Ahad, 15 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pakatan Rakyat mahu tawan 17 kerusi DUN Melaka

Posted: 15 May 2011 04:23 AM PDT

WARTA KERAJAAN RAKYAT


MELAKA: Cuaca terik tidak menghalang kira-kira 300 orang hadir ke majlis perasmian Ibu Pejabat Perhubungan KEADILAN Melaka yang baru di Bukit Baru Melaka.
Dua khemah yang didirikan tidak mampu menampung jumlah hadirin yang begitu ramai memberi sokongan kepada pembukaan Ibu Pejabat Perhubungan KEADILAN Melaka itu.
Pengerusi Majlis Pimpinan Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata KEADILAN Melaka menghadapi pelbagai kesukaran untuk menganjurkan majlis sesederhana itu dari pihak berkuasa yang menjadi perkakas Umno Barisan Nasional (BN) hinggakan 'dipaksa' memohon permit untuk meletakkan khemah pengunjung.

"Kira-kira 60 hingga 70 peratus kos ibu pejabat ini dibiayai orang ramai. Saya berterima kasih kepada orang ramai yang memberi sumbangan. Apabila kita jadi kerajaan esok, saya tetap ucapkan terima kasih," kata Shamsul disambut gelak ketawa hadirin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Khoo Poay Ting dari DAP turut hadir meraikan majlis petang ini.
Dalam ucapannya, Khoo yakin kesepakatan Pakatan Rakyat di Melaka akan 'menghadiahkan' angka 11 buat Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak memandangkan itu angka kegemarannya.
"Najib suka nombor 11, jadi kita biar BN menang 11 kerusi sahaja dalam pilihan raya umum akan datang. Lagi 17 kerusi milik Pakatan Rakyat," kata Khoo disambut tepukan gemuruh hadirin.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan ibu pejabat dalam ucapannya melahirkan keyakinan dengan sokongan orang Melaka kepada KEADILAN.
"Pada masa yang sama, Najib kini semakin takut apabila fitnah yang dilemparkan kepada beliau tidak dipercayai rakyat. Najib lihat fitnah mampu ditangkis dari itu dia tutup ruang untuk kita bercakap," katanya.
Beliau membuat kenyataan itu merujuk kepada kehadiran dua trak Polis Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu beliau merasmikan pejabat KEADILAN di Johor dua minggu lalu.
Pada majlis sama, Anwar turut menerima borang keahlian baru KEADILAN Cabang Masjid Tanah dan Bukit Katil.
Beliau kemudian menandatangani plak perasmian dan meninjau pejabat baru KEADILAN itu sebelum beredar ke Hotel Straits Meridian untuk Seminar Maqasid Syariah peringkat Melaka.

KALAU `PANDI KUTTI' BOLEH BERCAKAP PASTI ANWAR DIMARAHI

Posted: 15 May 2011 04:08 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DULU saya tidak tahu apa ertinya di dalam bahasa Melayu `Pandi Kutti' itu, tetapi apabila ianya mula diperkenalkan oleh DS Anwar terhadap golongan fasik yang derhaka kepada Allah dan zalim itu, baru saya mengetahui makna perkataan tersebut.

`Pandi Kutti' bermakna anak babi, sejenis binatang yang diharamkan oleh Islam untuk dimakan termasuk keturunan atau yang bersubahat dengannya. Ertinya, jika seekor babi dikacukkan dengan seekor kambing yang halal dimakan, maka kambing itu dan juga termasuk anak hasil kacukan tersebut jatuh haram untuk dimakan dan menjadi najis berat (mughallazah) jika disentuh. Begitulah pandangan Islam terhadap binatang bernama babi ini.

Bagaimana pula seseorang manusia yang lahir di muka bumi ini atas sifat hamba kepada Allah, tetapi derhaka dan engkar kepada hukum hakam yang Allah turunkan? Mereka bukan sahaja engkar, bahkan pada sesuatu ketika mereka menghina hukum yang Allah turunkan di dalam Al-Quran. Mereka menghina hukum Allah apabila memilih hukum lain yang akan mendatangkan keuntungan kepada mereka sedangkan mereka berakal. Ini berbeza dengan seekor babi yang tidak Allah kurniakan akal fikiran seperti manusia.

Mereka ini mengaku Islam, tetapi sanggup memperlekehkan hukum Islam. Apabila Islam melarang melakukan kezaliman, mereka lakukan juga sehingga sanggup mengadakan satu hukum atau undang-undang yang nyata sama sekali bertentangan dengan hukum Islam. Siapakah yang berakal dan beriman kepada Allah boleh menerima Undang-Undang zalim seperti Akta ISA itu? Jika seekor babi yang diharamkan oleh Allah itu pun di dalam Islam tidak boleh dizalimi atau disiksa, apatah lagi menzalimi seorang manusia. Akta ISA adalah zalim kerana hak seorang manusia itu telah dirampas untuk mempertahankan dirinya.

Manusia yang suka melakukan fitnah sesama manusia, mengaibkan sesama bangsa dan ugama malahan dilakukan berulang-ulang dan bangga dengannya, tentulah lebih hina dari seekor babi. Manusia jenis ini tidak lagi menghargai maruah seseorang, apa yang penting pada mereka hanyalah kepentingan diri sendiri serta memenuhi dendam kesumat dan busuk hati terhadap orang lain. Islam mempunyai hukum-hakam yang lebih adil yang tidak terfikir oleh kita hikmah hukum yang Allah perturunkan kepada manusia ciptaannya itu. Malangnya, manusia seangkatan Firaun laknatullah ini merasakan mereka lebih bijak dari Maha Pencipta.

Justeru itu, saya menganggap gelaran `Pandi Kutti' yang dianugerahkan oleh DS Anwar kepada golongan zalim ini terlalu sopan dan beradab. Seandainya binatang bernama babi ini boleh berkata, nescaya babi ini akan memarahi DS Anwar kerana menyamakan keturunan babi dengan golongan itu kerana babi tidak diberi akal seperti manusia. Di dalam ertikata lain, babi lebih mulia dari manusia yang berterusan melakukan kezaliman. /wfauzdin.blogspot.com

Ugutan Jihad Ibrahim Bukan Memudaratkan, Kata Hishamuddin

Posted: 15 May 2011 04:06 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kementerian Dalam Negeri membayangkan ia tidak akan mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali bersabit ugutannya untuk melancarkan perang jihad terhadap masyarakat Kristian.

Menteri berkenaan Datuk Hishamuddin Tun Hussein berkata Ibrahim tidak mewakili keseluruhan orang Melayu dan ugutan itu hanya "mencerminkan tahap pemahaman yang berlainan,"

Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim menyatakan menyatakan kesediaan melancarkan perang jihad jika kaum Krisitian meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam di negara ini.

Ibrahim yang kini menyokong semula parti Umno berkata beliau bersedia tersungkur akibat kenyataannya demi mempertahankan maruah Islam.

Beliau kononnya amat marah kerana kononnya wujud konspirasi antara paderi Kristian dan pembangkang untuk mewujudkan negara Islam sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia minggu lalu.

Kenyataan Ibrahim itu disifatkan bertujuan menyemarakkan lagi api perkauman demi membakar sentiment orang Melayu dalam usaha Umno meraih sokongan kaum itu.

Ugutan Ibrahim dilihat tidak masuk akal setelah pihak gereja menafikan wujudnya agenda sebegitu dan menggesa kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap Utusan.

Hishamuddin berkata ugutan untuk melancarkan jihad oleh Ibrahim harus dilihat dalam konteks yang luas.

"Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau Muslim di negara ini. Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam," kata Hishamuddin.

"Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tapi saya mengataskan ada tahap pemahaman yang berlainan," katanya.

Katanya terdapat juga kumpulan ekstremis dikalangan orang Cina negara ini.

Hishamuddin sebelum ini menyifatkan laporan Utusan mengenai agenda negara Kristian itu sebagai mempunyai asas tertentu.

Kenyataan Naib Presiden Umno itu dikecam oleh pelbagai pihak kerana membelakangkan hakikat bahawa tidak ada sebarang bukti untuk memperakukan laporan itu.

KDN juga dibidas kerana hanya memberi teguran kepada Utusan bersabit laporan itu yang berupa hasutan dan menimbulkan permusuhan antara orang Islam dan Kristian

Esok Penentukan Kes Fitnah Ke-II Ketua Pembangkang

Posted: 15 May 2011 04:03 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Lelaki Y" - yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan .

Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud prima facie terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.

Hakim yang akan mengumumkan keputusannya esok, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

Kedua, Anwar menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.-Malaysiakini

30 Kerusi Hanya Angka Khayalan Noh

Posted: 15 May 2011 04:00 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Sasaran Umno-Barisan Nasional untuk memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 dilihat samar dan tiada keyakinan di pihak parti itu sendiri.

Ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini juga tidak disokong oleh perincian konkrit oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

"Kalau kita meneliti itu pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar tetapi kita tak tahu kerusi apa yang agak-agak mereka dapat menang saya rasa angka 30 kerusi ini merupakan satu angka yang cakap sahaja," kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Bercakap kepada Tv Selangor, Lau berkata, pengumuman secara am oleh Noh itu nyata sekali tidak mencerminkan keyakinan Umno akan sasaran yang telah ditetapkan.

"Maknanya mereka masih lagi belum ada keyakinan di situ ataupun angka 30 kerusi itu merupakan satu angka secara khayal sahaja. Ia tidak wujud, belum lagi wujud," katanya.

Walau bagaimanapun kata Lau, Pakatan Rakyat yang sudah menerajui kepimpinan negeri akan terus mengekalkan momomentum sedia ada dan tidak mudah diganggu-gugat oleh Umno-Barisan Nasional.

Beliau seterusnya berkata, program yang diperkenalkan Pakatan Rakyat seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu terus diperkasakan supaya rakyat dapat menikmati kemudahan yang disediakan.

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memantapkan program MES, tidak cukup lagi dengan pemberian air percuma, program Mesra Usia Emas dan Tawas tetapi kita telah melancarkan beberapa program seperti MiMBAR - pemberian mikro kredit bagi penduduk-penduduk miskin di bandar, program SkimSEL - skim mikro kredit luar bandar. Ini merupakan dua program yang baru kita lancarkan untuk menjaga golongan miskin di luar badar dan bandar," katanya.

Menurut Lau, ekoran gagal menawan hati rakyat di Selangor, banyak idea Pakatan Rakyat yang disadur oleh Umno-BN dan dijalankan di peringkat pusat.

Lau mengambil contoh beberapa program Pakatan Rakyat yang kemudiannya "diiktiraf" Umno-BN.

" Kita kata pembaharuan bandar dan ia kemudian diikuti dengan Greater KL, sebenarnya maksud yang sama.

" Kita nak membersihkan Sungai Klang, nak jadikan ia bersih nak jadikan ia pusat pelancongan kemudian lepas kita umum, setahun selepas itu kerajaan pusat (BN) pun kata nak melancarkan program membersihkan Sungai Klang, baguslah memang tiada masalah tetapi mereka ikut kita. Itu bermakna dasar yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sebenarnya diiktiraf oleh Barisan Nasional," katanya.

Nur Manuty : Islam Tegah Umatnya Lakukan Kehancuran Apatah Lagi Berbunuhan

Posted: 15 May 2011 03:55 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Islam adalah agama yang cintakan keamanan dan menegah umatnya daripada melakukan kehancuran di atas muka bumi Tuhan.

Malah Islam menjamin hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing seperti firman Allah S.W.T dalam Al-Quran.

Berlandaskan hujah itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty berkata, adalah tidak wajar seorang Islam mahu menganjurkan suatu pertumpahan darah yang hanya membinasakan umat manusia tanpa alasan yang benar-benar kukuh.

" Islam agama yang mahukan keamanan. Semua manusia yang berlainan agama diperuntukkan dalam Al-Quran, haram darahnya kalau kita membunuh manusia. Satu nyawa yang hilang seolah-olah kita membunuh semua manusia," kata Manuty.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menyatakan kesediaannya melancarkan perang salib ke atas penganut Kristian yang didakwa mahu merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Hakikatnya paderi Kristian yang didakwa mengadakan perbincangan mengenainya menafikan bahawa wujud dakwaan seperti yang dilaporkan media kawalan Umno, Utusan Malaysia awal bulan ini.

Menurut Nur, tindakan Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas itu mengeluarkan kenyataan sedemikian hanya bertujuan untuk "memanaskan" keadaan.

" Untuk provokasi lah tujuannya. Hendak timbulkan ketegangan supaya nanti dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan
Rakyat,"katanya.

Sementara itu, menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tindakan Ibrahim Ali yang mengugut mahu melancarkan perang jihad menunjukkan yang beliau sendiri tidak menghormati teras agama Islam itu sendiri.

" Ini lah masalah kita dari dahulu sampai sekarang. Orang yang bukan Islam, mereka tidak boleh gugat Islam, yang menggugat Islam ialah orang Islam sendiri yang tidak mengamalkan Islam termasuklah Ibrahim Ali,"katanya.

" Orang Kristian sudah katakan sebelum ini mereka memang tidak ada niat untuk cabar kedudukan Islam. Apa yang mereka mahukan ialah hak mereka untuk mengamalkan agama mereka dan itu memang suatu hak yang dijamin oleh Islam,"tambahnya lagi.

DAP tidak sensitif atau media bakar sentimen?

Posted: 15 May 2011 03:53 AM PDT

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

TIDAK logik! Memang tidak logik jika dikatakan DAP mengambil bahagian aktif, atau sekurang-kurangnya bersekongkol dengan mana-mana pihak, menukar agama rasmi negara daripada Islam kepada Kristian.

Selain penafian tegas menerusi reaksi segera Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng, pada Sabtu (7 Mei), ada terlalu banyak sebab dan kewajaran lain boleh difikirkan untuk menolak dakwaan tersebut.

"DAP banyak kali tegaskan Islam adalah agama rasmi negara dan kami tidak pernah pertikaikannya apatah lagi mahu mendesak agar ia ditukar kepada agama Kristian mahu pun Hindu atau Buddha," media pada Ahad, 8 Mei, memetik kekesalan Guan Eng.

Kenyataan itu menempelak laporan muka depan sebuah akhbar arus perdana berbahasa Melayu pada Sabtu yang mengaitkan DAP dengan apa yang didakwanya perancangan pihak tertentu menjadikan Kristian agama rasmi negara dan melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Laporan itu bagaimana pun sekadar bersandarkan apa yang disiarkan dua laman blog. Ia hanya andaian penulis terbabit yang kelihatan amat negatif terhadap DAP. Komen-komennya secara jelas cuba menggambarkan kononnya DAP sedang mengembangkan strategi politik cauvinisnya "ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi".

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti, ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa penulis blog itu.

Betulkah DAP sebegitu tidak sensitif terhadap perkara yang menjadi pantang-larang dalam masyarakat kita? Apakah sebuah parti digerakkan kebanyakannya oleh para profesional, seperti peguam, doktor, jurutera dan kalangan terpelajar tiba-tiba 'hilang kecerdikan' untuk mengusik sensitiviti kaum dan agama lain?

Tentu sekali tidak logik, bukan? Bagaimana mungkin sebuah parti 'minoriti' tergamak menyuarakan cita-cita sebesar itu tanpa mengambil kira keupayaannya sendiri?

DAP pastinya dapat mencongak ia memerlukan kekuasaan mutlak di peringkat Pusat. Sedangkan keupayaan DAP menguasai majoriti kerusi adalah mustahil berdasarkan realiti politik Malaysia.

Akuilah bahawa DAP sebuah parti yang sangat realistik dengan keadaan politik. Sejarah penyertaannya dalam pilihan raya membuktikan ia tidak gopoh bertanding di banyak kerusi. Ia hanya akan bertanding di tempat yang ada peluang untuk menang.

Parti itu hanya wujud dan berakar di kawasan majoriti pengundi Cina. Mana mungkin ia menjadi peneraju pemerintahan jika pun Pakatan Rakyat menguasai negara?

Justeru, mana mungkin dalam keadaan yang ada, parti itu tidak dapat menilai sejauh mana kekuatannya sebagai anggota gabungan Pakatan Rakyat. Apakah DAP fikir KeADILan dan PAS akan bersetuju dengan cadangan menukar agama rasmi negara itu? Apakah PAS sudah hilang kewarasan dan maruah diri sehingga sanggup menggadai kesucian agama semata-mata untuk menjaga hati kawan?

Kedua, sesiapa juga yang mengikuti sejarah hubungan politik antara DAP dan PAS tentu tidak sukar mengakui betapa DAP amat kuat mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Itulah antara akar umbi perselisihan berlarutan antara dua parti itu sejak dulu.

Para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno amat gemar melaga-lagakan pemimpin DAP dan PAS. Mereka tahu kedua-dua parti tidak sehaluan dalam dasar perjuangan.

Malangnya, pemimpin BN sering buat-buat terlepas pandang hakikat bahawa hujah utama Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak matlamat PAS menubuhkan Negara Islam ialah kerana mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Beliau beberapa kali berhujah bahawa cita-cita PAS itu tidak akan dapat direalisasikan kerana ia bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan.

Ertinya, jika cita-cita PAS mempertegaskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi secara lebih praktikal pun DAP sudah bermatian pertikaikannya, di mana logiknya ia tak semena-mena boleh bersetuju untuk menukar terus Islam dengan Kristian dalam peruntukan Perlembagaan?

Ada banyak lagi hujah di luar sana untuk menyangkal dakwaan terhadap DAP itu. Penilaian isu ini hanya pada dua kemungkinan. Pertama, DAP memang tidak mengendahkan sensitiviti kaum dan agama sehingga sanggup menggodek sesuatu yang diketahuinya menjadi pantang larang. Justeru, parti itu layak dinyahkan.

Atau kedua, DAP tidak seburuk yang dilapor dan cuba digambarkan media itu. Sebaliknya, media itulah yang terdesak mencari populariti dan memperbaiki kedudukannya yang sudah semakin tidak relevan. Barangkali ia berdepan masalah kemerosotan teruk dalam edaran, lalu menonjol diri sebagai jaguh agar kembali dibeli orang?

Namun seperkara agak pasti, ia sejak sekian lama memang menjadi ejen penyemarak sentimen kebencian di kalangan orang-orang Melayu/Islam terhadap DAP.

Agak tepat komen Guan Eng, "walaupun mereka (media terbabit) hanya mengambil sedutan daripada beberapa blog tanpa sebarang bukti yang kukuh, akhbar itu tetap mahu memainkan isu ini bagi membangkitkan kemarahan."

Jangan lupa isu ini juga serampang dua mata media tali barut BN itu. Pada zahirnya ia menembak DAP, tetapi sebenarnya turut memercikkan peluru ke arah PAS, rakan kongsi yang akan diseret kononnya turut bersubahat menjayakan apa yang didakwa cita-cita DAP itu.

Najib dengki kemakmuran Selangor

Posted: 15 May 2011 03:34 AM PDT

DETIK DAILY

DATO' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri tidak 'cocok' menggunakan frasa `senjata' di hadapan rakyat untuk merampas Selangor. Ikuti pandangan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kanan kerajaan negeri, DATO' DR HASAN MOHD ALI ketika diwawancara wartawan SAIDAH HAIRAN, di Tingkat 2, bangunan SUK, Shah Alam baru-baru ini.

HARAKAH: Dato', bagaimana politik orang Melayu di Selangor, bolehkah membuat perubahan setelah dipimpin oleh Pakatan Rakyat?

DR HASAN: Sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat khususnya PAS semakin meningkat. Parasnya jauh daripada angka tahun sebelumnya.

Sokongannya merata mengikut umur terutama di kalangan golongan muda, yang disebut sebagai saluran tiga dan empat. Orang muda nampaknya lebih banyak menyokong kita sekarang ini.

Jika 20 tahun lalu masyarakat yang menyokong PAS ramai di kalangan masyarakat desa tapi sekarang ini membabitkan masyarakat bandar, separuh desa, pinggiran bandar dan hujung desa. Begitu juga dengan masyarakat pedalaman masih menyokong PAS. Walaupun bilangan mereka jika dibandingkan dengan sasaran kita masih banyak boleh diusahakan.

Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan kepada warga Selangor supaya menggunakan apa sahaja `senjata' untuk merampas Selangor. Apakah Dato' melihat Najib seolah-olah mahu mengajak rakyat berperang?

Dalam hal ini saya memandang dari sudut positif. Najib berada dalam kerajaan Persekutuan yang mempunyai sumber terlalu banyak. Sumber dalam bentuk duit, agensi kerajaan, media dan berbagai-bagai sumber yang boleh digunakan. Saya harap itulah yang dimaksudkan oleh Najib. Seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Tetapi jika dibaca daripada sudut negatif, Najib akan menggunakan senjata yang halal dan yang haram juga. Apa senjata yang haram, saya rasa rakyat faham. Tetapi saya suka melihat daripada sudut positif.

Kalau misalnya, Umno mengajak kita membuat sesuatu yang tidak diizinkan oleh agama dan budaya, dan tidak diizinkan oleh orang yang berfikiran waras, saya rasa Perdana Menteri amat-amat tidak `cocok' untuk menggunakan frasa yang demikian.

Saya orang yang cintakan keamanan, keadilan, orang yang cintakan pembangunan yang aman damai untuk rakyatnya. Saya harap perkara yang negatif yang tidak dihalalkan itu tidak dimasukkan dalam tafsiran menggunakan apa sahaja yang ada untuk merampas Selangor.

SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) didakwa bekerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor. Hal ini makin terserlah setelah diadakan semakan daftar pemilih. Apakah tindakan PAS Selangor untuk menghalang usaha jahat Umno untuk menawan Selangor secara tidak demokrasi?

Setiap tahun pilihan raya memang berlaku pertambahan pengundi. Pertambahan ini mempunyai bukti yang mengatakan bahawa pertambahan itu adalah disebabkan oleh penghalalan mereka tinggal di negara ini.

Dalam jangka masa, tak tahu berapa lama pun untuk mendapat kerakyatan, supaya mereka diberikan kad pengenalan untuk membolehkan mereka masuk sebagai pengundi.

Dengan adanya sistem maklumat yang canggih sekarang ini mereka boleh buat tetapi kita sudah dapat mengesan dengan sistem kita iaitu SSDP (sistem semakan daftar pemilih) jika mereka canggih kita pun canggih.

Ada cara yang tidak halal dilakukan oleh mereka tetapi telah dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishammuddin Hussein. Bagi kami, iaitu Pemuda PAS Selangor akan mengambil tindakan yang agak ketara untuk menggambarkan betapa kita tidak merestui sama sekali apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN.

Kita akan pergi dari peringkat demi peringkat sehingga apa yang tersemat di hati kita selama ini, dapat dibongkar. Pembongkaran itu akhirnya, insya-Allah akan menjelaskan kepada kita tipu helah yang dilakukan oleh Umno-BN.

Dato' jika dirujuk semula pelawaan Najib menyarankan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno, apakah ini tanda bahawa Umno sudah hilang sokongan Melayu?

Persoalannya saya hendak rujuk kepada Mursyidul Am kita Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya masuk PAS ini kerana perjuangan Islam. Saya berjuang dalam PAS dan bersetuju dilantik sebagai Pesuruhjaya selama ini adalah atas nama perjuangan Islam. Jadi, misalnya jika kita disatukan dengan Umno atas perjuangan bangsa, nasionalisma, fahaman yang sempit begitu, saya tidak terpanggil ke arah itu.

Tetapi misalnya jika kita betul-betul menjunjung Islam maknanya apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ini, Tuan Guru Nik Aziz berkali-kali menyebut dalam Perlembagaan, kalau Umno perjuangannya untuk Islam, beliau sanggup menganjurkan PAS dibubarkan dan kita duduk di atas satu payung, satu bendera dan satu perjuangan.

Penyatuan ini bagi saya, saya akan restukan kalau...misalnya yang ditonjolkan ialah perjuangan dan penyebaran Islam untuk mendapatkan kecantikan dan kemakmuran, kehebatan serta kemanisan Islam. Islam itu dapat dirasakan oleh semua golongan rakyat, Cina, India dan pelbagai bangsa.

Yang selama ini di bawah Umno tidak dapat merasakan tentang kehebatan, kecantikan dan kemanisan Islam.

Tapi...Dato', Umno juga mengatakan mereka juga memperjuangkan Islam..

Ya…lah, Umno boleh mengatakan tapi realitinya, di Selangor tiga tahun tiga bulan sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih, apa yang berlaku pada Sekolah Agama Rakyat, mereka tidak bantu satu sen pun, apa yang berlaku pada maahad tahfiz swasta tak dibantu, apa yang berlaku pada sekolah milik kerajaan yang ditabdir oleh Jais (Jabatan Agama Islam Selangor), bangunannya masih kayu lantainya reput dah bocor sana sini.

Begitu juga apa jadi dengan guru-guru Kafa tidak terlatih kebanyakannya; kasihan mereka, mengajar bertahun-tahun ada sampai 12 tahun tetapi pengajarannya tidak mencapai matlamat. Ini kerana tiada latihan tetapi projek-projek mega yang lain hebat.

Pada saya projek mega yang utama sekali ialah projek pembangunan insan. Projek lain iaitu projek bangunan itu adalah projek mendatang. Pembangunan insan itu didahulukan, itu dalam PAS. Kita masuk saja tiga tahun tiga bulan dalam tahun yang pertama, kita sudah mengubah seluruh sistem pelantikan AJK masjid dan surau.

Dulu mereka ditunjuk (dilantik) dan dilantik orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin Umno yang tak tahu masjid hendak mentadbir masjid. Sekarang apabila kami sudah masuk kami bersama Jais dan Mais (Majlis Agama Islam Selangor) telah menyebabkan 525 masjid dan 1,987 surau sudah mendapat AJK yang dipilih oleh ahli kariah sendiri.

Selangor juga akan mengorak langkah untuk melatih pendakwah yang boleh dihantar ke kilang, di kedai. Di mana-mana mereka boleh berdakwah. Dalam suasana korporat, boleh cerita tentang produktiviti. Kita hendak pendakwah ini mampu menghadap pekerja dari atas hingga bawah dengan menggunakan bahasa kerja mereka, yang ini saya dapati belum ada di Selangor.

Jadi kita mengorak langkah melatih 1,200 orang termasuk 400 khatib dan 400 pendakwah muda. Jika ini disatukan kita dapat bayangkan 1,200 orang ini akan menimbulkan suasana baru untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam konteks 'real'nya dapat dijalankan dan kita hendak gunakan tenaga yang sedang dilatih ini untuk menjalankan peranan tersebut.

Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) mencadangkan supaya Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan Pusat. Apakah ini disebabkan kerajaan Pakatan Rakyat berasa takut berhadapan dengan Umno-BN?

Saya sebagai Pesuruhjaya pertama sekali mendengar kenyataan Menteri Besar dibuat dalam sidang Dun. Mungkin kenyataan itu keluar daripada mulut beliau yang saya rasa atas beberapa sebab. Perkara ini masih belum lagi dibincang setiap komponen parti dalam Pakatan Rakyat.

Jika misalnya tidak diadakan serentak tentu ada pro dan kontra. Oleh itu perlu disenaraikan apa pro dan apa kontranya. Jika misalnya pro lebih banyak daripada kontra dan kita mendapat seluruhnya dalam Pakatan Rakyat ini; DAP, PAS dan KeADIlan mengatakan ya...kita buat pilihan raya berasingan maka saya akan sokong apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar.

Tetapi jika misalnya yang kontra lebih tinggi daripada pro (walaupun kenyataan telah dibuat) bagi saya tidak ada masalahnya untuk kita menganalisis kembali jika ada fakta-fakta yang tidak membantu kita, jika sekiranya kita membuat pilihan raya berasingan dengan Parlimen.

Bagi PAS senang saja, semua parti-parti telah menangguhkan pemilihan kerana dianggap pilihan raya sudah hampir. Hanya satu parti sahaja yang meneruskan pemilihan iaitu PAS. Ertinya PAS ini tidak pernah takut kepada pilihan raya, PAS tidak pernah takut Umno hendak menang ke atau PAS hendak menang. PAS jika Perlembagaan mengatakan setiap dua tahun ada pemilihan maka akan dilalui.

Kita lihat 4 Jun ini ada Muktamar dan ada pemilihan. Katakan pilihan raya misalnya bulan September, maknanya tidak ada parti yang sanggup berdepan dengan pemilihan yang biasanya akan menimbulkan keretakan. Puak-puak yang bertambah runcing lagi punya jurang puak-puak dalam parti, saya rasa PAS tidak pernah takut dan tak perlu takut pada kemungkinan-kemungkinan itu.

Sejarah telah membuktikan banyak kali kita mengadakan pilihan raya pada masa pemilihan parti berjalan terus, tetapi ia tidak menimbulkan apa-apa yang negatif.

Selama tiga tahun tiga bulan ini apakah Dato' berpuas hati dengan pencapaian Dato' sebagai exco dan Pesuruhjaya PAS?

Saya sebagai Pesuruhjaya, boleh dikatakan aman. PAS Selangor walaupun kita dapati ada nampak macam ada yang tidak sekata dari segi memandang beberapa isu, tetapi secara keseluruhannya kita ada 56 Dun dan 22 Parlimen, pentabiran PAS berada dalam aman dan sejahtera.

Kita memang sepanjang masa dan ketika kita mendapat laporan melalui mesyuarat. Belum pernah gagal mesyuarat Perhubungan negeri yang diadakan sebulan sekali. Manakala mesyuarat dewan harian sebulan dua kali. Saya melantik pasukan kerja seperti Paskad, meneliti manifesto, dana pilihan raya, pemikir parti, menawan pengundi muda, khusus melihat kemaraan kita dikalangan pengundi bukan Melayu.

Nampaknya, alhamdulillah melalui Setiausaha Perhuhungan negeri yang sentiasa memantau dengan mendapatkan maklum balas. Ini akan dijadikan sebagai garis bertindak utama atau lapangan utama yang akan kita gerakkan dalam PRU ke-13.

Saya sebagai Pesuruhjaya saya tidak pernah tinggal walau seminggu berjumpa dengan teman yang kebanyakan berpusat di masjid, kecuali saya berada di luar negara.

Saya akan memberi khutbah pusing satu Selangor. Mungkin yang jauh di Sabak Bernam saya tidak dapat sebab setiap Jumaat ada mesyuarat sehingga jam 12 tengah hari. Kecuali saya ada program di Sabak Bernam. Tetapi yang pasti saya belum gagal setiap kali Jumaat.

Dalam khutbah itu saya sampaikan mesej. Saya berjumpa dengan pimpinan parti supaya hubungan di akar umbi sentiasa rapat dan mesra. Pada masa yang sama saya saban malam tidak tinggal lagi mengadakan program ceramah. Sekarang ini saya akan memanggil mesyuarat khas.

Kita hendak aturkan bagaimana kita hendak berjumpa dengan rakyat dengan mengadakan majlis dialog dengan pengundi supaya mereka lebih faham apa yang telah dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat terutama PAS selama tiga tahun tiga bulan.

Sebagai exco pula saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada MB dan exco yang lain kerana diberi kesempatan untuk menonjolkan Islam dalam mseyuarat exco dan Mtes.

Kami daripada PAS yang dapat menonjolkan idea yang berkait dengan Islam. Kita bersyukur kerana di Selangor kita ada sumber maknanya apa yang kita rancang kita dapat jalankan berbanding negeri lain.

Saya, YB Dr Halimah Ali dengan pelbagai program pendidikan begitu juga dengan YB Iskandar A Samad dengan isu rumah dan setinggan. Saya bertanggungjawab program Islam serta kemudahan awam. Alhamdulillah yang kita rancang dapat dilaksanakan.

Sebagai peneraju negeri Selangor, alhamdulillah saya memegang infrastruktur biasanya orang menekankan inilah kontrakot dan tender. Walaupun saya tidak memegang secara langsung tetapi saya pegang satu imej iaitu kita bersih.

Jadi orang tidak boleh kelentong kita. Orang masuk ke bilik saya dan orang tidak berani membuka mulut untuk perkara yang negatif. Saya yakin ini tidak berlaku kepada YB Iskandar dan YB Halimah. Sebab imej kita bersih tidak ada disuap di bawah meja dan sebagainya. Kita bersih.

Mudahkah untuk Dato' atau PAS mentadbir negeri Selangor?

Untuk mentadbir negeri Selangor ini kita mesti menjaga empat hubungan utama termasuk hubungan dengan Istana. Alhamdulillah saya merasakan hubungan dengan Istana sangat intim.

Duli Yang Maha Mulia Sultan pun sentiasa membuka ruang dan peluang kepada saya dan teman-teman untuk menghadap Baginda pada bila-bila masa sahaja kiranya kita mempunyai perkara yang perlu dibincangkan pada peringkat Istana.

Yang kedua hubungan dengan Menteri Besar; saya dan teman-teman yang dijadualkan sebulan sekali, walaupun atas kesibukan. Yang cantiknya dalam PAS ini kita ikhlas jujur dan menasihat MB pun ikhlas, dan MB terbuka dada menerima nasihat kita.

Hubungan dengan pegawai kerajaan, saya yakin mereka memberikan satu tanda positif dengan hubungan mereka dengan exco PAS.

Hubungan dengan rakyat, saya sebagai Pesuruhjaya saya tidak kekok pergi ke estet dan bagan; pergi ke masyarakat Jawa dan Banjar serta boleh sikit-sikit bahasa mereka.

Akhirnya saya dengan kedudukan Pesuruhjaya dan ahli exco dengan sifat terbuka dan tidak pernah menidakkan orang untuk bertemu dengan kita.

Walaupun pukul 8.00 malam siapa juga yang datang kita layan. Kita berkhidmat hampir 24 jam. Saya bersyukur berlapang dada dengan penuh khusyuk berkhidmat di negeri Selangor.

Kita bergabung baru tiga tahun tiga bulan banding Umno 60 tahun. Bagi saya tiga tahun tiga bulan masih era `berbulan madu'. Saya sebagai exco dan Pesuruhjaya berpegang dengan falsafah mentadbir negeri Selangor dengan penuh hikmah.

Menggunakan tingkat pengurusan yang tertinggi mentadbir Selangor dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Tidak ada menunjukkan keuntungan keluarga dan diri tapi semua untuk rakyat demi mencapai keredaaan Allah.

UUM betul-betul minta rebat atau provokasi politik?

Posted: 15 May 2011 03:28 AM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Isu cukai tanah di UUM belum berakhir. Pihak UUM masih belum putus asa untuk terus merayu buat kali ke tujuh, meminta kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun. Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai.

Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas IPTA itu ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan . Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok pula yang meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?

Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjankan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilantgan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.

Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.
USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya 'dauble standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.

Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.

Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut. Kita serahkan pada rakyat untuk menilai.

UNDI POS, SPR DIMINTA BERI PENJELASAN

Posted: 15 May 2011 03:26 AM PDT

BULETIN ONLINE


KUALA TERENGGANU
– Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman mengakui masih musykil berhubung penjelasan undi pos oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun anggota keselamatan mengundi secara biasa sebagaimana orang awam tetapi mereka akan tetap mengundi lebih awal sebagaimana tempoh mengundi secara pos sebelum ini.

"Kalau tempoh mengundi mereka diawalkan, kita tidak tahu apa yang berlaku ketika itu," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, pihaknya meminta penjelasan daripada SPR berhubung perkara itu supaya pelaksanaannya benar-benar telus.

Menurutnya, penjelasan SPR yang dianggap tidak begitu mendalam membuatkan pihaknya tidak menerima sepenuhnya apa yang dikatakan SPR.

"Kalau undi anggota keselama-tan dibuat lebih awal tiga hari misalnya, biarlah prosesnya telus sebab sebelum ini, kita hanya menjadi pemerhati, tidak boleh membantah dan sebagainya," katanya.

Undi pos pada pilihan raya umum akan datang hanya akan diguna pakai untuk anggota keselamatan yang bertugas di luar negara dan di perbatasan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bagi anggota keselamatan yang tidak terlibat, undi mereka adalah seperti undi awam, di mana penggunaan borang khas untuk undi pos tidak perlu digunakan lagi-SH

MCA TIDAK AKAN PAHAM ISLAM KERANA UMNO TIDAK TAHU TENTANG ISLAM

Posted: 15 May 2011 03:23 AM PDT

BULETIN ONLINE


KUALA TERENGGANU
- Walaupun Dewan Undangan Negeri itu adalah 'suatu dewan yang mulia' yang memberikan imuniti kepada ahli-ahlinya, namun ia tidak wajar dijadikan tempat untuk 'menghina' kumpulan atau parti, apatah lagi yang tidak ada dalam dewan tersebut pada masa itu.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, bahkan tidak layak meletakkan sesuatu hukum berkaitan agama Islam kerana beliau bukan 'Ustaz atau Ulamak'.

"Dewan (Undangan Negeri Terengganu - DUN) walaupun beri imuniti kepada Yang Berhormat, ia adalah Dewan yang mulia, tidak patut dijadikan tempat menghina atau malabel parti lain,

"Alias (Alor Limbat) bukan Ustaz atau Ulamak, untuk menuduh seseorang 'Kafir al-Harbi', mana ada wakil rakyat DAP dalam DUN, yang ad mewakili orang Cina hanya wakil MCA,"tegas Chai Hing mengulas kenyataan wakil rakyat terbabit dalam sidang DUN Terengganu baru-baru ini.

Alias sewaktu ucapannya membahaskan titah perasmian telah menghukum DAP sebagai golongan yang boleh diperangi dan dibunuh (al-harbi) manakala Toh Chin Yaw dalam ucapannya kemudian, menyokong kenyataan tersebut.

Menurutnya, sebab itulah MCA tidak akan faham selama-lamanya tentang Islam kerana berkawan dengan Umno yang juga tidak tahu tentang Islam, namun DAP dalam Pakatan Rakyat sudah mula memahami Islam.

Katanya, kenyataan Karpal Singh adalah satu kenyataan yang sudah lama dan tidak lagi relevan kerana beliau telah pun mengeluarkan kenyataan lain tentang agama Islam dan negara Islam.

Tetapi katanya, kenyataan Presiden MCA adalah satu kenyataan yang 'masih segar' baru keluar daripada mulut beliau beberapa minggu yang lalu apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak terdesak, mengajak PAS masuk BN.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang menyebabkan suasan tegang dan mengancam keselamatan negara.

"Ambil tindakan segera terhadap mereka yang sengaja menunjukkan satu suasana yang tegang dalam negara pada hari ini." ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, isu minta maaf tidak timbul sama sekali kerana tidak ada pun usaha daripada DAP untuk menggantikan agama rasmi negara ini daripada Islam kepad Agama Kristian.

"itu tidak timbul, isu ini tidak timbul sama sekali ia hanya merupakan tuduhan liar daripada utusan dan juga pihak-pihak tertentu untuk memutar belit dan memburukan imej DAP di kalangan masyarakat melayu di negara kita .

"ini hanya satu dakyah Umno dan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan masyarakat melayu supaya tidak lagi memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang,"jelasnya

Katanya, itulah sebenarnya tujuan utama Umno-BN, kerana mereka sudah rasa kedudukan mereka tergugat ekoran masyarakat berbilang kaum termasuk Iban, Dayak dan Kadazan, mula memberi sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini

Beliau berkata kedua-dua negeri, Sabah dan Sarawak, bukan lagi merupakan 'deposit tetap' kepada Barisan Nasional.

Beliau yakin hanya mereka yang menyokong Umno dan BN sahaja yang akan percaya dengan fitnah yang dilemparkan dan menyeru seluruh masyarakat supaya tidak temakan dengan dakyah pemimpin Umno-BN yang tidak bertanggungjawab

"saya menyeru seluruh masyarakat khususnya masyarakat Melayu supaya tidak termakan (dengan) dakyah yang dihebohkan dan diwawarkan oleh pemimpim -pemimpin Umno, kerana mereka ini merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab,

"dan (mereka) sengaja mewujudkan satu suasana yang tegang di negara kita dengan tujuan untuk meraih sokongan dari masyarakat Melayu demi kepentingan politik dalam pilihan raya yang akan datang,"katanya.

4,000 Rakyat Miskin Tegar Dan Miskin Disasar Sertai Projek Azam Tani

Posted: 15 May 2011 03:21 AM PDT

BERNAMA

ALOR GAJAH: Seramai 4,000 rakyat miskin tegar dan miskin di seluruh negara disasarkan untuk menyertai projek Azam Tani tahun ini, bagi meningkatkan pendapatan seterusnya membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata di bawah projek itu, pihaknya akan memberikan bantuan berbentuk projek peningkatan ekonomi bernilai RM10,000 kepada setiap peserta.

"Aktiviti yang terlibat di bawah program itu adalah projek berasaskan tanaman, ternakan, perikanan, pemprosesan, perniagaan hasil tani dan kemudahan pemasaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Alor Gajah di Selandar dekat sini, Ahad.

Noh berkata pada tahun lepas, seramai 4,000 orang dari golongan tersebut terlibat dalam projek Azam Tani di mana di antara mereka berjaya meningkatkan pendapatan daripada RM450 sebulan kepada RM2,000 sebulan.

Beliau berkata peserta yang terlibat dipilih daripada senarai e-Kasih yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Terdahulu semasa berucap, Noh yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, perlu kerap menemui rakyat untuk mengetahui masalah mereka dan membantu menyelesaikannya.

Beliau berkata pemimpin yang sentiasa dekat dengan rakyat akan membantu mengembalikan sokongan pengundi kepada BN.

Hishammuddin Cadang Jumpa Editor Akhbar Mengenai Laporan Isu Sensitif

Posted: 15 May 2011 03:19 AM PDT

BERNAMA

SABAK BERNAM: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercadang mengadakan perjumpaan dengan semua ketua editor akhbar berhubung pelaporan isu sensitif.

Katanya beliau mahu memastikan ketua-ketua editor bersikap berhati-hati dalam melaporkan isu sensitif mengenai kaum dan agama dan memastikan mereka faham bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan bagi tindakan mereka.

Mengulas laporan yang diterbitkan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa ada pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, Hishammuddin berkata:

"Ada masanya masyarakat Melayu kecewa dengan laporan di akhbar-akhbar Cina (mengenai isu sensitif) dan sebaliknya.

"Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab ketua-ketua editor memastikan organisasi media mereka tidak melampaui batas dalam melaporkankes-kes sedemikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Sungai Besar dekat sini, Ahad.

Walaupun garis panduan dalam undang-undang penerbitan adalah jelas, "setiap akhbar pernah melanggarnya (dalam melaporkan isu sensitif tertentu). Kini membabitkan Utusan (yang melanggar garis panduan)."

Hishammuddin berkata adalah sukar untuk mengawal aliran maklumat membabitkan isu-isu sensitif, khususnya dengan kemunculan media baru.

"Kita tidak dapat menghalang maklumat daripada merentasi sempadan. Jika ia tidak dipaparkan melalui akhbar-akhbar perdana, ia akan dapat dipaparkan menerusi media baru seperti portal berita online, facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.

Mengenai kes simbah cecair yang dipercayai asid di sekitar Lembah Klang, Hishammuddin berkata orang ramai perlu menyalurkan maklumat mengenai suspek yang terlibat bagi membantu pihak berkuasa memberkas mereka yang terbabit dengan secepat mungkin.

"Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Negara meminta saya buat rayuan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tepat mengenai kes asid ini agar tampil ke hadapan membantu polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Sehingga Jumaat lepas, polis menerima 22 laporan mengenai kes simbah asid sekitar Lembah Klang.

Cerai: Kakak Siti Nurhaliza, RM400 Juta Tarik Perhatian

Posted: 15 May 2011 03:09 AM PDT

MENJADI anak seni atau golongan VVIP di negara ini ada kalanya merimaskan kerana setiap langkah akan menjadi perhatian masyarakat.

Mungkin itulah yang dirasai oleh pemilik nama Siti Norsaida Tarudin atau lebih dikenali sebagai Saida apabila permasalahan rumah tangganya diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia yang membaca akhbar atau melayari Internet.

Jika dahulu, langkahnya mungkin lebih bebas kerana dia hanyalah kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza sehinggalah penyertaannya di dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia.

Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, bakatnya dalam bidang nyanyian - walaupun sering dibandingkan dengan adik-adiknya, Siti dan Saerah - mula diasah.

Bagaimanapun, tahun ini menyaksikan perjalanan rumah tangganya yang dibina bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Ghazali Yahya Zikri sejak 15 tahun lalu mendapat lebih 'perhatian' berbanding dengan bakat seninya.

Semuanya bermula apabila wanita yang sinonim dengan sifatnya yang pemalu itu memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2010 atas alasan tiada lagi persafahaman antara mereka.

Setiap kali prosiding kes dijalankan, sudah pasti akan ada cerita-cerita baru yang akan kedengaran, seperti dakwaan bahawa permohonan tersebut difailkan kerana sikap Mohd Ghazali, 41, yang tidak menghormati arwah bapa Saida.

Saida, 35, pula menyifatkan sikap Mohd Ghazali yang mengongkong kerjayanya sebagai menyakitkan hati.

Bagaimanapun, sudah pastilah prosiding yang baru berlangsung pada Rabu lalu paling panas, kerana Mohd Ghazali yang selama ini sangat mengawal kata-katanya, 'meluah' rasa kecewanya di mahkamah.

Menurut lelaki itu, dia sedih dan kecewa dengan perubahan sikap isteri yang dahulunya seorang yang lemah-lembut dan bertimbang rasa menjadi lupa akan tanggungjawab.

Dakwanya, Saida telah keluar dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras, dan mengabaikan anak mereka, Siti Nurunnyssa, 14; Anas, 12; Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Semuanya kerana menurut Mohd Ghazali, isterinya itu sedang sakit, iaitu 'sakit angau' dengan seorang lelaki yang didakwanya bernama Hafiz Che Man - yang didakwa Saida adalah rakan sekerjanya.

Lebih memeranjatkan apabila dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut di dalam kereta di Balakong pada Jun tahun lalu dan apabila ditanya, Saida memberitahu rakannya itu mahu memulangkan telefon bimbit.

Mohd Ghazali yang merupakan bekas jurutera geologi seterusnya mendakwa, dia menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menggunakan kata-kata seperti 'sayang, rindu dan I Love You' pada telefon bimbit tersebut manakala bil pula menunjukkan mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual.

Lelaki tersebut yang nekad tidak mahu menceraikan Saida juga memaklumkan bahawa dia ingin membawa isterinya mengerjakan umrah - dan cadangan itu telah diutarakan sejak mula kes didengar.

Cadangan itu dipersetujui oleh Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi yang menasihatkan agar rancangan ke Tanah Suci itu dilaksanakan walaupun wakil hakam kedua-dua pihak gagal mencari jalan penyelesaian dalam permasalahan mereka.

Beliau juga menetapkan agar Mohd Ghazali dan Saida dibawa ke hadapan wakil hakam yang dilantik oleh mahkamah, sekiranya wakil hakam pilihan mereka gagal mencapai matlamat yang ditetapkan pada 15 Jun depan.

Perceraian RM400 juta

Minggu lalu juga menyaksikan terlerainya perkahwinan selama 19 tahun antara anak Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib dengan Datin Seri Shahnaz A. Majid. Seakan kebetulan, Shahnaz juga mempunyai seorang adik yang melibatkan diri dalam industri seni, iaitu ratu jazz, Datuk Sheila Majid.

Perceraian itu juga pada awalnya mendapat perhatian, ekoran dakwaan-dakwaan yang dinyatakan oleh Shahnaz, 48, apabila beliau memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh.

Antaranya, Shahnaz mendakwa dirinya telah dikasari secara fizikal dan tidak menerima nafkah batin sejak 11 tahun lalu selain mendakwa suaminya gemar bersosial dan tidak berlaku adil selepas berkahwin dengan seorang wanita Rusia.

Bagaimanapun, sebelum kes fasakh sempat didengar, mahkamah dimaklumkan bahawa Mahmud Abu Bekir ada memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di mahkamah sama.

Atas persetujuan bersama, Mahmud Abu Bekir, 48, melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Shahnaz pada Rabu di hadapan Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Muhamad Abdullah.

Apa yang lebih menarik ialah nilai yang terbabit dalam perceraian itu - RM400 juta - satu nilai yang amat jarang sekali didengar bukan sahaja dalam tahun ini, tetapi dalam dekad ini.

Shahnaz memfailkan permohonan untuk menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian - nilai yang dianggap berpatutan dengan status dan pendapatan Mahmud Abu Bekir.

RM100 juta itu didakwa sebagai satu jumlah yang munasabah dengan tempoh perkahwinan dan jumlah yang adil bagi beliau untuk memulakan kehidupan baru sesuai dengan status dan taraf yang pernah dilaluinya.

RM300 juta pula dituntut agar diisytiharkan sebagai harta sepencarian yang meliputi harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.

Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, Audi, dan Alphard serta simpanan-simpanan bank.

Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.

Kes tersebut akan disebut pada 27 Jun depan untuk melihat sekiranya pasangan itu dapat mencapai persetujuan dalam permohonan tersebut atau jika tidak, kes itu akan dibicarakan.

Isu perceraian bukanlah satu isu yang besar pada masa kini. Setiap hari ada sahaja pasangan yang bercerai di setiap Mahkamah Rendah Syariah di sekitar negara.

Bagaimanapun, status mereka ini selaku orang kebanyakkan menyebabkan perihal yang menyedihkan itu hanya dikongsi oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

Sudah pastilah, tiada siapa yang berminat untuk membaca jika akhbar menyiarkan 'Joyah sah bercerai dengan Ahmad' kerana nasib Joyah tiada bezanya dengan wanita-wanita yang sama menunggu kes mereka dipanggil di mahkamah.

Dulu bapa, kini anak mati ditembak

Posted: 15 May 2011 02:56 AM PDT

SABAH DAILY




SEPANG - Seorang penjenayah berusia 20-an yang dipercayai terlibat dengan geng samun kenderaan mewah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis berhampiran sebuah hotel bajet di Cyber Valley, Dengkil di sini malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada pukul 10.15 malam selepas sepasukan polis dari cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan intipan di hotel tersebut sejak pukul 5.30 petang.

Hasil intipan tersebut, polis mendapati sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berwarna putih yang dipercayai dicuri oleh suspek bersama rakan-rakannya diletakkan di belakang hotel tersebut.

Kosmo! Ahad difahamkan, dua tahun lalu bapa suspek juga mati selepas ditembak polis kerana disyaki terlibat dalam kes culik dan jenayah kekerasan di beberapa kawasan di Selangor. -Kosmo

Buku Jingga: Sertailah debat, Pakatan pelawa lagi Najib

Posted: 15 May 2011 02:55 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Pemimpin Pakatan Rakyat mengulangi pelawaan kepada Datuk Seri Najib Razak agar pentadbirannya menyertai perbahasan sama ada 10 inisiatif Buku Jingga pihaknya benar-benar akan menjadikan negara muflis, sebaliknya memanfaatkan rakyat dalam jangka panjang.

"Kalau Najib nak tahu sama ada negara akan bankrap, cara yang baik adalah mengizinkan pakar-pakar ekonomi membahaskan cadangan Buku Jingga bersekali dengan Pakatan Rakyat. Najib dan pimpinan BN dipersilakan hadir sama," kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad dalam tulisan blognya.

Kepimpinan Pakatan Rakyat pernah memanjangkan pelawaan sedemikian kepada Najib, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, awal tahun ini.

Bagaimanapun ia ditolak kepimpinan beliau.

Pakatan Rakyat memperkenalkan Buku Jingga dengan 10 inisiatif pada konvensyennya 19 Disember lalu.

Dalam tulisannya bertajuk "Mengapakah PM Najib takut sangat Buku Jingga ini?", Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, pendekatan Buku Jingga adalah berpaksikan rakyat iaitu usaha memakmurkan dan mensejahterakan rakyat, sementara Pakatan Rakyat mahu menjana persaingan sihat dan meningkatkan daya saing dengan menamatkan amalan kronisme dan rasuah dalam sistem penyampaian.

"Kami bukan tidak mesra bisnes, tetapi bukan bisnes yang mengorbankan rakyat dan negara," katanya.

"Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini adalah buktinya! Buku terbitan kerajaan negeri Selangor 'The Road to Reform' adalah bukti terbaik bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang pendekatan reformasi ekonomi politik kami secara ilmiah," katanya lagi.

Laporan media terbaru mendakwa akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memberi arahan khas untuk menghentam rancangan 100 Hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

"Mengapakah BN tertekan dengan penampilan dan kehadiran Buku Jingga ini? Mengapakah Perdana Menteri Najib dan pimpinan BN takut sangat Buku Jingga ini?" katanya lagi.

"Secara tepat saya tak tahu. Mereka lebih tahu. Yang jelas bagi kami, Buku Jingga adalah respons dan penyelesaian untuk mengeluarkan negara dari krisis dan kemelut sosio-politik-ekonomi yang berpanjangan.

"Ia menampilkan satu persaingan dasar dan polisi sebagai penyelesaian alternatif," kata beliau lagi.

Dzulkefly dalam tulisannya menyoal mengapa Najib menyerang Buku Jingga dengan tuduhan bahawa negara akan muflis atau bankrap.

"Muflis atau bankrap adalah kata-kata yang emotif dan sensasi yang cepat difahami rakyat. Jadi itulah cara paling kuno dan konvensional untuk Najib menyerang kami. Rakyat takut negara bankrap," katanya,

Bagaimanapun katanya, keseluruhan program Buku Jingga jika dilaksanakan tidak sampai pun menelan RM19 bilion.

"Tidak dengan itu negara akan bankrap. Negara pastinya bankrap dengan hutang kerajaan pusat dan GLC yang mencecah 60 peratus KDNK dan terus meminjam lagi.

"Tahun ini kerajaan akan menerbitkan RM82 bilion bon dan sukuk. Sebahagian diguna untuk bayar hutang dan kupon bon yang telah matang," katanya sambil menambah, "bankrap mungkin, tapi bukan kerana Buku Jingga."

"Pahang dan Johor mungkin bankrap kerana hutang, tidak Selangor dan Pulau Pinang dan tidak juga Kedah dan Kelantan," jelas beliau.

Dzulkefly juga menulis, "betul ia adalah dokumen kecil, tetapi ia mengandungi penegasan dasar, pendekatan strategik dan sekali gus Program 100 kerajaan Pakatan Rakyat, andainya kami mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan."

Bekas pengarah unit penyelidikan PAS pusat ini menambah, pihaknya bukan sahaja bercakap tentang pertumbuhan dan pendapatan per kapita tetapi memastikan pertumbuhan mapan dan berakhir dengan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

"... antara lain dengan agihan kekayaan negara yang adil dan rakyat dapat meningkatkan pendapatan boleh berbelanja, yang tidak ditelan oleh inflasi.

"Kami lakukan reformasi politik bersekali dengan peralihan struktural dengan mendekati isu contohnya, subsidi dan kaedah penswastaan yang tidak akan membebankan rakyat dan menguntungkan kroni semata-mata," kata anggota Dewan Rakyat ini.

Dzulkefly menulis, kepimpinan Pakatan Rakyat juga mendekati perkara itu dengan menentukan keutamaan dalam pelaburan kerajaan berpandukan 'fiqh Al-Awlawiyyat'.

"Nak bina Menara Warisan (100 tingkat dengan dana RM5 bilion) ke atau nak mendayakan rakyat dengan memberikan perkhidmatan asas dengan harga yang munasabah. Ini kesemua adalah keputusan politik dan komitmen politik.

"Tetapi Najib-BN hanya bercakap tentang projek mega, mutakhir kereta api laju ke Singapura, dulu Bakun yang hingga kini tak ada pembeli tenaganya," katanya lagi.

Malah kata beliau, Pakatan Rakyat juga merungkaikan masalah perbezaan pembangunan wilayah dengan pendekatan desentralisasi polisi fiskal dengan mendayakan pihak negeri dalam isu royalti dan peruntukan per kapita yang lebih adil untuk kerajaan negeri dalam amalan federalisme yang lebih demokratik.

"Bukan seperti yang 'rompakan' yang dilakukan atas royalti minyak negeri Kelantan dengan mencerobohi kesucian perjanjian yang menakutkan pelabur asing dan tempatan," katanya lagi.

PERKASA Perlu Lancarkan Jihad Dengan UMNO Sendiri Yang Mempunyai Ramai Ahli Kristian

Posted: 15 May 2011 12:21 AM PDT

KELAB GREENBOC


Perkasa ugut jihad jika Kristian teruskan agenda rampas status Islam

GOMBAK — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Bercakap di hadapan sekitar 200 hadirin pada satu ceramah di Kampung Changkat di sini, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, beliau (gambar) bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Meskipun mengadu keletihan ekoran sembilan ceramah bermula dari Kelantan sejak malam kelmarin, Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

"Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan.

"Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.

"Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi... jika mereka adakan perang salib, kami boleh," kata ketua pertubuhan bukan kerajaan ini, yang mendakwa bergerak atas platform mahu membela kepentingan dan hak kaum Melayu.

Dalam ucapannya, Ibrahim juga memberi amaran agar bukan Islam tidak memandang mudah sikap berdiam diri umat Islam sambil menegaskan, umat Islam sebenarnya mengutamakan keamanan dan keharmonian.

"Kami sudah bersedia. Berdiam diri bukan bermakna kami takut, kami telah berdiam diri sebab kami utamakan keamanan dan keharmonian.

"Tetapi orang-orang ini, jika mereka merasakan keamanan yang mereka nikmati selama ini tidak cukup atau kestabilan dan kemajuan negara tidak cukup dan mereka mahu melakukan sesuatu yang kita tidak pernah terfikir, teruskan... kami bersedia," katanya lagi.

Ibrahim mendakwa bukan Muslim kini seolah-olah berani dan tidak risau untuk bertindak sedemikian kerana mereka merasakan ada sokongan daripada ramai Muslim liberal dan pemimpin-pemimpin politik seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini pandangan saya. Jika saya tidak tepat, ia hak saya. Jika saya kasar, saya minta maaf. Dosa saya, saya tanggung.

"Tetapi mengapa ini berlaku sekarang selepas 53 tahun? Jawapannya anda tahu, punca utama ialah Anwar," katanya lagi.

Ucapan Ibrahim kali ini berkisar pada kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa paderi-paderi Kristian dan pemimpin-pemimpin DAP berkonspirasi mahu memansuhkan Islam sebagai agama persekutuan dan melantik orang Kristian sebagai perdana menteri.

Pemimpin-pemimpin DAP dan Kristian menafikan kandungan laporan sedemikian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian Khamis lalu bagi meredakan keadaan, tetapi Ibrahim menegaskan malam tadi bahawa laporan akhbar milik Umno itu adalah betul.

Ibrahim merujuk kepada laporan polis dibuat oleh seorang anggota DAP Islam kelmarin mendakwa dia tahu cerita sebenar apa yang berlaku ketika pertemuan di sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Mereka menuduh Utusan Malaysia tetapi dari awal lagi, saya mengatakan ia sahih. Ia benar.

"Mengapa? Ini kerana Ahli Parlimen yang hadir pada pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi. Beliau Ahli Parlimen macam saya dan saya tahu dari lagak dan pertuturan yang dia gunakan," katanya.

Ibrahim juga mengulangi dakwaannya minggu lalu bahawa anggota bekas Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan kumpulan lokal untuk berkonspirasi menggantikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini.

Katanya, penyokong-penyokong PKM telah menyeludup masuk ke dalam parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan agama dan persatuan bisnes selepas ia meletakkan senjata pada 1989 bagi meneruskan aktiviti mereka.


Dengarlah luahan Vicsofee: "Berdosakah saya sebagai Siam Malaysia?"

BERJAYA DALAM DUKA... (Dari kiri) Syalit Keowmani Eh Sau, Phisnukh Uttraphan Pim, Elicesa Lalitta Ea Chuan, Maleewan Perashot, Sukeht Thavil dan Vicsofee Sukahut Som mendengar penerangan daripada Boon Som Inong (kanan) mengenai kegagalan mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam SPM di Wat Siam Telok Wan Jah, Alor Setar, baru-baru ini.


BEKAS almarhum Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman ialah seorang berketurunan Siam.

Masyarakat Siam di Malaysia dianggarkan kira-kira 60,000 orang. Kehidupan mereka tertumpu di beberapa negeri utara, iaitu negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand - tanah asal mereka.

Kira-kira 2,000 (bancian 2008) berada di Perak, 6,000 (2008) di Perlis, 30,000 (2007) berada di Kedah dan 13,000 (2008) berada di Kelantan. Menurut ensiklopedia Wikipedia, secara politiknya masyarakat Siam Malaysia dikenali dengan status bumiputera, iaitu status yang sama dengan Melayu, Kadazan-Dusun, Iban dan masyarakat Portugis Melaka.

Mereka juga adalah ahli UMNO dan boleh membuat simpanan dalam saham amanah, ASB dan ASN.


Menurut ensiklopedia itu lagi, kebanyakan masyarakat itu mengamalkan cara hidup Melayu. Ini dibuktikan dalam masyarakat Siam Kelantan. Tiada siapa yang boleh meneka Melayu atau Siam jika mereka bercakap Melayu.

Kitaran masyarakat mereka sedang berkembang, dari segi intelektual dan taraf hidup. Mereka ini dikenali sebagai kumpulan yang amat menyokong kerajaan BN dan penyokong kuat UMNO. Mereka boleh menjadi penentu pada sesuatu pilihan raya dalam kawasan yang kosentrasi besar masyarakat itu.

Namun apa yang saya temui mengenai masyarakat ini baru-baru ini amat mengejutkan. Apakah mereka ini tercicir? Apakah mereka ini tidak dipedulikan? Apakah anak-anak mereka yang cerdik dan pandai disisihkan?

Persoalan ini bermain di fikiran saya. Boon Som a/l Inong, rakan saya yang juga bekas wartawan agensi berita asing dan bekas setiausaha akhbar dua Menteri Besar Kedah dan menteri Kabinet, seorang aktivis masyarakat Siam, membawa saya menyelami masyarakat beliau itu.

Sayu saya melihat wajah-wajah anak- anak Siam yang cerdik pandai ini tercicir. Mereka ini adalah aset dan modal insan yang berharga bagi masyarakat itu, khasnya dan negara amnya.

Kanak-kanak ini yang amat bangga menjadi sebahagian rakyat Malaysia, belajar dalam sistem pendidikan negara. Di mana mereka ini sekarang selepas peperiksaan SPM baru-baru ini? Di masa kanak-kanak sebaya mereka bergembira dapat menjejaki ke pusat pengajian tinggi atau ke pusat- pusat matrikulasi, ke mana kanak-kanak Siam ini berada?

Sila lihat senario ini. Ia berlaku dalam negara kita ini dan dalam masyakat kita ini.

1. Vicsofee Sukahut a/p Som 921216-02-5300, SPM 2009 ( 8A 1B), SMK Bandar Baru Darul Aman - tercicir.

2. Sukeht a/p Thavil 920831- 02-5412, SPM 2009 (10A), MRSM Kubang Pasu - tercicir.

3. Maneewan a/p Perashot 920212- 02-5712, SPM 2009 (9A1B), Sekolah Menengah Sains Mohd. Jiwa, Sungai Petani - tercicir.

4. Elicesa Lalitta a/p Ea Chuan 921005-03-5146, SPM2009 (6A2B3C) SMK Tumpat, Kelantan - tercicir.

5. Syalit Keowmani a/l Eh Sau 920210-02-5727, SPM2009 (7a, 2b) SM Sains Pokok Sena, Kedah - tercicir.

Turut tercicir dan gagal mendapat sebarang tempat ialah:

Phisnukh Uttraphan a/l Pim, 900904-03-5146 memperoleh keputusan 11A SPM 2007, antara pelajar paling cemerlang Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.

Menurut bapa Phisnukh, Pim, 57, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Siam Kelantan, kegagalan itu telah menyebabkan anaknya hilang semangat untuk belajar. Beliau terpaksa pindahkan anaknya ke sekolah lain ke Tingkatan 6, kerana Phisnukh malu untuk menghadapi rakan sekolahnya.

Pim dari Kampung Terbak Kelantan berkata, pada pemerhatian beliau tiada seorang pun masyarakat Siam Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang Peperiksaan SPM 2009 berjaya ke pusat-pusat matrikulasi atau ke IPTA.

''Kami masyarakat keturunan Siam, yang rata-rata ahli UMNO dan layak melabur dalam ASB dan dianggap bumiputera memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan persepsi negatif tentang dasar meritrokrasi dan 1Malaysia.

''Ini kerana pelajar dan ibu bapa masyarakat Siam mengetahui bahawa rakan pelajar bumiputera setingkatan dengan mereka yang mendapat keputusan kurang daripada 5A mendapat pelbagai tawaran sama ada ke program matrikulasi, IPTA atau program Asasi Sains.

''Sebagai kaum yang memiliki taraf ekonomi dan taraf pendidikan yang masih rendah (rata-rata terdiri daripada petani dan penoreh getah) saya memohon pihak kerajaan mempertimbangkan atau memberi kelonggaran bagi pelajar keturunan Siam untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam institusi kerajaan.

Dengar suara Perashot a/l Pom, 54, pula. ''Saya amat kecewa kerana anak saya Maleewan mendapat kelulusan 9A gagal ke kursus matrikulasi dan IPTA.

''Saya tidak mampu lagi menghantar anak saya ke IPTS memandangkan pendapatan saya agak rendah dan menanggung seorang lagi kakaknya yang masih belajar di tahun kedua IPTS," kata juruteknik dari Air Hitam, Kedah ini.

Walaupun anaknya gagal. Perashot masih menaruh harapan. ''Pihak berwajib tolong semak sama ada mereka terlepas pandang. Harap masalah anak saya mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk masa depan adik-adiknya kemudian.

''Anak saya belajar bersungguh- sungguh harap kerajaan tidak mensia-siakan harapannya dan cita-cita untuk menjadi seorang doktor," katanya.

Dengar pula suara Vicsofee Sukahut a/p Som, 18, dari Kampung Huma, Jalan Wang Tepus, Jitra, Kedah. Beliau mendapat 8A1B.

''Saya tidak tahu apa yang perlu saya sebutkan lagi, semuanya gagal, terserah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia mempertimbangkan permohonan saya.

''Bukan irihati dan berhasrat dengki kepada sesiapa tetapi rakan saya yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang daripada saya hampir semuanya mendapat tempat di matrikulasi dan IPTA.

''Kadang-kadang saya tertanya apakah dosa saya dilahirkan sebagai rakyat berketurunan Siam di Malaysia. Kami sentiasa mendokong dasar kerajaan, penyokong setia kerajaan BN tetapi dalam pendidikan kami dipinggirkan malah boleh dianggap dianaktirikan.

''Saya berharap kerajaan mengambil tindakan segera bagi membetulkan keadaan dan menggubalkan kembali dasar pengambilan masyarakat Siam di matrikulasi dan IPTA. Kecemerlangan sepatutnya dihadiahkan imbuhan bukannya kekecewaan," kata bekas pelajar SMK Bandar Baru Darul Aman, Jitra ini.

Saya tergamam mendengar kata- kata gadis manis Vicsofee ini.

Saya juga tiada daya untuk membantunya dan rakan-rakan senasibnya yang cemerlang itu.

Kita serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan - Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA yang bersimpati untuk menyelamatkan potensi kanak-kanak itu. -UM 26/05/2010
Ulasan GB

Perkara yang tiada diada-adakan iaitu tuntutan Kristian sebagai ugama rasmi oleh padri. Ia tiada, tetapi sengaja diada-adakan untuk menanamkan keebencian umat Islam terhadap Kristian dan menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam di negara ini supaya mereka menolak DAP yang dikatakan hadir di dalam perjumpaan tersebut.

Perkara yang ada ditiadakan (didiamkan) iaitu terdapat ramai masyarakat Kristian kini menjadi ahli UMNO. Mengapa PERKASA membisu?

Kakitangan Awam Banyak Ponteng Kerja?

Posted: 15 May 2011 12:17 AM PDT

Staff Berita Semasa


gaji1 Kakitangan Awam Banyak Ponteng Kerja?


Penjawat awam atau kakitangan kerajaan sememangnya sudah sinonim dengan macam-macam tohmahan seperti suka mengular, ponteng kerja, tidak efektif, buat kerja lambat dan sebagainya.Dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri mengakui perkara tersebut.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengakui gejala ponteng kerja oleh penjawat awam memang berlaku dan paling banyak melibatkan kumpulan kakitangan sokongan dua.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, bagaimanapun tindakan tatatertib sentiasa diambil bagi mengekang gejala itu termasuk hukuman buang kerja terhadap mereka.

"Ini soal disiplin pekerja. Memanglah ia berlaku tetapi saya tidak mempunyai statistik kerana hukuman dikenakan oleh Ketua Setiausaha kementerian masing-masing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

"Pelbagai tindakan dikenakan termasuklah tahan dan buang kerja terhadap mereka yang bersalah. Namun masalah ini masih berterusan dan saya tidak boleh nilai serius atau tidak kerana tiada kayu pengukur untuk berbuat demikian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa kakitangan daripada kumpulan Pekerja Am Rendah (PAR) dikesan paling ramai ponteng kerja dipercayai kerana melakukan kerja sambilan.

Menurut Ahmad Zahid, masalah yang melanda kementeriannya itu turut melanda kementerian lain.

Ada benar dan ada yang tidak mengenai kenyataan JPA tersebut.Tidak semua penjawat awam memnpunyai masalah disiplin seperti yang dinyatakan.Tapi, memang sering begitulah kata orang, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Yang membuat masalah, hanya seorang, tapi yang terpalit, semuanya sekali.

Bukanlah kami ingin menyokong kakitangan kerajaan, namun melalui pengalaman kami dan juga pendapat-pendapat lain, memang tidak semua penajwat awam mempunyai masalah ponteng kerja dan sebagainya.Dan kami juga tidak menafikan bahawa kejadian penjawat awam yang suka ponteng kerja ini memang berlaku.

Perkara ini bukanlah satu isu baru, malah dah terlalu lama.Cuma tiada penyelesaian yang efektif setakat ini.Kebanyakan penjawat awam yang ada masalah disiplin ponteng kerja ini,selalunya mempunyai masalah.Dan masalah yang kami selalu lihat adalah masalah peribadi, masalah kewangan dan masalah tiada minat.

Dan masalah kewangan di antara masalah tertinggi yang menyebabkan penjawat awam yang bermasalah ini selalu ponteng kerja kerana melakukan pekerjaan lain untung menampung kehidupan.

Perkara ini perlu dilihat oleh JPA secara serius.Apabila sesorang penjawat awam itu membuat masalah, pastinya mereka ada sebab-sebab tertentu.Dan itulah yang perlu dikenalpasti.Apa-apapun, seseorang kakitangan awam sepatutnya lebih berdisiplin dan bersyukur dengan rezeki mereka.

Pertikai rampasan kuasa di Perak, keputusan 3 Jun

Posted: 15 May 2011 12:15 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada peguam, Shamsul Iskandar Md Akin didapati bersalah atau tidak kerana mempertikai keputusan mahkamah berhubung kes rampasan kuasa di Perak hanya diketahui 3 Jun depan.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Shamsul berkata, membuat ucapan itu semasa Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 2009.

"Tidak lama selepas itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membuat laporan, kononnya saya tidak menghormati keputusan mahkamah mengenai krisis politik di Perak," katanya.

Shamsul – Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, kes itu pertama kali dibicarakan pada 16 April lalu.

"Mahkamah belum menetapkan tarikh untuk memutuskan kes ini. Tetapi yang pasti ia akan diketahui selepas 3 Jun depan.

"Pada tarikh itu, peguam saya, Yusmadi Yusoff dan Fahda Nur Ahmad Kamar akan menyelesaikan penghujahan," katanya.

Shamsul berkata demikian selepas memberi keterangan kepada jawatankuasa tatatertib peguam-peguam mengenai kes itu di Wisma Mariaman Lebuh Ampang, pada 14 Mei lalu.

Gani bersama peguamnya pada hari itu bagaimanapun ponteng manakala Shamsul memberi kerjasama baik sepanjang berlangsungnya proses memberi keterangan itu.

Rakyat Perak memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri sejak Mac 2008 sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan rampasan kuasa pada Februari 2009 sehingga kini.

3,000 ikuti tazkirah Dr Wahbah dalam Munajat Rakyat Tolak Fitnah

Posted: 15 May 2011 12:09 AM PDT



Ribuan asyik mengikuti tazkirah Ustaz Ghani Shamsudin mahupun ulama Syria, Dr Wahbah

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang hadir pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang, malam ini, termasuk pimpinan utama Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) .

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah Perdana di samping pimpinan lain termasuk Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF), Azmi Abd Hamid.

Slot utama program malam ini ialah tazkirah yang akan disampaikan ulama terkenal dunia yang juga bekas Mufti Syria, Dr Sheikh Wahbah Al Zuhaili.

Turut hadir ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presiden, Mohammad Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Senator Dr Syed Husin Ali.

Dr Wahbah mengimami solat hajat bersama ribuan umat Islam di Stadium Selayang

Dalam tazkirah Maghrib kira-kira jam 7.30 malam tadi, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mengingatkan semua pihak betapa haiwan dan tumbuh-tumbuhan pun mendapat pembelaan dalam Islam, apatah lagi manusia.

Beliau berkata, konsep keadilan itu bukan sahaja dari sudut pengurusan kes pertikaian semata-mata tetapi meliputi keadilan apabila seseorang itu menghadapi sebarang pertuduhan.

"Ia tidak boleh dibuat di padang-padang, bahkan ia juga tidak boleh dibuat masjid-masjid. Setiap warga mesti punya hak pembelaan manakala kerja mencegah kemungkaran itu adalah tanggungjawab semua.

"Justeru, yang paling jelas pemerintah adalah wajib memberikan keadilan, apatah lagi dalam soal kepentingan ummah dan negara," katanya.

'Tak logik' isytihar negara Kristian depan Muslim

Posted: 14 May 2011 11:56 PM PDT

Susan Loone


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merpersoalkan logik di sebalik dakwaan terdapatnya konspirasi Kristian-DAP sedangkan pertemuan kontroversi sekumpulan pastor itu turut dihadiri orang Islam.

Katanya, tuduhan terhadap wakil rakyat parti itu dan pastor -- untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu --
tidak berasas kerana Jeff Ooi seorang Buddha.

NONELim (kiri) menegaskan bahawa adalah" tidak boleh diterima akal" untuk mengisytiharkan hasrat itu dihadapan penganut agama Islam.

"Adakah kamu bermaksud untuk berkata pastor berbohong. Ini sudah melampau. Kamu boleh mencurigai Ooi - tetapi beliau seorang penganut Buddha, kenapa pula beliau mahukan negara Kristian?" tanya Lim dalam sidang media di Pulau Pinang.

"Kita bukan hanya bercakap tentang seorang pastor tetapi beberapa orang, termasuk mereka yang mewakili pertubuhan dan kesatuan, untuk menuduh mereka berbohong adalah isu yang sensitif," tambahnya.

"Nampaknya Utusan seperti cuba menutup pembohongannya sendiri. Satu pembohongan dizahirkan, lebih banyak pembohongan diperlukan untuk menutupnya."

Talibarut Umno di Perak dan Selangor

Posted: 14 May 2011 11:55 PM PDT

Subky Latif


KETIKA Perak setahun di bawah Pakatan Rakyat hampir setiap hari beberapa kumpulan mendakwa anti penyelewangan kerajaan negeri itu keluar di TV dan akhbar memburuknya begitu dan begini.

Beberapa muka anak Perak yang tidak pernah muncul dalam media sebelumnya menjadi jurucakap segera yang baru hingga dikenali sekalian orang.

Kerjanya mereka mengatakan kerajaan negeri itu buruk belaka.

Lepas kerajaan itu digulingkan nama dan muka mereka hilang langsung. Tidak kedengaran lagi suara mereka. Tidak ada apa-apa yang mereka kata tentang kerajaan yang merampas kuasa di Perak itu seolah-olah kerajaan itu betul semua.

Sebagai kumpulan yang mendakwa prihatin tentang apa yang kerajaan buat, tidak pernah mereka berkata apa-apa tentang kerajaan negeri sebelum Pakatan itu seolah-olah kerajaan itu kerajaan malaikat.

Lepas itu beralih pula Perdana Menteri Najib ke Selangor. Diambilnya jawatan ketua Umno yang pernah diberi kepada Tan Sri Mohamad Mohd Taib dan Dr. Khir Toyo.

Maka ada pula badan anti penyelewengan kerajaan negeri Selangor. Hari-hari pula gilirannya keluar dalam media mencerca kerajaan dan menteri besarnya begitu dan begini. Lebih sering gambar dan nama mereka dari gambar Sultan dan menteri besar keluar dalam media.

Gambar dan nama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerap juga keluar tetapi mereka lebih kerap.

Bagi tokoh anti penyelewengan itu Tan Sri Khalid tak betul bekala. Kerajaan Selangor yang dipimpinnya buruk saja. Seolah-olah lebih buruk dari Presiden Robert Mugabe dari Zimbabwe.

Ada baiknya juga wujud orang dan kumpulan seperti itu supaya kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berhati-hati dan supaya kerajaan tidak berbuat sesuatu ikut suka hati.

Seperti kewujudan pemerhati hak asasi manusia di Amerika dan Eropah yang bergerak di serata dunia bagi memastikan kerajaan-kerjaan di dunia tidak melanggar hak asasi manusia.

Mereka itu terdiri dari orang-orang profesional dan diiktiraf oleh banyak pihak membuat kerja-kerja profesional. Banyak teguran dan pendedahan mereka tentang keburukan yang berlaku. Kebanyakan yang dikatakan keburukan itu berlaku di Afrika dan Asia termasuk China dan Pakistan. Iran pula buruk saja.

Tegurannya kepada Amerika dan England ada juga tetapi macam tak berapa ada.

Israel yang menjadi raja pelanggar hak asasi manusia khususnya terhadap Pelestin tidak berapa dipedulikannya. Mungkin kerana regim terlalu banyak melanggar hak asasi manusia, kalau tidak tidak dipedulikannya pun dunia tahu ia kaki langgar hak kemanusiaan itu.

Bahkan apabila badan pemerhati hak asasi manusia itu terlalu sering menegur perjalanan di Malaysia ini pun menyebabkan orang naik muak juga. Pada hal badan itu diakui profesional. Laporannya yang terlalu selalu memuakkan juga.

Begitulah juga dengan apa yang dikatakan golongan anti penyelewengan Khalid Ibrahim dan kerajaan Selangor ini.

Muak juga orang dibuatnya. Sehingga ada yang menunggu apa yang ia hendak kata esok dan lusa?

Sejak Najib menjadi ketua Umno Selangor, maka badan itu tidak pernah diam. Malah suaranya lebih terdengar dari suara Umno dan suara Noh Omar. Kalah Menteri Perusahaan Hasil Tani itu dibuatnya.

Tidak dapat hendak dikatakan kerajaan Khalid Ibrahim itu bersih dari sebarang kelemahan. Ada kelemahannya di sana sini. Kalau Almarhum Tun Dr. Ismail pun ada kelemahan, masakan Khalid tidak ada kelemahan. Tetapi tidaklah seperti yang golongan anti penyelewengan itu kata.

Pentadbiran Selangor sebelum Khalid juga tidak bebas dari penyelewengan. Banyak yang dibawa ke mahkamah dalam dan luar negeri. Ada yang dihukum dan ada yang belum dihukum.

Tetapi selemah-lemah Khalid tidaklah seteruk kerajaan-kerajaan terdahulu.

Masalah mereka tidak pernah dibandingkan dengan pentadbiran Khalid dan tidak pernah perbuatan terdahulu itu disentuh.

Mengapa? Badan anti penyelewengan itu diadakan bukan untuk melihat penyelewengan secara menyeluruh tetapi ia diadakan untuk Khalid, kerajaan dan partinya.

Ia lebih tepat dinamakan anti Khalid Ibrahim. Kiranya kerajaan Khalid tidak ada lagi, ia pun ghaib macam jenisnya yang di Perak dulu.

Siapa sebenarnya mereka? Ia tidak lain nama lain bagi Umno kalau pun tidak talibarut Umno. Apabila ia Umno, pada Umno yang lain daripadanya adalah tidak betul.

Sudahlah tu, dalam Umno pun ada Kristian!

Posted: 14 May 2011 11:54 PM PDT

Ahmad Tajdid


MASIH ingat lagi John Ghani? Beliau ialah perwakilan Umno Sabah dan pertama kali muncul dalam perhimpunan agung parti itu setelah Umno membuka keahlian kepada Bumiputera selain bangsa Melayu.

John Ghani menjadi popular kerana loghat Sabahnya apabila menyebut "zink" sebagai "jink" ketika berucap dalam perhimpunan agung Umno. Antara yang menyiarkan ucapan wakil Sabah dari etnik Kadazandusun beragama Kristian itu adalah Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.

Keputusan Umno untuk bertapak di Sabah sebenarnya membawa banyak perubahan kepada dasar, perlembagaan dan landskap parti nasionalis itu. Jika sebelum masuk ke Sabah, Umno dikenali sebagai parti Melayu dan hanya menerima Melayu (yang ditakrif mesti beragama Islam) sebagai ahli; namun setelah masuk ke Sabah, Umno mula menerima ahli bukan Islam asalkan ia seorang Bumiputera.

Seorang Kadazan atau Murut beragama Kristian layak menjadi ahli Umno kerana mereka ialah Bumiputera. Malah Umno telah mencatat sejarah apabila seorang ahlinya yang beragama Kristian, Dato' John Ambrose dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Penampang.

Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.

Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).

Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3). Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.

Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno.

Sebaliknya seorang Cina dan India beragama Islam tidak diterima menyertai Umno. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera.

Sebagai contoh, walau bagaimana hebat pun seorang Cina itu membela Umno mahupun dasar-dasar Umno dan BN, seperti dilakukan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah; beliau tetap tidak diterima menyertai Umno kerana dia seorang Cina yang hanya layak menyertai MCA atau Gerakan. Malah Ridhuan Tee juga tidak boleh menjadi Ahli Bergabung Umno kerana beliau seorang individu dan bukannya sebuah pertubuhan politik.

Jadi apalah peliknya Umno untuk hidup harmoni dengan lain-lain masyarakat Malaysia berlainan agama kerana parti itu sendiri mempunyai ahli bukan Islam khususnya Kristian? Jika benar pun wujud konspirasi atau pakatan sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, apakah logiknya pakatan itu jika penduduk Kristian di negara ini hanya mewakili 10 peratus jumlah penduduk.

Malah ahli Parlimen DAP Jelutong yang dikaitkan dengan dakwaan konspirasi itu sendiri beragama Buddha dan bukannya Kristian seperti anggapan kebanyakan orang. Majlis itu juga turut dihadiri ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba, Mohamed Razali Abdul Rahman. Mustahil bagi para paderi dan pastor berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dengan kehadiran penganut Islam.

Jika Utusan Malaysia dan pemimpin Umno begitu risau dengan pengaruh Kristian di Semenanjung sehingga boleh menjejaskan taraf Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan, mengapa ia tidak melihat usaha Umno Sabah bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam menyertai parti itu sebagai satu ancaman?

Malah Umno Sabah telah membentuk satu pasukan petugas khas bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam dari kalangan etnik Kadazandusun dan Murut untuk menyertai Umno. Usaha ini, kata John Ambrose adalah untuk menguatkan lagi kedudukan Umno di Sabah.

Langkah Umno Sabah ini, kata Ketua Umno Bahagian Penampang itu mendapat lampu hijau daripada Presiden Umno (ketika itu), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak.

Mungkin ada di kalangan penyokong fanatik Umno berpendapat bahawa keadaan ini khusus untuk Sabah sahaja dan tiada kaitan dengan politik Semenanjung. Bagaimanapun gerakan yang dipelopori Umno Selangor bagi memindahkan para pengundi Sabah ke Selangor khususnya di Shah Alam boleh menangkis hujah ini.

Kesimpulannya, isu yang digembar-gemburkan Utusan Malaysia bersumberkan dua laman blog pro-Umno itu sengaja ditimbulkan untuk memburuk-burukkan DAP dan mengaitkannya dengan gerakan Kristianisasi. Ia tiada kaitan langsung dengan survival umat Islam mahupun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Semua episod ini dirancang bertujuan mengocak sentimen umat Islam khususnya bangsa Melayu untuk memastikan sokongan mereka terus kepada Umno. Apatah lagi parti itu ingin dilihat sebagai pembela dan benteng politik Melayu Islam.

Sudah-sudahlah tu... dalam Umno pun dah ada Kristian.

--------------

Sabah Umno out to woo non-Muslim bumiputras

By RUBEN SARIO


KOTA KINABALU: Sabah Umno is setting up a special taskforce to attract more non-Muslim bumiputras from the state's ethnic communities such as the Kadazandusuns and Muruts.

Penampang Umno chief Datuk John Ambrose, the party's first non-Muslim division chairman, said the move was aimed at strengthening Umno in the state.

Opening the Penampang Umno meeting at Kampung Limbanak here on Monday, he said both party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak had given the green light for setting up the taskforce.

"Sabah Umno is open to all races as the party fights for the rights of all bumiputras in the state. If Umno in Sabah is just serving one community, what would happen to the others?" he said.

John said Najib was scheduled to launch the taskforce in the remote interior district of Pensiangan soon.

He said Pensiangan was among eight of Sabah Umno's 25 divisions where there were large numbers of non-Muslim bumiputras. The others were Penampang, Tenom, Papar, Kota Belud, Keningau, Kota Marudu and Kudat.

John said the primary objective of the taskforce would be to create awareness among non-Muslim bumiputras that Umno was open to them and that the party's struggles was not merely for any particular community. - The Star Online, 28 Oktober 2008

Wanita jadi ketua cawangan PAS Rahmat Jaya

Posted: 14 May 2011 11:51 PM PDT

Harakahdaily


SELAYANG: PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, (gambar) untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Bukan itu sahaja, PAS cawangan pimpinan beliau ini berjaya menarik hampir 200 ahli Umno untuk menyertai PAS.

Turut berjaya ditarik cawangan beliau adalah pengasas kampung Kuang dekat sini yang juga Ketua Cawangan Umno Kundang Jaya, Haji Mohamad Ithnin menyertai PAS.

Bermula dengan hanya 52 ahli kini cawangan beliau mempunyai lebih 150 ahli termasuk dari kampung-kampung lain dalam Dun Kuang.

Ibu kepada dua anak dan seorang anak angkat ini bukannya memimpin ahli wanita sahaja bahkan kebanyakan ahli cawangan beliau adalah lelaki.

"Kebanyakan ahli saya lelaki tetapi mereka mahu saya menjadi ketua...naib ketua cawangan saya lelaki," beritahu Eisah ketika ditemui Harakahdaily dalam mesyuarat agung PAS kawasan Selayang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli ketika merasmikan mesyuarat agung itu menyentuh fenomena ini.

"Ini satu fenomena baru dalam PAS. Oleh kerana orang lelaki sibuk cari nafkah, muslimat jaga cawangan...ambik kau," kata Hatta.

Sebelum itu, Eisah dan Mohamad Ithnin diperkenalkan kepada perwakilan PAS yang menyertai mesyuarat agung PAS Selayang dengan mendapat tepukan gemuruh dari mereka.

"Saya pun tak tahu macamana saya masuk PAS sebab saya Umno sebelum ni. Ia bermula sebelum 2008 bila saya mula mendekati program-program PAS," cerita peniaga ikan segar ini.

Apabila usaha dibuat untuk menubuhkan cawangan PAS di Rahmat Jaya, ahli-ahli PAS di situ sepakat memilih Eisah sebagai ketua.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Haji Mohamad Abdul Rahman, satu majlis besar-besaran akan dibuat bagi meraikan kemasukan ahli-ahli baru PAS yang sebelum ini memegang jawatan penting dalam Umno.

Arah hentam, Najib memang takut Buku Jingga

Posted: 14 May 2011 11:50 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Laporan Malaysiakini bahawa Pejabat Perdana Menteri memberikan arahan khas kepada, Utusan Malaysia, menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat jelas membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak sebenarnya takut dan terancam.

Biarpun sebelum ini Perdana Menteri itu dan pemimpin Umno BN lain mendakwa rancangan yang dimuatkan dalam Buku Jingga itu bersifat populis, namun arahan kepada akhbar Umno untuk menghentamnya mendedahkan sebaliknya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas kenapa Najib dan pemimpin Umno BN begitu takut dengan rancangan 100 Pakatan itu, beliau berkata ia kerana buku jingga itu adalah penyelesaian praktikal untuk krisis dan kemelut sosio-politiko-ekonomi negara.

"Secara tepat saya tak tahu. Mereka lebih tahu. Yang jelas bagi kami, Buku Jingga adalah respons dan penyelesaian untuk mengeluarkan negara dari krisis dan kemelut sosio-politiko-ekonomi yang berpanjangan. Ianya menampilkan satu persaingan dasar dan polisi sebagai adalah penyelesaian alternatif.

"Betul ia adalah dokumen kecil, tetapi ia mengandungi penegasan dasar, pendekatan strategik," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malaysiakini semalam mendedahkan Utusan Malaysia diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Laporan itu yang memetik satu sumber itu mendakwa, arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak, antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik, bagi menyokong kenyataan Najib itu.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata perbezaan ketara dasar Pakatan dengan BN yang ditonjolkan dalam Buku Jingga itu ialah "Political Economy" atau "keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi".

Tegasnya ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau dengan kata lain mudahnya "Perubahan Ekonomi atau 'Economic Changes' hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali melakukan sesebuah kerajaan melakukan 'Reformasi Politik'.

Katanya, selagi BN memerintah dengan dasarnya, penambahbaikan ekonomi negara tidak akan terlaksana dan rakyat akan terus tersepit dengan pelbagai masalah ekonomi.

"Ini pendekatan kami dan amat ketara kalau kita buka di muka surat 21, dalam 10 program 100 Hari Program Buku Jingga. Program 1 (reformasi institusi kritikal SPRM, SPRM, MCMC dll) dan 2 (bersabit dgn pemansuhan undang draconian ISA, OSA) dari 10 program 100 hari," katanya memberi contoh tawaran yang langsung tiada kaitan dengan ekonomi.

Beliau juga berkata pendekatan itu tidak sama dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Entry Point Projects (EPP) Najib yang disifatkan sebagai 'Pump-Priming' yang sehingga kini menelan pelaburan RM106 bilion, sedangkan rakyat tidak langsung menerima faedahnya.

Selain tidak merasai kesannya kepada rakyat, pendekatan itu juga gagal meningkatkan pendapatan per kapita negara dan juga tidak menyelesaikan isu jurang pendapatan kaya dan miskin.

"Seluruh program 100 Hari kami itu kalau dilaksanakan tak sampai pun menelan RM19 bilion," katanya.

Beliau turut mempersoal Model Ekonomi Baru (NEM) yang sehingga kini tidak boleh dilaksanakan ekoran wujud penentangan dari kalangan Umno sendiri, termasuk Perkasa dan kelompok Ultra-Melayu Umno.

"Tetapi kami dalam Pakatan Rakyat tidak ada kekangan seperti itu, sebab dasar-dasar kami kami diputuskan bersama dalam muafakat politik Pakatan," jelasnya.

Tiada ulasan: