Ahad, 15 Mei 2011

Biaqpila

Biaqpila


Fitnah Liwat II: Hari penentuan untuk Anwar

Posted: 15 May 2011 10:53 AM PDT


Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Lelaki Y" - yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan (bawah).

NONEApakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud prima facie terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.

Hakim yang akan mengumumkan keputusannya esok, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

anwar speech at mpaj 050511 04Kedua, Anwar (kiri) menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Panas!!! Klip video Trio Datuk T diciplak dari filem Enemy Of The State???

Posted: 15 May 2011 03:00 AM PDT

Arinih aku menghabiskan masa santai dirumah. Tiada aktiviti besar untuk dibereskan. Sambutan untuk pasukan Man Utd yang telah diisytiharkan sebagai juara liga BPL masih belum diputuskan untuk dibuat dimana, samada di rumah Rosmah ataupun Khairy Jamaluddin, kedua-duanya penyokong tegar pasukan itu.


Sementelah kesunyian dirumah, aku cam biasa bukak tv. Nak tengok tv3, rasa citer Melayu ni kita x yah tengok kesudahannya. Tengok awal je dh tau apa kesudahannya. So aku alih ke saluran 2 tv RTM. Wah sapa kata aku tidak patriotik???


Cerita Enemy Of The State. Memang citer yang bagus lakonan pelakon bergred A Hollywood, Will Smith dan Gene Hackman. Will Smith ni lebih kurang Rosyham Noor la lakonannya (sambil menahan muntah)…


Apa yang membuatkan aku tertarik ialah bagaimana bilamana aku terjumpa dialog berkenaan jam Omega… Iyer jam Omega yang agak kecoh dikatakan kebelakangan ini oleh Trio Datuk T dalam klip video yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.


Aku ingat skrip trio Datuk T itu diolah dan diterbitkan oleh pihak yang teramat proffesional dalam misi-misi menjatuhkan ahli politik hebat seperti Anwar Ibrahim tu. Rupanya jauh tersasar. Celaka, rupanya skrip klip video lucah Trio Datuk T tu diciplak dari cerita filem nih.


Aku patut dh dapat agak otak Melayu stendet penyundal budak pompuan bawah umo mcm RTC tu sama spesis ngan Melayu UMporno yang lain. Stendet Melayu tipikal UMporno bangang. Kalau korang nak bukti korang mainkan klip filem dibawah ni. Tengok antara minit 3:40 hingga 3:50.


Cuma aku nak habaq klip video ni bukanla klip video lucah cam Papagomo dan Parpukkimakari punya. Ni video bersih.


Selamat menonton…


i



i



shamsuleffendey

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UMNO Lah Sisa RadioAktif

Posted: 15 May 2011 12:00 AM PDT


Beberapa perkembangan terbaru dilihat sejak akhir-akhir ini cukup menjurus kepada tekanan perasaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang sudah memuncak tidak terkawal sehingga terpaksa bertindak 'semborono' melebihi mereka-mereka yang biasanya diklasifikasikan sebagai tidak waras atau gila sehinggakan mereka-mereka yang telah dikategorikan sebagai gila pun akan menuduh UMNO terlebih gila. Tahap gila itu jika dirujuk ke Hospital Bahagia pun, tidak akan melayakkan mereka untuk menerima rawatan kerana harapan untuk pulih sudah tiada.

Provokasi melalui akhbar Utusan Meloya dan media TV3 suku yang diputar ulang kepada rakyat bermula dari isu tuduhan liwat Saiful, Video Seks DSAI, Kristian Agama Rasmi, Kerjasama PAS dan DAP ditambah pula dengan kemungkinan cubaan bunuh dan culik kepada keluarga DSAI cukup jelas menjurus kepada niat jahat dan terdesaknya pihak tertentu yang rakus untuk mengekalkan kuasa melalui kaedah hutan rimba walaupun ia dilihat oleh rakyat yang waras fikirannya cukup jijik dan jelek.

Menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki adalah contoh matlamat yang tidak menghalalkan cara, tidak professional, tidak bermaruah, tiada berprinsip dan tidak demokratik lebih-lebih lagi jika sentimen perkauman di adu domba untuk mengekalkan kuasa memerintah.

Aduan demi aduan salah laku SPR dan JPN yang dikaitkan dengan senarai daftar pengundi baru, tuntutan BERSIH, deklarasi 1 Mei dibakul sampahkan tanpa pertimbangan yang waras dari politikus-politikus yang berkuasa.

Kezaliman kepada rakyat yang sudah menderita lama jatuh ditimpa tangga dengan kenaikan harga minyak secara senyap-senyap di waktu malam disusuli dengan kenaikan harga gula sebanyak 0.20 sen untuk kali yang ke-4 malah kebenaran membina infrastruktur LYNAS yang hampir 90 peratus siap di Gebeng Kuantan dan berpotensi mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran rakyat hasil daripada sisa radioaktif thorium dan uranium jelas terbukti bahawa mereka yang telah dilantik oleh rakyat membelakangkan pandangan rakyat secara total dengan memperlihatkan sikap yang cukup biadap, angkuh dan bongkak.

Saya melihat perancangan strategik pihak musuh sedang giat dilaksanakan atas desakan itu. Walaupun kemenangan 2/3 majoriti di Pilihanraya Sarawak baru-baru ini seharusnya dilihat sebagai hamparan permaidani merah untuk mereka terus mengekalkan kuasa di Putrajaya, hakikat sokongan pengundi Cina yang konsisten tidak menyokong dasar perkauman sempit dan kezaliman ekonomi khususnya kenaikan harga barang, pengagihan peluang perniagaan yang tidak adil, pengurangan subsidi, ketirisan pengurusan kewangan rakyat dari projek-projek mega khususnya PKFZ, isu PPSMI dan ancaman sisa radioaktif dari Lynas dan 2 Reaktor Nuklear baru yang dicadangkan, jelas sekali, potensi kehilangan banyak kerusi Parlimen di Sarawak dan juga jangkaan yang sama di Semenanjung akan menjadi kenyataan mimpi ngeri di PRU-13 jika sesuatu langkah yang drastik tidak diambil segera.

Harapan semakin tipis kepada Barisan Nasional (BN) khususnya MCA untuk mengembalikan kepercayaan pengundi Cina dalam tempoh terdekat ini lebih-lebih lagi perbalahan MCA dengan UMNO dalam isu '1 Melayu 1 Bumi' dilihat jelas oleh pengundi cina bahawa UMNO sememangnya parti politik perkauman sempit yang hipokrit dari slogan 1Malaysia itu. Hipokritnya UMNO secara terang dan nyata khususnya kepada MCA adalah mesej jelas kekecewaan UMNO kepada parti komponen itu kerana gagal menguasai peratusan undi yang tinggi.

Kedudukan MIC dan PPP juga ibarat telur dihujung tanduk dengan isu pergolakan dalaman kedua parti politik itu, isu kegagalan perlaksanaan gaji minimum khususnya gaji minimum pekerja estet yang sudah berpuluh tahun dibentangkan untuk kelulusan kerajaan yang memerintah dan isu Hindraf jelas terbukti UMNO lah yang kini memimpin parti itu, yang menjadikan dasar perkauman yang sempit sebagai dasar perjuangan parti mereka gagal melaksanakan keadilan sejagat dari aspek sosial dan ekonomi lebih-lebih lagi kepada parti komponen mereka sendiri MCA dan MIC yang mewakili kepentingan pengundi Cina dan India.

Oleh kerana itu, pilihan drastik yang keji dan tidak waras menjadi pilihan utama mereka di waktu yang amat singkat ini tanpa harapan yang tinggi kepada MCA dan MIC lagi untuk membantu dengan mengerahkan semua 'senjata' yang mereka miliki untuk digembelingkan bersama menumpas gerakan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya.

Jelas sekali dari pemerhatian saya sehingga ke hari ini, dengan tiadanya tindakan kepada Trio Dato' T dan juga kepada Utusan, semua wayang yang sedang dilakon layar khususnya oleh UMNO sudah dirancang rapi.

Hon amaran PRU-13 sudah berbunyi nyaring untuk semua pihak yang berjuang bersiap-siaga mempertahankan setiap sisi jentera Pakatan Rakyat (PR) yang sedang bergerak maju ke Putrajaya.

PRU-13 mungkin pilhanraya terkotor di abad ini dan kekotoran atau sisa radioaktif UMNO yang lebih bahaya dari sisa radioaktif thorium dan uranium itu adalah puncanya.

Wallahua'lam.



Note:
Huzir Sulaiman
pemudatua.blogspot.com

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Rakyat persoal mengapa Polis hanya ikut karenah Gani Patail

Posted: 14 May 2011 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pendedahan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Dato’ Mat Zain Ibrahim bahawa persepsi buruk rakyat terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan berterusan jika pihak berkuasa itu “terlalu menurut karenah” Peguam Negara disokong penuh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Tambahan pula katanya, pendedahan tersebut dilakukan oleh bekas seorang pegawai tinggi polis.“Maknanya pandangan dia lebih baik daripada orang lain,” katanya kepada Harakah, Jumaat lalu.

Beliau berkata, sebagai seorang bekas pegawai polis pastinya beliau lebih tahu dan pandangannya lebih baik daripada orang lain.

“Kalau saya cakap mungkin orang tidak percaya tetapi jika bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah sendiri yang berkata demikian, orang tak percaya lagi tak tahulah,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, Dato’ Mat Zain dipetik berkata, polis akan diberi persepsi buruk jika berterusan “terlalu menurut karenah” Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail.
Sementara itu Hanipa mendakwa, sejak Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah beliau melihat banyak agensi kerajaan rosak termasuk polis peguam negara.

Kerana itu dakwanya, tidak hairan jika dikatakan polis didakwa mengikut telunjuk peguamnegara. “Ini kerana sejak Umno memerintah banyak agensi kerajaan rosak seperti polis dan peguam negara.

“Benda yang rosak ini kalau kita baiki kat mana-mana pun ia tetap bocor. Sebab bocor sana sini, kita kena tukar kerajaan baru,” sarannya.Beliau berkata, menukarkan sebuah kerajaan sama seperti tukar sebuah rumah kerana jika ditampal pun tidak guna juga. Oleh kerana itu katanya, penyelesaian terbaik rakyat perlu menggantikan kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

warta-utara


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: BEREBUT ANAK

Posted: 14 May 2011 06:00 PM PDT



Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.
kadi tanye kat pompuan tu... . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu.
dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .kadi pun tanye si jantan...
"hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.."

jantan tu kata lak.. "hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "

P/S :
1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling ... hehehehehhe "



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: