Khamis, 5 Mei 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Lagenda Abu Nawas - Bantal Bulu

Posted: 04 May 2011 10:53 PM PDT

Maka berceritalah Ust Azman Halim dalam kuliah maghribnya malam tadi di Surau Al-Falah, Taman Son Choon , berhubung isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.

Ada seorang hamba Allah yang kerjanya selalu mengutuk dan mencerca Abu Nawas.Dia menabur fitnah kesana kemari memburuk-burukan Abu Nawas.

Pada suatu hari, timbul rasa insaf pada diri hamba Allah tersebut dan mahu bertaubat lalu pergi berjumpa Abu Nawas dan berkata:

"Wahai Abu Nawas, aku nak minta maaf kepada engkau atas apa yang pernah aku cakapkan.Engkau hukumlah aku dan minta apa sahaja yang engkau hendak sebagai rugi ganti engkau".

Abu Nawas kata, dia tidak mahukan apa-pun sebagai ganti balas.Tetapi hamba Allah tersebut tidak berpuas hati dan terus mendesak Abu Nawas supaya menyatakan apa yang diperlukannya, nescaya akan diperkenankannya.

Lalu Abu Nawas pun akur seraya berkata, "Engkau tolong carikan aku sebiji bantal yang berisikan bulu (bulu ayam) untuk aku."

Hamba Allah tersebut dengan senang hati telah membawakan bantal yang sebagaimana dipinta Abu Nawas sambil berkata dalam hatinya, seribu biji bantal macam ini pun mampu aku adakan ….Hee! Hee! Hee! Dia tersengeh-sengeh menyerahkan bantal tersebut kepada Abu Nawas.

Lalu Abu Nawas memintanya berdiri disatu kawasan lapang dan mengeluarkan isi bantal tersebut yang merupakan bulu-bulu.

Maka berterbanganlan bulu-bulu dari bantal tersebut ke merata tempat dibawa angin hingga tidak kelihatan lagi …

Lalu berkata Abu Nawas kepada hamba Allah tersebut, "Sekarang, engkau tolong kumpulkan semula semua bulu-bulu tersebut masuk kedalam sarung bantal tadi seperti asalnya…"

Terkebil-kebil sihamba Allah itu mendengar permintaan Abu Nawas itu sambil mengakui yang dirinya tidak mampu melakukannya.

Maka berkatalah Abu Nawas, "Samalah… Apa ertinya engkau meminta maaf kepada aku sedangkan engkau tidak mampu mengumpulkan semua mereka yang telah engkau sebarkan ke'aiban maruah aku supaya engkau menutup semula ke'aiban tersebut"

Seterusnya Ust Azman merumuskan, bahawa hari ini engkau 'aibkan hamba Allah; kalau dia betul buat buat, tetap engkau berdosa keran meng'aibkan dia.

Kalau tidak betul dia buat, dua kali dosa dosa engkau buat; satu dosa fitnah, satu dosa 'aib.

Kemudian engkau nak kumpulkan satu dunia untuk memohon maaf ; bolehkah engkau lakukan – tak cukup surat khabar, television dan sebagainya, Youtube engkau gunakan….macamana engkau nak minta maaf?

Hamidah Osman cuba sabotaj atau mahu membantu?

Posted: 04 May 2011 07:35 PM PDT

Bau mulut orang beriman yang berpuasa manakan sama dengan bau mulut busuk sipenyibar fitnah!

Tanpa fakta yang sahih, Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat telah melontarkan fitnah dan tohmahan melulu kononnya Jawatankuasa Surau Al-Falah, Taman Song Choon, Ipoh telah menerima bantuan RM300 ribu dari PAS Pusat untuk mendirikan sebuah sekolah agama rakyat dikawasan lapang tanah surau tersebut.

Malah Hamidah dengan mulut cabulnya itu telah mentohmahkan bahawa surau tersebut adalah surau PAS dan pembinaan sekolah agama rakyat di situ tiada mendapat kebenaran JAIP dan kelulusan Majlis Bandaraya Ipoh.Begitulah kelaku kalau mulut bau taik!

Masih memerlukan bantuan dana.Sila berurusan
melalui maklumat yg tertera dalam gambar atas ini

Menurut Pengerusi Surau tersebut, pihak surau telah membenarkan murid-murid sekolah agama rakyat di Taman Sonj Choon menumpang guna dibahagian bawah bangunan tersebut sejak 13 tahun yang lampau.

Lantaran mahukan anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa, pihak sekolah dan Jawatankuasa surau berkenaan telah berusaha dengan insiatif mereka sendiri dan alhamdulillah, dengan berkat kegigihan usaha tersebut, mereka telah mendapat kebenaran JAIP dan menerima bantuan RM100 ribu daripada Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendirikan sebuah bagunan sekolah di atas tapak tanah surau yang kosong di situ.

Perkembangan tersebut rupa-rupanya telah mengundang fitnah dari pihak tertentu.Wakil rakyat kawasan tersebut, Hamidah Osman entah atas tujuan apa telah datang sendiri ke tapak bangunan menemubual kontraktor pembinaan bertanyakan tentang segala macam dokumen kelulusan projek pembinaan tersebut.

Mungkinkah Hamidah berniat baik dan mahu membantu untuk mencukupkan dana pembinaan sekolah tersebut yang masih kekurangan itu ? Harap-harap begitulah kalau beliau seorang wakil rakyat yang bertanggung jawab dan ikhlas mahu membantu rakyat.

Tetapi sehingga kini, Hamidah belum datang menemui pihak surau mahupun pihak sekolah untuk mendapatkan maklum balas yang sebenar berhubung projek pembinaan sekolah agama rakyat di Taman Song Choon atau cuba mengetahui masalah yang dihadapi pihak berkenaan bagi membantu atau memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bagi pembinaan sekolah tersebut, sila hubungi Imam Khalid melalui talian 012-5895095 untuk maklumat lanjut atau masukan terus ke akaun BIMB 08013010072143. Sila ikuti apa kata Pengerusi surau tersebut dibawah :




Bila Puad Zarkashi jadi YB - Yang Bahalol!

Posted: 04 May 2011 04:18 PM PDT

Paku dulang, paku serpih - Mengata orang, dia yang lebih!Begitulah perumpamaanya bila Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengecam Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS sebagai biadap.

Mohd. Puad mengecam Mahfuz Omar yang kononnya biadab kerana menggunakan bahasa kesat berhubung reaksinya tentang isu penyatuan UMNO dan Pas di laman Twitternya pada Sabtu lalu.

Yang bahalol lagi baghal sebenarnya adalah Mohd Puad sendiri.Mahfuz bukan biadab seperti mana dakwaan Mohd Puad. Jauh sekali berfikiran tidak rasional dan gagal mengawal emosinya.

Reaksi Mahfuz adalah sebagai merujuk komentar di twitter yang menulis : "Jgn jadi bahalol.Najib Razak ajak PAS join sbb melayu yg kuasai BN.x mcm PR melayu jadi barua DAP!"

Jelas bahawa Mahfuz sekadar memulangkan kembali perkataan 'bahalol' tersebut kepada pengirimnya yang memang gemar menggunakan perkataan 'bahalol'.Bahkan menggunakan perkataan 'barua'! Penulis tersebut juga telah menggunakannya kepada Chegubard.Lihat gambar bawah:


Mahfuz menulis : "Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini." Lihat gambar berikut :

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan lagi merapu tahap meroyan bila mana belia berkata suara sekalian ahli Pas yang secara realitinya mahukan penyatuan UMNO dan Pas.Aku macam nak muntah kat muka mamat nih! Baca beritanya di sini

Tiada ulasan: