Khamis, 5 Mei 2011

Ajijoi

Ajijoi


TAHNIAH KEPADA CAWANGAN DAN KAWASAN PAS DI PERAK YANG TELAH BERMESYUARAT AGUNG : PESURUHJAYA PAS PERAK

Posted: 04 May 2011 09:05 PM PDT

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh cawangan dan kawasan PAS Perak yang telah mengadakan mesyuarat agung diperingkat kawasan dan cawangan masing-masing. 

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh cawangan dan kawasan PAS di negeri Perak kerana telah berjaya melunaskan tanggungjawab berdasarkan perlembagaan PAS untuk diadakan mesyuarat agung diperingkat cawangan dan kawasan masing-masing.

Beliau juga menyatakan, tujuan utama mesyuarat agung PAS diperingkat cawangan dan kawasan bukan semata-mata untuk menunaikan amanah yang telah ditetapkan dalam perlembagaan PAS, tetapi ia lebih dari itu kerana pentingnya sesebuah Parti Islam ini untuk menyusun dan memperkemaskan pengurusan organisasinya. 

Memetik ucapan beliau, " kita sebagai individu dan kumpualan yang berjuang di atas landasan Islam perlu memahami kehendak Allah"

 "Sesungguhnya Allah SWT amat mengasihi orang-orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah- olah mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (As-Saff: Ayat 4)

 Beliau juga turut menyatakan, sesungguhnya ruh dan tuntutan sebenar yang disyariatkan oleh Islam di dalam ayat tersebut di mana Allah SWT mewajibkan Islam ditegakkan secara berencana dan berjamaah dalam satu pengurusan yang tersusun rapi laksana sebuah bangunan kukuh.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga turut menyatakan bahawa, mesuarat agung cawangan dan kawasan adalah medan muhasabah yang paling baik untuk memberi teguran dan pandangan yang membina kepada parti. Pemimpin yang berada di atas pentas tidak boleh  terasa hati dan emosi dengan kritikan yang bakal dikeluarkan oleh perwakilan. Mereka mesti menerima teguran dan pandangan dengan dada yang terbuka, pemimpin terkadang tidak nampak kelemahannya.

Sebagai pejuang Islam, kita perlu menerima teguran dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka. Membetulkan segala kelemahan dan kekurangan jika perkara itu benar. Kita tidak mahu segala kritikan tadi tidak memberi apa-apa erti kepada rentak kepimpinan kita. Kita yakin pandangan perwakilan adalah ikhlas dan sayang kepada pimpinan dan jamaah.

Beliau juga menyatakan, perwakilan juga mesti bersedia untuk menerima teguran dan arahan daripada pemimpin. Mereka juga mesti bersedia mendapat penjelasan dan teguran yang membina. Mungkin apa yang dipandang oleh pemimpin adalah perkara yang agak terlindung kepada perwakilan dan ahli. Maka jangan pula kita tidak bersedia untuk menerima arahan yang diberi oleh pemimpin. 

Memetik ucapan beliau:

" Dasar PAS ialah Islam, dengan fikrah perjuangan inilah ia memberi kesan kepada gerak kerja parti. Hanya orang yang yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS akan terus mara bersama dengan PAS. Mereka yang tidak yakin akan tergelincir dan tertinggal dalam perjuangan. Mereka yang yakin tidak akan berdolak dalik dalam perjuangan. Bagi mereka yang tidak yakin mereka akan mencari seribu alasan untuk tidak mahu bersama dengan perjuangan PAS"

" Perbetulkan niat , rebut ganjaran Allah bagi merintis kemenangan, itulah ungkapan yang kian menjadi zikir dari kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai usaha dan kerja buat untuk mencapai kemenangan dan nyata kemenangan yang diidam adalah suatu yang amat mustahil jika ruhiyah kita tidak diisi dengan Keimanan yang tinggi , ini kerana disana yang amat pasti adalah segala macam kepayahan , Ibtila' dan tribulasi sedang menanti dihadapan.Maka Tarbiyah menjadi asset penting kepada prinsip perjuangan agar kehidupan kita dapat dipandu dengan Keimanan bukan dengan kerakusan syahwat , pijar mengejar kekayaan dan kuasa duniawi semata mata".

" PAS akan sentiasa komitmen dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa Umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia dan Perak khususnya, perjuangan melalui landasan dimensi baru seperti Pakatan Rakyat adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia".

" Saya mengingatkan  mengingatkan agar seluruh cawangan dan kawasan PAS di Perak, berusaha untuk menambahkan ahli-ahli PAS di cawangan dan kawasan masing-masing, selain itu kawasan juga perlu menambahkan jumlah cawangan PAS dan ianya dipastikan aktif, daftar pengundi-pengundi baru juga perlu dipertingkatkan untuk memastikan kemengan milik kita untuk PRU 13 ini, perkukuhkan dana akaun parti bagi melancarkan gerak kerja parti"

ustazabubakar.wordpress.com

Sent from my iPhone

Muktamar Pemuda PAS Perak kali ke 28 berlangsung dengan jayanya

Posted: 04 May 2011 09:01 PM PDT

Muktamar Tahunan kali ke 28 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad bertempat di Dewan Tuan Guru Haji Samad Noh Markaz PAS Negeri, Air Kuning Bukit Gantang.

Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu tema PAS dan lagu Al Amal. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al Quran. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Dr Raja  Ahmad Iskandar Al Hiss, Pengarah Panitia Muktamar Tahunan DPPNK ke 28 kemudian diikuti dengan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, AFadhil Ustaz Zawawi Abu Hassan dengan tema " Pemuda Nadi Rakyat" majlis diteruskan dengan ucapan wakil perhubungan PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri,seterusnya wakil dari  dewan pemuda pas pusat, sdr Ahmad sabki yusof , seterusnya majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak berlangsung dengan begitu baik dan jayanya, seluruh pemerhati perwakilan dan piminan dapat telah memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan muktamar ini.

Pemilihan Jawatankuasa DPPNK yang baru juga telah berjalan dengan baik, seluruh perwakilan telah menunaikan amanah mereka untuk memilih kepimpinan pemuda PAS negeri bagi sesi 2011-2013.

Berikut adalah senarai Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bagi Sesi 2011-2013.

Pengerusi Tetap : Ustaz Mohd Nuri Endut
Tim. Pengerusi Tetap : Sdr Khalilul Rahman Abd Samad

Ketua Pemuda : Ustaz  Zawawi Hassan
Timbalan Ketua Pemuda : Dr  Raja Ahmad Iskandar

Naib Ketua Pemuda :  Ustaz Khairi Jamaluddin

Ahli Jawatankuasa
1. Ustaz Mohd Hafez Sabri
2. Ustaz Abdul Fattah
3. Ustaz Akmal Kamaruddin
4. Ustaz Nazri Din
5. Ustaz Fakhrulrazi
6. Sdr Mohd Hakim
7. Ustaz Ismi
8. Ustaz Azmin
9. Sdr Aidil Abd Aziz
10.Sdr Firdaus

Pemeriksa Kira-Kira
1. Sdr Nik Nor Azman
2. Sdr Azhar Rifa'ie

 Selain itu, 4 anugerah jasamu dikenang juga telah diberikan kepada 4 orang bekas exco yang telah bersara dari pentas pemuda, mereka ialah, Ustaz Nuri Endut, Sdr Ridwan Rasyid, Sdr Aminuddin dan Sdr Nik Nor Azman.

Selain itu angerah keseluruhan bagi pemuda kawasan terbaik telah dimenangi oleh Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah PASTI dan pengurusan Blog terbaik juga dimenangi Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah system UKJ terbaik dimenangi pemuda PAS kawasan Kampar dan anugerah jabatan amal terbaik telah dimenangi Pemuda PAS kawasan Gerik.

Diharapkan seluruh Pemuda PAS Perak, mengekalkan momentum Tarbiyah, Dakwah dan siasah bagi berhadapan apa jua cabaran dan rintangan untuk menggapai kemenagan buat perjuangan Islam di Perak ini.

Sent from my iPhone

Tiada ulasan: