DIALOG RAKYAT |
- Kanak-kanak Ribena dalam Umno
- Blog hina Islam: PAS gesa Jakim, SKMM bertindak segera
- Tampil pelaku mirip Anwar, Rolls Royce jadi habuan
- Hebatnya UMNO menipu sampai Orang Siam masih dok anggap Mahdzir Khalid MB Kedah
- Halang masuki Sarawak, Pengerusi Bersih saman Taib Mahmud
- Skandal Scorpene: Peguam Perancis akan tiba ke Malaysia
- Suaram lancar ‘Ops Scorpene’.
- PRU13: Pakatan lebih bersedia berbanding 2008- Rafizi
- Lagi Laporan Polis Desak Siasat Segera Dalang Sebar Video Lucah
- DPPP Desak KDN Kaji Semula Akta Ordinan Darurat
- BERSIH 2.0: Pengusiran aktivis dari Sarawak dan pengumuman "Perhimpunan Rakyat"
- Hukuman dua beradik bakar gereja kekal
- SPRM akhirnya serah hujahan bertulis kes Teoh
- PRU-13: PKR siap sedia, jentera parti diaktifkan
- S'wak gagal bertindak: Gadis Penan terus dirogol
- K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik
- Salahguna sekolah: Pemuda PAS Pahang lapor SPRM
- Pemuda PAS bantah KUIN gantung pelajar
- BN Masih minat naikkan harga minyak
- Tugas saya bantu Pakatan ke Putrajaya - Bob Lokman
- Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS
- Mahkamah arah Utusan bayar bonus 2009
- Kesatuan akui kos hidup tinggi antara punca masalah kurang guru di KL
- MT Umno petang ini dijangka fokus simulasi PRU-13
- MP: Polis perlu jelaskan kenapa video seks bocor
| Posted: 27 May 2011 04:13 AM PDT Oleh SHIRZAD LIFEBOAT KEPADA minda ahli politik Umno, parti mereka boleh hancur akibat serangan daripada pembangkang. Pemikiran seperti ini adalah unik dan secara eksklusif cuma dipupuk dan tertanam dalam minda pemimpin dan ahli parti tersebut sahaja. Berbanding dengan parti lain dalam sejarah negara masing-masing di seluruh dunia ini, deduksi dan rumusan serupa tidak pula dikongsi. Lebih lazim daripada tidak, kehancuran sesebuah parti politik adalah akibat ia tidak lagi mendapat sokongan rakyat kerana gagal menyelesaikan isu bersabit kehidupan rakyat dan beransur-ansur hilang populariti sebelum akhirnya berkubur. Namun di Malaysia, Umno menjadikan segala-galanya unggul sehingga keadaan dan mungkin juga raison d'etre parti berkenaan tidak sama dengan mana-mana parti politik yang pernah wujud di dunia ini. Justeru sejak dulu, kini dan mungkin selama-lamanya (dibaca selama mana parti itu wujud), persepsi am yang sentiasa menghantui pemimpinnya, walaupun hantu itu hanyalah hantu ciptaan dan rekaan minda mereka sendiri, ialah bahawa Umno akan hancur jika diserang oleh parti pembangkang. Minggu lalu persepsi yang boleh dianggap tidak munasabah dan tidak keterlaluan jika dikatakan juga sebagai sesuatu yang bersifat kebudak-budakan ini sekali lagi kembali diulangi dan dimomok-momokkan kepada ahli-ahli Umno. Kali ini jurucakap parti yang menyandang misi ini ialah seorang anggota Majlis Tertinggi dan juga berjawatan Timbalan Menteri Pelajaran. Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Raja, Shah Alam, seolah-olah seperti tidak ada modal lain, Dr Mohd Puad Zarkashi menjadikan topik kemungkinan akan hancurnya parti yang beliau anggotai itu sebagai tema utama ucapannya. Antara lain beliau menekan dan menyebarkan kepercayaan kononnya Umno boleh hancur sekiranya tidak dapat membendung serangan psikologi yang dilalukan oleh pembangkang. Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, ketika bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Puad berkata, "Dia (pembangkang) nak orang marah dengan Umno dan seterusnya melemahkan kuasa orang Melayu." Bagi ahli-ahli dan pemimpin kecil-kecilan Umno, hal-hal remeh dan bahkan tidak mendatangkan faedah sama sekali kepada parti mereka adalah sesuatu yang tidak terlalu sukar untuk dihadam dan ditelan bulat-bulat ibarat penagih dadah menelan pil syabu. Sejarah Umno yang lebih kontemporer memperlihatkan betapa trend memabukkan ahli-ahli serta pemimpin kecilan-kecilan parti dengan anekdot seperti ini sudah menjadi, adakalanya seperti satu antidot apabila pemimpin atasan merasakan keyakinan peringkat akar-umbi terhadap pucuk pimpinan dirasakan sedang hampir dilanda kegeringan keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat parti. Namun demikian, sebagaimana umum lebih memahami apa yang dilakukan oleh pembangkang selama ini, sama ada di dalam Parlimen, Dun dan juga menerusi pelbagai media yang boleh digunakan oleh mereka termasuk laman sosial seperti FB, ruang penulisan maya seperti blog dan aplikasi penyebaran berita seperti twitter adalah lebih menjurus kepada apa yang tidak dilakukan oleh kerajaan yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dan apa yang dilakukan oleh kerajaan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat. Oleh kerana sistem demokrasi sebagaimana difahami oleh rakyat ialah bahawa negara ini bukannya milik mutlak BN ataupun Umno melainkan parti tersebut hanya diberikan mandat sementara untuk menguruskan hal ehwal rakyat, dan bahawa hanya kebetulan sahaja Umno-BN memiliki kuasa politik, maka kepada minda yang lebih intelektual, kritikan yang dibuat ke atas kerajaan tidak boleh dianggap sebagai perbuatan kononnya pembangkang mahukan orang marah dengan Umno. Kebijaksanaan dan petua politik mengatakan betapa keintelektualan politik tidak boleh dicampuradukkan dengan naluri emosi. Tidak ada sesiapa boleh menafikan betapa sebagai sebuah parti yang telah menerajui dan menjadi tonggak kepada pemerintahan negara ini sejak Merdeka, Umno pernah melahirkan pemimpin yang memiliki keintelektualan politik yang tinggi. Pemimpin Umno dalam kategori ini mampu mengangkat dirinya sehingga ada ketikanya turut dihormati oleh pembangkang sekalipun. Ini kerana sekiranya parti yang dipimpinnya mengalami kemerosotan populariti, maka ia akan mencari punca dalaman dan memperbaikinya tanpa perlu menuding jari ke arah pembangkang. Dan dalam menangani pembangkang pula, ia akan menghujahkan isu dan bukannya menuduh pembangkang menghasut rakyat membenci partinya. Suka atau tidak, inilah kekuatan Umno pada suatu ketika dulu. Hari ini, Umno sudah menjadi sebuah parti yang begitu mudah diperkotak-katikkan oleh bukan sahaja rakyat tetapi oleh ahlinya sendiri kerana semakin ramai pemimpin berpendidikan formal yang tinggi tetapi tidak berwibawa, tidak memahami atau menjiwai falsafah politik dan menggunakan pendekatan emosional keterlaluan yang mudah sahaja dilihat bukan bertujuan menyelamatkan negara dan rakyat ini (sebaliknya memecahkan ukhwah antara kaum) kerana merasakan inilah satu-satu cara untuk menjadi juara dan mendapat perhatian pucuk pimpinan parti agar diberikan tempat yang lebih tinggi sama ada dalam hierarki parti ataupun kerajaan. Dan inilah juga di antara sebab mengapa dalam masa satu dan dua dekad terakhir ini Umno tandus pemimpin pelapis yang benar-benar berkaliber dan bertanggungjawab terhadap setiap rakyat Malaysia. Tidak ada gunanya Umno mendabik dada, sebagaimana yang disebut oleh Naib Presidennya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengatakan kononnya Umno adalah untuk semua kaum tetapi dalam waktu yang sama ada pemimpin pelapisnya yang menggunakan pendekatan emosi melampau. Misalnya, dalam blognya (entri 20 Disember 2010), Dr Puad menulis: "Hidup mati DAP adalah bergantung kepada putar belit mereka mempolitikkan isu 3R itu. DAPlah bapa salah guna 3R. Keutamaan DAP ialah undi kaum Cina. Bolehkah mereka mendapat undi Cina tanpa menyalahgunakan isu 3R itu? Undi Melayu hanyalah bonus yang diperolehi melalui ihsan PAS dan KeADILan." Seseorang boleh sahaja berhujah tentang keutamaan MCA pula untuk mendapatkan undi kaum Cina dan undi Melayu hanyalah bonus yang diperolehi menerusi ihsan Umno dan parti komponen lain. Tetapi ini sudah macam kanak-kanak berkelahi pula. Sebaliknya bagi seseorang yang daya keintelektualan politiknya lebih tinggi, seorang ahli politik tulen, ia akan membawa dirinya serendah itu tetapi mencari jalan sedaya upaya bagi meredakan sebarang ketegangan dan seterusnya penyelesaian terbaik. Kini begitu nyata betapa kualiti pemimpin pelapis Umno semakin merosot. Justeru apakah kita boleh menyandarkan harapan kepada pemimpin seperti ini dan terus sanggup mengambil risiko membiarkan Umno terus berkuasa? | ||
| Blog hina Islam: PAS gesa Jakim, SKMM bertindak segera Posted: 27 May 2011 04:11 AM PDT Tindakan blogger yang menggunakan nama entri Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara untuk menghina agama Islam adalah keterlaluan dan melampau. PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menggesa Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera terhadap entri blog yang menghina Islam. Beliau berkata, tindakan blogger yang menggunakan nama entri Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara untuk menghina agama Islam adalah keterlaluan dan melampau. "Jelas tindakan penulisan dalam entri blog itu disengajakan dan menyentuh sensitiviti umat Islam secara tidak langsung. Oleh itu, kita mahu Jakim dan SKMM bertindak segera kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam dan menghina Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya kepada FMT. FMT sebelum ini melaporkan mengenai kewujudan blog menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara atau http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com. Malah sebuah akaun laman sosial facebook turut dikesan menggunakan profil 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'. Kewujudan blog dan facebook itu dikesan Isnin lalu dengan memaparkan gambar palsu yang mencemar kesucian Kaabah dengan meletakkan gambar jerung serta penyanyi luar negara yang berpakaian seksi. Beliau berkata perhatian khusus perlu diberikan oleh pihak berkenaan supaya masalah sosial ini tidak berkembang dan merosakkan akhlak remaja. "Bukan setakat blog hina agama yang disebarkan dalam laman sosial facebook, tetapi sekarang ini banyak blog dan facebook tentang 'gay'. Ini juga perlu perhatian serius daripada pihak berkenaan. Masalah sosial seperti ini semakin bertambah," katanya. Ujar beliau, "kegiatan seperti ini akan merosakkan agama, budaya dan sosial. Dalam agama lain tidak ada yang bersetuju dengan kegiatan sosial 'gay' ini. "Malah agama lain bersependapat bahawa ia kegiatan sosial yang songsang dan merosakkan tamadun. Benda seperti ini tidak boleh dipandang ringan. "Kita bukan mahu menghalang kebebasan orang ramai untuk mengakses maklumat atau sebagainya tetapi laman-laman sosial dan internet ini digunakan untuk mencetuskan gejala sosial yang kurang sihat," tambah beliau. Beliau turut kesal memandangkan pihak bertanggungjawab sengaja melengahkan perkara ini malah gagal untuk bertindak dengan tegas. "Sudah banyak laporan polis telah dibuat namun ia semakin berleluasa. Majlis agama perlu kerah tenaga untuk memantau dan tangani ia sebaik mungkin. "Sebelum ini kami membuat laporan kepada Jakim mengenai lambakan bacaan lucah dan majalah seumpamanya. Tetapi bila ditanya mengapa ia terus dikeluarkan pihak berkenaan mereka menyatakan ia dapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana takrif lucah itu ialah bila seseorang itu tidak berpakaian langsung. "Ini yang dibimbangkan oleh Pemuda PAS……kerana kelonggaran dari pihak berkuasa sendiri," katanya kesal. | ||
| Tampil pelaku mirip Anwar, Rolls Royce jadi habuan Posted: 27 May 2011 04:06 AM PDT Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim. PETALING JAYA: Orang ramai ditawarkan sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce jika dapat membawa seorang yang mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya didakwa sebagai pelaku klip video seks. Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim memandangkan Anwar sebelum ini menafikan bahawa dirinya adalah pelaku dalam klip video berkenaan. Bagaimanapun menurut Zamil tawaran itu akan berakhir 10 Jun depan dan tiga orang panel khas akan dijemput untuk membuat penilaian bagi mengesahkan pelaku itu. Zamil berkata tiga penel termasuklah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang juga Senator Dewan Negara Ezam Mohd Nor. Menurut Zamil, ketiga-tiga panel itu akan dijemput untuk mengesahkan entiti pelaku itu memandangkan mereka merupakan kenalan rapat Anwar. "Anwar beri kenyataan bahawa pelaku dalam video seks itu bukan dia, muka hanya mirip saya. Anwar sendiri bermati-matian menafikan bahawa dia adalah pelakunya. "Siapa yang mirip dia kalau pelaku itu adalah dia? Maka parti Kita Kedah nak tamatkan sandiwara Anwar…..dia tidak mahu mengaku sedangkan polis sudah kata video adalah tulen. Tapi Anwar tetap dengan sandiwaranya dengan buat laporan polis yang palsu. Zamil menjelaskan beliau bertindak sedemikian untuk menamatkan kontroversi yang masih berpanjangan mengenai 'siapa' pelaku dalam video seks tersebut. Beliau turut mencabar Anwar mahupun penyokong setia PKR untuk menampilkan pelaku yang mirip dengan pemimpin pembangkang itu. "Saya cabar Anwar agar bercakap benar mengenai hal ini. Janganlah sentiasa berbohong sepanjang hidupnya. Hanya penyokong beliau yang masih tidak buka mata sedangkan hakikatnya rakyat sudah bosan dengan perlakuan peribadi Anwar ini. "Maka saya tawarkan kereta Rolls Rocyce milik saya kepada mana-mana individu yang dapat menampilkan pelaku yang mirip seperti Anwar. "Saya jemput penyokong-penyokong setia PKR serta Anwar sendiri untuk tampilkan pelaku dalam video seks itu sebagai bukti kepada penafiannya," katanya kepada FMT. | ||
| Hebatnya UMNO menipu sampai Orang Siam masih dok anggap Mahdzir Khalid MB Kedah Posted: 27 May 2011 04:03 AM PDT PASPB ![]() ALOR SETAR - Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah mendedahkan masyarakat Siam di Kedah enggan mendekati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini kerana menganggap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid masih memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga kini. Bagaimanapun, Setiausaha DHPP Kedah, William Khor Eng Hin berkata, persepsi itu berjaya diubah DHPP sejak mereka mendekati masyarakat Siam, terutama di kawasan Padang Terap bermula tahun lalu dan hasilnya sedikit demi sedikit orang Siam sudah mula memahami perjuangan PR Kedah. Menurutnya, bukti jelas masyarakat Siam kini bukan lagi undi deposit tetap Barisan Nasional (BN) dan UMNO dapat ditunjukkan melalui penganjuran Pesta Songkran anjuran Kerajaan Negeri di Kuala Nerang apabila program itu dibanjiri lebih 4,000 masyarakat Siam seluruh Kedah yang kini sudah mula menyedari perubahan cuba dibawa PR. "Saya bersama Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang mula-mula mendekati masyarakat Siam pada tahun lalu dan respons yang diberikan ketika itu agak kurang memberangsangkan apabila tidak sampai 50 orang yang datang mendengar ceramah anjuran kami. "Kami bertanya sebab apa mereka enggan menerima kehadiran dan terkejut apabila mereka mendakwa bimbang tidak mendapat bantuan 'Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid' dan 'Kerajaan Negeri BN' sekiranya mendekati PR. "Susulan itu, kami lantas menerangkan perkara sebenar kepada mereka termasuk kejatuhan Kerajaan BN di Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan perubahan pucuk pimpinan baru bawah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak," katanya pada sidang media di Wisma Darulaman, baru-baru ini. Khor berkata, kegagalan masyarakat Siam Kedah terutama di kawasan luar bandar mendapat informasi terkini berhubung peralihan pucuk kepimpinan pentadbiran negeri disebabkan masyarakat itu kurang mengikuti perkembangan semasa negara ini. Khor turut mempertikaikan dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa sokongan masyarakat Cina dan India sudah berpatah balik ke BN ketika ini. Menurutnya, keputusan pilihan raya Sarawak sebelum ini menjadi bukti keengganan masyarakat Cina untuk terus mengekalkan sokongan terhadap BN dan senario sama kini turut dirasai semua masyarakat Cina di seluruh negara. "UMNO dan BN boleh bercakap apa yang dia hendak cakap. "Tetapi keputusan PRU ke-13 bakal menjadi penentu dan saya yakin dengan kegagalan Kerajaan Pusat menangani isu kenaikan harga barang dan bahan bakar, angin perubahan sudah pasti berlaku," katanya.SH | ||
| Halang masuki Sarawak, Pengerusi Bersih saman Taib Mahmud Posted: 27 May 2011 04:00 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan memfailkan saman terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kerana menghalangnya memasuki negeri itu April lalu. Saman tersebut yang difailkan Isnin lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, turut menamakan kerajaan Malaysia dan Jabatan Imigresen Sarawak, sebagai defenden. "Apa yang dipersoalkan ialah mereka tidak menyatakan sebarang sebab mengapa saya dihalang dari memasuki Sarawak. "Tindakan itu jelas merupakan penyalahgunaan kuasa. Ia bertentangan dan mencabuli hak saya seperti yang termaktub dengan perlembagaan," kata Ambiga dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau dihalang dari memasuki Sarawak pada 15 April, iaitu sehari sebelum hari mengundi pada pilihan raya negeri Sarawak. Turut hadir ialah Ong Boon Keong, penyelaras rangkaian pemantau pilihan raya Malaysia yang berpangkalan di Pulau Pinang 'menyertai senarai' individu yang dihalang dari memasuki Sarawak. Beliau diarahkan untuk meninggalkan Sarawak selepas ditahan oleh Jabatan Imigresen negeri itu malam tadi. "Saya tidak dimaklumkan sebarang sebab. Pegawai Imigresen itu menyatakan – 'ini arahan orang atas', kata Boon Keong. Boon Keong menambah, beliau mempunyai permit selama 90 hari untuk berada di negeri itu. Justeru, beliau memaklumkan peguam bagi pihaknya di Sarawak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Imigresen Sarawak. Pada sidang media yang sama, Boon Keong mendedahkan klip video yang didakwanya sebagai usaha membeli undi oleh Barisan Nasional dalam usaha memancing undi pada pilihan raya negeri yang lalu. Video 1 minit 34 saat itu memaparkan imej lelaki yang sedang menyusun timbunan wang yang dipercayai akan diedarkan kepada pengundi. Menurut Boon Keng ia dilakukan didalam sebuah rumah panjang di Temin. "Apakah yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan bukti ini?'soal Boon Keong. Beliau mendedahkan, tindakan itu sebenarnya adalah penindasan terang-terangan yang dilakukan oleh parti tertentu dalam pilihan raya. "Ia seolah-olah 'mengugut' pengundi untuk cenderung menyokong suatu pihak secara paksa."kata Boon Keong yang percaya halangan memasuki Sarawak yang dikenakan berkaitan dengan pendedahan yang dibocorkannya. Boon Keong menambah, kumpulan pemantaunya akan terus menjejak bukti yang diperolehi untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak lalu. "Kami mempunyai kira-kira 80 sukarelawan yang akan meneruskan siasatan. Tunggu kami dedahkan," jelasnya. | ||
| Skandal Scorpene: Peguam Perancis akan tiba ke Malaysia Posted: 27 May 2011 03:58 AM PDT SUARA KEADILAN KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene. Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan. Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat. Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir. Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene. Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia. Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002. Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia. Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga. "Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia. | ||
| Posted: 27 May 2011 03:56 AM PDT SUARA KEADILAN KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan melancarkan kempen dipanggil 'Ops Scorpene' bagi meraih dana dalam siasatan kehakiman yang telah difailkan di Mahkamah Perancis. Penyelaras Suaram, Izmil Amri Ismail berkata, ia berhubung siasatan terhadap syarikat Perancis, DCNS yang membayar komisyen kepada syarikat tempatan, Perimekar Sdn Bhd bagi pembelian dua kapal selam berkenaan. "Kempen adalah bermatlamat mengumpul dana bagi meneruskan litigasi yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis berhubung penyiasatan kehakiman dalam syarikat Perancis DCNS yang dikatakan membayar satu amaun komisyen kepada Perimekar, untuk pembelian kapal selam Scorpene," katanya dalam satu kenyataan. Pada Disember 2009, Suaram berkerjasama dengan peguam hak asasi dari negara itu, memfailkan aduan kepada mahkamah Perancis, supaya siasatan dilakukan. "SUARAM telah memantau skandal bukan sahaja mengenai kematian misteri dan mengejutkan Altantuya Shariibu, tetapi peranannya dan penglibatan dalam perolehan senjata untuk kerajaan Malaysia, membawa kepada pembunuhan ngerinya," jelasnya. Sehubungan itu, Suaram akan membuat satu sidang akhbar pada Isnin depan bagi menjelaskan perkara itu di Auditorium, Dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharajalela. Pada April 2010, peguam mewakili Suaram memberitahu, mahkamah Perancis telah menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah pembayaran komisyen berjumlah Euro 114 juta dari DCNS kepada Perimekar. Perundingan itu dijalankan menerusi Perimekar Sdn bhd, untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta- di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris. Perimekar dimiliki Ombak Laut, milik penuh Abdul Razak Baginda manakala Isteri Razak merupakan pemilik Perimekar dengan saham terbesar dalam syarikat itu. Bagaimanapun sebelum ini sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan Armaris tidak pernah membayar Perimekar sebagai komisyen, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang dikatakan orang tengahdalam pembelian kapal selam berkenaan. | ||
| PRU13: Pakatan lebih bersedia berbanding 2008- Rafizi Posted: 27 May 2011 03:41 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Berdasar senario politik semasa, Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN kini lebih bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke13, berbanding Mac 2008. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, bagi KEADILAN sendiri , parti itu telah mengerakkan jentera di setiap peringkat berikutan desas desus Pilihan raya umum bakal diadakan Julai tahun ini. "Kita telah bersedia sejak 2-3 bulan yang lepas, kalau mengikut perkiraan, kemungkinan pilihan raya diadakan pada Julai. "Dalam keadaan sekarang kita merasa lebih bersedia berbanding PRU 2008," ujarnya kepada Keadilandaily.com. Ia katanya, selari dengan jangkaan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyebut pilihan raya akan diadakan lebih awal. Menurut Rafizi, Barisan Nasional yang diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan melambatkan tarikh pilihan raya memandangkan sentimen dan sokongan rakyat kepada parti itu yang kian menjunam. "Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil dan pilihan raya Sarawak baru-baru ini, kita dapati sokongan Cina tidak akan kembali kepada BN. Sebab itu BN tidak akan tunggu lebih lama. "Sokongan kepada BN sukar untuk terus naik, risiko untuk mereka jatuh dalam pilihan raya umum semakin besar jika pilihan raya dilambatkan. Meskipun merekacuba gunakan isu perkauman dan agama, namun ia tidak memberi kesan kepada pengundi," katanya. "Cara terbaik adalah mengadakan pilihan raya lebih cepat. Lebih lama, risiko kehilangan kuasa BN lebih besar. Kita percaya ada usaha untuk mengumumkan pilihan raya mengejut bredasarkan tanda-tanda ini," ujarnya. Kata Rafizi, keadaan itu disokong dengan faktor ekonomi yang buruk di bawah pentadbiran BN, sementara kerajan pula tidak mempunyai jawapan dalam menyelesaikan ekonomi rakyat- sepertimana idea yang dikemuka Pakatan menerusi Buku Jingga. "Ia ditambah dengan keadaan ekonomi yang buruk, BN tidak ada jawapan menyelesaikan permasalahan rakyat. Slogan 1Malaysia hilang selepas tiga tahun, ia tidak lebih sekadar slogan. Disebab kan itu katanya, penangguhan kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, juga menjadi petanda jelas pilihan raya semakin hampir. "Kalau mereka menaikkan harga minyak pada masa ini, ia akan dizahirkan di peti undi. Itu juga jadi faktor kenapa pilihan raya akan diadakan lebih cepat dari yang kita sangka. Jika mereka menang, baru lah harga minyak akan dinaikkan," katanya lagi. Ditanya mengenai spekulasi ia diadakan sebelum keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum mahkamah, Rafizi berkata faktor itu juga diambil kira dalam penentuan tarikh pilihan raya. "Dipihak kita mengambil kira, perbicaraan Datuk Seri Anwar juga mungkin berkait dengan tarikh pilihan raya. Ia juga berdasarkan cubaan haramkan KEADILAN dan melumpuhkan KEADILAN melalui kes-kes di mahkamah," katanya. Dalam masa yang sama, kata Rafizi, petanda itu dilihat apabila pimpinan tertinggi Umno -BN kini telah pun mengarahkan jentera parti itudigerakkan, yang menjadi isyarat bahawa mereka mahukan mandat lebih awal. "Mereka tidak akan buat semua ini, kecuali pilihan raya sudah semakin dekat," kata Rafizi. | ||
| Lagi Laporan Polis Desak Siasat Segera Dalang Sebar Video Lucah Posted: 27 May 2011 03:13 AM PDT TVS NEWS ![]() SHAH ALAM : Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Selangor Shuhaimi Shafie membuat laporan polis mendesak agar satu siasatan segera dilakukan berhubung penyebaran VCD lucah dan fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Keadilan Selangor melihat bahawa kalau benar VCD yang disiarkan kepada rakan media di Carcosa itu yang asli, sekeping, bagaimana yang sekeping itu terlepas di tangan polis dan diupload di internet sedemikian rupa," kata Suhaimi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini. "Persoalannya di sini bukan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan soal Datuk Seri Najib, bukan soal Tan Sri Muhyiddin Yassin. Persoalan pokoknya ialah bagaimana video ini disebarkan dengan begitu meluas tanpa penglibatan atau sekatan pihak-pihak berkuasa. Jadi dipercayai wujudnya satu gerakan terancang untuk menyebarkan video ini dari rumah ke rumah,"ujar beliau. "Jadi saya desak pihak polis kalau perlu tahan, tahanlah Datuk T supaya dapat tahu siapa yang terlibat 'sebarkan' video lucah ini," tegas beliau. | ||
| DPPP Desak KDN Kaji Semula Akta Ordinan Darurat Posted: 27 May 2011 03:11 AM PDT Ditulis oleh Afix Redzuan ![]() KUALA LAUMPUR : Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) mendesak kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula penggunaan Akta Ordinan Darurat yang menggunakan pendekatan penahanan tanpa bicara seperti yang diamalkan dalam Akta Keselamatan Negeri (ISA). "Harapan saya agar anak saya dibebaskan. Kedua, anak saya masih ingin melanjutkan pelajaran dan hukuman yang dijatuhkan akan menggugat masa depannya. Anak saya banyak terlepas tawaran belajar, saya harap ada pembelaan dan jika benar bersalah, beritahu apa kesalahan yang dilakukan. Sebagai ibu saya boleh terima jika benar-benar bersalah. Saya tahu anak saya tidak bersalah," katanya. | ||
| BERSIH 2.0: Pengusiran aktivis dari Sarawak dan pengumuman "Perhimpunan Rakyat" Posted: 27 May 2011 03:08 AM PDT MERDEKA REVIEW Pengusiran Ong Boon Keong dari Sarawak BERSIH 2.0 mengecam keras pengusiran aktivis sosial dan penyelaras Malaysian Election Observation Network (MEO-Net), Ong Boon Keong (berbaju kuning), dari Sarawak pada 24 Mei 2011.
BERSIH 2.0 menganggap lagi satu pengusiran seorang akitivis dari negeri Sarawak sebagai penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Sarawak dan satu percubaan untuk menindas pendapat alternatif. Kami menuntut kerajaan Sarawak untuk mengumumkan senarai penuh individu-individu yang dilarang daripada memasuki Sarawak dan sebab-sebab mereka tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Perhimpunan Rakyat BERSIH 2.0 BERSIH 2.0 ingin memberi penjelasan mengenai pengumuman yang dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS):
BERSIH 2.0 ingin memaklumkan bahawa sememangnya keputusan untuk mengadakan "Perhimpunan Rakyat" telah dibuat di sewaktu satu perjumpaan bersama wakil-wakil dari beberapa kumpulan baru-baru ini. Kami menghargai minat semua yang hadir di perjumpaan tersebut di mana para hadirin telah membentuk satu jawatankuasa kecil untuk melaraskan acara ini. Pada perjumpaan tersebut, BERSIH 2.0 telah mencadangkan acara ini untuk mempromosikan demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya dan mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam. Kami ingin menekankan bahawa inisiatif ini dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua parti-parti politik untuk bergabung kuasa dengan rakyat untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini. Jemputan akan dihantar kepada semua parti-parti politik untuk menyertai usaha ini. Perhimpunan Rakyat akan diadakan pada 9 Julai 2011 pada satu masa yang akan dimaklumkan nanti. Kami berharap acara ini akan diberi sokongan oleh semua ahli-ahli politik, terutamanya oleh rakyat jelata. BERSIH 2.0 akan membuat pengumuman apabila butiran acara tersebut telah ditetapkan.
BERSIH 2.0 kecewa bahawa pengumuman acara ini disambut dengan kecaman keras dan ugutan untuk menghalang acara tersebut. BERSIH 2.0 berharap pihak berkuasa mengubah pendiriannya yang tidak progresif terhadap hak kebebasan rakyat untuk bersuara. Sebaliknya, masa telah tiba untuk pihak-pihak yang diamanatkan untuk menguruskan negara untuk "mengambil kira pendapat-pendapat rakyat jelata". Di seluruh dunia, suatu gegaran untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan masyarakat sedang berlaku dan kami ingin menjemput pihak berkuasa untuk menghormati suara-suara tersebut. BERSIH 2.0 ingin menghubungi pihak polis untuk memberi jaminan dan bantuan agar acara tersebut dapat diteruskan dengan aman. Kami berharap pihak polis akan berkerjasama dengan kami dalam perkara ini. *Kenyataan media oleh Ambiga Sreenevasan selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0. BERSIH 2.0 terdiri daripada Andrew Khoo, Arumugam K., Dr.Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr.Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Subramaniam Pillay and Arul Prakkash. | ||
| Hukuman dua beradik bakar gereja kekal Posted: 27 May 2011 03:06 AM PDT BERNAMA Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar sebuah gereja di Desa Melawati awal tahun lalu. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan dan sabitan Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 25, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 23.Mohamad Zabidin berkata keputusan untuk mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen itu dibuat selepas meneliti hujahan, nota keterangan dan alasan penghakiman. Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan kedua beradik itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan. Pada 13 Ogos tahun lepas, Hakim SM Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Izham, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah selepas diperintah membela diri. Raja Mohamad Faizal (kanan), seorang penghantar surat dan Raja Mohamad Izham, pekerja bank, didakwa melakukan khianat dengan membakar gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati, di sini, pada 11.50 malam, 7 Jan tahun lalu.Mereka dituduh melakukan perbuatan itu bersama beberapa orang yang masih bebas, mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. | ||
| SPRM akhirnya serah hujahan bertulis kes Teoh Posted: 27 May 2011 03:03 AM PDT BERNAMA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerahkan hujahan bertulis setebal 344 muka surat kepada Suruhanjaya Siasatan kes kematian Teoh Beng Hock. Peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili SPRM, menyerahkan dokumen itu kepada urusetia suruhanjaya berkenaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Shah Alam.Rabu lalu, Pegawai Pengendali yang terdiri daripada Amerjeet Singh, Kwan Li Sa dan Awang Armadajaya Awang Mahmud serta Majlis Peguam telah menyerahkan dokumen hujahan masing-masing. Pada 10 Mei lalu, Pengerusi Suruhanjaya yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen mengarahkan semua pihak menghantar hujahan masing-masing setelah selesai memanggil 70 saksi sejak memulakan prosiding pada 14 Februari lalu. Teoh, 30, setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan. | ||
| PRU-13: PKR siap sedia, jentera parti diaktifkan Posted: 27 May 2011 02:44 AM PDT Joseph Sipalan Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan. Parti pembangkang itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua hari di Port Dickson yang dihadiri pemimpin kanannya dengan fokus pada kempen pilihan raya umum akan datang. Naib presiden PKR Tian Chua berkata mesyuarat yang berakhir semalam itu adalah langkah permulaan bagi parti itu mengakhiri persiapan pilihan raya mereka sebelum Julai ini."Mesyuarat tertumpu pada isu polisi seperti jentera pilihan raya, latihan bagi sukarelawan parti, laman web kami dan juga mobilasasi," katanya ketika dihubungi. Tian Chua bagaimanapun enggan mendedahkan butiran apa yang dibincangkan itu tetapi beliau tidak menafikan apabila ditanya sama ada pemimpin kanan PKR sekarang akan mula bergerak ke seluruh negara bagi mempercepatkan persiapan jentera pilihan raya mereka. "Sudah tentu, persiapan kami adalah untuk mempermantapkan (jentera parti) di setiap negeri," katanya yang ahli parlimen Batu itu. Seorang lagi naib presiden PKR Fuziah Salleh juga keberatan memberitahu apa yang dibincangkan pada pertemuan itu dan menganggapnya sebagai mesyuarat biro politik yang 'lazim'."Ini bukan kali pertama kita bincangkan isu pilihan raya pada mesyuarat. Ia hanya lanjutan mesyuarat biro politik yang lazim kita adakan. "Kita menilai dan menyemak semula senarai, secara asasnya kita menyemak buat kali terakhir agar kita benar-benar bersedia, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan seawal Julai ini," katanya. Bagaimanapun sumber dalaman itu berkata mesyuarat berkenaan adalah hasil usaha berbulan-bulan yang bertujuan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya baik di peringkat parlimen mahupun negeri. Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PKR itu berkata terdapat pelbagai sebab bagi ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara. Selain meninjau persiapan parti, katanya, Anwar pada masa yang sama menggunakan peluang itu bagi membuat penjelasan berhubung kempen anti-fitnah berikutan terdedahnya pita video seks yang didakwa mirip pemimpin berkarisma itu. "Jadualnya (Anwar) penuh sejak beberapa bulan lalu dan setiap tempat yang beliau lawati, jentera negeri dimobilisasikan... awak nilai sendiri la," kata sumber itu. | ||
| S'wak gagal bertindak: Gadis Penan terus dirogol Posted: 27 May 2011 02:42 AM PDT Ang Ngan Toh Polis dan kerajaan negeri Sarawak hari ini dibidas Wanita PKR kerana kegagalan mereka bertindak bagi menyelesaikan kes-kes gadis dan wanita Penan dirogol oleh pembalak di kawasan sekitar Baram yang berterusan. Kes terbaru membabitkan seorang gadis berusia 20 tahun yang berulang-kali dirogol oleh pembalak Indonesia sejak awal tahun ini, kata naib pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nie di Kuching."Gadis itu mengenali lelaki Indonesia di kampungnya di Ulu Baram, di mana dia bekerja sebagai pembalak. Adalah dilaporkan dia memujuk gadis tu mengikutnya ke Miri dengan alasan mencari kerja. "Sebalik gadis itu dirogol berulang-kali," kata Voon sambil menambah nahawa laporan polis telah dibuat di balai Miri pada Isnin lalu. Voon berkata gadis malang itu juga mendakwa terdapat kes rogol yang hampir sama membabitkan wanita lain di kampungnya itu. Hanya selepas Ketua Wanita PKR dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan kes berkenaan di Parlimen pada sesi yang lalu dan membuat laporan polis, barulah Kementerian wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bersedia membuat siasatan. Pasukan penyiasat yang ditubuhkan kementerian yang mendedahkan sisatan mereka tahun lalu berkata hanya ada 14 kes rogol.Voon berkata Wanita PKR cuba menyerahkan laporan pasukan penyiasat itu kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu, yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Penan tetapi beliau enggan menerimanya. | ||
| K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik Posted: 27 May 2011 02:39 AM PDT MALAYSIA KINI Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan. NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi. Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara. Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter. | ||
| Salahguna sekolah: Pemuda PAS Pahang lapor SPRM Posted: 27 May 2011 02:38 AM PDT
| ||
| Pemuda PAS bantah KUIN gantung pelajar Posted: 27 May 2011 02:36 AM PDT
| ||
| BN Masih minat naikkan harga minyak Posted: 27 May 2011 02:35 AM PDT
| ||
| Tugas saya bantu Pakatan ke Putrajaya - Bob Lokman Posted: 27 May 2011 02:33 AM PDT
| ||
| Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS Posted: 27 May 2011 02:31 AM PDT
| ||
| Mahkamah arah Utusan bayar bonus 2009 Posted: 27 May 2011 02:28 AM PDT THE MALAYSIAN INISDER
Dalam keputusan dibuat Selasa lalu, Mahkamah Perusahaan memutuskan syarikat milik Umno itu agar mematuhi artikel 44 Perjanjian Bersama. "Mahkamah mengarahkan agar responden mematuhi artikel 44 Perjanjian Bersama. "Oleh itu, (memandangkan) respoden (Utusan Melayu (M) Berhad) telah membayar ex-gratia satu bulan, ia boleh memotong jumlah yang telah dibayar daripada dua bulan bonus, yang ia perlu bayar kepada pekerja-pekerjanya bagi 2009," kata deklarasi keputusan yang dibuat oleh presiden mahkamah Susila Sithamparam. Artikel 44 Perjanjian Bersama menyebut bahawa "bayaran bonus dua bulan hendaklah merupakan satu ikatan bagi syarikat mengeluarkannya untuk para pekerja tiap-tiap tahun, jika syarikat mendapat keuntungan dalam tahun yang berkenaan." Pada 2009, Kumpulan Utusan, yang menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo! mencatat keuntungan sebanyak RM5.1 juta. "Selari dengan peruntukan-peruntukan (Akta Syarikat), responden telah mengisytiharkan bahawa keuntungan kumpulannya adalah sebanyak RM5.121 juta, berdasarkan penyata akaun yang diaudit, dalam Laporan Tahun 2009. "Responden tidak boleh lari daripada fakta bahawa ia adalah syarikat pemegangan dan mempunyai anak-anak syarikat. "Mahkamah berpegang pada perkataan keuntungan dalam artikel 44 Perjanjian Bersama bermaksud keuntungan yang dibuat sebagai syarikat pegangan pada 2009," kata presiden mahkamah lagi. Oleh kerana NUJ telah membuktikan yang syarikat itu telah mencapai keuntungan, katanya, maka mahkamah mengarahkan responden mematuhi artikel dalam perjanjian bersama. | ||
| Kesatuan akui kos hidup tinggi antara punca masalah kurang guru di KL Posted: 27 May 2011 02:25 AM PDT Bagaimanapun kata mereka, masalah itu yang disebabkan kos hidup tinggi bukan sahaja disaksikan di ibu negara, tetapi juga di Johor Bahru dan Pulau Pinang. "Memang ada guru-guru ini tidak berminat untuk mengajar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi kerana mereka perlu membayar sewa rumah dan sebagainya," kata Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat Mohamed Sabri Mohd Arshad kepada The Malaysian Insider. Jelas beliau, masalah tersebut antara lain disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi di bandar. Beliau berkata, walaupun guru turut menerima Elaun Kos Sara Diri (COLA), antara RM200 hingga RM300 sebulan bergantung pada kelayakan, ia masih tidak mampu untuk menampung kos hidup di bandar. Katanya lagi, terdapat tiga bandar raya yang kritikal di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan George Town yang mana ia kurang menjadi pilihan guru untuk mengajar. "Perkara ini serius kerana bila ada cikgu yang tak berminat untuk mengajar di bandar, ia akan menyebabkan kekurangan guru dan ia memberi beban kepada guru lain kerana perlu menampung kelas yang tiada guru," katanya. Sabri juga berkata, faktor lain guru tidak mahu mengajar di kawasan bandar juga adalah kerana kurang berpengalaman. "Guru-guru baru biasanya pendapatan mereka tak tinggi. Sebab itu tidak mahu mengajar di bandar. Selain itu, masalah disiplin di bandar juga tinggi dan disebabkan kurang pengalaman untuk menangani situasi itu, mereka lebih suka mengajar di kawasan luar bandar," katanya. Beliau turut mencadangkan agar elaun khas diberi kepada guru yang mengajar di bandar sepertimana diberi kepada guru di kawasan pendalaman. Katanya, jika elaun boleh diberi kepada guru yang mengajar di kawasan pendalaman, elaun khas untuk guru di bandar juga perlu diberi. "Guru-guru pendalaman akan dapat elaun khas kerana mereka mengajar di kampung-kampung pendalaman yang adakalanya tiada bekalan elektrik. Jadi mereka akan dapat elaun kerana tiada bekalan elektrik itu. "Justeru, elaun seperti itu juga perlu diberi kepada guru-guru yang mengajar di kawasan kritikal," katanya. Beliau juga berpendapat, kerajaan harus mempunyai perancangan untuk membendung perkara itu. "Sama ada dengan membuat rumah guru dalam kawasan sekolah untuk menarik minat guru-guru ini mengajar atau tambah elaun khas untuk guru di bandar," ujarnya. Semalam, Pengerusi Biro Pendidikan Parti Keadilan Rakyat Abas Awang mendakwa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhadapan dengan masalah kekurangan guru, seperti yang dialami Sabah tetapi di ibu negara ia disebabkan ramai keberatan mahu mengajar ekoran kos hidup yang tinggi. "Statistik terbaru saya tidak peroleh lagi. Tetapi berdasarkan pengalaman saya dahulu menjadi pengarah pelajaran bahagian Wilayah Persekutuan dan timbalan pengarah bahagian sekolah Malaysia, sebuah sekolah akan ada lima hingga enam orang guru sementara di Kuala Lumpur," katanya. Kata beliau, pengurusan sekolah terpaksa mengambil guru-guru sementara berikutan kekurangan guru memandangkan tidak ada guru yang hendak berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng berkata, isu mengenai guru mohon untuk menukar tempat mengajar dari sekolah di Kuala Lumpur ke kawasan lain sememangnya wujud. Bagaimanapun, beliau tidak pasti berapa jumlah sebenar guru yang memohon untuk keluar dari Kuala Lumpur termasuk atas alasan kos hidup yang tinggi. "Kekurangan guru di Kuala Lumpur memang ada tetapi banyak mana jumlahnya, saya perlu telefon Jabatan Pendidikan untuk memastikan. "Saya juga ada mendengar kes guru memohon untuk tukar dari Kuala Lumpur ke kampung halaman selepas mereka mengajar dua, tiga tahun kerana mengikut suami atau isteri dan ada juga disebabkan kos sara hidup di Kuala Lumpur tinggi. "Apa pun, saya tidak boleh beritahu jumlahnya yang sebenar kerana saya perlu semak semula," katanya yang juga Setiausaha Agung Cuepacs. | ||
| MT Umno petang ini dijangka fokus simulasi PRU-13 Posted: 27 May 2011 02:18 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
Mesyuarat itu sepatutnya diadakan awal minggu ini tetapi ditangguhkan kerana Datuk Seri Najib Razak berada di luar negara. Mesyuarat hari ini berkemungkinan besar akan membincangkan mengenai tarikh untuk mengadakan pilihan raya 'olok-olok' itu di semua bahagian di seluruh negara, yang dijadualkan pada Julai depan, lapor Bernama Online. Najib, yang juga perdana menteri dan presidern Umno, yang pulang daripada lawatan kerja ke Jepun semalam akan mempengerusikan mesyuarat itu. Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dijangka akan membentangkan kertas kerja berkenaan langkah itu. Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa isu pilihan raya olok-olok itu telah dibincangkan pada mesyuarat pengurusan Umno minggu lepas yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya. | ||
| MP: Polis perlu jelaskan kenapa video seks bocor Posted: 26 May 2011 05:13 PM PDT Salhan K Ahmad Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa polis supaya bertindak dengan konsisten dalam penyiasatan mereka berhubung penyebaran cakera video lucah yang dikesan dilakukan kepada ketua kampung di Selangor. Antaranya melibatkan ketua Kg Padang Jawa Petaling, Kg Kebun Bunga Batu Tiga, Kg Kuantan Klang dan Kg Melayu Subang.
Selain cakera video, kiriman melalui pos itu juga mengandungi sehelai kertas yang dicetak dengan tulisan bertajuk "Skandal Anwar Ibrahim." Khalid telah menunjukkan cakera video serta tulisan berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam pagi ini. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Pada 24 Mei, sekumpulan yang terdiri daripada 10 pegawai Imigresen membawa Ong daripada Kampung Bengoh ke Pejabat Imigresen di Pending. Beliau diminta memberi keterangan mengenai aktivitinya, khususnya mengenai pemantauan pilihan raya. Ong diberitahu beliau tidak dibenarkan untuk memasuki Sarawak dan mesti memohon kepada penguatkuasa Imigresen sekiranya beliau ingin memasuki Sarawak. Ong juga tidak diberikan atau ditunjukkan surat rasmi penolakan kemasukan ke dalam negeri, walaupun aktivis-aktivis lain yang dinafikan kemasukan ke Sarawak sebelum pilihan raya negeri Sarawak telah diberi surat tersebut. Kami berpendapat layanan kasar terhadap Ong adalah satu intimidasi keras terhadap beliau.
BERSIH 2.0 adalah satu gerakan rakyat untuk pilihan raya yang bebas dan adil. Gabungan ini tidak diwakili oleh mana-mana parti politik, malahan Jawatankuasa Pepandu juga bebas dari penglibatan ahli politik.
BERSIH 2.0 telah menuntut reformasi pilihan raya selama ini namun tuntutan kami langsung tidak diberikan perhatian. Terdapat tiga tujuan utama acara ini dianjurkan; iaitu untuk mengutarakan tuntutan rakyat untuk reformasi pilihan raya, mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam, dan mengambil pendirian menentang rasuah yang berleluasa di setiap tahap lapisan masyakat.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan dan sabitan Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 25, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 23.
Raja Mohamad Faizal (kanan), seorang penghantar surat dan Raja Mohamad Izham, pekerja bank, didakwa melakukan khianat dengan membakar gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati, di sini, pada 11.50 malam, 7 Jan tahun lalu.
Peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili SPRM, menyerahkan dokumen itu kepada urusetia suruhanjaya berkenaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Shah Alam.
Selain Foong, suruhanjaya turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Naib presiden PKR Tian Chua berkata mesyuarat yang berakhir semalam itu adalah langkah permulaan bagi parti itu mengakhiri persiapan pilihan raya mereka sebelum Julai ini.
Seorang lagi naib presiden PKR Fuziah Salleh juga keberatan memberitahu apa yang dibincangkan pada pertemuan itu dan menganggapnya sebagai mesyuarat biro politik yang 'lazim'.
Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PKR itu berkata terdapat pelbagai sebab bagi ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara. 
Kes terbaru membabitkan seorang gadis berusia 20 tahun yang berulang-kali dirogol oleh pembalak Indonesia sejak awal tahun ini, kata naib pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nie di Kuching.
Pasukan penyiasat yang ditubuhkan kementerian yang mendedahkan sisatan mereka tahun lalu berkata hanya ada 14 kes rogol.
NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.
KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa percaya kerajaan BN masih berniat untuk menaikkan harga minyak dengan menggunakan alasan rasionalisasi subsidi.
BUKIT MERTAJAM: Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakun Bob Lokman memberitahu, tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khasnya PAS ke Putrajaya.
SELAYANG: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.
KUALA LUMPUR — Mahkamah Perusahaan mengarahkan Kumpulan Utusan membayar bonus dua bulan bagi tahun perkhidmatan 2009 kepada kakitangannya yang bernaung di bawah Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ).
PUTRAJAYA — Simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang berkait rapat dengan persediaan parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 dijangka akan menjadi topik utama dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan bersidang petang ini.
Khalid berkata, polis perlu menjalankan tindakan sama seperti yang dilakukan dalam siasatan ke atas kes penyebaran video seks presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini.
Selain itu, ketua Kg Bukit Kapar (Meru), Kg Bukit Kerayong dan Kg Jalan Kebun Klang turut menerima rakaman video berkenaan melalui kiriman pos, kata Khalid lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan