DIALOG RAKYAT |
- Selangor Eksport Pisang Jana Ekonomi
- Kontrak Harussani Sebagai Mufti Perak Disambung Tiga Tahun Lagi
- Harga RON95: Kerajaan Diminta Kaji Beban Rakyat
- KES ANWAR, NAJIB MESTI DISELESAIKAN DENGAN HUKUM ISLAM
- UMNO GUNA 'CARA BARU' UNTUK TAWAN DUN MANIR
- FELDA PURUN - DEMONTRASI TIDAK MEMBAWA KESAN, SAMBUTAN HEBAT TERHADAP ANWAR
- Tiada Alasan Untuk Najib, Rosmah Dan Hassan Elak Diri Sebagai Saksi Kes Fitnah
- UMNO BN Ketagih Ciplak Tawaran Buku Jingga
- PAS Pulau Pinang : Ibrahim Ali Hanya Boleh Cetus Darurat, Huru Hara
- Demontrasi Umno gagal himpun ramai peserta
- Keputusan undian ‘Putar Belit Najib’
- Banyak lagi taktik kotor Umno rampas Selangor
- Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan
- Insentif guru: Kesatuan sekerja kecewa tak menyeluruh
- Selepas Orkid Abdullah, suaminya meninggal dunia pagi ini
- Perkasa untuk ahli Perkasa…
- Syarikat tawar caj emel 1Malaysia serendah 5 sen
- Polis soalsiasat Big Dog, pastor
- Guru diseru berjuang bersama Pakatan Rakyat
- ISA: GMI tuntut KDN kemuka bukti tahan warga Singapura
- Kerajaan mansuh ‘Super Subsidy’ diesel sembilan kategori
- DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa
- Hadi akan kekal presiden PAS penggal kelima tanpa dicabar
- NGO Aman mahu Ibrahim Ali ditahan guna Akta Darurat
Selangor Eksport Pisang Jana Ekonomi Posted: 17 May 2011 06:29 AM PDT SELANGOR KINI SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata Selangor merupakan pengeksport utama pisang segar ke beberapa negara iaitu Hong Kong, Korea dan negara Timur Tengah sekali gus meningkatkan ekonomi negeri. Menurut Dr Yaakob pisang 'tole' adalah jenis pisang yang dieksport dan ia kini di tanam di tanah berkeluasan 40 hektar di Hulu Selangor. Menurutnya, penanaman pisang terbabit dilaksanakan sejak dua tahun lalu dan memberikan pendapatan lumayan kepada pengusaha dan pendapatan negeri ini. "Kejayaan terbabit memberikan pelbagai manfaat kepada rakyat di negeri ini antaranya permintaan yang tinggi terhadap pisang terbabit dan peluang pekerjaan kepada anak tempatan di Hulu Selangor," katanya. Sementara itu, ketika ditanya mengenai pertanian di negeri ini, Yaakob berkata, beberapa projek besar dilaksanakan dan memberikan hasil yang baik. "Antara projek besar ialah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berjaya membuka lima ladang besar dan meningkatkan hasil pertanian," katanya. Beliau berkata, PKPS juga memperkenalkan penternakan ayam moden, lembu tenusu moden serta penanaman lain seperti tembikai yang kini dieksport ke Singapura. | ||||||||||||
Kontrak Harussani Sebagai Mufti Perak Disambung Tiga Tahun Lagi Posted: 17 May 2011 06:27 AM PDT MSTAR ONLINE IPOH: Kontrak perkhidmatan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Harussani yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985 berkata, kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuat kuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak. "Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan... saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, Isnin. Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak. Semasa berucap pada majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berlangsung di sini pada sebelah pagi, Harussani dengan nada sebak berkata beliau kemungkinan tidak akan mempengerusikan muzakarah itu pada masa akan datang disebabkan faktor usia dan kesihatan. | ||||||||||||
Harga RON95: Kerajaan Diminta Kaji Beban Rakyat Posted: 17 May 2011 06:20 AM PDT BERNAMA TEMERLOH: Kerajaan diminta menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol RON95, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu. "Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut. "Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut," katanya kepada pemberita selepas menutup program gotong-royong Perdana Mukim Bangau anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Gau dan Angkatan Tentera Malaysia di sini Selasa. Turut hadir Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam yang meminta kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 bagi menjamin kebajikan rakyat. "Bagaimanapun, kerajaan dalam keadaan serba salah jika harga minyak tidak dinaikkan, kerana ia akan meningkatkan defisit kerajaan," katanya yang bersetuju kenaikan RON95 membebankan rakyat kerana harga barangan lain akan turut meningkat. Mengenai program gotong royong itu, beliau berkata program 'tentera masuk kampung' akan diteruskan bagi meningkatkan hubungan baik antara rakyat dan tentera. Ahmad Zahid berkata program sedemikian sebenarnya telah dilaksanakan sejak sekian lama dan dilihat memberi banyak manafaat kepada semua pihak. Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM20,000 kepada Masjid kampung Sungai Gau. | ||||||||||||
KES ANWAR, NAJIB MESTI DISELESAIKAN DENGAN HUKUM ISLAM Posted: 17 May 2011 06:18 AM PDT BULETIN ONLINE HULU TERENGGANU - PAS tetap dengan pendirian tegasnya mahukan kes melibatkan pertuduhan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dihadapkan dengan hukum Islam. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya menggunakan 'kuasa' bagi menyelesaikan masalah dengan hukum Islam. "PAS tetap mengatakan supaya selesaikan dengan Islam. Kes ini tidak boleh selesai melainkan dengan hukum Islam. Barisan Nasional ada kuasa, sepatutnya menggunakan kuasa untuk menyelesaikan masalah dengan hukum Islam. "Ini bukan sahaja kes Dato' Seri Anwar. Bahkan, termasuk kes Najib (Dato' Seri Najib Tun Razak) mesti ada empat orang saksi ikut cara Islam. "Kes (itu) sama sahaja, jika kes Anwar kena empat orang saksi begitu juga dengan kes Najib pun perlukan saksi juga. Termasuklah tuduhan demi tuduhan yang dibuat oleh semua pihak," tegasnya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir, di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang lembek, Manir, 16 Mei lalu. Menurutnya, bukan sahaja kes Anwar tetapi jika tuduhan terhadap Perdana Menteri juga perlukan saksi yang 'adil' mengikut cara Islam. Sehubungan itu, Dato' Seri Abdul Hadi menyifatkan perundangan negara telah 'bercelaru' serta tidak mempunyai asas yang betul khususnya bagi orang Islam. "Nampaknya kita (rakyat) sudah bercelaru dan sudah tidak mempunyai asas yang betul khususnya kepada orang Islam. "Mereka sepatutnya menunjukkan satu contoh yang baik. Contoh yang baik ialah kembali kepada Islam yang ada dalam al-Quran dan diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW," ujarnya. Justeru itu, katanya barulah dapat memulihkan imej Islam dan orang bukan Islam kepada pandangan semua pihak. Pada 16 Mei lalu, Hakim Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Dato' Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari. Dalam penghakiman lebih dua jam itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan Mohd Saiful boleh dipercayai, kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. "Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," ujarnya. Hadir sama pada sidang media tersebut Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Harun Taib, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman dan Timbalan Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu, Ismail Osman. | ||||||||||||
UMNO GUNA 'CARA BARU' UNTUK TAWAN DUN MANIR Posted: 17 May 2011 06:15 AM PDT BULETIN ONLINE HULU TERENGGANU - Umno yang 'kononnya' sedang beriya-iya untuk menawan DUN Manir daripada PAS telah melakukan pelbagai usaha termasuk membawa Presiden Umno Dato' Seri Najib Razak melawat DUN tersebut. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib mendedahkan, pada kedatanagn Ketua 'musuh PAS' itu, Umno menggunakan 'taktik' baru dalam usaha menawan DUN Manir. "DUN Manir pada tahun ini, ketua 'musuh' mari sendiri, jentera Umno pada kedatangan Perdana Menteri, Presiden Umno dan (Pengerusi) Barisan Nasional nak bawa cara (taktik) baru, "cara baru dia adalah membeli anak-anak muda dengan harga dua ratus ringgit keatas,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Peringkat DUN Manir, di Markaz tarbiyah Kubang Lembek, semalam Isnin 16 Mei. Menurutnya, yang juga Penasihat Majlis Tindakan DUN Manir, PAS memang tidak mampu 'membeli' sebagaimana yang dilakukan oleh Umno, namun begitu, Umno juga bukan parti yang 'kaya' dan boleh membelanjakan wang begitu banyak. Tetapi, beliau mendakwa, Umno telah menggunakan kewangan kerajaan yang diperuntukkan melalui pelbagai peruntukkan. "Kita (PAS) ada duit tapi tak banyak, dia pun tak guna duit Umno (kerana sebenarnya) Umno miskin, tapi dia menggunakan duit kerajaan yang diperuntukkan melalui pelbagai peruntukkan, tapi digunakan untuk kepetingan Umno,"jelasnya. Sehubungan itu, menurutnya lagi, Umno yang telah mendakwa DUN Manir 'dalam tangan' mereka ditentang dengan gagasan 'PAS Ganti Umno' Oleh itu, kata Ustaz Harun, ketika Najib datang, beliau telah mengajak PAS menyertai Barisan Nasional dan keluar dari Pakatan Rakya kerana menurut Najib, PAS tidak mendapat apa-apa dalam Pakatan Rakyat. Beliau telah menafikan dakwaan Najib kerana katanya, bersama Pakatan Rakyat, PAS telah dapat mengetuai negeri Perak dan Kedah serta mempertahankan negeri Kelantan. Selain itu, katanya, PAS dapat bergerak bebas menyampaikan dakwah dimasjid-masjid lebih mudah dinegeri-negeri yang diperintah Pakatan rakyat berbanding negeri yang diperintah Umno-BN. Ketua Dewan Ualamak PAS itu turut mendakwa, tindakan Najib mengajak PAS menyertai Barisan Nasional adalah mengulangi tindakan ayahnya, Allayarham Tun Razak. Menurutnya, apabila Umno sudah kehilangan kawan-kawan sebelepas berlakunya peristiwa 13 Mei, 1969, Tun Razak telah mengajak PAS menyertai Umno. "Umno hampir kehilangan kawan, MCA dan Gerakan hendak tingglkan Barisan, jadi Najib seseorangan, dia tak ingat (kepada parti) lain (hanya) ingat kepada PAS, "macam arwah ayah dia dulu, bila berlaku 13 Mei, tak ada arah nak pergi, tak ada cara lain (kecuali) ajak PAS (bersama BN),"katanya. Justeru, beliau bertegas, sekiranya Umno mahukan PAS menyertai Barisan Nasional, Umno perlu mengubah dasarnya terlebih dahulu kepada dasar Islam. | ||||||||||||
FELDA PURUN - DEMONTRASI TIDAK MEMBAWA KESAN, SAMBUTAN HEBAT TERHADAP ANWAR Posted: 17 May 2011 06:03 AM PDT blogger PKR Pahang
Sebelum ini, sekumpulan penunjuk perasaan yang kununnya mewakili suara masyarakat felda mengadakan demontrasi untuk menghalang program ceramah oleh Ketua Umum PKR tersebut. Namun PKR Negeri Pahang bertegas untuk mengadakan program yang dijadualkan malahan mencabar sesiapa sahaja dari golongan yang menentang kehadiran Dato' Seri Anwar agar hadir mengikuti ceramah bagi mendengar sendiri penjelasan isu semasa oleh Dato' Seri Anwar samada ianya boleh menggugat keselamatan negara atau sebenarnya menggugat kedudukan Umno/Bn. Ceramah di Felda Purun hanya dibenarkan di dalam kawasan Markas PAS di situ walaupun telah dijangka kehadiran orang ramai pastinya tidak boleh ditampung oleh Markas PAS, namun pihak penganjur terpaksa mengadakan juga program tersebut dengan menyediakan kawalan keselamatan oleh Unit Amal PAS yang telah menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Ketibaan Dato' Seri Anwar seperti diduga telah cuba diprovokasi oleh beberapa kumpulan yang menjerit umpama orang hilang akal dengan menghamburkan kata-kata lucah terhadap beliau. Alhamdulillah, kematangan dari pihak kita Pakatan Rakyat telah mengelak terjadinya sesuatu yang tidak diingini walaupun kedapatan pihak Polis di situ yang mengawal keadaan.
Sambutan orang ramai di luar jangkaan samasekali, lebih 2,000 telah memenuhi ruang dalam dan luar Markas PAS Felda Purun bagi mendengar pidato yang terdiri daripada Sdr Mazlan Aliman, Dato' Fauzi Abd Rahman, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan amanat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Adun Teriang, YB Leong Ngah Ngah juga turut hadir bersama lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat Pahang.
Sdr Mazlan Aliman banyak menyentuh tentang isu nasib Peneroka Felda yang seringkali terkeliru dengan janji-janji pihak kerajaan. Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya, apa jua yang diperjuangkan oleh ANAK akan dilaksanakan. Pengerusi PKR Negeri Pahang menyebut tentang komitmen Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini bagi merampas Negeri Pahang dari Umno/Bn. Beliau turut menyentuh tentang betapa takutnya pemimpin Umno kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak pernah berehat dari diserang dengan berbagai fitnah. Selaku bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli kabinet di dalam Kerajaan Bn, beliau lebih mengenali Dato' Seri Anwar dan siapakah musuh-musuh di sekelilingnya. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula lebih banyak mengupas tentang kaedah dan perundangan di dalam Islam berkaitan kes tuduhan zina/liwat dan bab bersumpah di dalam Islam. Beliau menjelaskan di dalam Islam, tiada pilihan lain bagi seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina melainkan dengan membawa 4 orang saksi yang adil melainkan sekiranya ada pengakuan dari mereka yang berzina. Hukum ini Allah tetapkan adalah kerana Allah teramat menjaga maruah hamba-hambanya dan mereka yang terlepas dari hukuman di dunia ini, mereka tidak boleh lepas dari hukuman di Akhirat kelak. Di dalam isu sumpah, di dalam isu menuduh orang berzina Islam tidak tidak menetapkan sumpah sebagai bukti menuduh. Jika amalan ini diamalkan, nescaya porak poranda masyarakat kerana Allah telah jelaskan akan ada golongan yang sanggup bersumpah kerana ingin menegakkan fitnah mereka. Dato' Seri Anwar malam itu sungguh bersemangat walaupun keletihan kerana sehari suntuk program yang beliau hadiri. Beliau menjelaskan tentang apa yang terkandung di dalam Buku Jingga dan komitmen Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putrajaya nanti. Beliau tidak hiraukan betapa banyak tekanan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, malahan semakin melampau sehingga menekan isteri, anak dan keselamatan cucu beliau tetapi demi nasib rakyat beliau tetap akan lawan rejim Umno/Bn. Beliau kesal kerana saban hari beliau diaibkan dan dituduh dengan berbagai tuduhan yang kadangkala tidak masuk akal, tetapi beliau kerapkali dikenakan sekatan untuk berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan jahat mereka. Cabaran debat yang tidak pernah disahut oleh Najib menunjukkan betapa takutnya pemimpin Umno itu sekiranya rakyat tahu bahawa di bawah Kerajaan Bn rakyat sebenarnya ditindas dan dihimpit dengan berbagai kesulitan. Sekali lagi Dato' Seri Anwar memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, beliau hanya mahu tempoh satu hari sahaja sebelum mengumumkan harga minyak petrol diturunkan. Secara berjenaka, beliau turut menyentuh tentang isu video seks yang membuatkan `wajah dan perut' beliau kini menjadi perhatian ramai. Tentang isu jam Omega, beliau tidak mahu melayani pertanyaan tentang isu berkenaan kerana terang-terangan itu merupakan satu cerita yang direka kerana terbukti jam tersebut berasal dari Taiwan dan dibeli sekitar tahun 2004. Ketika itu beliau masih dipenjara, mana mungkin ketika itu beliau boleh keluar dari penjara? Cubaan sabotaj terhadap kenderaan beliau dan ugutan terhadap anak beliau Nurul Izzah dan keluarganya sedikit pun tidak menggoyahkan semangat mereka sekeluarga untuk menentang kezaliman Umno/Bn. Di akhir ucapannya, Dato' Seri Anwar mahu rakyat bangkit dan bekerja kuat demi kesejahteraan bersama. Beliau menasihati rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media pencacai yang berada di bawah telunjuk rejim Umno/Bn. Tentang nasibnya di dalam kes fitnah Liwat II, beliau yakin jika Hakim memutuskan untuk menerima fakta memang jelas dan nyata bahawa kes tersebut wajib dibuang ke dalam tong sampah. Tetapi jika berlaku sebaliknya, beliau sudah bersedia untuk berdepan menentang kezaliman ini. Beliau merasa bersyukur kerana semakin beliau diaibkan dan difitnah, sambutan rakyat terhadapnya bertambah kuat dan ini menguatkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga rejim Umno/Bn dapat dikuburkan di dalam Pilihanraya Umum nanti. Dato' Seri Anwar turut mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sokongan dan doa dari rakyat berbagai bangsa dan agama samada di dalam mahu pun di luar negara. Ternyata, provokasi dari kumpulan yang berdemontrasi menentang kehadiran Dato' Seri Anwar ke Felda Purun malam semalam tidak memberi kesan kepada rakyat jelata yang ingin mendengar sendiri apakah benar Ketua Umum PKR ini seorang pengkhianat atau pemecah belah masyarakat. Rata-rata yang hadir menunjukkan kepuasan di wajah masing-masing selepas selesai program ceramah malam itu dan ini menandakan kawasan felda tidak selama-lamanya selamat buat Umno/Bn./ | ||||||||||||
Tiada Alasan Untuk Najib, Rosmah Dan Hassan Elak Diri Sebagai Saksi Kes Fitnah Posted: 17 May 2011 05:58 AM PDT Sumber TVS SHAH ALAM : Tidak ada sebab untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk mengelakkan diri daripada dipanggil sebagai saksi berhubung kes perbicaraan fitnah ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, individu yang mendokong rukun negara Malaysia, tidak harus dikecualikan daripada memberi keterangan dalam mahkamah walaupun mereka berstatus orang penting negara. Dalam rukun negara ada menyebut dengan jelas Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan undang-undang,"katanya. " Maknanya kita mendokong Perlembagaan dan menghormati undang-undang, bagi saya sesiapa juga sama ada dia perdana menteri atau sesiapa juga asalkan dia diminta hadir ke mahkamah atas apa jua kapasiti, (dia perlu hadir),"katanya kepada Tv Selangor. | ||||||||||||
UMNO BN Ketagih Ciplak Tawaran Buku Jingga Posted: 17 May 2011 12:46 AM PDT Sumber TVS SHAH ALAM : Kritikan lantang kerajaan pemerintah sebelum ini kononnya tawaran 100 hari Pakatan Rakyat akan menyebabkan negara muflis meleset sama sekali apabila sedikit demi sedikit tawaran Buku Jingga itu diceduk UMNO BN. Sebelum ini, idea memberikan insentif RM500 kepada golongan pendidik diciplak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak dan terbaru, cadangan pemansuhan tol turut digunapakai. Berkuatkuasa semalam, kerajaan pemerintah memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur- Barat (Metramac). Pemansuhan tol ini dilakukan tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar dalam perjanjian konsesi yang dijadualkan 31 Mei 2018. EXCO Selangor, Teressa Kok menjelaskan Pakatan Rakyat sebelum ini akan mengadakan rundingan semula dengan syarikat konsesi tol bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat marhaen. "Salah satu dasar yang disebut dalam Buku Jingga adalah berkenaan dengan tol. Kita akan merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuh raya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun. "Bila kita masuk Putrajaya antara perkara yang akan dilakukan ialah mengambil balik PLUS, menghapuskan tol, dalam tempoh tujuh tahun. Ini tersebut dalam Buku Jingga kita lihat hari ini juga dua tol di PJ dan Cheras , sudah ada dua plaza tol dihapuskan, dimansuhkan," katanya lagi. Sebelum ini, kerajaan pemerintah melalui Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan pemberian insentif kepada warga pendidik tidak akan menyebabkan negara mengalami defisit seperti yang seringkali diwar- warkan. Insentif sebayak RM7,500 kepada kira- kira 924 guru besar dari seluruh negara dilihat mirip kepada tawaran insentif RM500 kepada setiap guru dinegara ini. Kegugupan kerajaan Najib terhadap kekuatan Buku Jingga dizahirkan apabila media arus perdana diarahkan supaya menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang. Arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu pada 21 Mac lalu. Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak — antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik bagi mengambarkan seolah- olah negara akan bankrap jika tawaran Buku Jingga dilaksanakan. Buku Jingga yang dilancar sempena konvensyen Pakatan Rakyat 2010 antara lain mengutarakan manifesto Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dalam tempoh 100 hari. Teresa yakin kerajaan Najib tidak hanya menceduk dua idea sahaja dari Buku Jingga itu. Beliau pasti lebih banyak idea Pakatan Rakyat yang bakal diciplak UMNO BN untuk mencerminkan kononnya mereka adalah kerajaan pemerintah yang menjaga kebajikan rakyat. | ||||||||||||
PAS Pulau Pinang : Ibrahim Ali Hanya Boleh Cetus Darurat, Huru Hara Posted: 17 May 2011 12:38 AM PDT Ditulis oleh Shakira Buang
KUALA LUMPUR : Kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk melancarkan perang Salib kepada masyarakat Kristian adalah provokasi berbahaya dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man melalui kenyataan medianya berkata, tindakan Ibrahim itu juga hanya boleh mencetuskan darurat dan menghuru-harakan negara. " Ini jelas sekali satu tindakan provokatif yang tidak wajar sama sekali diucapkan oleh seseorang Ahli Parlimen," katanya. Menurut Salleh, Ibrahim yang selama ini dilihat pro umno, memperlekeh prinsip 1Malaysia yang didokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia katanya, turut melanggar prinsip Rukun Negara apabila Ibrahim bertindak mencabar komuniti Kristian untuk melancarkan jihad. "Presiden Perkasa itu memang telah dengan sengaja menguji kesabaran komuniti Kristian dan cuba membangkitkan semangat anti-kristian di kalangan komuniti Islam. Jelas Salleh, sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin yang memandang ringan perkara itu menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. "Ibrahim sepatutya telah ditahan untuk siasatan lanjut dan ditegah daripada berterusan membuat kenyataan seumpama itu," tegasnya. Katanya lagi, Pimpinan Umno dan Barisan Nasional sewajarnya menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang nampak lebih berani mencabar dan menyifatkan kenyataan Ibrahim sebagai biadap dan bersifat ektremis. "Sejarah telah membuktikan bahawa Ibrahim merupakan antara peribadi yang kerap mencetuskan provokasi pada rakyat agar mencetuskan huru-hara. Inilah Ibrahim, seorang opportunis yang mahu dilihat sebagai wira dalam memperjuangkan Melayu dan Islam, serta sanggup menjentik kepala politik sesiapa pun demi kepentingannya. Ibrahim, semalam membuat kenyataan bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian sekiranya mereka berterusan mempertikai kedudukan masyarakat Islam di negara ini. "Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. "Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah," katanya merujuk kepada kenyataan kononnya ada usaha menjadikan Kristian agama Rasmi, sepertimana yang dilapor akhbar milik Umno, Utusan Malaysia baru-baru ini. Kenyataan itu menyebabkan pemimpin masyarakat Kristian hari ini menyelar Ibrahim dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau yang disifatkan cuba membawa padah kepada keharmonian kaum. | ||||||||||||
Demontrasi Umno gagal himpun ramai peserta Posted: 16 May 2011 11:08 PM PDT
| ||||||||||||
Keputusan undian ‘Putar Belit Najib’ Posted: 16 May 2011 11:05 PM PDT
| ||||||||||||
Banyak lagi taktik kotor Umno rampas Selangor Posted: 16 May 2011 11:03 PM PDT
| ||||||||||||
Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan Posted: 16 May 2011 11:00 PM PDT
| ||||||||||||
Insentif guru: Kesatuan sekerja kecewa tak menyeluruh Posted: 16 May 2011 10:57 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Beberapa kesatuan sekerja perkhidmatan guru mendesak kerajaan meneliti semula insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, yang disifatkan sebagai tidak memenuhi permintaan dan keperluan utama warga pendidik keseluruhan peringkat. Desakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) lahir daripada rasa tidak puas hati terhadap insentif yang disifatkan tidak memberi manfaat kepada keseluruhan guru. Laporan Berita Harian memetik mereka kecewa kerana enam tuntutan yang dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada pertemuan 28 April lalu tidak diberi perhatian termasuk tuntutan kenaikan gred guru besar di sekolah kurang murid. Selain itu, tuntutan supaya kerajaan mewujudkan jawatan gred DG40 iaitu gred tertinggi dalam Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), selain memperluaskan gred DGA38 kepada semua guru besar dan pengelola kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) gagal dilakanakan. Mereka mendakwa kerajaan juga tidak memberi perhatian terhadap tuntutan gred jawatan pegawai pelajaran daerah di sebanyak 139 PPD membabitkan gred DG52 serta pelaksanaan nisbah seorang guru dengan tujuh murid khususnya bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dalam perutusan sempena Hari Guru semalam, Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya 'time-based' perlu diberi nafas baru. "Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. "Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya," katanya. Oleh itu kata beliau, kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru. "Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," kata Najib. Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan. Najib berkata, mereka juga boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. "Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. "Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," kata beliau. Selanjutnya, Najib menambah, sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Sementara itu, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan. Dalam pada itu, Presiden NUTP Hashim Adnan berkata insentif yang diberikan tidak membabitkan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah, walhal permintaan sudah beberapa kali disuarakan sebelum ini. Dipetik akhbar harian itu, beliau berkata, NUTP kecewa kerana kenaikan gred hanya dikuatkuasakan bermula 1 Januari depan, menyebabkan pengetua dan GPK yang bersara tahun ini tidak dapat menikmati insentif berkenaan. Yang Dipetua GMGBM Ruslan Madon pula berkata apa yang diperjuangkan gabungan itu sejak empat tahun lalu gagal direalisasikan sedangkan kenaikan gred bagi guru besar sekolah kurang murid jika dilaksanakan hanya membabitkan RM5 juta stahun. Sementara itu, Presiden KKGLMSM Jamale Paiman memberitahu pihaknya berharap kerajaan mengambil tindakan segera bagi memastikan kebajikan 160,000 PPPLD daripada jumlah keseluruhan 430,000 guru terjamin. | ||||||||||||
Selepas Orkid Abdullah, suaminya meninggal dunia pagi ini Posted: 16 May 2011 10:56 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Lima hari selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu, Datin Orchid Abdullah meninggal dunia, suaminya Datuk Mokhtar Omar kembali ke rahmatullah pagi ini. Allahyarham Mokhtar, 70, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 6.15 pagi ini di Hospital Ampang dekat sini, lapor Utusan Online hari ini. Mokhtar dimasukkan ke hospital tersebut sejak lebih 4 Mei lalu kerana jangkitan kuman di paru-paru. Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, dekat sini sebelum waktu Zohor. Orchid juga meninggal dunia di Hospital Ampang pada 13 Mei lalu. | ||||||||||||
Posted: 16 May 2011 10:42 PM PDT Tapi jihad untuk semua orang Islam PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengesahkan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammudin Hussein bahawa pertubuhan itu tidak mewakili semua orang Melayu. "Perkasa mewakili ahli Perkasa saja. Melayu sudah terbahagi kepada beberapa kumpulan. Melayu PAS dan Melayu PKR jadi perkakas DAP,manakala Melayu Umno dan Melayu liberal. "Apa yang saya kata adalah peringatan. Kalau ada pihak yang terus mencabar kedudukan Islam,menghina Islam,memperlekeh bahasa kebangsaan, menidak hak keistimewaan orang Melayu dan mempersenda institusi Raja,maka saya,walaupun seorang, sebagai orang Melayu Islam, saya akan berjihad Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas kenyataan Hishammuddin selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sungai Besar kelmarin. Hishammuddin mengatakan bahawa Ibrahim dan Perkasa tidak mewakili semua orang Melayu. "Kalau kita mahu kepada keamanan,maka jangan cabar posisi, kedaulatan dan martabat Islam dan umat Melayu Islam yg merupakan majoriti dan ketuanan asal rakyat negara Persekutuan Tanah Melayu dan kini Malaysia," tambah Ibrahim. Beliau turut mempersoalkan mengapa tiada kecaman terhadap pelbagai tuntutan yang bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang dibuat dalam pelancaran pusat kebudayaan dan pelajaran Lim Liam Geok pada minggu lalu. "Kenapa ada pihak berdiam diri dan tidak mengecam,mengutuk atau buat laporan polis apabila diadakan pertemuan melancar penubuhan pusat budaya dan pelajaran Lim (yang telah dilucut kerakyatan 40 tahun lalu) yang dihadiri lebih 600 orang dari 80 NGO minggu lalu dengan menuntut berbagai tuntutan yang bertentangan dengan undang-undang fasal 152 (2). "Bila saya bercakap sikit mempertahankan Islam dan maruah Melayu sudah riuh rendah. Saya bertanggungjawab penuh atas apa yang saya cakap,sbagai peringatan, kalau kita semua mahu pastikan keamanan kekal," jelas beliau. Ketika ditanya ulasan berkaitan perbandingan Hishammuddin antara beliau dengan ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden beliau berkata perjuangan Osama tidak melalui pilihan raya. "Tapi saya kagumi semangat perjuangannya menentang kezaliman Israel dan Amerika serta sekutunya." Bila ditanya sama ada Perkasa akan merekrut ahli untuk berjihad, ahli parlimen bebas Pasir Mas ini berkata soal merekrut tidak timbul. "Jihad adalah kewajipan setiap orang Islam apabila Islam dicabar atau dihina dan tidak payah jadi ahli Perkasa untuk berjihad." | ||||||||||||
Syarikat tawar caj emel 1Malaysia serendah 5 sen Posted: 16 May 2011 09:49 PM PDT Jamilah KamarudinPETALING JAYA: Jika syarikat Tricubes Berhad mengenakan caj 50 sen terhadap agensi kerajaan bagi setiap emel 1Malaysia yang dihantar kepada pengguna, caj perkhidmatan menggunakan wang rakyat mungkin boleh dikurangkan jika kerajaan membuka tender projek ini kepada syarikat lain. Ini kerana ada syarikat swasta lain yang lebih berpotensi sanggup menawarkan servis perkhidmatan yang sama seperti Tricubes namun dengan harga serendah 5 sen dan dalam masa yang sama perlindungan keselamatan data maklumat peribadi terjamin. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modular Synergy Sdn Bhd Nazar Yakin berkata, tindakan kerajaan yang enggan membuka tender projek tersebut dipersoalkan walaupun banyak pakar teknologi maklumat (IT) tempatan berkemahiran ada. Nazar berkata, tidak ada sebab kerajaan enggan mempertimbangkan sebuah syarikat yang hendak menawarkan harga 10 kali ganda lebih rendah daripada Tricubes dan pihaknya akan mengemukakan kertas cadangan secepat mungkin. "Secara asasnya kita boleh letak apa saja jumlah yang kita mahu keranaini adalah urusan bisnes. Kita tak kenal mereka (kerajaan) jadi kita caj 5 sen," katanya yang turut menawarkan caj secara percuma jika kerajaan mengenakan bidaan terhadap projek itu. Katanya, keuntungan syarikat masih boleh tetap diperoleh walaupun caj serendah 5 sen dikenakan tanpa mengambil keuntungan yang besar daripada kerajaan. "Jika Google boleh menawarkan khidmat emel secara percuma (kecuali pakej premium dengan harga USD5 setahun) kenapa tidak emel yang lain," soal beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR Kelana Jaya di sini hari ini. Selain itu, Nazar yang juga bekas CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pengasas Amanah Saham Nasional (ASN) berkata, pihaknya juga turut menawarkan pembinaan servis perkhidmatan jaringan sosial ala 'Facebook' yang dikenali 'Govtbook' bagi memudahkan orang ramai berinteraksi dengan perkhidmatan kerajaan. Katanya, melalui 'Govtbook' orang ramai lebih mudah berurusan dengan pegawai kerajaan dan dalam masa yang sama menjamin tahap sistem keselamatan data peribadi. "Kalau Facebook boleh dibina secara percuma kenapa tidak kami," katanya yakin. Sementara itu, Ahli Parlimen PKR Log Gwo-Burne berkata projek ini mungkin boleh dilaksanakan tanpa berbelanjan tinggi jika kerajaan tidak terlalu mementingkan kronisme untuk memperoleh keuntungan berlipat ganda dalam perniagaan walaupun ada banyak syarikat lain yang lebih berpotensi dan berminat menyertainya. Projek Emel 1Malaysia bernilai RM50 juta, inisiatif kewangan persendirian, diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan dilancarkan Julai ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad Khairun Zainal Mokhtar, mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran 50 sen bagi setiap emel yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Menurut Khairun, pengguna jugaa akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'. Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015. Namun syarikat Tricubes dikenal pasti sebagai syarikat bermasalah apabila tersenarai dalam Bursa Malaysia sebagai antara 12 buah Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya. Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan | ||||||||||||
Polis soalsiasat Big Dog, pastor Posted: 16 May 2011 04:59 PM PDT Susan Loone Polis Pulau Pinang merakam kenyataan penulis blog Zakhir Mohamed berhubung tulisan dalam blognya yang mencetuskan isu 'konspirasi Kristian'. Dipercayai ini adalah kali pertama Zakhir disoalsiasat oleh pihak polis berhubung tulisan tersebut, yang telah digunakan sebagai salah satu sumber dalam laporan muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu di bawah tajuk Kristian Agama Rasmi? Lebih diketahui dengan nama penanya Big Dog, Zakhir memberitahu pemberita kemudian bahawa dia kebetulan berada di Pulau Pinang dan telah "dijemput" oleh pihak polis untuk "membantu siasatan". Katanya, polis mengambil masa kira-kira sejam untuk merakamkan kenyataan beliaunya, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya. "Saya minta maaf. Saya tidak dapat mendedahkan apa yang berlaku di dalam (tadi)," katanya kepada pemberita pada kira-kira jam 7.45 malam tadi. Katanya, dua anggota ppolis hadir ketika dia disoalsiasat. Sementara itu, sumber-sumber berkata sekumpulan pastor yang terbabit dalam pertemuan pada 6 Mei lalu, turut hadir di balai polis awal hari ini untuk disoalsiasat. | ||||||||||||
Guru diseru berjuang bersama Pakatan Rakyat Posted: 16 May 2011 04:45 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR: Muslimat PAS Pusat menyeru guru-guru yang menghadapi tekanan pemerintah supaya meneruskan perjuangan bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Salbiah Abd Wahab berkata, pihaknya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2011. "Kepada semua yang bergelar pendidik yang terdiri daripada guru-guru di sektor awam dan swasta di semua peringkat persekolahan, Pasti, tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi tinggi, kakitangan pejabat-pejabat pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta semua yang terlibat dengan profession perguruan," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, golongan pendidik adalah merupakan golongan perkhidmatan awam yang terbesar di negara ini yang dianggarkan seramai 520,000 orang termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir. Tambahnya, guru-guru berada di seluruh pelosok negara dan menjadi nadi yang menghidupkan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan. Menurutnya, mereka tekad menjalankan tugas rasmi dan tidak rasmi profesyen perguruan tanpa mengira dan mengenal penat-lelah. "Mereka jugalah yang diamanahkan untuk mempersiapkan dan menyediakan generasi pemimpin pelapis, yang berkebolehan dan berkeupayaan menyumbang tenaga dan bakti untuk kesejahteraan ummah dan ekonomi negara di masa hadapan negara," ujarnya. Oleh itu, tambahnya guru-guru mesti bersifat cekal dan anjal serta istiqamah dan bertaqwa kerana proses pendidikan sambung-menyambung dalam dunia yang semakin mencabar. "Didiklah anak-bangsa tanpa mengira ras keturunan, insya Allah pengorbanan dan khidmat bakti anda akan membuahkan hasil apabila Pakatan Rakyat mengambil teraju kepimpinan negara di dalam PRU13 akan datang," katanya. Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited akan menawarkan kepada guru-guru elaun khas perguruan sebanyak RM500 seorang untuk mengangkat martabat perguruan dan seterusnya menarik lebih ramai cerdik-pandai menyertai profesyen perguruan. Katanya, dengan tema Hari Guru 2011 tahun ini, 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara', Dewan Muslimat berharap ia bukan transformasi retorik pemerintah BN Umno. "PAS dan Pakatan Rakyat akan mempastikan ia benar-benar transformasi pendidikan ke arah kesejahteraan, keunggulan dan kecemerlangan ummah dan negara dunia dan akhirat," ujarnya. | ||||||||||||
ISA: GMI tuntut KDN kemuka bukti tahan warga Singapura Posted: 16 May 2011 04:43 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Ahli perniagaan itu, Abdul Majid Kunji Mohamad ditahan di bawah ISA kerana disyaki terlibat menyalurkan dana dan memberi bantuan logistik kepada kumpulan militan di selatan Filipina. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, GMI menyifatkan penangkapan Abdul Majid, 60, di bawah ISA sebagai satu tindakan zalim serta melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan dan agama. "Penahanan tanpa bicara Abdul Majid pada 6 Mei 2011 atas tuduhan yang tidak terbukti melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan, agama dan piawaian antarabangsa berhubung hak asasi," kata GMI. Tegas GMI, penangkapan Abdul Majid tanpa sebarang bukti membuktikan pencabulan dan kezaliman yang dilakukan pihak berkuasa. Malah dakwaan mengatakan Abdul Majid menyalurkan dana kepada kumpulan militan juga adalah tidak berasas kerana ahli perniagaan itu kini mengalami masalah kewangan dan hampir muflis. "Abdul Majid dituduh menyalurkan dana kepada kumpulan militan di selatan Filipina, tuduhan ini amat meragukan kerana Abdul Majid mengalami kesusahan kewangan. "Selain itu keluarga Abdul Majid hanya diberitahu dia ditahan di bawah ISA dan menurut pihak polis mereka tidak mempunyai sebarang bukti, sebaliknya cuma bertindak atas laporan yang diterima, sehingga kini keluarga dan peguam masih belum dibenarkan untuk berjumpa Abdul Majid," kata kenyataan itu lagi. Justeru, GMI mengecam dengan keras penangkapan Abdul Majid dan menggesa kerajaan menjamin keselamatan warga Singapura itu sepanjang ditahan. "GMI mengecam keras penahanan terbaru ini, kerajaan perlu menjamin keselamatan tahanan dan memaklumkan kepada ahli keluarga mereka serta khidmat guaman juga perlu dibenarkan. "Sekiranya kerajaan memiliki bukti terhadap suspek, kami menggesa kerajaan untuk mendakwa dalam mahkamah terbuka, sesuai dengan hak untuk membela diri, hak mereka untuk mendapatkan khidmat peguam dan hak terhadap perbicaraan yang adil. "Jika tidak, maka sesiapa pun termasuk Abdul Majid perlu dibebaskan tanpa tangguh dan tanpa syarat," katanya. Dalam kenyataan itu juga, GMI menuntut Kementerian Dalam Negeri untuk membebaskan Abdul Majid dengan segera atau dibicarakan di mahkamah ekoran tiada bukti menyabitkan bapa lapan anak itu dengan tuduhan itu. Tiga hari selepas penangkapan Abdul Majid, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin berkata, penglibatan Abdul Majid dengan aktiviti kumpulan militan di Filipina adalah benar dan merupakan sesuatu yang serius. Katanya, disebabkan itu, polis menangkap Abdul Majid yang menetap di sini agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. "Kalau tidak, tak mungkin kita akan mengambil tindakan sebegitu rupa (menangkap) dan pemantauan yang rapi telah dilakukan, pihak risikan Singapura dan agensi-agensi berkenaan juga telah dimaklumkan berkenaan hal tersebut," katanya | ||||||||||||
Kerajaan mansuh ‘Super Subsidy’ diesel sembilan kategori Posted: 16 May 2011 04:41 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
Berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi pada 9 Mei lepas, kategori kenderaan itu tidak lagi membeli bahan berkenaan pada harga RM1.481 seliter. Bagaimanapun, kenderaan-kenderaan itu masih lagi menikmati subdisi dengan pengambilan di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter. Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin. Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober lalu, yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan. "Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini. "Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta," demikian menurut kenyataan itu dipetik Bernama Online malam ini. Pun begitu, diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan. Katanya, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter. Dalam pada itu, kementerian berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan. Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 seliter | ||||||||||||
DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa Posted: 16 May 2011 04:40 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed PutraKUALA LUMPUR — DAP menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang melahirkan kesediaan melancarkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian jika meneruskan agenda mahu "merampas" kedudukan Islam di negara ini. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu termasuk Ibrahim yang menyemarakkan api perkauman dan keagamaan. "Keengganan Umno mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa akan mewujudkan suasana tidak aman selain akan berlaku ketegangan di kalangan rakyat Malaysia. "Selain itu, ia menunjukkan seolah-olah Umno melindungi Perkasa walaupun Perkasa cuba menghasut rakyat membenci komuniti Kristian. "Keengganan Menteri Dalam Negeri mengesahkan lagi Umno sekadar berlakon untuk melindungi Ibrahim dan Perkasa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan laporan berunsur fitnah terbitan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", 7 Mei lalu, memberi peluang keemasan Ibrahim untuk mewujudkan kebencian kepada komuniti Kristian. "Pembohongan yang berbahaya oleh Utusan Malaysia telah memberi satu peluang keemasan kepada pelampau-pelampau seperti Ibrahim Ali untuk mecetuskan kebencian dan menghasut permusuhan di kalangan rakyat Malaysia. "Hishammuddin terus mempertahankan Ibrahim Ali dan Perkasa walaupun mahu melancarkan jihad menentang komuniti Kristian, bayangkan bagaimana jika komuniti Kristian melancarkan jihad menentang orang Islam... sudah pasti dia akan ditangkap dengan segera," katanya. Dalam ceramah di Gombak kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu. "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam. "Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," katanya. Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu | ||||||||||||
Hadi akan kekal presiden PAS penggal kelima tanpa dicabar Posted: 16 May 2011 04:36 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDERKUALA LUMPUR — Datuk Seri Abdul Hadi Awang(gambar) akan mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima kerana tidak ada calon yang layak untuk jawatan itu selepas semua bahagian mengadakan mesyuratnya. Semua bahagian diberikan sehingga semalam untuk mengadakan mesyuaratnya yang juga merupakan hari terakhir untuk mengemukakan sebarang pencalonan. Sumber-sumber parti berkata Bukit Bintang merupakan satu-satunya bahagian yang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa untuk jawatan tertinggi parti itu. Bagaimanapun, Husam secara terbuka berkata beliau belum berminat untuk bertanding jawatan parti tertinggi itu. Malahan, bakal calon mestilah menerima sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan bertanding bagi sebarang jawatan. "Setakat ini, nampaknya Datuk Seri Hadi akan mengekalkan jawatannya," kata seorang sumber parti dipetik laporan Bernama. Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali dan pengerusi pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dijadual mengadakan sidang media pagi ini untuk mengumumkan senarai calon yang layak untuk jawatan tertinggi parti itu. Abdul Hadi mula dilantik sebagai pemangku presiden pada Julai 2002 dan dipilih sebagai presiden PAS pada pemilihan parti 2003 dan telah memegang jawatan itu tanpa dicabar sehingga sekarang. Bagi jawatan timbalan presiden, setakat ini hanya dua pemimpin PAS, penyandang Nasharuddin Mat Isa dan anggota jawatankuasa pusat Mohamad Sabu, mengesahkan akan bertanding untuk jawatan nombor dua itu jika mereka menerima pencalonan yang mencukupi. Turut dicalonkan ialah naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub, anggota jawatankuasa pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Pemilihan akan berlangsung awal bulan depan | ||||||||||||
NGO Aman mahu Ibrahim Ali ditahan guna Akta Darurat Posted: 16 May 2011 04:33 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Latifah KasmuriKUALA LUMPUR — Angkatan Warga Aman Malaysia (Aman) menggesa Kementerian Dalam Negeri menahan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) ekoran kesediaan melancarkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian. Ibrahim (gambar)dalam ceramahnya kelmarin memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Menurut Pengerusi Aman AP Raja Retinam, kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu "amat bahaya", boleh mencetuskan keadaan tidak aman dalam negara. "Kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim Ali berhubung perang jihad adalah satu kenyataan amat bahaya, kami mahu beliau ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Darurat kerana keluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya. "Malah dalam kenyataannya itu beliau seolah-olah mencabar polis, macam mana sehingga hari ini masih tiada tindakan yang dikenakan terhadap Ibrahim Ali... sudah lebih 48 jam tapi kenapa tiada tindakan diambil?" katanya selepas membuat laporan polis terhadap Ibrahim di Balai Polis Sentul di sini. Selain itu, tegas Raja Retinam, Ibrahim perlu menerima hukuman seperti mana yang dikenakan terhadap ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden awal bulan. Sebelum ini Aman mendakwa ia merupakan gabungan kira-kira 200 pertubuhan bukan kerajaan. "Beliau dilihat cuba menghasut rakyat untuk bertindak menentang komuniti Kritsian, ini tidak boleh," katanya. Tambah Raja Retinam, ini bukan kali pertama Perkasa dan Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara. "Kenyataan yang dikeluarkan beliau adalah amat dahsyat, Kementerian Dalam Negeri harus ambil tindakan segera, tahan beliau di bawah Akta Darurat. "Ini bukan kali pertama Perkasa dan Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman seperti ini, ini sudah menjadi budaya Perkasa dengan sekarang disokong Pembela (Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam). "Saya tidak nampak kenapa Ibrahim Ali ini kebal, begitu juga dengan Utusan Malaysia, sepatutnya terbitan Utusan Malaysia digantung dan editor juga perlu digantung sehingga siasatan selesai," katanya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?" yang diterbitkan pada 7 Mei lalu. Bercakap secara peribadi sebagai anak jati kelahiran Kelantan, Raja Retinam menyifatkan Ibrahim tidak layak untuk menjadi rakyat negeri itu. "Saya sebagai anak Kelantan berasa malu dengan kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim Ali, saya anak jati Kelantan dan rakyat Kelantan tidak akan kata perkara sebegitu. "Saya rasa kelayakan beliau sebagai anak Kelantan perlu digugurkan kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan imej orang Melayu dan Islam, beliau tidak layak untuk jadi rakyat Kelantan, rakyat Kelantan bukan seperti itu," katanya. Selain itu, beliau juga menegaskan, Umno tidak sepatutnya bertindak mempertahankan Utusan Malaysia yang mengeluarkan laporan yang tidak benar dan bersifat fitnah. "Umno terpaksa mempertahankan Utusan Malaysia sebab Umno adalah bos walaupun apa yang dilaporkan itu tidak betul. "Utusan Malaysia bukan mewakili orang Melayu," katanya dengan merujuk kepada edaran akhbar itu yang dikatakan merosot. Ekoran kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu. "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam," katanya. Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu. Malah hari ini DAP menggesa Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap Ibrahim |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan