Selasa, 17 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[GEMPAR] 168 Keluarga Minum Air Mayat Mangsa Pembunuhan

Posted: 17 May 2011 07:55 AM PDT


Mayat seorang gadis dipercayai warganegara Indonesia ditemukan di dalam sebuah tangki air telah mencemari sumber air penduduk yang tinggal di pangsapuri HDB, Woodlands, Singapura, lapor AsiaOne.

Mayat tersebut ditemukan oleh orang ramai pada pagi Isnin di tangki air Blok 686B. Menurut sumber polis, kesan darah turut terdapat di dalam tangki air sedalam dua meter itu.

Identiti mayat masih belum diketahui, namun gadis malang tersebut dipercayai berusia 20 tahun dan bekerja sebagai pembantu rumah di republik itu.

Menurut The Strait Times, seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 27 tahun telah ditahan berkaitan dengan kes itu. Lelaki tersebut dan mangsa dipercayai mempunyai hubungan cinta. Punca kematian masih lagi belum dikenal pasti.

 P/s: Yang membuatkan saya rasa mahu termuntah apabila media mendakwa 700 orang yang tinggal di blok itu berkemungkinan minum air mayat gadis itu sebelum mayatnya dibawa keluar dari tangki air lokasi mayatnya ditemukan. Yaaahhhhhrrrkkkkk!



Jika Benar, Apa Sebab Najib Jumpa Ketua Hakim Negara 6 Jam?

Posted: 16 May 2011 05:45 PM PDT

Saya petik:

Najib Jumpa Ketua Hakim Negara Enam Jam
[MSO] BOHONG dia bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan kredebiliti yang ada kepada sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau perolehi, baik disebut atau tidak ternyata benar. Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap kebolehpercayaan itu melebhi 90 peratus dan lebih baik dari Dr Mahathir.

Petang tadi sewaktu mengunjunginya, saya diberi tahu sesuatu peristiwa yang mungkin tidak ramai diketahui dari kalangan rakyat peringkat bawah. Tetapi rakyat peringkat atas, apa lagi bernama pegawai tinggi, menteri.. mengetahuinya. Kalaupun rakyat peringkat bawah yang mengetahuinya hanya pemandu sahaja.
Bahawa menurut tokoh berusia lebih 70 itu, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak sebelum berlepas ke luar negara kelamrin telah bertemu dengan Ketua Hakim Negara. Tidak pula disebut di mana pertemuan itu tetapi mungkin di pejabat PM atau di tempat lain. Masa pertemuan itu ialah selama 6 jam.

"Enam jam itu lama sebenarnya, Sayuti," katanya terhangguk-hangguk. "Biasalah kalau perdana menteri hendak ke luar negeri beberapa hari ia akan bertanya beberapa hal mengenai negara kepada ketua-ketua pemerintah dan pentadbir, termasuk ketua hakim negara, ketua polis negara dan juga ketua asar..tetapi enam jam itu lama," sambungnya.

"Apa yang saya diberi tahu oleh seseorang yang di juga diberitahu, dalam pertemuan Najib dengan Ketua Hakim negara itu ada sangkut paut soal keputusan terhadap Anwar Ibrahim hari ini," katanya.
Katanya lagi, dalam pertemuan itu Najib ada berbincang atau menerima pandangan ketua hakim negara. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Anwar Ibrahim diminta membela diri atas pertuduhan liwat ke atasnya.

Selain itu katanya, si pemberitahu kepada orang yang memberi tahu tokoh itu, Najib juga turut berbincang mengenai Raja Petra. Dan selebihnya hal-hal lain. Ada kemungkinan perbincangan terhadap Raja Petra untuk tidak mengenakan apa-apa tindakan undang-undang ke atas blogger yang kini sudah berpaling tadah menjilat segala ludahnya yang melata di longkang Chow Kit itu.

"Saya kira pertemuan itu serius dan penting kerana ia memakan masa yang panjang. Tetapi disini kita tidak boleh hendak mengatakan apakah keputusan hari ini (keputusan terhadap Anwar) adalah terhasil selepas berlaku pertemuan itu," katanya. Bagaimana pun beliau yakin pertemuan itu membawa tujuan dan maksud yang besar?

 P/s: Najib jumpa KHN sebelum Hakim Zabidin baca penghakimannya pagi tadi? Agak-agak sebab apa?


Tiada ulasan: