Khamis, 19 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRU13 tanpa Anwar di barisan depan?

Posted: 19 May 2011 07:35 AM PDT

Ahmad Lutfi Othman


Tidak sukar untuk meneka apa nasib yang bakal menimpa Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu dikehendaki oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu untuk membela diri. Masa depan beliau dijangka lebih kelam jika kita meneliti hujah-hujah Hakim Zabidin Mohamad Diah.

Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam, Hakim Zabidin berkata, selain terdapat kes prima facie ke atas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan -- yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya -- telah disifatkan beliau sebagai "saksi yang benar dan berwibawa".

Proses pembelaan yang bakal berlangsung dari 6 hingga 30 Jun nanti mungkin mendedahkan pelbagai "keanehan dan kepelikan", namun ramai beranggapan "hukuman sudahpun ditentukan". Apa sahaja kes berkaitan Anwar "tidak berupaya" diputuskan semata-mata oleh mahkamah; pasti ada tangan-tangan ghaib di atas "singgahsana" yang mesti dirujuk terlebih dahulu.

Begitu juga dengan episod video seks terbaru; sekiranya membabitkan Anwar ia bukan lagi berkaitan hal personal Dato' T atau siapa saja, ia semestinya mendapat restu pemimpin no. 1.

Ya, siapa berani memberikan jaminan jika Dr Mahathir Mohamad -- bukannya Abdullah Ahmad Badawi -- masih menjadi Perdana Menteri pada 2004, bersediakah Mahkamah Persekutuan mengugurkan sabitan kesalahan liwatnya? Saya pasti, jika Abdullah bukan PM waktu itu, Anwar terpaksa menghabiskan keseluruhan sisa-sisa hukuman penjaranya.
Sejak pilihan raya umum 1999, Anwar merupakan aktor paling penting dan begitu menonjol, yang mendominasi hampir semua isu-isu politik sepanjang 12 tahun lalu. Dalam PRU12, Anwar berpeluang menjelajah ke seluruh negara berkempen dan bersama-sama menyusun strategi buat parti-parti pembangkang, juga membangkitkan isu-isu yang menarik perhatian rakyat.

Disebabkan Anwar masih dihalang bertanding sebagai calon pilihan raya ketika itu, Mac 2008, beliau lebih bebas dan selesa untuk membantu calon-calon lain. Hasilnya, satu kejutan dan tsunami politik terakam dalam sejarah moden tanahair.

PRU13 memang cukup kritikal buat BN dan juga Pakatan. Siri pilihan raya kecil sepanjang 2008-2011 menunjukkan trend mengundi tidak banyak berubah. Momentum 2008 masih bertenaga. Ditambah pula dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak. Sekurang-kurangnya satu mesej jelas daripada Bumi Kenyalang: Amarah pengundi Cina kepada BN langsung tidak berjaya untuk dilunakkan, malah mereka seperti bersedia untuk "menghukum" dengan lebih keras lagi.

"Saya percaya, mana-mana parti yang melakukan lebih banyak kesilapan, atau mudah terleka dan alpa, akan menerima padah dalam PRU13," kata seorang penganalisis politik bagi menggambarkan bagaimana keadaan agak sukar untuk diramal. Masing-masing, BN dan Pakatan, mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri.

Persiapan pula harus melengkapi pelbagai sektor dan penjuru, termasuk menjangka (dan lebih penting, mengenal pasti langkah menyerang balas) "taktik kotor" BN yang mungkin tidak terduga. BN ternyata disokong segala kemudahan, peluang dan sumber untuk memanipulasi proses PRU13. Pendedahan senarai daftar pemilih yang meragukan di Selangor adalah cebisan kecil daripadanya.

Mahathir memang selamanya menggeruni kehebatan Anwar, sejak bekas Presiden ABIM itu belum melibatkan diri dalam politik lagi. Justeru, Anwar "diperangkap" jerat Mahathir sejak 1982 lagi. Bagi sesetengah orang, Abdullah mungkin agak naif membaca kekuatan Anwar, tetapi saya lebih suka melihat Abdullah lebih jujur bermain politik. Masih ada batas dan sempadan yang dijaganya.

Berbeda dengan Najib Razak. Rekod jahatnya "merampas kuasa" di Perak sudah memadai. Malah, segala "kelicikan dan kehodohan" di Selangor sekarang berpunca daripada Najib selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Pengalaman Umno menawan Terengganu pada 2004 daripada PAS, juga melalui senarai daftar pemilih, akan dikongsi Selangor.

Kini, tarikh PRU13 banyak bergantung dengan kes Anwar. Sasaran rebutan pengaruh pula tertumpu di kalangan pengundi Melayu (dan juga masyarakat India yang mungkin mengalami peralihan undi). Apakah keputusan kes liwat II ini mampu menarik sokongan orang Melayu kepada Umno-BN, atau isu videa seks menyebabkan sekurang-kurangnya mereka keliru dan curiga dengan Anwar dan Pakatan Rakyat (khususnya PAS)?

Kes video seks rasanya lebih dijadikan modal politik daripada membawanya ke mahkamah. Bagi Umno, jika dapat dikekalkan status-quo sokongan Melayu pun sudah memadai. Peningkatan taraf pendidikan dan tahap ekonomi, kematangan berpolitik, dominasi kuasa siber dan berkembangnya kelas menengah di kalangan orang Melayu menjadi ancaman kepada survival Umno. Justeru, kemaraan itu mesti disekat.

Pakatan dikira terlalu bergantung kepada Anwar. Seolah-olah tanpa Anwar, ia akan bercempera, hilang fokus dan tumpul bisanya, selain memungkinkan perpecahan dalaman, terutama di antara PAS dan DAP. Dengan memastikan Anwar kembali merengkok di penjara dan memadamkan imiginasi rakyat terhadap kemunculan "Perdana Menteri alternatif", strategis Umno percaya misi mereka bertambah mudah.

Bagi saya, Pakatan mesti buktikan itu semua hanya angan-angan Umno. Kesepaduan Pakatan, apatah lagi persefahaman di antara dua parti yang teguh memegang prinsip -- PAS dan DAP -- tidak akan goyah walaupun tanpa Anwar di barisan depan. Isu-isu dan jaminan dalam Buku Jingga sudah cukup untuk menggambarkan keseriusan Pakatan menawarkan jalan keluar ke atas seribu satu masalah yang melanda negara.

Saya masih ingat, ketika menemubual Tengku Razaleigh Hamzah ekoran isu royalti petroleum Kelantan pada 18 Februari 2010, beliau membayangkan simpati rakyat, khususnya orang Melayu kepada Pakatan akan meningkat jika Anwar bakal dipenjarakan sekali lagi.

Mungkin tiada lagi demonstrasi jalanan besar-besaran seperti era reformasi 1998-99 dahulu. Tidak perlu bimbang; pengundi semakin bijak menyalurkan luahan hati mereka semasa pilihan raya. Lagi pun, sumber terhad yang ada perlu digembleng secara bersepadu untuk aktiviti politik lebih berkesan. Yang penting, usah melatah dirasuk emosi. Jangan menari mengikut gendang yang dipalu Umno.

Orang Asal ditaja ’demo’ di Gua Musang

Posted: 19 May 2011 04:17 AM PDT

Salmah Mat Husain


GUA MUSANG: Pagi semalam kelihatan dua bas disewa khas bagi membawa penduduk Orang Asal dari Kuala Betis, Jias dan Lambok berhimpun di hadapan Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang.

Selain itu beberapa orang lagi datang dengan motosikal. Jumlah keseluruhannya sekitar 100 orang yang ditaja pihak tertentu kononnya bagi membantah Ladang Rakyat.

Apakah benar isu Ladang Rakyat yang dibantah mereka, sedangkan di kawasan terbabit belum ada projek perladangan milik Ladang Rakyat dijalankan.

Penghulu Orang Asal di Gua Musang, Anjung Alang berkata, penduduk Orang Asal diangkut khas datang dari beberapa penempatan untuk berhimpun di sini semalam.

Katanya, setiap mereka diberi duit antara RM5 hingga RM10 sebagai sagu hati kerana datang ke perhimpunan tersebut.

"Isu sebenar bukan berkaitan Ladang Rakyat sebaliknya bantahan terhadap perobohan rumah ibadat yang dibina di tanah rezab kerajaan beberapa tahun lalu.

"Pihak tertentu membawa penduduk Orang Asal dari beberapa penempatan untuk berhimpun di sini dan bukan berkaitan isu Ladang Rakyat seperti dilaporkan media," katanya di sini.

Difahamkan isu perobohan sebuah rumah ibadat tersebut dibawa ke mahkamah oleh pihak tertentu dan sudah diselesaikan kerajaan negeri.

Beberapa media hari ini melaporkan seramai 500 penduduk Orang Asal dari 40 kampung di pedalaman berhimpun di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang menyerah memorandum menuntut supaya menghentikan pengambilan balik tanah adat mereka.

Penyelia Parlimen Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin berkata, memorandum yang diserah penduduk Orang Asal kepada kerajaan negeri pada Febuari lalu bukan berkaitan isu Ladang Rakyat.

"Isu sebenar mereka mahu kerajaan negeri mengiktiraf tanah adat untuk masyarakat Orang Asal dan tidak timbul projek perladangan di bawah Ladang Rakyat.

"Lagi pun isu syarikat yang memajukan projek Ladang Rakyat di Pos Balar sudah diselesaikan apabila tiga penduduk Orang Asal yang memiliki enam batang pokok getah disodok syarikat telah dibayar pampasan.

"Setiap seorang mendapat sebanyak RM1,200. Jadi isu tersebut tidak berbangkit lagi," katanya.

Malah kata beliau dakwaan Adun Galas, Abdul Aziz Yusof kononnya kerajaan negeri merampas tanah milik Orang Asal tidak berasas sama sekali.

Sementara itu di Kota Bharu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sehingga kini telah memberi kelulusan sebanyak 78 lot kepada penduduk Orang Asal di Gua Musang.

"Selain itu kerajaan negeri sedang berusaha mewartakan melalui Seksyen 62 Kanun Tanah Negara di empat kawasan di Gua Musang.

"Ini termasuk seluas 428 ekar di Pos Jedip, di mana susun atur dan pelannya sudah siap cuma kita hanya menunggu pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia mengukur," katanya di pejabatnya hari ini.

Selain itu, katanya sebanyak 600 ekar lagi di Pos Blau, Kuala Betis, 3,500 ekar termasuk di Tanah Tinggi Lojing akan direzabkan untuk masyarakat terbabit.

Oleh itu beliau menasihat Orang Asal tidak mudah diperalatkan pihak tertentu bagi memburukkan kerajaan negeri.

Pada April lalu Suhakam mengakui kerajaan Kelantan prihatin terhadap masyarakat Orang Asal di mana usaha sedang dilakukan bagi mewartakan kawasan penempatan mereka.

Anwar dakwa Umno dalangi usaha haramkan PKR

Posted: 19 May 2011 04:13 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang bertubi-tubi, dan akhbar Suara Keadilan ditarik permit penerbitan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini terus diberi tekanan dengan resiko pengharaman parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, Anwar menyifatkan tindakan ini sebagai langkah terdesak untuk mendera rakyat negara ini.

"Ini kerja pimpinan Umno yang terdesak dan terus mendera rakyat," katanya ringkas dalam siri temubual dalam "Question time' anjuran Yahoo Malaysia.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail pula berkata, notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13 ini bermakna pihak Pendaftar Pertubuhan telah "berpuashati' dengan dakwaan yang dilemparkan.

"Namun dakwaan karut ini jelas mengelirukan kerana Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud di dalam perlembagaan KEADILAN. Walaupun ianya kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Dalam notis yang dihantar, mereka memberi alasan tindakan untuk mengharamkan parti itu disebabkan PKR telah melanggar beberapa fasa perlembagaan parti itu termasuk fasal 32.2.1.

Ianya juga dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung parti itu akhir tahun lalu dan kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.

Sehubungan itu PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun ini memberi penjelasan.

Menurut Saifudin, PKR telah menerima notis bertarikh 9 Mei 2011 ditandatangani oleh Datuk Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.

Notis telah dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung.

Notis menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun 2011 melainkan parti menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan.

Dakwaan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis adalah seperti berikut:

"Telah sengaja melanggar Fasal 32.2.1 ( sic ) Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal (sic) a/l Andaikallam pada 1/4/2009 ( sic ) dan 27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoalsiasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin"

Bagi Saifudin, pihak Pendaftar Pertubuhan turut melakukan kesalahan kerana rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan sebenarnya adalah Jayagopal a/l Andaikallam (No KP 520929-02-5709) dan bukannya Rajagopal a/l Andaikallam.

Tarikh pemecatan beliau dari parti adalah pada 27 April 2009 dan diputuskan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh tersebut.

"Kami terkejut dengan dakwaan pihak Pendaftar Pertubuhan kerana bagaimana individu ini boleh dipecat sebanyak dua kali," katanya.

Bagi beliau, dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil.

Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti, tegas beliau.

Tindakan tidak wajar - PAS

Sementara itu, AZIZ MUDA melaporkan, ROS tidak sepatutnya mengambil tindakan ke atas PKR dengan kemungkinan membatalkan pendaftarannya seperti yang diperkatakan sekarang, memandangkan PRU Ke-13 kini sudah semakin hampir.

Jika tindakan itu dilakukan, Kerajaan ternyata sengaja mengambil kesempatan berbuat demikian terhadap pembangkang hanya disebabkan perkara kecil, bagi membolehkan BN mendapat kemenangan mudah dalam pilihanraya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pembatalan pendaftaran PKR ketika pilihanraya semakin hampir merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dinilai dengan adil oleh pihak ROS.

"PRU Ke-13 seperti yang diketahui sememanngnya sudah semakin hampir. Oleh itu, pihak kerajaan jangan sekali-kali mengambil kesempatan untuk menghadapi pilihanraya dengan mengharamkan PKR pula," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

PKR: Tiada fasal, RoS tindak dengan niat jahat

Posted: 19 May 2011 04:11 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

PETALING JAYA — Pendaftar Pertubuhan (RoS) mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu, ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pilihan raya umum tergempat disebut-sebut akan diadakan Julai ini.

Surat dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman bertarikh 9 Mei menyebut PKR telah melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR dengan memecat A. Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa disiasat dan didengar oleh lembaga disiplin.

Malah dalam suratnya, Abdul Rahman berkata, di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pertubuhan, RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun ini melainkan ia memberikan alasan memuaskan.

Pada sidang media di sini tengah hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Fasal 32 tiada subseksyen dan ia juga bukan berkaitan dengan prosedur disiplin.

"Ia hanya mengatakan bahawa sekiranya ada sebarang pertikaian dalam interpretasi perlembagaan atau perkara-perkara berkaitan kongres nasional, intepretasi majlis pimpinan pusat akan diambil kira sebagai muktamad," kata Saifuddin.

PAS yakin pertahan Kedah, kata Hadi

Posted: 19 May 2011 04:06 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

BUKIT KAYU HITAM — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin parti itu akan terus menguasai Kedah pada pilihan raya umum akan datang kerana ia telah mentadbir negeri itu dengan cemerlang sejak pilihan raya umum lalu.

Hadi berkata, walaupun tidak sampai satu penggal memerintah, banyak perkara dilaksanakan oleh kepimpinan PAS di Kedah untuk rakyat seperti menurunkan kadar kemiskinan dan membayar hutang kerajaan pusat.

"Insya-Allah kita akan dapat mempertahankan Kedah dan harap tidak menjadi macam Terengganu pada 2004," katanya merujuk kepada pemerintahan PAS hanya untuk satu penggal di Terengganu sebelum Barisan Nasional memenangi semula negeri itu.

Dipetik Bernama Online, Hadi berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan PAS Kedah bahawa ia telah menunaikan 80 peratus daripada janji dalam manifesto parti itu pada pilihan raya umum yang lepas.

Beliau berkata kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 adalah kerana Suruhanjaya Pilihan Raya memindahkan pengundi secara besar-besaran.

Hadi juga mendakwa SPR melakukan pemindahan pengundi secara besar-besaran di Kedah dan Selangor untuk memenangkan BN di kedua-dua negeri itu menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata muktamar PAS ke-57 pada 3 hingga 5 Jun ini akan menyentuh persiapan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Pemilihan pada muktamar kali ini akan dapat memperkemas dan membersihkan parti dan menguatkan jentera pilihan raya," katanya beliau dalam laporan itu.

Saya tahu siapa lelaki dalam video seks, kata Anwar

Posted: 19 May 2011 04:03 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin mengenalisi pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.

"Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha," katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.

Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa "Datuk T".

Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun kelihatan mempertahankan diri dan kebanyakan soalan yang ditanya dijawab dengn penafian sambil menuduh ia komplot Barisan Nasional (BN).

Apabila ditanya sama ada beliau bersalah, Anwar bagaimanapun kelihatan marah terhadap seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video itu, hasil analisi pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Pengunjung atas talian Nik Abdul bertanya, "Datuk Seri: Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan AS mengesahkan bahawa individu dalam video seks mirip anda? Adakah anda berpendapat ia juga konspirasi?"

Dalam responsnya, Anwar (gambar) berkata, "contoh tipikal bagaimana orang macam anda boleh terpengaruh dengan media Umno. Pakar mana? Mengapa tidak mereka telus?"

Anwar juga diajukan satu soalan langsung oleh seorang pengunjung yang bertanya sama ada beliau adalah lelaki dalam video itu.

Anwar membalas dengan berkata, beliau dengan keras telah menafikan dan membuat laporan polis mengenainya.

"Pemimpin-pemimpin Umno nampaknya merestui politik pornografi ini. Dan, bagi mereka bercakap mengenai moral adalah hipokrit."

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Kata Khalid, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik."

"Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Dalam ulasan hari ini, Anwar terus tegas dengan pendirian beliau yang telah pun menafikan dakwaan berkaitan dengan video seks dan sekali lagi menegaskan tidak perlu baginya menjelaskan keputusannya tidak menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa "Datuk T" ada dirakamkan dalam video seks.

Seorang pengunjung dengan nama samaran "Dr MiM" bertanya, "DSAI, apakah rasional mengelak daripada menunjukkan jam Omega kepada media dan publik? Secara logik, langkah mudah ini akan mengatasi isu moral anda."

Anwar menjawab, "apa isunya? Pertama, Eskay mendakwa bahawa ia diberikan oleh seorang putera Saudi. Kemudian, ia dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Apa perlunya saya membuat penjelasan?"

Seorang lagi pengunjung yang mengenalkan dirinya Brandon bertanya sama ada Pakatan Rakyat akan berpecah jika Anwar masuk penjara kerana kes liwat memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan beliau agar membela diri.

Anwar menolak tanggapan sedemikian dengan berkata "tiada sebab" beliau harus dipenjarakan.

"Tiada sebab bagi saya dipenjarakan berdasarkan fakta dan undang-undang. Buat sekarang (yang diperlukan), reformasi!" jawab beliau.

Beliau menekankan tuduhan-tuduhan ke atasnya diperangkap dan adalah akibat konspirasi pemimpin-pemimpin Umno yang mahu mengalih perhatian daripada isu-isu urus tadbir, rasuah dan salah guna kuasa.

"Kita patut mengatasinya," janji Anwar.

Video seks: PDRM tak faham mengapa asyik desak dedah pelaku

Posted: 19 May 2011 04:00 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

PEKAN — Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis berpegang kepada peruntukan undang-undang dan peraturan serta tidak akan terpengaruh dengan mana-mana pihak.

Dipetik Bernama Online, Khalid (gambar) berkata, tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi polis mendedahkan perkara itu.

"Banyak kali saya dah beritahu mengenai perkara ini," katanya.

"Saya pun tak faham kenapa orang ini tak faham-faham bahawa tidak ada peruntukan undang-undang yang membolehkan kita membuat pendedahan.

"Jadi kalau undang-undang tak benarkan, tak bolehlah," katanya ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak supaya polis segera mendedahkan identiti pelaku itu.

Semalam, beliau menegaskan tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Kata Khalid, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik."

"Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Desakan seumpama itu terus dibuat menggesa polis mendedahkan identiti si pelaku.

PKR hadapi risiko diharam, sidang media tengah hari

Posted: 18 May 2011 10:10 PM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.

"Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya," kata sumber.

Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

"Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti," katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.

Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.

Dalam pada itu, satu lagi sumber berkata, RoS mengeluarkan surat amaran itu pada 9 Mei lalu dengan merujuk kepada satu kes pemecatan membabitkan bekas ahlinya yang bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah awal 2009.

Difahamkan RoS bertindak atas aduan berkaitan dengan pemecatan A. Rajagopal di mana PKR didakwa telah melanggar Fasal 32.2.1 perlembagaannya.

Aduan itu mendakwa Rajagopal dipecat tanpa siasatan yang sewajarnya.

Penganalisis dan pemerharti melihat tindakan ini sesuatu mengejutkan kerana diambil ketika desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu diperintah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Selain itu beliau juga kini berhadapan dengan pendedahan rakaman video seks yang dibawa "Datuk T" Mac lalu.

Bagaimanapun Anwar telah menafikan dengan keras dakwaan menerusi pendedahan itu.

Kemaruk Pertahan Kuasa Bukan Amalan Kesederhanaan

Posted: 18 May 2011 09:59 PM PDT

TVS NEWS



SHAH ALAM : Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya umat manusia di seluruh dunia mengamalkan kesederhanaan dilihat bertentangan dengan
situasi yang berlaku di negara ini.

Sebaliknya amalan dan corak pentadbiran orang nombor satu negara itu sekaligus tidak mencerminkan seperti yang dilaung-laungkannya kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ini kerana kata Khalid, pendekatan politik yang digunakan Najib dalam mengekalkan kekuasaan dilihat berada di tahap obses apabila parti pembangkang dengan tonggak utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diserang hebat, manakala jentera milik kerajaan terus dikawal ketat.

"Apa yang diperkatakan oleh Najib tentang mengamalkan kesederhanaan, tidak ada extremism dan sebagainya semua orang setuju (tentang itu).

"Tapi masalahnya apa yang berlaku di Malaysia jauh berbeza dengan apa yang dia kata termasuklah usaha extermism mereka untuk mempertahankan jawatan politik mereka,"kata Khalid.

Selain itu ujar beliau, situasi jelas yang boleh dilihat ketika ini adalah pemerintahan kuku besi yang diamalkan kerajaan apabila institusi kehakiman terus diperalatkan manakala harga barang terus dinaikkan secara kerap.

Malah tegas beliau, isu-isu sensitif seperti dakwaan Kristian mahu menjadikan agama tersebut sebagai agama rasmi negara seperti yang dibangkitkan oleh akhbar kawalan pemerintah gagal diselesaikan sehingga ke hari ini.
"Dia (Najib) ingat apa yang dilakukan macam perkara main-main (isu jihad Kristian dan ancaman perang salib oleh Perkasa) untuk menakutkan rakyat tapi apa yang dilakukan akan merosakkan suasana dan keharmonian dalam negara,"katanya lagi.

Awal minggu ini negara digemparkan dengan laungan jihad dan ancaman perang salib oleh presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim

Ali jika orang Kristian didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

Kenyataan Ibrahim itu dilihat sebagai kesinambungan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk "Kristian Agama Rasmi?".

Mengulas laporan Utusan itu, Najib dan beberapa menteri dilihat seolah-olah memperakui laporan Utusan tersebut.

Bagaimanapun Najib dalam ceramahnya di Sheldonian Theatre, Universiti Oxford semalam berlainan pula nadanya apabila menggesa masyarakat dunia untuk mengamalkan kesederhanaan sebagai cara terbaik untuk bertindak dan untuk maju ke hadapan.

Ia sekaligus dilihat bertentangan dengan corak pentadbiran beliau sebelum ini.

Video Seks Fitnah Diedar Dalam Kawalan Ketat Polis

Posted: 18 May 2011 09:57 PM PDT

TVS NEWS



BANDAR BARU SELAYANG : Bagaimana video seks fitnah dan risalah lucah boleh diedarkan dalam keadaan kawalan polis yang ketat ?
Itu persoalan yang dilontarkan Pakatan Rakyat Selayang apabila lebih 6000 keping video seks dan risalah lucah diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semasa majlis solat hajat anjuran Pakatan Rakyat berlangsung di Stadium Selayang Ahad lalu.

"Program ini dikawal oleh pihak keselamatan, polis yang menjaga sejak dari petang hingga ke malam. Tapi macamana pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyeludup masuk dan mengedarkan video itu dalam keadaan kawalan polis yang ketat ?," soal Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib.

Majlis solat hajat yang dikepalai Imam Besar Syiria, Sheikh Dr Wahbah Suhaily pada mulanya berjalan lancar, namun dicemari dengan insiden mengedar video tersebut kira- kira jam 8 malam.
"Dalam masa yang sama kita melahirkan rasa cukup kecewa dan terkejut sangat dan kita tak menjangkakan sebenarnya Umno dan Barisan Nasional boleh bertindak sejahat ini iaitu mereka telah mengedarkan ribuan video-video lucah yang mereka dakwa dan fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim beserta dengan gambar-gambar," katanya kepada Tv Selangor di sini semalam," katanya.

Solat hajat tersebut diadakan untuk menolak fitnah berterusan yang dilemparkan UMNO BN ke atas Pakatan Rakyat.

Umno yang mulakan fitnah dan disokong oleh menteri-menteri, perdana menteri dan sebagainya seluruh kepimpinan Umno menyokong.

Video seks fitnah yang didalangi oleh 'Datuk T' yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim kini tersebar secara meluas di Youtube.

Tidak cukup dengan itu, video ini dicetak dalam bentuk VCD dan diposkan kepada pemimpin politik tertentu serta diedarkan di kawasan perumahan termasuk di masjid.
"Bila mana berlaku insiden ini penyebaran ini dan ingin mensabotajkan program kita ini bagi kami tidak lain dan tidak bukan secara adalah jelas tersuluh lagi nyatalah bahawa yang buat ini adalah orang yang bersama-sama Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Selayang meminta agar polis segera menyiasat perkara itu dan mengekang gejala tidak sihat daripada menular dikalangan generasi muda yang menonton video itu.
"Laporan polis demi laporan poils telah dibuat jadi kita minta supaya pihak polis respons terhadap benda ini," katanya.

Kenapa Pengundi Hulu Selangor Meningkat Drastik?

Posted: 18 May 2011 09:52 PM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak



PETALING JAYA: Peningkatan secara drastik jumlah pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor dipercayai berkait rapat dengan sindiket memberikan kewarganegaraan kepada warga asing, seperti yang didedahkan Parti Keadilan Rakyat 10 Mei lalu.

Hasil percaturan licik itu, semalam UMNO Hulu Selangor mengumumkan jumlah pengundi dikawasan parlimen itu meningkat secara drastik iaitu, lebih 15 ribu orang, menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar.

Sehubungan itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) didesak agar segera menyiasat dakwaan itu dan melumpuhkan segala aktiviti 'menjual' kedaulatan negara itu.

"Memetik Sinar Harian semalam, dia (UMNO Hulu Selangor) kata jumlah pengundi di Hulu Selangor meningkat lebih 15 ribu hasil usaha UMNO Selangor daftarkan mereka," kata Khalid kepada media ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

11 Mei lalu Khalid bertindak membuat laporan polis berikutan bimbang dengan tindakan terdesak UMNO BN yang berikrar mahu merampas kembali Selangor dengan apa jua cara tanpa menyedari tindakan itu akan menggadaikan kedaulatan negara.

Modus operadi memberikan hak kerakyatan itu dilihat mirip kepada projek kad pengenalan di Sabah sewaktu dipimpin oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1990.

"Projek kad pengenalan tidak begitu diketahui di Semenanjung tetapi merupakan isu panas di Sabah. Sehingga kini kerajaan BN tidak mahu menangani isu itu dengan serius.

Kita tahu mengapa, kerana Projek kad pengenalan adalah projek UMNO Sabah merubah demografi negeri tersebut bagi memastikan UMNO terus berkuasa," tegas Khalid.

Sementara itu, bekas calon DUN Likas, Dr. Chong Eng Leong mengesahkan kegiatan memberi hak kerakyatan kepada warga asing berlaku secara berleluasa di Sabah.

Eng Leong yag juga penulis buku 'Lest We Forget', adalah individu yang bertanggungjawab membawa petisyen daftar pemilih yang dicemari warga asing ke mahkamah sehingga memaksa pilihan raya kecil DUN Likas diadakan semula pada tahun 1999.

Baru- baru ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendedahkan Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Idris Jaafar menghantar surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien memohon agar diberi status warganegara kepada kira- kira 2000 warga asing bagi mengundi BN pada pilihan raya umum ke- 13 akan datang.

Pendedahan itu dinafikan Idris dan mengugut untuk mengenakan tindakan mahkamah kepada PKR.

"Dia nak saman saya terpulang, Saya lapor Polis supaya perkara ini disiasat," kata Khalid.

UMNO Hulu Selangor turut mendakwa surat tersebut adalah palsu malah Hishamuddin serta Timbalannya Datuk Lee Chee Liong berkata, kementeriannya tidak akan memberi kelulusan ke atas permohonan kerakyatan penuh kepada warga asing jikapun ia dipohon Umno.

Justeru Khalid berkata, Pakatan Rakyat dan pelbagai pihak mendesak agar ditubuhkan Siasatan Diraja bagi menyelesaikan masalah tersebut namun cadangan itu tidak mendapat sebarang reaksi dari kerajaan pemerintah.

"Projek IC adalah cabaran besar PR. Justeri ia salah satu unsur dalam Buku Jingga. Kita menjanjikan rakyat Sabah untuk selesaikan isu tersebut dan kita juga perlu bersiap siaga kemungkinan sindiket tersebut melebarkan sayapnya ke Semenanjung," kata Khalid lagi.

Mesyuarat Khas Penstrukturan Semula Air, Mungkin Positif - Khalid

Posted: 18 May 2011 09:51 PM PDT

Ditulis oleh Hafizan Taib



SHAH ALAM : Kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khas dengan Kerajaan Persekutuan, bulan depan, bagi membincangkan penyelesaian isu penstrukturan semula industri air.

Bagaimanapun, Khalid berkata kerajaan negeri tetap dengan pendiriannya untuk meluluskan pelaksanaan Projek Langat 2 hanya selepas proses penstrukturan semula air diselesaikan terlebih dahulu.
"Projek ini (Langat 2) patut dilaksanakan selepas isu penstrukturan air diselesaikan terlebih dahulu," katanya.

Khalid berkata kerajaan negeri tidak menolak cadangan Projek Langat 2 yang menelan belanja RM8.6 bilion itu, namun ia harus diteliti terlebih dahulu untuk mengekang sebarang bentuk ketirisan.

Beliau turut menzahirkan kekesalaanya apabila Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta dua pemegang konsesi dilihat lebih berminat untuk menakut- nakutkan rakyat kononnya Selangor akan mengalami krisis air pada 2014.

"Amat malang apabila Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta dua pemegang konsesi iaitu Syabas dan Puncak Niaga dilihat lebih berminat menakut-nakutkan rakyat kononnya akan berlaku krisis air pada 2014 untuk mendesak Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan pembangunan bagi projek Langat 2," katanya.

KeTTHA dan SPAN sebelum ini menyatakan margin simpanan air akan merosot ke paras merbahaya dalam masa empat tahun akan datang, adalah berbeza dengan pandangan Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) dan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang pernah membuat penilaian mengenainya.

Taktik menakut- nakutkan rakyat ini dilihat sengaja dilakukan bagi mendesak kerajaan negeri meluluskan Projek Langat 2.

Dalam pada itu, Khalid berkata, pihaknya memberikan kerjasama terbaik dalam urusan pengstrukturan semula industri air dimana melalui tawaran terakhir dimasukkan satu fasal yang membenarkan pemegang konsesi menggunakan Timbang Tara Antarabangsa (International Arbitration) jika tidak bersetuju dengan harga yang ditawar kerajaan negeri.

"Kerajaan Negeri tetap menekankan keutamaan mesti diberikan untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri air supaya kecekapan perkhidmatan bekalan air dapat ditingkatkan, mengekalkan tarif air pada kadar yang munasabah dan dapat meneruskan pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan," katanya dalam sidang media selepas majlis mesyuarat exco di sini hari ini.

Rakyat Derita Harga Barang Makin Naik

Posted: 18 May 2011 09:47 PM PDT

Ditulis oleh Nur Atiqah Samad Abd Samad



SHAH ALAM : Penarikan balik subsidi gula oleh kerajaan pemerintah kononnya mahu menjimatkan tanggungan sebanyak RM 116.6 juta disambut hambar oleh rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

Rakyat dimomokkan dengan alasan yang sama iaitu, harga gula dinegara ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negera serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Bukan itu sahaja rakyat seolah- olah 'dihadiahkan' dengan perkhabaran baru dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa harga bahan bakar termasuk RON95 akan dikaji semula bulan hadapan, yang berkemungkinan akan naik lagi.

Beliau tanpa rasa bersalah berkata, rakyat harus memikirkan 'manfaat' yang bakal diperolehi jika kerajaan pemerintah berjaya mengurangkan bebanan kewangan umpamanya pembinaan sekolah, jalan- jalan kampung, projek perumahan rakyat dan sebagainya.

Persoalannya, siapakah yang akan memikirkan perit jerih rakyat yang dihambat kos hidup yang semakin meningkat dengan kadar gaji masih ditakuk lama ?

Tv Selangor turun padang meninjau pandangan orang awam berhubung perkara ini.

Bagi Ahmad Ridzuan Samsuddin, menyifatkan tindakan kerajaan pemerintah menaikkan harga barangan asas tidak sejajar dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seperti yang dilaung-laungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menambah, rakyat kini semakin terhimpit dengan pelbagai kenaikkan harga barang, lebih-lebih lagi kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan.

"Bagi kami rakyat yang berpendapatan agak sederhana dan pertengahan memang rasa cukup terkilan dengan sikap kerajaan persekutuan dengan slogan seolah-olah menipu rakyat, mendahulukan rakyat tapi realitinya yang berlaku kesan dengan kenaikkan harga minyak akan menyebabkan kami akan hidup dalam keadaan sengsara," kata Ridzuan.

Mengulas isu yang sama, Nazri Alias seorang pekerja swasta menyifatkan rakyat berpendapatan sederhana kini hidup dalam keadaan serba kekurangan memandangkan harga barangan semakin meningkat tetapi gaji masih pada takuk yang lama.

"Pendapatan kita 10 tahun yang dulu sama dengan sekarang tetapi harga barang makin meningkat tinggi, maknanya kita terhimpit, rakyat sekarang ni terhimpit dengan kenaikkan gula, minyak. Itu menyebabkan golongan pekerja yang berpendapatan sederhana susah untuk hidup di kawasan bandar," kata Nazri.

Yohan Raj, seorang Pensyarah IPTS pula berkata, matlamat kerajaan pemerintah tidak jelas dengan slogan yang sering dibangga-banggakan, seolah-olah tidak bertepatan kerana rakyat saban hari asyik mengeluh dengan harga barangan.

"Sebenarnya slogan yang diangkat kerajaan tidak menepati dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang, di mana barang diutamakan dan rakyat diketepikan jadi saya rasa slogan itu tidak ada makna," kata Yohan.

SPR : Tiada Lagi Pilihan Raya Kecil Mulai Esok

Posted: 18 May 2011 09:47 PM PDT

Ditulis oleh Shakira Buang



KUALA LUMPUR : Tiada lagi pilihan raya kecil peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara selepas tarikh 20 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata ia berikutan semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lalu, dengan Pahang adalah negeri yang paling lambat bersidang iaitu pada 20 Mei 2008.

"Ini bermakna semua negeri tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil lagi. Ada laporan yang menyatakan terdapat negeri mengadakan sidang DUN pada Julai 2008 sebelum ini dan ini tidak benar sama sekali," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Aziz berkata sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak perlu diadakan.

Beliau berkata perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata terdapat beberapa negeri yang tarikh persidangan dewannya sama dengan tarikh persidangan Parlimen iaitu pada 28 April lalu iaitu Perlis, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Katanya terdapat juga negeri-negeri yang tarikh persidangannya lebih awal berbanding persidangan Parlimen seperti Melaka dan Johor pada 21 April 2008, Selangor (22 April) dan Perak (25 April).
Tiada kerusi DUN

Manakala Kedah dan Sabah mengadakan sidang DUN pada 5 Mei, Terengganu (7 Mei) dan Pulau Pinang (2 Mei), katanya.

Pilihan raya DUN Sarawak baru sahaja diadakan 16 April lalu, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak mempunyai kerusi DUN.

Sebelum ini Abdul Aziz berkata pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.

Mandat kerajaan Persekutuan akan berakhir pada April 2013.

Abdul Aziz berkata bagaimanapun sekiranya ada keperluan khas, Speaker DUN perlu menulis surat kepada SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil.

Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Parlimen atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau
negeri.

"Jika berlaku keadaan 50-50, mana-mana parti yang bergabung tak boleh wujudkan kerajaan. Speaker Dun boleh menulis kepada SPR menyatakan masalah itu dan SPR boleh panggil pilihan raya untuk selesaikan 'deadlock' (kebuntuan) itu," katanya.

Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, sebanyak 16 PRK telah dijalankan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.

13 wakil meninggal dunia

PRK diadakan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi adalah kerusi Parlimen manakala selebihnya adalah kerusi DUN. Perlis adalah satu-satunya negeri yang tidak terbabit dalam PRK dalam tempoh tiga tahun ini.

Sebanyak 13 wakil rakyat meninggal dunia disebabkan serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru dalam tempoh itu.

Jumlah itu termasuk bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah, apabila penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Manakala tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya meletak jawatan iaitu di kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerusi negeri di Penanti, Pulau Pinang dan Bukit Selambau, Kedah. Ketiga-tiganya adalah wakil rakyat dari PKR.

Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 yang menyaksikan 17 PRK diadakan.


Mat Maslan Perlu Masuk Makmal

Posted: 18 May 2011 09:12 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

KATA Timbalan Ketua Polis Negara Abdul Khalid Abu Bakar jangan desak polis untuk mendedahkan identiti lelaki dalam video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim. Tegas beliau tidak ada keperluan untuk polis berbuat demikian. Penyiasatan hanya terarah kepada pengedaran video bereknaan.

Dalam hal ini katanya, polis sudah siap membuat siasatan dan telah diserahkan kepada peguam negara. Terserah kepada peguam negara sama ada ingin mendakwa atau tidak pengedar video berkenaan.

Polis nampaknya tegas dalam hal ini dan konsisten dengan kenyataanya. Awal-awal lagi Khalid mengatakan identiti lelaki itu tidak perlu didedahkan. Memanglah tugas polis bukan mendedah tetapi menyiasat.

Tetapi yang menjadi persoalan kenapa mereka yang bertanggungjawab dalam penyebaranya belum dikenakan apa-apa tindakan sedang siasatan sudah pun selesai? Kelambatan peguam negara memutuskan status terhap mereka ia boleh menimbulkan kecelaruan kepada orang ramai, bukannya soal apakah watak dalam viudeo berkenaan Anwar ataupun Mahathir?

Khalid membuat penjelasan demikian sebagai menjawab kenyataan presiden parti Kita, Zaid Ibrahim yang mengatakan kredibiliti polis akan dipersoalkan kalau identiti lelaki itu tidak didedahkan. Apakh hak Zaid dalam perkara ini, apakah dia mengharapkan ahli PKR yang menyampah dengan Anwar ekoran pendedahan bahan lucah itu akan menyeberangi menyokong Kita dan dengan itu Zaid akan memiliki peluang untuk jadi PM?

Kenapa Zaid bersungguh dalam soal membabitkan Anwar tetapi diam membisu seribu bahasan terhadap kes yang mendapat perhatian umum seperti kes Teong Beng Hocak, Altatantul dan sebagainya. Kalau pun Zaid nak jadi PM rasanya beliau boleh mencari isu lain dan bukannya isu mengenai Anwar Ibrahim.

Dalam masa sama juga Ketua Penerangan Umno, Mat Maslan mengemukakan beberapa cadangan untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap video berkenaan. Antara cadangan itu ialah beliau minta Anwar saman Eskay dan mengambil pakar luar negara untuk mengesahkan ketulenan video berkenaan.

Saya tidak faham kenapa Mat Maslan bercakap demikian. Bukankah polis sudah mengesahkan akan ketulenan video berkenaan, jadi kenapa harus dikelirukan lagi dengan menyuruh Anwar menggunakan pakar luar negara. Soal Anwar dan penyokongnya tidak mempercayai itu soal dia. Tugas Mat Maslan dalam hal ini ialah memastikan bahawa rakyat khasnya ahli Umno mempercayai video berkenaan. Selain itu beliau juga kena pastikan Felda tidak akan mengalami kerugian berterusan sehingga bankrup?

Bukankah di sini apa yang menjadi maksud Umno dan Mat Maslan dengan pendedahan dan pengedaran video itu ialah supaya rakyat benci Anwar. Begitu juga dengan kes liwat. Umno sudah melakukan segala-galanya untuk tujuan itu dengan penuh profesional. Semua media arus perdana dan blogger upahannya juga sudah mengambil bahagian dan melakukan tugas dan amanah masing-masing dengan baik. Apa dibimbangkan lagi?

Apakah dalam tilikan Mat Maslan rakyat masih buntu dan tidak mahu percaya disebabkan penafian Anwar? Ini bermakna rakyat masih yakin dengan Anwar berbanding dengan polis dan juga Umno dan kata-kata Mat Maslan sendiri. Dalam hal ini apa yang perlu Mat Maslan lakukan ialah berusaha untuk pengaruhi rakyat mempercayainya dan menolak penafian Anwar. Kalau perlu Mat Maslan perlu masuk ke makmal mencari solution mengenai perkara ini.

Tidak perlu untuk Anwar memanggil pakar luar negara. Status video itu sudah pun disahkan. Dengan pendedahan yang berleluasa rakyat sudah dapat menghukumnya. Saya percaya rakyat sudah membuat penghukuman itu berhubung video berkenaan. Mat Maslan jangan cuba merendahkan (underrate) kemampuan rakyat. Rakyat hari ini bukan lagi sama dengan rakyat di tahun 40-an yang sezaman dengan ayah Mat Maslan, para peneroka dan ayah kita semua.

Jadi apabila orang ramai masih konfius, tidak mahu percaya dengan isi video berkenaan, masih tidak tergilakan Umno sedangkan ianya sudah disebar meluas, tentulah ada sebab-sebabnya. Rakyat boileh dipulas telinga tetapi hati mereka tidak boleh dipaksa. Rakyat samalah dengan kuda yang boleh diheret ke tepi sungai tetapi tidak boleh paksa dia minum air.

Pada saya duhai Mat Maslan mudah saja kenapa rakyat tidak mudah mempercayai dengan video berkenaan dan menjadi gila kepada Umno, kerana perbuatan menyebar video bagi tujuan memburukkan Anwar itu melampau sangat. Ia berlebih-lebihan. Sudah menjadi perangai manusia kalau sesuatu dibuat secara melampau meyebabkan bukan saja mereka tidak mahu percaya tetapi membenci dan marah. Inilah yang berlaku.

Umno terlupa untuk belajar dari kesilapan Mahathir sebelum ini. Masa Mahathir jadi PM dulu beliau sudah tabur isu liwat Anwar ke seluruh dunia. Disiarkan dalam semua media massa. Tidak cukup itu Anwar dipenjara. Apa hasilnya, akhirnya Mahathir terpaksa berundur kerana kesilapan itu. Patutnya kejadian itu diambil iktibar dan tidak diulangi lagi. Bila Umno mengulangi ia nampak sangat Umno kekeringan modal dalam perjuangan.

Percayalah memenjarakan Anwar mengaibkan beliau, hatta membunuh sekalipun ia tidak akan menyelesaikan masalah. Ketakutan yang membelenggu Umno dan pemimpin kini sesuatu yang bersifat halimunan. Sesuatu yang bersifat halimunan tidak boleh dihadapi secara mendada melainkan dengan secara halimunan juga. Mat (Mat Maslan) gua makan magi saja malam ni..!

Sumpah laknat kecoh: Jonah pula dipanggil polis

Posted: 18 May 2011 04:35 PM PDT

Salhan K Ahmad

Dua orang pemimpin AMK, termasuk timbalan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin disiasat polis hari ini berhubung satu insiden kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As akhir bulan lalu.

Timbalan ketua pergerakan pemuda PKR itu dipanggil susulan tindakan sama yang dikenakan ke atas timbalan ketua penerangannya, Rozan Azen Mat Rasip pada 12 Mei lalu.

NONEKhairul Anuar (tengah) yang lebih dikenali dengan nama Jonah, dilihat memasuki balai polis Wangsa Maju pada kira-kira 12.30 tengahari ini bagi siasatan berkenaan.

Beliau ditemani ketua AMK Wilayah Persekutuan, Mohammad Hamdi Mohd Said yang turut disiasat hari ini.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin pula dijangka disoalsiasat minggu depan berhubung insiden di Bandar Baru Sentul itu.

Insiden kekecohan pada 29 April itu berlaku ketika satu upacara sumpah laknat berlangsung.

Sumpah laknat itu dilakukan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah – salah seorang daripada trio 'Datuk T' yang bertanggungjawab ke atas penayangan satu video lucah.

Bercakap kepada pemberita selepas kira-kira sejam disiasat, Khairul Anwar berkata polis telah membuka siasatan ke atas kes berkenaan mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan kerana menggangu upacara keagamaan.

"Apa yang persoalkan, kalau betul siasatan dilakukan bawah Seksyen 296, siapa boleh sahkan upacara sumpah laknat ini satu upacara keagamaan.

"(Angkat sumpah itu) dibuat di masjid, tempat umum yang menjadi tempat sembahyang Jumaat," katanya lagi.

Katanya lagi, beliau juga diberitahu polis bahawa siasatan berkenaan dijalankan dengan adil dan pasukan itu telah memanggil sehingga 30 orang bagi membantu siasatan berkenaan.

"Polis kata mereka tidak ada agenda tertentu untuk kenakan AMK," tambahnya.

Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan

Posted: 18 May 2011 04:32 PM PDT

MALAYSIA KINI


Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

lok yim pheng nutp sec gen 060905Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

education school science class 040405Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

sekolah menengah high school girls uniform"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

the antidote article sarawak native logging school children 280409 01"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.

Borang MiMBAR percuma

Posted: 18 May 2011 04:31 PM PDT

Harakahdaily


SHAH ALAM: Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MiMBAR) dengan tegasnya mengesahkan bahawa semua borang permohonan yang diedarkan kepada oang ramai adalah percuma.

"Kenyataan ini dibuat ekoran terdapatnya aduan daripada orang ramai bahawa borang MiMBAR telah dijual pada harga RM50 sekeping," kata Pengurus Perhubungan Awamnya, Nor'ain Eusoff dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan itu adalah bertentangan sama sekali dengan konsep MiMBAR yang mengamalkan kebajikan kepada peserta

Justeru itu, katanya orang ramai diingatkan jika ini berlaku, mereka dinasihatkan untuk mengambil nama individu yang terlibat dan nombor telefon individu terbabit.

Kemudian, ujarnya hendaklah dilaporkan segera kepada pengurusan MiMBAR dengan menelefon pejabat MiMBAR di talian 03-55101455.

Namun begitu, katanya maklumat tentang individu yang menjual borang permohonan MiMBAR perlu dibuktikan sebelum panggilan atau aduan dibuat kepada pihaknya.

"Perkara ini memang telah dijangkakan kerana pihak MiMBAR percaya ada pihak-pihak yang mungkin mahu program ini gagal," ujarnya.

Namun begitu, jelasnya dalam borang permohonan telahpun dicetak "PERCUMA" secara jelas di atas borang tersebut.

Beliau berkata, jika orang ramai mendapat sebarang maklumat tentang individu yang tidak bertanggungjawab itu, ia haruslah dimaklumkan segera kepada pihak pengurusan MiMBAR dan pihak pengurusan akan mengambil langkah segera yang sewajarnya.

Umno parti talam dua muka

Posted: 18 May 2011 04:29 PM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Umno disifatkan sebagai parti talam dua muka, ekoran tuduhannya yang tidak berasas terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, khususnya membabitkan isu peniaga Melayu di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menyifatkan demikian berkata, bukti Umno bersifat talam dua muka boleh dilihat apabila mereka mengatakan Kerajaan Pulau Pinang membelakangi kaum lain sekiranya diberikan pertolongan kepada orang Melayu.

Namun, menurut beliau, apabila kerajaan negeri menolong kaum lain pula Kerajaan Pulau Pinang akan dikatakan membelangi orang Melayu pula oleh Umno BN.

"Ini jelas menunjukkan Umno BN adalah parti talam dua muka. Apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang serba tak kena pada mereka.

"Pada hal, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memang bertindak adil kepada semua kaum dan tidak pernah membelakangi apatah lagi menzalimi orang Melayu," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Festival George Town 2011, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Umno BN bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus menzalimi peniaga-peniaga Melayu di negeri itu seperti yang disiarkan akhbar Umno, baru-baru ini.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, beliau berkata, dakwaan Umno BN itu dirujuk kepada peniaga-peniaga yang diberikan pilihan untuk berpindah ke tapak perniagaan lain yang lebih strategi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan ia melibatkan semua kaum.

"Jumlah peniaga-peniaga Melayu yang terbabit itu sebenarnya hanya kecil sahaja iaitu sebanyak 20-30 peratus sahaja, manakala selebihnya adalah kaum-kaum lain yang berjumlah 70-80 peratus.

"Jadi dengan itu, di mana bukti yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menzalimi orang Melayu, khususnya peniaga-peniaga Melayu?" tanya beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.

Selain itu, katanya, peniaga-peniaga yang terbabit itu jelas tidak dizalimi. Sebaliknya, mereka diberikan pilihan sama ada mahu berpindah atau tidak.

"Peniaga-peniaga itu sendiri yang memilih untuk tidak berpindah. Jadi bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam hal ini," jelas beliau.

Di samping itu, tegasnya, selain mempunyai tapak perniagaan di kawasan itu, Kerajaan Pulau Pinang juga tahu, peniaga-peniaga itu sendiri juga turut mempunyai tapak-tapak perniagaan di kawasan lain di negeri itu.

"Itulah sebabnya mereka enggan berpindah, tetapi akhirnya dijadikan alasan pula oleh Umno BN untuk menuduh Kerajaaan Pakatan Rakyat dengan tuduhan seperti itu," katanya kesal.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Umno BN agar tidak membuat tuduhan yang tidak berasas kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana setiap dakwaan mereka itu sehingga kini sememangnya tidak mempunyai bukti langsung.

"Malah rakyat Pulau Pinang sendiri cukup faham dengan apa yang berlaku, sehingga setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Umno BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang akhirnya berpusing balik kepada mereka sendiri," tegas beliau.

Undian Myharakah.net online makin popular

Posted: 18 May 2011 04:25 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPURi: Keputusan pengundian tajuk muka depan Harakah bil. 1640, "PUTAR BELIT NAJIB" mencapai keputusan tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 1,089 undian mengatasi undian tajuk muka depan Harakah bil. 1637 "Bubar UMNO Masuk PAS" yang jatuh kepada tempat kedua tertinggi iaitu sebanyak 941 undian.

Keputusan yang bersetuju dengan tajuk tersebut juga meningkat kepada 94.31 peratus (atau 1,027 undian) berbanding dengan 92% (atau 866 daripada 941 undian) bersetuju dengan tajuk berkenaan.

Hanya 54 undian (4.96 peratus) sahaja yang tidak bersetuju dan 8 undian (0.73 peratus) pula tidak pasti.

Undian terhadap tajuk ini telah meningkat lebih 236 peratus berbanding dengan tajuk sebelumnya, "BATU API PERKAUMAN" digunakan sebagai tajuk berita utama yang mendapat sebanyak 460 undian.

Sejak undian dibuka kepada pembaca mulai 27 hingga 29 April selama 3 atau 4 hari bagi setiap tajuk muka depan Harakah, sambutannya semakin menggalakkan.

Untuk melihat keputusan terperinci, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Tinjauan awam ini bermula bagi Harakah bil. 1635 dengan tajuk "UMNO PUJUK DAP" digunakan sebagai tajuk berita utama dengan mendapat 365 undian.

Keputusan terhadap undian, menunjukkan 226 daripada 365 atau 61.92 % pengundi bersetuju.

Manakala jumlah yang bersetuju telah meningkat 20 peratus berbanding Harakah bil. 1635 bagi tajuk muka depan 'Bukan Kaedah Islam – Mubahalah Eskay dibenarkan Menteri dan pengarah Jawi' dalam Harakah bil. 1636, iaitu 81.63 % bersetuju atau 280 daripada 343 undian.

Begitu juga dengan keputusan undian berhubung dengan tajuk muka depan Harakah bil. 1638, wajarkah perkataan Bertarung Secara Anak Jantan – Jangan guna taktik kotor rampas Selangor' juga menunjukkan 81.69 % bersetuju atau 174 daripada 213 undian.

Manakala keputusan yang bersetuju paling rendah setakat ini adalah bagi tajuk "BATU API PERKAUMAN" menjadi tajuk berita utama dalam Harakah bil. 1639, iaitu 77.61 peratus, iaitu 357 daripada 460 undian.

Sekarang ini, undian dilakukan bagi tajuk wajarkah perkataan "NAK TAWAN KELANTAN TAPI JAMBATAN TAK SIAP" digunakan sebagai tajuk berita utama. Pembaca boleh setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Perkasa: Guan Eng ‘samseng pengecut’ nak lawan Ibrahim Ali

Posted: 18 May 2011 04:23 PM PDT


KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menyifatkan Lim Guan Eng "samseng pengecut" apabila mengajak semua komponen Barisan Nasional (BN) bukan Umno menentang ketuanya Datuk Ibrahim Ali.

Tegas Syed Hassan, Perkasa tidak gentar untuk menyahut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Seruan Guan Eng jelas sekali satu budaya seperti samseng pengecut yang mengajak kawan-kawan menentang hanya seorang dan samseng yang pengecut memang begitu, bila berlawan ajak kawan.

"Pengecut macam ini umpama komunis yang bersembunyi di hutan atau bersembunyi di sebalik masyarakat dan menyamar seperti orang biasa atau ahli NGO atau bersama parti-parti politik tertentu," katanya.

Semalam, Lim mengajak semua parti komponen BN untuk menentang Ibrahim selepas kerajaan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang mengatakan kesediaan melancarkan "perang jihad" jika komuniti Kristian meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Beberapa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Jelas Syed Hassan, kenyataan terbuka Lim itu akan menimbulkan kemarahan ahli Perkasa dan orang Melayu yang menyokong perjuangan mempertahankan kedudukan kaum itu.

"Dan, lebih bahanya si pengecut yang bertopeng dengan menganut agama tertentu padahal tiada satu agama pun dia percayai, lihatlah betapa bahayanya kenyataan berani oleh Guan Eng terhadap pemimpin Melayu yang sudah tentu mengundang kemarahan ahli-ahli yang bersama Ibrahim Ali serta orang Melayu yang menyokong perjuangan Perkasa.

"Perlu diingatkan kenyataan Ibrahim Ali untuk berjihad adalah bila mana beliau melihat tanda-tanda penganut agama lain sudah berani mencabar Islam, kenyataan itu adalah satu amaran sekiranya penganut agama lain meneruskan agenda mereka.

"Kalau tidak diteruskan apa perlu Ibrahim Ali meneruskan niat untuk berjihad? Mengapa perlu menyerang lagi dengan kenyataan yang mengajak semua orang menentang Ibrahim Ali seorang?" katanya.

Tegas beliau, kenyataan Lim itu secara terang-terangan dilihat mahu menguji kesabaran pihaknya.

"Kenyataan Guan Eng itu nampaknya mahu memulakan sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan orang Melayu, DAP secara terang-terangan menguji kesabaran kami... kami tidak gentar dan jangan salahkan kami kalau kami sekali lagi mengatakan kami sanggup berjihad jika kedudukan Islam dicabar.

"Jangan menentang Ibrahim Ali dengan cara provokasi dengan mengusik kemuliaan Islam," katanya.

Justeru beliau percaya, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang cuba untuk mencetuskan polemik baru dengan kenyataan itu.

MBM mahu bukukan perjuangan merdeka Tun Razak

Posted: 18 May 2011 04:21 PM PDT


KUALA LUMPUR— Majlis Belia Malaysia (MBM) akan membukukan riwayat perdana menteri kedua Tun Abdul Razak (gambar fail) untuk tatapan rakyat Malaysia dan antarabangsa supaya memahami perjuangannya sebagai Bapa Pembangunan.

Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapie berkata, beliau juga akan menjelajah ke beberapa negara Eropah untuk mengumpul maklumat dan membukukannya untuk menambah koleksi Bapa Pembangunan.

"Kami akan menjelajah ke Eropah untuk mengumpul maklumat yang dirasakan masih tertinggal semasa beliau berjuang mendapatkan kemerdekaan Malaysia," katanya pada sidang media Siri Jelajah "Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan-Suatu Pengkisahan" ke Benua Eropah bersama MBM, hari ini.

Maliki turut berkata, buku ini akan diterbitkan tahun depan dalam dwibahasa.

Katanya, beliau menyasarkan golongan pembaca bukan sahaja terdiri daripada masyarakat tempatan tetapi juga antarabangsa.

Maliki berkata lagi, kos menghasilkan buku ini dijangka menelan dana besar kerana pengisiannya melibatkan jelajah ke benua Eropah.

"Kami akan memohon sumbangan daripada agensi kerajaan membantu membiayai separuh daripada perbelanjaan," katanya.

Selepas pulang dari Eropah, beliau akan mengadakan teater sebagai acara kemuncak menghargai perjuangan Tun Abdul Razak di Royal Albert Hall, London pertengahan tahun depan.

"Teater berkenaan melibatkan sejarah perjuangan Tun Abdul Razak berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan kepada Malaysia," ujarnya.

AMK sedia tembung Perkasa di depan Utusan Jumaat ini

Posted: 18 May 2011 04:15 PM PDT


KUALA LUMPUR — Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak gentar, sebaliknya akan meneruskan rancangan mengadakan himpunan di depan pejabat Utusan Malaysia di sini Jumaat ini meskipun Perkasa juga memutuskan mahu mengadakan perhimpunan balas menyokong akhbar Umno itu.

"Kami tak gentar jika Perkasa mahu datang ke perhimpunan itu kerana mahu membela Utusan," kata timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rozan Azen Mat Asip kepada pemberita di sini hari ini.

Rozan berkata, tujuan himpunan tersebut bukan mengenai kebebasan media, sebaliknya ia berkaitan isu penyalahgunaan media seperti dipraktikkan Utusan Malaysia.

"Kami bukan datang untuk buat huru-hara di sana. Kami datang sebagai simbol protes terhadap Utusan," jelasnya.

Menurut Rozan lagi, ketika himpunan tersebut, AMK akan mengedar 'Suara Keadilan' secara percuma kepada kakitangan Kumpulan Utusan dan mahu menyampaikan surat terbuka kepada Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak.

"Bagaimanapun kami akan mengkaji kesesuaian suasana himpunan kerana kami tidak ingin lakukan huru-hara pada hari tersebut," katanya.

Mengikut laporan Utusan Malaysia hari ini, Perkasa juga akan berhimpun di hadapan ibu pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin di sini bagi mempertahankan syarikat itu, yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo, jika AMK tetap dengan rancangan mengadakan bantahan Jumaat ini.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menganggap tindakan AMK itu biadab dan tidak menghormati kebebasan bersuara.

"Kalau mereka mahu mengganyang Utusan Malaysia, Perkasa berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan akhbar itu," katanya lagi.

Akhbar itu juga membawa laporan menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap penyokong-penyokong pembangkang khususnya AMK yang dilihat gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, 'tukang-tukang' kecoh itu seakan terlalu diberi muka sehingga seringkali berbuat demikian dalam apa jua isu termasuk sewaktu lafaz sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan kes liwat Anwar.

Justeru, AMK hari ini menasihatkan Perkasa terutama Ibrahim agar berhenti dari mencari publisiti murahan dengan memperlihatkan sokongan kepada BN dan Utusan Malaysia.

Rozan berkata, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sepatutnya berasa malu dengan tindakannya yang dilihat menyokong kerajaan BN dan Utusan Malaysia.

"Beliau sebagai seorang Ahli Parlimen Bebas, agak memalukan kerana beliau seperti mewakili Ahli Parlimen BN. Jadi kami harap, ahli politik seperti dia berhentilah dari mencari publisiti murahan," katanya.

Dalam pada itu, Rozan berkata, beliau turut berasa dukacita terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dianggap bertindak menjadi wadah oleh pihak tertentu yang pro-BN.

"Utusan dilihat semakin hari semakin hilang integriti mereka... seperti hari ini mereka dilihat menyerang AMK," katanya.

Tiada ulasan: