Senyum Tangis Sendu |
- Demonstrasi KIMMA
- Bazir RM200 juta Duit Rakyat Untuk 6 Projek
- UMNO Guna Budak Untuk Ramaikan Demonstrasi
- UMNO Kata Islam Banyak Versi
- Slip Pendedahan Gaji Menteri Malaysia
Posted: 20 May 2011 05:55 AM PDT Pembela UTUSHIT **KIMMA* juga turut serta Ketika UMNO dan Perkasa berdemonstrasi membela UTUSHIT bagi mewakili Melayu, tiba-tiba ada pertubuhan yang telah dinaik tarafkan ke 'Melayu' yang dinamakan **KIMMA*. Pertubuhan yang telah di Melayukan oleh UMNO itu sebenarna pencacai untuk mendapat projek dari UMNO. Demonstrasi yang hanya dihadiri kurang dari 150 orang itu membuktikan UMNO meredhai apa yang dilakukan oleh UTUSHIT termasuk menyebarkan fitnah kepada rakyat. KIMMA jaguh baru dalam UMNO juga tidak melepaskan peluang berdemonstrasi walaupun mereka sedar status Melayunya tidak akan berubah. Mereka turut serta setelah mendapat projek berjumlah RM55 juta dan perlantikan wakil mereka ke Dewan Negara membuktikan MIC dan PPP hanyalah parti yang bersifat liabiliti yang tidak memberika apa-apa faedah. Video di bawah ini sesuai untuk tontonan UTUSHIT dan peminat video Seks |
Bazir RM200 juta Duit Rakyat Untuk 6 Projek Posted: 20 May 2011 02:30 AM PDT Gambar hiasan Gambar hiasan Enam projek Kerajaan Persekutuan melibatkan kos RM200 juta di negeri ini dikenalpasti mengalami kelewatan. Projek itu ialah Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) yang bernilai RM73 juta; bangunan Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) Cawangan Melaka (RM43 juta) dan Mahkamah Syariah Melaka (RM24 juta). Tiga lagi projek termasuk Klinik Kesihatan Tanjung Kling (RM22 juta), Kompleks Tempat Letak Kereta Bertingkat Hospital Melaka (RM20 juta) dan bangunan Pejabat Audit Negeri Melaka (RM17 juta). Sehingga semalam didapati bangunan LHDN itu hanya 76 peratus; Mahkamah Syariah Melaka (98 peratus), Klinik Kesihatan Tanjung Kling (83 peratus); Kompleks Tempat Letak Kereta Bertingkat Hospital Melaka (83 peratus) dan bangunan Pejabat Audit Negeri Melaka (83 peratus). |
UMNO Guna Budak Untuk Ramaikan Demonstrasi Posted: 20 May 2011 12:35 AM PDT UMNO mempergunakan budak-budak untuk demonstrasi murahan mereka. Golongan yang menjadi taruhan mereka adalah sekitar 13 hingga 17 tahun yang masih belum mengenal apa itu politik kotor tetapi mereka pula menjadikan budak-budak ini kotor dengan politik mereka. Tindakan ini seakan-akan terdesak oleh pihak UMNO yang menjadikan kanak-kanak seperti budak suruhan yang tidak mengenali apa itu politik kotor yang sedang dimainkan oleh mereka. Mereka menjadikan ini untuk menunjukkan bahawa kanak-kanak juga suka benda-benda kotor. Ketika ditanya, budak-budak tersebut disuruh untuk meramaikan demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh mereka dengan memakai pakaian warna hitam selari dengan tindakan kotor yang cuba dilemparkan seperti yang tertera pada kain rentang mereka. Mereka juga dibayar dengamn upah RM50 hingga ke RM100 untuk memastikan demonstrasi itu ramai. Selepas itu, mereka akan bersurai setelah mendapat wang dan sehelai T-shirt yang ditaja oleh pihak tersebut. Itulah politik kotor pihak UMNO. |
Posted: 19 May 2011 10:07 PM PDT Klik pembesaran imej UMNO semakin hari semakin celaru untuk mengenali apa itu Islam. Semalam portal online, UMNO Online telah mengeluarkan artikel mengenai Islam Barisan Nasional yang dilaungkan oleh Muhyiddin Yassin. Kenyataan tersebut seperti dalam posting semalam. [klik] Hari ini portal tersebut mengeluarkan artikel Islam versi PAS. Banyak betul versi Islam dalam UMNO. Itulah punca jika tidak memahami konsep yang di bawa oleh Islam. Bila sudah keliru dengan konsep ciptaan sendiri, maka hukum pun entah ke mana. Akibatnya, Islam Barisan Nasional ini tidak mengetahui apakah itu Islam yang sebenar. Hari ini keluar Islam versi PAS, esok mungkin keluar versi PKR dan lusa lain pula yang keluarnya setelah Islam Hadhari telah dikuburkan bersama orang yang menciptanya. Jika tidak faham Islam, itulah puncanya wanita-wanita UMNO tidak menutup aurat kerana mengamalkan ajaran Islam Barisan Nasional. Jika betul-betul mengamalkan Islam yang dibawa oleh Rasullulah setelah mendapat utusan dari Allah, ia tidak jadi sebegini. Mungkin Islam Barisan Nasional membenarkan wanita-wanitanya mendedahkan aurat dan menteri-menterinya makan harta rakyat. Sebab itulah banyak Islam dalam UMNO dan undang -undang Islam Barisan Nasional sentiasa berubah. Dulu adanya Islam Hadhari. Namun Islam Hadhari tidak mampu bertahan lama kerana perlu dipinda. Hari ini Islam Hadhari sudah mati maka wujudnya Islam Barisan Nasional ciptaan Muhyiddin Yassin. Punca banyak Islamlah BN mahu kawin dengan PAS tempoh hari. Peliknya, sudahlah jahil tentang Islam tapi UMNO mahu tunjuk bongkak dengan kejahilan yang ada pada mereka. Tengah kecoh dengan pelbagai isu dan serangan balas dari UMNO terhadap PAS, tiba-tiba UMNO mahu ajak PAS bergabung. Seakan-akan UMNO sudah gila meroyan dan gila talak mahu bersatu dengan PAS. Tidak sedarkah UMNO suatu ketika dahulu bahawa telah jadikan PAS habuan mereka. Maka dengan ini berhati-hatilah rakyat tentang Islam Barisan Nasional ini. |
Slip Pendedahan Gaji Menteri Malaysia Posted: 19 May 2011 06:22 PM PDT Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri 1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk umum, tidak boleh didedah kepada orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dengan akta Parlimen 2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati 3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah 4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu. 5. Elaun parking RM 5,700.00 Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib terima sama ada sakit atau tidak kerja OFFICER INCHARGE Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan