Selasa, 10 Mei 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pas Bersama PR Melayu Untung Umno Rugi

Posted: 10 May 2011 06:11 AM PDT

Oleh Ust Idris Ahmad.

Sejak Pas bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya Pas jangan bersama PR, barulah kami akan sokong Pas. Persoalannya ketika Pas bersendirian pun puak ini tidak menyokong Pas juga. Ini hanya golongan mencari alasan sahaja.

Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara.Berbagai alasan supaya Pas keluar daripada PR, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh Pas berpakat dengan umno. Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri daripada umno. Selama ini pemimpin umno, mengangap umno sahaja boleh menjaga melayu. Sebenarnya yang rugi bila Pas bersama PR ialah umno.

  • Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas. Pemimpin umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat meraka sudah tidak ada lagi. Selangor ialah sebuah negeri industri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika Pas tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin umno menjadi koperat, melayu merempat.

  • Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan umno. Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

  • Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulamak yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Samaada melalui ceramah, forum, kuliah,wacana ilmu. Selama ini orang Melayu dijauhi dengan ulamak yang muttaqin. Ulamak diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom bekas mufti kerajaan Selangor diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama. Sebenarnya umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulamak yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulamak mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulamak yang umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan umno dan tidak sealiran dengan perjuangan umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan Pas.

  • Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500. Malahan rakyat yang diperintah oleh umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri PR. Pemimpin umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap. Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri di kembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk ke dalam kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang melayu senang , pemimpin umno yang susah.

  • Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori. Bagaimana rakan-rakan PR yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam. Keceluparan mulut Dr Chua Saw Lek adalah bukti gagalnya umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram. Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam PR tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.

  • Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat. Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak, semuanya angkara kroni umno.

  • Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid. Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno. Begitu juga kemampuan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion. Apa yang mengejutkan Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Malahan negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad "ICU". Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong.

  • Melayu untung apabila Pas bersama dengan PR, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan Pas akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela. Ia berlainan daripada tindakan umno yang mengkhianat orang susah kebetulannya orang Melayu. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin. Buktinya wang untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak RM32 juta lesap. Dana untuk saham bumiputera sebanyak RM52 bilion telah lesap. Dana sebanyak ini membolehkan bumiputera memiliki ekuiti saham lebih 45 peratus.
  • Pembedahan pelastik yang menakjubkan

    Posted: 10 May 2011 03:31 AM PDT

    Orang pertama Amerika yang menerima pembedahan pelastik wajah penuh berkata, kata-kata pertama anak perempuannya saat melihatnya setelah pembedahan itu adalah: " Ayah, anda nampak sungguh tampan"

    Dallas Wiens bergabung dengan pakar bedah pelastik di Brigham dan Women's Hospital di Boston untuk penampilan awam pertama sejak prosedur 15-jam pada bulan Mac lalu.

    Berasal dari Texas, berusia 25 tahun itu diberi hidung baru, bibir, kulit, otot dan saraf daripada penderma tanpa nama.

    Berkacamata gelap dan berjanggut
    En. Wiens berkata: "Rasanya seperti asal."

    Operasi ini dibayar oleh tentera AS, yang berharap untuk menggunakan penemuan daripada prosedur untuk membantu tentera dengan wajah luka parah.

    En. Wiens menjadi buta dan hampir seluruhnya wajahnya terbakar setelah kepalanya menghentam kabel elektrik ketika dia mengecat sebuah gereja pada November 2008.

    Dia muncul di ruangan bilik dipenuhi wartawan dan jurugambar dengan wajah, baru agak bengkak dan rambut kepala baru.

    "Saya dapat menyesuaikan diri dengan sangat cepat," katanya.

    "Seiring berjalannya waktu saya boleh mencium bau semula dan bernafas melalui hidung saya .. Setiap langkah perjalanan ini adalah menakjubkan."

    Wajah Dallas Wiens sebelum menjalani pembedahan

    Pakar bedah itu berkata memulihkan penglihatannya tidak pernah merupakan pilihan.

    Mereka menambah kata, beberapa saraf telah rosak teruk. En. Wiens mungkin hanya sensasi separa di pipi kiri dan sisi kiri dahinya.

    Elakan Semangat Berpuak-puak dalam parti

    Posted: 09 May 2011 10:06 PM PDT

    Sempena Muktamar PAS yang tidak lama lagi , beserta semangat untuk menggantikan UMNO, maka elok juga dijadikan renungan kita bersama tentang beberapa punca yang menyebabkan perpecahan dalam Umno. Mudah-mudahan PAS dapat menghindari gejala tersebut dari menjalar kedalam PAS.

    Antara persoalan yang dikemukakan kepada Allahyarham Tun Hussein Onn dalam temuramah yang dirakamkan berikut adalah :

    1.Didalam pimpinan Dato' Onn , Allahyarham , Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Allahyarham Tun Razak, mahu pun yang Berbahagia Tun sendiri, tidak terdapat semangat berpuak-puak di dalam parti seperti sekarang. Apa pendapat Yang Berbahagia Tun tentang sikap berpuak-puak didalam Umno ini?

    2. Berkaitan dengan pertandingan tahun '87, dimana ahli-ahli Umno akan memilih pucuk pimpinan; saya nak tanya dengan Tun, sewaktu Tun menjadi presiden Umno , terdapat juga pencabar terhadap kepimpinan Tun. Mengapa Tun tidak mengambil sikap mengecam tokoh yang mencabar kepimpinan Tun itu?

    Sila ikuti apa jawapan Allahyarham Tun dalam rakaman berikut :

    Tiada ulasan: