Ahad, 1 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Undi Cina: Najib, Soi Lek Guna Politik Ugutan

Posted: 01 May 2011 04:21 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Ahli Majlis Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng menolak gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang Cina menyokong MCA jika mahu mengekalkan perwakilan kaum itu dalam kerajaan.

Chua berkata "nasihat" Najib itu adalah ugutan terang-terangan oleh Barisan Nasional demi meraih undi pada pilihan raya umum ke-13.

Chua berkata Najib dan Presiden MCA Chua Soi Lek terdesak mencari jalan untuk menongkah arus sokongan kaum Cina kepada Pakatan Rakyat seperti yang dizahirkan pada beberapa pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu.

"Itu seperti Sarawak lah, baru-baru ini Najib menggunakan ugutan yang sama terhadap SUPP tapi orang Tionghua masih sokong Pakatan Rakyat, dengan begitu jelas undi majoriti besar diterima masyarakat Tionghua," kata beliau.

"Tengoklah apa berlaku di Hulu Selangor, di pilihan raya kecil Tenang, dan baru-baru ini di Sarawak. Jelas orang Cina sudah bosan dengan politik perkauman Umno-BN yang bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam mahupun ajaran kaum Cina. Politik perkauman akan melemah dan memusnahkan negara," kata beliau kepada TVSelangor.

Chua berkata Najib dan MCA tidak perlu bongkak dan angkuh mengugut kaum Cina mengenai perwakilan mereka dalam kerajaan kerana belum tentu BN akan kekal sebagai kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Jelas beliau lagi, Tuhan akan menentukan segalanya, dan bukan Najib mahupun Chua Soi Lek, kata bekas Menteri Kesihatan itu.

Ugutan dua pemimpin itu mencerminkan mereka sememangnya terdesak berikutan peratusan pengundi kaum Cina yang menyokon parti pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini kian meningkat.

Mereka memang sudah terdesak, hari ini kita nampak di muka depan NST, Najib minta PAS tinggal DAP, tapi dia tak nampak apa yang berlaku di dalam BN, banyak parti yang terbaru ini, SUPP di Sarawak sudah tenggelam, MCA, Gerakan sudah kalah, MIC dan parti-parti lain sudah lemah sekarang."

Hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

MB : PAS UMNO Tidak Bergabung Kerana Beza Ideologi

Posted: 01 May 2011 04:19 AM PDT

TVS NEWS




KUALA KUBU BARU 1 MEI : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat perbezaan ideologi dan perjuangan antara Pas dan UMNO menyebabkan kedua parti itu tidak akan bergabung dalam apa jua keadaan sekalipun.

Menurut Khalid, banyak usaha telah dilakukan dalam menyatukan UMNO dan PAS telah gagal disebabkan prinsip berbeza mereka.

"Cara-cara begitu memang satu cara politik yang saya rasa, kalau sudah berlaku pun sudah berlaku bertahun-tahun, sebab Pas dan UMNO dua parti yang lama dan mereka mempunyai cara dan organisasi tersendiri," kata beliau selepas merasmikan Majlis Perasmian Kem Interaktif Sukma 2011 di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor semalam.

Khalid berkata beliau tidak percaya penyatuan antara dua parti itu akan berlaku apatah lagi PAS sebelum ini pernah dikhianati UMNO.

Selain itu Najib kerap pula menuduh PAS hanya menjadi alat kepada parti DAP dan tiada kepentingan dalam Pakatan Rakyat sedangkan PAS, DAP dan PKR mempunyai suara yang sama dalam gabungan ini.

"Pas pernah bergabung dengan UMNO pada awal tahun 70-an dan nampaknya mereka tidak sealiran dari segi konsep pembangunan rakyat dan juga pentadbiran negara.

"Saya tak percaya ini akan berlaku, walau bagaimanapun, dalam politik kita hanya melihat dan memerhati sahaja," ulas beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan kerajaan UMNO-Barisan Nasional agar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan menyertai UMNO.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Najib berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam namun gesaan Najib ditolak oleh pemimpin-pemimpin utama PAS sendiri.

Pakatan Perjuang Gaji Minima Untuk Semua Pekerja : Wan Azizah

Posted: 01 May 2011 04:17 AM PDT

TVS NEWS



SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus komited memperjuangkan memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia dan mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja selaras dengan piawaian antarabangsa.

Dalam perutusan Hari Pekerjanya, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan usaha ini terkandung dalam agenda 100 Hari di dalam Buku Jingga.

"Sebagai sebuah parti politik yang sentiasa berusaha mengangkat dan memperkasa keupayaan golongan pekerja, KEADILAN komited dalam inisiatif untuk mengupayakan hak pekerja dalam setiap aspek.

"1 Mei setiap tahun terus diingati sebagai hari bagi memperingati sumbangan dan komitmen golongan pekerja di seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara," kata beliau dalam Perutusan Hari Pekerja PKR hari ini.

Dr Wan Azizah menyatakan kebanyakan rakyat kini dibelenggu masalah kenaikan harga barang yang tidak setimpal dengan pertambahan pendapatan mereka.

Hal ini menyebabkan ramai yang bermasalah hingga menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan keluar dari kemiskinan yang menghimpit.

Selain itu, laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia minggu lalu, sejumlah sejuta rakyat Malaysia dilaporkan telah berhijrah dan membina kerjaya di luar negara manakala 43 peratus daripada jumlah itu tidak berhasrat untuk kembali semula ke tanah air selagi polisi ekonomi yang bersifat perkauman masih diamalkan pemerintah.

Menurut Dr Wan Azizah, masalah ini berlaku disebabkan polisi Kerajaan UMNO BN menyebabkan kebimbangan kepada rakyat negara ini.

"Gejala kenaikan harga barang yang sedang berlaku serta trend penghijrahan keluar warga Malaysia ke luar negara akibat polisi perkauman pemerintahan UMNO-BN merupakan sesuatu yang membimbangkan terutamanya melibatkan pertumbuhan ekonomi negara," tegas beliau.

Malah PKR juga menjamin akan memberikan tumpuan menyeluruh kepada masalah kenaikan harga barang yang terus membelenggu rakyat di samping mengenalpasti langkah-langkah untuk terus meningkatkan ekonomi rakyat terbanyak.

Himpunan 1 Mei - 21 Ditahan Termasuk Ahli Parlimen

Posted: 01 May 2011 04:05 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Polis menahan 21 termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jayakumar yang menyertai perhimpunan sempena hari pekerja di ibu negara hari ini.

Turut ditahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam.

Arutchelvam ditahan sejurus memberi kenyataan kepada media untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) mengenai tindakan polis menyuraikan perhimpunan aman mereka.

"Ada 75 NGO dan kumpulan yang yang menganjurkan perhimpunan hari ini dan tindakan polis menyuraikan mereka tidak betul dan bertentangan dengan hak asasi manusia. Kami akan membuat aduan kepada SUHAKAM tentang tindakan ini sekarang," kata beliau

Kira-kira 200 aktivis dan wakil pekerja kemudiannya berhimpun di depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Maju Junction membantah penangkapan itu.

Di situ juga Polis bertindak menangkap beberapa lagi peserta himpunan termasuk Dr D Jeyakumar yang cuba berunding dengan pihak polis dalam melepaskan mereka yang ditahan.

Hal itu berlaku dihadapan Pesuruhjaya SUHAKAM James Nayagam yang menganggap perhimpunan aman Hari Buruh ini sah dari segi undang-undang.

"Hari ini 1 Mei, hari pekerja, semua pekerja ada hak untuk berkumpul secara aman ikut perlembagaan. Mereka boleh berkumpul di sini dan berikan apa-apa memorandum kepada saya.

"Kalau kumpul di sini, memang pejabat saya, memang ada hak, kawasan persetujuan. Saya akan terima aduan dan akan bersama pesuruhjaya lain buat siasatan tentang apa yang berlaku," jelas James kepada TV Selangor

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini kemudiannya menbuat lapioran polis dan menuntut Ketua Polis Daerah Dang Wangi OCPD Zulkarnain Abdul Rahman yang mengetuai pasukan polis hari ini dipecat kerana melakukan pencabulan hak asasi manusia.

"Kami buat laporan polis terhadap OCPD Zulkarnain kerana arahan beliau dalam mengawal perarakan hari ini.Kami berhimpun secara aman namun beliau telah memberi arahan dan menyebabkan beberapa insiden keganasan polis berlaku. Beberapa orang kaum perempuan juga dipukul di Maju Junction. SUARAM membuat laporan ini untuk mendesak polis melepaskan mereka yang ditahan serta supaya Zulkarnain meletakkan jawatan beliau," kata Nalini.

Turut bersama dalam perhimpunan ini ialah Solidariti Mahasiswa Malaysia, gabungan kumpulan Mahasiswa yang memperjuangkan hak rakyat.

Pengerusinya Ahmad Syukri Abd Razab mahu Kerajaan Persekutuan mendengar suara rakyat sebelum menggubal apa-apa akta mengenai mereka seperti Akta Gaji Minima

"Akta (Gaji Minima) ini perlu dikaji semula kerajaan agar suara rakyat dapat didengar. Kami mahasiswa juga mendesak agar aktivis masyarakat yang ditangkap dibebas segera dan tidak akan berganjak selagi mereka tidak dibebas. Kita mahasiswa menyokong untuk kebebasan bersuara dan gaji minima yang dituntut oleh rakyat," kata beliau.

Tiada lagi p'raya kecil di 4 negeri

Posted: 01 May 2011 04:02 AM PDT

BERNAMA


Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan lagi di empat negeri sekiranya berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran penggal DUN negeri berkenaan telah genap tiga tahun.

Negeri berkenaan ialah Sabah yang tempoh tiga tahun DUN tamat pada 29 April, Negeri Sembilan (25 April), Selangor (22 April) dan Melaka (21 April).

Kedudukan DUN di negeri berkenaan berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Tiga negeri akan cukup tempoh tiga tahun DUN pada bulan ini adalah Terengganu (6 Mei), Kedah (20 Mei) dan Pahang (21 Mei), manakala DUN yang cukup tempoh tiga tahun bulan hadapan adalah negeri Perlis dan Perak (24 Jun) dan Johor (19 Jun).

Tempoh tiga tahun bagi DUN Kelantan adalah pada 7 Julai manakala Pulau Pinang merupakan negeri terakhir tempoh tiga tahun DUN tamat iaitu pada 21 Julai.

Mandat Kerajaan Persekutuan sekarang akan berakhir pada April 2013.

Rabu lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.

Abdul Aziz berkata tempoh akhir bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi DUN adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, katanya PRK boleh diadakan selepas tempoh itu sekiranya ada keperluan khas termasuklah jika berlaku situasi kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.

Selepas pilihan raya umum 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.

Enam kerusi Parlimen iaitu Pematang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala 10 kerusi DUN - Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.


PAS: Kerjasama dengan DAP dibenarkan agama

Posted: 01 May 2011 03:56 AM PDT

MALAYSIA KINI

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, termasuk dengan DAP dibuat atas nama tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Perkara itu, jelasnya tidak sama dengan "kerjasama wala" antara Umno dengan MCA dan MIC yang didakwanya menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam, lapor Harakahdaily.

tenang by election pas announce candidate 160111 hadi"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?" soal Hadi yang juga anggota parlimen Marang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempelawa PAS "beralih kepada yang lain" walaupun mungkin enggan menyertai BN.

Presiden Umno itu dilaporkan berkata, kerja keras PAS hanya memberikan keuntungan kepada DAP.

Abdul Hadi hari ini menyifatkan seruan Najib segai janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam melakukan kezaliman.

pakatan convention 191209 anwar guan eng hadi"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya.

Abdul Hadi malah membuat seruan balas supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya seperti dipetik akhbar web PAS.

Sumpah laknat: Fahami bila harus digunakan

Posted: 01 May 2011 03:52 AM PDT

Dr. Dzulkefly Ahmad


Penjelasan ini juga kepada Mamat dan 2kali5, yang membuat komen di blog saya.

Anda berdua perlu dengar jawapan dari ulama Umno dulu kalau nak faham tentang "Sumpah Mubahalah" yang disebut oleh 2-kali5 ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60.

Kalau tak ada dah ulama dari Umno yang boleh jawab tolong tanya dari ulama yang benar-benar ulama seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis.

Kalau tak dapat juga dari sumber mereka, baru saya rasa terpanggil untuk mendidik kamu berdua tentang "Sumpah Mubalahah".

Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan.

Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah "Sumpah Mubahalah" di haruskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah "muktamad" bagi menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul - atau sebab diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan sahabat-sahabat Baginda.

Lalu disyari'atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah.

Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang menipu.

(dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari'at.

Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID'AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita.

Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH.

Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda 'Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.

Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam.

Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu 'Penjagaan Maruah'.

Seharusnya mereka mengikut hukum syara' dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.

Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah.

Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti.

Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH 'Qazaf' (yang dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar'iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.

Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan kerana
tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam.

Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat.

Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.

Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya.

Najib macam ketam minta PAS berpisah dengan DAP

Posted: 01 May 2011 03:47 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman BN dahulu.

"Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.

"Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami," ujarnya.

Beliau mengulas alasan Najib bahawa PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP dan PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.

"PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam," ujarnya.

Katanya, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.

"Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya lagi.

Tambahnya, terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang.

"Siapa punya angkara?" soalnya.

Menuutnya, sekarang apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.

PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.

"Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali," ujarnya.

Malahan, menurutnya merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam.

Tambahnya, sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, apabila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP.

Dr M: Sumpah laknat Eskay betul

Posted: 01 May 2011 03:31 AM PDT

Susan Loone

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammed berkata ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hak melakukan sumpah laknat untuk mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks yang dirakamkan pada Februari lalu.

NONEDalam sidang media di Alor Setar semalam, Mahathir berkata, perkara itu dilakukan kerana Eskay merasakan beliau mempunyai hak melakukannya.

Manakala pihak yang enggan bersumpah pula mungkin merasa melakukan kesalahan, kata Dr Mahathir (kanan) sambil menegaskan kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama.

Bagaimanapun, tidak semua senada dengan pendapat Dr Mahahir itu. Terdapat pihak yang berpendapat bahawa kemuliaan masjid telah dicemari dengan tindakan yang diambil di Masjid Sentul semalam.

Bagi Naib Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid, tindakan Eskay bersumpah di sebuah masjid di Sentul pada Jumaat sebagai propaganda terbaru tajaan Umno.

Beliau juga mendakwa majlis angkat sumpah itu merupakan Bidaah Dalalah (bidaah yang sesat) dalam Islam.

Hisham teruskan niat saman Anwar

Posted: 01 May 2011 03:27 AM PDT

MALAYSIA KINI


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah agar masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

"Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui luar dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab," katanya kepada pemberita selepas penutupan mesyuarat perwakilan Puteri Umno Sembrong, dekat Kluang hari ini.

Hishammuddin berkata tindakan ketua umum PKR mengaitkannya dengan video seks tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

"Itu strategi...dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut," kata Naib Presiden Umno itu.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang, Hishammuddin berkata perkara itu adalah realiti kerana pakatan itu hanya menguntungkan DAP.

"Lihat sahaja sewaktu pilihan raya negeri Sarawak di Beting Maro yang mana disebut akan menjadi tempat yang akan dimenangi PAS, mereka bertanding di lima kerusi semata-mata untuk membuktikan mereka berjaya bertapak di Sarawak tetapi akhirnya lihat apa yang berlaku...mereka kalah semua kerusi yang ditandingi.

"Kita hendak ingatkan kepada PAS bahawa apa yang dibuat ini tidak membawa manfaat dan saya harap mereka akan kaji dan buat pertimbangan yang terbaik," katanya.

Mengenai tindakan kerajaan Selangor mahu membelanjakan RM600,000 bagi memasang papan iklan dalam kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata ia perbuatan terdesak untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap masalah yang dialami PKR.

Sambil meminta rakyat Selangor menilai tindakan kerajaan negeri itu membazirkan duit mereka, beliau berkata perbuatan tersebut bukan cara sebenar untuk berpolitik.

"Kerajaan mempertahankan ISA kerana ia ada kaitan rapat dengan jenayah rentas sempadan dan rakyat sendiri boleh terima, kerana kita telah menerangkan suasana hari ini yang menjadikan negara kita sebagai sasaran dan transit dalam soal jenayah antarabangsa memerlukan kita mempertahankan akta ini," katanya.

--Bernama

Umno terdesak dengan sokongan pengundi Cina

Posted: 01 May 2011 03:23 AM PDT

Rizal Tahir

TUMPAT: Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertemu dengan komuniti Cina di negara ini di samping tidak sabar untuk bertemu rakan sejawatnya dari China membuktikan usaha terdesak BN untuk mendapatkan sokongan kaum tersebut di negara ini.

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) berkata usaha itu tiada lain bertujuan untuk memberikan satu signal kepada masyarakat Cina di negara ini mereka mesra masyarakat Cina sehingga memberi liputan khas berhubung kedatangan Perdana Menteri itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas menziarahi adik Ahmad Izamuddin Mohammad, 19 yang terkena tembakan Unit Pencegah Penyeludupan baru-baru ini di perkarangan Hospital Daerah Tumpat.

Ketika Najib berusaha mendekati masyarakat Cina selepas kemenangan bergaya DAP di Sarawak, mesej berbeza dihantar oleh media Umno, Utusan Malaysia kepada masyarakat Cina di negara ini.

Oleh kerana terlalu ghairah untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri China ke Malaysia, pentadbiran Najib ditempelak dengan terjemahan banner yang menyambut kedatangan PM China itu apabila ia dibuat dengan semberono sahaja.

Najib terpaksa memohon maaf kepada PM China ekoran kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu.

Selain Najib, timbalan beliau, Tan Seri Muhyidin Yassin pula ke negara China untuk menarik pelabur dari sana sehingga ada yang berkata, "Duit China mahu tetapi orang Cina tidak dikehendaki."

Bagi Shamsul Iskandar, kenyataan Perdana Menteri kononnya beliau menyayangi masyarakat itu sebenarnya 'sayang ada makna tu' selepas menyedari kegagalan BN kurang mendapat sokongan kaum itu.

Jelasnya, Umno dan BN semakin terseksa selepas pilihanraya umum lalu terutama pilihanraya negeri Sarawak apabila mendapati sokongan kaum Cina terhadap mereka semakin merosot.

Beliau bagaimanapun yakin tindakan BN itu tidak akan dapat membeli hati pengundi masyarakat Cina kerana sedar usaha itu hanya sekadar menawan hati pengundi berkenaan.

"Masyarakat Cina telah lama menyedarinya dan kita berharap rakyat lain di Negara ini juga turut berbuat demikian kerana Umno sebenarnya tidak relevan lagi untuk mentadbir Negara,"ujarnya.

Anwar ramal PRU-13 sebelum bulan Ramadan

Posted: 01 May 2011 03:20 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Pendirian ultra Melayu makin ketara yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan seks video yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini.

Barisan Nasional (BN) menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah.

"Saya boleh kata sebelum (bulan) puasa, sebelum Ogos (bulan Ramadan mengikut kalendar Islam). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa," kata Anwar kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.

Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri awal September.

Sebulan selepas itu umat Islam akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.

Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat semasa akan berakhir April 2013.

Desas-desus sebelum ini menyebut pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan awal tahun ini, tetapi setakat ini ramalan itu telah meleset.

Malah ramalan seterusnya menyebut bahawa pilihan raya umum akan diadakan sejurus selepas pilihan raya negeri Sarawak, yang berakhir 16 April lalu, juga meleset.

Penganalisis dan pemerhati berkata tidak mungkin pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam sebulan dua ini ekoran prestasi di Sarawak di mana BN hanya memperoleh 55 kerusi, lebih rendah berbanding 2006, walaupun jumlah itu melebihi majoriti dua pertiga.

Selain undi populariti yang menurun, sokongan pengundi Cina juga belum kembali pulih.

Justeru, penganalisis dan pemerhati memberi tarikh baru pilihan raya umum iaitu pilihan raya akan diadakan pada suku akhir tahun ini ataupun awal tahun depan.

Video seks, yang si pelakunya didakwa mirip Anwar, telah didedahkan oleh "Datuk T" yang terdiri daripada tiga individu termasuk bekas ketua Pemuda Umno dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pada 21 Mac lalu — pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

Anwar yang kini berhadapan dengan kes liwat keduanya menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan si pelaku dalam rakaman video itu.

Tiga hari lalu, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Anwar, Ketua Pembangkang, yang sejak lebih sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak."

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada akan memanggil Anwar membela diri ataupun membebaskannya daripada tuduhan liwat itu pada 16 Mei ini.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang diadakan sehari sebelum rakaman video tidak diedit itu disiarkan, Anwar berkata, waktu BN menggunakan media arus perdana untuk membangkitkan isu video seks itu menunjukkan pilihan raya umum tidak jauh.

"Lihat bagaimana mereka (BN) menguruskan media, mereka kelihatan sangat terdesak . . . ini adalah kad terakhir mereka.

"Adakah anda boleh membayangkan mana-mana negara menggunakan pornografi sebagai bahan kempen khususnya negara-negara Muslim . . . saya tidak pernah melihat perkara ini ketika saya berada dalam Umno," kata Anwar yang bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno.

Anwar dipecat pada September 1998.

Selain itu, Anwar juga memberi amaran bahawa pendirian Melayu ultra Umno sejak kebelakangan ini satu lagi petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, memandangkan parti itu kelihatan semakin ekstrem untuk mendapatkan undi orang Melayu.

"Mereka perlu menggunakan (elemen) perkauman yang melampau ini . . . apa lagi mereka boleh lakukan?

"Kami tidak tahu apa yang Najib percayai... Utusan bercakap mengenai 1 Melayu manakala NST (New Straits Times) pula 1 Malaysia," katanya lagi.

Hadi jawab Najib: Lebih baik tinggal Umno, sertai PAS

Posted: 01 May 2011 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR — Membalas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.

"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam laporan dibawa Harakah Daily hari ini, Presiden PAS itu menegaskan, seruan Najib semalam adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

"Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau.

"PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.

"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," kata Hadi lagi.

Jelas Hadi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama "tahaluf siyasi" yang dibenarkan agama dan tidak menggadai prinsip.

Hadi menambah, kerjasama PAS-DAP tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadai prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara ini.

"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?

"Siapakah pula yang mendiskriminasi penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?" kata Hadi.

Selain itu soal Hadi, "siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?"

Justeru kata Hadi, jawapannya adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.

Selain Hadi, semalam pemimpin-pemimpin kanan PAS, antara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden Salahuddin Ayub juga menolak bulat-bulat pelawaan Najib.

Muhyiddin: Umno tak akan gadai prinsip

Posted: 01 May 2011 03:14 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

MUAR — Umno tidak akan menggadai prinsip perjuangannya walaupun berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, berlainan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, pihaknya tidak akan menggadai prinsip politiknya semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, lebih lama PAS berada di dalam pakatan pembangkang, lebih banyak prinsip perjuangan parti itu akan terhakis dan tergadai.

"Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno," kata beliau dipetik Bernama Online.

"PAS sebaliknya boleh mengenepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik," katanya. Muhyiddin yang juga Ketua Umno Pagoh berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Pagoh di Kompleks Sri Pekembar hari ini.

PRU-13: Pendirian MCA langkah maruah, kata Perkasa

Posted: 01 May 2011 03:13 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



GEORGE TOWN — Perkasa menyambut baik pendirian Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk tidak memegang jawatan dalam kerajaan jika parti itu ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, keputusan itu adalah yang terbaik bagi pemimpin parti yang calonnya gagal mendapat sokongan rakyat.

'Ini merupakan pendirian bermaruah dan tepat dalam politik. Tidak ada sebab untuk berada dalam kerajaan sekiranya tidak mendapat sokongan dalam kerajaan,' katanya dipetik Bernama Online.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas iu bercakap kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini.

Kelmarin, MCA komponen kedua terbesar dalam BN, mengumumkan pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13.

Dr. Chua berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

''Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen BN.

''MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara,' kata beliau.

Mengulas kenyataan itu semalam, Perdana Menyteri Datuk Seri Najib Razak berkata kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri.

Sehubungan itu Najib berkata masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.

'Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,' kata beliau.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

Inilah cakap orang tak ada ilmu agama, ikut sedap mulut

Posted: 30 Apr 2011 10:44 PM PDT

PASPB


Kata Perdana Menteri Najib Razak, sumpah laknat itu adalah hak individu. Jika ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan rakan kongsinya dalam kumpulan Datuk T, atau sesiapa sahaja mahu bersumpah bahawa mereka bercakap benar apabila menuduh Anwar Ibrahim berzina, kata Najib, itu adalah hak peribadi mereka.

Oleh itu, katanya lagi, tidak boleh sesiapa atau mana-mana parti politik menghalang Eskay dan kawan-kawannya untuk melafazkan sumpah demi menyokong pendirian atau tuduhan mereka terhadap sesiapapun. Dan, sekali lagi, Najib berkata, tidak ada mana-mana pihak, termasuk parti Umno yang dipimpinnya, boleh menyuruh Eskay dan rakan-rakannya bersumpah atau menghalang mereka.

Kenyataan Najib ini merisaukan. Ini kerana ternyata, komennya itu tidak bersandarkan ilmu dan perintah agama dan jauh sekali daripada menghormati pandangan ulama. Lebih menyedihkan pula ia menyerlahkan sikap Najib terhadap tiang bina jatidiri negara ini sendiri.

Dengan mengizinkan sumpah laknat dibuat oleh sesiapa sahaja kerana ia hak individu, maka Najib telah terang-terang membelakangkan prinsip Rukun Negara – kesopanan dan kesusilaan. Bayangkan jika pandangan Najib ini dijadikan pedoman oleh rakyat, betapa berkecamuk Malaysia jadinya.

Jika kita tidak suka pada mana-mana individu atau pemimpin, hatta Najib sendiri, kita boleh sahaja melontarkan pelbagai tuduhan – perasuah, perogol, penipu dan sebagainya. Untuk menghalalkan tindakan kita di sisi agama, kita pun pergi ke mana-mana masjid dan bersumpah di depan saksi (yang dijemput) bahawa tuduhan kita benar dan jika tidak, akan dilaknati Allah.

Ini bahaya. Jika setiap yang bersengketa dan memendam kesumat terhadap orang lain berbuat seperti Eskay kerana dihalalkan oleh Najib sebab ia adalah hak individu, berantakanlah masyarakat dan berhamburanlah sumpah dilafazkan.

Si fulan boleh menuduh bahawa si anu berzina dengan artis, model atau isteri orang di Port Dickson atau di mana sahaja. Si anu pula boleh menuduh si fulan melakukan seks di luar tabii dengan sesiapa sahaja dan, untuk mengukuh atau "mengislamkan" tuduhan, maka si anu dan si fulan boleh lafaz sumpah laknat.

Laknat bagaimana akan menimpa orang bersumpah, bukan perhitungannya.

Memang benar sesiapapun boleh bersumpah. Malah seorang suami yang mengesyaki isterinya berzina boleh bersumpah bahawa tuduhannya itu benar. Namun keizinan bersumpah itu semua itu ada peraturannya. Ini semua sudah ditetapkan Allah

Dalam kes tuduhan zina, yang dituduh berhak mendapat perlindungan pihak berkuasa untuk membela diri dan maruah. Ini hukum qazaf namanya. Pihak berkuasa diberi mandat oleh Allah untuk menghakimkan tuduhan berkenaan dengan panduan yang jelas.

Peraturan yang ditetapkan Allah ialah, yang menuduh mesti mengemukakan empat saksi yang melihat perzinaan membabitkan yang tertuduh berlaku. Jika tidak, yang menuduh mesti dirotan lapan puluh kali.

"Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka delapan puluh kali, dan janganlah kalian terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Merekalah orang-orang yang fasik." Surah Annuur ayat 4.

Ayat perintah ini tidak kabur. Sesiapa yang membacanya akan dapat menghayati rasional di sebaliknya. Bahawasanya soal maruah si tertuduh zina wajib dipertahankan. Itu yang utama. Sebab itu Allah meletakkan syarat yang ketat dalam penghakiman tuduhan.

Memang bukan senang mencari empat saksi. Itu Allah tahu. Tetapi itu yang ditetapkanNya. Ini kerana Allah tahu yang manusia akan menggunakan pelbagai dalih untuk menguatkan tuduhannya. Ada yang mahu guna foto dan video. Namun bak fatwa tiga mufti - Tan Sri Harussani Zakaria, Juandah Jaya (Perlis) dan Datuk Tamyes Abdul Wahid (Selangor) yang ditetapkan empat saksi dan bukan video atau foto.

Jika gagal berbuat demikian, maka si penuduh wajib disebat 80 kali. Siapa yang wajib melakukan hukuman? Jawapannya ialah pihak berkuasa agama. Dalam konteks Malaysia yang berkuasa ialah kerajaan. Najib ketua kerajaan. Maka Najib mesti memastikan hukuman ini dijalankan.

Memang benar Najib ada menteri halehwal agama dan juga Majlis serta dan Jabatan Agama untuk melaksanakan perintah ini tetapi dia tetap Ketua Kerajaan. Padanya terletak kuasa pengurusan ehwal agama, termasuk dalam bab tuduhan palsu membabitkan zina ini, Maka beliau wajib laksanakan hukum Allah.

Demi memelihara keharmonian masyarakat dan maruah individu, Najib wajib perintahkan jabatan agama laksanakan hukum sebat jika Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim gagal kemuka empat saksi.

Maka adalah salah bagi Najib bila berkata, bersumpah untuk menguatkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah hak individu. Allah tidak menetapkan begitu. Najib tidak boleh berdalih beliau tidak tahu.

Najib ada peluang dan ada kuasa untuk mengetahui dan memahami hukum Allah. Dia ada menteri yang boleh menasihatinya. Dia ada ulama yang digaji untuk menegurnya. Malah dia ada sekurang-kurangnya empat puluh ulama muda yang baru menyertai partinya untuk membimbingnya.

Najib tidak perlu rasa tertekan oleh peraturan Allah ini. Sebagai hamba Allah dan bukan hamba mana-mana parti dia mesti akur perintah Allah dan bukan gusar tidak pertahan maruah ahli-ahli partinya. Dia tidak boleh kata Umno tidak berhak galak atau halang orang untuk bersumpah laknat. Yang mahu bersumpah juga sumpahlah. Yang menuduh secara terbuka dan diberi publisiti meluas kerana membuat tuduhan, perlu dikenakan hukuman Allah bila tiada empat saksi.

Menurut hukum dunia dan hukum negara, yang menayang video lucah boleh didakwa dan dihukum jika didapati bersalah. Tetapi mengikut hukum Allah adalah salah menuduh orang berzina tanpa ada saksi. Sudah pasti sebagai seorang muslim, Najib tahu dia wajib ikut hukum Allah.

Dia tidak boleh begitu liberal mengatakan hak individu untuk bersumpah dengan nama Allah untuk mencemar maruah insan lain. Ini nyata satu percubaan mencemar perintah Allah. Melanggar ketetapan Allah adalah satu keingkaran. Cuma orang yang angkuh dan tidak yakin penuh akan kuasa Allah berani membelakangkan ketetapan Allah.

30 orang sertai KEADILAN Cabang Bukit Gelugor

Posted: 30 Apr 2011 10:26 PM PDT

KEADILAN DAILY

Walau dicerca, difitnah, KEADILAN terus mendapat sokongan rakyat


Di sebalik rentetan fitnah yang menjadi-jadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini, seramai rakyat bersimpati dan menunjukkan sokongan dengan menyertai parti pimpinan tokoh itu – KEADILAN.

Buktinya, seramai 30 orang pelbagai kaum dan lapisan usia secara rasmi menyertai KEADILAN Cabang Bukit Gelugor dalam majlis makan malam di Tapak Pesta Sungai Nibong, malam ini bersamaan 22 April..

Majlis itu bersempena sambutan ulang tahun ketiga cabang berkenaan.

Borang penerimaan disampaikan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Saya nasihat depan Eskay, ingatkan azab Allah- Ustaz Shamsul

Posted: 30 Apr 2011 10:23 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi 'khutbah' kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul .


Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

"Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi 'jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih'.

"Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat," katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

"'Skrip' yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf," katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.

Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li'an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.

"Sumpah li'an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak 'laku' kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak 'laku' kalau tidak membabitkan suami dan isteri," ujarnya.

Sumpah Eskay: Itu kerja orang jahil, kata bekas Mufti Wilayah

Posted: 30 Apr 2011 09:51 PM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi,

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

"Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan," ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li'an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li'an.

"Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

"Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li'an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

"Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

"Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak," ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

"Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

"Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

"Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman," ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

"Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina," ujarnya.

Tuntut gaji minimum, Dr Jeyakumar & Arul antara 17 ditahan polis

Posted: 30 Apr 2011 09:49 PM PDT

KEADILAN DAILY


Pejuang golongan pekerja menuntut polis segera membebaskan tahanan


KUALA LUMPUR: Seramai 17 orang yang bersama-sama lebih 300 orang berhimpun menuntut pelaksanaan Akta Gaji Minimum ditahan polis dalam perhimpunan aman bermula di sekitar monorel Chow Kit sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini.

Mereka yang ditahan termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam.

Ketika ini, kira-kira 300 orang masih berhimpun.

Getah Malaysia Dijangka Diniagakan Lebih Rendah

Posted: 30 Apr 2011 09:48 PM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR– Kekurangan permintaan, terutama sekali dari China berikutan paras inventorinya yang tinggi dijangka menurunkan harga komoditi itu di Malaysia pada minggu depan.

Thailand juga menjual lateksnya pada harga yang rendah berbanding dengan harga pasaran di sini, kata seorang peniaga.

Peningkatan bekalan dari negara-negara pengeluar getah utama juga memberikan tekanan ke atas harga komoditi itu, katanya.

Pada minggu ini, harga fizikal harian rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun 114.5 sen kepada 1,363.5 sen sekg dari 1,478 sekg manakala harga lateks pukal turun 43.5 sen kepada 985.5 sen sekg daripada 1,029.0 sensekg.

Sementara itu, harga tidak rasmi gred tayar SMR 20 turun 105.0 sen kepada 1,365.0 sen sekg daripada 1,470.0 sen sekg dan harga lateks pukal turun 43.0 sen kepada 982.0 sen sekg daripada 1,025.0 sen sekg. Pasaran akan ditutup pada Isnin berikutan cuti Hari Pekerja.


Usaha Perbaiki Jalan Rosak Di Selangor

Posted: 30 Apr 2011 09:42 PM PDT

SELANGOR KINI

KLANG – Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1 Juta untuk projek membaik pulih jalan raya semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya yang merangkumi jalan luar bandar dan pinggir bandar, kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu Tian Khiew.

Menurut Ronnie, pihaknya sudah memberi arahan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Penyelaras DUN untuk menyerahkan senarai pembaikan jalan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing hujung bulan ini.

Katanya, senarai tersebut adalah perkara penting yang meliputi pembaikan jalan, penurapan jalan, pembersihan longkang dan sebagainya di kawasan DUN mereka.

"Sepanjang pengetahuan saya, buat masa sekarang semua ADUN di Klang menyerahkan senarai tersebut termasuk saya sendiri di DUN Pandamaran.

"Difahamkan PBT juga telah mula membuat perbincangan dengan kontraktor untuk proses pembaikan ini, saya juga telah meminta PBT menyiapkannya dalam masa tiga bulan bermula akhir April ini," katanya.

Beliau berkata, peruntukan sedia ada akan ditambah oleh Kerajaan Negeri menjelang pembentangan Belanjawan negeri akan datang.
"Saya rasa peruntukan sedia ada sememangnya tidak mencukupi tetapi kita mencuba terlebih dahulu peruntukan RM1 Juta ini disiapkan dalam masa tiga bulan.

"Mereka (PBT) perlu menyiapkan dalam masa tiga bulan, jangan melengah-lengahkan projek ini," katanya.

Menurutnya, PBT bukan hanya boleh membina jalan raya di bawah penjagaan mereka tetapi juga boleh bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan menggunakan peruntukan tersebut.

Datuk T Temberang, Dakwa Dia Diugut Pula

Posted: 30 Apr 2011 09:34 PM PDT

KELAB GREENBOC

Dua Datuk T terima ugutan lapor polis

BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio 'Datuk T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali.

Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pihak terbabit juga bukan saja mengugut serta mengancam untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarga mereka.

"Saya menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali mahu mencederakan saya serta ahli keluarga beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

"Bukan saya saja, malah (Datuk) Shazryl Eskay juga turut menerima ugutan sama," katanya semalam, selepas menyampaikan ucaptama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu serta UMNO Bahagian Serdang.

Rahim menggesa polis mendedahkan segera identiti pelaku dalam video seks berkenaan supaya rakyat tidak terkeliru.

Sementara itu, empat laporan polis dibuat oleh tiga individu ekoran kekecohan dicetuskan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika majlis sumpah laknat oleh Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, petang kelmarin.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang; Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Kelantan petang dan malam kelmarin manakala satu lagi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, ibu negara, petang semalam.

Semua laporan berkenaan dibuat tiga individu berkenaan yang meminta supaya pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan huru-hara ketika di dalam masjid berkenaan termasuk melakukan provokasi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya sudah menerima semua laporan itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dinyatakan.

"Kita akan menyiasat mengikut saluran undang-undang termasuk menyiasat dakwaan menyatakan pihak pembangkang cuba merampas pembesar suara surau berkenaan serta bertindak kasar terhadap jemaah," katanya. -BH

Ulasan GB

Cuba kita baca kertas yang dipegang oleh Rahim Tamby Chik itu:



Ia berbunyi:

ANGKATAN MUDA KEADILAN
DESAK
ESKAY PATUT DITANGKAP!

HENTIKAN FITNAH POLITIK
SUMPAH POLITIK ESKAY
BUKAN KEBENARAN

RAKYAT BANGKIT LAWAN FITNAH

SUMPAH ESKAY
PERMAINKAN SYARIAH
ISLAM!


Tang mana yang dikatakan ia "ugutan dan ancaman untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarganya" seperti yang didakwa?

Apakah kerana Rahim Tambi Chik TAKUT dengan flyer yang mendesak supaya Datuk T ditangkap kerana sudah sememang jelas mereka bertiga melakukan keselahan menerbit dan menyiarkan video lucah kepada orang ramai?

Dan kepada polis pula, kami ingin bertanya kepada kamu, mengapakah kamu-kamu bersekongkol dengan Datuk T dengan membiarkan mereka bergerak bebasyang sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil malah diberikan keistimewaan melampau pula seperti kawalan keselamatan, dipakaikan baju kalis peluru dan sebagainya sewaktu mereka mengadakan upcara sumpah laknat?

Kami ingin jelaskan bahawa, demi maruah dan integriti polis, Ketua Polis Negara wajar meletakkan jawatannya. Jika tidak melakukan demikian, Allah s.w.t. yang akan mencabutkan jawatan itu daripada kamu dan sekalian polis yang bersubahat dengan fitnah jahat ini akan menangung juga kaffarah dari Allah s.w.t.

Jangan permainkan kebenaran dan keadilan yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab polis- polis untuk sama menengakkannya, bukan mencabulinya.

Jatuhkan Hukuman Qazaf Kepada Eskay

Posted: 30 Apr 2011 09:33 PM PDT

Oleh Al-Bakistani


Dalam sumpah Eskay di masjid Amru bin Al-As, Bandar Baru Sentul, dengan terang-terang dia menyebut nama Anwar Ibrahim adalah orang yang berada dalam video seks yang tersebar sebelum ini.

Dengan ini, menjadi kewajipan bagi pihak mahkamah syariah bahawa mengambil tindakan hukuman qazaf terhadap Eskay. Sekiranya beliau tidak berjaya mendatangkan empat orang saksi, maka hendaklah dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali rotan.

Firman Allah;

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya;
"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik"

[An-Nur : 4]

Adapun sumpah yang dilafazkannya itu, ia tidak boleh menjadi bukti dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh (anwar Ibrahim). Juga dengan sumpah itu, tidak menyebabkan Eskay terlepas dari hukuman Qazaf.

Sejarah Sumpah Lakanat Malaysia Boleh

Posted: 30 Apr 2011 09:20 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

HARI 29 April telah berlangsung satu peristiwa yang jarang berlaku, malahan sudah tidak kedengaran lagi di zaman moden ini. Peristiwa seperti ini hanya berlaku di awal zaman pasca jahiliah, di zaman buta maklumat dulu.

Kalaulah ia berlaku waktu itu ia difikirkan wajar kerana manusia tidak ada banyak pilihan kecuali menerusi atau melakukan instrumen ini saja dalam usaha atau kaedah untuk membuktikan sesuatu perkara yang keliru dan sukar dibuktikan secara mentah.

Peristiwa atau acara yang boleh dijadikan temasya dan jika kena cara boleh mengautkan keuntungan itu ialah mengenai sumpah laknat dilakukan oleh satu daripada tiga orang yang menggelarkan mereka sebagai trio Datuk T. Adapun yang melafazkan sumpah hanya seorang saja yang mualaf.

Memandangkan sambutan minat orang ramai terhadap acara ini, mungkin televisyen ataupunn media massa eletronik boleh membuat siaran secara langsung. Siaran juga boleh diperluaskan ke peringkat Asean dan Asia Tenggara. Mungkin juga boleh diperluaskan sampai ke Timur Tengah, memandangkan bahasa yang digunakan dalam lafaz sumpah itu dibuat dalam bahasa Arab.
Untuk negara-negara Arab, Afrika juru penterjemah sudah tidak diperlukan lagi dan ini tidak memerlukan kos tambahan.

Persumpahan hari ini hanya melibatkan pengakuan salah seorang Datuk T mualaf mengenai penglibatan beliau di dalam klik video yang membabitkan Anwar Ibrahim.

Beliau bersumpah bahawa kelibat beliau ada di dalam video lucah yang dipaparkan itu. Memperakui beliau berada sekali dalam tragedi maksiat itu. Mengenai macam mana penampilannya, tidaklah saya ketahui kerana saya tidak terliur untuk menontonnya. Mungkin dialah yang membuka bilik, menghampar cadar atau membuka penghawa dingin untuk adegan seks ringkas itu, atau pun dialah juga menjadi barua membawa perempual sundal berkenaan.

Apa dilakukan Datuk mualaf ini anih kerana ia mendedahkan kebusukan dirinya sendiri. Kata orang Kelantan dia meleceh pelirnya sendiri dan sumbatkan abu! Dalam orang lain keras melindungi aib dan malu sendiri tetapi beliau bangga dengan pakai baju Melayu bertradisi meminta Tuhan melaknatkan ke atas dirinya kalaulah apa yang diakui itu sebagai bohong dan fitnah. Pelikkan?

Pelajar sekolah agama rakyat di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor akan merasa bingung dengan apa dilakukan Datuk mualaf itu. Kalaupun yang tidak meras aganjil hanyalah pelajar sekolah ibu mengandungi di Melaka saja.

Acara sumpah laknat itu berlangsung di sebuah masjid Amru Al-As di Sentul di Kuala Lumpur selepas selesai sembahyang Jumaat. Adapun memandangkan acara itu bersifat nasional, kurang sesuai ianya diadakan dimasjid-masjid jamek di Kuala Lumpur, sepatutnya diadakan di masjid Putrajaya atau Masjid Negara. Kalau diadakan di situ Yang Dipertua Agong, Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri berserta isterinya dan seluruh Mufti di negara ini juga dapat mengikutinya.

Sebelum ini acara sama pernah berlangsung dua tahun lepas menampilkan seorang pembacuh kopi yang membuka rahsianya mendakwa kerana 'diponggaki' dan 'dirukuhi' Anwar Ibrahim. Sama seperti dilakukan oleh Datuk T mualaf itu, pembacuh kopi itu meminta Tuhan melaknatinya dan keturunanya sekiranya dia memfitnah dan membohongi akan dakwaan itu.

Jika dilihat dengan akal yang jilah dan dari juring mimbar Masjidi Haram atau dari sisi mamber masjidi Nabawi, acara berkenaan sudah tunggang terbalik. Manusia bukan lagi mahu melindungi keaiban orang lain seperti mana dituntut ajaran Islam, tetapi sanggup dan rela pula membuka keaiban sendiri. Keadaan ini sungguh membingungkan. Perbuatan dan darjat manusia sebegini lebih hina dari unta, kibas dan kaldai di padang pasir, atau beruk jubur merah milik Wahab Kencing di Bacok Kelantan.

Seburuk-buruk unta kalau ia hendak bersanggama ia tidak akan dilakukan di depan tuannya. Biarlah 'setara' mana sahwatnya naik menyacang ia akan , ok (sabar) menanti tuanya pulang atau mencari tempat terselindungi baru diponggaki regunya. Kalau haiwan yang tidak berakal pun tahu menjaga aibnya, tidak tahulah saya apakah jenis manusia yang sengaja mendedahkan kemaluannya kepada umum.

Terbetik dalam kepala saya apakah acara sumpah laknat seperti itu sudah menjadi perniagaan? Di Malaysia ini bukan saja pertanian adalah perniagaan, mendedahkan keaiban orang dan kemudian membuat sumpah laknat juga merupakan satu perniagaan. Sumpah dan pendedahan ini saya nampak bukan saja melibatkan Anwar Ibrahim tetapi mungkin satu hari ia akan melibatkan pendedahan ke atas keaiban Najib, Muhyiddin dan lain-lain pemimpin Melayu juga.

Tidak mustahil kerana dendam dan kerana ia memberi keuntungan perkara ini akan berlaku. manusia yang rakus, fasik dan tipis imannya akan melakukan apa saja untuk hidup termasuk menjual kulit babi dan bangakai biawak.

Ternyata maksud dan tujuan kebenaran atau keperluan untuk mengadakan sumpah laknat itu sudah tergelecah jauh dari ril sebenarnya. Inilah kalau ianya diterima pakai oleh mereka yang buta agama dan jahil mengenai marfum tentang sumpah laknat. Ia menjadi lebih busuk lagi kalau para ustaz dan ulamak al sauk membiarkannya pula. Sikap diam para ulama dan ustaz apa lagi ada yang seronok mendengar lafaz sumpah berkenaan akan tambah lagi lagi kekeliruan kepada umum – umat Islam.

Dalam sejarah, sumpah laknat ia diadakan kerana waktu itu tidak ada instrumen untuk membuktikan sesuatu yang kabur. Makanya untuk memperkuatkan tuduhan dan mengesahkan sesuatu hujah, maka persumpahan diadakan. Bagi menguatkan niat dan menarik kepercayaan maka si persumpah itu sanggup menggadaikan musibah besar ke atasnya, di mana kalau ianya bohong Tuhan akan melaknatinya. Dalam kata lain sumpah laknat untuk menunjukkan akan kebenaran apa yang didakwa.

Dalam konteks Islam seseorang yang bersumpah dengan menyebut nama Allah ia dikira benar. Kerana mereka yang beriman tidak akan sewenang-wenang menggunakan nama Tuhan, bersumpah dengan nama Tuhan. Mempergunakan nama Allah bagi tujuan apa juga adalah kemuncak. Tidak ada yang tinggi daripada itu. Nama Tuhan lebih tinggi dari nama Perdana Menteri ataupun Yang Dipertuan Agong.

Justeru bagi mereka yang beriman apabila dengar nama Tuhan saja jiwa mereka akan menggeletar. Mereka akan insaf dan takut. Mereka merasakan diri mereka kerdil sekerdil-kerdilnya.

Dalam hal ini persumpahan sebegitu hanya akan memberi kesan kepada mereka yang beriman saja. Mereka yang takwa kepada Allah dan merasa takut kepada Allah. Sumpah seperti itu tidak berlaku kepada mereka yang tidak beriman dan bertakwa. Kerana lakukan persumpahan demikian seberapa banyak ia tidak akan menimbulkan keinsafan.

Orang yang tidak beriman akan sanggup melakukan apa saja, hatta lebih daripada persumpahan demikian. Mereka akan membuat pengiraan kalau pun sumpah mereka itu palsu mereka tidak akan ditimpakan apa-apa musibah dari Allah. Laknat yang mereka minta itu tidak akan menjelma di depan mata. Kerana kalau ianya diyakini menjelma mereka tidak akan berbuat demikian.

Kepada saya, mereka yang bersumpah sebegitu boleh dipersoalkan sejauh mana keiman mereka. Kalau mereka seorang mukmim, seorang muslim yang baik mereka tidak akan terjebak dan melakukan maksiat yang mereka dakwakan itu. Mereka akan menjauh dari awal-awal lagi. Kerana seorang beriman tidak akan mendekati maksiat.

Tetapi apabila mereka berada dalam majlis maksiat, terlibat secara langsung, merestunya dan merelainya kemudian menonton dan menyebarkan bagaimana boleh dikatakan mereka seorang yang beriman yang layak untuk melakukan lafaz sumpah? Bukan apa yang mereka lakukan itu sia-sia saja, dan ia tida akan memulangkan natijah yang sebenarnya.

Orang ramai masih belum boleh menerima dakwaan si persumpah itu bahawa dakwaan mereka benar. Allah tidak akan melaksanakan kelaknatan terhadap Datuk mualaf itu. Pun begitu juga laknat dan penghuman Tuhan kepada Anwar tidak juga dilakukan secara cash kalau dia bersalah. Ini bererti sumpah laknat itu tidak boleh diterima dan ianya perbuatan yang sia-sia saja.

Apakah orang ramai akan terus boleh menerima bahawa dakwaan Datuk mualaf itu benar apabila sampai kini dia masih selamat, sihat dan tidak pening? Jawabanya tidak, sebab kita tidak boleh memaksa Tuhan melaknat terhadap seseorang yang lain. Sesungguhnya Tuhan maha kasih dan sayang, manakala manusia memiliki kekejaman melebihi kejahatan haiwan

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: