Selasa, 10 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Dibuang Kerja Kerana SOLAT!

Posted: 10 May 2011 05:00 AM PDT


Saya petik:

[SH] ALOR GAJAH - Hanya kerana mahu menunaikan solat, seorang pemandu lori sebuah syarikat simen konkrit di Rumbia, dekat sini mendakwa diberhentikan kerja oleh majikannya, kelmarin.

Semuanya kerana dia tiba lewat ke tempat ditujui selepas mengambil sedikit masa singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat Zohor.

Rosli Awang, 49, yang tinggal di Kampung Cerana Putih, Taboh Naning, di sini berkata, kejadian itu ternyata mengecewakannya.

Dia yang juga merupakan seorang pesara tentera tidak menyangka menerima hukuman sedemikian selepas mula berkerja di syarikat terbabit kira-kira tiga minggu lalu.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 1.40 petang itu, dia memandu lori keluar dari tempat kerjanya di Jalan Lendu, Rumbia untuk menghantar simen konkrit ke Taman Paya Rumput Permai.

"Kerana sudah masuk waktu solat, saya singgah di Masjid Jamek Kampung Paya Rumput sekejap untuk solat Zohor. Ketika itu saya nampak seorang rakan saya memandu lori di belakang sudah memintas lori saya dan menuju ke tempat diarahkan.

"Selesai solat, saya terus sambung kerja menghantar simen konkrit ke tempat diarahkan. Semasa saya menurunkan simen konkrit dari lori, rakan saya itu sudah bersiap sedia hendak bergerak menuju ke tempat kerja semula,"
katanya.

Menurutnya, majikannya kemudian menghubunginya bertanya mengapa lewat, sedangkan sudah bergerak awal dari rakannya itu.

"Semasa saya beri penjelasan, dengan marah dia terus putuskan talian telefon. Sampai semula di tempat kerja, majikan memanggil saya ke dalam bilik pejabat," katanya.

Rosli berkata, dia terkejut apabila majikannya mengarahkan dia membasuh lori berkenaan dan meletakkan ke parkir, sedangkan tugasan masih belum selesai.

"Majikan saya kata, dia tidak suka pekerja ingkar dan menganggap pergi solat sebagai membuang masa. Kemudian dia mengarahkan saya balik rumah dan tidak perlu datang kerja lagi," katanya.

Berikutan tindakan itu, Rosli membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat, di sini.

Dia turut bercadang membawa perkara itu kepada Persatuan Pelindung Pengguna Negeri Melaka sebelum dirujuk ke Jabatan Buruh Negeri. 

P/s: Jika benar, memanglah majikannya LAHANAT!

Utusan Malaysia Fitnah Anwar Isu "Pandi Kutty" Najib

Posted: 10 May 2011 03:00 AM PDT


Saya petik:
[TVS] SHAH ALAM 10 MEI : Parti Keadilan Rakyat menganggap sebagai  lucu,  fitnah terbaru Umno dan Utusan Malaysia menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya menggunakan ungkapan 'Pandi Kutty'  terhadap Perdana Menteri Najib Razak pada satu ceramah Sabtu lalu.

Naib Presiden PKR,  N Surendran yang hadir pada ceramah berkenaan  berkata, Ketua Pembangkang menggunakan ungkapan itu hanya untuk menggambarkan rasa jijik terhadap taktik  Umno menggunakan video lucah dan fitnah untuk menjatuhkan beliau.

"Saya berada di sana dan saya dengar Datuk Seri Anwar menggunakan perkataan itu secara umum.  Dia merujuk kepada kelakuan dan politik jijik (Umno).
"Surat khabar Umno memperbesarkan perkara ini tetapi mereka sendiri menggunakan perkataan dan tuduhan lebih teruk daripada perkataan 'pandi kutty'  Utusan dan Umno menfitnah orang liwat tanpa bukti, menuduh kononnya Anwar adalah pelaku dalam video seks walaupun tidak ada bukti," tambah beliau.

Rakaman ceramah itu di Dewan Hamzah Klang, Sabtu lalu oleh TvSelangor  menunjukkan  Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik kotor politik yang digunakan untuk menjatuhkan beliau.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menyifatkan Umno sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.

Berikut adalah petikan ucapan  Anwar di ceramah yang dimaksudkan Utusang :

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty".
"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," kata Anwar dalam ceramah itu.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar , kerana kononnya menggunakan ungkapan "pandi kutty"  terhadap Perdana Menteri .

Malah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)  Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami   "sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya."

Surendran berkata fitnah "pandi kutty"  terbaru yang cuba disebarkan oleh Utusan Malaysia dan Umno melucukan.   

"Jika dibandingkan dengan politik kotor BN, saya ingin ketawa bila saya lihat mereka tiba-tiba buat bising mengenai satu perkara yang begitu remeh seperti ini, " kata Surendran.

Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

Antara yang mengecam akhbar itu adalah Kesatuan Wartawan Kebangsaan. Presidennya  Hatta Wahari bekerja di Utusan tetapi dipecat minggu lalu kerana didakwa bertindak melanggar kepentingan syarikat.
Muka-muka penjilat UMCO & Najib!

P/s: Memang celaka puak kaki fitnah dan Utusan Malaysia!


Anak Syarikat Felda Beli Kilang Raja Gula, Kemudian Naikkan Harga Gula

Posted: 10 May 2011 01:50 AM PDT


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak untuk mengumumkan jumlah transaksi pembelian Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, pembelian itu dilakukan menerusi anak syarikat Felda, iaitu Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH).

"Felda ialah sebuah syarikat berkepentingan kerajaan. Mengapa jumlah pembelian tersebut tidak diumumkan secara terbuka? Agensi mana yang dilakukan untuk membuat penilaian aset dan liabiliti syarikat tersebut," soal Azan.

Azan Ismail mendakwa, kerajaan seolah-oleh menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan rakyat, sehinggalah rentetan dari siri kenaikan barangan keperluan termasuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang diumum kerajaan semalam.

Menurut laporan media, FGVH turut membeli Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sebidang tanah seluas 5,800 hektar di Chuping, Perlis dan 20% pegangan Tradewinds (M) Bhd dengan anggaran jumlah RM 1.5 billion.

Difahamkan kini, Robert Kuok, yang juga jutawan pertama di Malaysia kemudiannya membeli syarikat CSR Limited, iaitu pengeluar gula terbesar di Australia.

"Sekarang ini, jika Felda mahu mengimport gula dari Australia, agensi tersebut akan membeli dari syarikat yang dimiliki oleh Robert Kuok.

"Ini tidak memberikan makna kepada Felda kerana pada akhirnya nanti, sekiranya ada kenaikan harga gula di negara ini, maka Felda akan dipersalahkan.

"Sedangkan, keuntungan awal telah dikaut oleh orang yang sama, iaitu kroni Barisan Nasional dan pernah mendapat faedah dari monopoli gula selama puluhan tahun di negara ini.

"Felda belum tentu mendapat keuntungan, kerana gula adalah barangan kawalan. Jika ada pun, sudah tentu ia 'disedut' oleh pihak ketiga yang menjadikan nilai terkumpul tersebut sebagai dana pilihan raya bagi pihak Barisan Nasional," tambah Azan.

Dalam pada itu, Azan Ismail mendakwa, kerajaan cuba mewujudkan suasana tenteram di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dengan mendakwa, pembelian syarikat gula tersebut oleh Felda menunjukkan kerajaan prihatin terhadap agensi yang banyak memberikan faedah kepada orang Melayu itu.

"Orang Melayu jangan terperangkap dengan tindakan kerajaan ini. Pembelian kilang gula milik Robert Kuok oleh Felda tidak memberi jaminan bahawa nasib orang Melayu lebih terbela.

"Kita tidak tahu siapa yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut yang akan mengaut keuntungan. Apatah lagi proses pembelian FGVH tidak diumumkan secara terbuka. "Sebab itu, kita tuntut dokumen tersebut didedahkan kepada umum," ujar Azan

Pakar Dakwa MALAYSIA TIADA AGAMA RASMI. Siapa Terlibat Draf Perlembagaan?

Posted: 10 May 2011 12:30 AM PDT

Pakar: Malaysia tiada agama rasmi, Islam cuma agama persekutuan

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah "agama rasmi" negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama "rasmi" dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahaya", yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

"Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.


"Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa "agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan" dan menekankan bahawa perkataan "rasmi" tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

"Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.

Beliau menambah, "setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan."

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

"Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan," kata peguam itu.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.

Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

"Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

"(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

"Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan," katanya.

P/s: Siapa yang terlibat gubal Perlembagaan dahulu? Orang ini patut "dimaki" oleh UMCO dan PERKASA!

Dua Skandal Rasuah Scorpene Didedahkan oleh Kerajaan Perancis

Posted: 10 May 2011 12:05 AM PDT

 
Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu.

"Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia.

"Jika benar, ini bermakna dalam penbelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi," katanya.

Berita mengenainya disiarkan dalam Suara Keadilan, edisi ke 15 yang berada di pasaran sejak hari ini.

Cynthia berkata, dokumen itu diperoleh selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.

"Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu.

Baru-baru ini, laman web Rue89 yang berpusat di Perancis mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar komisyen RM493 juta sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Laporan itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

P/s: Mahiaddin kata, perangi rasuah suatu jihad. Kah kah kah!

[PANAS] Surat Ketua Bahagian UMCO Mohon Kelulusan "Pengundi Hantu" untuk Menangkan BN di Hulu Selangor pada PRU 13

Posted: 09 May 2011 09:45 PM PDT

Klik untuk besarkan imej.

Salinan surat ini saya peroleh dari rakan FB yang mengirimkannya ke e-mel saya. Menurutnya, sumber gambar ini dari Twitter Nik Nazmi (PKR). Selepas diselidik memang benarlah bahawa gambar ini ditweet oleh Nik Nazmi kira-kira sejam tadi.

Perkara surat rasmi ini berbunyi: PILIHANRAYA UMUM 13 -MEMOHON KELULUSAN MENDAPATKAN WARGANEGARA MALAYSIA/PR BAGI KAWASAN PARLIMEN HULU SELANGOR, SELANGOR. 

Surat ini ditujukan kepada Hisahamuddin selaku Menteri KDN. Pengirim surat ini mendakwa telah mengenal pasti individu termasuk PR yang boleh membantu kemenangan BN di Hulu Selangor. Ringkasnya, pengirim meminta kelulusan Menteri KDN agar individu atau "pengundi hantu" ini diberi tempat dan ruang untuk mengundi dalam PRU 13.

Persoalannya, adakah surat ini asli? Jika surat ini terbukti asli, maka sudah terang lagi bersuluh agenda jahat BN untuk merampas Selangor dari Kerajaan PR. Apa tindakan pihak berkuasa?

Versi terang.

P/s: Tiba-tiba teringat kata-kata Najib tentang gunakan apa-apa sahaja "senjata" untuk rampas Selangor. Adakah ini salah satu daripadanya? Aduhai, bacul!!!!


Kemas Kini:
KENYATAAN AKHBAR PKR SELANGOR
Hari ini saya mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa kami telah berjaya mengesan bahawa seramai 2000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri.
 
Jelas, taktik kotor ini bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor pada PRU13 kelak. Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Dato Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang.
Malah, saya juga yakin bahawa kerjasama dari pihak rakyat dalam menyalurkan maklumat penyelewangan seperti ini membuktikan suatu penolakan besar-besaran dari pihak rakyat sendiri terhadap dasar kepimpinan beliau.

Dato Seri Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kini seharusnya lebih gentar dan berhati-hati kerana senario politik dan ritma kehendak rakyat kini sudah lebih matang dan tidak lagi mampu diperbodohkan dakyah media yang berat sebelah lagi. Taktik Umno menggunakan media untuk menjatuhkan imej pimpinan dan Pakatan Rakyat nampaknya sudah gagal.

Saya menyarankan agar mulai hari ini supaya Dato Seri Najib bersedia kerana kami barisan pimpinan Keadilan Selangor akan mendedahkan lebih banyak bukti penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Umno selepas ini.
Sekian. Terima kasih
 
YB HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
TIMBALAN PENGERUSI KEADILAN SELANGOR
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN MALAYSIA


[PANAS] Pemandu DS Anwar Ibrahim Akan Buat Laporan Polis Berkaitan Usaha Sabotaj Kenderaan DSAI

Posted: 09 May 2011 08:45 PM PDT


Saya petik:

LAPORAN POLIS OLEH PEMANDU PRIBADI DATO SERI ANWAR IBRAHIM

Pemandu peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Sdr Abdullah Sani bin Haji Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square( bersebelahan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square)pada jam 3.30 petang, hari Selasa, 10hb Mei 2011. Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Dato' Seri Anwar dan keluarga. Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 hb April 2011 yang lalu. Pohon pihak media hadir membuat liputan. Kerjasama pihak anda amatlah dihargai. Terima kasih.

P/s: Saya salin dan tampal dari Malaysia Waves.

Awas, Lelaki Simbah Asid Sasar Wanita Sendirian!

Posted: 09 May 2011 06:45 PM PDT


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya wanita dan pelajar yang sering berjalan bersendirian di kawasan sunyi seperti kawasan parkir, stesen komuter atau transit aliran ringan (LRT) serta laluan sekitar sekolah, diminta lebih berhati-hati dengan ancaman disimbah asid daripada lelaki misteri.

Sejak Februari hingga 27 Mac lalu, terdapat 18 kes kejadian simbah asid berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan kejadian itu reda seketika namun berulang kembali di Sentul dan Dang Wangi pada Jumaat dan Sabtu lalu. Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini semalam, mendedahkan kebanyakan mangsa di kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik bekerja serta terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields berlaku pada penghujung tahun lalu.

"Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India, modus operandi suspek bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai 'alkaline-based' atau 'oxidizing agent' ke arah muka atau badan mangsa. 

"Cecair itu akan memberi kesan radangan kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam kebanyakan kes serangan, suspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau sedang berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke tempat letak kenderaan. Selain itu, lokasi lain yang kerap menjadi sasarannya ialah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah dan pondok menunggu bas.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menyalurkannya kepada pihak polis dan mangsa atau sesiapa yang melihat kejadian dinasihatkan melaporkan kepada polis dengan cara menghubungi talian hotline 03-21159999 dengan segera.

"Ini bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini yang menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan orang ramai," katanya.

Sementara itu, pihak polis turut meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat yang menjadi sasaran kejadian itu.

Harian Metro semalam melaporkan lima wanita menjadi mangsa terbaru kes serangan asid dengan seorang daripadanya dikhuatiri buta manakala empat lagi cedera ringan di muka dan badan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di sekitar bandar raya mencecah 20 sejak Disember tahun lalu. Tiga kejadian terbaru berlaku di lokasi berasingan antara jam 9 pagi Jumaat lalu dan jam 3 petang kelmarin di Jalan Pudu Lama, tempat letak kereta pusat beli-belah berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Persiaran Titiwangsa di sini. 

P/s: Hati-hati!

Tiada ulasan: