Khamis, 19 Mei 2011

Ajijoi

Ajijoi


Husam Musa, satu-satunya nama yang dicalonkan kesemua jawatan

Posted: 19 May 2011 09:12 AM PDT

Satu-satunya nama yang dicalonkan untuk bertanding bagi kesemua jawatan yang dipertandingkan pada Muktamar PAS awal Jun ini ialah Datuk Husam Musa.
Husam dicalonkan bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat. Namun demikian Husam menolak pencalonan Pas Kawasan Bukit Bintang agar bertanding jawatan Presiden.
Husam pantas menolak pencalonan itu dan berikrar menyokong kepimpinan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan pada ketika itu berkata: akan bertanding hanya bagi jawatan AJK PAS Pusat.
Perkembangan itu dilihat seolah-olah Husam cuba meminggirkan diri. Beberapa pemimpin seangkatan beliau melihat pendirian Husam itu juga merugikan parti yang dihimpit cabaran demi cabaran apa-tah lagi pada PRU13 yang semakin hampir.
Semasa PRU12, Husam yang ketika itu Naib Presiden PAS merupakan salah satu instrumen penting yang memainkan dalam mengatur strategi pilihanraya untuk Kelantan dan Nasional. Husam juga telah membuktikan kewibawaannya dalam menjana strategi ekonomi negeri Kelantan, malahan menjadi ikon ekonomi yang baik.
Husam yang berlatarbelakang pendidikan ekonomi Universiti Malaya ternyata telah banyak melalui ujian getir di negeri cik siti wang kembang itu. Hubungan baik beliau dengan pimpinan saf utama PKR dan DAP juga menjadi aset penting kepada PAS. Amatlah rugi bagi PAS untuk menolak dan meminggirkan Husam daripada arus persada utama PAS.
Benar Husam sekurang-kurangnya wajar menerima pencalonan untuk bertanding sekurang-kurangnya bagi jawatan Naib Presiden bagi membolehkan beliau memainkan peranan lebih berkesan dalam persada PAS dan menonjolkan kehebatan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Empat belas orang layak bertanding jawatan Naib Presiden PAS, namun setakat ini hanya mantan Salahuddin Ayob dan Ketua Penerangan Idris Ahmad mengesahkan kesediaan bertanding pada muktamar Pas awal Jun ini.
Dua calon sudahpun menarik diri bagi jawatan itu, iaitu Anggota Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof dan Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulamak).
Dua lagi mantan naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man belum memberikan jawapan. Namun Tuan Ibrahim turut dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden yang setakat ini memperlihatkan mantan Nasharuddin akan dicabar Mohamad Sabu.
Banyak desakan meminta Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Selain nama besar lain yang turut dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (juga layak bertanding timbalan presiden dan juga AJK PAS Pusat dan Menteri Besar Perak Ke-10 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Selain mereka, turut layak bertanding jawatan naib presiden ialah Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (BendahariPAS Pusat).

Siapa pengganti Anwar?

Posted: 18 May 2011 09:22 PM PDT

Anwar umpama tali ikatan 3 parti Pakatan Rakyat. Apabila tali dirungkai dan dibuang jauh, parti-parti mungkin kembali membawa haluan masing-masing. Dasar 'divide and conquer' BN akan lebih terkesan diwaktu itu.

PR perlu susuk tubuh yg boleh menggantikan tempat Anwar. Mungkin tak sama sekurang-kurangnya serupa.

Didalam PAS, belum ada pimpinan yg menampakkan karisma seharum Anwar. Agak sukar utk diketengahkan sebagai peneraju PR.

Bagi saya, hanya seorang pimpinan yg telah diuji dgn pelbagai isu mengenai Pakatan Rakyat dan kepelbagaian kaum yang terdapat didalamnya.

Karisma serta kebolehannya memimpin ketiga-tiga kaum terbesar dinegara ini telah terbukti sewaktu memegang tampuk kuasa disebuah negeri.

Hubungannya dengan parti PKR dan juga DAP memudahkan kearah itu.

Apatah lagi dengan keupayaannya menguasai pelbagai bahasa, amat sesuai untuk diangkat sebagai pengganti Anwar.

Beliau yang saya maksud dan cadangkan adalah tak lain tak bukan, Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin.

Sent from my iPhone

Wikileaks: Najib dan pembunuhan Altantuya

Posted: 18 May 2011 04:36 PM PDT


Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepadaAsia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.

najib pc in parliamnet on altantuya murder case allegations 030708Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.

Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.

Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi,
mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.

abdul razak baginda pc 201108 04Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib - ketua inspektor Azilah Hadri, 30 dan koperal Sirul Azhar Umar, 35, - yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.

Abdul Razak Baginda (kiri) - kawan karib Najib dan kekasih Altantuya -
dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.

Altantuya dilaporkan bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga tersebut, di mana syarikat Razak Baginda memperolehi 114 juta euro (RM534.8 juta) "bayaran komisyen" daripada pembelian itu.

altantuya and son 050309Dilaporkan Altantuya ditawarkan AS$500,000 untuk khidmatnya
sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.

Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda.

Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.

Kabel itu turut menceritakan tentang satu siri pertemuan di mana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berulangkali memberitahu pihak Amerika bahawa Najib dikaitkan dengan amalan rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut serta pembelian jet pejuang Flanker Sukhoi Su-MCM-30 dari Rusia.

Anwar juga menarik perhatian kepada kaitan Najib dengan kes Altantuya.

-malaysiakini

Mengenali Ezam dahulu, Ezam sekarang

Posted: 18 May 2011 04:32 PM PDT

Apabila berkawan dengan kaki fitnah.....
Senator Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Dato' Seri Anwar membuat kenyataan terbarunya di Utusan Malaysia Online menuntut agar mantan bosnya itu bersumpah di dalam isu video seks yang hangat diperkatakan. Sudah dijangka Ezam akan terus menyerang Ketua Umum PKR ini dan tidak pernah Ezam tidor lena sekiranya tidak memburukkan dan mengaibkan tokoh yang pernah dipujanya dulu.

Berkaitan isu sumpah ini tidak lagi menghairankan bagi kita di dalam PKR khususnya kerana ini bukan pertama kali Dato' Seri Anwar dicabar berbuat demikian. Cuma kita merasa kesihan dengan sikap bekas Ketua Pemuda KeADILan (kini AMK) yang dahulunya terkenal dengan seorang yang berprinsip. Di mana prinsip beliau sekarang? Usahkan mahu mempertahankan prinsip dan hukum Islam di dalam isu ini, Ezam ternyata gagal mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini.

Sebelum in, Ezam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan percaya lagi kepada Dato' Seri Anwar walaupun Dato' Seri Anwar bersumpah. Kenyataan beliau boleh dibaca di sini. Jika sudah tidak mahu percaya, mengapa sibuk-sibuk Ezam mendesak agar Dato' Seri Anwar bersumpah? Selain daripada bersumpah, beliau juga mendesak agar Ketua Umum PKR itu melakukan;

  • Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

  • Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

  • Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

  • Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

  • Di antara yang Ezam gariskan itu, saya tidak tahu yang mana satu yang Allah anjurkan kepada kita umat Islam di dalam menangani isu tuduhan zina ini. Khabarnya Ezam orang yang berugama dan kuat pegangan agamanya sehinggakan dikatakan sewaktu ditahan di dalam penjara dulu beliau sering membaca Al-Quran. Peliknya, ke mana ayat Al-Quran yang beliau baca itu dicampakkan? Mengapa Ezam meletakkan dirinya setaraf dengan Datuk Eskay dan gerombolan mereka? Adakah ini yang Allah maksudkan apabila manusia itu khianat, mereka akan dihina dan dijatuhkan darjat mereka di dunia ini lagi. Alhamdulillah, Dato' Seri Anwar tetap komited dengan pengakuannya dan memilih Islam sebagai penyelesaian dan keadilan, bukan sesumpah atau 4 perkara yang Ezam sebutkan di atas.

    Sedarlah wahai Ezam, insaflah kerana dendam kesumat itu tidak akan membawa ke mana-mana walau berapa penggal sekalipun kamu akan dilantik sebagai Senator. Kemuliaan di sisi manusia lebih-lebih lagi di sisi Allah SWT itu yang harus dicari. Berfikirlah sejenak, mengapa di dunia lagi kita dihina oleh masyarakat walaupun kita berada bersama golongan penguasa.

    Memang benar, Ezam pernah berjuang dan masuk penjara kerana melawan rasuah suatu ketika dahulu. Beliau masuk penjara kerana mendedahkan fail rahsia (Akta OSA) kes rasuah melibatkan Rafidah Aziz dan waktu itu beliau dilihat berani dan disanjung. Namun akhirnya, Ezam sendiri terjun ke dalam Umno dan berada `sekapal' dengan Rafidah Aziz . Rafidah Aziz tidak didakwa dan Ezam pula sudah tidak menyebut hal itu lagi. Kini, Ezam menjadikan Dato' Seri Anwar sebagai `bahan' untuk beliau `mencari makan' di dalam Umno. Itulah penghinaan namanya.

    Mudah-mudahan Ezam akan pulih semula dari ingatannya. Nasib malang menimpa Ezam menjadi pengajaran kepada kita di dalam PKR agar tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup memakan daging kawan atau bekas ketua kita sendiri.


    Tahniah atas kejayaan Himpunan Pas Ganti Umno peringkat Zon Utara Perak - PJ Pas Perak

    Posted: 18 May 2011 04:32 PM PDT

    IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Abu Bakar Hussain mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh jawatankuasa program yang terlibat atas kejayaan program himpunan PAS ganti UMNO peringkat negeri Perak yang dianjurkan pada 14 dan 15 Mei baru-baru ini.


    Menurut beliau, komitmen yang telah diberikan oleh seluruh ahli jawatankuasa program serta sokongan dari seluruh ahli PAS Perak dapat menguatkan lagi istiqamah dan semangat PAS Perak untuk menyusun strategi bagi merealisasikan agenda PAS ganti UMNO selepas PRU 13 nanti


    Beliau juga menyatakan, dengan kejayaan program PAS ganti UMNO ini,jelas menggambarkan PAS Perak sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 pada bila-bila masa dari sekarang.


    Memetik ucapan beliau " PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kita serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti ".


    "PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut"


    Justeru beliau mengharapkan agar himpunan rayat PAS ganti UMNO yang akan diadakan di zon selatan ( Cenderung Balai Teluk Intan Perak ) pada 28-29 Mei 2011 akan dapat menarik lebih ramai lagi kehadiran ahli dan rakyat untuk sama-sama berpadu tenaga bagi menjayakan program tersebut.


    ustazabubakar.wordpress.com

    Dewan Ulama' Pas Perak bersedia memimpin ummah - Pesuruhjaya Pas Perak

    Posted: 18 May 2011 03:59 PM PDT


    IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan beliau yakin bahawa Dewan Ulama' PAS Perak bersedia memimpin ummah bagi mendekatkan diri ummah kepada Allah dan terus bersama Pakatan Rakyat membimbing rakyat untuk menumbangkan kezaliman umno di Perak dan Malaysia.

    Beliau menyatakan demikian sempena majlis perasmian muktamar Dewan Ulama' PAS Perak yang berlangsung baru-baru ini, di Pusat Tarbiyyah PAS Perak.


    Menurut beliau, Kepimpinan ulama PAS sudah menjangkau suku abad, satu tempoh yang tidak pendek dan tidak terlalu panjang untuk dinilai semula pencapaiannnya, melihat sejak daripada era kepimpinan ulama, pencapaian besar perjuangan yang diletakkan atas landasan Islam bagi menuju matlamat, keagungan Islam dan memartabatkannya menjadi perjuangan yang memikat hati majoriti umat Islam di negara ini, antara hasilnya, bermula pada 1990, PAS menang di Kelantan, dan sampai kini terus memerintah Kelantan.


    Selain itu beliau juga menyatakan, PAS juga pernah menang di Terengganu untuk satu penggal dan menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen sehingga kini, pada 2008 PAS mendapat sokongan daripada bukan Islam. Kecenderungan ini mula nampak beberapa ketika sebelum pilihan raya lagi apabila kita berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS kepada bukan Islam.


    Keanggotaannya bertambah dengan pesat sekali. Ini bukan retorik sokongan tetapi ia berkaya diterjemahakan oleh bukan Islam dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil selepas itu.Dominasi majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan. Dengan izin Allah jua, hitungan politik yang dulunya kita rasa mustahil, misalnya untuk Pakatan menguasai negeri-negeri seperti Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, kini menjadi realiti.


    Memetik ucapan beliau, " Ulama boleh bergandingan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa bantu-membantu di antara satu sama lain.Kepimpinan ulama hanyalah satu arah tuju yang kita nampak sebagai pengemudi parti".


    "Ulama laksana juruterbang yang mambawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun ia bukan kerja dia seorang tetapi beserta parajurit-parajurit yang lain, kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar".


    "Analogi itu ada di dalam PAS. Begitu juga seperti sejarah peperangan. Ada yang hebat berjuang dan ke depan. Nabi Muhammad mengetuai peperangan tetapi tidak pernah sekali pun membunuh. Begitu juga ada yang diperintahkan Nabi tetapi Nabi sendiri tidak pernah lakukan seperti azan dan qamat, sesuai dengan dirinya yang sentiasa jadi imam".


    "Ada ketika Nabi pernah perintah pasukan tentera Islam berkhemah tetapi ditegur oleh pakar perang bahawa kawasan itu tidak sesuai kerana jauh daripada air, dekat dengan laluan angin dan mengadap pancaran matahari. Nabi bersetuju dan pindah tempat lain. Itu menandakan, dalam perang masing-masing ada kepakarannya. Ada yang hebat menombak, memanah dan ada yang hebat berdakwah.Begitu juga dalam PAS, masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung".


    Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan, perjuangan PAS dan UMNO sangat berbeza. UMNO pentingkan keduniaan, catur politiknya juga dunia dan modal besar serta janji mereka juga adalah dunia seperti pembangunan dan penambahan dari segi material.


    Untuk berdepan dan menyaingi UMNO, PAS bukan sahaja perlukan ulama, tetapi juga tenaga dan buah fikiran berbagai pemikiran dan idea untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini, Tegas beliau.


    Tiada ulasan: