Ahad, 1 Mei 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Macam pelepah pisang yang payah nak luruh dengan sendiri – perlu kena rentap!

Posted: 01 May 2011 04:58 AM PDT

Begitulah diriwayatkan oleh Utusan.Walaupun kenyataan tersebut secara umumnya ditujukan kepada presiden MCA, Chuah Soi Lek, apakah presiden Gerakan Koh Tsu Koon tidak terasa apa-apa? Bukankah kenyataan Ibrahim itu sudah terang dan tidak perlu bersuluh lagi.Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya!

Sebelum anda baca riwayat Utusan tersebut, sila ikuti saranan terdahulu oleh Ahli Parlimen Seri Gading, Haji Mohamad bin Haji Aziz dalam Youtube berikut:



Walaupun Ong Tee Keat telah pun mengundur diri, Koh Tsu Koon masih lagi berdegil tanpa malu mahu terus bergayut dengan jawatan presidennya.Teringat kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Nor : Macam pelepah pisang yang payah nak luruh dengan sendiri – perlu kena rentap!

Perkasa sambut baik hasrat Soi Lek

GEORGE TOWN 1 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyambut baik pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk berundur jika parti itu ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan itu adalah yang terbaik bagi pemimpin parti yang calonnya gagal mendapat sokongan rakyat.

"Ini merupakan pendirian bermaruah dan tepat dalam politik. Tidak ada sebab untuk berada dalam kerajaan sekiranya tidak mendapat sokongan dalam kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan Perkasa Pulau Pinang, di sini hari ini. - Bernama

PERSEDIAAN DLM MENGHADAPI TOHMAHAN UMNO/BN

Posted: 01 May 2011 02:19 AM PDT

Ipoh : Dalam ucapannya kepada ahli-ahli PAS Kawasan Gopeng dalam satu majlis ijtimak dimarkas PAS Gopeng, Rapat Setia di sini malam tadi,YB Khalid Samad telah mengingatkan para ahli supaya melengkapkan diri dengan beberapa maklumat bagi menangkis segala tohmahan dan dakyah Umno/BN terhadap Pakatan Rakyat.

"Tiada sebab kita memasukki Pilihanraya Raya ini tanpa persediaan yang secukupnya.Kita telah kenali cara-cara putar belit Umno dalam pilihanraya kecil yang sering kita lalui sebelum ini." katanya.

Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Bodin, telah turut dihadiri sama oleh YDP Kawasan, Tn Hj Rahim Mat Ariff (gambar sebelah). Khalid mengambil kesempatan singgah dimajlis tersebut dalam rangka kunjungannya untuk berceramah bersama YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen PKR Gopeng di Taman Kinta, Gopeng malam tadi.

Beliau mengingatkan semua bahawa pengalaman tersebut menambah kematangan para petugas parti Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU ke-13 yang akan datang, dijangka pada bulan Jun 2011 ini, jelasnya lagi.

"Penyelewengan , budaya rasuah dan pemborosan kerajaan Umno/BN masih terus berleluasa mereka lakukan. Kita perlu bersedia dengan maklumat yang cukup bagi menghadapi tohmahan dan dakyah Umno /BN yang sering mereka lakukan keatas kita." tambahnya.

Turut bergambar dengan Khalid dan Hj Rahim
selepas majlis ijtimak tersebut



Kenapa kita relakan kesucian masjid dicemari dengan agenda fitnah gerombolan 'Datuk T'?

Posted: 30 Apr 2011 08:05 PM PDT

Mencemar kesucian sebuah masjid dengan
menyibarkan fitnah tuduhan berzina oleh gerombolan Datuk T'

Sebuah hadis Nabi yang mafhumnya : Barangsiapa yang melihat di sekeliling kamu kemungkaran, maka ubahlah dengan tanganmu, maka jika kamu tidak mampu, maka dengan lidahmu, maka jika tidak mampu juga, maka dengan hatimu, yang demikian itu adalah serendah-rendah iman.

Secara umumnya , ia menggalakan kita supaya memberikan respon terhadap kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita.Sama ada dengan kuasa yang ada pada kita atau dengan kata-kata nasihat – sama ada lembut atau keras bergantunglah dengan keadaan atau suasana.

Dan kalau itu pun tidak mampu kita lakukan, Nabi kata hendaklah kita menentangnya dalam hati; yakni tidak redha dengan apa yang berlaku.Nabi kata, ini adalah tindakan mereka yang rendah imannya.

Kita tidak sepatutnya jadi penonton saja. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menjaga imej dan kesucian Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam.

Bila mana ada yang bertindak cuba menghalang 'sumpah mubahalah' daripada berlaku disebuah masjid jumaat lalu, maka seharusnya kita berasa bersyukur kerana masih ada beberapa kerat manusia yang imannya masih tinggi dan berani.

Tindakan berani ini bukanlah sikap kurang ajar atau tingkah llaku yang keterlaluan yang tidak bertempat. Khabar mengatakan, bahawa khatib yang bertugas di masjid tersebut juga telah menyentuh bab 'bersumpah' ini dan menasihatkan agar perkara tersebut tidak dilakukan.

Namun syaitan yang bertopengkan manusia ini tetap berkeras dan membantah segala nasihat dari mereka yang lebih berilmu dan boleh dipercayai lalu meneruskan skrip mengikut agenda konspirasi yang telah disusun atur rapi dengan kerjasama berapa pihak tertentu.

Malah ada yang melaporkan adanya kelibat ketua Jakim turut berada di tempat tersebut.Juga dipercayai sepasukan UTK telah mengawal gerombolan 'Datuk T' disepanjang program mungkar yang berlangsung dalam masjid itu.Laporan juga mengatakan gerombolan 'Datuk T' memakai jaket kalis peluru; cuma tidak ada pengesahan sama ada jaket tersebut ada tertulis 'Hak Kerajaan' atau tidak!

Yang peliknya, kenapa ada pula yang marah-marah apabila ada segolongan manusia yang cuba menghalang perbuatan gerombolan yang terkutuk lagi mungkar tersebut daripada berlaku dalam sebuah masjid yang sepatutnya dipelihara kesuciannya dari dicemari unsur-unsur fitnah dan yang sangat mengaibkan?

Kalau yang marah-marah ini dari golongan gerombolan seperti ini hingga menganggap perilaku demikian sebagai 'JIHAD'! dan ini, al-maklumlah.Tetapi aduhai, entahlah….



Walau bagaimana pun, kita semua harus bersatu dalam menghadapi gejala konspirasi yang cuba memecah belahkan Pakatan Rakyat.Itulah fokus Umno/BN. Sasaran sebenar mereka bukan Anwar semata-mata!

Tiada ulasan: