Selasa, 10 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Umno kini ‘sesak nafas’

Posted: 10 May 2011 05:33 AM PDT

Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Umno kini 'sesak nafas' bagi meraih sokongan rakyat kerana tidak henti-henti memainkan isu perkauman.



KUALA LUMPUR: Umno kini 'sesak nafas' lalu gemar membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan melalui lidah rasmi mereka -Utusan Malaysia – secara tidak langsung bantu memperkukuh politik parti DAP dan melemah kuasa MCA.

Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Umno kini 'sesak nafas' bagi meraih sokongan rakyat kerana tidak henti-henti memainkan isu perkauman dan menimbulkan sentimen kebencian terhadap DAP yang digambarkan sebagai parti 'rasis'.

Sebaliknya menurut beliau, tindakan ini membantu DAP dalam meraih sokongan masyarakat Cina kepada parti itu sekaligus mengurangkan kuasa MCA.

Beliau berkata, "saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Umno kerana tolong bekerja untuk DAP dengan mengurangkan kuasa MCA.

Utusan Malaysia pula bantu memperkukuh politik DAP dan memperkecil MCA.

Umno cuba memainkan sentimen perkauman agar rakyat membenci DAP.

Tetapi mereka tidak sedar tindakan itu membuatkan orang Cina lebih sayangkan DAP.

"Inilah yang saya katakan, Umno buli MCA dan mereka buli orang Cina dalam Barisan Nasional (BN)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata tidak wajar bagi Umno-BN menggunakan sentimen perkauman terhadap DAP kerana melihat politik Melayu-Islam tergugat apabila parti itu menang di Sarawak.

Ujar beliau, Umno-BN sepatutnya tidak menagih simpati pengundi kerana ia boleh merosakkan struktur negara yang dibina.

"Sepatutnya Umno-BN menghormati keputusan rakyat bukan dengan timbulkan isu perkuman. Bila DAP menang tidak patut jadikan DAP 'punching bag'. Perbuatan itu hanya merosakkan sistem yang kita amalkan iaitu demokrasi berparlimen," katanya.

'Tidak mungkin PM orang bukan Islam'

Merujuk kepada laporan kontroversi Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, Mahfuz berkata perkara itu tidak mungkin berlaku berdasarkan komposisi parlimen.

"Ini isu perlembagaan PAS tidak boleh halang…soalnya benda itu boleh berlakukah? DAP hanya menang kerusi yang ditandingi oleh MCA, Gerakan…..kerusi orang Cina.

"Kerusi orang Melayu, hanya PAS lawan Umno. Kalau PAS kalah, Umno menang. Kalau Umno kalah, PAS menang. Apa masalah? Jadi tidak timbul bukan Islam jadi PM, selagi mana majoritinya memihak kepada orang Islam," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu Perdana Menteri dari kalangan orang bukan Islam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan dakwaan pemimpin Kristian berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara.

Akhbar tersebut juga turut melaporkan agenda menjadikan perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu yang dipetik melalui blog 'Big Dog' dan 'Marahku'.

Hishammuddin, Rais kena minta maaf

Mahfuz juga meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Datuk Dr Rais Yatim memohon maaf ekoran kenyataan kedua-dua pemimpin itu yang disifatkan sebagai tidak wajar dan menyebabkan keharmonian negara terganggu.

Malah menurut beliau, blog yang menyiarkan dakwaan itu juga perlu diambil tindakan sewajarnya.

"Kalau mereka enggan hentikan memberi kenyataan yang tidak wajar itu, saya bersedia untuk berdebat dengan Hishammuddin dalam satu pentas pendebatan ilmiah……. jika benar Umno masih tegas bahawa Melayu menerima ancaman.

"Biar rakyat yang mengadili dan saya akan kemukakan bukti bahawa hakikatnya Umno-BN adalah pengkhianat sebenar," tegas beliau.

Beliau berkata, "sepatutnya Hishammuddin menggantung Utusan Malaysia sebagai tanda kita serius kepada perkara-perkara yang mengundang kepada keadaan yang tidak harmoni ini.

"Utusan Malaysia harus diberikan pengajaran kerana perbuatan akhbar ini sudah melampau dan kalau dibiarkan akan berlaku huru-hara dalam negara," jelas beliau.

Menyentuh pula isu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang berkuatkuasa hari ini, Mahfuz menyifatkan tindakan kerajaan sebagai 'licik'.

"Dulu naikkan harga minyak. sekarang kerajaan licik dalam mereka cakap pasal isu keagamaan mereka naikkan pula harga gula sehingga dua kupang (20 sen). Tak wajar sebab rakyat sudah terbeban.

Saya pasti sebarang kenaikan pada masa akan datang akan lebih besar," katanya.

Umno main isu agama selepas video seks makan dirinya

Posted: 10 May 2011 05:31 AM PDT

Setelah fitnah video seks ternyata gagal mencapai matlamatnya maka isu yang berbaur agama direkacipta untuk memperdaya orang Melayu supaya kembali menyokong mereka.



PETALING JAYA: Selepas isu sumpah laknat dan tayangan video seks oleh trio Datuk 'T' memakan diri Umno maka dicipta pula isu agama untuk memperdaya orang Melayu supaya kembali menyokong mereka.

"Fitnah video seks ternyata gagal mencapai matlamatnya maka isu yang berbaur agama kini direkacipta," kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Ahmad Kasim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata demikian ketika mengulas tajuk muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 "Kristian Agama Rasmi".

Tajuk tersebut katanya, secara terang-terangan cuba menimbulkan provokasi terhadap hubungan masyarakat pelbagai agama di negara ini.

"Hakikatnya sentimen agama digunakan untuk melaga-lagakan penyokong Pakatan Rakyat melalui congak politik kuno mereka,"katanya dalam satu kenyataan media petang ini.

Ahmad Kasim berkata, selepas melontar berita palsu, siri laporan polis oleh badut-badut Umno-Barisan Nasional (BN) pula direncana untuk menunjukkan bahawa merekalah jaguh mempertahankan maruah orang Melayu dan Islam.

Umno gagal martabatkan Islam

Menurutnya, setelah setengah abad diberi amanah mentadbir negara, Umno-BN sebenarnya telah gagal untuk memartabat dan memastikan kecemerlangan Islam sebagai agama rasmi. Nilai-nilai agama dalam masyarakat langsung tidak diberi perhatian.

"Sekolah Agama Rakyat dipinggirkan. Gerakan dakwah dinafikan hak untuk memanfaatkan institusi agama seperti masjid dan surau.

"Jabatan-jabatan agama dijumudkan untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja. Akhir jenayah sosial di kalangan generasi muda Islam gagal dibendung," tambahnya.

Beliau berkata, PKR ingin menegaskan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sepakat untuk mempertahankan empat perkara pokok dalam Perlembagaan Malaysia.

Pertama, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman. Kedua, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan, ketiga, hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera dan keempat, kedaulatan Raja -Raja Melayu.

Perkasa buat laporan polis terhadap The Sun, Malaysian Insider

Posted: 10 May 2011 05:28 AM PDT

Laporan terhadap The Sun mengenai hak kerakyatan Lim Lian Geok dan Malaysian Insider yang mempersoal Islam sebagai agama rasmi.



KUALA LUMPUR: Wirawanita Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan dalam akhbar harian 'The Sun' mengenai cubaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menuntut agar hak kerakyatan tokoh pendidikan sekitar tahun 1950-an Lim Lian Geok dikembalikan semula.

Dalam laporan akhbar The Sun bertarikh 10 Mei itu berkata, 13 NGO termasuk Jiao Zong bercadang untuk memungut tandatangan sebanyak 100,000 bagi tujuan kempen mengembalikan hak kerakyatan Lim sekaligus menyambung usaha Lim untuk mencapai matlamat supaya sekolah vernakular (satu aliran) setaraf dan mendapat peruntukan yang sama dengan sekolah kebangsaan.

Dikenali sebagai Zu Hun (Roh Bangsa), Lim merupakan tokoh pendidikan seangkatan dengan 'Bapa Pendidikan Malaysia' Aminudin Baki yang berjuang mempertahankan kepentingan pendidikan Cina semasa awal zaman kemerdekaan.

Semasa menjadi Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (GPGSC) Lim melancarkan kempen untuk menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi Persekutuan.

Beliau percaya satu-satunya cara untuk mempertahankan status pendidikan Cina adalah dengan menuntut kedudukan yang sah bagi status bahasa Cina kerana baginya tanpa kedudukan itu, status pendidikan Cina tidak akan terjamin.

Akan tetapi, pendiriannya itu tidak diterima baik oleh British dan golongan elit politik Perikatan yang cuba mengadakan satu sistem pendidikan unitari berdasarkan penggunaan satu bahasa yang sama sebagai teras pembinaan negara bangsa.

Beliau akhirnya dianggap kerajaan Perikatan sebagai penghalang kepada usaha untuk menyusun semula sistem pendidikan pada ketika itu dan kemudian permit perguruannya serta status kerakyatannya ditarik balik pihak berkuasa pada tahun 1961.

Sehubungan itu, Ketua Wirawanita Perkasa Datin Paduka Norkhaila Jamaludin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kerana bimbang dengan tuntutan tersebut yang dakwanya bertentangan dengan perlembagaan artikel 152(2) yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Mendiang Lim telah dilucut kerakyatan kerana menderhaka kepada negara dan tuntutan ketika perhimpunan turut mengancam keselamatan negara dan bertentangan dengan undang-undang," kata Norkahila dalam laporan polisnya.

Malaysian Insider persoal Islam agama rasmi?

Selain itu, laporan turut dibuat terhadap laman portal The Malaysian Insider hari ini yang menyiarkan laporan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan Islam sebagai agama rasmi.

Dalam laporan tersebut, Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan mendakwa dari segi Perlembagaan Persekutuan hanya ada satu agama bagi Persekutuan iaitu Islam, tetapi tidak menyentuh sama ada ianya rasmi atau bukan.

Syahredzan dipetik The Malaysian Insider merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa "agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan" dan menekankan bahawa perkataan "rasmi" tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Namun Norkhaila sebaliknya berkata, kenyataan yang disiarkan itu amat berbahaya dan menyalahi undang-undang yang boleh mengancam negara kerana ianya merupakan isu agama yang amat sensitf.

"Perkara 3 jelas mengatakan agama Islam ialah agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11)…bagaimana dia (Syahredzan) sebagai pengamal undang-undang boleh silap mentafsirkan Perlembagaan," soalnya.

Beliau berkata, memandangkan ada pihak tertentu yang tidak henti-henti membuat tuntutan dan kenyataan yang bertentangan dengan perjanjian kontrak sosial yang menjadi asas Perlembagaan, pihaknya menggesa agar kerajaan melalui Parlimen meminda undang-undang.

Katanya, pindaan itu bagi langkah tegas agar mana-mana pihak yang membuat tuntutan sedemikian dikenakan hukuman mandatori seperti hilang hak kerakyatan atau dipenjara seumur hidup.

"Ini bagi menentukan supaya perkara ini tidak lagi dipermainkan dan dipersendakan sehingga boleh menimbulkan huru-hara antara kaum," katanya.

Gaji Kakitangan Awam 2011 Akan Naik?

Posted: 10 May 2011 05:20 AM PDT

kenaikan gaji kakitangan awam Gaji Kakitangan Awam 2011 Akan Naik?

Staff Berita Semasa


Diberitakan bahawa kakitangan awam bakal menerima kenaikan gaji tahun ini.Sudah pasti ramai kakitangan awam yang tersenyum-simpul mendengar tentang ura-ura kenaikan gaji pada tahun ini.Dengan kos taraf hidup yang semakin meningkat, kenaikan gaji kakitangan awamini dapat dilihat secara positif untuk membantu meringankan bebanan kakitangan awam yang bergaji rendah.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata, Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata, Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya. — Bernama

Pendapat kami, sememangnya wajar kenaikan diberi kepada kakitangan awam.Tetapi, kami lebih berpendapat, kenaikan itu bukan diberi kepada gaji, tetapi kepada elaun yang diterima.Ini bagi kami lebih baik.Rata-rata kakitangan awam, yang baru mula bekerja sudahpun melepasi tahap gaji minimum yang dicadangkan oleh kerajaan iaitu RM 700.

Tetapi, tentang elaun, itu sememangnya boleh dipertimbangkan.Elaun seperti Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), dan elaun COLA, sepatutnya boleh diselaraskan. Rata-rata rumah sekarang yang berharga dalam lingkungan RM 100,000, bayaran bulanannya sahaja adalah RM 600++ sebulan. Itupun bergantung kepada negeri.Kalau yang tinggal di bandar-bandar besar, rumah RM 100k itu pun belum tentu lagi selesa.

Jadi, elaun ITP memang perlukan pelarasan yang lebih baik.Cadangan kami minimum adalah RM 300, bermula dari Gred 1-17.Ini akan mengurangkan sedikit sebanyak beban yang dihadapi oleh kakitangan awam yang bergaji rendah.Begitu juga dengan COLA, ianya tidak adil hanya memberikan autoriti kepada penjawat-penjawat awam di bandar besar sahaja.

Kenaikan kos hidup dan makanan, tidak termaktub hanya kepada sesebuah negeri.Seluruh rakyat Malaysia terasa bahangnya apabila kos hidup meningkat.Macam kakitangan awam Johor, mendapat elaun COLA RM 300 sebulan.kalau dibandar besar, seperti Johor Bahru dan sebagainya, tidak mengapa, tetapi kalau yang tinggal di Muar, adakah kos hidup mereka sama seperti kakitangan awam yang tinggal di Johor Bahru?

Bagaimana pula kakitangan awam yang tinggal di Melaka?Rasanya kos hidup di Melaka sudahpun melebihi kos hidup kakitangan awam di Muar.Namun, elaun COLA yang diterima hanyalah RM 200.Adakah ianya adil? Oleh sebab itu, ada 2 cara yang baik untuk diadaptasi oleh kerajaan dalam pemberian elaun COLA iaitu:

  • Elaun COLA mengikut Daerah, bukan lagi mengikut Negeri
  • Selaraskan elaun COLA secara samarata kepada semua kakitangan awam di semua negeri

Ini bagi kami, lebih baik.Bagitupun, hanya kerajaan yang memerintah sahaja yang dapat membuat keputusan mengenai kenaikan gaji kakitangan awam ini.Walaupun khabar angin mengenai kenaikan gaji ini sudah pun bertiup kencang, ianya tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tiada pengumuman yang dibuat oleh kerajaan.

Apa pendapat anda mengenai kenaikan gaji kakitangan awam ini?

P.S. Harap kerajaan membuat keputusan yang terbaik untuk kakitangan awam dan tidak melupakan juga perhatian yang diperlukan kepada pekerja Swasta.

Rampas Selangor untuk apa?

Posted: 10 May 2011 05:14 AM PDT

DETIK DAILY


Desas-desus berhubung tarikh pilihan raya umum kini semakin bertiup kencang. Malah ramai yang mempunyai keyakinan bahawa ia akan berlaku pada tahun ini juga.

Petanda baru tentang tibanya musim pilihan raya umum itu adalah ucapan Perdana Menteri di Shah Alam pada satu majlis anjuran veteran Umno negeri.

Dalam ucapannya, Dato' Seri Mohd Najib Razak menggesa anggota Umno Selangor supaya bangkit mempastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum yang disifatkannya sudah hampir tiba.

Malah beliau mahu warga Umno Selangor menggunakan apa sahaja kaedah untuk menang kerana "segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri mesti diperbetulkan".

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu juga beretorik; "Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habisan, takkanlah Umno Selangor tidak boleh bangkit..."

Mendakwa bahawa Umno berjuang habis-habisan untuk 'mengalahkan British' sebenarnya satu penyelewengan sejarah. Tidak ada sebarang rekod menunjukkan bahawa British tunduk kepada Umno mahupun Perikatan lalu memberikan kemerdekaan, kerana sudah menjadi dasar British untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya selepas Perang Dunia Kedua.

Juga tidak ada rekod yang membuktikan bahawa ada pemimpin Umno, MCA mahupun MIC yang meringkuk dalam penjara British di Malaya kerana menuntut kemerdekaan. Jadi frasa 'berjuang berhabis-habisan' sehingga British dikalahkan itu hanyalah satu dongeng penglipurlara dendangan pemimpin Umno.

Memasang impian untuk menewaskan lawan politik bukanlah sesuatu yang pelik bagi mana-mana parti politik. Tetapi mendakwa bahawa Selangor wajar dirampas kerana 'kekurangan dan kezaliman' kerajaan negeri sekarang adalah sesuatu yang aneh.

Sepanjang lebih tiga tahun mentadbir Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri telah melaksanakan pelbagai program untuk kesejahteraan hidup rakyat.

Program Merakyat Ekonomi Selangor (Meps) adalah luahan komitmen kerajaan negeri melaksanakan janji-janji manifestonya. Kerajaan negeri sebagai contoh telah menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dalam tempoh setahun mentadbir Selangor. Kakitangan kerajaan pula diberikan sumbangan musim perayaan sebanyak RM500 dan RM500 lagi untuk bonus hujung tahun.

Selangor juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang telah mengadakan pendengaran awam berhubung dakwaan penyelewengan dana awam dan salah urus tadbir membabitkan kerajaan BN negeri terdahulu.

Melalui Pelan Tiga Tahun Selangor, seluruh rakyat berpeluang berbincang bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan kerajaan berkaitan permasalahan rakyat baik dari segi mutu perkhidmatan yang ditawarkan, masalah keselamatan hinggalah masalah domestik.

Bagi melindungi dan menyelamatkan khazanah negeri, kerajaan negeri telah memperkasa Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang membolehkannya mengambil alih semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya pentadbirannya selari dengan matlamat penubuhan dan menyelamatkan aset milik kerajaan dari disalah guna sama ada atas tiket penswastaan mahupun oleh pemimpin dan syarikat kroni.

Dalam tempoh kurang 3 tahun, MBI telah Berjaya mengenal pasti dan mengutip semula hutang lapuk dari syarikat Talam Corporation Berhad (Talam) berjumlah RM392 juta yang ditinggalkan kerajaan BN. Hasilnya, sebanyak RM50 juta dari kutipan hutang ini dikembalikan semula kepada rakyat menerusi Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) untuk membantu golongan miskin luar bandar manakala RM20 juta diperuntukkan untuk membantu rakyat miskin di Bandar menerusi skim yang sama.

Kerajaan negeri juga telah berjaya menyelamatkan ribuan ekar tanah dan menyelesaikan ribuan unit rumah terbengkalai menerusi program pembangunan semula projek terbengkalai antaranya di Bukit Botak, Ukay Perdana dan Alam Perdana.

Penstrukturan semula syarikat GLC juga telah membolehkan Selangor melaksanakan program pemberian air percuma sejak Jun 2008.

Bagi mempastikan unsur ketelusan, akauntabiliti dan integriti pentadbiran, Selangor adalah satu-satunya negeri yang menawarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka pejabat cawangan di Pejabat Menteri Besar dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Malah SPRM dan KSSB telah menubuhkan jawatankuasa bersama bagi menghalang jenayah rasuah.

Banyak lagi program reformasi yang dilaksanakan kerajaan negeri yang tidak dapat dimuatkan dalam ruangan terbatas ini.

Kesimpulannya, tidak ada sebab kukuh untuk BN kembali berkuasa di Selangor setelah lebih 50 tahun mengkhianati amanah dan harta rakyat.

Perlukah PAS dengar nasihat musuhnya?

Posted: 10 May 2011 05:04 AM PDT

Oleh Subky Latif

APAKAH jawapan yang dapat diberi kepada Dr. Mahathir apabila dia menempelak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat supaya dapat bebas meneruskan perjuangannya ketika ia ditubuhkan dulu?

Jawapan yang paling tepat ialah PAS bukan seperti Dr. Mahathir yang boleh dikeluarkan dari Umno dan boleh keluar dari Umno.PAS ialah sebuah parti siasah Islam yang bergerak mengikut panduan siasah syariyah. Tidak cukup ilmu Dr. Mahathir yang ada bagi mengajar PAS kerana ilmu politik yang dianutnya adalah berasaskan siasah duniawi.



Mungkin orang mahu melihat pandangan Dr. Mahathir supaya PAS tinggalkan Pakatan Rakyat sebagai satu nasihat.

Tetapi Dr. Mahathir selama-lamanya adalah musuh PAS. Seorang musuh tidak akan memberi nasihat kepada musuhnya. Seelok mana pun pandangannya ia adalah pandangan seorang musuh. Politiknya adalah untuk menjahanamkan musuhnya.

Semasa PAS berlawan dengan Umno dikiranya sebagai musuh dan ketika PAS bersama Umno dalam kerajaan campuran PAS-Perikatan dan sebagai komponan Barisan Nasional pun dikiranya sebagai musuh juga.

Jika dia jujur terhadap PAS tidaklah dia menjadi batu api utama menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional. Dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu.

Pandangan terbarunya iaitu suka kalau PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dibuat ketika tema Umno setahun setengah ini ialah mahu menggagalkan muafakat Pakatan Rakyat yang muncul sebagai pengancam kuasa Umno yang pertama sejak Umno berkuasa tahun 1955 dulu.

Sekali pun PAS sudah menjadi penentangnya pada masa itu tetapi PAS tidak pernah dilihat sebagai pencabar kepada kuasanya. Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS inilah yang menjadi pencabar pertama paling mengancam dalam sejarahnya.

Dr. Mahathir sudah kecut perut melihat percubaan siasah syariah pertama ketika mengikat persefahaman dengan Team B Umno pimpinan Tengku Razaleigh. Kiranya DAP dapat ditarik kepada perkongsian itu, maka ia akan jadi amaran kiamat awal kepada monopoli kuasa Umno itu.

Nasibnya baik ketika itu masa belum cukup matang bagi PAS untuk duduk sebangku dengan DAP dan Tengku Razaligh pula tidak cukup kuat untuk menghadapi risiko. Dia sudah mengambil risiko tetapi tidak tahan dengan risiko itu.

Kata Ibrahim Ali yang menjadi hulubalang Dr. Mahathir dalam Majlis Tertinggi Umno, bahawa Dr. Mahathir amat gembira dengan kegagalan siasah syariah awal PAS untuk mengadakan kerjasama dengan DAP itu. Sekali pun ia dipolitikkan sebagai meniru politik Umno yang bersekutu dengan MCA dan MIC, tetapi dia tidak suka politik itu ditiru orang.

Walau pun dikatakan meniru tetapi politik Perikatan dulu dan BN sekarang dibuat semata-mata untuk politik dunia, sedang PAS dan DAP yang dikatakan meniru itu dibuat oleh PAS berdasarkan kehendak siasah syariah.

Dan sekarang dengan penyertaan dan perantaraan PKR dan kesungguhan Anwar Ibrahim mewujudkan muafakat alternatif itu, ia benar-benar muncul sebagai pencabar bertenaga untuk mengambil alih kuasa di Putrajaya.

Sekali pun PAS itu musuh kekal Dr. Mahathir, tetapi seteru utamanya masa ini ialah Anwar Ibrahim. Dia amat takut kepada kemenangan Anwar Ibrahim. Bukan kejayaan Anwar itu akan menguburkan politik Najib tetapi ia akan mengakhiri legasi Dr. Mahathir.

Cara bagi menyekat Anwar yang degil itu tidak mudah. Jalan yang mudah ialah cuba memperdaya PAS supaya menjauhkan diri daripada Anwar.

Tidak berbangkit dia sayangkan PAS dan sayang kepada cita-cita dan perjuangan PAS. Yang dia mahu supaya Anwar mati kering dan PAS terpaksa menunggu 50 tahun lagi untuk menumbangkan Umno.

Tidak berbangkit perjuangan PAS tersekat dengan kerjasama DAP dan PKR itu. Siasah syariah mengajar mengambil apa jua kaedah, memanfaatkan suasana yang ada bagi menyalurkan cita-citanya. Tidaklah PAS itu beku dan jumud. Ia hidup dengan panduan Islamnya.

PAS diajar supaya tidak berputus asa. Dan ia berpegang kepada janji. Ia berpolitik tetapi ia tidak akan mengkhianati janji yang diikat dengan PKR dan DAP sekarang. Janji PAS itu hanya batal kalau ia dibatalkan oleh DAP dan PKR.

Seperti janji PAS dengan Ku Li. Bukan PAS yang memulakan sayonara kerjasamanya. Orang Ku Li dan Ku Li sendiri memulakan kerja untuk kembali kepada Umno. Bukan PAS yang hendak meninggalkan BN tetapi pengkhianatan Dr. Mahathir memulakan pengusiran PAS itu.

Bukti PR Lebih Baik Terajui Selangor

Posted: 10 May 2011 05:03 AM PDT

SINAR HARIAN ONLINE

SHAH ALAM – Rakyat membuat pilihan menyokong Pakatan Rakyat (PR) menerajui Selangor kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun memerintah negeri terbabit.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam tempoh tiga tahun, PR berjaya membuktikan bahawa pentadbirannya lebih baik berbanding BN.

Menurutnya, dasar dan program seperti 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' yang dijalankan lebih bersifat mengutamakan rakyat.

"Banyak program kebajikan dan bantuan disalurkan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Pemeriksaan Kesihatan: Mammogram dan 20 meter padu air percuma diberikan kepada rakyat.

"PR menang kerana sokongan rakyat dan keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk meringankan beban rakyat," katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' tentang perlunya BN bangkit membetulkan kekurangan dan kezaliman Kerajaan Negeri di Selangor.

Beliau berkata, matlamat BN merampas semula negeri itu bukan untuk rakyat tetapi demi kepentingan parti itu.

"Jika benar BN ingin merampas semula Selangor, ia adalah disebabkan untuk menutup kesalahan dan kekurangan sepanjang 50 tahun mentadbir.

"Terpulang kepada mereka untuk menang dalam pilihan raya akan datang dan rakyat mempunyai hak membuat pilihan," katanya.

Khalid berkata, PR tetap akan meneruskan usaha memantapkan ekonomi dan dasar bersesuaian dengan keperluan rakyat.


PAS DAN GERAKAN SAMA SAJA?

Posted: 10 May 2011 04:18 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BERSETUJU dengan gesaan Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon yang nampaknya mula naik `fade-up' dengan sebuah akhbar pencacai nombor Wahid. Akhbar ini jugalah yang `menyakitkan' hati dua parti Komponen Bn iaitu MCA dan Gerakan kerana menggatal mempromosi `1 Melayu 1 Bumi' yang jelas bertentangan dengan konsep 1 Malaysia tajaan Najib itu.

Di dalam kenyataan bekas KM P.Pinang itu di dalam Malaysiakini bagi mengulas tentang isu Kristian Agama Resmi, jelas pada kita akhbar ini memang patut dibenci oleh semua kaum. Jika ada yang masih ingin diperbodohkan oleh akhbar ini biarlah sekumpulan kecil Melayu yang bersongkok tinggi. Di dalam isu sensitif ini, Dr Koh Tsu Koon mengeluarkan kenyataan,
" GERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Presidennya Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon berkata, ia penting bagi menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku (Malaysiakini).

Dr Mujahid Yusoff seorang tokoh PAS juga turut mengulas yang memberi erti yang sama dengan Presiden Gerakan itu. Tokoh PAS ini mahu pihak Polis menyiasat dengan terperinci mengapa akhbar yang meloyakan ini mengambil sumber dari blog murahan semata-mata mahu rakyat berada di dalam resah gelisah? Bukan mudah untuk melihat pendirian tegas bersama di antara PAS dan Gerakan dan kali ini akhbar milik parti sekular bersemangat kebangsaan itu menjadi sasaran mereka.

Saya percaya pihak Polis akan tetap menyiasat walaupun mungkin mengambil masa agak lama seperti juga siasatan terhadap penayang video seks di Seri Carcosa yang sehingga kini masih belum didakwa. Jika yang menayang video seks itu mengaku sendiri melakukan perbuatan sumbang itu, pihak Polis mengambil masa agak lama juga untuk menyelesaikannya kita boleh jangka juga dengan kes ini apatah lagi jika pihak yang bertanggungjawab tidak mengaku melakukan `provokasi' serius ini.

Apa pun kita yakin semua ini tentu ada rahmat yang tersembunyi yang boleh menguntungkan perjuangan PR menuju Putrajaya. Di tengah kita dikalutkan dengan provokasi dan sensitiviti keagamaan ini, secara tiba-tiba kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Adakah kerana itu kita lupa bahawa kita terus dibelenggu dengan kesusahan akibat rejim ini?

wfauzdin.blogspot.com

Kontrak Perkhidmatan KPN Dilanjut 2 Tahun

Posted: 10 May 2011 04:16 AM PDT

MSTAR ONLINE

PETALING JAYA: Kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dilanjut selama dua tahun.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di sini Selasa.

Ismail dilantik sebagai KPN berkuatkuasa pada 13 September tahun lalu, menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tamat selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semakin Ramai Rakyat Malaysia Suka membaca

Posted: 10 May 2011 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat kepada lapan hingga 12 buku setahun pada tahun lalu berbanding hanya dua buku pada 1996.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, peningkatan itu dipengaruhi oleh pertambahan syarikat penerbitan buku di negara ini selain peningkatan jumlah bahan bacaan.

"Sebanyak 8,877 syarikat penerbit dengan 23,181 judul terbitan kerajaan dan 167,704 terbitan bukan kerajaan pada tahun lalu.

"Dalam senarai yang dikeluarkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) berhubung penerbitan buku, Malaysia menduduki tangga ke-16 dunia daripada 110 negara," katanya pada sidang media Pesta Buku ReadMalaysia 2011 di sini pada Selasa.

Raslin berkata, berdasarkan kajian pada tahun lalu terdapat trend positif di kalangan pembaca berusia 10 tahun dan ke atas.

Selain itu, katanya, bahan bacaan dalam bidang bahasa seperti novel berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen mendapat sambutan menggalakkan apabila terjual sehingga 60 peratus selain kesusasteraan dan agama.

"Jika dulu novel bahasa Malaysia sering diletakkan di rak bahagian belakang, tapi saya lihat bahan bacaan itu pada hari ini turut diminati masyarakat bukan Melayu.

"Perubahan budaya membaca novel di kalangan pembaca Cina dan India, jelas membuktikan bahasa Malaysia semakin diterima ramai sekaligus membantu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa rasmi negara itu," jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pusat Konvensyen dan Pameran Mines Malaysia, H.T Khor berkata, Pesta Buku ReadMalaysia 2011 dijadualkan berlangsung selama 10 hari di The Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor bermula 27 Mei hingga 5 Jun ini.

"Pada tahun lalu, seramai 340,000 pengunjung membanjiri pusat konvensyen di sini.

"Kami mensasarkan seramai 400,000 pengunjung berdasarkan pertambahan gerai yang dijangka dapat menjadi tarikan pada kali ini," ujarnya.

Pesta ReadMalaysia edisi ketiga tahun ini akan menghiburkan pengunjung dengan kehadiran duta ReadMalaysia iaitu watak animasi popular Upin dan Ipin selain sesi bertemu angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Kemudahan Awam Perlu Diberi Rebat Cukai Tanah

Posted: 10 May 2011 04:13 AM PDT

BERNAMA

JITRA: Kerajaan Kedah sepatutnya menggunakan budi bicara dalam isu cukai tanah melibatkan kemudahan awam seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuk memberi rebat.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar berkata perkara itu diperuntukkan dalam undang-undang tanah membabitkan bangunan kerajaan.

"UUM adalah tempat yang menjadi tumpuan masyarakat, bukan sahaja rakyat Malaysia, malah rakyat asing pun menimba ilmu di situ.

"Sepatutnya Kerajaan negeri Kedah tidak mengenakan cukai tanah seperti yang dikenakan kepada individu lain terhadap UUM, sebaliknya diberi rebat kepada institusi itu," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Beliau juga berpandangan rebat itu sewajarnya diberikan secara automatik.

Isu cukai tanah UUM mendapat perhatian umum selepas kerajaan Kedah yang diteraju PAS enggan melanjutkan pemberian rebat yang sebelum ini dinikmati UUM ketika Kedah ditadbir Barisan Nasional.

Menerusi pemberian rebat tersebut, UUM hanya perlu membayar RM100,000 setahun berbanding RM1.74 juta yang ditetapkan kerajaan negeri itu sekarang.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kedah Datuk Mohd Johari Baharom berkata sekarang adalah masa bagi kerajaan Kedah menyumbang kepada UUM.

"Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak perlu pertimbangkan lagi perkara itu. Kerajaan persekutuan telah membina UUM, jadi kerajaan negeri perlu lakukan sesuatu untuk memberi sumbangan kepada UUM," katanya.

Beliau berkata tindakan kerajaan Kedah yang menolak rayuan demi rayuan oleh UUM agar pemberian rebat disambung membayangkan kerajaan negeri mengambil keuntungan daripada usaha kerajaan pusat.

Rabu lepas, Azizan dilapor berkata UUM diberi masa sehingga bulan depan untuk menjelaskan cukai tersebut atau berdepan dengan tindakan penyitaan.

Pada Isnin, dalam satu pertemuan dengan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kedah Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Azizan berkata beliau bersedia menimbang rayuan itu jika ia dilakukan Kementerian Pengajian Tinggi sendiri.

Bekas Menteri Pengangkutan Dibicarakan September

Posted: 10 May 2011 04:03 AM PDT

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy yang didakwa atas pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan kos pembangunan hampir RM1.9 bilion akan dibicarakan pada September depan.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini Azhaniz Teh Azman Teh pada Selasa, menetapkan supaya perbicaraan itu dijalankan secara berterusan bermula 20 sehingga 30 Ogos September.

Pada prosiding Selasa, Azhaniz Teh turut menetapkan 10 Ogos depan sebagai sebutan untuk menguruskan hal-hal berkaitan dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan hadir bagi pihak pendakwaan, sementara Chan diwakili peguam-peguam Mohd Firuz Jaffril dan Arthur Wang.

Pada 28 Februari lalu, Chan, 55, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyembunyikan fakta mengenai pembiayaan kos pembangunan sehingga Abdullah bersetuju supaya kelulusan diberikan kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) selaku pemaju siap guna.

Fakta-fakta yang didakwa disembunyikan ialah pembiayaan tersebut akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB melalui tiga syarikat berlainan dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan.

Abdullah selaku Perdana Menteri pada waktu tersebut tidak akan memberikan persetujuan jika fakta-fakta tersebut dimaklumkan kepada beliau.

Ketiga-tiga tuduhan didakwa dilakukan di antara 24 Februari 2004 dan 29 Mac 2006 di Tingkat 4, Blok Utama, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Bagi semua pertuduhan itu, Chan didakwa mengikut Sekysen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Chan yang dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin hadir ke mahkamah bersama isteri, Puan Sri Ann Chan serta anak perempuannya.

Chan merupakan bekas Menteri Pengangkutan kedua yang didakwa di mahkamah berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik yang akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 1 Ogos depan.

Pemandu syak kenderaan Anwar disabotaj

Posted: 09 May 2011 10:34 PM PDT

MALAYSIA KINI


Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar dijadual membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang ini.

Menurut kenyatan daripada unit komunikasi PKR hari ini, kenderaan yang sama juga digunakan oleh anggota keluarga ketua pembangkang itu.

Kenyataan itu bagaimanapun belum menyatakan jenis kenderaan yang digunakan dan butiran terperinci berhubung dakwaan berkenaan.

Ia sebaliknya mengundang pihak media membuat liputan berhubung perkara itu petang ini.

Undian “Bubar Umno Masuk PAS” meningkat 200%

Posted: 09 May 2011 10:30 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pengundian tajuk utama Harakah "Bubar UMNO Masuk PAS" mencapai undian tertinggi setakat ini, iaitu 941 undian.

Ianya telah meningkat lebih 275 peratus berbanding dengan tajuk sebelumnya. Keputusan sehingga sekarang adalah 92 peratus (iaitu 866 undian) bersetuju dengan tajuk berkenaan.

Hanya 68 undian (7.23 peratus) sahaja yang tidak bersetuju dan 7 undi (0.74 peratus) pula tidak pasti.

Keputusan yang bersetuju juga telah meningkat lebih 10 peratus lagi berbanding dengan tajuk sebelum ini wajarkah perkataan "BUKAN KAEDAH ISLAM" digunakan sebagai tajuk berita utama di mana 81.63 peratus sahaja yang bersetuju.

Keputusannya boleh disemak secara online melalui laman http://myharakah.net. Untuk melihat keputusan terperinci, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php.

Sekarang ini, mulai 7 Mei yang lepas, undian baru berhubung dengan tajuk mukadepan Harakah bil. 1638, Wajarkah perkataan Bertarung Secara Anak Jantan – Jangan guna taktik kotor rampas Selangor' digunakan sebagai tajuk berita utama. Untuk mengundi, boleh lawati laman web, http://myharakah.net dengan segera.

Unsur khianat: Pemandu Anwar buat laporan polis

Posted: 09 May 2011 10:29 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Merchant Square petang ini kerana mengesyaki ada unsur khianat terhadap kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Anwar dan keluarganya.

Laporan polis itu akan dibuat jam 3.30 petang ini berikutan kenderaan yang dipandunya mengalami kemalangan pada 19 April lalu dan timbul keraguan pada kenderaannya, dipercayai perbuatan khianat.

Abdullah telah menjadi pemandu Ketua Umum PKR itu selama 28 tahun.

Kesihatan bukan justifikasi kenaikan harga gula

Posted: 09 May 2011 10:27 PM PDT

Afiq Hizami, Pelatih UKM


KUALA LUMPUR: Walaupun harga barang dijangkakan turun ekoran kenaikan nilai ringgit namun harga gula dinaikkan yang sudah pasti bakal memberi beban kepada rakyat, terutamanya kepada pejaja warung kecil dan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, kenaikan ini tidak wajar bahkan menolak sama sekali sasarannya untuk menekan agar orang ramai mengurangkan penggunaan gula untuk mengurangkan masalah kesihatan.

"Teori yang mengatakan kenaikkan harga gula boleh mengurangkan masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan haruslah diterapkan melalui pendidikan dan kefahaman, bukan dengan menaikkan harga gula," jelas beliau yang merupakan bekas pensyarah perubatan bahagian kesihatan awam di Fakuti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau yang juga merupakan Bendahari PAS pusat mengulas mengenai kenaikkan harga gula sebanyak 20 sen menjadi RM 2.30 yang bermula hari ini berbanding dengan harga sebelumnya RM 2.10.

Menurut kerajaan, kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi, yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.

Minggu lalu, harga petrol RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter.

Dalam pada itu laporan Bernama memetik Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan masa sebulan untuk kerajaan mengurangkan harga barangan khasnya yang diimport ekoran kenaikan nilai ringgit berbanding dollar Amerika.

Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini.

Bagi Setiausaga Agung DAP itu, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport.

Namun, harga barangan bukannya turun ekoran kenaikan nilai ringgit bahkan dinaikkan lagi oleh kerajaan.

"Gula menjadi satu keperluan penting dalam kehidupan, ini kerana penggunaan gula adalah menyeluruh dalam masyarakat kita terutamanya dalam bidang makanan dan masakan," kata Dr Hatta.

Tegas beliau lagi, gula tetap akan digunakan dan dibeli oleh rakyat walaupun harga gula dinaikkan, ini akan menyusahkan lagi rakyat.

"Keperluan Penggunaan gula yang penting dalam aspek barangan makanan seperti kuih muih, minuman dan masakan akan memberi kesan kepada kenaikkan harga barangan tersebut, hal ini disebabkan rantaian yang berpunca dengan kenaikkan harga gula," katanya lagi.

Justeru itu, beliau sangat kecewa dengan tindakan kerajaan yang dilihat cuba menambah beban kepada rakyat setelah rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter.

Oleh itu beliau menggesa kepada kerajaan harus menimbang meneruskan strategi jangka panjang untuk merasionalisasikan subsidi yang boleh menimbulkan masalah kewangan yang lebih teruk kepada rakyat.

Qazaf: Syarahan Dr Wahbah Az Zuhaily 14 Mei

Posted: 09 May 2011 10:25 PM PDT

Harakahdaily


SHAH ALAM: Cendekiawan Islam dari Syria, Dr Wahbah Az Zuhaily (gambar) akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Sumpah dan Qazaf' di Dewan Solat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada 14 Mei ini.

Beliau yang dipilih Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H akan mengupas tajuk berkenaan pada majlis yang berlangsung jam 2.30 hingga 4.30 petang itu.

Program tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sehubungan itu, PUM dalam satu kenyataan menjemput orang ramai hadir majlis syarahan berkenaan bagi memahami isu sumpah dan qazaf.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.

Wawasan beliau sangatlah tinggi, mahu melihat ajaran al- Quran dan Sunnah terus bertebar di muka bumi.

Justeru itu, beliau menginfaqkan sepenuhnya diri beliau untuk kemajuan Islam.

PKR dakwa KDN bantu Umno rampas Selangor

Posted: 09 May 2011 10:24 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa pihaknya telah berjaya mengesan bahawa seramai 2,000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jelas, katanya taktik kotor itu bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor pada PRU13 kelak.

"Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Datuk Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malah, beliau juga yakin bahawa kerjasama dari pihak rakyat dalam menyalurkan maklumat penyelewangan seperti ini membuktikan suatu penolakan besar-besaran dari pihak rakyat sendiri terhadap dasar kepimpinan Najib.

Katanya, Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kini seharusnya lebih gentar dan berhati-hati kerana senario politik dan ritma kehendak rakyat kini sudah lebih matang dan tidak lagi mampu diperbodohkan dakyah media yang berat sebelah lagi.

Tambahnya, taktik Umno menggunakan media untuk menjatuhkan imej pimpinan dan Pakatan Rakyat nampaknya sudah gagal.

"Saya menyarankan agar mulai hari ini supaya Datuk Seri Najib bersedia kerana kami barisan pimpinan Keadilan Selangor akan mendedahkan lebih banyak bukti penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Umno selepas ini," ujarnya yang juga ahli parlimen Ampang.

Tun M, jadilah penasihat yang baik

Posted: 09 May 2011 10:18 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) sebenarnya tahu betapa perlu dan pentingnya keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara Malaysia tercinta ini dipelihara dan berupaya menjadi seorang penasihat yang baik untuk negara.

"Berbekalkan pengalaman tersebut, sepatutnya Tun Mahathir dapat menjadi sebarang penasihat yang baik untuk negara dalam memelihara keamanan dan perpaduan kaum yang menjadi sumber asas kekuatan negara selama ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri).

Namun, kata beliau, adalah amat dikesali mantan perdana menteri telah memilih untuk tidak membantu sebagai penasihat baik untuk kerajaan, sebaliknya sentiasa menjadi masalah kepada kepimpinan negara.

"Contohnya, dalam kes Tun Abdulah Ahmad Badawi, Tun Mahathir yang melantik beliau sebagai Perdana Menteri. Tiba-tibalah, beliau jugalah yang mengkritik, merungut dan menekan dengan pelbagai bahasa yang kesat.

"Beliau gagal membantu kerana ada sesuatu perasaan halus dalam hati beliau yang tersimpan kukuh," ulas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kini, tambahnya, adalah amat sedih Mahathir terjebak dengan agenda menyemarakkan api perkauman dan agama semata-mata cuba mengekalkan kuasa Umno dan parti perkauman komponen parti Barisan Nasional yang semakin ditolak oleh rakyat.

"Apa tujuan beliau memainkan sentimen perkauman yang beliau sendiri tahu kesannya bilamana ianya gagal dikawal?

"Apakah semata-mata kerana untuk mengekalkan kuasa Umno dan parti perkauman yang semakin ditolak oleh rakyat, beliau terus menaruh harapan pada elemen perkauman sebagai agenda utama pada setiap kali pilihanraya?" soal Tuan Ibrahim.

Melihat sikap Mahathir yang kini semakin tidak bertindak sebagai seorang bekas perdana menteri yang sepatutnya, Tuan Ibrahim merenung apakah hasrat Mahathir untuk negara Malaysia dengan permainannya kini.

"Saya terkadang berfikir sendiri ke mana Tun Mahathir nak bawa negara kita ini.

"Betul, beliau seorang ahli umno dan bekas pimpinan lama, namun jikalau beliau bukan bekas perdana menteri, tak kisahlah sangat, tetapi segala tindakan beliau benar-benar meluahkan rasa kecewa kerana 'sepatutnya' beliau kena bertindak seperti beliau masih PM (dalam menjaga perpaduan kaum)," kata Tuan Ibrahim.

Posted: 09 May 2011 10:14 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Umno akan mengadakan simulasi pilihan raya olok-olok sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 pertengahan Julai ini.

Proses itu akan melibatkan semua peringkat jentera parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Menurut Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, langkah itu diambil bagi melancarkan persiapan parti menjelang pilihan raya umum ke-13.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Umno Selangor membuat persiapan menghadapi pilihan raya.

Desas-desus menyebut pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan ataupun awal Oktober.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum Ramadan ini.

Bagaimanapun menurut Tengku Adnan, simulasi tersebut hanya melibatkan jentera Umno.

"BN akan dibuat secara berasingan dan akan diputuskan dalam mesyuarat BN akan datang," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Mengenai komen bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar BN tidak menggadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini, Tengku Adnan berkata pandangan bekas presiden Umno itu akan diambil kira.

"Dalam Majlis Tertinggi Umno yang lepas pun kita ada bincang mengenai isu ini, kita serahkann kepada Perdana Menteri untuk buat keputusan," katanya.

Fungsi bank Islam perlu dibaiki bagi jana ekonomi, kata ISRA

Posted: 09 May 2011 10:13 PM PDT

Oleh Zulaikha Zulkifli


KUALA LUMPUR — Status dan fungsi perbankan Islam di Malaysia, yang berusia lebih tiga dekad, perlu diperbaiki bagi menjana ekonomi masyarakat, kata Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Dalam Kewangan Islam (ISRA), Prof. Madya Dr Mohamad Akram Laldin.

Justeru kata beliau, dari segi fungsi bank Islam itu sendiri, ia boleh dipertingkatkan selain hanya menjadi perantara kewangan.

"Bank-bank Islam boleh buat lebih dari apa yang mereka lakukan sekarang. Mereka perlu banyakkan aktiviti yang berkaitan masyarakat dan dalam pada sama menjana ekonomi masyarakat tersebut.

"Sebagai contoh, aktiviti membangunkan kawasan perumahan. Selama ini bank Islam hanya memberi pembiayaan kepada pemaju perumahan, tetapi mengapa tidak bank Islam sendiri bersama dengan pemaju membangunkan perumahan di kawasan-kawasan tertentu," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Kelmarin beliau membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Kewangan Islam 2011, bertajuk "Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti".

Selain perbaiki fungsi dan status bank Islam, Akram berkata, peranan penasihat syariah juga harus diperkasakan.

Katanya, penasihat yang sedia ada kini, kebanyakannya tidak mahir dalam bidang kewangan.

Selain bank Islam sendiri, di Malaysia beberapa bank konvesional juga menyediakan perkhidmatan perbankan dan kewangan Islam.

Ia mengalami peningkatan sejak beberapa tahun lalu.

"Kita perlu perbanyakkan lagi penasihat syariah yang mendalami bidang kewangan ini.

"Hal ini penting kerana penasihat yang sedia ada kebanyakannya hanya tahu mengenai syariah sahaja tetapi tidak tahu mengenai kewangan," katanya.

Justeru, beliau menyarankan agar penasihat syariah perlu mempelajari lebih banyak perkara yang berkaitan kewangan.

"Selain memberi pandangan sahaja, mereka (penasihat syariah) boleh pelajari tentang selok-belok kewangan daripada orang industri itu sendiri. Jadi, secara tidak langsung ia boleh memaksimumkan lagi kewujudan mereka dalam industri perbankan," ujarnya.

ADUN mahu Utusan dilarang masuk Dewan

Posted: 09 May 2011 04:31 PM PDT

Susan Loone


Seorang ADUN DAP Pulau Pinang menggesa supaya akhbar milik Umno - Utusan Malaysia dilarang membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu hari ini.

penang state assembly 201108 jagdeep singhBeliau membuat gesaan itu, sehari selepas kerajaan negeri, dengan
kerjasama dengan NGO, meraikan ulangtahun pertama penubuhan Sudut Pidato - untuk kebebasan bersuara - di Esplanade.

Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein nampaknya tidak mampu melakukan tugasnya untuk mengambil tindakan terhadap Utusan yang didakwanya meniupkan sentimen perkauman yang serius.

Oleh itu, tegasnya, biarkan DUN Pulau Pinang menunjukkan kepada Hishammuddin bahawa ia mampu melaksanakan tugas menteri berkenaan, dengan meminta Utusan keluar dari sidang dewan.

Jagdeep mendakwa, akhbar itu telah terlalu banyak memutarbelitkan (berita) dan beliau amat bimbang "apa yang bakal mereka lakukan dengan persidangan dewan tersebut".

ADUN Datuk Keramat itu membuat gesaaan itu dalam responnya kepada ucapan Exco Kesihatan, Kebajikan, dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, yang bercakap mengenai kerelevanan Klinik 1Malaysia sewaktu menggulung ucapan Yang di-Pertua Negeri di DUN hari ini.

JaNONEgdeep yang juga seorang peguam merujuk kepada kontroversi
laporan berita muka depan Utusan Jumaat lalu, yang membayangkan DAP berpakat dengan sekumpulan pastor untuk meminda agama rasmi negara ini, bagi memberi laluan kepada orang Kristian menjadi perdana menteri.

Berita tersebut dibuat berdasarkan kepada tulisan dalam dua blog pro-Umno - Bigdog.wordpress.com and Marah ku - yang mendakwa bahawa seorang pemimpin DAP yang juga ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi, telah menghadiri satu pertemuan sulit dengan sekumpulan pastor untuk tujuan tersebut di Pulau Pinang.

Hishammuddin telah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'satu perkara yang serius' sekiranya ianya benar.

Manakala menteri Penerangan, kebudayaan dan komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim pula berkata tulisan tersebut perlu disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Ekoran itu, banyak laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Ooi yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, oleh pertubuhan Melayu seperti Pembela dan PERKASA.

Ooi telah menafikan dakwaan tersebut dan turut membuat laporan polis, mendesak polis menyiasat akhbar tersebut serta blog terbabit.

Jagdeep mendakwa Utusan Malaysia belum puas hati dengannya cadangan '1Melayu 1Bumi' dan kini mendakwa pula yang partinya mempunyai rancangan sebuah negara Kristian

Polis tahan guru didakwa rogol anak murid

Posted: 09 May 2011 04:17 PM PDT

BERNAMA


Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, semalam kerana didakwa merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas.

Guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu pada pukul 3.30 petang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata guru berkenaan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters tersebut.

"Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa telah beredar dari rumah itu.

"Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Mohd Haris berkata guru berkenaan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan keluarganya tinggal di Kedah.

Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada salah seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga.

Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis semalam.


Isteri sebak cerita kenangan bersama Teoh

Posted: 09 May 2011 04:13 PM PDT

S Pathmawathy


Isteri Teoh Beng Hock - Soh Cher Wei - sebak serta menitiskan air mata ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung kematian suaminya.

Air matanya tidak dapat ditahan menitis di pipinya ketika dia menceritakan secara panjang lebar mengenai personaliti Teoh dan tentang hubungan mereka.

Pesuruhjaya Mohamad Hatta Shaharom meminta Soh menceritakan mengenai hubungannya dengan Teoh dan "apakah makna cinta mereka" kepadanya

Soh yang sebak dan terpaksa menunggu seketika sebelum menjawab soalan tersebut, kelihatan mengesat air matanya sambil berkata, dia menganggap Teoh sebagai lelaki untuknya berkongsi hidup hingga ke akhir hayat.

soh cher wei 02"Dia seorang yang baik. Dia menyayangi saya dan keluarganya," kata
guru berusia 30 tahun itu dari Batu Pahat, Johor, ketika menjawab soalan Hatta mengenai apa yang disukainya tentang diri Teoh.

"Bila saya baru mengenali dia, saya mendapat tahu yang dia seorang yang amat menyayangi keluarganya dan dia akan menghubungi ibunya hampir setiap hari. Dia akan pulang ke Melaka setiap minggu," kata soah ketika menjawab soalan pegawai pengendali, Awang Armadajaya Awang Mahmud. [Baca berita penuh]Sementara itu, Bernama melaporkan pengerusi suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mengingatkanadik perempuan Teoh supaya tidak mengeluarkan kenyataan salah berhubung prosiding siasatan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya Teoh Lee Lan berbuat demikian.

"Kami telah bertugas hingga larut malam dan lebih masa untuk mencari kebenaran. Kami tersinggung dengan tuduhan sedemikian. Malah peguam Majlis Peguam Christopher Leong sendiri telah menyatakan secara terbuka tidak ada yang dapat menyokong perkara (dakwaan) sedemikian. Kami tidak akan biarkan ini mengganggu dan merosakkan prosiding ini," katanya.

Arahan Foong itu timbul setelah sebuah lamanweb menyiarkan artikel yang memetik kata-kata Lee Lan dalam satu sidang media pada 28 April lalu bertajuk "RCI sekongkol dengan SPRM".

Lee Lan yang disoal Foong berhubung artikel tersebut pada awalnya kelihatan tercengang dan menyatakan tidak tahu apa yang ditulis sehinggalah ditunjukkan artikel itu.

Bagaimanapun beliau tidak memberi jawapan (selepas membaca artikel) sama ada ada menyebutnya (dakwaan tentang prosiding) atau tidak.

Sementara itu, Lee Lan yang memberi keterangan dalam bahasa Kantonis yang diterjemah oleh seorang jurubahasa berkata beliau amat rapat dengan Teoh tetapi tidak dapat cam tulisan tangan abangnya bagi memastikan kesahihan nota 'selamat tinggal' yang dijumpai dalam beg Teoh.

Tambahnya, Teoh bukan seorang yang kuat agama dan hanya sekali ke kuil iaitu pada Tahun Baru Cina.

Ketika prosiding, Lee Lan gagal menjawab soalan dengan tepat dan kelihatan sebak apabila menceritakan karektor Teoh.

Selain Lee Lan, abang Teoh iaitu Meng Kee, tunang Teoh Soh Cher Wei dan bapa Teoh, Leong Hwee turut dipanggil memberi keterangan hari ini.

Teoh, 30, setiausaha politik Ean, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner, pada akhir siasatannya, membuat keputusan terbuka.

Prosiding disambung esok.

RCI: Ketua pendakwa bimbing saksi jawab soalan?

Posted: 09 May 2011 04:09 PM PDT

S Pathmawathy


Ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Razak Musa hari ini dituduh membimbing para saksi bagaimana hendak menjawab soalan dari suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

pegawai kanan penguatkuasa Azian Umar, yang dipanggil semula oleh Majlis Peguam untuk memberi keterangan dalam siasatan hari ini berkata, Abdul Razak telah mengarahkannya untuk hanya menjawab bila ditanyakan dan jangan jawab jika tidak ditanya".

Perkara itu dibangkit ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee (kiri) menyoal Azian mengenai SMS antara beliau dengan pegawai atasannya, Hairul Ilham Hamzah.

Kandungan SMS itu menjadi perhatian.

Azian pada 17 Julai 2009 - sehari selepas kematian Teoh - nampaknya merayu kepada Hairul supaya tidak mengarahkan para pegawai bawahannya "membuat kenyataan palsu".

Cheow bertanya kepada Azian - yang sebelum ini telah memberi keterangan kepada RCI pada 28 Februari - mengapa dia tidak memaklumkan maklumat mengenai SMS tersebut.

Selepas berhenti seketika, dia berkata: "Ia bukan satu isu (dan) saya tidak mahu menjadikannya satu isu."

Jawapannya berhubung peranan Abdul Razak'menyebabkan pengerusi RCI, Datuk James Foong bertanya kepada peguam SPRM Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau sedar tentang arahan tersebut.

Tiada ulasan: