Jumaat, 13 Mei 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Pemuda ‘upahan’ Umno ganggu ceramah Anwar di Melaka

Posted: 13 May 2011 11:00 AM PDT


MELAKA: Yang Melayu membentang tikar dan duduk. Yang Cina mahupun India, ada berdiri dan ada yang duduk di bangku kecil yang dibawa dari rumah.
Tiga gaya berbeza namun satu matlamat sama – mendengar ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka hadir Ceramah Perdana Tawan Melaka PRU-13, 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' di Pejabat Pas Kawasan dan Unit Peti Undi Bukit Katil dan walaupun ia berlangsung di markas PAS, ceramah itu menarik khalayak pelbagai kaum.

Pengerusi Majlis Pimpinan Melaka merangkap Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin memulakan ceramah dengan memohon maaf kerana hadirin terpaksa bersusah payah untuk hadir ke ceramah.

Secara berjenaka, beliau menyatakan Bukit Katil adalah kawasan 'paling selamat' di Melaka kerana banyak sekatan jalan raya pada malam ini.

"Polis sekarang adalah pencegah ceramah, bukan lagi pencegah jenayah," sindir beliau.

Beliau berkata, lokasi asal yang dijadual di Paya Rumput terpaksa dipindah ke Bukit Katil kerana satu lubang besar digali untuk menghalang orang mendengar ceramah.

"Ia mengingatkan saya kepada Perang Khandaq (peperangan pada zaman Rasulullah ketika menyebar Islam)," kata Shamsul.

Shamsul kemudian meningkatkan 'suhu' ucapan dengan menyegarkan ingatan hadirin kepada penganiayaan terhadap Anwar.

"16 Mei ini, Datuk Seri (Anwar) tak perlu dipanggil bela diri sebab sepanjang perbicaraan tiada bukti Anwar terhadap pertuduhan yang dikenakan," katanya.

Beliau sempat berjenaka dengan berpesan kepada hadirin agar 'memasang' niat betul apabila menonton atau membaca media kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) supaya mudah terpengaruh dengan putar belit mereka.

"Kalau baca Utusan atau tengok TV3, kena pasang niat. 'Sahaja aku tengok TV3 atau baca Utusan tak mahu percaya apa yang dilapor," katanya dengan disambut gelak tawa.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani kemudian mengambil tempat untuk berceramah tetapi ucapannya kerap diganggu sekumpulan kira-kira 20 penyokong Umno yang berteriak 'Hidup Saiful' dan 'Anwar b*b*' dari seberang jalan.

Sebaik sahaja Anwar mengambil tempat untuk berceramah, beliau menempelak penyokong Umno itu.

"Bayar RM50, tolong jerit pada ceramah. Jangan jadi hamba orang rasuah. Kerja tidak ada. Pendidikan, tidak ada. Yang ada RM50, upah jerit. Dalam Quran, disebut 'keldai'," katanya disambut sorakan gemuruh.
Anwar turut menempelak Puteri Umno yang pernah menyamakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin.

"Orang begini jahil, angkuh, bodoh. Paling saya menyampah dengan orang macam ini," kata Anwar.

Berucap lebih lanjut, Anwar berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan, beliau bersyukur ke mana-mana beliau pergi, sokongan tetap diberi.

"Hari-hari dicerca, mana-mana saya pergi sokongan tetap ada. Maknanya, bukan semua rakyat bodoh," katanya.

Dalam ucapan, Anwar juga menjelaskan, isu jam Omega tidak diteruskan polis dan Umno kerana jam yang diserahkan Eskay kepada polis sebenarnya 'dibeli' beliau pada 2004, sewaktu masih dalam penjara.

Beliau juga sempat berkongsi pengalamannya dipujuk Ahli Lembaga Pengarah Bank Baraqa untuk tinggal di luar negara sewaktu berkunjung ke Bahrain baru-baru ini.

"Tak payah duduk di situlah (Malaysia), kami tengok (dugaan yang dihadapi Anwar) kami pun tak tahan," cerita Anwar yang tetap mahu meneruskan perjuangan demi rakyat Malaysia.

"Rakyat tidak cerca saya, yang cerca saya pemimpin Umno," kata Anwar.

Blogspot Tak Gila Lagi!!!

Posted: 13 May 2011 10:57 AM PDT

Sememangnya blogspot hari ini gila sedikit. Sepanjang hari tak boleh log-in. Yang menggunakan blogspot hari ini goyang kaki kerana tidak dapat nak poskan entri terbaru. Mungkin kini blogspot dah tak gila tapi banyak 'entri' yang hilang.

Moga-moga dia tak gila lagi. Tu laaa.... pakai free lagi, nak buat macam mana dah namanya free.... Mungkin pak cik google nak jadikannya lebih baik kut!! Mudah-mudahan....

DEY MACHA!!!
BLOGSPOT TERKENA VIRUS 13 MEI KA?
KAH! KAH! KAH!

ADA YANG KATA INI KERJA UMPORNO
GUA RASA UMPORNO TAK SECERDIK ITU
KAH! KAH! KAH!

SEHARI SUNTUK DIRAWAT DI ICU
AKHIRNYA BLOGGER RECOVER
ALHAMDULILLAH...

"Henti aibkan Anwar"- TG Nik Aziz

Posted: 13 May 2011 10:55 AM PDT

KOTA BHARU : Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu.

Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.

"Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,"ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera.

Menurutnya, sebagai umat Islam mereka harus sedar tindakan memfitnah dan mengaibkan orang satu dosa yang besar.

Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi.

"Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita," katanya. -Hrkh

Tentang 'Lynas' demi anak cucu kita!

Posted: 13 May 2011 10:53 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/demo%20lynas.jpgIsu penubuhan kilang Lynas di kawasan perindustrian Gebeng merupakan isu besar yang sedang diperkatakan masakini. Penubuhan kilang yang memproses 'rare-earth' yan akan menghasilkan sisa radioaktif beracun 'kek thorium' sebagaimana yang pernah dialami oleh penduduk di Bukit Merah, Perak.

Antara yang lantang mengenengahkan isu ini ialah Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad. Buletinonline berkesempatan menemubual beliau tentang isu berkenaan ketika beliau menghadiri program ceramah isu semasa di Chukai, Kemaman baru-baru ini Ikuti temubual dengan beliau;

_____________________________________________________________________________________

BO - Mengapa Lynas perlu ditentang?


Suhaimi - Yang pertama sekali kita bincang persoalan tentang mengapa kita lawan dan kita tentang Lynas diantara sebab kita lawan Lynas yang nak dibuka di Gebeng Kuantan, Yang pertama kita ada sejarah hitam di Bukit Merah, negeri Perak, apabila kilang yang memproses 'rare-earth' dibuka beroperasi pada tahun 1982 dan kesan daripada itu kita boleh lihat bagaimana penduduk menerima kesan selepas beberapa tahun kilang itu beroperasi. Walaupun pada ketika itu menteri katakan bahawa (ia) selamat, kemudian jabatan atom yang ditubuhkan pada (tahun) 1895 juga berkata (ia) selamat tapi hakikatnya penduduk terpaksa berhadapan dengan 1 masalah kesihatan yang sangat serius sehingga adanya lahir bayi yang cacat, kemudian Leukemia dan plumbum, beracun dalam darah dan sebagainya .

Kemudin yang kedua ialah, kita dapati bahawa ada maklumat yang tak telus dalam isu yang lain (berkaitan). Dalam EIA ataupun laporan alam sekitar lansung tidak menyebut bagaimana pengurusan sisa 'thorium', sisa yang dihasilkan daripada pemprosesan 'rare-earth' ini tidak diberitahu. Banyak mana 'rare-erath' itu nak diproses di Gebeng juga tidak di beritahu, sisanya banyak mana pun tidak diberitahu. Cuma kita mendapat maklumat rasmi daripada parlimen Australia, prosesnya (rare-earth) akan berilaku dalam (kuantiti) 22,000 ribu tan dan akan menghasilkan sisa berjumlah 2,200 tan setahun. Cuba bayangkan kalau sisa itu berkumpul sehingga 20 tahun dia ia akan membawa satu bencana yang besar kepada masyarakat, dan sehingga hari ini kita dapati bahawa masalah pengurusan sisa ini pun todak ada (keputusan) muktamad. Pengarah Jabatan Atom, YM Raja Aziz memberitahu bahawa sisa (thorium) tidak ditinggalkan disini. sedangkan CEO Lynas yang datang dari Australia singgah di Kuala lumpur baru ini. menyebut bahawa sisa ini, telah mendapat keizinan daripada kerajaan Malaysia, untuk (ia) ditinggalkan disini buat selama-lamanya .

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/mangsa%20Bukit%20Merah1.pngKemudian yang ketiga kenapa Lynas yang datang beroprasi disini, dia menggunakan 'standard' piawaian negara China (dan) tidak mengunakan piawaian negara Australia, sebagaiamana (sedangkan) dia (Lynas adalah sebuah) syarikat (dari) Australia. Dalam piawaian Australia kita dapati bahawa kerajaan Australia telah meletakkan syarat (kedudukan kilang) 35 km jauh dari penempatan manusia..tapi hari ini kita lihat apabila dia mengambil piawaian China, kedudukan kilang ini (letaknya) 2 km (daripada) ada Taman Perumahan (iaitu) Balok Perdana, Balok Makmur dan perkampungan yang lain. yang bila kita kita lihat perkampungan itu yang (letaknya) di sekiling kilang ini. jumlah penduduk yang ada dalam sekitar 5 hingga 10 km. ada (kira-kira) 16 ribu (orang) penduduk. Kemudian bila kita check (semak) dalam internet, antara wilayah yang terkesan dengan pemprosesan 'rare-erath' ini ialahi adalah Bota, di negara China dekat dengan Mongolia dan kita dapati bahawa NGO alam sekitar (disana) mengisytiharkan air tidak boleh untuk digunakan untuk manusia, untuk haiwan, tumbuhan, dan inilah yang menjadi kebimbangan kita pada hari ini. (kita harap) agar ini tidak berlaku kepada negara kita pad hari ini. Sebab itulah hari ini kita menentang penubuhan Lynas dan kita menggerakan pelbagai cara untuk memastikan bahawa kilang ini tdak beroperasi.

BO - Apa sikap PAS?


Suhaimi
- Sikap kita PAS khususnya PAS negeri Pahang sebab kilang ini berada dalm negeri Pahang, kita mengambil sikap, apa sahaja yang mengancam kehidupan manusia, kita akan tolak dan kita akan tentang Sebagaimana Lyinas ini mengancam kehdupan manusia dan alam Persekitaran,. sebab itulah mesyuarat PAS negeri Pahang telah memustuskan untuk kita menggerkkan kesedaran rakyat terutamanya dikalangan orang Melayu. Hari ini di kalangan orang Melayu, kesedarannya sangat nipis, sangat sedikit kerana kita tidak ada akhbar (yang mendedahkan) sebagaimana orang Cina, kalau ditanya mengapa orang Cina ramai yang memberikan sokongan, sebab akhbar (berbahasa) Cina secara telus memberikan maklumat secara terperinci menyebabkan kesedaran itu merata di kalangan orang Cina.Tetapi dikalangan orang melayu kita dapati bahawa akhbar (berbahasa) Melayu menyembunyikan maklumat-maklumat ini dan saya dimaklumkan juga (akhbar) Sinar Harian yang sebelum ini memberikan liputan kepada apa-apa sahaja program yang dibuat untuk kita membantah Lynas ini. akhbar Sinar Harian juga telah diberi amaran supaya tidak memberi liputan terhadap apa sahaja penentangan rakyat terhadap Lynas .

BO - Apa bentuk kempen yang telah dilaksanakan?


http://buletinonline.net/images/stories/berita47/mangsa%20Bukit%20Merah2.pngSuhaimi - kempin yang telah kita buat ini kita diperingkat (kampung) Balok khususnnya kita telah tubuhkansatu Jawatankuasa untuk menentang Lynas ini dan jawatankuasa ini juga disokong oleh PAS negeri Pahang melalui (pesuruhjaya) Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man baru-baru ini telah memberikan satu komitmen untuk bersama-sama untuk menggerakkan rakyat dan kita duduk dalam komiti 'SAVE MALAYSIA' dan beberapa lagi NGO alam sekitar yang pada hari in sedang bergerak rancak untuk menentang Lynas ini

Sehingga hari ini kita telah mengadakan 4 siri demostrasi di beberapa masjid dan kita sedang mracang untuk akhirnya kita akan gembelingkan seluruh rakyat pelbagai kaum selepas kita berikan kesedaran secara berperingkat ini untuk kita kumpulkan, kita 'mobilise' (gerakkan) dalam satu himpunan yang besar dan bantahan ini juga telah sampai ke parlimen. Diparlimen kita turun untuk menyerahkan tandatangan lebih daripada 20,000 rakyat dan sempena sambutan hari ibu (bru-baru ini) kawan-kawan kita dari bangsa Cina telah buat sambutan Hari Ibu, diantara tujuannya menghimpunkan ibu-ibu mengandung dan yang mempunyai anak, berhimpun di pantai Teluk Cempedak dan jumlah kehadiran sangat membangsangkan, lebih dari 1,000 orang berhimpun disitu. Dan AlhamduliLah pihak keselamatan tidak menggangu. mereka cuma mengawal beberapa kawasan sahaja tidak ada 'roadblock' dan ia berjalan dengan baik, dan pada 20hb Mei (ini) rakyat Kuantan akan turun untuk menhantar memorandum ke kedutaan Australia. pada 20hb. sembahyang Jumaat di masjid Tabung Haji dan kemudian kita akan berarak pergi ke kedutaan Ausralia dan kita hantar memorandum di bantu juga oleh beberapa NGO yang lain seperti sahabat alam Malaysia, TERAS dan beberapa NGO yang lain.

BO - Apa seruan kepada seluruh rakyat

Suhaim
i - saya menyeru kepada semua rakyat seluruh negara untuk sama-sama membantah penubuhan Lynas ini kerana ia merupakan satu isu yang sangat bahaya yang mengancam kehidupan rakyat. Berdasarkan kepada maklumat-maklumat hari ini kita dapati bahawa setiap hari ada saja maklumat yang baru yang kita dapat yang memeberikan petunjuk kepada kita bahawa kena kena lawan, kita kena tentang industri ini. Kesan industri ini bukan jangka pendek tetapi jangka panjang, sebahagiannya mungkin tidak akan terkesan, dikalangan warga yang 'berumur' mungkin tidak terkesan, tetapi ketahuilah bahawa anak-anak kita yang meneruskankan kehidupan akan merasai kesan ini sebagaimana (tragedi) Bukit Merah, mereka yang berhempas menentang industri 'rare-earth' ini bermula pada tahun 80-an dan kesanya kita dapati pada tahun 1991, 1992, 1993, banyak kelahiran cacat, anak-anak yang kena Leukemia. Kesannnya kepada anak-anak, jadi demi anak-anak kita, maka marilah sama-sama saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama dengan kami untuk menentang Lynas ini, kita pastikan bahawa Lynas ini tidak beroperasi di sini, sebab dia akan meningagalkan sisa yang sangat banyak yang memberikan ancaman besar. Kita tak izinkan (walau) secubit tanah (daripada) Australia di letakkan dibumi kita ini, IsyaAllah.

** sesiapa ingin mengetahui lebih lanjut tentang isu ini boleh ke blog najwasuhaimi.blogspot.com. dan laman sosial Facebook, 'Satu Malaysia Bantah Rare-Earth'. -BO


Arah hentam Buku Jingga bukti Najib takut

Posted: 13 May 2011 10:52 AM PDT

SHAH ALAM : Arahan khusus Pejabat Perdana Menteri agar media arus perdana terutama Utusan Malaysia menghentam tawaran 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga mengambarkan kebimbangan kerajaan pemerintah berada pada tahap yang serius.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata kerajaan Najib Razak hanya mampu mengkritik dan memburuk- burukkan tawaran Pakatan Rakyat, melalui media kawalannya dan bukannya menawarkan dasar yang jauh lebih baik dari gagasan itu.

"Mereka lari daripada membincangkan isu dasar, kehadiran 'Buku Jingga' kami meletakan dasar yang akan membawa tranformasi besar, dan UMNO-Bn tidak lagi mampu untuk keluarkan satu dasar sebagai pembandingan menandingi 'Buku Jingga', walaubagaimanapun rakyat yang akan menilai," katanya.

Portal berita Malaysiakini melaporkan Pejabat Perdana Menteri didakwa memberi arahan khas kepada akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional (BN), Utusan Malaysia untuk menghentam Buku Jingga.

Arahan itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Sehubungan itu, semua akhbar diminta mendapatkan komen pelbagai pihak antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik bagi menyokong kenyataan Najib itu.

Mengluas situasi ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata ternyata kewujudan Buku Jingga Pakatan Rakyat amat meresahkan UMNO BN, lantaran terpaksa mengumpul segala jentera bagi menenggelamkan relevannya tawaran gagasan itu.

"Bukti sememangnya utusan media yang dikuasai dan digunakan untuk kepentingan UMNO, arahan untuk membawa artikel-artikel tertentu dalam usaha memburukan Pakatan Rakyat," katanya.

Khlaid berkata, meskipun Najib dan pengikutnya seringkali memperlekehkan Buku Jingga, hakikatnya mereka memperakui kekuatan buku itu.

"Ianya juga bukti walaupun mereka rasa bahawa 'Buku Jingga' ini lekeh, dan dimain-mainkan, tetapi hakikatnya ia merupakan suatu perkara yang cukup dikhuatiri kerana takut dasar yang dibawa ini akan mendapat sokongan rakyat, atau menghasilkan sokongan untuk Pakatan Rakyat, ini adalah sebab kenapa mereka minta 'Buku Jingga' dijadikan sasaran utama pihak media, kerana mereka tahu, ini adalah bahan pilihanraya paling utama," ujarnya lagi.

Buku Jingga adalah dasar bersama yang dipersetujui PAS, DAP dan PKR, yang bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.

Oleh Naem Raffi - TVSelangor News

SMS: Arah Anwar undur atau anak Izzah diculik

Posted: 13 May 2011 10:48 AM PDT



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

NONEDalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk "ancaman serius" terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

"Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

"Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya," tulisnya dalam laporan polis itu.

Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan diculik pada 20 Oktober 2007 dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

dap pc on crime sharlinie campaign 280108 groupDalam laporan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa "sesuatu yang tidak elok" akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat aporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

Nurul Izzah mempunyai dua orang anak - Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 3 tahun setengah dan Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, yang berusia 1 tahun 10 bulan.

SMS penuh yang diterima berbyunyi seperti berikut:

"YB Nurul, berhati-hati, jangan terus menerus menyokong ayah YB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang ada yg sakit hati nak jadikan nasib anak YB macam Sharlinie.

"Oleh itu sebelum apa-apa terjadi, YB bercakaplah benar walaupun pahit tentang ayah YB, dengan ini YB dapat selamatkan anak YB. disamping itu dapat halang ayah dari terus tipu rakyat, berhenti dari politik dan selesaikan masalah peribadi.

"Jadilah ibu yang penyayang dan anak yang bertanggungjawab."

Dipercayai bermotif politik

Menurut Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai beliau pertama kali menerima ugutan itu pada 5 Mei lalu daripada individu tersebut yang mendesak bahawa "ada sesuatu perkara yang penting" untuk diberitahu kepadanya

anwar speech at mpaj 050511 01"Dia juga meminta agar saya menelefon beliau dengan segera. SMS tersebut diulang dua kali pada hari yang sama," katanya.

Katanya, beliau amat bimbang terhadap keselamatan anak-anak dan keluarganya.

Beliau menyifatkan "ancaman" tersebut bermotif politik dan bertujuan untuk menamatkan perjuangan politik ayahnya.

"Saya percaya kesalahan serius telah dilakukan oleh penghantar SMS ini termasuk ugutan jenayah menurut seksyen 503, konspirasi jenayah di bawah seksyen 120A, dan konspirasi serta percubaan untuk melakukan kesalahan jenayah di bawah seksyen 364 iaitu menculik dengan tujuan membunuh dan/atau menyebabkan kematian," katanya dalam laporan polis itu lagi.

Semua peruntukkan tersebut di bawah Kanun Keseksaan.

"Ini bukan kali pertama keluarga saya diancam bermotifkan politik kerana sebelum ini ugutan fitnah video seks dan sabotaj terhadap kereta yang dipakai ayah saya pada 19 April 2011," katanya. -M'kini

Utusan: Najib juga patut dikenakan tindakan

Posted: 13 May 2011 10:37 AM PDT

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri juga perlu dikenakan tindakan undang-undang ekoran laporan provokasi akhbar Umno, Utusan Malaysia berhubung isu Kristian agama rasmi di samping tindakan yang lebih tegas ke atas akhbar Umno itu.

Salah seorang mangsa sekatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zulkiflee S.M. Anwar Ulhaque atau Zunar berpendapat PM perlu diambil tindakan manakala AJK PAS Pusat, Dr Mujahaid Yusof berpendapat, permit Utusan patut digantung.

Zunar, Ketua Pengarang Suara Keadilan, berpendapat langkah ini perlu ini kerana Datuk Seri Najib sendiri terlibat dalam menentukan agenda mingguan Utusan seperti yang didedahkan oleh bekas wartawan kanan akhbar itu, Hatta Wahari.

"Amaran dikeluarkan kepada akhbar Utusan dan bukannya kepada pengarahnya, editor yang mengarahnya atau pengarang itu sendiri.

"Justeru pihak berkuasa harus menggunakan tindakan undang-undang juga terhadap Najib,"katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Hatta yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan semalam bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipengerusikan Najib.

Sehingga kini tidak ada sebarang penafian dari Utusan atau Umno mengenai dakwaan Hata ini.

Sementara itu, AZIZ MUDA melaporkan, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) berpandangan, dengan hanya memberikan surat amaran kepada Utusan tidak memberikan sebarang makna.

Menurut beliau, sebaliknya dengan kesalahan yang sebegitu besar, akhbar Utusan Malaysia paling tidak mestilah ditarik balik permit penerbitannya seperti yang pernah dikenakan oleh KDN terhadap beberapa penerbitan lain sebelum ini.

Katanya, Umno BN bagaimanapun tidak mungkin akan mengenakan tindakan seperti itu terhadap akhbar Utusan kerana akhbar itu sendiri adalah akhbar kepunyaannya yang menjadi alat utama bagi parti itu dalam menyebarkan propaganda buruknya.

"Malah penyiaran berita itu sendiri diyakini dirancang oleh Umno sendiri, memandangkan ia diambil dari blog penyokong Umno, walaupun amat lemah dan penuh provokasi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pohon maaf

Sementara itu, Najib diminta memohon maaf kepada penganut agama Kristian kerana kegagalannya bertindak tegas.

"Najib sepatutnya meminta maaf kepada mereka (penganut Kristian) kerana kegagalannya mengambil tindakan tegas seperti memecat Ketua Editor Utusan. Ini bukan pertama kali Utusan memainkan isu kontroversi termasuk Pergerakan 1Bumi. Ini semua memperlekehkan 1Malaysia," kata pensyarah undang-undang UIA, Profesor Dr Aziz Bari (gambar) kepada laman web Free Malaysia Today.

"Jika Najib serius (dengan 1Malaysia), dia sepatutnya telah memecat mereka (Ketua Pengarang Utusan) dihari pertama beliau. Untuk memecat mereka sekarang sudah terlewat," tambah Aziz.

Sandiwara Umno

Zunar pula ketika mengulas tindakan KDN ini berpendapat, ia hanya sandiwara Umno.

Katanya, akhbar Umno itu sekurang-kurangnya perlu digantung atau diharamkan terus kerana laporannya boleh mengancam keselamatan negara.

"Sama ada Utusan ini patut diharamkan, permitnya ditarik balik, pengarangnya letak jawatan dan Najib sendiri juga harus mengambil tindakan ke atas dirinya dengan meminta maaf kepada rakyat Malaysia," katanya yang mahu tindakan lebih tegas diambil terhadap akhbar itu.

Baru-baru ini, Najib memohon maaf kepada Perdana Menteri China hanya kerana terjemahan Mandarin pada latar belakang pentas untuk menyambut kedatangan PM China itu tersilap.

Oleh itu, jika kepada PM China Najib boleh minta maaf apa salahnya dia juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia khasnya DAP dan penganut agama Kristian kerana laporan palsu media milik Umno itu.

Mengulas lanjut, Zunar (gambar kanan) yang juga seorang kartunis berkata, di era pemerintahan Najib, akhbar Utusan telah berubah dari akhbar rakyat kepada akhbar lidah rasmi Umno.

Oleh kerana itu jelasnya, apa yang dilapor Utusan menggambarkan apa yang ada dalam pemikiran Najib termasuklah membenarkan video seks, fitnah, perkauman dan memainkan isu agama.

Selain tidak berpuas hati dengan tindakan 'ringan' yang dikenakan terhadap Utusan, beliau mendakwa kerajaan juga jelas bersikap 'double standard' berbanding tindakan yang dikenakan terhadap akhbar pembangkang.

"Cukuplah dengan kartun-kartun saya diharamkan kerana dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan juga Suara Keadilan diharamkan kerana mengeluarkan sesuatu berita berbanding dengan 'double standard' yang diberi terhadap Utusan," tegasnya.

Suara Keadilan tidak diberikan permit

Suara Keadilan sehingga kini tidak diberikan permit hanya kerana kesilapan menyiarkan berita 'Felda Bankrap'. Padahal berita sebegitu tidak melibatkan keselamatan negara sebagaimana berita Utusan baru-baru ini.

Pada 7 Mei lalu, Utusan Malaysia pada muka hadapannya melaporkan dengan tajuk 'Kristian agama rasmi?' yang boleh mengancam keselamatan negara.

Akhbar itu memetik laporan dua laman blog sebagai mendakwa satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Ianya diambil dari entri blog Bigdog bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu.

Laporan itu bagaimanapun didakwa tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan kerana Utusan menyiarkannya tanpa melakukan siasatan berhubung kesahihan maklumat tersebut. Penjelasan DAP mengenainya juga tidak disiarkan oleh Utusan.

Meskipun dikecam hebat, KDN semalam hanya mengenakan amaran dengan memanggil Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan diberikan surat teguran kepada akhbar tersebut. -Hrkh

Ajak PAS Bersatu Sebab Ada Pemimpin UMNO Dah Tinggal Seluar Dalam Saja

Posted: 11 May 2011 08:46 PM PDT

PAS wajar tinggalkan pembangkang demi kepentingan Melayu

KETUA Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata demi kepentingan bangsa Melayu dan rakyat secara menyeluruh adalah wajar untuk PAS meninggalkan pakatan pembangkang dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Ahmad berkata, perpecahan di kalangan Melayu tidak akan menguntungkan bangsanya sendiri sebaliknya perpaduan itu pula tidak akan merugikan mana-mana pihak.

"Sebagai seorang umat Islam dan Melayu, hasrat saya adalah untuk melihat semua kaum di negara ini maju menjelang 2020 serta menganggap satu sama lain sebagai rakan dan bukannya lawan.

"Sebagai Ketua Penerangan UMNO, hasrat saya adalah untuk melihat PAS masuk BN, saya cuba mengusahakan perkara itu..., Melayu harus berhenti bergaduh semasa sendiri..., cukuplah ia hanya membuang masa.

"Sudah lama kita bergaduh, di masjid kita bergaduh, di luar masjid kita bergaduh, di surau kita bergaduh, di kedai kopi kita bergaduh..., tiada gunanya PAS dan UMNO bergaduh lagi..., marilah kita bersatu," katanya ketika berucap pada Forum 65 Tahun UMNO di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya.

Ahmad berkata, jika sebelum ini bapa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein membawa PAS menyertai BN dan kemudian terpaksa keluar, apa salahnya PAS kembali semula kepada BN sebagai kemuncak kesepaduan dan kesepakatan yang boleh memanfaatkan bangsa melaluinya.

"Kebaikan juga bukan hanya membabitkan bangsa Melayu tetapi juga rakyat Malaysia keseluruhannya kerana perpecahan itu tak menguntungkan dan perpaduan juga tidak sedikit pun merugikan," katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, PAS tidak semestinya menyertai BN tetapi parti berkenaan perlu lebih kepada menjauhi DAP yang hanya akan membawa banyak kebinasaan dan merosakkan perjuangan parti itu.

Katanya, PAS perlu wujud sebagai pembangkang kerana perbezaan ideologi dan dasar, tetapi masih menjadi parti yang memperjuangkan Melayu Islam yang boleh menjadi penimbangtara terhadap kepemimpinan yang dibawa oleh UMNO.

Bagi Fathul Bari, UMNO perlu lebih menampilkan imej yang lebih Islamik dalam menarik masyarakat untuk terus mendekatinya dan bukan menjauhkan masyarakat dengan mengelak pengisian yang berbentuk agama.


Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar

Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.

Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.

Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.

Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.

"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.

Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.

Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.

Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.


Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.

Tuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.

Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad. -mk

Oh rupa-rupanya ada pemimpin UMNO yang dah hanya tinggal seluar dalam, tu yang mengelitik sangat nak kan Kerajaan Perpaduan, nak ajak sama pemimpin PAS supaya hanya tinggal seluar dalam jugak seperti mereka. Banyak cantik.

Ada pemimpin UMNO sekarang lansung dah tak berseluar dalam, pun ada. Kemaluan semakin terdedah satu demi satu... fitnah tak menjadi, malah backfire kepada diri sendiri. Berniaga dengan fitnah, tidak akan beruntung malah akan sentiasa rugi. Utusan gigit jari, begitu juga UMNO dan BN punya pak menteri.

PAS tak akan tertipu lagi. -GB

Penipuan berbahaya Utusan, cubaan terdesak UMNO

Posted: 10 May 2011 03:03 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/lgeumnoterdesak.gifPengumuman kerajaan BN hari ini untuk menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 nyata mendedahkan motif jahat akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia yang sengaja mewujudkan konspirasi kononnya DAP dan para paderi Kristian ingin menubuhkan sebuah Negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian. Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak UMNO untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar- dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula. Rakyat Malaysia biasa yang akan dibebani dengan kos sara hidup yang juga telah menyebabkan kehidupan masyarakat miskin lebih sukar. Anehnya, harga barangan selalunya akan naik berikutan kemenangan besar BN dalam pilihanraya.

Laporan Utusan ini walaupun tidak munasabah, amat membimbangkan kerana motif UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sini jelas mengipasi ketakutan dan kebencian terhadap penganut Kristian. Begitu banyak laporan dibuat oleh pemimpin UMNO dan kumpulan sokongan UMNO meminta tindakan tegas diambil terhadap DAP dan para paderi Kristian. Seperti yang disangka, langsung tiada satu pun pemimpin UMNO yang menyeru agar tindakan tegas diambil terhadap Utusan atas fitnah dan pembohongan tersebut.

Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen merupakan kenaikan 10% daripada harga lama iaitu RM2.10 sekilogram. Kenaikan ini adalah susulan kenaikan sebelum ini pada Disember tahun lalu di mana kenaikan adalah pada kadar yang sama.

Kenaikan ini merupakan sebahagian daripada pemotongan subsidi pertama daripada kerajaan yang diumumkan pada 16 Julai tahun lalu, di mana ketika itu harga naik sebanyak 5 sen per liter untuk petrol dan diesel, 10 sen per kg untuk LPG dan 20 sen per kg untuk gula. Kenaikan ini juga muncul setelah kenaikan harga petrol RON97 meningkat sebanyak 20sen minggu lalu.

BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan. DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat.

Pertama, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi tiada sistem tender terbuka. Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumi.

Minggu lepas, PBB telah memaparkan kaji selidik yang menunjukkan penurunan dalam kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini berikutan inflasi dalam harga makanan, petrol dan kekurangan iltizam politik untuk melakukan reformasi dalaman. Tambahan lagi, kenapa perlu bimbang dengan simpanan RM116.6 juta apabila kerajaan BN sepatutnya boleh menjimatkan RM19 bilion dengan menamatkan subsidi gas kepada pengeluar tenaga elektrik bebas (IPP).

Daripada cubaan untuk menyimpan RM116.6 juta, Kerajaan BN boleh menyelamatkan 163 kali lebih banyak iaitu sebanyak RM19 bilion melalui penghentian subsidi gas untuk IPP. Pada tahun kewangan 2009, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi gas sudah mencecah sebanyak RM10.2 bilion. Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah Sektor Tenaga 1997 dan Sektor Bukan Tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

Utusan telah mengambil langkah mudah untuk mengelak daripada memberi penjelasan mengenai kenaikan harga dengan mewujudkan pembohongan dan fitnah yang berbahaya terhadap golongan minoriti. Dengan kegagalan untuk menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan daripada meneruskan kempen pembohongan bahawa agama Islam berada dalam keadaan terancam, kerajaan BN telah menjadi penghasut kebencian orang Islam terhadap komuniti Kristian.

'Double-standard' sebegini daripada pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO dalam usahanya untuk menyebarkan pembohongan berbahaya dan melancarkan kempen kebencian terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 10hb Mei 2011

Ceramah Anwar Ibrahim di Klang - Konteks "Pandikutti"

Posted: 10 May 2011 06:27 AM PDT



Petikan ucapan Anwar di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutti."

Media milik BN-Umno heboh dengan cerita bahawa Anwar Ibrahim menggelarkan Najib Razak sebagai "pandikutti" (anak khinzir). Apa yang tidak disebarkan adalah konteks sebenar ungkapan itu diggunakan.

Tiada ulasan: