Kerabu Bersuara ® |
- Naik tarif elektrik, bukti kerajaan bela kroni IPP
- Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari
- Kerajaan Pusat Tidak Bantu Selangor Percepat Selesai Isu Air
- Laporan Polis Dibuat Agar Penyebar Video Lucah Diambil Tindakan
- Ketua Muslimat: Nuridah dicabar Zailah
- Dewan Pemuda: Timbalan Ketua 4 penjuru, 2 naib
- Bonus: Utusan dakwa tak mampu, tapi salur subsidiari berjuta ringgit
- Kenyataan Nik Aziz tak akan pengaruhi keputusan pemilihan PAS
- Janji biasiswa: Publik kadangkala tak faham, kata Najib
- Mahkamah arah Utusan bayar bonus 2009
- Lanjut tempoh latihan bukti PLKN gagal, kata DAP
- Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naib
- TG Nik Aziz Di Selayang Mallam Ni
- Tarif elektrik: Kenaikan tak boleh dielak, tapi dilaksana berperingkat
- Kerajaan Perlu Ambil Berat Berkaitan Masalah Guru Di Malaysia
- Nilai Sebuah Perubahan pada Jamaah Islam
- Peringatan Kepada Orang Yang Jahil Namun Berani Mengeluarkan Fatwa Tentang Hukum Hakam Agama
- Indra Putra Cerai Melalui SMS
- Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru
- Dr Dzul, Khalid Samad, KJ sokong Mat Sabu?
| Naik tarif elektrik, bukti kerajaan bela kroni IPP Posted: 27 May 2011 08:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak memiliki kesungguhan untuk membela nasib rakyat apabila membuat keputusan menaikkan tarif elektrik yang akan diumum Isnin ini, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong. Ini kerana katanya, kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat. "BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi. "Tetapi rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal," katanya dihubungi Keadilandaily.com. Menurutnya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar. "Ketika harga makanan dan barangan semakin naik, negara seperti Taiwan dan Korea memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya supaya tidak merasa terbeban dengan kenaikan tersebut. "Negara kita pula, yang mengeluarkan minyak dan mampu menjana tenaga elektrik, menaikkan tarif elektrik," katanya yang juga Bendahari Agung KEADILAN. Katanya, keputusan itu lebih menguntungkan syarikat konsesi IPP yang besar sedangkan fungsi membekalkan tenaga itu sepatutnya diambil alih TNB sendiri. Kuasa yang dijana IPP katanya, memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara berbanding TNB yang hanya membekalkan 40 peratus. "Kita tanya kepada syarikat IPP utama ini, YTL Corporation Berhad yang dipunyai Yeoh Teong Lay, Tanjung PLC (Ananda Krishnan), Malakoff Corporation (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – ini adalah mereka yang menikmati keuntungan yang besar. "Apa sebabnya mereka menikmati keuntungan ini dan kemudian menjual lebih mahal kepada TNB sedangkan TNB sendiri boleh menjanakan tenaga elektrik," katanya. Mengulas lanjut, katanya langkah yang akan diambil Pakatan sekiranya memenangi pilihan raya umum, adalah menyemak kembali perjanjian dengan syarikat berkenaan seperti terkandung dalam Buku Jingga. "Elektrik seperti air, ia adalah keperluan dan hak asasai rakyat yang tidak boleh digunakan untuk mendapat keuntungan," katanya. Pakatan Rakyat sebelum ini berulangkali menegaskan bahawa kerajaan berupaya untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik. Jika dibandingkan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah iaitu perbezaan antara 22 peratus hingga 48 peratus. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu sebenarnya disebabkan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB. Harga yang dibeli dari IPP itu jauh lebih tinggi dari harga tenaga yang dihasilkan TNB sendiri, sekaligus menyebabkan IPP mengaut keuntungan besar. |
| Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari Posted: 27 May 2011 08:00 AM PDT Kalaulah pandangan saya betul, kita sedang melihat perubahan stuktur pemikiran ramai yang isu perkauman sudah menjadi isu yang agak dibenci dan tidak begitu gemari oleh rakyat pada hari ini. Keadaan ini berlaku kerana isu benci membenci di antara kaum telah dimainkan terlalu berluasa-luasa dan menjemukan mereka. Rakyat sedar yang jika isu perkauman masih menjadi isu oleh mana-mana parti dan pihak, parti itu akan manghadapi kemungkinan ditolak. Bagi mereka isu perkauman adalah isu yang amat merbahaya untuk di mainkan dan rakyat sedar jika isu ini terus dimainkan oleh pemimpin-pemimpin yang akan merana rakyat sendiri akan menanggung penderitaannya. Sudah nampak dengan agak jelas yang kecenderungan rakyat untuk menerima parti berbilang kaum di negara ini sedang melebar dan meminggirkan parti yang berlandaskan kepada perkauman secara beransur-ansur. Ianya bermula apabila pemimpin Melayu yang mengetuai pimpinan negara dan rakyat sudah hilang penghormatan rakyat dalam kadar yang amat deras. Jika elemen baru yang berkembang ini terus-terusan menjadi sikap yang akan diterima oleh rakyat maka parti-parti yang ditubuhkan berlandaskan kepada kaum akan terpinggir dalam masa yang agak dekat. Melayu yang dahulunya dikaitkan dengan UMNO, sekarang Melayu sudah beransur-ansur menukar pendirian mereka dan tidak semestinya UMNO meyakinkan yang parti itu adalah parti perjuangan Melayu dan negara. Perubahan ini dipercepatkan pula oleh kenyataan yang jelas dan nyata yang UMNO telah gagal untuk meneruskan kejayaan mereka untuk memperjuangkan kemajuan untuk orang Melayu kecuali segelintir Melayu yang mendapat keistimewaan kerana mengambil kesempatan di atas peruntukan keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan negara. Peruntukan untuk memberikan keistimewaan kepada orang Melayu itu memang ada termaktub dalam perlembagaan dan bangsa lain pun telah menerima hakikat itu. Tetapi apabila keistimewaan itu hanya untuk segelintir Melayu istimewaa sahaja dan bukannya untuk Melayu keseluruhannya, maka kesetiaan kepada UMNO kian pudar. Mereka selama ini menganggapkan yang UMNO itu ialah parti untuk rakyat Melayu yang ramai, tidak untuk bilangan Melayu ekskusif sahaja. Keistimewaan untuk seluruh umat Melayu itu hanya dipompong oleh segelintiran Melayu yang hampir dengan kepimpinan sahaja bukannya kerana kemampuan Melayu yang ramai itu. Barang diingat orang Melayu merupakan penduduk majoriti dalam negara kita. Orang Melayu sekarang sudah membentuk pemikiran dan kepercayaan yang menerima parti yang berbilang kaum sudah boleh diterima. Mereka merasakan jika mereka terus-terusan berada di dalam UMNO pun tidak merubah keadaan mereka kecuali untuk menambah kekuatan kepada pemimpin-pemimpinnya untuk menjadi pemimpin yang rakus dan kufur nikmat semata-mata. Bangsa-bangsa lain dalam negara ini yang telah bersetuju yang Melayu perlukan keistimewaan itu pun sudah jemu menunggu kemajuan orang Melayu, kerana mereka mendapati keistimewaan itu hanya di perolehi oleh kumpulan kecil Melayu, selalunya dari keluarga yang di dalam kategori 'the rich and the famous' semata-mata. Perubahan pemikiran di kalangan orang Melayu ini melibatkan setidak-tidaknya dua parti, iaitu UMNO dan MCA. Melayu sedang menerima parti-parti PAS, DAP dan PKR sedangkan kaum Cina sudah hampir menolak MCA untuk memberikan keyakinan kepada DAP. Apabila DAP diterima oleh kaum Cina dan menambah pula penyertaan orang Melayu di dalam parti itu maka dijangkakan yang parti-parti yang 'racial-based' akan menjadi 'obselete' dalam jangka waktu yang agak dekat. Keadaan ini wujud kerana UMNO yang mewakli UMNO tidak mampu menguruskan kejayaan selama ini. Melalui UMNO orang kita Melayu merupakan kaum yang paling istimewa kedudukan kerana orang melayu melalui UMNO telah diberikan kedudukan sebagai parti untuk orang Melayu dan juga tugasan dan berfungsi sebagai parti untuk menguruskan semua bangsa di negara ini. Saya masih tergayang-gayang mengingati zaman itu. Sekarang semuanya sudah tiada lagi kerana kesalahan dan kesilapan kita untuk menguruskan kejayaan itu. Kita terlupa dan terleka dengan kejayaan itu kerana kita sentiasa berfikir yang kejayaan yang dicapai itu akan kekal walaupun tanpa pengurusan yang baik. Peringatan selepas peringatan diberikan kepada bangsa kita khususnya pemimpin kita tetapi mereka lalai dan bersikap sambil lewa dalam menguruskan kejayaan yang jarang-jarang dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini. Kita 'sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari'. Mungkin kah kita akan mencapainya kembali? Tidak siapa boleh menjawabnya secara meyakinkan. Pada saya kaum India merupakan kaum yang bijaksana di dalam politik. Apa pun orang nak kata, saya tetap menyatakan dengan tegas, kaum India berjaya politik mereka. Kaum India merupakan kaum yang terkecil di Semenanjung Malaysia. Mereka hanya merupakan 15 peratus dari jumlah penduduk negara kita ini. Parti yang mewakili mereka sejak lama dahulu ialah MIC. Walaupun MIC merupakan parti yang kecil dan telah melalui zaman berpecah-pecah sejak lebih 20 tahun dahulu, tetapi kaum India sentiasa menambah jumlah wakil mereka di dalam Dewan Parlimen. Kaum India diwakili melalui MIC, DAP, PKR, PPP dan yang lain-lain. Berpecah tetapi sentiasa menambah perwakilan mereka di dalam Dewan-Dewan Lagislatif Persekutuan dan Negeri-Negeri. Saya tidak dapat angka yang tepat tetapi kenyataannya mereka diwakili oleh jumlah yang ramai di Dewan-Dewan Lagislatif negara dan negeri-negeri. Bagi orang Melayu, jika DAP boleh membuka ruang untuk kaum Melayu menjadi ahli dengan luas serta diberikan peluang untuk mewakili parti itu untuk mewakili pengundi-pengundi di kawasan mereka maka parti itu akan mendapat banyak 'advantages'nya. Pertamanya parti itu akan membuktikan yang parti itu adalah parti berbilang kaum dan bukannya parti yang di monopoli oleh kaum Cina sahaja. Keduanya DAP akan mendapat tambahan sokongan orang Melayu dan Bumiputra di seluruh negara. Yang pentingnya DAP benar-benar melunaskan perjuangannya mengikut kehendak perlembagaan negara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan parti itu yang saya sendiri telah membacanya berulang kali. Lebih baik lagi DAP menerima orang Melayu untuk menjadi Ketua Kerajaan Negara ini (Maksud saya PM). Malahan DAP akan lebih mudah untuk meyakinkan yang mereka tidak akan menjadi Ketua Kerajaan kerana jumlah kerusi yang dibertangkannya di dalam setiap pilihanraya tidak melebihi 60 kerusi sahaja. Saya menulis isu ini kali ini kerana sudah jelas rakyat berbilang kaum sedang beransur-ansur menolak parti-parti yang berlandaskan kepada keahlian mengikut kaum. Lagi sibuk parti-parti bercakap tentang isu perkauman, lagi bertambah jemu rakyat mendengarnya. Itulah yang saya dan ramai orang ralatkan sejak beberapa tahun yang lalu. Kita telah pun berjaya mendapatkan orang Melayu di terima sebagai kaum yang mengetuai siasah negara, tetapi kita telah gagal untuk mengurus tadbir kejayaan dengan baik. We have been taking everything for granted. Semuanya kerana permainan politik peribadi pemimpin-pemimpinnya yang rela merebahkan parti bersama mereka. Mereka tidak mahu dan bersedia untuk berkorban untuk parti yang telah menempa kejayaan itu untuk terus relevan untuk melayu dan rakyat.. Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Kita salahkan diri kita sendiri. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/05/ku-sangka-panas-hingga-ke-petang.html |
| Kerajaan Pusat Tidak Bantu Selangor Percepat Selesai Isu Air Posted: 27 May 2011 07:30 AM PDT SHAH ALAM 27 Mei - Tindakan kerajaan pusat menolak cadangan Kerajaan Selangor mengenai idea penstrukturan semula air di negeri ini menyukarkan penyelesaian proses itu dilakukan. Hal ini kerana, tindakan kerajaan Pusat yang enggan menimbang sebaik mungkin tawaran yang diberikan kerajaan negeri yang menyebabkan isu ini masih berlarutan sehingga sekarang, kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago. " Apa yang lebih malang ialah, kerajaan Persekutuan pun tidak ada apa-apa cadangan yang baru, pandangan mereka ialah untuk tidak lakukan apa-apa perubahan mengenai cara untuk menguruskan, yang pasti mereka takut untuk cakap dengan terus terang, oleh kerana itu apa-apa cadangan yang dibentangkan kerajaan negeri ditolak dalam mesyuarat," kata Charles. Media hari ini melaporkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan Selangor gagal menyusun langkah sesuai untuk mengatasi masalah ini sehingga mengakibatkan kerajaan Pusat terpaksa masuk campur. Bagaimanapun, menurut Charles, kenyataan menteri itu amat tidak bertanggungjawab memandangkan umum mengetahui kerajaan negeri beberapa kali membentangkan tawaran kepada empat syarikat konsesi di negeri ini namun "diganggu" oleh kerajaan Pusat. "Apa yang dikatakan oleh Datuk Peter itu memang tidak patut dan tidak bertanggungjawab sebab kita telah lakukan banyak cadangan tetapi ditolak dan perkara ini membuatkan ia berlarutan dalam jangka masa yang lama,"katanya. Charles menyatakan kerajaan Selangor menyedari kebimbangan pemegang- pemegang bon air susulan laporan bahawa bon mungkin menghadapi penurunan rating sekiranya perbincangan penyusunan semula industri air tidak diselesaikan. Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin dapat menyelesaikan isu dengan kerajaan Persekutuan bagi menyusun semula perkhidmatan air seperti yang diperuntukkan bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Malangnya, kerajaan Pusat pula tekad mengambil alih bon air dari kerajaan Selangor atas alasan menstabilkan industri air Selangor. Justeru menurut Charles, Selangor perlu diberi hak dan ruang dalam menyelesaikan masalah ini. "Kalau Peter Chin tidak mampu uruskan biar kerajaan negeri uruskan, dan kini dia bagi pembelaan kepada pemegang bon dan jelas tindakan ini tidak masuk akal, ini menunjukkan keadaan sedia ada iaitu menggunakan pihak swasta menguruskan air (yang terbukti) telah gagal,"katanya lagi. DAP hari ini mendedahkan, kerajaan membayar 73% lebih tinggi daripada nilai pasaran walaupun sepatutnya baki bon tersebut harus diselesaikan oleh pemegang saham syarikat terbabit. Untuk rekod, kerajaan Persekutuan telah memberi lampu hijau kepada Kerajaan Selangor pada Januari 2008 untuk menyatukan pemegang konsesi air ini di bawah syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Selepas Pakatan Rakyat memerintah pada Mac 2008, Menteri Besar memutuskan untuk menstruktur semula industri air dengan menawarkan pampasan kepada pemegang konsesi sebanyak RM5.7 billion. Pemegang konsesi menolak tawaran ini kerana mendakwa jumlahnya tidak cukup untuk menampung hutang-hutang yang ditanggung syarikat konsesi yang berjumlah RM6.4 billion. Selepas semakan semula empat bulan kemudian, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan sebanyak RM9.3 billion dan tawaran ini diterima konsesi SPLASH dan ABBAS. Pada Mac 2010, kerajaan persekutuan membuat tawaran kepada pemegang konsesi berjumlah RM10.3 billion tetapi ditolak oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Pada Januari 2011, Kerajaan Selangor sekali lagi membuat tawaran pengambilalihan termasuk menawarkan arbitrasi antarabangsa (International Arbitration) dalam memastikan pengambilalihan dilaksanakan dengan integriti dan adil kepada semua pemegang konsesi. |
| Laporan Polis Dibuat Agar Penyebar Video Lucah Diambil Tindakan Posted: 27 May 2011 07:00 AM PDT SHAH ALAM 27 Mei - ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie membuat laporan polis mendesak agar satu siasatan segera dilakukan berhubung penyebaran VCD lucah dan fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kalau benar VCD yang disiarkan kepada rakan media di Carcosa itu yang asli, sekeping, bagaimana yang sekeping itu terlepas di tangan polis dan diupload di internet sedemikian rupa," kata Suhaimi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini. Shuhaimi menyatakan kehairanan beliau mengenai bagaimana video tersebut bolos di internet sedangkan trio Datuk T yang menayangkan video tersebut kepada media Mac lalu mengaku hanya mereka mempunyai salinan berkenaan dan telahpun menyerahkannya kepada pihak Polis. "Persoalannya di sini adakah polis bersekongkol, terlibat menandatangai memorandum persefahaman dengan Datuk T. Datuk T kata hanya ada satu salinan. Adakah Polis bersekongkol atau memang ada salinan lain dengan Datuk T?," kata beliau. Pemberian dan penyebaran VCD tersebut dikesan berleluasa pada kempen Jelajah Selangor (Jelas) PKR sejak awal bulan ini di Semenyih, Kuala Langat, Tanjung Karang, Subang dan Sabak Bernam, dan Selayang. Dua hari lalu, Ketua kampung dari 8 kampung buah kampung di Shah Alam dan Klang menerima 4 salinan VCD tersebut setiap seorang melalui Pos. Tanpa menuduh mana-mana pihak, Shuhaimi melahirkan kebimbangan terdapat gerakan sistematik dan terancang dalam penyebaran VCD ini dengan agenda untuk memburuk-burukkan PKR dan Pakatan Rakyat berdasarkan sasaran penyebaran kepada rakyat dan pemimpin akar umbi seperti Ketua-ketua kampung. Malah, menurut Shuhaimi tidak mustahil VCD lucah itu akan dihantar dari rumah ke rumah pula selepas ini. "Persoalannya di sini bukan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan soal Datuk Seri Najib, bukan soal Tan Sri Muhyiddin Yassin. Persoalan pokoknya ialah bagaimana video ini disebarkan dengan begitu meluas tanpa penglibatan atau sekatan pihak-pihak berkuasa. Jadi dipercayai wujudnya satu gerakan terancang untuk menyebarkan video ini dari rumah ke rumah," ujar beliau. Justeru Shuhaimi mendesak polis supaya bertindak kerana jawapannya boleh didapati dengan mereka yang paling awal menyebarkan video berkenaan – Datuk T, yang dianggotai oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. "Jadi saya desak pihak polis kalau perlu tahan, tahanlah Datuk T supaya dapat tahu siapa yang terlibat 'sebarkan' video lucah ini," tegas beliau. |
| Ketua Muslimat: Nuridah dicabar Zailah Posted: 27 May 2011 06:31 AM PDT Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 27 Mei: Penyandang Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh menerima saingan sengit apabila turut ditentang Timbalan Ketua dewan itu Siti Zailah Mohd Yusof untuk jawatan nombor satu muslimat itu. Untuk kerusi Timbalan Ketua pula, bakal menyaksikan perebutan antara AJK Muslimat Dr. Siti Mariah Mahmud dengan Wan Hasrina Wan Hassan. Naib Ketua pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya Mumtaz Mohd Nawi, AJK Muslimat Mastura Mohamad, Dr. Najhatussolehah Ahmad dan Normala Sudirman. Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. Bagi Dewan Ulamak pula, tidak menyaksikan sebarang pertandingan untuk semua jawatan. Bagaimanapun nama-namanya tetap akan diumumkan pada 2 Jun kerana perlembagaan parti menghendaki demikian. Berikut adalah senarai penuh calon yang bertanding Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013. KETUA 1. Nuridah Salleh, 2. Siti Zailah Mohd Yusof, YB TIMBALAN KETUA 1. Siti Mariah Mahmud, Dr 2. Wan Hasrina Wan Hassan NAIB KETUA 1. Mastura Mohamad 2. Mumtaz Mohd Nawi, YB 3. Najhatussolehah Ahmad, Dr. 4. Normala Sudirman AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Aida@Nurul Huda Yusof Rawa 2. Aiman Athirah Al-Jundi 3. Asiah Ali, Dr. 4. Azizah Khatib Mat 5. Azlina Che Haron 6. Fatimah Wan Teh Amizan Baharuddin 7. Fatimah@Zainab Ibrahim, Toh Puan 8. Fazilah Abu Samah 9. Halimah Ali, Dr. YB 10. Kartini Ahmad 11. Khadijah Mahmud 12. Kintan Man 13. Mariam Abdul Rashid 14. Mastura Mohamad 15. Mumtaz Mohd Nawiv 16. Najihatussolehan Ahmad, Dr 17. Norazliza Abd Latif 18. Normala Sudirman 19. Norhayati Bachok 20. Norwani Ahmat 21. Rohani Ibrahim, YB 22. Rohaya Yaacob, Dr. 23. Rosni Adam, Dr. 24. Rosiah Salleh 25. Salbiah Wahab 26. Siti Aisyah Ghazali, YB 27. Siti Mariam Othman 28. Wan Obaidah Wan Omar, YB |
| Dewan Pemuda: Timbalan Ketua 4 penjuru, 2 naib Posted: 27 May 2011 06:00 AM PDT Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 27 Mei: Seperti dijangka, Nasrudin Hassan kekal menyandang jawatan Ketua Pemuda untuk sesi 2011 hingga 2013. Untuk jawatan timbalan ketua pula menyaksikan perebutan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan raya Pemuda Firdaus Jaafar, Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat dan Exco pemuda Nik Abduh Nik Aziz. Bagi jawatan Naib pula, menyaksikan dua AJK dewan Pemuda Nasir Zakaria yang akan berentap dengan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob. Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. Bagi Dewan Ulamak pula, tidak menyaksikan sebarang pertandingan untuk semua jawatan. Bagaimanapun nama-namanya tetap akan diumumkan pada 2 Jun kerana perlembagaan parti menghendaki demikian. Berikut adalah senarai calon yang bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013: KETUA 1. Nasrudin Hassan Thantawi TIMBALAN KETUA 1. Azman Shafawi 2. Firdaus Jaafar, YB 3. Nik Abduh Nik Aziz 4. Suhaizan Kaiat NAIB KETUA 1. Nasir Zakaria, YB 2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Abdullah Abdul Karim 2. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB 3. Ahmad Fadhli Shaari 4. Firdaus Masod 5. Kamaruzuman Abdullah 6. Kamaruzzman Mohamad 7. Khairil Nizam, Ir. Hj 8. Khairul Faizi Ahmad Kamil 9. Khalil Abd Hadi 10. Lahirul Latigu 11. Mohd Suhaimi A. Aziz 12. Mohd Adram Musa 13. Mohd Akmal Kamaruddin 14. Mohd Fadli Ghani 15. Mohd Nasaie Ismail 16. Mohd Nazri Chik 17. Mohd Nor Hamzah, YB 18. Mohd Sany Hamzan 19. Mohd Yusni Mat Piah 20. Muhammad Hafiz Musa 21. Muhammad Sanusi Md Nor 22. Ridhuan Mohamad Nor 23. Rosly Allany 24. Safarizal Salleh 25. Salman Salleh 26. Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre 27. Azharuddin Muhammad 28. Zaidy Abdul Taib 29. Zamakhshari Muhamad 30. Zawawi Abu Hasan |
| Bonus: Utusan dakwa tak mampu, tapi salur subsidiari berjuta ringgit Posted: 27 May 2011 05:45 AM PDT Oleh Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR, 27 Mei — Utusan Melayu (M) Berhad menyalurkan berjuta ringgit hasil keuntungan operasi kepada anak-anak syarikatnya meskipun ia mendakwa tidak mampu membayar pekerjanya bonus kontraktual, demikian didedahkan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini. Utusan Melayu berhujah bahawa ia tidak perlu membayar ahli-ahli NUJ bonus dua bulan gaji bagi tahun perkhidmatan 2009 sebab ia mengalami kerugian sebagai syarikat individu pada tahun berkenaan. Artikel 44 Perjanjian Bersama antara Utusan Melayu dan NUJ cawangan Utusan Melayu memperuntukkan bahawa stafnya perlu dibayar bonus kontraktual dua bulan jika membuat keuntungan. Bagaimanapun Mahkamah Perusahaan diberitahu baru-baru ini bahawa syarikat induk itu telah membayar RM37.5 juta daripada keuntungan operasinya kepada Utusan Media Sales Sdn Bhd, malah membayar mereka bonus dua bulan pada 2009 tetapi menafikan hak ahli-ahli NUJ, yang kebanyakannya bertugas di Jabatan Editorial Utusan Melayu. Malah, Utusan Melayu juga tidak menuntut bayaran daripada anak syarikatnya Utusan Printcorp Sdn Bhd dan Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, yang masing-masing berhutang RM19 juta dan RM8.4 juta. Dokumen yang diperoleh menunjukkan ketua pegawai kewangan Utusan Melayu memberitahu mahkamah bahawa sebanyak RM76 juta daripada anak syarikatnya sehingga 31 Disember 2009 direkodkan sebagai perkara "penerimaan-penerimaan lain." Dalam laporan berasingan, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mahkamah Perusahaan memerintahkan Kumpulan Utusan agar membayar bonus dua bulan bagi tahun perkhidmatan 2009 kepada kakitangannya yang bernaung di bawah NUJ. Dalam keputusan dibuat Selasa lalu, Mahkamah Perusahaan memutuskan syarikat milik Umno itu agar mematuhi artikel 44 Perjanjian Bersama. "Mahkamah mengarahkan agar responden mematuhi artikel 44 Perjanjian Bersama. "Oleh itu, (memandangkan) respoden (Utusan Melayu (M) Berhad) telah membayar ex-gratia satu bulan, ia boleh memotong jumlah yang telah dibayar daripada dua bulan bonus, yang ia perlu bayar kepada pekerja-pekerjanya bagi 2009," kata deklarasi keputusan yang dibuat oleh presiden mahkamah Susila Sithamparam. Artikel 44 Perjanjian Bersama menyebut bahawa "bayaran bonus dua bulan hendaklah merupakan satu ikatan bagi syarikat mengeluarkannya untuk para pekerja tiap-tiap tahun, jika syarikat mendapat keuntungan dalam tahun yang berkenaan." Pada 2009, Kumpulan Utusan, yang menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo! mencatat keuntungan sebanyak RM5.1 juta. Dalam pada itu, Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan berharap pengurusan Utusan Melayu akan meneliti keputusan itu dan menjelaskan pembayaran bagi kakitangannya "dalam semangat keharmonian industri." Katanya, ahli-ahli NUJ Utusan Melayu merupakan mereka yang paling rendah gaji daripada lapan cawangan menganggotai kesatuan itu. "Bayaran bonus yang tertunggak juga akan membantu mengurangkan beban kewangan ahli-ahli NUJ yang bekerja di Utusan Melayu memandangkan harga barang-barang keperluan juga telah mengalami kenaikan," katanya dalam satu kenyataan. "Ahli-ahli (NUJ) tidak menikmati kenaikan gaji dan pelarasan faedah-faedah lain memandangkan perjanjian bersama 2008-2011 masih diteliti di Mahkamah Perusahaan," katanya lagi. Anbalagan menambah, Utusan Melayu juga harus membayar bonus bagi 2010 yang menurutnya masih belum dijelaskan lagi. |
| Kenyataan Nik Aziz tak akan pengaruhi keputusan pemilihan PAS Posted: 27 May 2011 05:30 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Latifah Kasmuri KUALA LUMPUR, 27 Mei — Jawatankuasa pemilihan PAS yakin kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai keperluan pemimpin Kelantan berada di peringkat pusat tidak akan mempengaruhi arah aliran pengundian pada pemilihan kepimpinan parti itu bulan depan. "Tidak semestinya kenyataan itu akan mempengaruhi pengundian, kalau mana yang setuju mereka (perwakilan) akan sokong dan mana yang tidak setuju akhirnya akan memakan diri. "Saya tidak rasa kenyataan Mursyidul Am PAS itu akan mempengaruhi (pengundian), ahli PAS ini bijak dan boleh berfikir... jadi tidak mungkin mereka akan angkat dua wakil dari Kelantan untuk jawatan itu," kata pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di sini hari ini. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan berkata kepimpinan PAS Kelantan diperlukan dalam barisan kepimpinan parti itu bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran komponen Pakatan Rakyat. Kata Nik Aziz, beliau menyokong penuh dua Exco Kerajaan Negeri Kelantan bertanding jawatan naib presiden. Dua exco itu ialah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Selain dua wakil rakyat itu, seorang lagi yang bertanding kerusi naib presiden kali ini ialah Salahuddin Ayub. Salahuddin yang mahu mempertahankan jawatannya merupakan ahli Parlimen dari Kelantan, tetapi berasal dari Johor. Ditanya sama ada wajar Nik Aziz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk kempen, Abdul Halim bagaimanapun beliau tidak mempunyai kuasa untuk menghalang. "Saya tidak ada kuasa nak sekat, beliau (Nik Aziz) adalah Mursyidul Am PAS, tapi saya tidak bimbang dengan kenyataan itu. "Dan, saya tidak fikir ia akan mempengaruhi perwakilan, perwakilan sudah bijak ... mereka tidak akan terpengaruh dan mereka tahu pilih mana yang layak," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS pusat itu. Pada sidang media itu juga, Abdul Halim menolak wujud pengaruh luar yang boleh mempengaruhi perwakilan untuk menentukan barisan kepimpinan. "Saya tak fikir begitu sebab perwakilan seluruh negara, jalinan pengaruh daripada luar saya tidak nampak sama ada daripada PKR, DAP atau NGO tidak ada asasnya," katanya. Pada pemilihan kali ini seramai 1,100 perwakilan akan memilih barisan kepimpinan PAS pusat manakala 750 perwakilan untuk sayap-sayap parti Islam itu. Keputusan pemilihan PAS pusat akan diumumkan pada 4 Jun manakala untuk sayap-sayap lain pada 2 Jun. |
| Janji biasiswa: Publik kadangkala tak faham, kata Najib Posted: 27 May 2011 05:23 AM PDT Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani KUALA LUMPUR, 27 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan, kerajaan tidak pernah menjanjikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengajian luar negara bagi kesemua pelajar cemerlang SPM. Sebaliknya tegas Najib, kerajaan hanya mengatakan bahawa biasiswa JPA adalah bagi kedua-dua pengajian dalam dan luar negara, yang diberikan kepada mereka yang memperoleh kelulusan 8A+. "Janji kita ialah kesemua pelajar 8A+ akan mendapat biasiswa kerajaan untuk (belajar sama ada) di peringkat tempatan dan luar negara. Kami tidak pernah menjanjikan bahawa setiap orang akan mendapat biasiswa ke luar negara. "Publik kadangkala tidak faham," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini. |
| Mahkamah arah Utusan bayar bonus 2009 Posted: 27 May 2011 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mei — Mahkamah Perusahaan mengarahkan Kumpulan Utusan membayar bonus dua bulan bagi tahun perkhidmatan 2009 kepada kakitangannya yang bernaung di bawah Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ). Dalam keputusan dibuat Selasa lalu, Mahkamah Perusahaan memutuskan syarikat milik Umno itu agar mematuhi artikel 44 Perjanjian Bersama. "Mahkamah mengarahkan agar responden mematuhi artikel 44 Perjanjian Bersama. "Oleh itu, (memandangkan) respoden (Utusan Melayu (M) Berhad) telah membayar ex-gratia satu bulan, ia boleh memotong jumlah yang telah dibayar daripada dua bulan bonus, yang ia perlu bayar kepada pekerja-pekerjanya bagi 2009," kata deklarasi keputusan yang dibuat oleh presiden mahkamah Susila Sithamparam. Artikel 44 Perjanjian Bersama menyebut bahawa "bayaran bonus dua bulan hendaklah merupakan satu ikatan bagi syarikat mengeluarkannya untuk para pekerja tiap-tiap tahun, jika syarikat mendapat keuntungan dalam tahun yang berkenaan." Pada 2009, Kumpulan Utusan, yang menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo! mencatat keuntungan sebanyak RM5.1 juta. "Selari dengan peruntukan-peruntukan (Akta Syarikat), responden telah mengisytiharkan bahawa keuntungan kumpulannya adalah sebanyak RM5.121 juta, berdasarkan penyata akaun yang diaudit, dalam Laporan Tahun 2009. "Responden tidak boleh lari daripada fakta bahawa ia adalah syarikat pemegangan dan mempunyai anak-anak syarikat. "Mahkamah berpegang pada perkataan keuntungan dalam artikel 44 Perjanjian Bersama bermaksud keuntungan yang dibuat sebagai syarikat pegangan pada 2009," kata presiden mahkamah lagi. Oleh kerana NUJ telah membuktikan yang syarikat itu telah mencapai keuntungan, katanya, maka mahkamah mengarahkan responden mematuhi artikel dalam perjanjian bersama. |
| Lanjut tempoh latihan bukti PLKN gagal, kata DAP Posted: 27 May 2011 03:00 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 27 Mei — Pemuda DAP menyifatkan alasan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memanjangkan tempoh Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah tidak berasas, sebaliknya mahu ia dikaji semula kerana didakwa telah gagal. Sehubungan itu, Ketua Pemudanya Anthony Loke menegaskan, sepatutnya jika tempoh latihan selama tiga bulan gagal untuk menerapkan semangat patriotik seperti yang dikatakan oleh Ahmad Zahid, maka PLKN dilaksanakan sejak 2004 wajar dikaji semula. "Beliau (Ahmad Zahid) mencadangkan agar PLKN dipanjangkan tempoh latihan kerana mendakwa tempoh tiga bulan tidak mencukupi untuk menerapkan semangat patriotik di kalangan pelatihnya. "Kami membantah cadangan itu kerana ia bukan faktor utama sama ada program itu berjaya memupuk semangat patriotik di kalangan anak muda kita dan sekiranya menteri sendiri mengakui program itu tidak berkesan memupuk semangat patriotik, ia sepatutnya dikaji semula secara komprehensif," katanya dalam satu kenyataan. Tambah Ahli Parlimen Rasah itu, sekiranya tempoh latihan PLKN dilanjutkan ia secara automatik akan menambah kos mengadakan program tersebut. "PLKN memakan belanja begitu besar, yang mencecah RM560 juta setahun. Sekiranya tempoh tersebut dipanjangkan, maka tanggungan kerajaan untuk program ini akan bertambah berlipat ganda. "Adakah ini wajar dalam keadaan kewangan negara ketika ini yang terus mengurangkan pelbagai subsidi untuk barangan keperluan yang menghimpit kehidupan rakyat? Malah, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sendiri telah menyarankan supaya PLKN dikaji semula," kata Loke. Selain itu, kata beliau, pihaknya juga mempersoalkan cadangan bahawa modul baru akan diperkenalkan dalam PLKN untuk mendidik pelatih mengenai kepentingan mengundi. "Saya mempersoalkan tujuan sebenar mengapa PLKN begitu beria-ia untuk memperkenalkan modul ini walaupun peserta PLKN belum pun layak untuk mendaftar sebagai pengundi," katanya lagi. Oleh itu kata beliau, jika kerajaan benar-benar ikhlas untuk mendidik orang muda tentang sistem demokrasi, ia sepatutnya dimulakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana merekalah yang berhak mengundi dan merupakan golongan yang sepatutnya digalakkan untuk mengambil berat tentang perkembangan politik negara dan sistem pilihan raya dan bukannya terus dibantutkan pemikiran mereka di bawah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti)," katanya. Semalam Ahmad Zahid berkata pihaknya mengkaji kemungkinan untuk memanjangkan tempoh latihan PLKN. Kata beliau, tempoh latihan tiga bulan ketika ini terlalu singkat dan tidak memadai dalam usaha membentuk sahsiah terpuji, keperibadian unggul dan memupuk semangat patriotisme. PLKN dilancarkan pada 16 Februari 2004 oleh Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, dengan kumpulan sasaran merupakan golongan remaja berumur 18 tahun. Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP kebangsaan Dr Tan Seng Giaw menggesa Ahmad Zahid membentangkan laporan penuh berkenaan perbelanjaan mengendalikan PLKN di Parlimen. "Biar kita adakan perbahasan (di Parlimen) sebelum memperluaskan tempoh latihan lebih daripada tiga bulan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong. |
| Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naib Posted: 27 May 2011 02:30 AM PDT Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan. Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu. Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding. Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah. Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013: PRESIDEN 1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji TIMBALAN PRESIDEN 1. Mohamad Sabu, Hj 2. Nasharudin Mat Isa, YB 3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' NAIB PRESIDEN 1. Husam Musa , YB Dato' 2. Idris Haji Ahmad, Ustaz 3. Mahfuz Omar, YB Dato' 4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' 5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri 6. Salahuddin Ayub, YB AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 3. Abdul Wahid Endut, YB Hj 4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz , 5. Ahmad Sabki Yusof, 6. Aiman Athirah Al-Jundi 7. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 8. Apandi Mohamad, Hj 9. Asmuni Awi, Hj 10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz, 11. Azman Shapawi, Ustaz 12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr 13. Halimah Ali, YB Dr. 14. Hamzah Abdullah, 15. Hamzah Jaafar, Dr. 16. Hanipa Maidin, Hj 17. Hassan Ali, YB Dato' Dr. 18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah) 19. Iskandar Abdul Samad, YB 20. Kamal Ashaari, Ustaz 21. Kamarudin Jaffar, YB Dato' 22. Khalid Abd Samad, YB Hj. 23. Khalil Idham Lim, YB 24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr. 25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. 26. Mazlan Aliman, 27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz 28. Mohamad Nor Mohamad, Hj. 29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB 30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz 31. Mohd Anuar Tahir, Hj 32. Mohd Firdaus Jaafar, YB 33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 34. Mohd Nasir Mustafa, 35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz 36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji 37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr 38. Muhammad Husin, YB 39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB 41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz 43. Norazli Musa, Ustaz Hj. 44. Normala Sudirman, 45. Nuridah Salleh, Ustazah 46. Razman Zakaria, 47. Riduan Mohd Nor, Ustaz, 48. Rosidi Hussin 49. Sa'ari Sungib, YB Hj. 50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 51. Suhaizan Kaiat, 52. Wan Hasrina Wan Hassan, 53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj |
| TG Nik Aziz Di Selayang Mallam Ni Posted: 27 May 2011 01:54 AM PDT Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang. Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu. Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana. Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri. Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ. PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang. Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini. |
| Tarif elektrik: Kenaikan tak boleh dielak, tapi dilaksana berperingkat Posted: 27 May 2011 12:10 AM PDT SHAH ALAM, 27 Mei — Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini. Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut. |
| Kerajaan Perlu Ambil Berat Berkaitan Masalah Guru Di Malaysia Posted: 26 May 2011 09:17 PM PDT Kesatuan akui kos hidup tinggi antara punca masalah kurang guru di KL Oleh Zulaikha Zulkifli KUALA LUMPUR, 27 Mei — Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja mengakui Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhadapan dengan masalah guru, antara lain disebabkan sesetengah guru memutuskan untuk meninggalkan ibu negara disebabkan kos hidup yang tinggi. Bagaimanapun kata mereka, masalah itu yang disebabkan kos hidup tinggi bukan sahaja disaksikan di ibu negara, tetapi juga di Johor Bahru dan Pulau Pinang. "Memang ada guru-guru ini tidak berminat untuk mengajar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi kerana mereka perlu membayar sewa rumah dan sebagainya," kata Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat Mohamed Sabri Mohd Arshad kepada The Malaysian Insider. Jelas beliau, masalah tersebut antara lain disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi di bandar. Beliau berkata, walaupun guru turut menerima Elaun Kos Sara Diri (COLA), antara RM200 hingga RM300 sebulan bergantung pada kelayakan, ia masih tidak mampu untuk menampung kos hidup di bandar. Katanya lagi, terdapat tiga bandar raya yang kritikal di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan George Town yang mana ia kurang menjadi pilihan guru untuk mengajar. "Perkara ini serius kerana bila ada cikgu yang tak berminat untuk mengajar di bandar, ia akan menyebabkan kekurangan guru dan ia memberi beban kepada guru lain kerana perlu menampung kelas yang tiada guru," katanya. Sabri juga berkata, faktor lain guru tidak mahu mengajar di kawasan bandar juga adalah kerana kurang berpengalaman. "Guru-guru baru biasanya pendapatan mereka tak tinggi. Sebab itu tidak mahu mengajar di bandar. Selain itu, masalah disiplin di bandar juga tinggi dan disebabkan kurang pengalaman untuk menangani situasi itu, mereka lebih suka mengajar di kawasan luar bandar," katanya. Beliau turut mencadangkan agar elaun khas diberi kepada guru yang mengajar di bandar sepertimana diberi kepada guru di kawasan pendalaman. Katanya, jika elaun boleh diberi kepada guru yang mengajar di kawasan pendalaman, elaun khas untuk guru di bandar juga perlu diberi. "Guru-guru pendalaman akan dapat elaun khas kerana mereka mengajar di kampung-kampung pendalaman yang adakalanya tiada bekalan elektrik. Jadi mereka akan dapat elaun kerana tiada bekalan elektrik itu. "Justeru, elaun seperti itu juga perlu diberi kepada guru-guru yang mengajar di kawasan kritikal," katanya. Beliau juga berpendapat, kerajaan harus mempunyai perancangan untuk membendung perkara itu. "Sama ada dengan membuat rumah guru dalam kawasan sekolah untuk menarik minat guru-guru ini mengajar atau tambah elaun khas untuk guru di bandar," ujarnya. Semalam, Pengerusi Biro Pendidikan Parti Keadilan Rakyat Abas Awang mendakwa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhadapan dengan masalah kekurangan guru, seperti yang dialami Sabah tetapi di ibu negara ia disebabkan ramai keberatan mahu mengajar ekoran kos hidup yang tinggi. "Statistik terbaru saya tidak peroleh lagi. Tetapi berdasarkan pengalaman saya dahulu menjadi pengarah pelajaran bahagian Wilayah Persekutuan dan timbalan pengarah bahagian sekolah Malaysia, sebuah sekolah akan ada lima hingga enam orang guru sementara di Kuala Lumpur," katanya. Kata beliau, pengurusan sekolah terpaksa mengambil guru-guru sementara berikutan kekurangan guru memandangkan tidak ada guru yang hendak berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng berkata, isu mengenai guru mohon untuk menukar tempat mengajar dari sekolah di Kuala Lumpur ke kawasan lain sememangnya wujud. Bagaimanapun, beliau tidak pasti berapa jumlah sebenar guru yang memohon untuk keluar dari Kuala Lumpur termasuk atas alasan kos hidup yang tinggi. "Kekurangan guru di Kuala Lumpur memang ada tetapi banyak mana jumlahnya, saya perlu telefon Jabatan Pendidikan untuk memastikan. "Saya juga ada mendengar kes guru memohon untuk tukar dari Kuala Lumpur ke kampung halaman selepas mereka mengajar dua, tiga tahun kerana mengikut suami atau isteri dan ada juga disebabkan kos sara hidup di Kuala Lumpur tinggi. "Apa pun, saya tidak boleh beritahu jumlahnya yang sebenar kerana saya perlu semak semula," katanya yang juga Setiausaha Agung Cuepacs. |
| Nilai Sebuah Perubahan pada Jamaah Islam Posted: 26 May 2011 08:03 PM PDT Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi Perubahan adalah suatu yang bersifat sunatullah. Namun perubahan mesti dipimpin agar menepati tuntutan Amal Islami, sementara jamaah atau parti ini memperjuangkan Islam. Malah perubahan mesti didokong oleh penggeraknya [Rijaalut taghyir] yang memahami matlamat dan objektif Jamaah Islam yang didokong ini. Sifat positif pada sebuah perubahan yang digerakkan ialah untuk menganjak prestasi dan kualiti jamaah ke suatu tahap yang lebih baik dan cemerlang. Situasi ini agak subjektif dan memerlukan penelitian yang serius dan halus agar ia tidak diurus secara rambang dan boros tanpa mengambil kira hikmah [kebijaksanaan] dan himmah nya [kewibawaan]. Tentunya kita tidak mahu usaha merubah dan membaiki jamaah menjadi seumpama tikus membaiki labu. 3. Sebagaimana wujudnya sokong yang membawa rebah demikian juga gerakan perubahan yang tidak dipimpin dengan cahaya petunjuk Allah swt dan akhlak Islami akan membawa binasa. Pastinya kita tidak mahu ubah yang membawa rebah semata - mata kerana kegagalan mengurus perubahan dan memimpinnya dengan baik dan berkesan. Dalam erti kata lain, perubahan yang digerakkan mestilah menepati keperluan jamaah dan tuntutan ummah. 4. Jauhi elemen negatif yang bermaksud menggerak perubahan hanya pada mengalih posisi orang lain untuk menganjak posisi kita. Bahasa mudahnya ialah menjatuhkan kedudukan orang lain untuk memastikan survival pengaruh dan kedudukan kita di dalam parti yang kemudiannya dibina di atas nama gerakan perubahan kononnya. Perubahan ini tidak berlandaskan matlamat yang jelas selain memangku hasrat yang negatif [mazmumah]. 5. Gerakan perubahan tidak boleh bertolak dari rasa tidak puas hati, sebaliknya ia mesti berpaksi di atas kesedaran dan keinsafan yang tinggi terhadap cita - cita perubahan tersebut serta memiliki matlamat dan objektif yang jelas, tepat dan benar. Justeru perubahan yang tidak mempunyai asas kukuh, pelan tindakan strategik dan hala tuju yang cerah lagi terang akan mencetus polemik yang merumitkan dan krisis yang menghakis kekuatan jamaah. 6. Manisnya perubahan itu digerakkan secara jamaei [kolektif] melalui keputusan bersama yang disepakati lantas digerakkan secara terancang berasaskan pelan tindakan yang diputuskan. Hindari perubahan yang dicetuskan oleh individu atau kumpulan dengan maksud ingin mempersada kumpulan mereka di atas tersadainya pihak lain. Perubahan begini akan menumbuhkan benih keretakan dan menajamkan perselisihan antara anggota jamaah tanpa menemui jalan sudahnya. 7. Sewajarnya setiap anggota jamaah mengalu - alukan gerakan Tajdid [pembaharuan], gerakan Islah [memperbaiki] dan gerakan Taghyir [perubahan] demi menempatkan jamaah pada kedudukan sesuai dengan keadaan dan zaman yang dihadapi. Malah mampu mendepani cabaran semasa dengan jaya dan berkesan. Sesuai pula dengan sifat Islam yang sangat mengalu - alukan ijtihad semasa [muaasirah] agar perlaksanaan Islam senantiasa segar dan pemafahamannya senantiasa jelas. 8. Membawa perubahan bukan untuk menyalahkan orang selain daripada kita atau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh orang lain untuk jamaah. Perubahan juga tidak hanya terhenti pada menukar susuk tubuh pemimpin kepada pemimpin yang lain tetapi merangkumi perubahan pemikiran, budaya kerja, sikap dan sebagainya. Tiada keperluan membuat perubahan jika sekadar menukar kepada susuk tubuh pemimpin yang baru tetapi performance kerja dan tugas dengan jamaah sama atau lebih buruk dari yang sebelumnya. 9. Cerdasnya apabila perubahan yang cetuskan itu bermula dari pencetus dan penggeraknya. Langkah pertama : tampil dengan performance atau komitmen kerja dan tugas yang baik agar kita tidak pula termasuk dari kalangan ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul sebaliknya menjadi model perubahan secara praktikal. Justeru tiada erti kita gerakkan perubahan jika kita sendiri masih mengekalkan perkara yang serupa dengan yang sebelumnya. Langkah kedua: sediakan frame perubahan secara jelas. Sekira - kira menjawab persoalan yang timbul seperti : apa yang mahu diubah ? nak ubah kemana? kenapa perlu ubah ? sasaran perubahan ? selain matlamat dan objektif perubahan itu mesti jelas, road mapnya juga mesti tidak berliku dan mengelirukan. Jangan hanya bercakap bahawa kita mahukan perubahan, kita mahukan perubahan, kita mahkan perubahan tetapi tiada persiapan dan persedian yang jitu untuk perubahan yang dimaksudkan. Langkah ketiga : gerakkan perubahan ini mesti libatkan semua. Sekurang - kurangnya mewakili sebahagian besar anggota jamaah. Andai beberapa orang sahaja bercakap soal perubahan sedang sebahagian besar yang lain tidak menyertainya, maka agenda perubahan itu tidak berkesan malah tidakkan berhasil. Lebih malang apabila berlaku tindakan menuding jari kepada pihak lain kononnya pihak itu tidak mahu berubah dan tidak akan berjaya jika enggan berubah, apabila gerakan perubahan yang dibawa tidak mendapat sambutan. 10. Mengayuh roda perubahan mestilah cermat justeru yang mahu diubah ialah manusia yang miliki perasaan dan aqal. Berbeza untuk mengubah suatu yang bersifat jaamidat seperti kerusi meja di pejabat. Kita boleh ubah sesuka hati berapa kali dalam sehari. Tetapi untuk gerakan perubahan pada manusia dan organisasi yang didokong oleh manusia, penggerak perubahan mestilah sabar, tabah dan mempunyai hala tuju yang jelas serta mayakinkan. Saya tidak prejudis dengan gerakan perubahan namun sebagai peringatan kepada semua termasuk diri saya sendiri, jika gerakan perubahan itu hanya bermula dari rasa tidak puas hati dan pertelingkahan politik serta perselisihan pendapat, saya yakin gerakan perubahan itu hanya seperti angin pantai yang meniup secara bermusim, kadang sepoi kadang ribut namun tidak merubah apa - apa sekadar mencetus kelam kabut yang tidak berkesudahan mengganggu kedamaian di tepian pantai. |
| Peringatan Kepada Orang Yang Jahil Namun Berani Mengeluarkan Fatwa Tentang Hukum Hakam Agama Posted: 26 May 2011 07:00 PM PDT Sudah terdapat segelintir individu samada melalui Facebook, forum tanya jawab agama, blog dan melalui saluran yang ada di internet mahupun di luar sana yang amat berani mengeluarkan 'fatwa' dan pendapat sendiri dengan terus mengambil melalui al Quran dan Hadith walaupun dalam keadaan jahil dan kekurangan ilmu-ilmu alat yang penting sebelum melayakkannya mengeluarkan sebarang pendapat mengenai hukum hakam agama. Bagaimanakah adabnya para salafussoleh (mereka yang hidup di 3 kurun terbaik seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SallaLlahu 'alaihi wasallam) sebelum berani mengeluarkan fatwa ? Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu 'anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud : ALLah subhanahu wa ta'ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dr Yusuf al Qardhawi dalam kitabnya al Fatwa Bayna al Indibat al Tasayyub (Fatwa Antara Ketelitian Dan Kecerobohan) menyatakan seorang mufti atau faqih yang menempati kedudukan Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam dalam menyampaikan ketentuan hukum hakam Allah mesti mempunyai kapasiti (kemampuan) yang besar tentang ilmu-ilmu Islam. Antaranya : 1. Merangkumi selok belok Bahasa Arab 2. Pemahaman yang bendar dan pengetahuan yang cukup tentang serba serbi kehidupan dan corak ragam manusia 3. Kepakaran yang handal dalam menggali dan merumuskan suatu hukum berdasarkan kaedah-kaedah ijtihad. Siapakah antara ciri-ciri mereka yang dilarang untuk berfatwa ? iaitu : 1. Orang yang tidak memiliki kemampuan dan pengetahuan tentang Bahasa Arab dengan selok beloknya termasuk ayat dan sasteranya agar membolehkannya memahami al Quran dan Al Sunnah tidak dibenarkan memberikan fatwa kepada manusia. 2. Orang yang tidak arif dan mengerti pendapat para ulama terdahulu dari berbagai mazhab feqah dan tidak mengerti methodologi pengambilan hukum dan hal-hal yang berkaitan dengannya seperti mengetahui perkara-perkara yang disepakati bersama atau masih dalam pertikaian tidak dibolehkan mengeluarkan fatwa. 3. Orang yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang Usul Feqh seperti mengenali al Qiyas dan al Illah; pada situasi apakah al Qiyas dibolehkan dan pada situasi apakah al Qiyas tidak dibenarkan 4. Orang yang tidak menghayati pendapat para fuqaha yang tercantum dalam kitab-kitab mereka secara mendalam 5. Orang yang tidak memiliki kepakaran dalam melakukan penelitian ke atas perbezaan pendapat di antara mereka dan mengenalpasti kaedah yang digunakan mereka dalam menggali hukum hakam syarak. Al Hafiz Al Khatib al Baghdadi meriwayatkan dalam kitabnya "Al Faqih wa al Mutafaqqih" dari al Imam Syafi'e radiyaLlahu anhu berkata : "Tidak dihalalkan bagi seseorang berfatwa mengenai agama Allah, kecuali seorang yang arif dengan Kitab Allah (Al Quran), Nasikh dan Mansukh, Muhkam dan Mutasyabih, Ta'wil dan Tanzil, Makkiyah dan Madaniyyahnya; Apa yang dimaksudkan dengan satu-satu ayat; dalam masalah apa ia diturunkan. Selain itu, dia juga mesti menguasai hadith Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam; Nasikh dan Mansukhnya. Pengetahuannya mengenai hadith Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mesti setaraf pengetahuannya mengenai al Quran. Dia mesti juga menguasai Bahasa Arab; arif akan selok belok sya'ir, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran. Di samping itu, dia juga mesti menahan diri daripada (seronok) bercakap. Dia dituntut juga untuk memahami perbezaan pendapat di kalangan para ulama, selain harus memiliki kemampuan atau kepakaran dalam mengambil ketentuan hukum (istinbat). Jika semua syarat-syarat ini telah dimilikinya, maka barulah boleh baginya bercakap dan berfatwa tentang halal dan haram. Namun jika belum sampai pada darjat ini, dia hanya boleh membincangkan tentang ilmu pengetahuan, tetapi tidak dibenarkan untuk berfatwa." (Al Faqih wa al Mutafaqqih, Juz 2, hlm 157, Cetakan Riyadh, Saudi Arabia) Imam Ahmad Ibn Hanbal RadiyaLlahu anhu telah memberikan panduan dalam masalah ini, katanya : "Seseorang tidak boleh menawarkan dirinya untuk berfatwa sebelum ada pada dirinya lima perkara : Pertama : Mempunyai niat yang ikhlas. Sebab jika tiada niat (ikhlas), dia tidak akan mendapat cahaya (petunjuk) dalam melakukan fatwanya. Kedua : Hendaklah dia mempunyai sifat kasih, rendah hati (tawadhuk) dan ketenangan jiwa. Ketiga : Mempunyai keyakinan yang teguh dengan tugasnya dan memahami betul soalan yang sedang dihadapinya. Keempat : Hidupnya dalam kecukupan, kerana jika tidak, dia akan dipengaruhi oleh orang yang berkepentingan. Kelima : Mempunyai maklumat yang cukup tentang adat- istiadat dan selok belok kehidupan manusia (Ibn Battutah, disalin oleh Ibn Qayyim dalam "Ilamul Muwaqqi'in" Juz 4 Hlm 199) Larangan orang yang berfatwa tanpa dasar ilmu (jahil) Imam Abu Hanifah radiyaLlahu anhu berpendapat : "Wajib menghalang orang bodoh (mufti jahil) dan orang yang mempermainkan agama dari mengeluarkan fatwa". Seorang lelaki pernah melihat Rabi'ah Ibn Abd Rahman, guru kepada Imam Malik sedang menangis, lalu ditanya : "Hal apakah yang menyebabkan tuan menangis ? Jawabnya : Ada seorang yang telah diminta untuk berfatwa, walhal dia tidak mengerti apa-apa dan fatwanya itu telah memudaratkan umat Islam, kerana itu, katanya lagi : "Sebahagian mufti lebih berhak masuk penjara daripada para pencuri". Ibn Qayyim meriwayatkan dari beberapa ulama sezamannya : "Bagaimana jika Rabi'ah menyaksikan zaman kita ini, dimana orang yang tidak berilmu berani memberikan fatwa dengan modal kejahilan dan keberanian semata-mata, pengalaman yang sedikit dan pengetahuan yang dangkal, tambahan pula memiliki sejarah hidup yang tidak elok dan tidak dikenal di kalangan para ulama. Pengetahuannya tentang al Quran, al Sunnah dan ilmu-ilmu ulama salaf sangat cetek dan dangkal.. (Ibn Qayyim, I'lamul Muwaqqi'in, Juz 4, hlm 207-208) Abu 'Abdillah Ibn Battutah meriwayatkan dari al A'masy dari Syaqiq dari Abdullah Ibn Mas'ud radiyallahu anhu berkata : "Demi Allah, seseorang yang memberi fatwa bagi setiap soalan adalah orang gila". Al Hakam pernah berkata kepada al A'masy setelah mendengar riwayat tadi: "Jika aku mendengar hadith tersebut dari dahulu lagi, nescaya aku tidak akan banyak berfatwa seperti apa yang telah aku lakukan selama ini". Kemudian Abu 'Abdillah menambahkan : :Ini Abdullah Ibn Mas'ud bersumpah dengan nama Allah bahawa sesiapa berfatwa untuk setiap soalan adalah orang gila, sumpah beliau pasti benar, kalau begitu kebanyakan mufti pada zaman kita ini sudah menjadi gila..! Mengapa...? Kerana setiap mufti yang ditanya akan langsung memberi jawapan, tanpa berfikir lebih jauh atau berkata tidak, atau takut kerana Allah Subahanahu Wa Ta'ala (jika fatwanya salah), atau tidak takut untuk disoal balik: "Dari mana jawapan ini kami dapat.. ? Akan tetapi yang paling mereka takuti dan gerun adalah sindiran bahawa dia tidak dapat menjawab soalan. Pada hakikatnya dia telah melakukan perbuatan yang sangat besar yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang lebih tinggi, luas dan dalam ilmu agamanya daripada dirinya, dan dia telah melakukan satu praktik perubatan yang tidak mampu dilakukan oleh seorang doktor yang sangat pakar". Rujukan : Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor. |
| Posted: 26 May 2011 06:30 PM PDT Oleh MOHD. AZLI ADLAN azli.adlan@kosmo.com.my IPOH - Norliaton Murni Zainal Abidin, 31, bekas isteri pemain bola sepak T-Team, Indra Putra Mahayudin memfailkan tuntutan nafkah, hak penjagaan anak, nafkah idah dan mutaah di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Norliaton, seorang suri rumah memfailkan tuntutan itu apabila rumah tangga mereka yang dibina pada Mac 2003 runtuh berikutan bekas pemain kebangsaan tersebut melafazkan cerai menerusi khidmat kiriman ringkas (SMS) terhadap Norliaton pada 27 April lalu. Norliaton memberitahu, pengesahan lafaz cerai talak satu itu telah dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 18 Mei lalu. "Sebelum jatuh talak, saya pernah memfailkan tuntutan nafkah tanpa penceraian di mahkamah sama pada 31 Mac lalu selepas dia (Indra Putra) jarang pulang ke rumah di Taman Meru 2B di sini, manakala pemberian nafkah juga tidak konsisten. |
| Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru Posted: 26 May 2011 06:15 PM PDT Oleh ZULKIFLI MANZOR zulkifli.manzor@kosmo.com.my ![]() LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud. HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu. Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah. "Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam," dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam. Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu. Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan. Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang. dalam hal ini pihak kami tidak masuk mana-mana belah pihak, siasat dulu jangan terus percaya apa yang dicakapp oleh budak tu. sekarang budak-budak pun macam-macam jenis perangai ada. kalau guru yang silap, ambik tindakan yang sewajarnya. tapi kalau budak ni yang pandai-pandai buat perangai, bagi hukuman yang setimpal! |
| Dr Dzul, Khalid Samad, KJ sokong Mat Sabu? Posted: 26 May 2011 05:56 PM PDT Oleh LIM HONG SIANG Senario yang berubah selepas "tsunami politik" memberi impak kepada semua parti. Masing-masing berlumba-lumba untuk menawarkan sesuatu agar terus mendepani, dan bukannya tenggelam dalam arus perubahan. PKR misalnya, mengambil langkah yang berani dengan memperkenalkan sistem pemilihan langsung dalam parti, kini cuba ditiru UMNO yang tidak mahu dilihat ketinggalan. DAP pula, semakin proaktif untuk menembusi masyarakat Melayu/Muslim, antara usaha terbarunya, perlancaran laman bahasa Malaysia-nya, Roketkini. Tidak kurang pemerhati politik yang gusar dengan perkembangan PAS - parti yang memainkan peranan kunci ketika politik Malaysia berada di persimpangan jalan. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, PAS dihantui isu rundingan bersama UMNO. Pendekatan untuk menggarap imaginasi rakyat Malaysia pula sering ditambat langkahnya apabila "kepimpinan ulamak" diketengahkan, meletakkan PAS di jurang antara "harapan rakyat Malaysia" dengan "sentimen akar umbi PAS". Justeru itu, sasarannya jatuh ke atas Presiden, dan golongan yang cuba membawa perubahan dalam PAS, ketika membincangkan senario terkini. Seperti biasa, pakar perundangan, Profesor Abdul Aziz Bari melepaskan peluru pertamanya dengan mengibaratkan parti yang mempunyai sejuta orang ahli ini sebagai "gajah tak berkepala"; sementara Wan Saiful Wan Jan melontarkan soalan provokasi, "Mengapa golongan yang ingin membawa perubahan dalam PAS (yang dilabel sebagai Erdogan) tidak berani bangkit dan mengakui secara terbuka, 'Ya, ini visi yang ingin kami bawa dalam PAS'?" Demikianlah perbincangan hangat dalam satu forum berjudul "Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?", anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) dengan kerjasama ILHAM Centre dan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 24 Mei 2011. Dewan forum penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 150 orang, majoriti golongan muda Melayu. Forum membariskan ahli parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, ahli parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar - yang kesemuanya dilabel sebagai golongan "Erdogan" dalam PAS. Sementara Abdul Aziz Bari yang sudah terkenal dengan pandangan kritikalnya terhadap penyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada, turut hadir sebagai ahli panel, dan Wan Saiful sebagai moderator. Tafsiran Erdogan... Forum bermula dengan perbincangan konsep "Erdogan", atau lebih tepat label yang dilontarkan kepada segolongan pemimpin dalam PAS. Ahli panel tidak banyak berbeza pandangan dalam konsep ini, ditafsirkan sebagai "pendekatan yang lebih inklusif, mahu engagement dengan semua pihak, lebih terbuka, menekankan aspek universalnya, misalnya keadilan - yang kalau diterjemahkan dalam slogan, ia berbunyi "PAS untuk semua". Keperluan untuk berubah ini disebabkan PAS tidak lagi terkurung dalam kawasan "Malay belt", selepas gelombang Reformasi pada tahun 1998 dan "tsunami politik" pada tahun 2008. Kamaruddin Jaafar mendakwa bahawa beliau sebenarnya "berbangga" kerana dilabel sebagai Erdogan. Aziz Bari melanjutkan kupasannya dengan menyanggah hujah menyamakan "Erdogan" dengan golongan profesional, dalam konteks PAS di Malaysia. Nik Aziz, misalnya, seorang ulama yang sudah lanjut usianya, tetapi lebih progresif dari segi pemikirannya, kata Aziz Bari. Perbincangannya kemudian menyentuh persoalan kebuntuan "kepimpinan ulama", apabila Wan Saiful melontarkan pemerhatiannya, bahawa pemimpin PAS tidak terfikir oleh pihak media sebagai orang yang diundang ke rancangan untuk membincangkan isu ekonomi. Kamaruddin Jaafar mengakui bahawa prestasi ahli parlimen PAS agak terkebelakang jika dibandingkan dengan rakan partinya DAP dan PKR, tetapi tegas bahawa prestasi ahli parlimen PAS lebih baik daripada UMNO. "Gajah tak berkepala" Dzulkefly Ahmad mencelah kemudian, "Saya rasa kurang tepat untuk letakkan kekangan untuk maju itu salah kepada pimpinan, seolah-olah mengekang." Beliau mengambil contoh dirinya, bahawa tiada kekangan, malah mendapat sokongan daripada pimpinan tinggi yang sedia ada - agar mewakili PAS untuk terlibat dalam perangkaan manifesto, strategi, bajet, malah dasar bersama, iaitu Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa perubahan itu perlu dikendalikan dengan baik. Beliau berkata, "Golongan yang membawa perubahan itu mesti mengukuhkan apa yang ada", supaya mereka yang menjadi asas dan tunggak itu memiliki keselesaan dan tidak rasa tercabar. Malah Dzulkefly Ahmad menekankan bahawa sokongan yang baru perlu dibina atas asas yang sedia ada. Aziz Bari percaya bahawa tiada tekanan terhadap golongan yang ingin membawa perubahan dalam PAS. Bagaimanapun, beliau mengkritik Presiden PAS, yang kurang terserlah mengikutnya - memberi kenyataan seolah-olah kenyataan itu disuapkan ke dalam mulutnya, dan dikeluarkan begitu sahaja. Dengan kata lain, Hadi Awang tidak sedar apa yang diungkapkan dirinya. Untuk Aziz Bari, ia agak bahaya kerana dalam sistem demokrasi parlimen, ketua sesebuah parti yang menang akan dipilih sebagai Perdana Menteri. Malah beliau mengambil kesempatan untuk menyiku PAS, yang menurutnya masih terjebak dalam minda Melayu - segan atau enggan nak berubah. Sambil beliau berseloroh mendakwa dirinya mahu mengambil pendekatan yang lebih lembut terhadap PAS, beliau melepaskan pelurunya apabila mengibaratkan PAS sebagai "gajah yang tak berkepala". Tidak semestinya orang Nombor 1 yang bawa perubahan Khalid Samad seterusnya menyahut apa yang dikatakan Dzulkefly Ahmad, memastikan agar "yang dikendong itu tidak tercicir" ketika menghambat langkah perubahan. "Kita tak boleh (mempunyai) seorang pemimpin yang terlalu laju, sehingga orang yang bersamanya akan ketinggalan, tercicir, dan akhirnya mungkin akan menyebabkan parti itu berpecah," kata Khalid Samad. "So, kadang-kala, ada baiknya, dan mungkin inilah apa yang sedang berlaku, perlu orang-orang yang nak membawa perubahan itu, bukan necessary (semestinya) orang yang nombor satu, supaya tidak menjadi terlalu kontroversial sehingga menyebabkan parti itu berpecah. Jadi orang nombor satu mengawal untuk menentukan supaya semua rakan bersama..." Khalid Samad yang pernah dikenakan tindakan disiplin parti itu meneruskan, "Orang nak bawakan perubahan itu, adalah orang-orang seperti Dr.Dzul, dan saya, Dato KJ (Kamaruddin Jaafar) dan sebagainya, yang mengeluarkan pandangan, tetapi tidak disanggah oleh pemimpin." Dalam nada untuk membela Hadi Awang, Khalid Samad berkata Presiden memikul tugas yang berat untuk mengendalikan pelbagai pandangan yang berbeza dalam parti, memastikan bahawa perbezaan ini tidak menjurus kepada perpecahan dalam parti - satu keadaan yang mahu dielakkan oleh semua pemimpin PAS. Keadaan berbeza untuk Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat, dengan reputasi dan kedudukan beliau dalam parti yang membolehkan dirinya membawa perubahan tanpa menjejaskan perpaduan dalam parti, kata Khalid Samad. Wan Saiful memetik ungkapan yang terselit dalam ucapan Khalid Samad, berbunyi "keputusan pemilihan mencerminkan tahap pemikiran ahli PAS". Bertitik tolak daripada itu, Wan Saiful melontarkan soalan kepada Kamaruddin Jaafar - pemikiran ahli PAS kini mahukan Hadi Awang sebagai Presiden, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda dan Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama - apakah barisan pemimpin yang konservatif ini bakal menyukarkan PAS untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia secara keseluruhannya? "Ya dan tidak", jawab Kamaruddin Jaafar, mengambil contoh isu kerajaan perpaduan (Unity Government). Beliau berkata hasrat UG tidak kesampaian, kerana tidak direstui ahli - tidak kira siapa orang nombor satu, dua atau tiga-nya. Bagaimanapun, Kamaruddin Jaafar bersetuju bahawa personal pemimpin bakal mempengaruhi persepsi ramai terhadap parti, namun pemimpin tersebut tidak berkuasa mutlak untuk menentukan perjalanan parti. Calon kalah kalau berkempen? Kamaruddin Jaafar menekankan pentingnya pemimpin akar umbi dan ahli untuk bersuara, dalam menentukan halatuju parti. Kenyataan ini dipetik Wan Saiful untuk mengasak Dzulkefly Ahmad, mempertikaikan mengapa wujudnya tradisi dalam PAS bahawa seandainya seseorang calon berkempen, maka calon tersebut akan kalah? Dzulkefly Ahmad memperkenalkan bahawa satu pembaharuan bakal mengambil tempat pada dua tahun yang akan datang, iaitu satu mekanisme untuk memberi calon tampil dan kemukakan manifestonya - yang mana tidak sempat disempurnakan untuk pemilihan kali ini. Wan Saiful mengasak sekali lagi lantaran daripada kenyataan sedemikian, kerana ia mencerminkan bahawa tiada aktiviti kempen dibenarkan dalam PAS untuk 50 tahun yang lalu, sehingga masih tercari-cari kaedah berkempen pada ketika ini. Malah, Wan Saiful melanjutkannya kepada soalan bagaimana PAS boleh berkempen ketika menentang UMNO, MCA dalam pilihan raya, pada masa yang sama tidak membenarkan kempen dalam parti sendiri? Wan Saiful tidak berhenti di situ, mendesak lagi dengan memetik kenyataan Dzulkefly Ahmad bahawa tiada masalah untuk ahli mengkritik pimpinan. Wan Saiful cuba "uji" dengan satu soalan, apakah pandangan Dzulkefly Ahmad terhadap prestasi penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa? Dzulkefly Ahmad cuba mempertahankan parti dengan berkata "untuk tempoh tiga tahun kami berkempen dengan prestasi sendiri". Beliau sebaliknya melontarkan soalan bagaimana seorang yang tidak bekerja sepanjang dua tiga tahun, tetapi kembali untuk yakinkan sokongan pengundi dengan kepetahannya berucap? Bagaimanapun, beliau berkata pintu untuk berkempen tetap akan dibuka pada masa dan tempat yang sesuai. Wan Saiful tidak berputus asa, mengingatkan Dzulkefly Ahmad soalan tentang penilaian prestasi Nasharuddin Mat Isa - Dzulkefly akhirnya memberi jawapan, "antara Mat Sabu dengan Nasharuddin, saya memilih Mat Sabu". Aziz Bari sedar bahawa bukan senang untuk mengendalikan aktiviti kempen, dalam sebuah parti politik yang mempunyai sejuta orang ahli. Bagaimanapun beliau mengambil contoh bagaimana demokrasi diraih melalui perbahasan antara calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, mengingatkan bahawa PAS tidak harus tidur lena ketika berdepan dengan trend ini. Sekali lagi Khalid Samad menyanggah persepsi bahawa "tiada ruang bersuara dibenarkan" dalam PAS. Beliau mengambil contoh isu "kalimah Allah", di mana dirinya dan Dzulkefly Ahmad dibenarkan untuk menyatakan pandangan, malah PAS akhirnya mengambil pendirian mereka, meskipun Timbalan Mursyidul Am Harun Din berbeza pandangan dalam isu ini ketika itu. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan