Blog-list Malaysia |
- Video Seks Anwar Kini Disebarkan Di Indonesia
- Osama Laden meninggal dunia
- Tiada apa yang dapat dipelajari daripada UMNO kecuali cara-cara membuat fitnah dan seks lucah
- Soi Lek dinasihat fokus ‘nasib’ MCA, bukannya heret PAS
- Polis tahan peserta demo hari buruh
Video Seks Anwar Kini Disebarkan Di Indonesia Posted: 01 May 2011 09:12 PM PDT |
Posted: 01 May 2011 09:02 PM PDT Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama. Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan. Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia. Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu. |
Tiada apa yang dapat dipelajari daripada UMNO kecuali cara-cara membuat fitnah dan seks lucah Posted: 01 May 2011 07:47 PM PDT Kerana Datul T (Tolol?) itu yang bertuankan hantu raya bernama UMNO, orang-orang Melayu terus menjadi hina. Sudahlah mereka bangsa yang termiskin dalam negara, malah bertambah menjadi tidak berilmu lagi mereka. Usaha menjadikan bangsa Melayu berilmu kian dilupakan malah kian malap. Sebaliknya pemikiran orang-orang Melayu di serata ceruk terus dibenakkan dengan cerita bawah kelangkang yang kotor dan lucah. Setakat ini itu sahaja yang UMNO mampu lakukan buat membangunkan minda orang Melayu melalui Datul T mereka. Mana bicara tentang menaikkan ekonomi dan saham orang-orang Melayu? Mana usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu yang kian papa kedana tiada nilai langsung dalam negara sendiri? Mana bicara dan usaha melahirkan ramai 70% profesional Melayu, Doktor Melayu, Jurutera, Arkitek, Peguam, Saintis, Ulamak, Pertanian moden Melayu? Mana bicara tentang usaha meningkatkan tahap pendapatan dan simpana tunai orang Melayu? Mana usaha untuk meningkatkan mutu kemahiran belia-belia Melayu? Mana usaha untuk menghapuskan kadar pengangguran anak-anak Melayu? Mana usaha untuk mengatasi masalah sosial dan moral anak-anak Melayu? Mana usaha untuk menarik belia-belia Melayu ke masjid-masjid? Tiada! Orang-orang Melayu kini hanya sekadar menjadi perkakas untuk diperbodohkan oleh UMNO dan kuncu-kuncu mereka dengan cerita lucah dan fitnah melalui video seks dan sumpah laknat! Orang-orang Melayu hanya sekadar mendapat habuan lebih kurang RM10 sehari melalui pelbagai skim ayam daging seperti Felcra, bantuan UPSR, prpjek segera pilihanraya, bantuan kemiskinan yang bagaikan melepaskan batuk ditangga. Orang-orang Melayu diajar menjadi egen penyebar fitnah bagi pihak UMNO/BN. Orang-orang Melayu diajar sikap perkauman dan bersemangat Melayu tidak bertempat, yang memaksa orang-orang Melayu menjadi katak di bawah tempurung untuk tidak mahu belajar daripada kemajuan bangsa-bangsa lain. Orang-orang Melayu dijauhkan dari kefahaman Islam yang sebenar. Orang Melayu patut diajar Qazaf dalam menyelesaikan masalah zina, sebaliknya UMNO dan ejennya ajar orang Melayu, sumpah laknat selesaikan masalah zina! Bagaimana jika tiba-tiba ada seorang yang sanggup menggunakan sumpah laknat berbuat demikian untuk mengatakan Najib pernah berzina dengan seseoran? Apakah akan ada desakan agar Najib membuat sumpah laknat? Selesaikah masalah? Maka jika orang Melayu ikut ajaran UMNO ini, bengong memenjanglah orang melayu yang majoritinya beragama Islam itu! UMNO menghina bangsa yang sering didakwanya sendiri, menjadi pembela Melayu. Pembela taik kucing! UMNO sebaliknya terus-terusan menggerakkan minda orang-orang Melayu jauh daripada memikirkan dan belajar seperti mana bangsa-bangsa maju lain berfikir dan belajar iaitu tentang membina integriti bangsa, membangunkan bidang sains dan teknologi, mengkaji kejadian Allah melalui pemerhatian, kajian dan penerokaan alam semesta dan sebagainya. Sebaliknya UMNO yang kononnya merekalah pembela Melayu itu, mengajar orang Melayu memikirkan hal-hal kotor dari celah kelangkang dan bontot! Agaknya inilah proses Pendidikan Seks yang kerajaan UMNO maksudkan? Itulah wasasan UMNO selagi Anwar Ibrahim masih bernyawa dalam politik! Dulu UMNO Lama lebih berintegriti menggunakan undang-undang, diganti oleh UMNO Baru Mahathir yang terlalu kuku besi demi menonjolkan hanya Mahathir sahaja yang cerdik dan betul waktu itu, kini lahir pula UMNO Apco Najib-Rosmah yang lagi 'ganas' menggunakan seks kotor dari kemaluan wanita dan bontot Saifool untuk memerintah Malaysia! Kotor dan jijik! Nasiblah Malaysia ini! accudo |
Soi Lek dinasihat fokus ‘nasib’ MCA, bukannya heret PAS Posted: 01 May 2011 07:42 PM PDT KUALA LUMPUR, 2 Mei — Kepimpinan PAS pusat menggesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar menjaga urusan dalaman MCA, bukannya mengheret masalah dihadapi komponen BN berkenaan ke atas parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke-13 sekarang. Sehubungan itu, anggota biro politik PAS ini berkata, beliau juga ragu-ragu sama ada Presiden MCA itu benar-benar faham apa yang beliau memperkatakan apabila mendakwa MCA tidak akan menerima PAS menyertai BN selagi tidak menggugurkan dasar Islamnya. "Saya ragu-ragu sama ada CSL (Chua Soi Lek) tahu apa yang beliau cakap," kata beliau dalam reaksi dihantar menerusi teks SMS. Semalam, Dr Chua berkata pihaknya akan menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu. Dr Chua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam. "Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau. "Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata Dr Chua mengulas pelawaan Najib kepada PAS kelmarin. Khalid (gambar), yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen kawasan itu berkata, PAS tidak pernah membentangkan matlamatnya kepada Dr Chua yang hanya memperlihatkan sedikit minat ataupun sama sekali tidak untuk mengetahui soal itu. "Apa yang beliau bayangkan sebagai matlamat politik PAS kemungkinan bukan apa yang ada pada PAS," kata Khalid sambil menambah, sebelum meletakkan syarat untuk menerima PAS, Dr Chua wajar memastikan sama ada ia benar-benar berminat untuk diterima MCA dan beliau juga benar-benar tahu apa yang diperkatakannya. Justeru Khalid menambah, Dr Chua seharusnya memberi tumpuan ke atas kemerosotan populariti MCA di kalangan komuniti Cina berbanding keperlun PAS diterima oleh MCA. Katanya, jika MCA sudah ditolak oleh komuniti Cina sendiri, maka soal suka atau tidak suka dan keutamaannya tidak menjadi keprihatinan mana-mana pihak kecuali parti itu sendiri. Malah tegas Khalid, Umno selaku parti teras BN sendiri tidak lagi memberi tumpuan ke atas MCA. Pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah menolak bulat-bulat pelawaan Najib. |
Polis tahan peserta demo hari buruh Posted: 01 May 2011 07:29 PM PDT Seramai 18 orang, termasuk anggota parlimen Sungai Siput Dr M Jeyakumar Devaraj ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini. Selain beliau, turut ditahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields. Jeyakumar ditahan berdekatan Jalan Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi selepas rundingan beberapa minit dengan pihak polis. Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berkumpul di depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dekat Maju Junction di ibu negara. Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagu "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja seluruh dunia. Kumpulan itu bagaimanapun bersurai tengah hari tadi dengan sebahagian daripada mereka bertukar arah ke balai polis Dang Wangi dekat Jalan Maharajalela bagi memberikan sokongan kepada rakan mereka yang dibawa ke situ. Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu. Pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit berhimpun. Bermula jam 10 pagi tadi, berlaku demonstrasi kecil depan Maju Junction-Pejabat Tabung Haji. Kumpulan itu, termasuk pelajar memakai ikat kepala hitam dengan tulisan "May Day Parade" dan membawa beberapa kain rentang antikapitalis. Mereka membantah perjanjian perdagangan bebas dan keadaan semasa pekerja. Perhimpunan itu juga diadakan bagi menuntut gaji minimum ditetapkan bagi golongan pekerja. Kesemua yagn ditahan dibebaskan lewat petang ini kecuali Arutchelvam yang ditahan semula kerana terlibat dalam kes lain sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan