:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
Gabungan Pas Dan Umno - Fauwaz [anak Ustaz Fadzil Noor] Posted: 19 May 2011 07:49 AM PDT Ini satu artikle dari Anak Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Aku mengenali beliau dari jauh sahaja, tetapi mengenali abangnya dengan agak rapat juga. Aku pernah bersalaman dengan Fauwaz walau tidak pernah bersembang dan berbual dengan beliau. Kami bersua muka semasa pergi ke Iskandariyyah, Mesir untuk mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ulama sufi yang mahir dalam ilmu hadis, iaitu Syaikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani. Dalam pertemuan dengan Syaikh itu, Fauwaz kelihatan bercakap dan bertanya tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan Sufi. Beliau ada tulis satu artikle yang agak mengejutkan juga. Ini kerana, beliau amat jarang berbicara tentang politik, tetapi artikle ini beliau amat berkaitan rapat dengan politik. artiklenya boleh diklik di sini, tetapi di sini dipaparkan artikle beliau seperti berikut; Kita mendengar perbincangan gabungan Pas dan Umno diruangan akhbar hasil cadangan yang bernas daripada presiden Pas Dato Seri Abdul Hadi Awang. Satu cadangan yang amat bernas dari seorang ulama yang memahami keadaan semasa yang menuntut beliau menyuarakan cadangan. Gabungan kuasa di antara Pas dan Umno satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak samada ulamak atau bukan ulama khususnya majlis fatwa Malaysia perlu jaga tampil ke hadapan untuk membincangan isu survival umat Islam dan Melayu. Apa yang disuarakan oleh Presiden Pas tidak bercanggah dengan maqasid syarak yang datang untuk membawa maslahah atau hampir kepada maslahah dn membuang kerosakan atau mengurangkan kerosakan. Perpaduan Pas dan umno adalah merupakan satu tuntutan syarak dan reality di mana mereka mempunyai kekuatan sendiri didalam membantu kekuatan umat Islam. Para pimpinan politik harus berfikiran panjang didalam menentukan hala tuju politik Malaysia kerana dengan satu tindakan silap di dalam merancang masa depan politik Malaysia ia akan merugikan masa depan umat Islam dan bangsa-bangsa yang lain. Kita tidaklah berhajat buat masa ini untuk membubarkan Pas dan Umno untuk membina satu parti yang satu,itu satu perkara yang susah tetapi satu mimpi yang indah. Kita hanya berhajat kepada membina persefahaman yang baik di antara kita untuk membina masyarakat madani yang berkualiti dan tidak berpecah. Apabila gabungan kuasa ini berlaku,tidak semestinya kita menuntut perlaksanaa jenayah hudud dilaksanakan dengan segera. Bagi saya kita perlu dulu memberi kebebasan kepada rakyat dahulu dan membebaskan kezaliman ,membasmi kemeskinan dikalangan umat Islam,bagi mereka bekerja,menghapuskan pelacuran yang merosakan bangsa,kita perlu mennyusun strategi dan rangka bagi jangka masa panjang untuk membentuk Islam yang syumul di dalam negara kita. Bagi saya yakin,di kalangan orang umno pun ada yang inginkan Islam cara sempurna,mungkin ada di sana sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka masih dengan agenda umno mereka. Bagi saya,bagi menyelesaikan konflik politik Malaysia,kita perlu melupakan kisah-kisah yang lama demi untuk survival Islam dan umat Islam. Pemimpin-pemimpin parti politik perlu mengubah cara berpolitik daripada kita ,menganggap lawan itu adalah musuh kepada lawan yang boleh dijadikan sabahat. Kita perlu membina negara yang kuat dan maju,dan perkara ini tidak boleh berlaku melainkan dengan perpaduan yang kukuh dan persefahaman yang tinggi. Tiba masanya kita menyahut saranan Presiden Pas kita untuk membincangan isu perpaduan nasional demi untuk menyelamatkan negara kita pada masa depan. Kesilapan kita di dalam membuat pencatuan ini akan dimarahi oleh anak cucu kita. Sebelum berlaku kehancuran politik dinegara kita,marilah kita berusaha untuk memperbaikinya. Tidak ada rugi di sana apabila menuju kearah ini. Cuma yang kita minta daripada umno,mereka perlu telus di dalam usaha ini,kita yakin keikhlasan Presiden Pas dan kita mengharapkan juga keiklhlasan daripada umno. Marilah kita membangunkan negara kita bersama-sama. Fauwaz Fadzil Noor. |
WAN NASUHA WAN HASAN ITU X-SU AGONG PKR YANG JAHAT? Posted: 19 May 2011 02:54 AM PDT Dekat-dekat PRU ni, banyak perkara kena berhati-hati. UMNO dan BN akan buat sebarang tindakan untuk memastikan mereka boleh pertahankan kuasa. Sama ada secara baik, mahupun secara jahat. Tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar Ibrahim merupakan strategi yang dianggap ampuh. Ia strategi warisan dari Tun Dr Mahathir dalam dunia politik beliau. Perkembangan beberapa pimpinan dan ahli PKR yang kononnya hampa dengan Anwar Ibrahim digunakan sepenuhnya oleh UMNO dan BN. Bermula mereka keluar PKR, sehingga mula menyerang ketika berada di luar PKR. menyerang individu Anwar Ibrahim menjadi rutin mereka, tidak ketinggalan Isteri Anwar, iaitu Wan Azizah. Baru-baru ini, tersebar satu surat terbuka tulisan dari seorang penulis yang bernama Wan Nasuha wan Hassan. Tulisan yang mengandungi bahasa dan pendedahan yang kelihatan positif, tetapi maksud yang tersirat cukup negatif. Ramai yang tidak tahu siapa penulis tersebut. Sebenarnya tulisan itu tersembunyi seribu satu strategi halus untuk memecah belahkan kebersamaan antara PKR dan PAS. Yang paling penting untuk diambil perhatian adalah dikhabarkan bahawa penulis Wan Nasuha Wan Hasan itu adalah Dato Salehuddin Hashim, iaitu bekas Setiausaha Agong PKR yang keluar PKR kerana tak dapat jadi CEO dalam salah satu GLC Negeri Selangor. Berhati-hati dengan nama itu... baca sama: Pembaca Harakahdaily.net mahu Azizah sumpah laknat [Utusan] |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan