Selasa, 10 Mei 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


PRU: Najib mahu Umno ‘bunyikan semboyan, pukul gendang perang’

Posted: 10 May 2011 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Seluruh anggota parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

"Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.

"Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. Umno perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara," katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun Umno ke-65 yang akan disambut esok.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri (gambar) berkata, badai yang telah melanda parti pada pilihan raya umum yang lepas bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik dan kini bukan masanya untuk terus mengeluh serta mengenang perkara lalu.

"Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun pilihan raya umum ke-12 berlalu, maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat.

"Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi," katanya.

Beliau berkata anggota parti harus bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana masih menjadi parti pemerintah yang mendapat kepercayaan dan diyakini orang-orang Melayu dan Bumiputera khasnya serta rakyat Malaysia amnya. Katanya, kepercayaan dan keyakinan ini bukan wujud secara semula jadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam perjuangan generasi kepimpinan dan anggota Umno silih berganti.

"Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli Umno untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendukung aspirasi mereka," katanya.

Najib berkata, dalam usia 65 tahun, Umno telah menempuh pelbagai cabaran serta tribulasi. "Pengalaman dan sejarah telah menjadikan Umno parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai Umno dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik mutakhir, memastikan parti terus segar dan relevan," katanya.

Najib berkata Umno dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.

"Marilah kita bersama-sama rakan-rakan dalam BN untuk terus bekerja keras dan berusaha dengan gigih bagi mencipta masa depan Malaysia yang lebih makmur, marilah kita bersama-sama untuk meletakkan negara tercinta ini di tempatnya yang hak di persada antarabangsa.

"Insya-Allah berkat kesungguhan dan iltizam padu kita, Umno akan terus berjaya," katanya.

PKR; Anwar hanya guna ‘pandikutty’ rujuk BN, bukan Najib

Posted: 10 May 2011 07:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan perkataan "pandikutty" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis di Klang, Sabtu lalu.

"Saya merujuk kepada tuduhan oleh pemimpin-pemimpin BN dan akhbar Umno seperti Utusan Malaysia bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menggunakan perkataan 'pandikutty' terhadap Datuk Seri Najib pada sebuah majlis di Klang pada 7 Mei 2011," kata Naib Presiden N Surendran dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Perkataan ini bermakna babi kecil. Saya berada di majlis tersebut dan mengesahkan di sini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib.

"Sebaliknya beliau menggunakan perkataan tersebut berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang di amalkan oleh Barisan Nasional," kata peguam itu.

Surendran juga berkata sekali lagi suatu tuduhan yang palsu sama sekali telah dibawa terhadap Ketua Pembangkang oleh parti-parti BN dan media milik mereka.

"Perdana Menteri sendiri telah mengulangi tuduhan palsu ini dalam komennya pada hari ini yang menyerang Anwar Ibrahim atas isu ini," kata beliau lagi.

Kata Surendran, adalah juga ironik untuk mendengar rungutan remeh seperti ini daripada parti komponen BN yang telah melemparkan pelbagai fitnah melampau dan jahat ke atas Ketua Pembangkang sejak 1998.

Katanya, BN juga tidak pernah teragak-agak untuk memperalatkan badan kehakiman dan polis untuk membawa tuduhan jenayah palsu terhadap Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain.

"Meskipun ini, Najib masih tergamak untuk menuduh ketua pembangkang mengamalkan politik tidak beretika dalam kenyataannya hari ini.

"Adalah jelas bahawa BN menganjurkan kontroversi palsu dan kosong seperti ini untuk cuba mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pemerintahan BN dan kenaikan harga petrol dan barangan yang tidak wajar," katanya lagi.

Kata Surendran, "kami sekali lagi menuntut bahawa pemimpin BN hentikan politik kotor dan pengeluaran kenyataan palsu dengan segera."

Perkasa minta peguam Syahredzan jangan khianati Islam

Posted: 10 May 2011 07:00 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada peguam Syahredzan Johan agar tidak menjadi "pengkhianat kepada Islam" ekoran kenyataanya mengenai status Islam dari sudut Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Presiden Perkasa itu, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan tetapi dari segi takrifan Islam adalah agama rasmi negara.

"Mahkamah Tinggi Malaya pernah buat keputusan yang mana setiap keputusan mahkamah adalah undang-undang yang mesti diikuti.

"Walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, maka dari segi takrifan apabila agama lain tidak menjadi agama Persekutuan, maka agama Islam dengan sendiri menjadi agama rasmi (negara)," katanya.

Justeru kata Ibrahim, sepatutnya sebagai seorang peguam Syahredzan faham mengenai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Itulah hasrat Perlembagaan Persekutuan... apakah Syahredzan Johan tidak faham walaupun seorang peguam? Tidak semestinya pandangannya betul kerana undang-undang berkait antara satu sama lain malah Artikel 153 adalah asas Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan Islam, bahasa Malaysia, Raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

"Baca buku Perlembagaan Persekutuan tulisan Tun Mohamed Suffian Hashim, malah pada tahun 1972 Akta Hasutan diperkasakan untuk melindungi perkara dalam Artikel 153.

"Sempit sungguh peguam ini atau buat kenyataan sekadar mahu jadi popular di kalangan peguam yang ramai bukan Islam, ingatan saya jangan jadi pengkhianat kepada Islam," katanya.

Syahredzan dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi mengatakan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah "agama rasmi" negara dengan merujuk kontroversi yang tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama "rasmi" dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahaya", yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

"Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

"Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa "agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan" dan menekankan bahawa perkataan "rasmi" tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam ¬ untuk menyebarluaskannya.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, Ibrahim juga meminta agar siasatan dilakukan terhadap semua media yang mengeluarkan laporan yang menghina Islam.

"Kenapa tidak siasat media-media Cina, blogger, portal, Twitter yang mengeluarkan laporan yang menghina Islam, hina Raja-raja Melayu dan hina orang Melayu," katanya.

Kristian agama rasmi: Umno cuba alih perhatian rakyat-BiPPA

Posted: 10 May 2011 06:30 AM PDT

PETALING JAYA: Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kasim menyifatkan dakwaan kononnya terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi merupakan satu siri untuk mengalih perhatian rakyat di negara ini.

Menurutnya, Utusan Malaysia yang menyiar laporan itu Sabtu lalu, merupakan rentetan propaganda jahat selepas tayangan video seks fitnah dan sumpah laknat oleh Trio Datuk T, gagal mengalih perhatian.

"Hakikatnya sentimen agama digunakan untuk melaga-lagakan penyokong Pakatan Rakyat (PR) melalui congak politik kuno mereka,"

"Selepas melontar berita palsu, siri laporan polis oleh badut-badut Umno/BN pula direncana untuk menunjukkan bahawa merekalah jaguh mempertahankan maruah orang Melayu dan Islam," kata Ahmad dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar kegagalan Umno memastikan kecemerlangan Islam sebagai agama rasmi walaupun diberikan amanah mentadbir negara selama setengah abad.

"Setelah setengah abad diberi amanah mentadbir negara Umno/BN sebenarnya telah gagal untuk memastikan kecemerlangan Islam sebagai agama rasmi. Nilai-nilai agama dalam masyarakat langsung tidak diberi perhatian.

"Sekolah agama rakyat dipinggirkan. Gerakan dakwah dinafikan hak untuk memanfaatkan institusi agama seperti masjid dan surau. Jabatan-jabatan agama dijumudkan untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja. Akhir jenayah sosial di kalangan generasi muda Islam gagal dibendung," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Sementara itu, Ahmad sekali lagi menegaskan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini sepakat untuk mempertahankan empat perkara pokok dalam Perlembagaan Malaysia.

"Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan. Hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

"DAP sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan berpegang kepada konsesus Pakatan Rakyat yang akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan," katanya lagi.

Pemandu peribadi: Ada usaha bunuh Anwar

Posted: 10 May 2011 06:00 AM PDT

PETALING JAYA: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said mendakwa terdapat percubaan pihak tertentu untuk membunuh atau mencederakan Ketua Umum KEADILAN tersebut.

Dalam laporannya kepada pihak polis kira-kira jam 4 petang hari ini, Abdullah berkata, ia berikutan wujud usaha khianat untuk mensabotaj kereta yang dinaiki Anwar dan keluarganya.

Kejadian itu disedari pada 19 April lalu ketika memandu membawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Ipoh ke Chemor, Perak, yang hampir menyebabkan berlaku kemalangan.

"Apabila saya membrekkan kereta tersebut, saya merasakan kereta yang dipandu saya bergegar kuat tidak seperti biasa. Kedengaran juga bunyi sesuatu yang pecah di bahagian belakang.

"Secara tiba-tiba juga tayar bahagian belakang kanan saya seperti terkunci dan tersekat. Ini memaksa saya sedaya upaya mengawal kereta tersebut ke bahu jalan," katanya dalam laporan tersebut.

"Selepas memberhentikan kereta di bahu lebuhraya, saya mendapati kesan seretan kereta dan serpihan brake disc di atas jalan," katanya ketika membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya.

Abdullah Sani menjadi pemandu peribadi Anwar selama 28 tahun dan memandu kereta Mercedes Benz model S 350 milik Anwar.

Brek yang mengalami kerosakan dipercayai berpunca angkara khianat

Laporan itu turut melampirkan keterangan mekanik yang membaiki kereta berkenaan, Azman Hassan yang memaklumkan terdapat kerosakan yang teruk pada sistem brek sebelah belakang kanan kenderaan tersebut.

"Setelah mendapat penjelasan apa yang berlaku, saya membuat pemeriksaan dengan teliti dan mendapati bahawa punca kerosakan adalah disebabkan salah satu daripada pin bolt yang mengikat brake caliper sudah tiada atau tertanggal.

"Fungsi pin bolt adalah mengikat brake caliper pada tempatnya.

'Dari pengalaman saya menjadi mekanik selama lebih 10 tahun dan pengkhususan dalam pembaikan Mercedes Benz selama 7 tahun, adalah mustahil pin bolt yang mengikat brake caliper itu boleh tercabut dengan sendirinya," jelas Azman dalam kenyataan itu.

Kerajaan dituntut dedah pembelian kilang ‘Raja Gula’ oleh Felda – Azan

Posted: 10 May 2011 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak untuk mengumumkan jumlah transaksi pembelian Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, pembelian itu dilakukan menerusi anak syarikat Felda, iaitu Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH).

"Felda ialah sebuah syarikat berkepentingan kerajaan. Mengapa jumlah pembelian tersebut tidak diumumkan secara terbuka? Agensi mana yang dilakukan untuk membuat penilaian aset dan liabiliti syarikat tersebut," soal Azan.

Azan Ismail mendakwa, kerajaan seolah-oleh menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan rakyat, sehinggalah rentetan dari siri kenaikan barangan keperluan termasuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang diumum kerajaan semalam.

Menurut laporan media, FGVH turut membeli Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sebidang tanah seluas 5,800 hektar di Chuping, Perlis dan 20% pegangan Tradewinds (M) Bhd dengan anggaran jumlah RM 1.5 billion.

Difahamkan kini, Robert Kuok, yang juga jutawan pertama di Malaysia kemudiannya membeli syarikat CSR Limited, iaitu pengeluar gula terbesar di Australia.

"Sekarang ini, jika Felda mahu mengimport gula dari Australia, agensi tersebut akan membeli dari syarikat yang dimiliki oleh Robert Kuok.

"Ini tidak memberikan makna kepada Felda kerana pada akhirnya nanti, sekiranya ada kenaikan harga gula di negara ini, maka Felda akan dipersalahkan.

"Sedangkan, keuntungan awal telah dikaut oleh orang yang sama, iaitu kroni Barisan Nasional dan pernah mendapat faedah dari monopoli gula selama puluhan tahun di negara ini.

"Felda belum tentu mendapat keuntungan, kerana gula adalah barangan kawalan. Jika ada pun, sudah tentu ia 'disedut' oleh pihak ketiga yang menjadikan nilai terkumpul tersebut sebagai dana pilihan raya bagi pihak Barisan Nasional," tambah Azan.

Dalam pada itu, Azan Ismail mendakwa, kerajaan cuba mewujudkan suasana tenteram di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dengan mendakwa, pembelian syarikat gula tersebut oleh Felda menunjukkan kerajaan prihatin terhadap agensi yang banyak memberikan faedah kepada orang Melayu itu.

"Orang Melayu jangan terperangkap dengan tindakan kerajaan ini. Pembelian kilang gula milik Robert Kuok oleh Felda tidak memberi jaminan bahawa nasib orang Melayu lebih terbela.

"Kita tidak tahu siapa yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut yang akan mengaut keuntungan. Apatah lagi proses pembelian FGVH tidak diumumkan secara terbuka.

"Sebab itu, kita tuntut dokumen tersebut didedahkan kepada umum," ujar Azan.

Anwar terus ‘putar alam’ — Zulkiflee Bakar

Posted: 10 May 2011 05:00 AM PDT

10 MEI — Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu ceramah politik di Klang, pada Ahad lalu bukanlah satu kejutan.

Sebaliknya, ia semakin mendedahkan bagaimana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semakin tidak mampu mengawal diri berikutan dakwaan rakaman video seks yang dikatakan melibatkan dirinya.

Itu bukanlah kali pertama Anwar kehilangan pertimbangan sehingga sanggup mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sewajarnya daripada seorang bergelar pemimpin.

Pada awal Mac lalu, apabila rakaman video seks itu didedahkan Anwar yang berceramah di Ampang, Selangor turut mengeluarkan perkataan seperti 'haram jadah' dan beberapa perkataan lain.

Sebelum di Klang, Anwar yang sedang berusaha meraih sokongan rakyat konon dirinya teraniaya turut berceramah di Terengganu, di situ perkataan 'bengong' dan beberapa perkataan tidak elok lain turut dilafazkan.

Walaupun memulakan ucapan dengan ayat-ayat suci al-Quran memandangkan para hadirin terdiri daripada majoritinya penyokong PAS, namun Anwar mengambil kesempatan menabur fiitnah dan pembohongan mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) serta memaki hamun Umno.

Turut menjadi sasaran ialah Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang digambarkan oleh Anwar menjadikan jawatan itu untuk mengayakan kaum kerabat mereka.

Apa yang cuba digambarkan oleh Anwar dalam ceramah-ceramahnya ialah beliaulah sebaik-baik insan, pemimpin yang bersih, bermoral dan berakhlak tinggi serta insan paling teraniaya di muka bumi Malaysia ini.

Tetapi apa yang berlaku dalam perjalanan politiknya sudah membuktikan bahawa Anwar bukanlah seperti mana yang beliau gambarkan namun segalanya mampu dilindungi dengan watak 'Raja Putar Alam' seperti mana digelarkan oleh bekas kawan karibnya, Datuk Nallakarupan.

Ceramah-ceramah yang diadakan hanyalah sekadar untuk melepaskan geram selepas segala tembelangnya semakin terbongkar.

Begitulah sikap Anwar yang dilihat semakin tenggelam punca dalam berhadapan tuduhan terbaru terhadap dirinya. Anwar bukannya berusaha menerangkan sama ada dakwaan itu benar atau tidak tetapi sebaliknya mengalih isu dengan menyerang Umno, BN dan kepimpinan negara.

Dalam ceramahnya, Anwar bagaikan seseorang yang masuk pusat karaoke yang akan menyanyi apa sahaja lagu biarpun suara sumbang bagi melepaskan tekanan perasaannya.

Beberapa teman penulis di dalam pembangkang mengakui bahawa Anwar semakin tidak mampu menghadapi tekanan memandangkan bukti-bukti yang diketengahkan melibatkan dirinya terlalu kukuh.

"Selain itu kami juga perhatikan bukan sahaja jumlah kehadiran orang ramai ke ceramah semakin berkurangan malahan hujah-hujah Anwar juga semakin rapuh.

"Anwar hanya menafikan semata-mata dan mengalih isu sedangkan pokok persoalan utama tidak dijawab sebab itu semakin ramai termasuk di kalangan penyokong pembangkang sendiri sudah tidak begitu percaya kepada beliau," kata seorang pemimpin muda pembangkang ketika dihubungi penulis.

Sebenarnya, Anwar amat menyedari bahawa harapannya untuk menjadi Perdana Menteri semakin pudar, bukan sahaja kerana masalah yang sedang melanda pentadbiran kerajaan negeri di bawah pembangkang tetapi juga masalah peribadinya.

Walaupun media-media pro pembangkang cuba untuk mempertahankan Anwar tetapi mereka pun sudah tidak mampu bertahan dan melihat bahawa harapan pembangkang ke Putrajaya semakin tipis.

Namun Anwar tetap Anwar yang penuh dengan nafsu untuk berkuasa dan selagi Putrajaya tidak berada dalam genggamannya selagi itu beliau akan terpekik telolong di seluruh negara.

Tetapi setakat ini usaha Anwar boleh dikatakan sia-sia, apabila rakyat lebih memberi tumpuan kepada usaha-usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Berdasarkan kepada respons yang diberikan oleh rakyat setakat ini adalah jelas usaha kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib semakin mendapat sambutan.

Mereka sudah tidak ada masa lagi melayan propaganda politik Anwar apatah lagi menggadaikan masa depan hanya semata-mata untuk membolehkan Anwar menjadi perdana menteri.

Bagi mereka, kalau betul Anwar tidak bersalah, beliau perlu menggunakan saluran perundangan yang sedia ada bagi membuktikannya dan bukan cuba menyeret rakyat turun ke jalanan bagi membela nasibnya.

Senario tahun 1998 tidak akan berulang kerana rakyat sudah semakin mengenali siapa Anwar sebenarnya. Yang kekal menyokongnya ialah mereka yang terdiri daripada golongan pemimpin dan ahli pembangkang yang sudah diserap politik kebencian.

Bagi golongan ini, apa pun kebenaran yang cuba ditengahkan mereka tidak akan terima, sebaliknya mereka tetap menyanjungi Anwar sebagai insan anugerah tuhan seperti mana dikatakan oleh isterinya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.

Namun berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa pemimpin pembangkang, mereka mengakui Anwar kini bukan lagi idola sebaliknya hanya liabiliti yang jika dibiarkan akan merosakkan pakatan pembangkang.

"Pada masa ini kita seolah-olah tidak ada kerja lain, selain menafikan masalah moral yang dihadapi oleh Anwar dan ini menjejaskan masa kita untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum," kata seorang lagi pemimpin pembangkang kepada penulis.

Ditanya mengenai kemunculan 'Buku Jingga' yang dikatakan mampu menarik sokongan rakyat, pemimpin berkenaan enggan mengulas lanjut sebaliknya penuh kiasan berkata, 'pelanduk tidak akan masuk perangkap yang sama'.

Jelaslah, Anwar kini semakin memberikan bebanan kepada pembangkang dan kehadirannya jika suatu ketika dulu dianggap sebagai wira penyelamat tetapi kini beliau boleh dianggap bagaikan 'anai-anai' yang semakin memusnahkan pembangkang dari dalam kerana masalah peribadinya. — Utusan Malaysia Online

Perlukah PAS dengar nasihat musuhnya?

Posted: 10 May 2011 04:30 AM PDT

Subky Latif

APAKAH jawapan yang dapat diberi kepada Dr. Mahathir apabila dia menempelak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat supaya dapat bebas meneruskan perjuangannya ketika ia ditubuhkan dulu?

Jawapan yang paling tepat ialah PAS bukan seperti Dr. Mahathir yang boleh dikeluarkan dari Umno dan boleh keluar dari Umno.

PAS ialah sebuah parti siasah Islam yang bergerak mengikut panduan siasah syariyah. Tidak cukup ilmu Dr. Mahathir yang ada bagi mengajar PAS kerana ilmu politik yang dianutnya adalah berasaskan siasah duniawi.

Mungkin orang mahu melihat pandangan Dr. Mahathir supaya PAS tinggalkan Pakatan Rakyat sebagai satu nasihat.

Tetapi Dr. Mahathir selama-lamanya adalah musuh PAS. Seorang musuh tidak akan memberi nasihat kepada musuhnya. Seelok mana pun pandangannya ia adalah pandangan seorang musuh. Politiknya adalah untuk menjahanamkan musuhnya.

Semasa PAS berlawan dengan Umno dikiranya sebagai musuh dan ketika PAS bersama Umno dalam kerajaan campuran PAS-Perikatan dan sebagai komponan Barisan Nasional pun dikiranya sebagai musuh juga.

Jika dia jujur terhadap PAS tidaklah dia menjadi batu api utama menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional. Dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu.

Pandangan terbarunya iaitu suka kalau PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dibuat ketika tema Umno setahun setengah ini ialah mahu menggagalkan muafakat Pakatan Rakyat yang muncul sebagai pengancam kuasa Umno yang pertama sejak Umno berkuasa tahun 1955 dulu.

Sekali pun PAS sudah menjadi penentangnya pada masa itu tetapi PAS tidak pernah dilihat sebagai pencabar kepada kuasanya. Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS inilah yang menjadi pencabar pertama paling mengancam dalam sejarahnya.

Dr. Mahathir sudah kecut perut melihat percubaan siasah syariah pertama ketika mengikat persefahaman dengan Team B Umno pimpinan Tengku Razaleigh. Kiranya DAP dapat ditarik kepada perkongsian itu, maka ia akan jadi amaran kiamat awal kepada monopoli kuasa Umno itu.

Nasibnya baik ketika itu masa belum cukup matang bagi PAS untuk duduk sebangku dengan DAP dan Tengku Razaligh pula tidak cukup kuat untuk menghadapi risiko. Dia sudah mengambil risiko tetapi tidak tahan dengan risiko itu.

Kata Ibrahim Ali yang menjadi hulubalang Dr. Mahathir dalam Majlis Tertinggi Umno, bahawa Dr. Mahathir amat gembira dengan kegagalan siasah syariah awal PAS untuk mengadakan kerjasama dengan DAP itu. Sekali pun ia dipolitikkan sebagai meniru politik Umno yang bersekutu dengan MCA dan MIC, tetapi dia tidak suka politik itu ditiru orang.

Walau pun dikatakan meniru tetapi politik Perikatan dulu dan BN sekarang dibuat semata-mata untuk politik dunia, sedang PAS dan DAP yang dikatakan meniru itu dibuat oleh PAS berdasarkan kehendak siasah syariah.

Dan sekarang dengan penyertaan dan perantaraan PKR dan kesungguhan Anwar Ibrahim mewujudkan muafakat alternatif itu, ia benar-benar muncul sebagai pencabar bertenaga untuk mengambil alih kuasa di Putrajaya.

Sekali pun PAS itu musuh kekal Dr. Mahathir, tetapi seteru utamanya masa ini ialah Anwar Ibrahim. Dia amat takut kepada kemenangan Anwar Ibrahim. Bukan kejayaan Anwar itu akan menguburkan politik Najib tetapi ia akan mengakhiri legasi Dr. Mahathir.

Cara bagi menyekat Anwar yang degil itu tidak mudah. Jalan yang mudah ialah cuba memperdaya PAS supaya menjauhkan diri daripada Anwar.

Tidak berbangkit dia sayangkan PAS dan sayang kepada cita-cita dan perjuangan PAS. Yang dia mahu supaya Anwar mati kering dan PAS terpaksa menunggu 50 tahun lagi untuk menumbangkan Umno.

Tidak berbangkit perjuangan PAS tersekat dengan kerjasama DAP dan PKR itu. Siasah syariah mengajar mengambil apa jua kaedah, memanfaatkan suasana yang ada bagi menyalurkan cita-citanya. Tidaklah PAS itu beku dan jumud. Ia hidup dengan panduan Islamnya.

PAS diajar supaya tidak berputus asa. Dan ia berpegang kepada janji. Ia berpolitik tetapi ia tidak akan mengkhianati janji yang diikat dengan PKR dan DAP sekarang. Janji PAS itu hanya batal kalau ia dibatalkan oleh DAP dan PKR.

Seperti janji PAS dengan Ku Li. Bukan PAS yang memulakan sayonara kerjasamanya. Orang Ku Li dan Ku Li sendiri memulakan kerja untuk kembali kepada Umno. Bukan PAS yang hendak meninggalkan BN tetapi pengkhianatan Dr. Mahathir memulakan pengusiran PAS itu.

Najib: Kata-kata kesat tak ganggu tidur saya

Posted: 10 May 2011 04:00 AM PDT

PUTRAJAYA, 10 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas dirinya tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya dipetik Bernama Online.

Najib menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Tegas beliau lagi, perbezaan pendapat boleh diterima di dalam politik tetapi seharusnya tertumpu kepada soal dasar dan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya dengan menyerang peribadi orang lain.

"Tetapi untuk serang peribadi orang lain, itu sudah terjebak dalam kancah politik yang tidak beretika.

"Saya percaya rakyat sendiri boleh menilai mana-mana orang politik berbuat sedemikian. Saya tak perlu membuat ulasan lebih lanjut daripada itu," katan beliau selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan memberikan reaksi demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang menyerang beliau dengan gelaran tidak sepatutnya.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Perbuatan Anwar itu mendapat kecaman pelbagai pihak dengan menyifatkannya sebagai sudah panik kerana rakyat semakin bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

Ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya penubuhan Briged Setia Negara oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cubaan melatih kumpulan militan di negara ini, Najib berkata keharmonian dan keamanan dalam negara harus diutamakan.

"Apa-apa pun kita jangan keruhkan suasana. Saya tidak kata ia baik atau tak baik yang penting sekarang ini kita mesti jaga keharmonian dan keamanan dalam negara kita."

"Kita telah mengalami keadaan di Malaysia yang begitu tenteram dan aman sekian lama. Kita tidak boleh melakukan apa saja yang boleh mengancam keamanan, keharmonian dan kestabilan negara."

Kerajaan, tegasnya, tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak yang cuba menggugat keamanan, keharmonian dan keselamatan negara.

Kenaikan harga gula beri kesan rantaian - Fomca

Posted: 10 May 2011 03:30 AM PDT

Rizal Tahir

KOTA BAHRU, 10 Mei: Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dikhuatiri akan memberi kesan rantaian kepada kenaikan pada harga barang keperluan yang lain.

Timbalan Presiden Fomca Malaysia, Haji Ahmad Othman berkata, pihaknya bimbang kesan kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang lain.

Namun begitu, beliau lebih bimbang dengan bekalan yang kurang berbanding dengan kenaikan harga.

Kerajaan telah menaikkan harga gula sebanyak 20 sen mulai hari ini. Menurut kerajaan, kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi, yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.

Minggu lalu, harga petrol RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan masa sebulan untuk kerajaan mengurangkan harga barangan khasnya yang diimport ekoran kenaikan nilai ringgit berbanding dollar Amerika.

Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini.

Bagi Setiausaga Agung DAP itu, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport.

Namun, harga barangan bukannya turun ekoran kenaikan nilai ringgit bahkan dinaikkan lagi oleh kerajaan.

Manakala itu, sesetengah pihak pula yakin tindakan pembekal gula mengurangkan bekalan bertujuan memaksa kerajaan agar bersetuju dengan tuntutan mereka untuk menaikkan harga.

Ekoran itu, ada yang kesal dengan kegagalan kerajaan menguatkan kuasakan undang-undang dan memastikan bekalan gula sentiasa mencukupi.

"Gula naik 20 sen ni memang sepatutnya sebab bekalan di pasaran agak kurang.

"Tetapi pihak saya bimbang harga barang lain turut akan naik kesan dari kenaikan harga gula ini," kata Ahmad sewaktu dihubungi.

Tambahnya, dari maklumat dari pihaknya dapat, rakyat mahu bekalan gula di pasaran sentiasa ada walaupun mengalami kenaikan harga.

Ekoran tekanan kekurangan bekalan di pasaran menyebabkan rakyat pasrah dan menerima kenaikan harga asalkan ia ada di pasaran.

Ia diakui sendiri oleh Haji Ahmad dalam kenyataannya, "Rakyat tak kisah sangat harga gula naik 20 sen ni asalkan bekalan gula setiasa ada di pasaran."

Kesihatan bukan justifikasi kenaikan harga gula

Posted: 10 May 2011 03:00 AM PDT

Afiq Hizami, Pelatih UKM

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Walaupun harga barang dijangkakan turun ekoran kenaikan nilai ringgit namun harga gula dinaikkan yang sudah pasti bakal memberi beban kepada rakyat, terutamanya kepada pejaja warung kecil dan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata, kenaikan ini tidak wajar bahkan menolak sama sekali sasarannya untuk menekan agar orang ramai mengurangkan penggunaan gula untuk mengurangkan masalah kesihatan.

"Teori yang mengatakan kenaikkan harga gula boleh mengurangkan masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan haruslah diterapkan melalui pendidikan dan kefahaman, bukan dengan menaikkan harga gula," jelas beliau yang merupakan bekas pensyarah perubatan bahagian kesihatan awam di Fakuti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau yang juga merupakan Bendahari PAS pusat mengulas mengenai kenaikkan harga gula sebanyak 20 sen menjadi RM 2.30 yang bermula hari ini berbanding dengan harga sebelumnya RM 2.10.

Menurut kerajaan, kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi, yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.

Minggu lalu, harga petrol RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter.

Dalam pada itu laporan Bernama memetik Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan masa sebulan untuk kerajaan mengurangkan harga barangan khasnya yang diimport ekoran kenaikan nilai ringgit berbanding dollar Amerika.

Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini.

Bagi Setiausaga Agung DAP itu, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport.

Namun, harga barangan bukannya turun ekoran kenaikan nilai ringgit bahkan dinaikkan lagi oleh kerajaan.

"Gula menjadi satu keperluan penting dalam kehidupan, ini kerana penggunaan gula adalah menyeluruh dalam masyarakat kita terutamanya dalam bidang makanan dan masakan," kata Dr Hatta.

Tegas beliau lagi, gula tetap akan digunakan dan dibeli oleh rakyat walaupun harga gula dinaikkan, ini akan menyusahkan lagi rakyat.

"Keperluan Penggunaan gula yang penting dalam aspek barangan makanan seperti kuih muih, minuman dan masakan akan memberi kesan kepada kenaikkan harga barangan tersebut, hal ini disebabkan rantaian yang berpunca dengan kenaikkan harga gula," katanya lagi.

Justeru itu, beliau sangat kecewa dengan tindakan kerajaan yang dilihat cuba menambah beban kepada rakyat setelah rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter.

Oleh itu beliau menggesa kepada kerajaan harus menimbang meneruskan strategi jangka panjang untuk merasionalisasikan subsidi yang boleh menimbulkan masalah kewangan yang lebih teruk kepada rakyat.

Pakai skirt hanya level sukan tinggi

Posted: 10 May 2011 02:30 AM PDT

Nick Josh Karean

Peraturan pakaian (BWF) The Badminton World Federation yang mengatakan adalah wajib bagi pemain badminton perempuan memakain skirt adalah hanya untuk Level 1 hingga 3 perlawanan.

Ini bermakna hanya level sukan yang tinggi, Grand Prix dan ke atas dipengaruhi oleh peraturan yang akan dilaksanakan pada tarikh 1 Jun 2011.

Dan bertentangan dengan beberapa salah faham mengenai hal ini, peraturan wajib tidak bererti bahawa pemain wanita perlu membuang seluar pendek atau seluar trek panjang yang boleh dipakai di dalam skirt.

Pemain wanita boleh terus memakai seluar pendek atau seluar panjang jika mereka ingin di dalam skirt, seperti mana yang sudah sering dilakukan oleh beberapa pemain yang sedia ada.

Dan BWF telah mengembangkan pedoman pelaksanaan untuk digunakan bersama Peraturan baru untuk memastikan bahawa ia tidak akan dengan apa-apa cara menyebabkan diskriminasi terhadap keyakinan keagamaan atau lain-lain pandangan.

"Peraturan baru telah disalahertikan oleh beberapa pihak sebagai bermakna bahawa perempuan tidak boleh memakai seluar pendek atau seluar ketat atau seluar trek panjang ketika mereka bersukan badminton, dan mereka hanya perlu memakai skirt pendek sahaja. Ini tidak benar," kata Naib Presiden BWF, Paisan Rangsikitpho.

Sila lihat di link ini pakaian-pakaian wanita yang dibenarkan: http://www.bwfbadminton.org/file_download.aspx?id=33012

Kristian: Konspirasi Umno-Utusan?

Posted: 10 May 2011 02:00 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mahu Menteri Dalam Negeri disiasat ekoran tindakannya membiarkan penjawat awam di bawahnya serta media khususnya Utusan membuat laporan fitnah dan provokasi perkauman.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, Datuk Seri Hishammuddin telah gagal menunaikan tanggungjawab sehingga Utusan sepanjang Mac, April dan Mei tanpa sebarang sekatan mengeluarkan berita fitnah dan lucah khususnya isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut memberi contoh tindakan terbaru akhbar Umno itu yang meletakkan laporan muka depan bertajuk "Kristian agama rasmi?' yang disiar 7 Mei lalu.

Hishammuddin juga jelasnya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap seorang pegawai kanan polis Bukit Aman, yang mendakwa Anwar individu dalam video seks tersebut, sewaktu berceramah kepada guru di sebuah sekolah di Kelantan.

"Tidak keterlaluan saya katakan bahawa ini satu agenda yang di belakangnya Umno, sengaja untuk meniupkan api permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

"Mereka tahu bukan Islam tidak menyokong BN, mereka terpaksa untuk mendapat simpati dari pengundi Melayu," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa isu tersebut adalah termasuk dalam perancangan Umno menjelang PRU-13 iaitu untuk melihat orang Melayu jauh dari PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya begitu hairan bagaimana begitu banyak akta-akta, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, tiba-tiba semacam ada satu konspirasi.

"Sekarang ini waktu untuk ambil tindakan, bukan untuk merai semua pandangan," katanya.

Beliau juga mendakwa trend yang berlaku hari ini sama seperti apa yang berlaku tahun 1987 apabila ketegangan kaum dimainkan sehingga membawa kepada Operasi Lalang ketika itu.

Dalam operasi itu, sekurang-kurangnya 106 terutama pemimpin pembangkang ditahan.

"Seperti ada kecenderungan ke arah itu," katanya.

Misteri menyelubungi pembunuhan Osama

Posted: 10 May 2011 01:30 AM PDT

Suhaimi Mokhtar

Persekitaran dan suasana penuh misteri menyelubungi pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden oleh pasukan komando khas Amerika Syarikat (AS) di Abbottabad, Pakistan awal pagi Isnin waktu Pakistan dan hari Ahad 1 Mei di Washington.

Pembunuhan kejam dengan tembakan terhadap Osama dikepala dan dibahagian lain tubuh Osama yang dikatakan tidak bersenjata membuktikan tindakan keganasan pihak AS dalam misinya untuk membunuh pemimpin kesayangan umat Islam itu. Jika benarlah yang dibunuh itu adalah Osama, kerana ramai terutama umat Islam masih meragui, maka kini Osama adalah Al-Syahid Osama Bin laden.

Pembunuhan Osama menjadi tajuk berita besar akhbar-akhbar dan saluran-saluran TV seluruh dunia. Osama dibunuh dalam operasi khas yang diarahkan oleh Obama sebagai pemerintah tertinggi angkatan bersenjata AS. Obama mengarahkan pembunuhan dan Obama juga mengumumkan kematian pejuang dan jihadis ulong Islam di abad ini itu.

Beberapa hari selepas Osama dibunuh di hadapan anak-anak dan isteri-isteri serta keluarganya, Obama melakukan lawatan ke Ground Zero, kawasan peringatan kemusnahan menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang dirempuh oleh kapalterbang penumpang yang dikatakan dirancang oleh Osama.

Lawatan itu simbolik sebagai penyataan simpati kepada mereka yang terkorban seramai lebih 3,000 orang akibat serangan kapalterbang penumpang itu dalam peristiwa yang di kenali sebagai 9/11, iaitu 11 September 2001. Obama meletakkan kalungan bunga di kawasan peringatan itu dan menemui kaum keluarga mewakili mereka yang terkorban.

Obama secara simbolik memberitahu rakyat AS bahawa dendam telah berbalas. Osama yang merencanakan serangan itu kini telah dibunuh. Rakyat AS bersorak gembira dan Obama mengatakan bahawa dunia kini lebih selamat setelah Osama dibunuh.Rating popolariti Obama yang rendah kerana isu-isu ekonomi dan sosial yang gagal ditanggani Obama telah melonjak naik kerana pembunuhan itu.Obama akan bertanding bagi penggal kedua untuk mengekalkan kepresidenannya pada akhir tahun hadapan kerana itu dia perlu meningkatkan ratingnya dari sekarang.

Kenyataan Obama itu disahut sama oleh Perdana Menteri NajibTun Razak dengan kata-kata yang sama nadanya.Betapa hebatnya Najib kerana mempunyai tahap dan aliran pemikiran yang sama dengan Obama. Sekurang-kurangnya mentornya, Tun Dr Mahathir tidak berkongsi pandangan dengan Najib dan beliau mengecam tindakan Obama mengarahkan pembunuhan kejam itu dengan menceroboh memasuki wilayah Pakistan, sebuah negara berdaulat, walaupun Pakistan berkerjasama dengan AS dalam perang menentang keganasan.

Semua rentetan dari mula hingga akhir operasi pembunuhan ini diselubungi misteri, lebih-lebih lagi ia mengambil tempat di sebuah rumah di Abbottabad, berhampiran markas akedami tentera Pakistan dan bukan di pergunungan Tora Bora di sempadan Pakistan-- Afghanistan sebagaimana yang dipercayai sebelum ini. Osama dikatakan tinggal di gua-gua sempadan itu dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat bagi mengelakkan pengesanan setelite tentera AS yang meletakkan hadiah berjuta-juta dollor kepada sesiapa yang dapat mengesan Osama sehingga ditangkap atau dibunuh.

Tambah misteri lagi apabila Osama dikatakan tinggal dirumah itu beberapa tahun, mengikut maklumat awal dari isteri-isterinya yang kini ditahan pihak keselamatan Pakistan dan ditempatkan dilokasi yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Operasi komando tentera AS yang mengunakan pasukan khas yang terdiri dari cabang-cabang angkatan tentera AS itu tidak pun diberitahu kepada pihak keselamatan Pakistan, kerana mengikut pengarah CIA, Leon Pahetta perisikan Pakistan tidak boleh dipercayai, tetapi masih mengadakan kerjasama dengan Pakistan dalam perang menentang keganasan.

Serangan pasukan khas AS itu mencerobuhi kedaulatan dan kemerdekaan negara Pakistan, kerana AS melakukan operasi misi pembunuhan itu tanpa pengetahuan Pakistan apalagi bantuan tentera Pakistan.

Barrack Obama yang pada mulanya teragak-agak sama ada mahu mendedahkan gambar-gambar operasi pembunuhan dan mayat Osama untuk tontonan umum, akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan gambar-gambar itu.Ini telah menyebabkan ada prasangka teori konsperasi bahawa sama ada Osama telah benar-benar dibunuh atau yang dibunuh bukan Osama.Tetapi AS yakin yang dibunuh ialah Osama setelah contoh DNA dilakukan.

Alasan Obama bahawa penyiaran gambar-gambar itu akan dijadikan propaganda yang akan digunakan oleh pihak-pihak yang bersimpati dengan Osama untuk bertindak membalas dendam.

Kehadiran Osama dan keluarganya di rumah berkenaan, tanpa sebarang kawalan, pasukan pengawalnya bagaikan beliau mendedahkan diri kepada risiko yang paling merbahaya.Tetapi mungkin juga dengan tinggal di rumah itu di kawasan yang menjadi lalulintas kenderaan tentera Pakistan menyebabkan tiada sesiapa yang dapat mengagak atau menjangka sasaorang seperti Osama berada ditumah itu. Ia mungkin untuk mengabui pandangan umum.

Mengikut maklumat awal dari salah saorang isterinya, mereka tinggal di situ beberapa tahun lalu tanpa dapat dihidu bau kehadirannya. Atau pun maklumat itu tidak benar dan bahawa Osama hanya baru tinggal disitu.Tetapi kenapa? Adakah Osama sakit dan memerlukan rawatan doktor. Pernah dimaklumkan bahawa Osama mengidap sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan dialysis. Maklumat-maklumat perisikan ini tiada siapa yang dapat mengesahkan kesahihannya. Di kamarnya, selepas beliau di bunuh, ditunjukkan barisan botol-botol ubat yang digunakan oleh Osama.

Kehidupan Osama sebagai saorang yang diburu dan kerana itu semuanya ini tidak dapat disahkan kesahihannya. Ia menambahkan misteri mengelilingi pembunuhan Osama. Atau pihak perisikan AS memang sudah mengetahui kehadiran Osama di rumah itu sejak sekian lama dan melakukan operasi serangan misi membunuh pada tarikh berkenaan untuk menimbulkan anasir-anasir kejutan dan mendramakannya.

Osama sebelum ini pun pernah dikatakan telah terbunuh dalam serangan-serangan tentera AS dikawasan pergunungan bergua di Tora Bora di sempadan Pakistan-Afghanistan. Ada juga andaian mengatakan Osama dikawal selia dan dijaga oleh perisikan ISI Pakistan.

Inilah kehidupan misteri yang dijalani oleh Osama yang telah meninggalkan kekayaan dan hidup mewah hasil peninggalan harta yang diwarisi dari ayahnya untuk berjihad dijalan Allah dengan mengangkat senjata menentang penjajahan, penaklukan, penguasaan AS dan barat terhadap negara umat Islam dan ummah seluruhnya.

Osama meninggalkan kesenangan dan kemewahan dunia untuk berjuang menentang ketidakadilan. Beliau bukan pengganas sebagaimana yang dilabelkan oleh AS dan barat.tetapi yang mengganas ialah AS dan sekutunya. Mereka mengganas di semua negara umat Islam, di Afghanistan, di Iraq, Pakistan, Palestin dan negara umat Islam lain.

Kenapa Osama mengangkat senjata untuk berjuang menentang kuasa AS dan barat? Kerana kuasa-kuasa ini dengan konco-konconya menyembelih umat Islam di mana-mana jua. Lihatlah apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain negara umat Islam.

Dasar-dasar talam dua muka AS dan baratlah yang membentuk pribadi dan perwatakan Osama untuk berjuang seadanya menentang satu kuasa tentera terbesar dunia.Osama yakin dan percaya kepada janji Allah, kerana memang Osama dikatakan sejak kecil lagi merupakan saorang yang taat beragama dan memahami Islam sesyumulnya.

Osama bukan sahaja di tembak dengan kejam tetapi diberi penghinaan dengan mencampakkan mayatkan ke laut. Perjalanan episod-episod ini dari pembunuhannya hingga mencampakkan mayatnya di laut tidak diketahui umum.Hanya Barack Obama dan pasukan pentadbirannya dan pembantu-pembantu kanannya di Rumah Putih sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Di sisi pembunuhnya, mayat Osama di campakkan kelaut tetapi di sisi Allah, Insya Allah. Osama di berikan kemuliaan.Tiada siapa mengetahui kecuali mereka, bagaimana mayat Osama diuruskan.Tetapi urusan mayat saorang yang syahid tidak memerlukan pengurusan jenazah kematian biasa dalam Islam yang memerlukan dimandikan, dikapankan dan disolatkan. AS tidak mahu meninggalkan sebarang kesan sejarah peninggalan Osama, kerana itu selepas dibunuh, mayatnya dibawa pergi dan dicampakkan di tengah-tengah laut.

Segala misteri yang menyelubungi pembunuhan Osama ini lambat laun akhirnya akan diketahui , walau bagaimana sekalipun cuba dirahsiakan oleh pihak yang membunuhnya kerana bimbangkan kesan balas oleh umat Islam, jika didedahkan perincian serangan terhadap Osama dan pembunuhanya serta campakan mayatnya kelaut. Dalam waktu yang singkat akan keluar buku mengenai Osama dan akan ada pihak yang akan membuat filem mengesahkan kehidupan Osama dan kematiannya.

Nampaknya AS dan sekutunya lebih takut ketika Osama sudah syahid dari ketika beliau masih hidup. Risiko yang diambil oleh Obama dengan mengarahkan pembunuhannya kini sedang menghantui pentadbiran AS dan pentadbiran negara-negara barat dan sekutu-sekutunya serta talibarut-talibarutnya. Semua negara-negara ini sedang meningkatkan tahap pengawalan keselamatan mereka, kerana tiada siapa yang mengetahui berapa ramai mereka yang bersimpati dengan Osama dan sanggup melakukan sesuatu sebagai reaksi balas terhadap pembunuhan Osama.

Pembunuhan Osama tidak menyelesaikan apa yang cuba di selesaikan oleh pentadbiran Obama, perang menntang keganasan atau 'war on terror'bahkan ia tambah merumitkan keadaan kerana kematian Osama akan lebih mengesankan perjuangan jihad yang diasaskan oleh Osama. Perjuangan Osama adalah sesuatu yang berinspirasi, bermotivasi dan berideologi. Ia tidak akan dapat di hilangkan dengan pembunuhan Osama.Obor perjuangannya yang sedemikian akan mampu mengilhami bakal-bakal pengikut setianya yang akan menggantikannya untuk meneruskan perjuangan.

Perjuangan jihad Osama tidak akan padam dengan pemergiannya, bahkan ia akan tambah menyalakan api perjuangan yang dimulakannya.Osama terlibat secara langsung berjihad ketika Afghanistan dijajah oleh bekas Kesatuan Soviet dan meneruskannya sehinggalah beliau dibunuh dengan kejam dan ganas oleh pasukan khas tentera AS awal pagi isnin lepas. Balasungkawa untuk Osama. Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali.Osama kembali kepada Allah dengan digniti sebagai saorang yang syahid.

PKR dakwa KDN bantu Umno rampas Selangor

Posted: 10 May 2011 01:02 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa pihaknya telah berjaya mengesan bahawa seramai 2,000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jelas, katanya taktik kotor itu bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor pada PRU13 kelak.

"Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Datuk Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malah, beliau juga yakin bahawa kerjasama dari pihak rakyat dalam menyalurkan maklumat penyelewangan seperti ini membuktikan suatu penolakan besar-besaran dari pihak rakyat sendiri terhadap dasar kepimpinan Najib.

Katanya, Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kini seharusnya lebih gentar dan berhati-hati kerana senario politik dan ritma kehendak rakyat kini sudah lebih matang dan tidak lagi mampu diperbodohkan dakyah media yang berat sebelah lagi.

Tambahnya, taktik Umno menggunakan media untuk menjatuhkan imej pimpinan dan Pakatan Rakyat nampaknya sudah gagal.

"Saya menyarankan agar mulai hari ini supaya Datuk Seri Najib bersedia kerana kami barisan pimpinan Keadilan Selangor akan mendedahkan lebih banyak bukti penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Umno selepas ini," ujarnya yang juga ahli parlimen Ampang.

PAS: Bukan Islam boleh jadi PM, Perlembagaan tak halang

Posted: 10 May 2011 12:00 AM PDT

PAS: Bukan Islam boleh jadi PM, Perlembagaan tak halang

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata partinya tidak akan membantah bukan Islam menjadi perdana menteri memandangkan perkara tersebut dibolehkan oleh Perlembagaan.

Bagaimanapun kata beliau, adalah mustahil bukan Muslim boleh menerajui kerajaan memandangkan umat Islam masih merupakan majoriti negara ini.

"Perlembagaan tidak menghalang bukan Islam dari menjadi perdana menteri. Ini bukan soal PAS. PAS tidak boleh menghalang Perlembagaan, tetapi ia tidak akan berlaku kerana majoriti semasa kami miliki," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Kata Mahfuz, "soalnya perkara ini boleh berlakukah?"

"Tidak boleh, sebab DAP tanding di kerusi MCA dan kalau menang, menang di kerusi orang Cina.

"Begitu juga kerusi Melayu, PAS lawan Umno, kalau PAS kalah Umno akan menang, kalau Umno kalah PAS akan menang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

"Jadi tidak timbul (perdana menteri bukan Islam) selagi jumlah majoriti memihak kepada orang Islam," jelas beliau.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri itu seorang beragama Kristian.

Dompok menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri yang beragama Islam yang boleh menerajui kerajaan.

"Bagi persoalan seorang perdana menteri Kristian, apa masalahnya, saya tidak nampak, lagipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan soal agama dalam soal melantik perdana menteri, satu-satunya syarat adalah mendapat sokongan dalam Parlimen.

"Jika orang Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Cina atau India yang memenuhi peruntukan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, dia boleh menjadi perdana menteri negara ini," katanya.

Tambah Mahfuz, ekoran pandangan terbuka Dompok itu beliau mahu Umno menyatakan pendirian dalam perkara itu.

"Apa sikap Umno terhadap Bernard Dompok? Saya nasihatkan pemimpin Umno mesti bercakap secara fakta (soal perdana menteri bukan Islam)," katanya.

Mengenai laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi? Sabtu lalu, Mahfuz berkata Umno-Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup memainkan isu perkauman dan agama.

Selain itu, kata beliau, Umno menggunakan Utusan Malaysia untuk memburukkan DAP, namun ia menyebabkan rakyat terutamanya orang Cina lebih memihak kepada Pakatan Rakyat berbanding BN.

"Saya ucap terima kasih kepada Umno kerana tolong DAP, Umno bekerja untuk DAP.

"Umno gunakan Utusan Malaysia untuk memperkukuhkan politik DAP dan secara tidak langsung memperkecilkan MCA dan Umno telah berjaya mengurangkan kuasa MCA," katanya.

PKR dakwa Umno konspirasi jadikan rakyat asing jadi pengundi

Posted: 09 May 2011 11:45 PM PDT

PETALING JAYA, 10 Mei — PKR hari ini mendedahkan satu dokumen yang mendakwa Umno berkonspirasi menukar status pemastautin tetap rakyat asing bagi membolehkan mereka memperoleh kerakyatan bertaraf penuh, yang jumlahnya melibatkan 2,000, bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan ketua PKR Selangor Zuraida Kamaruddin memberitahu sidang media hari ini bahawa satu permohonan bertarikh 23 Mac 2011 telah dihantar ke pejabat Datuk Seri Hishammuddin Hussein, untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri itu bagi mengubah sttaus 2,000 pekerja asing yang kini memiliki status pemastautin tetap.

"Ia diserahkan kepada satu agensi pekerja asing bagi tujuan pemprosesan permohonan itu," kata beliau.

Salinan permohonan itu, menurut Zuraida, yang diberikan kepada beliau oleh seorang kakitangan awam Jumaat lalu, diedarkan kepada wakil media pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Permohonan itu, yang bertajuk "Pilihan Raya Umum ke-13 - Memerlukan Permohonan Mendapatkan Taraf Kerakyatan Bagi Kawasan Parlimen Hulu Selangor", menggunakan kepala surat Umno Hulu Selangor Umno dan ditandatangani oleh ketuanya Datuk Idris Abu Bakar.

Dokumen itu mendedahkan bahawa parti tersebut telah mengenal pasti dan mengesahkan senarai bakal pengundi dengan status pemastautin tetap yang boleh membantu BN di Hulu Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

"Bersama ialah senarai nama mereka yang boleh menjadi pengundi di Hulu Selangor dan kami telah mengadakan tapisan ketat ke atas setiap individu bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang tuduhan jenayah atau dadah atau mengikuti kumpulan bahaya atau ajaran sesat.

"Mereka terdiri daripada pelajar dan usahawan, dan mereka boleh membantu negara menjadi lebih maju, dan tambahan pula boleh membantu BN menang di setiap pilihan raya terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

"Dengan ini, diharapkan Datuk Seri boleh memberikan kelulusan awam agar kami dapat meneruskan permohonan dengan lancar," kata surat itu.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, surat itu satu bukti jelas BN sedia menggunakan "apa sahaja senjata" yang ada untuk merampas balik Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Isu Agama: Utusan malaysia Menjerut Leher Umno Sampai Mampus!

Posted: 09 May 2011 11:15 PM PDT

Pakar: Malaysia tiada agama rasmi, Islam cuma agama persekutuan

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah "agama rasmi" negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama "rasmi" dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahaya", yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

"Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

"Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa "agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan" dan menekankan bahawa perkataan "rasmi" tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

"Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.

Beliau menambah, "setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan."

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

"Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan," kata peguam itu.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.

Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

"Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

"(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

"Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan," katanya.

Mat Sabu Tibai Maha Firaun

Posted: 09 May 2011 10:52 PM PDT

Umno pimpin hingga kiamat jika PAS ikut gesaan Mahathir

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Sambil mempertahankan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata, Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak kerana tidak putus-putus menggesa parti Islam itu keluar daripada perikatan tersebut.

Tegas Mohamad, sekiranya PAS bertindak keluar Pakatan Rakyat, secara automatik BN akan terus memerintah negara "sehingga hari kiamat."

"Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia (BN) tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN.

"Sebab itu BN tiada jalan lain, jadi terpaksa mencari apa sahaja jalan bagi memastikan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini kerana BN bimbang kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat... tambahan yang boleh kalahkan Umno adalah PAS," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang mesra dengan panggilan "Mat Sabu", BN kini bergantung kepada kekuatan Umno selepas parti komponen lain dilihat seperti "hidup segan, mati tak mahu."

"BN sudah hilang tongkat, MCA dan Gerakan seperti hidup segan, mati tak mahu... tongkat BN hanya pada Umno.

"Kalau Umno rebah, rebahlah BN dan kawasan Melayu yang Umno wakili akan jadi milik Pakatan Rakyat... sebab itu saya katakan kalau PAS keluar Pakatan Rakyat sama ada secara bersendiri atau bersama BN selamatlah Umno sebab dapat nafas baru," kata Mohamad sambil menggesa ahli parti Islam itu tidak terpedaya dengan pandangan dari "nakhoda kapal yang sedang tenggelam" - merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Dr Mahathir yang mengatakan PAS perlu bertindak di luar Pakatan Rakyat kerana gabungan tiga parti perikatan itu adalah palsu dan merugikan orang Melayu.

Dr Mahathir berkata, PAS tidak semestinya menyertai BN tetapi jika PAS mahu bertanding menentang Umno, biarlah parti tersebut berada di luar Pakatan Rakyat.

"Jika PAS mahu kembali kepada BN seperti era 70-an lalu, saya percaya BN akan menerimanya.

"Mahu lawan Umno, mahu pecah undi Melayu, lawanlah, kita tiada masalah. Tetapi kalau boleh PAS jangan bekerjasama dengan PKR dan DAP," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut menegur PAS kerana perjuangan mereka sekarang dilihat amat jauh menyimpang daripada perjuangan asal yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam dengan undang-undang syariahnya sekali.

Katanya, PAS dahulu tidak boleh melihat dan mendengar perkataan DAP tetapi kini parti tersebutlah yang paling hadapan sekali mempertahankan DAP dalam banyak isu.

"Apa sudah jadi dengan pemikiran orang Melayu Islam PAS? Semuanya sudah tunggang-langgang sekarang," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Najib mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Mahathir tidak perlu untuk terlibat dalam politik negara, sebaliknya dinasihatkan agar menggunakan segala pengalaman yang ada untuk menangani isu-isu sensitif yang berlaku.

"Sebagai bekas perdana menteri, beliau (Dr Mahathir) perlu bertindak sebagai penasihat yang baik kepada rakyat dan kerajaan terutamanya dalam isu kaum dan agama serta isu-isu sensitif, saya pasti dengan pengalaman yang beliau ada, beliau tahu dan faham masalah yang dialami negara.

"Beliau patut bertindak ke arah perpaduan rakyat bukan menyemarakkan lagi api perkauman dan dari sudut PAS kita lihat PAS dengan gabungan dalam Pakatan Rakyat mula diterima rakyat, malah rakyat sudah mula menolak parti yang bersifat perkauman," katanya.

Selain itu, menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan yang meminta parti Islam itu keluar Pakatan Rakyat.

"Pada pandangan saya parti komponen BN masih lagi berfikiran lama dengan sikap double standard antara kaum, sebagai contoh bila pemimpin Umno bercakap dengan prang Melayu mereka minta tolak PAS sebab PAS berkawan dengan DAP tapi bila bersama masyarakat Cina mereka takutkan dengan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

"Jadi PAS tidak akan melayan gesaan itu," katanya.

Seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir itu adalah untuk menyelamatkan Umno-BN dan bukan untuk selamatkan negara.

"Pertama sekali ia adalah pandangan peribadi dan beliau boleh kata apa sahaja yang beliau nak katakan, bagi PAS apa yang penting bukan apa yang beliau katakan tapi adalah untuk melakukan perubahan dalam negara.

"Itu yang lebih penting daripada mahu mengajak PAS keluar Pakatan Rakyat, saya terkejut bila Dr Mahathir kata seperti itu... orang seperti beliau yang mempunyai pengalaman harus menasihatkan parti politik melakukan perubahan bukan ajak PAS keluar Pakatan Rakyat, itu memalukan diri sendiri sahaja," katanya

Justeru kata Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

"Apa yang lebih penting bukan soal PAS baik dengan DAP atau PKR tapi apa yang kita lakukan adalah seruan supaya rakyat melakukan perubahan untuk menggantikan Umno-BN.

"Kenyataan Dr Mahathir itu lebih melihat untuk selamatkan Umno-BN bukan nak selamatkan negara, malulah sikit," katanya.

Felda gagal, peneroka tanggung hutang cecah RM150,000-Anak

Posted: 09 May 2011 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Akibat kegagalan Felda mengurus tadbir dengan baik, sekitar 80,000 peneroka seluruh negara menanggung bebanan hutang sehingga mencecah RM150,000 setiap peneroka, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Menurutnya, antara sebab bebanan hutang terpaksa ditanggung peneroka berikutan kelambatan proses tanam semula yang gagal diselenggara dengan baik oleh Felda.

"Penyelenggaraan oleh Felda gagal diuruskan dan tidak berjalan dengan sempurna kerana di sesetengah tempat proses penanaman semula tergendala sehingga dua tahun.

"Peneroka yang terlibat dengan kerja tanam semula akan menanggung hutang dipanggil pinjaman sara hidup yang akan diberikan oleh Felda setiap bulan sehingga tanam semula membuahkan hasil, kalau tanaman kelapa sawit akan memakan masa lebih kurang tiga tahun.

"Felda akan berikan pakej antara RM1000 hingga RM1500 setiap bulan yang boleh dipilih oleh peneroka. Ada yang ambil RM1000, RM1200 dan maksimum RM1500.

"Jika tanam semula lambat, mereka akan ditanggung dengan hutang yang bertambah besar," katanya ketika sidang media menyerahkan memorandum aduan di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di sini hari ini.

Kata beliau, bebanan hutang yang semakin menimbun terhadap peneroka ditambah pula dengan kadar faedah sehingga mencetuskan kebimbangan kerana rata-rata peneroka tersebut yang sudah berumur.

"Setiap hutang dikenakan terhadap peneroka mempunyai kadar faedah yang tinggi iaitu 6.25% setiap tahun yang tidak pernah berubah.

"Saya difahamkan kenyataan Tun Ghaffar Baba pada 1984 menjelaskan bahawa kadar faedah yang dikenakan itu kerana Felda mempunyai hutang dengan bank dunia. Tetapi hutang sudah selesai pada 1996, namun faedahnya tidak berubah sehingga ke hari ini," kata beliau.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan kekesalannya terhadap 'peraturan baru' Felda di bawah Pengerusi barunya, Tan Sri Isa Samad yang tidak membenarkan sesi soal jawab dan dialog diadakan ketika mengadakan lawatan di tanah-tanah rancangan Felda.

"Daripada dulu lagi Felda mengikat peneroka dengan perjanjian, peneroka boleh persoalkan terhadap Felda, tetapi apa yang dicakap pastinya ditentang dan mengakui hanya Felda sahaja yang betul.

"Paling buruk adalah zaman Isa kerana tidak benarkan sesi dialog peneroka dengan pihak Felda. Dua tiga hari lepas, Isa ada datang melawat beberapa kawasan Felda, tetapi peneroka tidak dibenarkan bertanya atau sesi dialog. Mereka hanya boleh mendengar sahaja, dan ini membuatkan penderitaan peneroka semakin teruk kerana tiada tempat untuk mengadu," ujarnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhamad Sha'ani Abdullah memberi jaminan akan memanjangkan memorandum aduan tersebut kepada Felda supaya bebanan peneroka dapat diselesaikan.

"Segala masalah yang ada aspek hak asasi manusia boleh diadukan kepada Suhakam. Dalam hal ini melibatkan pencarian nafkah dihalang, kelemahan tanaman semula oleh agensi yang bertanggungjawab.

"Pengurusan yang lemah diuruskan oleh Felda, kerja lewat tanam semula bukan salah peneroka tetapi agensi yang menguruskan peneroka. Kami akan adakan lawatan ke Felda dan kawasan tersebut supaya penjawat awam tidak mengambil tindakan sambil lewa tentang tugasan mereka.

"Kami akan panjangkan usul ini supaya dapat menyelesaikan masalah peneroka yang semakin dihimpit hutang," kata beliau.

UMNO mesti diperbetulkan dulu sebelum pilihanraya - Dr Mahathir jemu dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO

Posted: 09 May 2011 06:00 PM PDT

Saya bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang isu agama dan tuntutan-tuntutan yang datang dari semua pihak itu adalah kerana kerajaan Persekutuan yang lemah. Kalau kerajaan Persekutuan kita kuat, tidak akan timbul isu-isu yang tidak munasabah seperti yang kita dengar sekarang. Kerajaan yang lemah merupakan 'breeding ground' yang sangat subur untuk elemen-elemen buruk wujud dan amat mudah bagi mereka yang opportunis untuk mengambil kesempatan memainkan isu-isu yang merbahaya.

Dr Mahathir berkata dia sudah jemu dengan pemimpin UMNO yang hanya mementingkan kekayaan, APs serta memperjuangkan untuk anak-anak dan menantu semata-mata. Selain dari itu pemimpin-pemimpin sekarang hanya mementingkan gelaran dan pangkat. Sebab-sebab ini lah yang mendorong ahli-ahli UMNO sendiri mengundi parti pembangkang di dalam pilihanraya yang lalu. Dalam pilihanraya yang lalu lebih dari 1.5 juta ahli UMNO mengundi parti pembangkang.

Masalahnya ahli-ahli UMNO tidak ada lagi kesetiaan kepada parti mereka semata-mata kerana tidak dapat kehendak hati. Dr Mahathir telah bercakap benar yang ahli-ahi UMNO tidak mempunyai sifat juang yang tinggi dan memilih untuk memberi laluan kepada pembangkang. Saya yakin apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir itu benar kerana pengalaman beliau sendiri.

Dr Mahathir sendiri kalau kita ingat telah meninggalkan partinya semata-mata kerana marahkan Abdullah Badawi dan menyeru pengundi untuk memilih calun dan bukannya memilih parti. Beliau telah keluar parti pada penghujung tahun 2007 sebelum pilihanraya umum 2008. Beliau mempunyai saham besar di dalam menjatuhkan BN di beberapa buah negeri dalam pilihanraya itu.

Tidak ada siapa yang mengkritik beliau dengan kelakuan yang tidak membawa faedah kepada parti itu kerana beliau adalah Dr Mahathir. Kalau Dr Mahathir buat salah ianya tetap benar. Kalau manusia jembel seperti tuan-tuan dan saya mengkritik parti sendiri dengan niat untuk kebaikan parti itu adalah kerja salah dan wajar dimaki dan dihamun.

Pendeknya saya percaya kepada pandangan Dr Mahathir yang boleh menjahanamkan UMNO itu adalah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri. Dalam perbilangan orang-orang tua dahulu ada disebutkan apa yang dikatakan 'mati bawa najat'. Jika benci dengan seseorang dalam parti itu, biarlah parti itu terkubur pun tak mengapa. Dalam berbilangan yang moden sedikit ianya disebut sebagai' kerana nyamuk seekor dua kelambu dibakar'. Dr Mahathir telah membakar kelambu yang besar kerana marah kepada nyamuk: bukan nyamuk aedes atau nyamuk tiruk, tetapi nyamuk yang dinamakan Abdullah Badawi dan menantunya Khairy.

Kadang-kadang saya yakin dengan kata-kata Dr Mahathir yang 'Melayu mudah lupa'. Ini disebabkan pengalaman beliau sendiri yang selalu lupa dengan apa yang beliau katakan dan yang diperlakukannya sendiri. Beliau selalu mengambil keputusan kerana masalah peribadi dengan seseorang. He did immoral politics for moral reasons.

Tetapi tidak mengapa, sekarang beliau serius nampaknya untuk melihat UMNO kembali berjaya. Tidak seperti dalam pilihanraya yang lalu. Pilihanraya lalu keadaannya berlainan kerana Abdullah Badawi yang dibencinya masih ada. Tetapi dalam pilihanraya sekarang Abdullah sudah tiada dan Dr Mahathir minta kita pilih parti. Dalam pilihanraya yang berikutnya nanti, kita belum lagi tahu samada beliau meminta kita mengundi calun atau parti.

Hendak marah-marah dengan beliau pun tak boleh kerana beliau adalah Dr Mahathir. Mengkritik dasar beliau itu adalah satu dosa besar. Cukup-cukuplah kita membuat dosa kerana mengkritik Dr Mahathir ini. Kalau kita kritik juga alamat kita akan dimaki dan di hamun oleh 'foot soldiers' fanatik beliau yang masih ada saki bakinya. Penyokong-penyokong beliau garang-garang. 'Tak selamat hidup jika kita menegur pemimpin mereka ini'

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/05/umno-mesti-diperbetulkan-dulu-dr.html

Minyak naik: BN wujud Tabung dana khas hadapi PRU – Azan

Posted: 09 May 2011 05:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendakwa satu tabung khas akan diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai dana bagi parti tersebut menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Tidak mungkin kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak tanpa mempunyai maksud atau tujuan lain. Penstrukturan harga minyak ini adalah perlu bagi menampung jangkaan perbelanjaan besar mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kenaikan harga minyak ini sebenarnya tidak memberikan faedah langsung kepada peniaga, tetapi keuntungan tersebut 'disedut' oleh 'orang tengah' dan disalurkan ke dalam dana tabung tersebut. 'Orang tengah' itu adalah di kalangan pemerintah itu sendiri," katanya.

Seperti yang dilakukan kerajaan sebelum ini, Azan menjelaskan 'trend' memberi amaran kepada peniaga yang menaikkan harga barangan akan dibuat bagi mencipta persepsi bahawa kerajaan telah melakukan penguatkuasaan undang-undang.

"Inilah kesan berantai yang akan berlaku akibat kenaikan terbaru petrol jenis RON 97. Saya yakin, dalam tahun ini juga minyak jenis RON 95 akan turut dinaikkan.

Menyentuh mengenai kenaikan harga gula yang dinaikkan sebanyak 20 sen yang berkuatkuasa hari ini, Azan berkata ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan keperluan lain.

"Kenaikan harga gula yang merupakan kandungan penting dalam makanan orang Malaysia memberi gambaran bahawa, akan belakunya musim kenaikan pelbagai barangan keperluan harian secara besar-besaran.

"Tetapi kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kepada harga akhir daripada rantaian kesan kenaikan disebabkan hanya gula yang menjadi barangan kawalan, tetapi tidak kepada produk akhir.

"Begitu juga dengan kenaikan kos bahan api, maka kos tambahan atas perkhidmatan seperti kenderaan awam itu sendiri akan turut meningkat. Sudah tentu ia membebankan golongan peniaga, peruncit dan pengguna," katanya.

Dalam pada itu, Azan menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia semakin meningkat, seiring dengan kenaikan harga keperluan asas.

"Sekiranya kita ada duit RM 1000 nilainya tidak akan sama lagi seperti sebelum ini, apatah lagi dengan ketiadaan kenaikan gaj mahu pun gaji minimum.

"Tambahan pula, kita masih belum lagi berhadapan dengan kekurangan stok, permintaan tinggi semasa perayaan, barangan yang disorok dan sebagainya.

"Kawalan atau pun janji penguatkuasaan kerajaan umpama 'menanam tebu di bibir'.

"Keadaan ini adalah satu permulaan kepada kitaran lengkap kenaikan dan beban kos kehidupan yang kita akan hadapi tidak berapa lagi." ujarnya.

Emel 1Malaysia tak jamin keselamatan, maklumat peribadi

Posted: 09 May 2011 04:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia digesa supaya tidak mengguna atau melanggan khidmat Emel 1Malaysia kerana ia tidak menjamin keselamatan dan maklumat peribadi diceroboh pihak berkuasa.

Sebuah blog menyatakan, rakyat Malaysia perlu menolak perkhidmatan emel berkenaan meski ia diberi secara percuma oleh kerajaan.

"Ia tidak menjamin keselamatan dan hak keperibadian anda. Rakyat mempunyai ruang untuk memilih penggunaan email percuma seperti Yahoo, Hotmail dan Gmail. Kenapa diri anda perlu menanggung risiko yang tinggi akibat penggunaan email 1Malaysia?," soal penulis blog tersebut, Pian Kia Liao.

Beliau memberi sebab bahawa kemungkinan maklumat menerusi emel yang dihantar akan mudah diakses Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Sekiranya anda menggunakan Emel 1Malaysia, anda telah masuk perangkap pihak berkuasa di mana kebebasan bersuara melalui email mudah disekat. Pihak berkuasa mudah mengesan anda," tulisnya.

Katanya lagi, emel 1Malaysia juga berkemungkinan membawa virus atau perinsian pengintip (spyware) yang mudah diserang dan mengawal komputer sewaktu pengguna melayari internet.

Pihak Umno-BN katanya, akan mudah menyebarkan alamat emel kepada blogger upahan Umno yang melakukan serangan kepada pembangkang.

"Sekiranya menggunakan email 1Malaysia, mesej dan attachment boleh/akan dijadikan bahan bukti di mahkamah. Segala maklumat peribadi tidak diberi jaminanan, mungkin akan tersebar keluar tanpa disedari oleh anda sendiri.

"Inilah peluang untuk pihak kerajaan memboroskan wang rakyat dimana Tricubes Berhad dijadikan wakil untuk menyuapkan wang cukai rakyat. Kerajaan tidak patut memboroskan wang sebanyak RM50 juta. Lebih baik wang sebanyak ini disumbang untuk menolong kaum miskin.

"Menggunakan email 1Malaysia diumpamakan sebagai masuk mulut harimau, menunggu masa untuk ditelan. Bahaya dan risikonya amat tinggi sekirannya anda adalah blogger yang menentang Umno-BN Jangan melanggan Emel 1Malaysia demi keselamatan dan ketenangan diri anda," tulisnya.

Projek emel 1Malaysia itu sebelum diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ia dilaksanaka sebuah syarikat IT bermasalah dari sudut operasi kewangan iaitu Tricubes Bhd, sebuah syarikat yang dikategori sebagai syarikat GN3 di Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, berkata, projek itu akan tetap dilancarkan Julai ini, dengan mensasarkan 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun. Agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihan

Tiada ulasan: