Selasa, 17 Mei 2011

Biaqpila

Biaqpila


Projek Lynas: Aktivis rancang serah memo di kedutaan Australia

Posted: 17 May 2011 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan diadakan pada Jumaat 20 Mei 2011, jam 2 petang dari KLCC hingga ke kedutaan Australia.

Penganjur memaklumkan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk kumpulan pencinta alam akan menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia.

Memetik kenyataan Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar Kuantan: Pahang Don't Need Hazardous di laman facebook, mereka menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama serta status sosial untuk turun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.

Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.

Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan Umno Barisan Nasional masih bersikap membisu.-KD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Najib Jumpa Ketua Hakim Negara 6 Jam?

Posted: 17 May 2011 06:51 AM PDT


BOHONG dia bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan kredebiliti yang ada kepada sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau perolehi, baik disebut atau tidak ternyata benar. Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap kebolehpercayaan itu melebhi 90 peratus dan lebih baik dari Dr Mahathir.

Petang tadi sewaktu mengunjunginya, saya diberi tahu sesuatu peristiwa yang mungkin tidak ramai diketahui dari kalangan rakyat peringkat bawah. Tetapi rakyat peringkat atas, apa lagi bernama pegawai tinggi, menteri.. mengetahuinya. Kalaupun rakyat peringkat bawah yang mengetahuinya hanya pemandu sahaja.

Bahawa menurut tokoh berusia lebih 70 itu, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak sebelum berlepas ke luar negara kelamarin dulu nu, telah bertemu dengan Ketua Hakim Negara. Tidak pula disebut di mana pertemuan itu tetapi mungkin di pejabat PM atau di tempat lain. Masa pertemuan itu ialah selama 6 jam.

"Enam jam itu lama sebenarnya, Sayuti," katanya terhangguk-hangguk. "Biasalah kalau perdana menteri hendak ke luar negeri beberapa hari ia akan bertanya beberapa hal mengenai negara kepada ketua-ketua pemerintah dan pentadbir, termasuk ketua hakim negara, ketua polis negara dan juga ketua asar..tetapi enam jam itu lama," sambungnya.

"Apa yang saya diberi tahu oleh seseorang yang di juga diberitahu, dalam pertemuan Najib dengan Ketua Hakim negara itu ada sangkut paut soal keputusan terhadap Anwar Ibrahim hari ini," katanya.

Katanya lagi, dalam pertemuan itu Najib ada berbincang atau menerima pandangan ketua hakim negara. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Anwar Ibrahim diminta membela diri atas pertuduhan liwat ke atasnya.

Selain itu katanya, si pemberitahu kepada orang yang memberi tahu tokoh itu, Najib juga turut berbincang mengenai Raja Petra. Dan selebihnya hal-hal lain. Ada kemungkinan perbincangan terhadap Raja Petra untuk tidak mengenakan apa-apa tindakan undang-undang ke atas blogger yang kini sudah berpaling tadah menjilat segala ludahnya yang melata di longkang Chow Kit itu.

"Saya kira pertemuan itu serius dan penting kerana ia memakan masa yang panjang. Tetapi disini kita tidak boleh hendak mengatakan apakah keputusan hari ini (keputusan terhadap Anwar) adalah terhasil selepas berlaku pertemuan itu," katanya. Bagaimana pun beliau yakin pertemuan itu membawa tujuan dan maksud yang besar? [ttdi.kl 7:45 pm 16/05/11]

msomelayu

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?


GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Saintis Buktikan Nabi Musa Belah Laut

Posted: 17 May 2011 12:00 AM PDT



BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi

solihinzubir


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Budak magnet boleh bawa 25kg logam di dada

Posted: 16 May 2011 09:00 PM PDT


Koprivnica, Croatia: Ivan Stoiljkovic berusia enam tahun mempunyai cerita unik kerana tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit.

Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya. Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang. Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor.

Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya.

idahsalam

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kes Anwar : Najib, Rosmah, Musa Hassan, dan Mumtaz Akan Dipanggil

Posted: 16 May 2011 06:00 PM PDT

Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 16 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan liwat fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.
Ketua Pembangkang itu berkata beliau sudah menjangka Hakim Zabidin Mohamad Diah akan mengarahkannya untuk membela diri atas tuduhan itu namun terkejut kerana Zabidin memberi penghakiman seolah-olah beliau sudah pun didapati bersalah,
Dalam memberi keputusan itu pagi tadi, Zabidin menerima sepenuhnya semua bukti pendakwaraya, termasuk keterangan Saiful dan pakar-pakar perubatan dan pegawai polis yang sering bercanggah dan mengelirukan.
Contohnya Saiful mendakwa beliau “dipaksa’ melakukan liwat itu namun mengakui selepas kejadian itu, beliau minum kopi dan makan karipap sebelum pulang ke rumah.
Beliau juga mendakwa tidak membuang air besar selama 48 jam namun doktor yang memeriksanya mendapati dubur Saiful kosong.
Hakim Zabidin bagaimanapun mendapati Saiful seorang saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Zabidin juga bersetuju bahawa sampel-sampel DNA rosak kerana disimpan terlalu lama tetapi menegaskan kerosakkan itu tidak menjejaskan hasil keputusan.
"Saya tidak terkejut dengan keputusan kerana saya tahu sistem kehakiman kita tetapi keputusan itu mengejutkan seolah-olah yang dibuat (hakim) itu hukuman terus. Semua keterangan yang dibawa oleh pendakwa seolah-olah sah.
"Oleh yang demikian kita harus siap membela diri untuk mempertahankan kebenaran kita dan mendedahkan kotor dan jijiknya sistem yang cuba menggunakan mahkamah sebagai alat mainan politik," ujarnya.
"Maka keputusan kita akan memanggil Datuk Najib, Rosmah, Khairul Anas, Mumtaz. Selain daripada keterangan-keterangan perlu untuk dedahkan bagaimana seluruh sistem polis dan pendakwa diperalatkan," tambah Anwar.
Khairul Anas adalah pegawai khas kepada Najib. Mumtaz adalah rakan karib kepada isteri Perdana Menteri. Kedua-dua mereka dilaporkan terbabit dalam mengatur pertemuan antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dengan Najib dan Rosmah.
Dalam pada itu Anwar memberitahu media terdapat laporan mengatakan bahawa pihak polis melakukan intimidasi kepada saksi yang bakal dipanggil pada sesi pembelaan Jun nanti.
Hakim Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai tarikh pihak peguambela mengemukakan hujah pembelaan dan memanggil tiga puluh orang saksi yang disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.
Ini termasuk pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Osman Hamid iaitu individu pertama memeriksa Saiful selain tuan rumah unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Hassanuddin Abdul Hamid yang berada bersama Anwar sepanjang hari kejadian.
Ratusan penyokong Anwar hadir di mahkamah hari ini untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu. Mereka melaungkan "Reformasi" dan "Bangkit Rakyat" dalam suasana yang mirip kepada kebangkitan gerakan rakyat menolak penindasan apabila Anwar dipecat dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Penyokong-penyokong Anwar tiba seawal jam 4.30 pagi dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.
Mereka juga bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan akhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.
Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.
Beberapa anggota pemuda PKR membantah tindakan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.
Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.
Mereka juga membawa sepanduk yang tertera "Hapuskan Politik Fitnah", " Rakyat Bangkit Lawan Fitnah" dan mesej-mesej lain yang menuntut keadilan untuk ditegakkan.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: