kaum akan terpinggir dalam masa yang agak dekat. Melayu yang dahulunya dikaitkan dengan UMNO, sekarang Melayu sudah beransur-ansur menukar pendirian mereka dan tidak semestinya UMNO meyakinkan yang parti itu adalah parti perjuangan Melayu dan negara.

Perubahan ini dipercepatkan pula oleh kenyataan yang jelas dan nyata yang UMNO telah gagal untuk meneruskan kejayaan mereka untuk memperjuangkan kemajuan untuk orang Melayu kecuali segelintir Melayu yang mendapat keistimewaan kerana mengambil kesempatan di atas peruntukan keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan negara.

Peruntukan yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu itu memang ada termaktub dalam perlembagaan dan bangsa lain pun telah menerima hakikat itu. Tetapi apabila keistimewaan itu hanya untuk segelintir Melayu istimewaa sahaja dan bukannya untuk Melayu keseluruhannya, maka kesetiaan kepada UMNO kian pudar. Mereka selama ini menganggapkan yang UMNO itu ialah parti untuk rakyat Melayu yang ramai, tidak untuk bilangan Melayu ekskusif sahaja.

Keistimewaan untuk seluruh umat Melayu itu hanya dipompong oleh segelintiran Melayu yang hampir dengan kepimpinan sahaja bukannya kerana kemampuan Melayu yang ramai itu. Barang diingat orang Melayu merupakan penduduk majoriti dalam negara kita.
Orang Melayu sekarang sudah membentuk pemikiran dan kepercayaan yang menerima parti yang berbilang kaum sudah boleh diterima.

Mereka merasakan jika mereka terus-terusan berada di dalam UMNO pun tidak merubah keadaan mereka kecuali untuk menambah kekuatan kepada pemimpin-pemimpinnya untuk menjadi pemimpin yang rakus dan kufur nikmat semata-mata. Bangsa-bangsa lain dalam negara ini yang telah bersetuju yang Melayu perlukan keistimewaan itu pun sudah jemu menunggu kemajuan orang Melayu, kerana mereka mendapati keistimewaan itu hanya di perolehi oleh kumpulan kecil Melayu, selalunya dari keluarga yang di dalam kategori 'the rich and the famous' semata-mata.

Perubahan pemikiran di kalangan orang Melayu ini melibatkan setidak-tidaknya dua parti, iaitu UMNO dan MCA. Melayu sedang menerima parti-parti PAS, DAP dan PKR sedangkan kaum Cina sudah hampir menolak MCA untuk memberikan keyakinan kepada DAP. Apabila DAP diterima oleh kaum Cina dan menambah pula penyertaan orang Melayu di dalam parti itu maka dijangkakan yang parti-parti yang 'racial-based' akan menjadi 'obselete' dalam jangka waktu yang agak dekat.

Keadaan ini wujud kerana UMNO yang mewakli UMNO tidak mampu menguruskan kejayaan selama ini. Melalui UMNO orang kita Melayu merupakan kaum yang paling istimewa kedudukan kerana orang melayu melalui UMNO telah diberikan kedudukan sebagai parti untuk orang Melayu dan juga tugasan dan berfungsi sebagai parti untuk menguruskan semua bangsa di negara ini.

Saya masih tergayang-gayang mengingati zaman itu. Sekarang semuanya sudah tiada lagi kerana kesalahan dan kesilapan kita untuk menguruskan kejayaan itu. Kita terlupa dan terleka dengan kejayaan itu kerana kita sentiasa berfikir yang kejayaan yang dicapai itu akan kekal walaupun tanpa pengurusan yang baik.

Peringatan selepas peringatan diberikan kepada bangsa kita khususnya pemimpin kita tetapi mereka lalai dan bersikap sambil lewa dalam menguruskan kejayaan yang jarang-jarang dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini. Kita 'sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari'. Mungkin kah kita akan mencapainya kembali? Tidak siapa boleh menjawabnya secara meyakinkan.

Pada saya kaum India merupakan kaum yang bijaksana di dalam politik. Apa pun orang nak kata, saya tetap menyatakan dengan tegas, kaum India berjaya politik mereka. Kaum India merupakan kaum yang terkecil di Semenanjung Malaysia. Mereka hanya merupakan 15 peratus dari jumlah penduduk negara kita ini. Parti yang mewakili mereka sejak lama dahulu ialah MIC. Walaupun MIC merupakan parti yang kecil dan telah melalui zaman berpecah-pecah sejak lebih 20 tahun dahulu, tetapi kaum India sentiasa menambah jumlah wakil mereka di dalam Dewan Parlimen.

Kaum India diwakili melalui MIC, DAP, PKR, PPP dan yang lain-lain. Berpecah tetapi sentiasa menambah perwakilan mereka di dalam Dewan-Dewan Lagislatif Persekutuan dan Negeri-Negeri. Saya tidak dapat angka yang tepat tetapi kenyataannya mereka diwakili oleh jumlah yang ramai di Dewan-Dewan Lagislatif negara dan negeri-negeri.

Bagi orang Melayu, jika DAP boleh membuka ruang untuk kaum Melayu menjadi ahli dengan luas serta diberikan peluang untuk mewakili parti itu untuk mewakili pengundi-pengundi di kawasan mereka maka parti itu akan mendapat banyak 'advantages'nya. Pertamanya parti itu akan membuktikan yang parti itu adalah parti berbilang kaum dan bukannya parti yang di monopoli oleh kaum Cina sahaja. Keduanya DAP akan mendapat tambahan sokongan orang Melayu dan Bumiputra di seluruh negara.

Yang pentingnya DAP benar-benar melunaskan perjuangannya mengikut kehendak perlembagaan negara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan parti itu yang saya sendiri telah membacanya berulang kali. Lebih baik lagi DAP menerima orang Melayu untuk menjadi Ketua Kerajaan Negara ini (Maksud saya PM). Malahan DAP akan lebih mudah untuk meyakinkan yang mereka tidak akan menjadi Ketua Kerajaan kerana jumlah kerusi yang dibertangkannya di dalam setiap pilihanraya tidak melebihi 60 kerusi sahaja.

Saya menulis isu ini kali ini kerana sudah jelas rakyat berbilang kaum sedang beransur-ansur menolak parti-parti yang berlandaskan kepada keahlian mengikut kaum. Lagi sibuk parti-parti bercakap tentang isu perkauman, lagi bertambah jemu rakyat mendengarnya.

Itulah yang saya dan ramai orang ralatkan sejak beberapa tahun yang lalu. Kita telah pun berjaya mendapatkan orang Melayu di terima sebagai kaum yang mengetuai siasah negara, tetapi kita telah gagal untuk mengurus tadbir kejayaan dengan baik. We have been taking everything for granted.

Semuanya kerana permainan politik peribadi pemimpin-pemimpinnya yang rela merebahkan parti bersama mereka. Mereka tidak mahu dan bersedia untuk berkorban untuk parti yang telah menempa kejayaan itu untuk terus relevan untuk melayu dan rakyat..

Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Kita salahkan diri kita sendiri.

aspanaliasnet.blogspot.com

DD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

CELCOM BERUKBAND -kelajuan lebih hina dari dial-up

Posted: 29 May 2011 12:00 AM PDT



Dah lama gua tak hantam celcom berukband ni.Rasanya dekat 3 dekad jugak la.Bukan apa,gua kesian jugak selalu maki-maki dia punya awek2 customer care tu.Depa cuma makan gaji saja.Maki pun tak guna.Habih kuat depa akan cakap celcom sedang buat upgrade.Itupun selepas depa suruh gua try restart handphone atau modem,tapi berukband tetap slow macam siput barbies pregnant 8 bulan.

Kali ni gua nak maki celcom pasai 5GB LIMITED data tu,walaupun nama plan yang gua langgan CELCOM BERUKBAND 3G UNLIMITED.Lu orang bayangkan kalau pakai hari-hari sebelum cecah 5GB penggunaan data pun dah slow nak mampus,bila dah cecah 5GB penggunaan data,celcom akan menambahkan lagi kesengsaraan pada kelajuan berukband tersebut sampai ke tahap paling hina.Lebih hina daripada kelajuan dial-up tahun 1998.

Patutnya kalau sebelum cecah 5GB pun dah slow,tak payah la dok berkira sangat pasal limit tu.Pelanggan bayar untuk kelajuan 3G iaitu 384kbps bukannya 80kbps.

Gua tahu celcom ni hanya pandai menterkedarah duit pelanggan saja.Depa bukan peduli pelanggan dapat apa yang dibayar samada sepadan ataupun tidak dengan perkhidmatan yang diberikan.Pi melingkup la dengan pelanggan.

Setiap kali gua komplain,alasan standard depa ialah: upgrade akan dibuat di kawasan tuan...Jawapan sama semenjak tahun 2009 sampai la ni...kah!kah!kah!



SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

[Video] Laporan Polis Terhadap Papagomo Kerana Ugutan Bunuh

Posted: 28 May 2011 09:00 PM PDT

AMK Buat Laporan Polis Terima Ugutan Bunuh Blogger Papa Gomo

SHAH ALAM 28 MEI : Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam oleh blogger Harapan Rakyat apabila didakwa menerima satu mesej ugutan bunuh melalui laman sosial Facebooknya, di sini, hari ini.

Beliau yang juga ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Azuan Ab Rahman, 33, mendakwa menerima ugutan bunuh itu daripada seorang blogger yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) iaitu Papa Gomo (gambar) pada 20 Mei lalu.

Menurut Mohd Azuan, blog Harapan Rakyat mula diaktifkan kira-kira setahun lalu dan melalui laman tersebut beliau berbalas pendapat dengan blogger dan pelayar internet lain mengenai hal ehwal semasa terutama isu-isu berkaitan politik.

Mohd Azuan berkata, baru-baru ini beliau menerima permintaan blogger Papa Gomo untuk menyertainya sebagai ahli namun setelah aktif sebagai rakan dalam laman tersebut beliau dipercayai membuat ugutan bunuh berikutan tidak berpuas hati dengan pendapat yang diberikannya kepada blogger atau pelayar internet lain.

“Sebelum ini saya ada menerima permintaan sebagai rakan di akuan Facebook saya oleh dia (Papa Gomo) tetapi tidak pernah ada hubungan yang baik namun apabila saya buka akaun itu pada 20 haribulan (Mei lalu). Saya menerima mesej ugutan (bunuh) itu melalui komen saya kepada orang lain yang mungkin kerana dia (Papa Gomo) tidak puas hati dan cuba mengugut supaya saya menghentikan segala kenyataan di laman tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun menurut Mohd Azuan, beliau tidak dapat mengenal pasti masa satu pendapatnya yang menimbulkan kemarahan blogger Papa Gomo sehingga menyebabkan beliau menerima ugutan sedemikian.

Jelas Mohd Azuan lagi, antara mesej yang dihantar oleh Papa Gomo kepada Harapan Rakyat pada 20 Mei lalu adalah “nak mati ke?” dan “memang nak mati dah hang ni…tunggu lah masanya” .

Manakala pada 21 Mei pula, adalah seperti “Bunuh je, kasi kerat kote tu hehehe” dan pada 22 Mei ialah “Kau islam ke? Bunuh je” dan “he he he takut ke apa? rumah dah jumpa…..huhuhu”.

Dalam pada itu, Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya menyifatkan ugutan bunuh tersebut sebagai satu perkara yang serius serta berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera dan memastikan keselamatan Mohd Azuan tidak terancam.

“Ini satu perkara yang sangat serius dan kita memandang berat perkara ini kerana ia melibatkan ancaman nyawa seseorang malah terhadap keluarga Mohd Azuan sendiri. Pihak polis harus mengambil tindakan segera iaitu dengan memastikan kawalan keselamatan di rumah beliau dan kawalan keselamatan keluarga beliau.” katanya.

Jelas Azmizam lagi, AMK percaya ugutan yang dibuat Papa Gomo ini merupakan tindakan terdesak pihak tidak bertanggungjawab berikutan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan majoriti blogger serta pelayar internet hari ini condong ke arah pembangkan.

“Papa Gomo kini mungkin sudah terdesak kerana beliau tahu rakyat hari ini lebih bijak menilai kenyataan-kenyataan bernas dari blogger pro-PR yang majoritinya penyokong PR sendiri,"jelasnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fariz Musa yang ditemui di luar perkarangan IPD Shah Alam turut menyatakan sokongan kepada Mohd Azuan dan berharap polis akan bertindak tegas serta menjalankan siasatan ke atas Papa Gomo yang dikatakan blogger atau cybertrooper Umno-BN yang menjadi rujukan media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Tambah Fariz, tindakan blogger Papa Gomo ini juga jelas menggambarkan betapa rendahnya akhlak dan moral pengikut-pengikut Umno-BN.

“Tindakan ini menggambarkan betapa tidak berakhlaknya Papa Gomo kerana menghantar mesej sedemikian. -tvsnews






greenboc

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: AKU BUKAN GORILA

Posted: 28 May 2011 06:00 PM PDT



Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok.

Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.Singa yang sedang berehat terus menerpa ke arah pemuda tersebut.

Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan.

"Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.

Perlahan-lahan singa tersebut berbisik ke telinga pemuda itu..
"Hishhh! Diamlah,jika tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu.

Sama juga rupanya ... hehehe :)


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: