Rabu, 11 Mei 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Isu Lynas: Rakyat Terus Membantah, MB Pahang Perlu Gunakan Kuasanya Sebagai Ketua Kerajaan Negeri Untuk Batalkan Projek Tersebut Di Gebeng

Posted: 10 May 2011 06:23 PM PDT

KUANTAN, 11 Mei -Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) sewajarnya menggunakan kuasannya untuk membuat pengumuman supaya projek kilang memproses Rare Earth Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat sini dibatalkan segera. Biar pun projek ini melalui pusat, namun sebagai Ketua Kerajaan Negeri, Adnan berkuasa untuk menghentikannya jika dia mahu. Bayangkan saman jutaan ringgit yang dibuat oleh syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) itu pun boleh dinafikan oleh Adnan, biar pun kes sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Inikan pula kes Lynas yang tidak pernah dibawa ke mana-mana mahkamah lagi setakt ini. Soalnya kenapa Kerajaan Negeri Pahang masih bersikap "tutup mata" dalam hal ini. Adnan perlu faham, jika Menteri Besar Perak dan Terengganu sanggup membatalkan projek itu di negeri masing-masing, kenapa tidak di Pahang. Isunya adalah sama iaitu sebuah kilang memproses bahan mentah rare earth yang akan menghsilkan bahan sisa buangan beradiasi (radioaktif). Ini kerana, rata-rata rakyat Kuantan secara dasarnya sebulat suara membantah projek berkenaan, tanpa mengharapakan sebarang kajian oleh pakar-pakar luar negara seperti yang diumumkan baru-baru ini. Rakyat tidak yakin lagi untuk terus hidup dalam keadaan berisiko. Mereka tidak sanggup diperjudikan nasib oleh kerajaan yang kononnya melaungkan slogan "rakyat didahulukan" selama ini.


Gara-gara MB kaki karaoke, masalah rakyat pun sudah tidak nampak
Jika benar, rakyat didahulukan makanya Lynas mesti dihantar balik ke negara asalnya di Australia. Jika sebuah benua yang besar seperti itu pun tidak memberi kebenaran kepada Lynas untuk menjalakan operasi mereka, maka apakah lagi negara kecil seperti Malaysia ini. Rakyat tidak wajar terus dijadikan "bahan eksperimen" untuk membuktikan kononnya kilang itu selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada rakyat. Sokongan terhadap rakyat dalam isu ini kian memuncak malah dari kalangan penyokong UMNO BN sendiri. Mereka hairan kenapa kerajaan terlalu berat untuk membatalkan projek tersebut sedangkan negara tidak mendapat sebarang cukai selama 12 tahun (tax holidays) kilang itu beroperasi. Maknanya keuntungan RM8 bilion setahun akan dibawa balik 100% ke negara Australia, sedangkan kita akan menanggung risikonya.

[Inilah hakikat sebenarnya yang perlu diakui, bukannya dengan memberi berbagai alasan yang sudah terlambat demi menutup kelemahan yang berlaku. Malahan, tindakan kerajaan menyekat maklmuat tentang bahaya rare earth menerusi media yang dikawal mereka juga jelas membuktikan mereka tidak jujur dalam hal ini. Malah, banyak laporan serta dokumen berkaitan sengaja disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Mereka takut untuk menyatakan kebenaran kerana tidak mahu projek itu mendapat tentangan. Rakyat kita ditekan dengan berbagai cukai sedangkan sebuah syarikat besar dan kaya raya seperti itu tidak dikenakan cukai. Rakyat kita dipaksa bayar cukiai tanah, cukai pintu bila terlewat atau tertunggak. Jika tidak harta akan disita atau dirampas pihak berkuasa. Malah, kita dikenakan cukai bila makan dan minum di restoran maka atau mana-mana kedai makanan segera seperti KFC, Pizza, McD dan sebagainya. Tetapi syarikat Lynas ditatang bagai minyak yang penuh. Apakah ini buktinya "rakyat didahulukan"?. Siapa yang didahulukan mereka agaknya. Maka itu, rakyat perlu terus bangkit nyatakan bantahan agar Lynas dinyahkan dari bumi Pahang ini].

Agenda Jahat Cuba Mainkan Isu Agama, Bernard Dompok "Menteri Kabinet Pertama" Kerajaan BN Yang Berani Menegur UMNO Dan Utusan Malaysia

Posted: 10 May 2011 07:24 AM PDT

SHAH ALAM 11 Mei - Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok (foto) menjadi pemimpin pertama parti komponen pertama Barisan Nasional mempersoalkan UMNO dan membidas Utusan Malaysia atas keghairahan membawa agenda Melayu bersabit perlantikan Perdana Menteri dan Islam sebagai agama rasmi. "Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen. "Sekiranya Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, Cina atau India yang menjadi rakyat Malaysia boleh memenuhi peruntukan dalam Artikel 43 dalam perlembagaan, dia boleh menjadi perdana menteri di negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan. Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut menyifatkan Utusan sebagai mencalar etika kewartawanan kerana menyiarkan dakwaan blogger kononnya sekumpulan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini. Dompok berkata, tindakan akhbar itu menggugat keamanan dan keharmonian negara ini. "Bagaimana sebuah akhbar kebangsaan, bukan hanya mencetak, tetapi mensensasikan tulisan penulis blog. Ini adalah kemuncak (sikap) tidak bertanggungjawab," katanya. Menurut Dompok, pengalaman peribadinya sebagai seorang Kristian menunjukkan majlis yang dimaksudkan oleh Utusan itu hanya untuk memohon kebaikan negara, pemimpin dan rakyatnya. "Kedudukan Islam dijamin dalam perlembagaan dan diterima tanpa soal oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kepercayaan agama," katanya. Sebaliknya, tambah Bernard, apa yang orang bukan Islam mahu adalah kebebasan untuk amalkan ajaran masing-masing dengan aman.

[Akhirnya permainan jahat UMNO menggunakan Utusan Malaysia ini bakal memakan diri sendiri sekarang. Bayangkan, apabila ada pemimpin parti komponen BN yang juga seorang menteri kabinet berani membuat teguran terbuka seperti ini, makanya ini memberi gambaran apa yang dilakukan mendapat tentangan semua pihak. Bukan sahaja dikalangan pembangkang malah pemimpin BN sendiri. Inilah akibatnya apabila keterlaluan berpoltik dan mempergunakan media untuk merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. UMNO tersilap apabila memikirkan mereka "stand alone", padahal BN itu sendiri dikelilingi oleh bangsa lain yang juga ada yang beragama Kristian. Bukankah tindakan UMNO ini benar-benar mencabar kewibaan mereka sama sebenarnya. Justeru itu, apa yang terjadi pasti akan memberi impak yang besar dalam PRU13 nanti].

Tiada ulasan: