Isnin, 2 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Protes nasi lemak' berlangsung depan Utusan

Posted: 02 May 2011 05:31 AM PDT

Hazlan Zakaria
Baru dipecat daripada Utusan Malaysia, Hata Wahari hari ini mengetuai kira-kira 20 pemberita, penyokong dan anggota Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dalam 'protes nasi lemak' terhadap majikannya di Kuala Lumpur hari ini.

hata wahari nasi lemak protest"Jika kita ke gerai-gerai, kita selalu dengar bahawa Utusan cuma bagus untuk bungkus nasi lemak. Ini menggambarkan betapa buruknya berita yang dilaporkannya.

"Kami anjurkan bantahan ini secara aman, secara simbolik," kata Hata yang dalam sidang media selepas acara itu.

"Jika kita ambil tindakan ekstrim dengan membakar akhbar, mereka ada yang tidak pedulikan. Dengan cara ini, kami haram mereka sedar," tambahnya.

Hata berkata, perjuangan media bukan hanya untuk bebas daripada kawalan kerajaan, tetapi supaya industri dan kewartawanan Malaysia berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara seperti di Amerika Syarikat dan Britain.

hata wahari nasi lemak protestKeriuhan di Jalan Chan Sow Lin di Cheras itu bagaimanapun tidak mendapat gangguang daripada pihak keselmatan Utusan dan polis.

Yang kelihatan cuma anggota cawangan khas tidak jauh daripada tempat itu.

Protes itu bermula pada jam 5 petang dan berakhir kira-kira sejam selepas itu. Ia diadakan bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang turut disambut NUJ.

Secara kebetulan, 2 Mei juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Hata.

BERKAT SOLAT HAJAT - UMNO KINI KERA SUMBANG

Posted: 02 May 2011 05:15 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.

Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman.

Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bn. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai Bn akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan Bn yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.

Di Terengganu semalam, Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.

Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang./

wfauzdin.blogspot.com

Polis tingkat kawalan di lokasi berkepentingan

Posted: 02 May 2011 04:50 AM PDT

BERNAMA


Polis kini meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi penting di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga berikutan laporan kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden.

Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata langkah itu bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada sebarang ancaman keselamatan yang mungkin timbul ekoran laporan tersebut.

"Pihak polis telahpun meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan di kawasan berkepentingan dan sensitif," katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa kerajaan Amerika Syarikat kini meningkatkan kawalan dan langkah berjaga-jaga di kedutaannya di seluruh dunia berikutan kematian Osama.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dilaporkan berkata pada Ahad, bahawa Osama terbunuh dalam satu operasi oleh pihak keselamatan negara itu di Islamabad, Pakistan dan mayatnya kini berada di bawah kawalan mereka.


'Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar'

Posted: 02 May 2011 04:28 AM PDT


Hazlan Zakaria

Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu.

Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.

uthaya sex video pcUthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.

Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.

Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.

Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.

"Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.


Utusan Melayu akhirnya pecat Hata Wahari

Posted: 02 May 2011 04:21 AM PDT

MALAYSIA KINI


Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan syarat perkhidmatan yang ditetapkan.

Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.

NONE"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, Hata dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemecatan dikeluarkan.

Wartawan kanan yang berkhidmat di Utusan sejak 1995 itu juga diminta memulangkan segala harta benda syarikat milik Umno itu dengan segera.

Walaupun dipecat, menurut undang-undang tubuh NUJ, Hata masih kekal merupakan presiden NUJ sehinggalah pemilihan baru yang akan datang.

NONEHata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.

Hata juga sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.

Hata bagaimanapun bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian.

Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rumah Osama temboknya 6m, tiada telefon dan Internet

Posted: 02 May 2011 04:16 AM PDT

Reuters


Pekarangan rumah agam dilaporkan berlaku serangan pasukan AS di pinggir bandar Abbotrabad, Pakistan menyebabkan Osama terbunuh. – Foto Reuters
WASHINGTONi – Pasukan Amerika Syarikat (AS) akhirnya menemui ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden, bukannya di kawasan pergunungan di sempadan Afghanistan-Pakistan, yang disangka ramai selama ini, tetapi di penempatan bernilai berjuta dolar dekat Islamabad bersama isteri mudanya.

Kawasan rumah besar atau agam di Islamabad, Pakistan iaitu lokasi di mana Osama terbunuh mengejutkan pasukan keselamatan AS.

Laporan BBC menyebut pegawai-pegawai AS terkejut dengan struktur rumah dan begitu kompleks, yang terletak di luar ibu negara Pakistan.

Rumah yang terletak di Islamabad itu mempunyai tembok setinggi empat hingga enam meter — lapan kali lebih besar berbanding rumah-rumah lain di kawasan Abbottabad.

Nilai rumah itu dianggarkan mencecah "beberapa juta ringgit", tetapi tiada hubungan atau kemudahan telefon dan Internet.

Pegawai-pegawai AS berkata unit risikan mengesan "utusan yang sangat dipercayai" Obama sejak beberapa tahun lalu.

Identitinya hanya dikesan empat tahun lalu manakala kawasan operasi dua tahun lalu dan pada Ogos 2010, rumahnya di Abbottabad dikesan, sekali gus membawa kepada operasi semalam.

Pasukan AS berjaya ke bangunan tiga tingkat itu selepas lebih empat tahun mengesan perutusan yang paling dipercayai Osama, yang pegawai-pegawai AS berkata berjaya dikenal pasti oleh lelaki-lelaki yang ditangkap selepas serangan 11 September 2001.

"Tahanan juga mengenal pasti lelaki ini sebagai antara beberapa perutusan Al-Qaeda dipercayai oleh Osama. Mereka membayangkan bahawa dia mungkin tinggal dengan atau dilindungi Osama," kata seorang pegawai pentadbiran dalam taklimat kepada pemberita di sini hari ini.

"Kami nampak kawasan di mana dua beradik tinggal, kami terkejut dengan apa yang kami nampak... kawasan unik yang luar biasa," kata pegawai itu.

"Pokoknya koleksi kami dan analisis kami ialah kami mempunyai keyakinan cukup tinggi bahawa kawasan itu melindungi satu sasaran pengganas bernilai tinggi.

"Pakar-pakar yang bertindak dalam isu ini selama beberapa tahun membuat penilaian bahawa kemungkinan pengganas yang tinggal di situ ialah Osama bin Laden," kata pegawai itu lagi.

Rumah di Abbottabad, bandar yang terletak kira-kira 60 kilometer di timur laut Islamabad merupakan kawasan mewah dan dihuni oleh bekas anggota tentera Pakistan.

Rumah agam itu dibina pada 2005 dan ketika didirikan ia terletak di pinggi pusat Abbottabad, di penghujug jalan tanah tetapi rumah-rumah lain dibina sepanjang enam tahun kemudian.

Dua pintu keselamatam membataskan akses dan penghuni pula membakar sisa buangan, bukannya ditinggalkan untuk kutipan sebagaimana dilakukan oleh jiran-jiran mereka, kata pegawai itu lagi.

"Perkara menarik ialah hartanah ini dianggarkan bernilai AS$1 juta (RM3 juta) tetapi tiada kemudahan telefon," katanya.

"Adik-beradik yang tinggal pula tiada sumber kekayaan yang dapat dijelaskan," katanya lagi.

Ayman al-Zawahri bakal ganti Osama ketuai Al-Qaeda

Posted: 02 May 2011 04:12 AM PDT

TERKINI
Reuters


Osama (kiri) bersama Ayman al-Zawahri ketika ditemu bual akhbar Dawn dari Pakistan pada 10 November 2001. - Foto Reuters
ISLAMABAD — Doktor dan pakar bedah kelahiran Mesir Ayman al-Zawahri, orang kedua rangkaian Al-Qaeda dijangka akan menggantikan Osama bin Laden ekoran kematiannya dalam serangan pasukan Amerika Syarikat di Islamabad, Pakistan.

Ayman menjadi nadi bagi pergerakan Osama dan juga rangkaian Al-Qaeda dan seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika Syarikat dan sekutunya menerusi mesej-mesej video.

Dalam kenyataan terbaru yang dipantau SITE Intelligence Group bulan lalu, Ayman menggesa umat Islam menentang tentera Nato dan Amerika Syarikat ekoran serangan ke atas Libya yang masih berterusan.

Lahir dalam keluarga kelas atasan yang terdiri daripada sarjana dan doktor di Kaherah, Ayman yang kini berusia lewat 50 merupakan individu kedua selepas Osama diletakkan dalam senarai orang paling dikehendaki FBI.

Kedua-dua Osama dan Ayman membolosi tentera Amerika Syarikat yang menggulingkan kerajaan Taliban di Afghanistan pada akhir 2001 ekoran serangan 11 September.

Bagaimanapun Osama terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan tentera Amerika Syarikat semalam dan jenazahnya telah diperoleh, kata Presiden Barack Obama.

Bagaimanapun tiada sebarang butiran mengenai kedudukan Ayman.

Ayman, pemimpin yang berkaca mata dengan rambut kelabu, mendapat perhatian pada November 2008 apabila Obama yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat sebagai "house Negro", istilah yang digunakan oleh pemimpin Amerika Muslim berkulit hitam pada 1960-an, Malcolm X untuk menggambarkan hamba kulit hitam yang setia kepada golongan berkulit putih.

Kemudian dalam kenyataan video pada September 2009, Ayman kembali menyerang Obama dengan menyifatkan kepimpinannya tidak jauh berbeza daripada George W. Bush.

Seperti Osama, Ayman dipercayai berlindung di kawasan sempadan Afghanistan-Pakistan.

Rakaman video kedua-dua mereka bersama disiarkan oleh stesen TV Al-Jazeera pada 10 September 2003.

Ia menunjukkan kedua-dua mereka berjalan di kawasan pergunungan dan melaungkan jihad dan memuji mereka yang melakukan serangan 11 September.

Penganalisis menggambarkan Ayman sebagai ketua pengurusan Al-Qaeda dan mentor rapat Osama.

"Ayman seperti otak dan badan bagi Osama," kata peguam Montasser al-Zayat dari Kaherah yang pernah mewakili Ayman.

Anak lelaki Osama antara empat turut terbunuh

Posted: 02 May 2011 04:09 AM PDT

Reuters

WASHINGTON— Amerika Syarikat (AS) percaya bahawa seorang anak lelaki Osama bin Laden, antara empat yang turut terbunuh dalam operasi di Islamabad yang meragut nyawa pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda itu.

Kesemua lima orang termasuk Osama maut dalam serangan di ibu negara Pakistan itu.

Tentera Pakistan kemudian mengepung kawasan rumah di mana Osama terbunuh, demikian menurut pegawai-pegawai pentadbiran Obama hari ini.

Laporan Reuters menyebut daripada empat yang turut terbunuh itu, seorang adalah wanita.

Daripada tiga lelaki dewasa, seorang merupakan anak Osama.

"Selain Osama bin Laden, tiga lelaki dewasa turut terbunuh dalam operasi ini," kata seorang pegawai AS yang enggan namanya didedahkan.

Dua lelaki terbabit bertindak sebagai penghantar utusan dan yang ketiga pula merupakan anak lelaki Osama.

"Seorang wanita terbunuh apabila dia digunakan sebagai perisai oleh seorang lelaki penempur.

"Dua lagi wanita turut cedera," kata pegawai itu.

Operasi mengepung Osama ini berlarutan kira-kira 40 minit.

Detik-detik operasi AS bunuh Osama

Posted: 02 May 2011 04:03 AM PDT

LAPORAN: AGENSI


Sedutan rakaman video menunjukkan pekarangan rumah dihuni Osama di Abbottabad menjadi sasaran pasukan AS awal pagi ini (waktu Malaysia). – Foto Reuters
LONDON– Butiran terperinci mula muncul mengenai operasi pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kematian pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden.

Menjelang tengah hari tadi (waktu Malaysia) Presiden Barack Obama mengesahkan Obama terbunuh dalam serangan pasukan elit negaranya.

Rumah didiami Osama, dipercayai dia tinggal sejak lima hingga enam tahun lalu di Abbottabad, timur laut Pakistan, hanya terletak kira-kira 800 ela (266 meter) dari Akademi Tentera Pakistan.

Akademi itu merupakan pusat latihan ketenteraan elit Pakistan, yang menurut laporan bersamaan dengan akademi latihan tentera Britain, Sandhurst.

Oleh kerana kawasan perumahan itu terletak dalam lingkungan pusat latihan tentera di Abbottabad – dipercayai sepatutnya menjadi pengawasan ketat dan kehadiran tentera yang signifikan.

Operasi menyerang lokasi Osama tinggal itu bermula pada pukul 1.30 pagi ini waktu Malaysia (5.30 petang GMT) dan berlarutan kira-kira 45 minit, lapor BBC.

Dua atau tiga helikopter dikatakan berterbang rendah di kawasan perumahan itu sebelum operasi bermula.

Saksi juga berkata ia menyebabkan suasana panik di kalangan penduduk tempatan.

Sasaran operasi itu ialah pekarangan kediaman itu yang di tengah-tengahnya terletak rumah tiga tingkat.

Apabila helikopter mendarat, beberapa lelaki keluar dan bercakap dengan penduduk tempatan dalam bahasa Pashto.

Penduduk yang tinggal di kawasan itu, yang dikenali sebagai Tanda Choha diminta mematikan lampu dan tidak keluar rumah.

Sejurus selepas itu mereka dengar bunyi tembakan dan letupan.

Sumber juga berkata pada satu ketika bunyi helikopter terbabas juga kedengaran, dipercayai akibat terkena serangan dari darat.

Bangkai helikopter kelihatan di kawasan berhampiran.

Selain Osama empat orang termasuk seorang anak lelakinya dan seorang wanita terbunuh.

Siaran TV Al Arabiya melaporkan bahawa isteri Osama dan empat anaknya turut ditahan ketika operasi itu. – Agensi

Cawangan PAS Tak Wujud Di Kuala Kedah Tapi Ada Ketua PAS... Ketua Bahagian Tertipu Ahmad Marzuki adalah JKKKP

Posted: 02 May 2011 12:04 AM PDT

SEDAKA SEJAHTERA

Media talibarut UMNO Be End dakwa kununnya 225 ahli PAS di ketuai Ahmad Marzuki masuk UMNO di Kuala Kedah.

Maklumat sebenarnya untuk diketahui ialah:

1. Ahmad Marzuki bukan ahli PAS, sebaliknya adalah ahli UMNO dan merupakan seorang JKKKP.

2. PAS Kawasan Kuala Kedah tidak pernah ada cawangan yang bernama Lahar Buluh.

3. Hanya ada 4 orang kemungkinan penyokong PAS sedang dipastikan. Mereka yang terlibat dikatakan tidak berpuas hati berkaitan bantuan banjir. Walau bagaimanapun itu cuma 'alasan yang dicipta' kerana mereka telah pun menerima bantuan banjir.

3. Sementara selebih seperti yang didakwa bukan dari ahli PAS sebaliknya ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Maklumat di atas telah diberikan oleh ADUN Kubang Rotan YB Mohd Nasir Mustaffa serta beberapa anggota PAS yang mengetahui isu tersebut.



Laporan Utusan Meloya

225 anggota Pas Kuala Kedah sertai UMNO

01/05/2011 12:56pm

ALOR SETAR 1 Mei - Seramai 225 anggota Pas Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai UMNO.

Ahmad Marzuki, Ketua Pas cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat sini semalam.

Ahmad berkata mereka bertindak keluar Pas kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan Pas mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.

"Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin Pas tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu.

Latt Shariman berkata pintu UMNO Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota Pas.




'255 ahli PAS Kuala Kedah sertai UMNO'. Demikian tajuk yang tertera dalam akhbar harian primitif yang menjadi talibarut UMNO Be End sejak berzaman iaitu Utusan Meloya ataupun orang kampung sebut Utusan Malaysia.

Mokalu 20 tahun dulu berita macam ni disiarkan dalam akhbar maka rakyat akan telan bujuq-bujuq apa yang disampaikan tu sebab tiada media alternative untuk menyalurkan info. Tapi lanie zaman siber, dunia tanpa sempadan. Orang dengar satu pihak, lepas tu depa akan cari maklumat pihak lain.

1. Sejak PAS diwujudkan pada tahun 1951, dalam sejarah Kedah belum pernah berlaku pengeluaran serentak secara besar-besaran dari PAS ke dalam masuk UMNO melebihi 10 orang. Jika berlaku keluar beramai-ramai sampai berpuluh, beratus, beribu orang, maka sah itu berita bohong. (Ini panduan paling asas.)

2. Mai kita teliti pembohongan dalam berita Utusan Meloya tu. Dia sebut dalam berita 'menurut ahli Muslimat PAS Kuala Sungai Rahaiza Rahim, 31'. Dalam foto yang disiarkan kelihatan Rahaiza Rahim sedang berucap, di bawahnya tertera caption 'Bekas ahli PAS, Rahaiza Abd Rahim (kiri) dari Kampung Kubang Pangas mewakili 225 rakannya berikrar meninggalkan...'. Yang mana satu betul, Rahaiza ahli PAS Kubang Pangas atau Kuala Sungai?

Jawapannya ialah kedua-dua fakta itu bohong. Tiada nama Rahaiza Rahim dalam daftar keahlian Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kedah. Begitu juga tiada cawangan yang bernama 'Kuala Sungai' dalam kawasan Kuala Kedah.

3. Utusan Meloya menyebut Ketua PAS Cawangan Lahar Buluh, Ahmad Marzuki keluar PAS masuk UMNO. Dalam daftar PAS Kawasan Kuala Kedah tiada cawangan bernama Lahar Buluh dan tiada ahli PAS bernama Ahmad Marzuki. Fakta sebenarnya ialah Ahmad Marzuki adalah seorang JKKKP. Ghalibnya JKKKP mestilah ahli UMNO. Maknanya ahli UMNO masuk UMNO.

Kepada agensi berita penipu rakyata BERNAMA dan akhbar talibarut UMNO Utusan Meloya, lain kali kalau nak buat penipuan dalam berita kena pi belajaq dekat Datuk Eskay. Jangan bagi wujud percanggahan fakta. Tak apa Utusan Meloya jangan putus asa buat kerja fitnah dan bohong, cuba lagi...

Umno jadikan Malaysia ‘negara sumpah-sumpah’- Tian Chua

Posted: 02 May 2011 12:04 AM PDT

KEADILAN DAILY



AMPANG: Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang berkata, Umno mengheret Malaysia menjadi 'negara sumpah-sumpah' apabila sanggup mempermainkan isu agama bagi mencapai matlamat politik.

Beliau mengulas tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang anggota Trio 'Datuk T' yang menjalankan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, petang semalam.

"Mereka mengadakan sumpah laknat dengan menpermainkan agama. Negara sekarang di bawah Umno mengamalkan sumpah dan negara ini boleh digelar negara 'sumpah-sumpah'.

"Walaupun saya bukan Islam, saya tahu itu semua salah. Datuk T sebenarnya tidak tahu agama.Saya tidak tahu agama apa yang dianutinya atau dia bawa agama baru'

"Jika semua perkara yang dilakukan boleh diselesai dengan cara bersumpah, bermakna negara kita tiak perlu peguam, hakim kerana dengan bersumpah kita sudah bebas, jimat masa pula," kata Tian Chua semasa ceramah di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang.

Dalam pada itu, Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, berasa cukup terhina dengan perbuatan Datuk Trio yang menjalankan sumpah laknat di kawasan beliau.

"Masjid Datuk T bersumpah itu, di kawasan saya. Walaupun saya bukan Islam, tetapi tindakan mereka menghina saya dan rakyat Batu. "Rakyat tidak terima ajaran baru Datuk T yang tidak berakhlak yang cuba memainkan isu agama dengan politik kotor," ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 yang hadir.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa ajaran dan amalan sumpah sudah menjadi kebiasaan dilakukan penyokong dan pimpinan Umno, bagi menghalalkan tindakan mereka.

Tambah Tian Chua, maka tidak hairan sekiranya ramai yang bakal mengikut jejak langkah tersebut.

"Dulu kawan saya Ezam Mohd Nor juga bersumpah lapan kotak tidak mahu masuk Umno kerana Umno pengkhianat bangsa, negara dan agama.

"Selepas sumpah, beliau jadi 'sumpah-sumpah' dan bertukar warna masuk Umno. Semua ini adalah ajaran Umno yang sanggup persendakan agama," katanya.

Ceramah perdana bertema 'Kebangkitan Rakyat Sarawak' itu berlangsung di Dewan Nusa Bakti yang turut menampilkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin serta penampilan khas Adun Ba'kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz.

Posted: 01 May 2011 10:56 PM PDT


KEADILAN DAILY

JOHOR BAHRU: Polis mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Kempas malam tadi apabila mengarahkannya memendekkan ucapan.

Kira-kira 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter.

Anwar sepatutnya berceramah di program terakhir dalam siri lawatannya ke Johor di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, namun akibat halangan polis menyebabkan pihak penganjur terpaksa memindahkan lokasi ke Taman Dahlia.

Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Anwar dalam ucapannya sempat menyelar kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara.

"Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap.

"Jelas ini adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan (rakyat).

Secara sinis Anwar berkata, beliau 'diawasi' pihak polis sejak memimpin gerakan mahasiswa.

"Saya ini memang sentiasa 'dijaga' oleh polis. Dari zaman mahasiswa di Universiti Malaya, jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah sekarang ini pun.

"Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula," ujarnya.


Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa.

"Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah?

"Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu," kata Anwar.

Terdahulu sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan di Konvensyen Keadilan negeri di Pulai Spring Resort dan merasmikan ibu pejabat baru Keadilan negeri Johor di Bandar Baru Uda.

PRU 13 : Dana UMNO atau Dana Rakyat yang Kritikal?

Posted: 01 May 2011 10:44 PM PDT

SABAH DAILY

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj26jn8r4jITCzmwTgFBZW8e0MeKMFgk8-PuWdF9zSFBJ65ZvUyR5VW-OytZDMytFhLhyVjfnZAZByT1elGTdupbzizjPvWkpAynS5hSdZVMqkx5fhdhLeWytzG3vjE3faKvsqhtrPnxkmf/s1600/pru+13.jpgDatuk Seri Najib Razak dijangka melewatkan pilihan raya umum ke-13 sehingga akhir tahun ini atau awal 2012 memandangkan partinya masih "bekerja keras" mencari dana membiayai kempen bagi memikat sokongan Bumiputera dan kaum India dalam usaha memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen.

The Malaysian Insider difahamkan perbendaharaan Umno merosot selepas Barisan Nasional (BN) menghabiskan sekitar RM500 juta ketika menghadapi pilihan raya negeri Sarawak, 16 April lalu.

Difahamkan tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah antara beberapa orang yang menyumbang, dengan ada yang mendakwa ia berkaitan dengan usaha konglomerat miliknya menguasai beberapa projek baru.

"Umno sedang mencari sumbangan (yang mencukupi) untuk (memastikan) kempen pilihan raya yang berkesan. Sehingga itu, tidak akan ada pilihan raya umum," kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.

Katanya, aliran tunai yang terlalu kecil ketika pilihan raya umum 2008, dipercayai menyebabkan pekerja-pekerja 'bersikap dingin', menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan empat negeri tambahan dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider yang disiarkan pagi tadi, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian ultra Melayu makin ketera yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan video seks yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ketua Pembangkang itu percaya Perdana Menteri akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini.

Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri pada awal September.

Sebulan selepas itu umat Islam akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.

Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat semasa akan berakhir April 2013.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin BN berkata, Najib sungguh berhati-hati dalam memanggil pilihan raya dalam waktu terdekat memandangkan beliau mahu memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen, yang kini kelihatan mustahil selepas pilihan raya negeri Sarawak menunjukkan masyarakat Cina masih menjauhi perikatan itu.

Semalam, Najib berkata kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.

"Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu," kata beliau.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

"BN sedang memberi tumpuan ke atas pengundi Bumiputera dan India sekarang. Pengundi Cina akan menjadi bonus selepas kenyataan beliau semalam," kata seorang lagi sumber BN kepada The Malaysian Insider.

Sumber BN juga berkata, perikatan itu juga tidak mendapat sokongan memberangsangkan daripada tokoh dan ahli perniagaan Cina, yang biasanya memberi sumbangan dana ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.

"Mereka tidak memberikan (dana) sebagaimana disumbangkan ketika Dr Mahathir memegang kuasa," katanya lagi.

Katanya, projek yang dikurniakan oleh kerajaan adalah kecil dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu Perkasa menekan pentadbiran Najib agar lebih banyak memihak kepada ahli-ahli perniagaan Melayu dan Bumiputera.

Antara ahli perniagaan yang menjadi tumpuan ialah Syed Mokhtar, yang menguasai projek-projek besar MRT yang bakal dibina, Pos Malaysia Berhad dan lanjutan tempoh kontrak Bernas selama 10 tahun lagi.

Bisnes Melayu yang lain termasuklah kumpulan Naza, Westar dan beberapa konglomerat dikaitkan dengan Umno.

Sumber BN juga berkata, Najib juga akan menuggu kerana Bajet 2011, yang diumumkan tahun lalu, tidak begitu mesra 1.2 juta tenaga kerja awam.

Kakitangan peringkat bawahan hanya menerima bayaran khas RM500 sedangkan mereka mengharapkan bonus satu bulan.

"Beliau akan membentangkan bajet (Belanjawan 2012) pilihan raya yang (akan kelihatan) menark bagi kakitangan awam dan orang ramai," kata sumber lagi.

Pemimpin-pemimpin Umno juga berkata sikap pengundi Cina juga dijangka akan melewatkan keputusan Najib mendapatkan mandat baru.

"Beliau mahukan mandat sendiri tetapi beliau juga mahu memastikan dua pertiga. Sebarang keputusan kurang daripada apa yang ada sekarang adalah satu kegagalan," kata seorang pemimpin kepada The Malaysian Insider.

Beliau menekankan prestasi BN memperoleh 55 daripada 71 kerusi di Sarawak manakala undi popular yang menurun daripada

62.93 peratus pada 2006 sehingga 55.24 peratus.

"Undi popular juga satu faktor. Kita perlu bekerja keras untuk mendampingi (pengundi) khususnya kaum Cina," katanya lagi. -TMI

11,183 kes permohonan cerai didaftarkan

Posted: 01 May 2011 10:35 PM PDT

BERNAMA

KOTA KINABALU: Seban yak 11,183 kes permohonan cerai telah didaftarkan di Mahkamah Syariah manakala sebanyak 4,433 didaftarkan di Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dalam tempoh lima tahun lalu sejak tahun 2006 hingga 2010

Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran berkata kes tangkapan ke atas salah laku jenayah syariah seperti kes khalwat adalah dilaksanakan oleh Jheains sementara denda ditentukan oleh Mahkamah Syariah selepas pasangan didapati bersalah.

"Bagi tempoh lima tahun yang lalu sebanyak 371 kes tangkapan khalwat dan dari jumlah itu sebanyak 359 kes telah didakwa di Mahkamah Syariah dimana 270 kes dapat diselesaikan sementara 89 kes masih menunggu perbica- raan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik Abdul Muis Picho, pada sesi soal jawab, persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.

Nasir yang juga menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata bilangan kes jenayah syariah bagi tempoh tiga tahun yang lalu (2008-2010) meningkat dari 196 kes pada tahun 2008 kepada 447 kes pada tahun 2010.

Katanya, ini termasuk tangkapan khalwat oleh Mah- kamah Syariah sebanyak 40 kes (2008), 88 kes (2009) dan 112 kes (2010).

"Pada masa ini jumlah Pegawai Penguatkuasa Jheains di seluruh Sabah adalah seramai 431 orang iaitu 16 orang Pegawai Penguatkuasa Hakiki dan 415 orang Pegawai Masjid termasuk imam-imam kariah yang diberi kuasa sebagai Pegawai Penguatkuasa Agama manakala dua orang lagi jawatan Penguasa Hakiki akan disi kelak.

"Pegawai Penguatkuasa Hakiki bertanggungjawab sepenuhnya mengenai undang-undang jenayah syariah, termasuk dalam menyediakan kertas siasatan (IP) manakala Pegawai Penguatkuasa Agama pula membantu dalam pelaksanaan penguatkuasa- an," katanya.

Beliau berkata, bilangan Pegawai Penguatkuasa Hakiki adalah tidak mencukupi bagi mengenadalikan bilangan kes jenayah syariah yang semakin bertambah setiap tahun.

Sehubungan itu dalam cadangan penstrukturan semula Jheains sebanyak tujuh jawatan Pegawai Penguatkuasa Hakiki telah dicadangkan untuk diwujudkan bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.

Disamping itu tambah katanya, imam-imam kariah yang baru dilantik juga akan diberi tauliah sebagai Pegawai Penguatkuasa Agama.

"Dengan pertambahan Pegawai Penguatkuasa berkenaan, salahlaku syariah akan dapat dipantau dan dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi," katanya. -NST

RAIS ‘PINNOCHIO’ MAHU KAWAL MEDIA?

Posted: 01 May 2011 10:33 PM PDT

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

TERPANA oleh pendedahan Skandal Seksnya, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim mengumumkan kerajaan kini bercadang menubuhkan Majlis Perundingan Media Negara bagi membolehkan semua perkara berkaitan dibincangkan secara harmoni antara kerajaan dengan media.

Rais mengumumkan bahawa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mewujudkan majlis berkenaan, yang dijangka dibentang kepada kabinet tahun ini.

Ketika ini, kata Rais, kedua-dua pihak sedang dalam peringkat pertemuan serta perbincangan bagi merangka bentuk majlis berkenaan, sebelum satu rangka lengkap dapat disiapkan secepat mungkin.

"Kita akan membincangkan perkara berkaitan media, antaranya kebebasan media dan tanggungjawab wartawan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan yang sudah sedia ada, supaya kebebasan media itu dapat diamalkan secara positif. Ia juga adalah hasil daripada hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ingin melihat satu kerjasama yang lebih erat di antara media dan kerajaan, terutamanya dalam menghasilkan berita yang berkualiti, tepat dan kreatif," kata Rais yang cuba menyembunyikan kebimbangannya terhadap kedegilan Sabahkini.net yang enggan tunduk kepada desakannya dan terus menerus menyerangnya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Hadiah Kewartawanan MPI-PETRONAS 2010 pada Malam Wartawan Malaysia 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini, Rais berkata penubuhan majlis itu juga bertujuan mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya suci dan jujur.

Tambah Rais lagi, Majlis Perundingan Media Negara diwujudkan untuk kebaikan negara, terutama dalam proses melaporkan berita berkualiti serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan Institut Akhbar Malaysia (MPI), pengamal media arus perdana dan media baru untuk berbincang sistem dan rangka majlis berkenaan supaya ia dapat menghimpunkan seramai mungkin pengamal media di dalam negara ini. Pengamal media di dalam majlis ini akan dapat berbincang dalam satu forum yang lebih luas dan ia akan bergandingan erat bersama kerajaan," katanya.

Rais berkata penubuhan majlis itu diharap dapat mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media.

Namun para Blogger, terutamanya Mutalib M.D menyifatkan Rais sebagai Pinnochio yang hidungnya semakin panjang jika berbohong; sebaliknya hidung Rais semakin tinggi (sombong) sehingga mahu menguasai media tetapi tidak hadir di Majlis Persidangan Blogger Malaysia-Asean baru-baru ini.

"Beliau bercakap tentang media baru (internet), tetapi enggan menerima kesahihan berita internet dan mencabarnya di mahkamah sebelum siasatan terhadap pertuduhan ke atasnya dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara," ujar Mutalib yang menjangkakan Peguam Negara akan memberi jawapan umum iaitu 'No Case To Answer' memandangkan kedudukannya sebagai Menteri Kabinet.

Memandangkan Blogger mempunyai persatuan yang telah didaftarkan atas nama Blog House Malaysia (BHM), maka Mutalib mencadangkan pertemuan diadakan dengan Presiden dan Exco BHM jika Rais tidak bacul dan terpaksa berhadapan dengan para blogger yang membongkarkan kesnya seperti Rocky Bru.

ISU SEKS MAKAN DIRI, PUJUKAN TAK DIPEDULI

Posted: 01 May 2011 10:22 PM PDT

Oleh: NORAH WINNIE MANSOOR

DALAM masa dua hari ini keadaan politik bertambah panas. Ada dua tiga isu yang membuatkan suhu politik negara naik dengan mendadak. Pertamanya saranan Najib supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan yang keduanya amaran keras Najib terhadap orang Cina jika kaum itu tidak memberikan sokongan kepada BN.

Satu lagi isu ialah MCA telah melakukan 'brainstorming' di antara pemimpin di peringkat kawasan dan tertinggi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika MCA di tolak oleh pengundi khususnya dari pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang akan datang.

Kaum Cina nampaknya menjadi sasaran hebat dan gertak mengertak dilakukan ke atas kaum itu baik dari Pimpinan Melayu BN dan juga dari MCA sendiri. BN sedang memulas tangan kaum Cina kerana sokongan kaum itu terhadap BN sudah kian lemah. Dalam keadaan yang sama Umno masih lagi belum pulih dari perasaan rendah diri kerana takut ditinggalkan oleh kaum Melayu.

Keadaan meruncing ini merupakan yang paling menyakitkan BN, malahan keadaan ini mungkin bertambah rumit lagi jika dibandingkan dari zaman Abdullah Badawi. 'Intuition' yang ada pada diri saya dengan jelas memberikan bayangan yang kali ini BN akan menghadapi keadaan yang jauh lebih rumit untuk mengekalkan kuasa dari pilihanraya 2008 yang lalu.

Jika semasa pilihanraya dahulu gegaran terhadap BN hanya berlaku di Semenanjung tetapi kali ini undi popular BN di Malaysia timur telah jatuh dengan begitu besar sehinggakan negeri Sarawak sudah pasti tidak lagi kekal sebagai 'fixed deposit' bagi BN lagi. Dalam pada itu BN perpaduan BN di Sabah sudah menunjukan berlakunya pergolakan apabila parti LDP menuntut supaya BN di negeri itu tidak lagi diketuai oleh Umno Sabah.

Apabila LDP membuat kenyataan itu Ahli-ahli DUN Sabah dengan tergesa-gesa telah membuat kenyataan untuk menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri tanpa berbelah bagi. Tindakan ini merupakan satu lagi petanda yang BN khususnya Umno di Sabah sudah sampai ke persimpangan.

Jika keadaan ini tidak terkawal maka Sabah juga tidak akan lagi menjadi simpanan tetap bagi BN pada masa yang terdekat ini. Susah untuk mencari alasan bagi menafikan keadaan ini.

Berbalik kepada ugutan Najib terhadap orang Cina, ianya merupakan tindakan yang membazir. Ianya membazir kerana dengan ugutan itu ianya menunjukan yang pemimpin kita sudah berada di dalam keadaan panik setelah tidak berjaya memujuk kaum Cina untuk menyokong BN melaui MCA di Semenanjung dan SUPP dari Sarawak. Jika seseorang pemimpin masih mempunyai keyakinan pada diri dan partinya sendiri, kenyataan yang berelimenkan ugutan tidak mungkin timbul.

Dalam nafas yang sama Najib telah meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pada pandangan PM Najib PAS tidak ada apa-apa keuntungan berada di dalam gugusan PR itu. Najib sudah sedar yang Melayu sendiri mempunyai parti alternatinya iaitu PAS seperti bangsa Cina mempunyai alternatifnya, DAP.

Dua bangsa terbesar di negara ini, Melayu dan Cina yang selama ini telah bersatu di dalam BN, sekarang ini sudah ada kecenderungan kedua-dua kaum terbesar ini untuk bersatu di luar BN. Isu yang diharapkan oleh BN untuk membantunya mendapat sokongan dari rakyat seperti isu sodomy Anwar dan video seks juga yang melibatkan Anwar telah gagal untuk dimunafaatkan oleh BN kerana keraguan rakyat terhadap BN lebih besar dari isu yang dipalitkan terhadap Anwar.

Malahan isu-isu itu telah menjadi 'counter productive' kepada BN pula.

Politik seperti juga ilmu matematik mempunyai formula yang jelas untuk diikuti supaya mendapat jawapan yang tepat. Formula kekuatan politik di negara ini khusunya di Semenanjung bergantung kepada dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. Jika kedua kaum terbesar ini bersatu di bawah BN maka BN lah yang akan meraih kuasa dari rakyat. Jika kedua-dua kaum ini memilih untuk bersatu di luar BN maka jawapannya mudah untuk diketahui umum, tidak payah untuk disebut dan dinyanyikan.

Inilah yang menyebabkan Najib bertindak mengugut dan menekan kaum Cina supaya memberikan sokongan kepada BN. Tidak mungkin pemimpin nombor satu akan melakukan ugutan jika keadaan masih memihak kepadanya.

Sebagai seorang pemimpin yang paling tinggi tentunya beliau akan melakukan kempen secara beretika dan 'civil' serta lebih demokratik. BN patut sedar yang kaum Cina telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini dan kecenderungan mereka untuk memberikan kepada pihak alternatif hanya berlaku sejak beberapa tahun dahulu sahaja. DAN berlakunya keadaan ini mesti bersebab yang datangnya dari pihak kita.

Tetapi oleh kerana segala cara telah dilakukan tetapi kaum Cina masih tidak menyokongnya maka adalah natural bagi PM Najib mengugut kaum itu sebagai kaedah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ugutan merupakan kaedah yang terakhir untuk mengekalkan kuasa mentadbir negara.

Dengan ugutan ini ianya secara automatiknya melenyapkan persepsi yang cuba ditanam oleh BN yang DAP itu sebuah parti yang rasis kerana yang rasis sebenarnya ialah BN yang diketuai oleh Umno.

Pandangan ini tidak akan saya tulis jika saya tidak yakin tentang kebenaran situasi yang telah saya gambarkan tadi. Pandangan yang saya utarakan ini sebenarnya juga adalah pandangan sesetengah pemimpin Umno walaupun di dalam terang mereka mempertahankan Umno itu.

Mungkin pandangan saya ini merupakan pandangan yang salah tetapi dalam keadaan apa sekali pun saya tetap mempertahankan ramalan saya ini akan menjadi kenyataan jika kita tidak melakukan 'soul searching' yang intensif.

S'gor sedar kebimbangan pemegang bon air

Posted: 01 May 2011 10:21 PM PDT

MALAYSIA KINI
Kerajaan Selangor menyedari kebimbangan pemegang-pemegang bon air susulan laporan bahawa bon mungkin menghadapi penurunan rating sekiranya perbincangan penyusunan semula industri air tidak diselesaikan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin dapat menyelesaikann isu dengan kerajaan Persekutuan menyusun semula perkhidmatan air seperti yang diperuntukkan bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Katanya, kerajaan Selangor yakin perbincangan yang sedang berjalan akan membawa keputusan positif, memberi manfaat kepada rakyat serta menggalakkan lagi pertumbuhan industri.

"Penyelesaiannya menggunakan pendekatan holistik dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk pemegang-pemegang saham," kata Abdul Khalid.

Menteri besar berkata, pihaknya menantikan jawapan dan maklum balas dari Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau untuk menyelesaikan segera rundingan itu dalam tempoh terdekat.

Katanya, kerajaan persekutuan telah memberi lampu hijau kepada Kerajaan Selangor pada Januari 2008 untuk menyatukan pemegang konsesi air ini di bawah syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Selepas Pakatan Rakyat memerintah pada Mac 2008, menteri besar memutuskan untuk menstruktur semula industri air dengan menawarkan pampasan kepada pemegang konsesi sebanyak RM5.7 billion.

Pemegang konsesi menolak tawaran ini kerana mendakwa jumlahnya tidak cukup untuk menampung hutang-hutang yang ditanggung syarikat konsesi yang berjumlah RM6.4 billion.

Selepas semakan semula empat bulan kemudian, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan sebanyak RM9.3 billion dan tawaran ini diterima konsesi SPLASH dan ABBAS.

Pada Mac 2010, kerajaan persekutuan membuat tawaran kepada pemegang konsesi berjumlah RM10.3 billion tetapi ditolak oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Pada Januari 2011, Kerajaan Selangor sekali lagi membuat tawaran pengambilalihan termasuk menawarkan arbitrasi antarabangsa (International Arbitration) dalam memastikan pengambilalihan dilaksanakan dengan integriti dan adil kepada semua pemegang konsesi.

Soi Lek sedang lelong maruah Umno

Posted: 01 May 2011 10:15 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak.

Justeru, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata mengekalkan hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009.

Tambahnya, tidak mungkin disebabkan seorang tokong kontroversi Soi Lek maka PR akan berubah sikap.

"Sebagai pemimpin senior dalam Barisan Nasional (BN), Soi Lek sewajarnya mendidik masyarakat memahami mengapa adanya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia," katanya.

Jelasnya, hak istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini.

Katanya, hak istimewa orang Melayu dilihat tempang kerana pengkhianatan Umno yang berlindung di balik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka.

"Bermaksud jika tiada penghianatan Umno dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai.

Tambahnya, tanpa pengkhianatan Umno, orang Melayu sudah lama maju di negara ini.

"Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain, maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi," ujarnya.

Buat waktu ini, katanya hak istimewa orang Melayu masih diperlukan.

Beliau sangat khuatir permainan politik Dr Chua Soi Lek mengenai hak istimewa orang Melayu akan menambah parah lagi salah faham antara kaum dalam negara ini.

Menurutnya, ada banyak perkara lain yang boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk mengundi MCA selain sentimen perkauman.

"Tetapi Dr Chua Soi Lek sengaja mencari populariti membangkitkan isu yang sensitif bagi menarik perhatian masyarakat Cina khususnya untuk menyokong MCA," katanya.

Baginya, betapa murahnya harga perjuangan politik Dr Chua Soi Lek sehingga sanggup menjolok sarang tabuan demi mendapat secupak keuntungan politik.

Katanya, keceluparan Chua Soi Lek ini juga melambangkan kegagalan Umno mengawalnya.

Baginya, Dr Chua Soi Lek umpama harimau yang sudah terlepas dalam kandang Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, hak istimewa orang Melayu adalah maruah Umno di mana memberi perakuan untuk mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu adalah umpama melelong maruah Umno di pasar Batu Pahat.

"Di mana Pemuda Umno? Di mana Pemuda BN? Di mana Khairy Jamaluddin?"

"Saya cabar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Pengerusi BN bertindak tegas terhadap keceluparan Chua Soi Lek," katanya.

6 Mei Hari Amarah Rakyat Malaysia

Posted: 01 May 2011 10:11 PM PDT

Ismail Hashim


GOMBAK- Bertempat di Masid Negara tanggal 6 Mei ini bakal mengukir satu lagi sejarah negara Malaysia moden apabila menjadi medan himpunan rakyat menunjuk rasa pada Hari Amarah Rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, 6 Mei ini yang jatuh pada Jumaat menyaksikan himpunan besar-besaran dari semua kalangan rakyat yang mempunyai perasaan marah dan tidak puas dalam banyak perkara.

"Paling kemuncak dalam isu fitnah video seks melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh salah seorang terlibat, Eskay Abdullah yang menyalahgunakan tindakan itu yang jelas bercanggah dengan syariat agama.

"Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, saya berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor," tegasnya.

Bercakap pada Harakahdaily malam ini, Azmi berkata, selepas menunaikan solat Jumaat, himpunan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan segera terhadap Eskay yang berbuat demikian di dalam sebuah masjid di Sentul, Jumaat lepas.

Dalam isu sama, Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyentuh perkara itu dalam Majlis Selamatkan Dewan Bahasa Pustaka (DBP)di Perpustakaan Bandar Dalam, dekat sini, malam tadi.

Azmi bertegas, nampaknya terlalu banyak perlu diselamatkan di negara ini seperti kampung orang Melayu, tanah orang Melayu, aqidah bangsa, Bahasa Melayu dan berbagai lagi.

"Negara kita seperti sedang mengalami konsep pandang ke belakang meskipun yang dilaungkan kepada rakyat adalah pertumbuhan, kemajuan dan pembangunan kebendaan tetapi dalam masa sama, banyak perkara yang hilang," jelasnya.

Mengambil contoh, DBP yang ditegakkan atas keringat, darah dan air mata rakyat, ia bukan sekadar satu lembaga tetapi lahir dari aspirasi bangsa yang luar biasa, kini sudah tidak bermaya lagi dengan hutang ratusan juta.

Lebih menyedihkan, tambahnya, apabila Dewan Bahasa Pustaka kini lebih dikenali dengan Dewan Pusara Bahasa kerana akibat salah urus dan tindakan pihak terbabit campur tangan dalam pentadbirannya, tiada kemajuan bahasa yang dapat dilakukan.

Namun, katanya, apabila ada rakyat bangun menyuarakan bantahan, pihak berkaitan menyifatkan 'ini suara orang gila, mereka yang suka berhimpun di jalan raya dan hanya beremosi'.

Dalam pada itu, tegasnya, tanyalah hati kecil mereka yang berbicara sedemikian rupa, mereka sendiri akan mengakui bahawa gara-gara merekalah rakyat Melayu khususnya, sedang berbicara dalam bahasa bangsat di negara sendiri.

Orang Melayu sedang menagih simpati dan meminta-minta dengan siapa lagi dan memohon pertolongan dan yang lebih parah kerana golongan atasan itu telah mati rasa dan perasaan yang lebih teruk dari mati pucuk.

Media: Osama bin Laden meninggal dunia

Posted: 01 May 2011 10:09 PM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


Gambar fail Osama bin Laden bertarikh 26 Mei 1998 ketika berada di Afghanistan. — Foto Reuters
WASHINGTON— Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi.

Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini.

Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia).

Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi 'dingin' selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian.

GDB kaji tindakan serius jika Putrajaya tidak segera selamatkan DBP

Posted: 01 May 2011 10:07 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Gerakan Darurat Bahasa (GDB) menggesa Putrajaya dengan segera bertindak mengatasi masalah yang membelenggu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) termasuk dakwaan bahawa ia mengalami kerugian berterusan dan sudah tidak lagi berintegriti.

Gerakan itu mengemukakan memorandum menyentuh isu penswastaan lima bahagian penting dalam DBP, pelantikan jawatan Ketua Pengarah, rasional penstrukturan semula Jabatan Sastera dan Bahagian Agama Falsafah dan Tamadun Islam dan pelantikan ahli Lembaga Pengelola DBP yang perlu memenuhi kriteria kepakaran dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.

GDB juga sedang merangka program jelajah ke seluruh negara untuk menerangkan kepada rakyat mengenai "Kempen Selamatkan Dewan Bahasa dan Pustaka".

"GDB memutuskan untuk memberi masa kepada pihak Menteri Pelajaran meneliti memorandum tersebut dengan terperinci dan ahli jawatankuasa GDB akan menentukan tindakan lanjut, jika tidak ada langkah balas diambil oleh pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata pengerusinya Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

"Kami mengulangi kekecewaan kami kepada beliau bahawa DBP adalah sebuah institusi yang dilahirkan dari perjuangan bahasa yang serba payah lebih 54 tahun lalu.

"Adalah menjadi pengkhianatan yang tidak dapat dimaafkan jika DBP menjadi lesu dan tidak berintegriti akibat pengurusan yang pincang dan campur tangan agenda politik yang sempit oleh pihak tertentu," katanya.

Memorandum kepada Muhyiddin (gambar), yang juga timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno telah diserahkan pada 27 April lalu.

DBP atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

GDB yang merupakan gabungan 60 buah badan bukan kerajaan menggesa kerajaan untuk mengkaji semula kedudukan DBP sesuai dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Akhir Mac lalu, GDB menuntut kerajaan mengkaji semula kedudukan DBP yang merupakan sebuah institusi penting yang diwujudkan berdasarkan sebuah akta khusus.

Katanya, sejak pada 2002, DBP telah kerugian antara RM20 juta hingga RM40 juta setiap tahun.

Sebelum penswastaan ini, DBP memperoleh keuntungan sekitar RM20 juta setahun, kata Mohd Azmi sebelum ini.

Dalam kenyataan terbaru kali ini, Mohd Azmi berkata, kini DBP yang mempunyai gedung yang bernilai ratusan juta ringgit tidak menggambarkan kewibawaannya yang sebenar bila mana ia hanya menjadi sebuah birokrasi yang hilang dinamika sebagai sebuah institusi yang profesional dan bergiat aktif membela martabat bahasa.

"Kami akan memantau dengan rapi perkembangan dari pejabat Tan Sri Muhyiddin untuk melihat sejauhmana tuntutan GDB dilayani," kata beliau.

Ketika penyerahan memorandum itu, kata beliau, pihaknya menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran perlu memberi perhatian serius kepada isu yang dibangkit oleh GDB mengenai kedudukan DBP kerana ia akan menentukan status dan masa depan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

Sementara GDB mengingatkan bahawa DBP adalah institusi yang memegang amanah besar untuk memartabatkan bahasa, keadaan kewangan serta pengurusannya yang berhadapaan dengan krisis akan meletakkan DBP dalam keadaan lemah dan hilang wibawa.

Mohd Azmi juga berkata, rakyat perlu menyedari mengenai kepentingan DBP dipantau dengan serius dan rakyat perlu mengambil berat mengenai perkembangannya kerana ia adalah institusi yang diamanah oleh rakyat.

"Rakyat berhak menyatakan pendirian jika terdapat kepincangan yang berlaku dalam pengurusan DBP.

"GDB sedia mengambil tindakan yang lebih drastik jika tidak ada layanan dan perhatian serius diambil oleh pejabat Menteri Pelajaran dan siap untuk mengadakan perhimpunan aman di hadapan DBP untuk menyemarakkan lagi tuntutan kami," katanya.

Putrajaya kaji sistem 1Sekolah pupuk perpaduan

Posted: 01 May 2011 10:06 PM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Putrajaya sedang mengkaji syor menyeragamkan sistem persekolahan, bakal dikenali "1Sekolah" — yang akan mencetuskan semula debat mengenai keperluan sekolah vernacular — sistem mirip Sekolah Wawasan diperkenalkan oleh pentadbiran Dr Mahathir untuk memupuk perpaduan.

The Malaysian Insider difahamkan Makmal Pembangunan Belia di Kementerian Belia dan Sukan telah mengesyorkan penubuhan sistem sekolah standard dipanggil sebagai "1Sekolah" untuk menggalakkan perpaduan dan kepelbagaian.

Makmal itu juga telah meminta Kementerian Pelajaran agar merangka pelan penyeragaman pendidikan yang akan dibahagikan kepada empat fasa berbanding sistem sekolan rendah kebangsaan semasa yang selari dengan sistem sekolah rendah Cina dan Tamil.

Sumbe-sumber berkata fasa pertama akan menyelaraskan pertukaran program antara sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan manakala fasa ketiga pula melibatkan pengenalan bahasa ketiga di kedua-dua jenis sekolah.

Kata sumber itu, program itu akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih dan kemudian dilaksanakan di kesemua peringkat sekolah.

Pilihan bahasa ketiga bagaimanapun bergantung pada aspek demografi sesebuah sekolah.

Fasa ketiga akan melibatkan penempatan semula sekolah manakala fasa terakhir pula ialah pelaksanaan sistem 1Sekolah.

Pentadbiran Dr Mahathir pernah mengesyorkan penubuhan Sekolah Wawasan yang meletakkan sekolah rendah kebangsaan, Cina dan Tamil di satu kawasan tetapi idea itu dibantah oleh golongan pendidik sekolah vernakular dan hanya beberapa sekolah didirikan kira-kira satu dekad lalu.

Anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir pernah melobi usaha penyatuan sistem pelajaran dan berkata, ia adalah idea yang disyorkan dalam Penyata Razak pada 1956.

Beliau merujuk kepada laporan yang disediakan oleh bekas perdana menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ketika menjadi menteri pelajaran, yang bertujuan menyatupadukan pelajar pelbagai kaum di bawah satu sistem pendidikan meliputi semua kaum.

Mukhriz pernah mengesyorkan bahawa sistem dua aliran sekarang dimansuhkan dan digantikan dengan satu sistem yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaran bagi semua subjek kecuali sains, matematik dan subjek bahasa yang lain.

Bagaimanapun syor itu berhadapan dengan kecaman dari kedua-dua parti Barisan

Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sehingga ada yang menyifatkannya sebagai hasutan dan laporan polis pernah dibuat.

Soi Lek dinasihat fokus ‘nasib’ MCA, bukannya heret PAS

Posted: 01 May 2011 09:53 PM PDT


KUALA LUMPUR — Kepimpinan PAS pusat menggesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar menjaga urusan dalaman MCA, bukannya mengheret masalah dihadapi komponen BN berkenaan ke atas parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke-13 sekarang.

Sehubungan itu, anggota biro politik PAS ini berkata, beliau juga ragu-ragu sama ada Presiden MCA itu benar-benar faham apa yang beliau memperkatakan apabila mendakwa MCA tidak akan menerima PAS menyertai BN selagi tidak menggugurkan dasar Islamnya.

"Saya ragu-ragu sama ada CSL (Chua Soi Lek) tahu apa yang beliau cakap," kata beliau dalam reaksi dihantar menerusi teks SMS.

Semalam, Dr Chua berkata pihaknya akan menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

"Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau.

"Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata Dr Chua mengulas pelawaan Najib kepada PAS kelmarin.

Khalid (gambar), yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen kawasan itu berkata, PAS tidak pernah membentangkan matlamatnya kepada Dr Chua yang hanya memperlihatkan sedikit minat ataupun sama sekali tidak untuk mengetahui soal itu.

"Apa yang beliau bayangkan sebagai matlamat politik PAS kemungkinan bukan apa yang ada pada PAS," kata Khalid sambil menambah, sebelum meletakkan syarat untuk menerima PAS, Dr Chua wajar memastikan sama ada ia benar-benar berminat untuk diterima MCA dan beliau juga benar-benar tahu apa yang diperkatakannya.

Justeru Khalid menambah, Dr Chua seharusnya memberi tumpuan ke atas kemerosotan populariti MCA di kalangan komuniti Cina berbanding keperlun PAS diterima oleh MCA.

Katanya, jika MCA sudah ditolak oleh komuniti Cina sendiri, maka soal suka atau tidak suka dan keutamaannya tidak menjadi keprihatinan mana-mana pihak kecuali parti itu sendiri.

Malah tegas Khalid, Umno selaku parti teras BN sendiri tidak lagi memberi tumpuan ke atas MCA.

Pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah menolak bulat-bulat pelawaan Najib.

Kes Khalwat Razak Ahmad Timbul Semula Selepas Enam Tahun

Posted: 01 May 2011 04:41 PM PDT

DALAM diam, pelakon Razak Ahmad telah enam tahun berulang alik ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor untuk menghadiri perbicaraan kes khalwatnya.

Dia yang sinonim dengan watak sebagai orang baik-baik dan alim dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan, Selamah Sahudin yang berstatus isteri orang.

Mereka dicekup pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan dan pendakwaan terhadapnya dibuat empat bulan selepas itu, iaitu pada 27 Julai 2006.

Razak, 44, mengaku tidak bersalah manakala Selamah, 45, yang hadir di mahkamah bersama suaminya yang difahamkan seorang pensyarah mengaku bersalah, lalu diarahkan untuk membayar denda RM2,850 atau dipenjara selama tujuh bulan, jika gagal.

Selamah juga mengakui kebenaran fakta kes yang menyatakan pintu rumah dan jeriji besi rumah tersebut dikunci dan apabila dibuka, Selamah dalam keadaan berpakaian lengkap manakala Razak sedang tidur di bilik pertama dengan hanya berseluar jeans.

Dengan pengakuan itu, Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad menerusi peguam syarienya, Mohamad Azman Karim memulakan 'perjuangan' untuk membuktikan dirinya tidak bersalah seperti yang dipertuduhkan.

Kes khalwat itu mendapat liputan meluas di peringkat permulaan, sebelum ia tenggelam 'dimamah' usia perjalanan kes panjang, selain 'diketepikan' oleh berita-berita artis yang lebih sensasi. Justeru itu, tidak hairanlah apabila riak wajah Razak agak terkejut apabila melihat kehadiran wartawan di mahkamah syariah pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, kes yang telah berjalan selama enam tahun dengan keterangan hanya tiga orang saksi itu belum lagi tiba di pengakhirannya kerana masih ada hujahan yang perlu dimasukkan oleh pihak pendakwaan pada 26 Mei ini bagi menjawab hujahan peguam.

Pelakon yang membawa watak sebagai Tok Imam dalam drama Geng Surau itu akan mengetahui nasibnya pada 30 Jun depan sama ada dia akan dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad juga mengingatkan pihak-pihak yang terlibat untuk memberi kerjasama bagi 'mempercepatkan kes yang telah terlalu lama'.

Sekiranya dipanggil untuk membela diri, tidak tahu berapa lama pula masa yang akan diambil sebelum kes tersebut benar-benar melabuhkan tirainya.

Peminat hiburan tanah air sememangnya mengikuti perjalanan kes khalwat artis dan antara yang mendapat perhatian ialah kes khalwat Norman Hakim dan Memey kerana ia disusuli dengan perceraian pelakon bertubuh sasa itu dengan Abby Abadi.

Walaupun tidak memakan masa selama enam tahun, kes yang melibatkan tujuh saksi pendakwaan berjalan selama dua tahun sebelum keputusan diberikan pada 29 Julai depan.

Pemulaan minggu lalu juga menyaksikan kehadiran pelakon Shaharuddin Tamby ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur untuk menghadiri prosiding perceraian yang dimulakan oleh isterinya.

Bagaimanapun, permohonan Nor'aini Muhammad, 51, ditentang sekeras-kerasnya oleh Shaharuddin Tamby, 54, yang bersumpah 'demi Allah S. W. T' tidak berniat untuk melafazkan cerai terhadap isteri yang dikahwininya pada 33 tahun lalu.

Pelakon tersebut juga mendakwa permohonan Nor'aini yang berasaskan sebab tiada persefahaman dan tidak menerima pembelaan sewajarnya dibuat dalam keadaan emosi terganggu selepas menjalani pembedahan barah rahim.

Dia juga memberitahu, penyakit tersebut telah memasuki tahap bahaya menyebabkan dia dan isteri bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut selepas berbincang dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur.

Shaharuddin juga memberitahu bahawa Nor'aini tidak mengikuti sepenuhnya rawatan susulan dan tidak mengambil ubat seperti arahan doktor.

Sememangkan jodoh, pertemuan dan maut adalah kuasa Allah, tetapi sayang jika masjid yang dibina pada 25 November 1978 dan dikurniakan tiga anak runtuh dengan satu lafaz talak yang diucapkan pada masa usia telah mencecah separuh dekad.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin juga berpendapat usia seperti itu harus dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama seperti beribadat, melancong dan menjaga cucu.

Beliau yang enggan menunding jari kepada sesiapa dalam masalah perkahwinan itu menasihatkan Shaharuddin dan Nor'aini untuk mengambil inisiatif seperti menjalani kauseling bagi mengembalikan keharmonian rumah tangga.

Nasihat Shaiful Azli adalah supaya pasangan itu hadir ke kauseling dengan hati yang terbuka dan menanamkan niat untuk berubah sebelum menetapkan kes itu disebut semula pada 15 Jun depan.

Apapun, penulis amat berterima kasih kepada Shaharuddin yang bersifat profesional terhadap wartawan yang berada di mahkamah tempoh hari.

Dia yang enggan memberi sebarang komen meminta maaf secara baik kerana memahami wartawan hanya mencari makan, tetapi pada masa yang sama dia perlu menjaga hati isteri yang sememangnya perlu diutamakan.

Najib Gesa Golongan Pekerja Sedia manfaat Peluang Baru

Posted: 01 May 2011 04:40 PM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan pekerja supaya mempersiapkan diri untuk meraih dan memanfaati peluang yang akan terhasil daripada cita-cita nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Beliau berkata matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan membawa manfaat kepada semua rakyat dan ia memerlukan golongan pekerja bertaraf dunia.

"Malaysia yang maju akan memerlukan pekerja yang mempunyai daya produktiviti, daya saing, keanjalan kemahiran dan berpengetahuan tinggi.

"Tidak dapat dinafikan bahawa transformasi negara dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam tempoh lima dekad dimungkinkan oleh para pekerja Malaysia yang dinamik dan berproduktiviti tinggi," kata Perdana Menteri dalam blog www.1malaysia.com.my hari ini, sempena sambutan Hari Pekerja esok.

Najib berkata kerajaan telahpun meletakkan segala asas transformasi kerajaan serta ekonomi yang diperlukan untuk merealisasikan matlamat ini.

"Walaupun demikian, tanpa sokongan dan komitmen oleh para pekerja, wawasan ini akhirnya akan hanya tinggal impian semata-mata," katanya.

Beliau menegaskan negara Malaysia maju akan menyaksikan peningkatan kualiti infrastruktur asas yang disediakan kerajaan.

"Anak-anak kita akan mendapat akses kepada perumahan, perkhidmatan perubatan dan pendidikan yang lebih baik namun untuk semua ini menjadi realiti memerlukan kita menyingsing lengan mengukuhkan tekad serta melipatgandakan lagi usaha," katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua para pekerja Malaysia.

"Saban tahun kita menyambut hari yang amat bermakna ini sebagai pengiktirafan terhadap jasa-jasa para pekerja dalam membangunkan negara Malaysia yang tercinta," katanya.

Tiada ulasan: