Biaqpila |
- KEPUTUSAN PIALA FA 13/5/11 (SEPARUH AKHIR 1)
- BLOGGER KINI KEMBALI BERNAFAS
- Fadhilat (Kelebihan) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad saw
- Lelaki ini dapat habuan kerana BERASMARA dengan isteri orang
- Utuseks Pemangkin Fikiran UMporNO
- Isu Kristian - Hishammudin
KEPUTUSAN PIALA FA 13/5/11 (SEPARUH AKHIR 1) Posted: 13 May 2011 09:50 AM PDT |
Posted: 13 May 2011 09:42 AM PDT DEY MACHA!!! BLOGSPOT TERKENA VIRUS 13 MEI KA? KAH! KAH! KAH! ADA YANG KATA INI KERJA UMPORNO GUA RASA UMPORNO TAK SECERDIK ITU KAH! KAH! KAH! SEHARI SUNTUK DIRAWAT DI ICU AKHIRNYA BLOGGER RECOVER ALHAMDULILLAH... KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Fadhilat (Kelebihan) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad saw Posted: 12 May 2011 09:00 PM PDT Jika selawat dr Allah swt ertinya rahmat dan jika ia drpd Malaikat dan selainnya,ia bererti doa.Allah Ta'ala berfirman : Ertinya : "Wahai mereka yg beriman,berselawatl ah kamu ke atasnya dan berilah salam sepenuhnya ke atasnya". [QS Al-Ahzab : 56] Nabi saw bersabda : "Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)". Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw: "Adakah yg demikian itu dgn kehadiran hati?" Baginda saw menjawab dgn sabdanya : "Tidak. Tetapi org yg berselawat dgn hati yg lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dgn kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt shj yg mengetahuinya" . Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dgn disertai dgn kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yg mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati. Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yg berselawat ke atasku seribu(1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga utknya". Sabda Nabi saw : "Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta'ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka". Nabi saw bersabda : "Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga". Sabda Nabi saw : "Sesungguhnya manusia yg paling utama bersama-samaku pd hari Kiamat (iaitu yg paling hampir kpdku dan yg lebih berhak dgn syafaatku pd hari Kiamat) ialah yg paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka". Sabda Nabi saw : "Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu spt air menghapuskan api". Sabda Nabi saw : "Tiada satu doa seseorg itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sbg pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku.Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan" . Sabda Nabi saw : "Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari, maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat utk akhiratnya dan 30 hajat utk dunianya". Nabi Muhammad saw bersabda : "Jibril telah dtg kpdku dgn berkata : "Wahai Rasulullah, tiada siapa yg berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat berselawat ke atasnya". Sabda Baginda saw : "Malaikat yg berjalan di muka bumi menyampaikan salam drpd umatku". sumber KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Lelaki ini dapat habuan kerana BERASMARA dengan isteri orang Posted: 11 May 2011 08:36 PM PDT [BH] KODIANG: Bahana memadu kasih dengan isteri orang, seorang lelaki hampir putus tangan akibat ditetak suami kekasihnya yang berang selepas mengetahui hubungan sulit mereka di Kampung Palas di sini, pagi kelmarin. Kejadian itu berlaku jam 7.30 pagi ketika mangsa berusia 40-an dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Palas ke tempat kerjanya di Pekan Kodiang di sini, apabila keretanya ditahan seorang jiran lelaki. Suspek yang berada di kawasan berhampiran, kemudian dikatakan menarik mangsa keluar dari kereta dan mengheretnya ke kereta suspek yang terletak tidak jauh dari tempat itu. Suspek kemudian mengambil sebilah parang yang diletak di atas but keretanya dan melibas ke arah mangsa. Mangsa cuba mempertahankan diri dengan menepis tetakan itu, tetapi ia terkena ke sikunya sehingga menyebabkan tangan kiri mangsa hampir terputus. Mangsa kemudian dikatakan cuba lari untuk mendapatkan pertolongan penduduk kampung, namun ditetak sekali lagi di bahu dan perut. Bagaimanapun, tindakan segera penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan itu berjaya menahan suspek daripada terus menyerang mangsa. Suspek kemudian menyerah diri di Balai Polis Kodiang. Anak lelaki sulung mangsa berusia 20-an yang tiba di lokasi kejadian membawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ). Mangsa yang mempunyai empat anak kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar berikutan kecederaan serius. Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada dendam lama dan mengakui suaminya pernah bercinta dengan isteri suspek. "Mungkin tindakan suami saya pernah beberapa kali menghantar SMS kepada isteri suspek, menyebabkannya naik berang. "Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Kodiang dan menyerahkan kepada polis untuk ambil tindakan terhadap penyerang suami saya," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Katanya, polis sudah menahan lelaki berusia 47 tahun untuk membantu siasatan. kafesantai KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Utuseks Pemangkin Fikiran UMporNO Posted: 11 May 2011 09:29 AM PDT Kebelakangan ini, Utusan Malaysia bagai di"rasuk" dengan persembahan headline yang agak liar dan bersifat provokatif tanpa mengambil kira kesan langsung yang bakal dihadapi oleh negara dan rakyat seluruhnya. Jelas kelihatan seperti Utusan Malaysia tidak sabar - sabar mahu menunjukkan wajah sebenarnya sebagai alat misionery pihak tertentu apabila Utusan Malaysia bukan sahaja sanggup mengenepikan etika kewartawanan yang bernilai tinggi tetapi tergamak mempalit wajahnya dengan laporan bertaraf jalanan dan berita bertaraf lucah. 2. Saya tidak menafikan seketika dulu, Utusan Malaysia pernah menjadi akhbar terbilang di rantau ini , namun malang sejak mutaakhir ini prestasinya menjunam teruk dengan taraf dan standard berita yang kian runtuh etika dan susut nilainya pada mata masyarakat berinformasi. Tagline Utusan Malaysia "Pemangkin Fikiran Rakyat" kini menjadi "Pencelaru Fikiran Rakyat". 3. Nilai dan etika kewartawanan seperti benar, tepat, berinformasi, bertanggungjawab dan sebagainya tidak lagi menjadi prinsip utama dalam melaporkan berita kepada masyarakat umum. Sebagai contoh laporan berita bertulis dan bergambar mengenai video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang disiarkan dengan cara yang sangat tidak bermoral bagi sebuah akhbar yang kononnya menjadi pemangkin fikiran rakyat sedang pihak yang ditohmah belum didakwa, disiasat dan dibuktikan bersalah. Malah mana - mana pihak yang didapati bersalah sekalipun, tidaklah wajar kisahnya dipaparkan kepada umum, inikan pula paparan yang bermaksud untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta menghina. 4. Negara kita ada undang - undang dan peraturan sementara negara juga memiliki pendakwaraya, mahkamah dan hakim. Kenapa Utusan Malaysia pula yang mengambil alih tugas sebagai pendakwaraya, mahkamah dan hakim. Negara akan runtuh peradabannya jika perkara ini dibiarkan berlarutan dan berleluasa. 5. Terkini Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai kononnya terdapat usaha untuk mengkristiankan negara dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Lebih malang, berita itu hanya dipetik dari sebuah blog yang tidak bertanggungjawab. Tanpa mempedulikan implikasi dari laporan yang dibuat, Utusan Malaysia akhirnya menjatuhkan tarafnya dan duduk sama ranking dengan blog nyamuk. 6. Tika ini, blog tersebut telah memadam postingnya berkait isu ini dan Utusan Malaysia menerima tamparan hebat dari semua pihak termasuk dari MCA yang menjadi sekutu dan kompenan Barisan Nasional apabila dianggap tidak berhati - hati membuat laporan malah dilihat gelojoh tidak menentu hala dalam membuat serangan kepada ppihak pembangkang. Hilang rasional dan kematangan sebagai sebuah akhbar yang berusia dalam negara ini. 7. Sebahagian rakyat mula menunjukkan reaksi mual dan tidak selesa mereka terhadap sikap dan pendekatan Utusan Malaysia pada hari ini. Layaknya Utusan Malaysia menjadi "Pemangkin Fikiran UMNO" bukan "Pemangkin Fikiran Rakyat". Justeru ia kini menjadi 100% lidah rasmi UMNO bukan lagi menjadi media umum yang perlu diakses oleh seluruh rakyat. Sebaliknya Utusan Malaysia dicadangkan agar ditulis besar pada penjuru kirinya : "Untuk Ahli UMNO sahaja". 8. Saya percaya, andai trend ini kekal dan berlarutan, Utusan Malaysia akan kehilangan pembeli dan pembaca popularnya dan Sinar Harian akan menjadi tumpuan masyarakat teramai dan hitnya akan jauh mengatasi Utusan Malaysia.Tinggallah Utusan Malaysia dengan keangkuhannya dan ditindih perasan serta syok sendiri yang ketara. 9. Sementara tidaklah mengapa jika Utusan Malaysia mahu mengkritik pembangkang biarpun secara demokratiknya keadaan masih berat sebelah, tetapi biarlah benar, tepat dan berfakta. Jika tersilap, segera memohon maaf dan siarkannya secara terbuka pula. 10. Saya tidak perlu menjadi konsultant percuma buat Utusan Malaysia justeru usia mereka di arena kewartawanan ini sayugianya mereka mampu menilai dan dewasa dalam bertindak. Saya sendiri mula diserang rasa rugi membeli Utusan Malaysia yang mula merosot teruk nilai informasinya. Utusan Malaysia kini hanya sarat dengan laporan bersifat provokasi, lucah, berita jenayah dan hiburan. Sementara laporan bernilai informasi yang membangun minda dan membina spiritual terlalu minima. atau, ada insan yang tidak bersetuju dengan apa yang saya ungkapkan sejujurnya ini ? Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia briged-akhdor KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 08 May 2011 03:00 PM PDT SHAH ALAM 8 MEI : Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien dangkal apabila menyifatakan Malaysia berada dalam keadaan bahaya hanya bersandarkan laporan Utusan Malaysia dan blogger pro-Umno bahawa ada pihak mahu menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, kata seorang pemimpin PAS. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut menganggap Hishamuddin sebagai cetek pengetahuan mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang menteri kabinet. Beliau berkata, Hishamuddin sebagai seorang menteri harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan dakwaan yang dilaporan Utusan Malaysia semalam. Laporan muka surat depan Utusan berjudul "Kristian Agama Rasmi" semalam dibidas pelbagai pihak berikutan hanya menceduk dakwaan daripada 2 laman blog pro- UMNO, BigDog dan Marahku, bukannya daripada agensi berita atau individu yang mempunyai kredibiliti tertentu. Dakwaan itu terus dinafikan pelbagai pihak termasuk Ketua Paderi Malaysia, Paderi Besar Pulau Pinang, DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Tanpa mencela Utusan dan blogger terbabit, Hishamuddin sebaliknya menyifatkan "usaha" menggantikan Islam sebagai agama rasmi adalah gerakan yang "meletakkan seluruh negara dalam bahaya". Ketika dihubungi TV Selangor, Khalid yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, bukan sahaja DAP malah PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjulang agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara. Khalid turut menepis dakawaan Utusan bahawa DAP bersekongkol mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. "Sekiranya itu adalah keinginan mereka sekalipun ianya sukar atau mustahil untuk dilakukan kerana DAP hanya bertanding maksimum dalam 60 kerusi parlimen sahaja. "Sekiranya DAP menang semua kerusi sekalipun tidak mungkin boleh menguasai Parlimen kerana Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi parlimen," katanya yang merujuk bukan semua ahli DAP penganut Kristian. Khalid kesal apabila Utusan tidak berperanan mengembangkan minda pembaca sebaliknya seringkali memperbodohkan rakyat dengan berita yang tidak beretika. "Umno yang sepatutnya nak memperjuangkan kepentingan orang melayu patutnya berusaha untuk menjadikan orang melayu lebih cerdik tetapi malangnya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri jelas mereka nak sekongkol nak jadikan orang melayu takut dan bodoh," katanya. TVS KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan