| [Wajib Baca] Dihukum "Mengenakan Tali Pinggang Keledar 50 kali" Posted: 15 May 2011 07:00 AM PDT Ada kisah menarik untuk pembaca DCM yang saya olah dari berita Agensi. Seorang lelaki berusia 33 tahun ditangkap kerana tidak mengenakan tali pinggang keledar semasa memandu di Urumqi, China. Seorang polis trafik telah menahannya dan mengenakan hukuman itu di lokasi yang sama. Namun, lelaki itu terkejut kerana dia tidak dikenakan sama, namun diminta mengenakan dan membuka tali pinggang keledar sebanyak 50 kali.
" Saya sangat marah pada waktu itu kerana pemandu lain melihat gelagat saya pada masa itu. Kejadian itu amat memalukan tetapi saya menyedari tindakan polis itu amat berguna kepada saya."
"Lebih dari empat tahun saya memandu, saya hampir tidak bisa mengingat mengenakan tali pinggang keledar, namun sekarang, saya tidak akan lupa mengenakan tali pinggang keledar," kata lelaki itu dengan nama keluarga Wu - yang berkongsi cerita dengan orang lain di internet baru-baru ini.
"Polis mengarahkan saya untuk masuk ke kereta, mengenakan tali pinggang keledar, membukanya dan kemudian keluar dari kereta."
"Polis itu meminta saya mengulangi proses tersebut 49 kali lagi, namun dia "melepaskan" saya pergi pada kali yang ke 30."
"Saya berterima kasih kepada polis," katanya lagi. P/s: Hukuman yang menarik. Mungkin cara hukuman sebegini wajar dipraktikkan di Malaysia selain mengenakan denda untuk "mengayakan" Kerajaan BN. Hukuman seperti ini sebenarnya dapat menginsafkan orang ramai, kerana proses pelaksanaannya mencetuskan rasa malu dan perbuatan berulang-ulang itu akan terpahat dengan lebih kukuh dalam ingatan seseorang. Hukuman mengenakan saman dan denda tidak memberikan kesan seefektif seperti yang dipraktikkan oleh polis China di atas.
|
| 4 Lahanat Kena Hukum Kerana Merogol & Menyamun Posted: 15 May 2011 05:12 AM PDT
Saya petik:
[SH] JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara berjumlah keseluruhan 66 tahun berserta 52 sebatan ke atas empat penjenayah selepas mengaku salah melakukan rompakan, merogol dan memaksa melakukan seks luar tabii.
Steven Lim Beng Chuan, 21, S Aramagam, 30, M Viji Kumar, 29, dan B Devandran, 22, pada mulanya meminta diri masing-masing dibicarakan ke atas pertuduhan dikenakan, tetapi mengubah keputusan dengan mengaku salah serta meminta rayuan.
Sebaik sahaja hukuman diputuskan dalam prosiding itu, kesemua tertuduh dilihat menundukkan kepala masing-masing sebelum membuat rayuan hukuman dikenakan yang bakal dikenakan di atas tujuh pertuduhan diringankan.
Steven, Viji Kumar dan Devandran mengaku salah dalam pertuduhan melakukan rompakan ke atas sepasang suami isteri di kediaman mangsa di Kangkar Pulai, di sini, dengan melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM15,000.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun berserta sebatan.
Pada prosiding sama, Steven bersama Devandran juga mengaku salah di atas pertuduhan merogol mangsa wanita (si isteri) yang berusia 27 tahun sekali gus didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.
Selain itu, Aramagam yang didakwa di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan kerana memaksa mangsa wanita terbabit melakukan seks luar tabii (oral seks) turut mengaku salah atas kesalahan dilakukan.
P/s: Lahanat!
|
| Pantang Larang Makan MADU Posted: 15 May 2011 03:00 AM PDT  Saya petik: [Kosmo] MADU lebah tualang memang memiliki kelebihan berbanding madu yang dihasilkan oleh lebah ternak.
Antara ciri penting yang begitu sinonim dengan madu ialah paras gula atau sukrosa dan kepekatannya.
Menurut pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Padang Terap, Azmi Ishak, kualiti madu boleh diuji di Pusat Memproses Madu Lebah di daerahnya.
"Kepekatan madu bergantung kepada kematangannya ketika dikutip. Madu matang lebih pekat dan berwarna kuning kemerahan. Madu tualang juga mempunyai kandungan gula di antara 0.5 hingga lima peratus dan air tidak kurang 22 peratus.
"Selepas ketulenannya disahkan, madu tersebut akan ditapis untuk tujuan pembersihan dan dimasukkan ke dalam mesin penyahlembapan untuk proses menyejat kandungan air sehingga ke paras yang ditetapkan," jelas Azmi.
Menurutnya, proses tersebut dilakukan untuk mengelak madu menjadi masam dan memudahkan proses pembotolan.
Lantaran paras sukrosa yang rendah, Azmi menambah, madu tualang sangat sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga warga emas.
Malah, pesakit diabetes juga boleh mengambil madu tualang yang disahkan asli keluaran FAMA di bawah jenama Agromas.
"Begitupun, ada pantang bila makan madu. Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan ubat.
"Selain itu, hindari mengambil madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif pada tubuh," katanya. |
| Bekas Timbalan Datuk Bandar di China Dihukum Mati Ambil Rasuah. Di Malaysia, Jerung Besar Semakin Rakus Ambil Rasuah Posted: 15 May 2011 01:30 AM PDT
Saya tidak mahu tulis panjang-panjang tentang berita ini. Menurut Shanghai Daily, bekas Timbalan Datuk Bandar Zhejiang, China telah dijatuhi hukuman mati kerana menerima rasuah sebanyak 145 million yuan (RM67 juta), menggelapkan 53 million yuan (RM24.5 juta) dan penyalahgunaan kuasa.
Xu Maiyong, 52, yang turut digelar "Triple Plenty Xu" kerana kekayaannya menerima hukuman tersebut daripada sebuah mahkamah di Ningbo. Di Malaysia, jerung yang menerima rasuah masih selamat dan bahagia dengan hasil rasuah yang diterima. Yang menerima hukuman hanyalah ikan bilis. Orang yang menerima rasuah RM500 juta untuk membeli kapal selam masih lagi bebas, begitu juga lahanat yang menibai duit rakyat melalui PKFZ. Begitu juga berbilion-bilion duit rakyat yang digelapkan atau dirompak oleh penyamun sejak sekian lama semenjak BN berkuasa.
P/s: Lahanat!
|
| Pesanan kepada Pengundi BN: Tiada jaminan Harga Petrol Kekal Posted: 15 May 2011 12:16 AM PDT
Saya petik:
[SH] BERA – Tiada jaminan harga petrol dan diesel akan kekal pada harga sekarang jika harga bahan bakar itu melonjak di pasaran dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua harga bahan bakar itu iaitu petrol RON95, diesel dan gas LPG akan disemak setiap enam bulan oleh Jawatankuasa Pemandu Rasionalisasi Subsidi Harga Barang Kawalan.
Menurutnya, pada tahun 2010, kerajaan menganggarkan subsidi minyak sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini tetapi unjuran itu pula dijangka meningkat kepada RM17 bilion.
"Pada tahun lalu, subsidi minyak ialah RM10.3 bilion. Namun kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan subsidi turut meningkat hampir 70 peratus.
"Sekiranya kerajaan terus menanggung subsidi kenaikan harga bahan itu, ia akan menyebabkan defisit kerajaan semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Bera 2011, dekat sini.
Ismail Sabri berkata, harga minyak RON 95, diesel dan gas LPG akan ditentukan sejurus jawatankuasa bersidang Jun ini.
Ketika diminta mengulas mengani penarikan subsidi harga gula, belia yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, kerajaan tidak akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini.
Katanya, ini juga bergantung kepada keputusan jawatankuasa berkenaan yang sekiranya memutuskan harga gula dinaikkan 20 sen pada masa akan datang, maka subsidi gula akan dihapuskan.
"Harga gula juga akan disemak pada Disember depan selepas kontrak jangka panjang dengan pembekal gula dari beberapa negara di dunia.
"Jika harga gula di pasaran dunia ketika itu lebih tinggi daripada harga sekarang, kemungkinan kenaikan harga gula boleh berlaku di negara ini. Sebaliknya, jika harganya masih diparas lama harga jualan di pasaran sekarang terus kekal," kata Ismail Sabri.
Beliau yakin kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru baru ini dapat mengekang penyeludupan gula ke negara Thailand.
P/s:Tiada jaminan untuk rakyat marhaen termasuk orang Melayu yang kemaruk mengundi BN. Namun BN memberikan jaminan dan subsidi kepada syarikat kroni IPP. Itu realiti, bukan bohong! |
| [BAHAYA] Isu Negara Kristian: PERKASA Ugut Lancarkan Jihad Posted: 14 May 2011 11:00 PM PDT Saya petik:
[TMI] GOMBAK, 15 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Bercakap di hadapan sekitar 200 hadirin pada satu ceramah di Kampung Changkat di sini, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, beliau (gambar) bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.
Meskipun mengadu keletihan ekoran sembilan ceramah bermula dari Kelantan sejak malam kelmarin, Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.
"Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan.
"Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.
"Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi... jika mereka adakan perang salib, kami boleh," kata ketua pertubuhan bukan kerajaan ini, yang mendakwa bergerak atas platform mahu membela kepentingan dan hak kaum Melayu.
Dalam ucapannya, Ibrahim juga memberi amaran agar bukan Islam tidak memandang mudah sikap berdiam diri umat Islam sambil menegaskan, umat Islam sebenarnya mengutamakan keamanan dan keharmonian.
"Kami sudah bersedia. Berdiam diri bukan bermakna kami takut, kami telah berdiam diri sebab kami utamakan keamanan dan keharmonian.
"Tetapi orang-orang ini, jika mereka merasakan keamanan yang mereka nikmati selama ini tidak cukup atau kestabilan dan kemajuan negara tidak cukup dan mereka mahu melakukan sesuatu yang kita tidak pernah terfikir, teruskan... kami bersedia," katanya lagi.
Ibrahim mendakwa bukan Muslim kini seolah-olah berani dan tidak risau untuk bertindak sedemikian kerana mereka merasakan ada sokongan daripada ramai Muslim liberal dan pemimpin-pemimpin politik seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Ini pandangan saya. Jika saya tidak tepat, ia hak saya. Jika saya kasar, saya minta maaf. Dosa saya, saya tanggung.
"Tetapi mengapa ini berlaku sekarang selepas 53 tahun? Jawapannya anda tahu, punca utama ialah Anwar," katanya lagi.
Ucapan Ibrahim kali ini berkisar pada kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa paderi-paderi Kristian dan pemimpin-pemimpin DAP berkonspirasi mahu memansuhkan Islam sebagai agama persekutuan dan melantik orang Kristian sebagai perdana menteri. P/s: Bahaya! Kerajaan, NGO, parti politik, dan pihak berkuasa "main wayang" dalam isu ini. Penduduk kampung yang tidak tahu apa-apa tentang wayang ini mungkin terpengaruh dan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Bahaya! Kalau terjadi begitu, sudah tentu kita tahu siapa yang perlu dipertanggungjawabkan.
|
| Dalam UMCO Pun Ada Ahli Kristian Posted: 14 May 2011 09:35 PM PDT Saya petik: [HD] MASIH ingat lagi John Ghani? Beliau ialah perwakilan Umno Sabah dan pertama kali muncul dalam perhimpunan agung parti itu setelah Umno membuka keahlian kepada Bumiputera selain bangsa Melayu.
John Ghani menjadi popular kerana loghat Sabahnya apabila menyebut "zink" sebagai "jink" ketika berucap dalam perhimpunan agung Umno. Antara yang menyiarkan ucapan wakil Sabah dari etnik Kadazandusun beragama Kristian itu adalah Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.
Keputusan Umno untuk bertapak di Sabah sebenarnya membawa banyak perubahan kepada dasar, perlembagaan dan landskap parti nasionalis itu. Jika sebelum masuk ke Sabah, Umno dikenali sebagai parti Melayu dan hanya menerima Melayu (yang ditakrif mesti beragama Islam) sebagai ahli; namun setelah masuk ke Sabah, Umno mula menerima ahli bukan Islam asalkan ia seorang Bumiputera.
Seorang Kadazan atau Murut beragama Kristian layak menjadi ahli Umno kerana mereka ialah Bumiputera. Malah Umno telah mencatat sejarah apabila seorang ahlinya yang beragama Kristian, Dato' John Ambrose dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Penampang.
Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.
Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).
Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3). Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.
Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.
Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno.
Sebaliknya seorang Cina dan India beragama Islam tidak diterima menyertai Umno. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera.
Sebagai contoh, walau bagaimana hebat pun seorang Cina itu membela Umno mahupun dasar-dasar Umno dan BN, seperti dilakukan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah; beliau tetap tidak diterima menyertai Umno kerana dia seorang Cina yang hanya layak menyertai MCA atau Gerakan. Malah Ridhuan Tee juga tidak boleh menjadi Ahli Bergabung Umno kerana beliau seorang individu dan bukannya sebuah pertubuhan politik.
Jadi apalah peliknya Umno untuk hidup harmoni dengan lain-lain masyarakat Malaysia berlainan agama kerana parti itu sendiri mempunyai ahli bukan Islam khususnya Kristian? Jika benar pun wujud konspirasi atau pakatan sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, apakah logiknya pakatan itu jika penduduk Kristian di negara ini hanya mewakili 10 peratus jumlah penduduk.
Malah ahli Parlimen DAP Jelutong yang dikaitkan dengan dakwaan konspirasi itu sendiri beragama Buddha dan bukannya Kristian seperti anggapan kebanyakan orang. Majlis itu juga turut dihadiri ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba, Mohamed Razali Abdul Rahman. Mustahil bagi para paderi dan pastor berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dengan kehadiran penganut Islam.
Jika Utusan Malaysia dan pemimpin Umno begitu risau dengan pengaruh Kristian di Semenanjung sehingga boleh menjejaskan taraf Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan, mengapa ia tidak melihat usaha Umno Sabah bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam menyertai parti itu sebagai satu ancaman?
Malah Umno Sabah telah membentuk satu pasukan petugas khas bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam dari kalangan etnik Kadazandusun dan Murut untuk menyertai Umno. Usaha ini, kata John Ambrose adalah untuk menguatkan lagi kedudukan Umno di Sabah.
Langkah Umno Sabah ini, kata Ketua Umno Bahagian Penampang itu mendapat lampu hijau daripada Presiden Umno (ketika itu), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak.
Mungkin ada di kalangan penyokong fanatik Umno berpendapat bahawa keadaan ini khusus untuk Sabah sahaja dan tiada kaitan dengan politik Semenanjung. Bagaimanapun gerakan yang dipelopori Umno Selangor bagi memindahkan para pengundi Sabah ke Selangor khususnya di Shah Alam boleh menangkis hujah ini.
Kesimpulannya, isu yang digembar-gemburkan Utusan Malaysia bersumberkan dua laman blog pro-Umno itu sengaja ditimbulkan untuk memburuk-burukkan DAP dan mengaitkannya dengan gerakan Kristianisasi. Ia tiada kaitan langsung dengan survival umat Islam mahupun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Semua episod ini dirancang bertujuan mengocak sentimen umat Islam khususnya bangsa Melayu untuk memastikan sokongan mereka terus kepada Umno. Apatah lagi parti itu ingin dilihat sebagai pembela dan benteng politik Melayu Islam. Sudah-sudahlah tu... dalam Umno pun dah ada Kristian. - Ahmad Tajdid P/s: Utusan Malaysia/jurublog UMCO, tidak berminat hendak komen? |
| "...mereka tidak akan mampu membunuh saya...” Posted: 14 May 2011 08:00 PM PDT  Media melaporkan bahawa pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menegaskan beliau masih hidup dan mengecam hebat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang dianggap sebagai pengecut dalam rakaman suara yang diterbitkan stesen televisyen Libya, kelmarin. Rakaman suara itu dikeluarkan sehari selepas Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata, Gaddafi mungkin telah meninggalkan Tripoli dan mungkin cedera dalam serangan udara Nato. "Saya katakan kepada pengecut itu (Nato) bahawa saya berada di tempat di mana mereka tidak akan mampu membunuh saya," menurut rakaman suara itu. "Jika anda berjaya membunuh tubuh ini sekali pun, anda tidak akan mampu membunuh jiwa yang berada di dalam hati jutaan orang," katanya. Gaddafi sebelum ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sejak serangan Nato di kediamannya yang dilaporkan membunuh salah seorang anak lelaki dan tiga cucu beliau, dua minggu lalu. |
| "Mahiaddin, Berkata Benarlah Walaupun Pahit" Posted: 14 May 2011 06:30 PM PDT  | | Lihat gambar ini dengan teliti, Mahiaddin. Kemudian, berkata benarlah walaupun pahit! Kah kah kah! |
Lawak, pada masa yang sama geram lihat Mahiaddin berlakon dan bermuka-muka.
Bernama melaporkan TS Muhyiddin Yassin berkata kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat agar "berkata benar walaupun pahit" berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri "berbohong" dengan berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan "seseorang yang ternama".
"Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu, jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya," katanya kepada pemberita.
Mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan "tak masuk syurga tuduh Anwar" terbabit dalam video seks berkenaan, Muhyiddin berkata:
"(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah, dia menjawab lebih kepada bahasa politik bukan kepada hukum," katanya.
"Yang penting ialah mencari hak, kebenaran, katalah benar walaupun yang benar itu pahit, jadi penting bagi kita menjelaskan hal itu, dan kerajaan tidak eksploitasi untuk kepentingan politik," kata beliau.
Menjawab soalan berkenaan kenyataan Nik Aziz sekalipun polis mengesahkan bahawa pakar-pakar asing menyatakan bahawa video seks itu tulen, Muhyiddin berkata:
"Nik Aziz mudah saja, tak ada jalan, cari pada hukum, memang kita faham apa hukum, tetapi ini soal yang besar, yang pasti penting bagi pihak kita cari jalan setidak-tidaknya cari jalan, beri, cari bukti yang sah, bukti fakta sebenar untuk elak tohmahan, fitnah dan sebagainya," kata Muhyiddin.
Saya kata: "Mahiaddin, berkata benarlah walaupun pahit." P/s: Orang UMCO tidak gerun seksaan neraka. Kalau mereka gerun akan api neraka, maka Malaysia sudah tentu ditadbir dengan baik, bebas rasuah, dan kekayaan negara akan diagihkan dengan adil dan saksama.
|
| 6 Minit Sekali Cerai di Arab Saudi Posted: 14 May 2011 05:03 PM PDT
Saya petik:
[BH] JEDDAH: Perpisahan berlaku setiap enam minit di Arab Saudi menjadikan negara itu mencatatkan peratusan paling tinggi kes pasangan bercerai berbanding negara lain di rantau Teluk iaitu 79 peratus sehari.
"Ini menunjukkan institusi keluarga benar-benar memerlukan bimbingan," kata pakar kaunseling keluarga, Abdullah al-Sadhan, dalam kursus latihan kaunseling menggunakan telefon di Jeddah.
"Kaunseling menggunakan telefon penting untuk pasangan muda yang berkahwin yang mencatatkan jumlah paling tinggi dalam kes perceraian," kata kaunselor pembimbing keluarga itu.
Akhbar Saudi Gazette memetik al-Sadhan sebagai berkata, 30 peratus pasangan yang menerima kaunseling menggunakan telefon kembali kepada keputusan mereka untuk bercerai sementara perkhidmatan di Jeddah menghasilkan kadar kejayaan lebih tinggi dengan 34 peratus. – Agensi
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan