Rabu, 11 Mei 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ulama Muda UMNO turut bersimpati dengan Anwar..

Posted: 11 May 2011 04:32 AM PDT

Kalau semalam korang dah baca satu artikel yang ditulis oleh Blogger UMNO di SINI tentang simpati oleh Exco Pemuda UMNO tentang nasib Anwar yang diaibkan melelui penyebaran video lucah..

Hari ini pula salah seorang dari Ulama Muda UMNO juga melahirkan simpati terhadap Anwar, kata Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum "Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam".

Tapi rasanya pencacai UMNO tu mana peduli dosa dan pahala.. asalkan dapat mengaibkan Anwar apa pun mereka sanggup lakukan.. hatta menabur fitnah sekalipun..

Baca juga apa Ahmad Maslan kata kat bawah ni..


Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar

Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.

Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.

Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.

Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.

"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.

Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.

Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.

Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.

Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.

Tuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.

Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad.


Malaysiakini

Turun Cukai Pendapatan Hanya Gimik Politik

Posted: 11 May 2011 04:10 AM PDT

SHAH ALAM 11 MEI: Cadangan menurunkan cukai pendapatan bagi memberi laluan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya gimik politik yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Ini berikutan kedua-dua cukai tersebut tidak bersangkut paut antara satu sama lain.

Sebaliknya perkara yang membimbangkan adalah risiko peniaga-peniaga mengambil kesempatan keatas pengguna apabila kerajaan memperkenalkan GST kelak dengan mengenakan cukai lebih tinggi daripada empat peratus menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk Paul Selvaraj.


Paul berkata, rakyat akan mengalami kejutan kenaikan harga apabila GST mengambil tempat menggantikan cukai servis dan jualan, justeru pemantauan teliti harus harus dilakukan untuk membendung cukai tersebut dieksploitasi sesetengah pihak.

"Ia akan memberi kesan dalam bentuk kenaikan harga umum tapi tidak akan memberi kesan kepada rakyat miskin sebab barang yang diperlukan oleh mereka berada pada kadar sifar. Mungkin ada kesan sangat kecil kepada golongan miskin namun kepada golongan pertengahan dan kaya, harga barang akan naik sekali sahaja.

"Hanya perkara yang membimbangkan kita adalah peniaga menggunakan kesempatan ini untuk mengenakan cukai lebih tinggi dengan menggunakan GST sebagai alasan," kata beliau kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mencadangkan kepada parlimen pada 1 Januari 2007 untuk melaksakan GST namun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.

Dalam majlis Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya semalam, Najib memberitahu akan mempertimbangkan semula pelaksanaan GST bertujuan menambah pendapatan negara yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada hasil petroleum.

Jelasnya, kerajaan berhasrat untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang berada pada kadar 5 hingga 10 peratus kepada cukai yang disifatkan lebih mudah, telus dan komprehensif.

Susulan itu kerajaan akan membentangkan di parlimen pada persidangan akan datang dan melalui pendengaran kedua pada bulan Mac 2013 yang mana pelaksanaan akan mengambil tempat 18 bulan kemudian.

Dijangkakan kerajaan akan memperoleh RM1 bilion pada tahun pertama GST diadaptasikan.

Paul menambah sekiranya kerajaan berkeras melaksanakan GST, kepentingan golongan berpendapatan rendah harus diberi keutamaan termasuk mengawal jurang perbezaan masyarakat berpendapat rendah dan tinggi.

Malah beliau turut tidak menolak peningkatan kadar inflasi negara yang telah pun berada pada tahap 2.2 peratus pada Disember 2010, iaitu tertinggi dalam tempoh 19 bulan.

Ini berpunca daripada lonjakan harga makanan komoditi dan potogan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun lalu.

"Kerajaan harus meletakkan jaringan keselamatan pada dasar GST dan pengurangan subsidi minyak bagi memastikan golongan miskin dilindungi skim subsidi. Ini caranya untuk kekalkan taraf kehidupan yang minimum," ujar Paul lagi.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berpendapat cukai baru itu masih tidak relevan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan fokus kerajaan kini mensasarkan negara berpendapat tinggi menjelang 2020.

"Kalau kita sudah capai tahap pendapatan tinggi mungkin ianya sesuai. Tapi oleh kerana pada masa ini ramai lagi masih tidak mampu. Kedua pada masa ini ia akan lebih membebankan orang yang lebih miskin.

Justeru beliau menjangkakan kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak akan melaksanakan GST sebelum pilihan raya.


TVS News

Negara Kristian : Zul Nordin sokong cerita bodoh BigDog yang bodoh..

Posted: 11 May 2011 02:02 AM PDT

Berikut adala artikel yang diciplak dari Blog BigDog yang mana adminnya dikatakan bodoh oleh PapaGomo dan kerana kebodohannya Barisan Nasional menjadi mangsa.. kerana kebodohannya juga nyaris tercetus ketegangan kaum di Malaysia..

BigDog yang dikatakan bodoh oleh PapaGomo itu telah menyiarkan satu petikan berita dari Lidah Rasmi UMNO dimana Zulkifli Noordin telah mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Papagomo kata BigDog bodoh sila baca di SINI

Boleh percaya ka kat Zulkifli Noordin tu??

Tulis BigDog..

Semenjak penulisan blog ini "Menjadikan Kristian Agama Rasmi?" yang disiarkan pada pagi Jumaat 6 Mei 2011 dan kemudian Utusan Malaysia menjadikan "Malaysia Negara Kristian?" sebagai bahan muka hadapan pada Sabtu 7 Mei 2011, pelbagai reaksi dirakamkan seluruh negara. Ramai yang terkejut dan ramai pula yang tidak berpuas hati dan marah.


Laporan Polis dibuat termasuk oleh NGO Melayu PERKASA diseluruh negara.

Reaksi yang dirakamkan, termasuk media arus perdana adalah pelbagai sudut dan ada berbaur emosi. Namun yang paling penting dalam episod ini apakah benar ada agenda untuk pihak minoriti mengambil kuasa dengan apa cara sekalipun termasuk memperkudakan proses demokrasi secara licik dan meletak seorang yang berugama Krsitian sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Utusan Malaysia juga merakamkan kenyataan MP Kulim-Bandar Baharu Dato' Zulkifli Nordin yang bersetuju dengan pendapat ini.

Rampas kedudukan Islam wujud

KUALA LUMPUR 7 Mei – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Katanya, beliau menyedari kewujudan gerakan itu setahun yang lalu dan ia bergerak secara senyap dalam usaha cuba menghakis kedudukan agama Islam sedikit demi sedikit.

Katanya, perjuangan pergerakan itu berlandaskan kepada 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

"Saya difahamkan antara perkara yang mereka perjuangkan ketika ini adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai 'tidak beragama' dan mereka hanya boleh memilih agama apabila mencapai usia tersebut.

"Alasan yang digunakan adalah bagi menyelesaikan masalah penetapan agama anak yang sering menjadi perdebatan di negara ini apabila salah seorang daripada ibu atau bapanya bukan beragama Islam.

"Selain itu, saya juga difahamkan bahawa pergerakan ini sedang berusaha untuk membolehkan persatuan agama lain ditubuhkan di peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui pada perhimpunan pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, tuntutan-tuntutan tersebut akan disuarakan menerusi ahli Parlimen yang mewakili pertubuhan agama tersebut.

"Jadi, saya harap kerajaan mengambil berat perkara ini. Kita tidak menafikan hak kaum lain untuk mengamalkan fahaman serta agama mereka, tetapi jangan sekali-kali cuba mencabar Islam," katanya.

"Saya juga menyeru semua umat Islam di negara ini supaya bersatu. Kita semakin lemah dan berpecah-belah sejak akhir-akhir ini, sebab itu golongan yang dengki dengan kita, dengki dengan Islam semakin berani mengambil kesempatan," jelasnya.


Lidah Rasmi UMNO

Agenda Utusan ditetapkan Najib - Hatta Wahiri

Posted: 11 May 2011 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.


Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.

Hata telah dipecat oleh Utusan 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata memalukan Utusan dalam kenyataan-kenyataan medianya.

"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu.

Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar.

Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.

Selepas mendapat reaksi negatif, Najib sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan laporan itu dan meminta isu itu dihentikan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan tentang isu ini berkata, "Takkan saya nak percaya Utusan kalau MCA pun tidak percaya."

Utusan juga menjadikan agenda menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Anwar menggelarkan Perdana Menteri Najib sebagai 'pundi kutty' satu kenyataan mencarut dari bahasa Tamil.

Namun begitu, Anwar menafikan dakwaan itu kerana beliau menggelarkan pundi kutty kepada tindakan bejat BN bukannya kepada Najib.

Menurut FMT lagi, Hatta berkata, semasa Utusan dipimpin oleh Datuk Khalid Mohamad, perkara yang berlaku dalam Utusan sekarang tidak berlaku.

Ia hanya mula berubah selepas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 dan Khalid telah digantikan oleh Datuk Aziz Ishak sebagai Ketua Pengarang.

"Menurut Hata, Aziz tidak mempersoalkan arahan editorial yang ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang bermesyuarat setiap Isnin malam bagi membincangkan agenda mingguan akhbar itu," lapor FMT.

Namun begitu, strategi ini telah memberikan kesan buruk kepada Utusan apabila jualannya jatuh merudum dan akhbar ini dilaporkan mengalami kerugian RM20 juta sejak 2009.

"Data dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar ini jatuh 20 peratus antara Jun 2006 hingga Jun 2010," lapor FMT.

Surat Aduan Rasmi kepada Hishamuddin

Posted: 11 May 2011 12:02 AM PDT

Rasanya Hishamuddin mungkin tidak berani bertindak terhadap kedua-dua blogger Pro UMNO ini..

Kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi ingin meminta Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan keras ke atas lapuran palsu yang dibuat oleh Utusan Malaysia pada muka depannya tanggal 7hb Mei tentang konspirasi di antara DAP dan paderi-paderi Kristian di Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian.


YB Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn,
Menteri Dalam Negeri,
Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
11 Mei 2011

Yang Berhormat Datuk Seri,


Tindakan Keras Ke atas Lapuran Palsu Utusan Malaysia Tentang Konspirasi Di Antara DAP Dan Paderi-paderi Kristian Di Pulau Pinang Untuk Menubuhkan Sebuah Negara Kristian Dan Melantik Perdana Menteri Beragama Kristian.

Kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi ingin meminta Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan keras ke atas lapuran palsu yang dibuat oleh Utusan Malaysia pada muka depannya tanggal 7hb Mei tentang konspirasi di antara DAP dan paderi-paderi Kristian di Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian.

Ini diputuskan secara sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) yang bermesyuarat pada pagi ini berikutan pengakuan dua ADUN UMNO daripada Pulau Pinang Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) dan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 10 hb Mei 2011 bahawa kedua-dua mereka tidak percaya konspirasi Kristian ini oleh Utusan Malaysia.

Memandangkan ada dua ADUN UMNO di Pulau Pinang yang kini tidak percayai laporan konspirasi Kristian oleh suratkhabar milikan UMNO, adalah jelas Utusan Malaysia telah laporkan suatu pembohongan dan fitnah yang amat bahaya sekali. Betapa bahaya pembohongan ini boleh dilihat dengan begitu banyak laporan polis yang dibuat oleh ramai pemimpin UMNO lain terhadap konspirasi Kristian ini.

Contohnya, demonstrasi yang mendapat ilham dari Pemuda UMNO Pulau Pinang pada 8hb Mei 2011 telahpun mengutuk YAB Ketua Menteri atas konspirasi Kristian dan membuka jalan alternatif percuma. Kerajaan negeri tidak ada masalah dengan demonstrasi terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang semasa upacara membuka jalan alternatif baru yang percuma di Jalan Bagan 29-Jalan Siram pada 8hb Mei.

Pemuda UMNO Pulau Pinang boleh mengambil pendiiran mahukan jalan bertol. Memang kerajaan negeri berpendirian berbeza bahawa suatu jalan alternatif percuma mesti disediakan sebelum mengenakan tol, yang juga mesti munasabah. Ini adalah semangat demokrasi mempunyai pandangan berbeza.

Akan tetapi, adalah salah dan bahaya untuk Pemuda UMNO Pulau Pinang mengadakan demonstrasi mengutuk dengan bahasa kesat YAB Ketua Menteri terlibat dalam konspirasi Kristian ini yang merupakan fitnah. Berdemonstrasi atas satu fitnah besar ini bukanlah demokrasi tetapi satu tindakan rakus yang mudaratkan keselamatan negara.

Paderi-paderi Kristian dan Christian Federation Malaysia, yang mewakili 90% penganut Kristian di Malaysia, menafikan konspirasi Kristian ini. Utusan Malaysia tidak menarik balik dan meminta maaf atas laporan palsu ini, sebaliknya terus memainkan isu ini. Kini, laporan palsu ini disebarkan luas dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang mengancam keharmonian kaum dan agama.

Kerajaan negeri Pulau Pinang memang mendokong kebebasan maklumat dan kebebasan akhbar sebagai suatu hak asasi manusia dan demokrasi. Akan tetapi kebebasan ini tidak bermakna memberikan kebebasan untuk membohong dan membuat fitnah. Laporan palsu ini berniat jahat, tidak lain tidak bukan serupa bermain dengan api yang boleh membakar satu Malaysia dengan sentiman perkauman dan ekstremis berdasarkan suatu pembohongan dan fitnah.

Jika ada dua ADUN Pulau Pinang UMNO yang kini tidak percayai laporan palsu ini oleh suratkhabar milikan parti mereka, Yang Berhormat Dato Seri mesti bertindak tegas dan segera ke atas tindakan tidak bertanggungjawab Utusan Malaysia ini. Selain daripada mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan meminta maaf atas laporan palsu ini, tindakan tegas juga mesti diambil keatas Utusan Malaysia dan pegawainya yang terbabit.

Sekian terima kasih.

Yang benar,



LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI

'Marahku' dan 'BigDog' tu bila nak siasat?

Posted: 10 May 2011 11:52 PM PDT




SHAH ALAM 11 MEI : Kementerian Dalam Negeri digesa menyoal siasat blogger pro- UMNO, yang bertanggungjawab menimbulkan kontroversi agama kononnya terdapat usaha mahu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara.

Menterinya, Hishammudin Tun Hussien sebelum ini berkata pihaknya akan membuat siasatan berhubung perkara itu, namun sehingga kini penulis blog 'Marahku' dan 'BigDog' masih belum dipanggil untuk sebarang siasatan.


Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata siasatan bersabit dakwaan itu harus segera dilakukan bagi menjamin keharmonian kaum.

"Bila orang yang mengeluarkan blog itu blogger itu yang mulakan mengeluarkan berita yang palsu tidak dipanggil tetapi dipanggil adalah orang yang dihina," kata Jui Meng.

Jui Meng menyifatkan, tindak tanduk Hishammudin dan KDN dalam menangani isu ini menggambarkan betapa terdesaknya kerajaan persekutuan menimbulkan rasa cemas dikalangan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini untuk menaikkan kemarahan orang Melayu di kampung lah, orang bandar tahu ini tidak benar punya tetapi di luar bandar yang mana tidak ada internet mereka didedahkan dengan apa itu daripada media Umno khasnya Utusan Malaysia," katanya lagi.

Blogger pro- UMNO itu sebelum ini mencemaskan banyak pihak apabila mendakwa sekumpulan paderi sedang berusaha untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara sekaligus membolehkan perdana menteri dilantik dikalangan mereka yang beragama Kristian.

"Ini akan mengakibatkan mereka naik marah terhadap orang Kristian tetapi saya percaya mereka kalau benar- benar dapat berita yang betul mereka akan marah Umno sebaliknya," katanya.

Pendedahan berbaur rasis itu diceduk akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia dimuka surat hadapan, tanpa melakukan sebarang siasatan atau paling kurang pengesahan daripada pihak yang dituduh.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia adalah pembohongan.

Dakwaan itu turut mengheret nama Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan parti kompenan Pakatan rakyat, DAP.

Bagaimanapun, DAP bingkas menafikan pembabitannya dalam usaha seumpama itu.

Dalam pada itu, sebuah blog pro- Umno, 'Papa Gomo' mengecam pendedahan provokasi yang dibuat blogger "Bigdog" atau nama sebenarnya, Zakir Mohammed.

'Papa Gomo' menerusi entri "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan"Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

"Tiada asas kukuh untuk sabitkan dakwaan mahu jadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Secara logik mustahil pihak Kristian boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini," kata penulis blog Papa Gomo.

Justeru "Papa Gomo" menyarankan agar kerajaan memandang serius laporan palsu yang dikeluarkan blog "Bigdog" kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama.

Penulis itu juga menyarankan agar penulis "Bigdog" ditahan di bawah akta ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

"Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA," ujar penulis blog itu lagi.

TVS News

Marahku.. Hang fitnahlah lagi...

Posted: 10 May 2011 09:58 PM PDT

Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya "konspirasi negara Kristian".

Shamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporannya yang menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri.

"Sebuah blog yang 'mendedahkan' isu negara Krstian telah memadamkan entri berkenaan. Mengapa?" soal Khairy pada laman mikro-blognya di Twitter.


"Jika penulis blog itu memadamkan pautan itu kerana beliau menyedari apa yang ditulis adalah tidak benar, maka ia sudah terlambat. Kerosakan telah dilakukan. Bagaimanapun, saya menunggu hasil siasatan," tulisnya lagi.

Blog Shamsul di marahku. blogspot.com didapati kosong sejak semalam. Semua posting juga didapati telah dipadamkan.

Utusan memetik postingnya yang berjudul "Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?" yang membidas DAP kerana cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan penganut agama Kristian menjadi perdana menteri.

Namun artikel berkenaan masih boleh dibaca di bebeberapa laman lain yang telah menyalinnya.

Namun, seorang lagi penulis blog pro-Umno yang dipetik oleh Utusan - Zakhir Mohamed, yang menulis di Bigdog.com, masih menulis dan meneruskan isu berkenaan di blognya.

Utusan memetik tulisannya yang berjudul"Making Christianity the official religion?" yang mendakwa 35 paderi pada satu majlis yang dianjurkan oleh ahli parlimen DAP Jelutong mengambil ikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.


Malaysikini

BN mangsa kebodohan BigDog - Papagomo

Posted: 10 May 2011 09:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog" berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.


Blog "Bigdog" atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Blogger "Papa Gomo" menerusi entri "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan"Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

"Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

"Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan.

"Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini," katanya.

Justeru kata "Papa Gomo", kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog "Bigdog" kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama.

Selain itu, penulis itu juga mahu "Bigdog" ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

"Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat.

"Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?" katanya.

Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap "Bigdog".

"Apa guna 1 Malaysia jika hal begini tidak dapat dibendung oleh kerajaan Malaysia. Saya yakin dan amat pasti pembangkang (Pakatan Rakyat) juga akan turut sama bersetuju agar ISA dikenakan ke atas blogger Bigdog jika terbukti dia salah menyebarkan laporan.

"Sudah sampai masa KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin ketenteraman awam, bagi saya berbaloi jika Bigdog ditahan di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia," katanya.

Blog Bigdog juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan.

The Malaysian Insider

Anwar kata UMNO 'Pandi Kutty'.. bukannya Najib!! (Video Inside)

Posted: 10 May 2011 10:51 AM PDT

Nampaknya ada blogger Pro UMNO yang menyambung fitnah oleh Lidah Rasmi UMNO terhadap Anwar Ibrahim yang kononnya Anwar menggelar Najib sebagai "pandi kutty" ..

Semalam Lidah Rasmi UMNO sekali lagi menfitnah Anwar Ibrahim apabila mendakwa Ketua Pembangkang itu menggunakan perkataan kesat "pandi kutty" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu ceramah di Klang Sabtu lalu..

Video yang disiarkan oleh beberapa blog Pro PR telah disunting mereka bagi menunjukkan bahawa Anwar ada menyebut perkataan "pandi kutty" itu..

Tetapi mereka tidak berani untuk menjelaskan siapa yang dimaksudkan oleh Anwar sebagai "pandi kutty" atau Anak Babi itu..


Berikut adalah tiga clip video satu telah disunting oleh blogger Pro UMNO , satu lagi dari video asal ucapan Anwar manakala satu lagi dari TV Selangor..

Video clip yang pertama dibawah ini aku ambil dari sebuah Blog Pro UMNO iaitu MiM (Minda Intelek Melayu bodoh) dan adminnya ialah drnovandri (dr kat depan tu.. tak tahulah pulak aku apa dia.. )

Beliau telah menyiarkan satu video clip ucapan Anwar Ibrahim yang didakwa oleh Lidah Rasmi UMNO sebagai berkata Najib adalah "pandi kutty" (Anak Babi)..

Beliau hanya menyiarkan sedutan dari video ketika Anwar menyebut perkataan "pandi kutty" tetapi telah menyunting perkataan sebelumnya yang disebut Anwar.. lihatlah..


Tulisnya.. "Yang memualkan ialah ada pihak yang cuba mempertahankan keceluparan mulut Anwar brahim itu dengan memberi alasan 'anak babi' bukan ditujukan kepada Najib Razak kepada kepada BN. "

Dan dibawah pula ialah dua clip video yang tidak disunting ucapan Anwar sebelum beliau menyebut perkataan pandikutty itu..



Jelas Anwar tidak menganggap Najib sebagai "pandi kutty" tetapi beliau berkata "Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty".

Apa yang Anwar maksudkan dengan "pandi kutty" itu adalah sebuah parti bukannya individu..

Dan parti yang dimaksudkan terdesak itu pula adalah UMNO.. jadi UMNO adalah "pandi kutty" menurut Anwar..

Oleh kerana ada yang mengatakan UMNO itu BN dan BN itu adalah UMNO maka BN itu adalah "pandi kutty".

Kah..kah..kah.. "pandi kutty" depa dapat….

Satlagi adala penternak-penternak pandi kutty tu mengamuk dalam blog ni..

Tiada ulasan: