Isnin, 2 Mei 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Osama Bin Laden meninggal dunia

Posted: 01 May 2011 09:37 PM PDT

WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi.

Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini.

Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia).

Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi 'dingin' selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian. [Msian Insider]


ReJaM©

Lagi profile Facebook hina Rasulullah, Jom report!

Posted: 01 May 2011 12:51 PM PDT

Seperti biasa bila ada profile yang menghina Rasulullah, menghina Islam, MiLo SuaM akan mengajak semua para pembaca untuk melaporkan profile ini kepada pihak pengurusan Facebook secara berjamaah.

Kali ini bukan satu tetapi dua profile harus dilaporkan kepada pihak pengurusan facebook. Pengguna facebook ini meletakkan gambar seorang lelaki Arab dengan hidung babi bagi menggambarkan wajah Rasulullah. Malah menggunakan nama Muhammad SAW sebagai profile. Memang celaka!



Apabila kita melaporkan sesebuah profile secara berjamaah dengan alasan yang sama, maka lebih cepat pihak pengurusan facebook akan menutup sesebuah halaman itu. Sebagai contoh, sebelum ini tidak sampai 24 jam selepas MiLo SuaM siarkan sebuah profile Anti Islam, profile tersebut telah ditutup oleh Facebook dan tidak lagi dapat diakses rujuk sini [Profile anti Islam].

Maka di bawah ini, disertakan alasan yang patut kita gunakan untuk melapor. Sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan.



Dah faham? Baiklah untuk melapor sila klik [Facebook] jangan lupa melaporkan sebuah lagi profile menghina Islam rujuk sini [Facebook]


Sekiranya anda mempunyai maklumat profile-profile yang menghina Islam seperti ini sila hantar ke facebook MiLo SuaM rujuk sini [Facebook MiLo SuaM].


ReJaM© "Terima kasih banyak atas sokongan anda semua, hanya Allah yang dapat membalasnya"

Panas! Pelajar UiTM sudah dibenarkan berpolitik!

Posted: 01 May 2011 09:41 AM PDT

Laman sesawang rasmi Universiti Teknologi Mara, UiTM memaparkan lambang UMNO, Barisan Nasional di bahagian kanan atas halaman tersebut. Bukankah akta AUKU melarang pelajar institusi pengajian tinggi daripada menunjukkan sebarang sokongan kepada mana-mana parti politik di Malaysia?

Jadi apa erti semua ini? [Sila klik untuk membesarkan imej]



Sebelum ini laman web rasmi UiTM yang memaparkan logo BN dan UMNO ini boleh diakses rujuk sini [UiTM]. Nampaknya pihak pengurusan web UiTM tersebut telah memadam halaman tersebut.

Laman web tersebut tiba-tiba tidak dapat diakses. Apa pun seperti biasa kita boleh menyemak perbuatan memalukan ini melalui google cache. Sila klik sebelum google memadam maklumat web tersebut [Google Cache]


ReJaM© "Kah kah kah... kantoi bodoh..."

Pilihanraya masa terbaik cukong tambah kekayaan

Posted: 01 May 2011 07:53 AM PDT

SALAH satu perkara penting yang harus diketahui oleh rakyat ialah dari mana datangnya sumber kewangan sesebuah parti politik untuk menjalankan kempen terutama di saat pilihanraya berlangsung?

Pakatan Rakyat diketahui umum mengumpulkan dana melalui derma orang ramai dalam setiap kali ceramah-ceramah yang diadakan, ada juga pendapatan yang diperolehi melalui penjualan buku-buku seperti buku jingg dan lain-lain.

Dari mana pula dana Barisan Nasional diperolehi?

Barisan Nasional memperolehi sumbangan dari orang kaya, syarikat-syarikat besar dan tokey-tokey cina sebagai dana kempen mereka selain menggunakan jentera-jentera kerajaan secara terang-terangan seperti RTM, helikopter, kenderaan-kenderaan kerajaan dan sebagainya.



Kata orang "Kerana budi tergadai body". Inilah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada Barisan Nasional. Syarikat-syarikat besar dan orang kaya, tokey-tokey cina dan cukong mereka mengambil peluang untuk berbudi kepada Barisan Nasional semasa kempen, untuk meraih imbuhan selepas BN menang pilihanraya.

Golongan-golongan berduit dan kaya raya ini tidak pernah menyumbang duit demi perjuangan UMNO dan BN. Ini bukan soal perjuangan, tetapi soal keuntungan. Mereka hanya akan menyumbangkan wang ringgit jika ada keuntungan. Pergi mati dengan perjuangan, mereka ahli perniagaan bukan ahli politik.

Tidak hairanlah harga barang naik selepas pilihanraya kerana BN harus membalas budi tokey-tokey cina. Tidak hairanlah projek-projek kerajaan jatuh ke tangan cukong (kroni) dengan harga yang tak masuk akal, kerana BN harus membalas budi cukong. Jangan hairan satu hari nanti tokey-tokey, cukong-cukong akan memporak perandakan Malaysia kerana kerajaan sudah terlalu banyak berbudi kepada mereka.

Dari akar umbi sampai ke pucuk pimpinan perjuangan Barisan Nasional adalah perjuangan mencari keuntungan, mencari duit. Tukang pasang bendera sahaja tidak sanggup bekerja tanpa duit. Lihat sahajalah, pencacai paling bawah sudah disogok dengan duit, apalagi orang-orang atasan?

Mereka mengaut keuntungan dan kekayaan untuk anak beranak mereka, rakyat dan pencacai murahan gerombolan songkok tinggi hanya mampu menggigit jari. Mereka terus dijangkiti virus bebalisme kerana terlalu banyak menonton Utusan Meloya, TV3 suku, Berita Hairan dan sebagainya.

ReJaM© "Politik sudah jadi peluang perniagaan anak beranak, cukong dan kaum kerabat"

MCA akan tolak PAS jika kekal dasar Islam

Posted: 01 May 2011 02:30 AM PDT

Sebab utama parti komponen Barisan Nasional, MCA berada di dalam perikatan itu sudah jelas. Kerana Barisan Nasional tidak menyokong dasar Islam! Jika Barisan Nasional menyokong dasar Islam, maka MCA juga akan keluar dari Barisan Nasional. Perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh gerombolan songkok tinggi selama ini hanya untuk memikat hati orang Melayu Islam untuk menyokong mereka.

Apa yang jelas, gerombolan tidak pernah menyokong dasar-dasar Islam, disebabkan itu MCA masih kekal bersama mereka. MCA akan terus berada di dalam Barisan Nasional selagi BN menolak dasar Islam. Tahniah kepada orang Melayu Islam kerana telah tertipu oleh retorik BN, padan muka juga diucapkan!

Lihat sendiri pengakuan Presiden MCA merangkap pelakon video lucah yang bangga di bawah ini.



MELAKA, 1 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup pintu menyertai Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua (gambar) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

"Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau.

"Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.



ReJaM© "Gerombolan songkok tinggi selama ni kena tipu. MCA memang anti Islam! MCA sokong BN kerana UMNO tak sokong Islam"

Tiada ulasan: