Khamis, 19 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Wikileaks Dedah 19 ‘Aktor Pengaruh’ dalam Kitar Politik Najib

Posted: 19 May 2011 07:02 AM PDT


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

"Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan," kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:


• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;


• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;


• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);


• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;


• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;


• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;


• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;


• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;


• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;


• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;


• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;


• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;


• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan


• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

P/s: Habis terbarai.

Anwar Dapat Mengecam Pelakon Video Kosnpirasi Porno Seri Carcosa Negara?

Posted: 19 May 2011 05:00 AM PDT

 
TMI melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin dapat mengenal pasti pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya tentang skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.

"Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha," katanya.

Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa "Datuk T".

Apabila ditanya sama ada beliau bersalah, Anwar walau bagaimanapun kelihatan marah terhadap seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video itu, hasil analisis yang dibuat kononnya oleh pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Pengunjung atas talian Nik Abdul bertanya, "Datuk Seri: Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan AS mengesahkan bahawa individu dalam video seks mirip anda? Adakah anda berpendapat ia juga konspirasi?"

Dalam responsnya, Anwar dengan sinis berkata, "contoh tipikal bagaimana orang macam anda boleh terpengaruh dengan media Umno. Pakar mana? Mengapa tidak mereka telus?"

Seperti yang saya siarkan petang tadi, seorang pengunjung dengan nama samaran "Dr MiM" (saya agak blogger UMCO) bertanya, "DSAI, apakah rasional mengelak daripada menunjukkan jam Omega kepada media dan publik? Secara logik, langkah mudah ini akan mengatasi isu moral anda."

Anwar menjawab, "Apa isunya? Pertama, Eskay mendakwa bahawa jam itu diberikan oleh seorang putera Saudi. Kemudian, jam itu dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Apa perlunya saya membuat penjelasan?"

Penyokong BN, Kata Yahooo, Elektrik Bakal Naik

Posted: 19 May 2011 04:28 AM PDT


Sebelum ini kecoh fasal harga RON 95  akan diselaraskan pada bulan depan. Timbul persoalan, mengapa tidak diselaraskan sekarang? Adakah kerana kejatuhan harga minyak dunia pada waktu ini? Namun teka teki itu terjawab apabila Nanyang Siang Pau memetik sumber tertentu mendakwa kerajaan berkemungkinan tidak menaikkan harga RON95 kerana bimbang akan protes dan kemarahan rakyat. 

Selain ura-ura kenaikan harga RON 95, PKR mendakwa Kerajaan BN akan memansuhkan penggunaan RON95 selepas PRU ke-13 nanti. Jika keadaan itu terjadi, rakyat terpaksa membayar harga minyak lebih daripada RM2.90 seliter. Yang patut rakyat tahu ialah  kerajaan melalui PETRONAS menyediakan subsidi buat Jana Kuasa Bebas (IPP) dan industri lain sejumlah RM19 billion setiap tahun. Apabila mengetahui betapa istimewanya syarikat kroni IPP di mata kerajaan BN, maka anda sewajarnya menilai semula keprihatinan kerajaan BN terhadap anda, rakyat marhaen.

Hari ini seperti yang dilaporkan akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, kenaikan tarif elektrik akan diumumkan pada 25hb Mei ini. Seperti yang ditulis di atas, kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, harga petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikan tarif elektrik terhadap kerajaan dikatakan lebih kecil berbanding dengan kenaikan harga petrol RON95, dakwa sumber daripada jemaah menteri itu. Menurut laporan itu, kerajaan telah meluluskan kenaikan tarif berkenaan juga. Kenaikan ini sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. 

P/s: Pagi tadi, saya terbaca fasal kebocoran jumlah gaji yang didakwa diterima oleh menteri dan timbalan menteri. Masing-masing menerima lebih RM50 ribu sebulan. Bukan itu sahaja, imbuhan dan kemudahan mewah yang lain turut diberikan kepada mereka. Lagi menyakitkan hati, mereka didakwa dikecualikan membayar bil utiliti, yang semakin membebankan rakyat.

Saya tidak mahu menilai kebodohan pengundi BN pada setiap pilihan raya. Yang saya geram, kebodohan mereka  menjejaskan hidup kita.

Namanya Naemah, Beraksi di Majalah "Separa Lucah" Malaysia

Posted: 19 May 2011 02:00 AM PDT


Saya sudah "hitamkan" kawasan berahi itu. Jika tidak, ada yang menggigil melihatnya. Dalam hal ini, kita berasa hairan kerana majalah yang menyiarkan gambar seperti ini masih dibenarkan beroperasi, sedangkan paparannya boleh memberikan kesan negatif baik kepada artis mahupun remaja dan masyarakat secara umum.

P/s: Pak Menteri, jangan tengok sahaja, bertindak! Bila mahu haramkan majalah lucah ringan Malaysia ini?

[Video] Ibu Sengaja Langgar Anak Perempuannya

Posted: 19 May 2011 12:52 AM PDT


DM menyiarkan berita seorang ibu melanggar anak gadisnya ketika kedua-dua beranak itu dilihat sedang bertengkar. Kejadian yang berlaku di kawasan parkir sebuah pasar raya itu berjaya dirakam oleh sebuah kamera.

 Remaja perempuan berusia 19 tahun kelihatan terjatuh selepas dilanggar dengan sengaja oleh ibunya di kawasan parkir Walmart in Ohio.

Tonton video di bawah ini.

Video:



Anwar Ibrahim Jawab "Misteri Jam Omega" Blogger Pencacai UMCO di Yahoo! Malaysia "Question Time"

Posted: 18 May 2011 09:52 PM PDT



P/s: Siapa DR MiM? Tanya Google. Saya tertarik jawapan yang diberikan oleh DSAI. Tepat dan memerangkap. Persoalannya, adakah blogger kaki fitnah ini akan menulis jawapan yang diberikan oleh DSAI di blognya?

[Lucu] Gadis Dicekup Khalwat Baca "Al-Fatihah" Sebaik Pintu Bilik Dibuka

Posted: 18 May 2011 09:05 PM PDT


Saya petik:

[SH] PETALING JAYA – Akibat terkejut dicekup penduduk kerana berkhalwat, seorang gadis terus membaca surah Al-Fatihah sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.

Perkara itu berlaku ketika gadis berumur 20 tahun itu dan pasangannya yang berusia 17 tahun ditahan berdua-duaan dalam sebuah rumah di Apartmen Idaman, di sini kira-kira jam 1 pagi semalam.

Pasangan itu berasal dari Kelantan dan mendakwa hendak bertunang tidak lama lagi.
 
Ketua Biro Keselamatan Apartmen Idaman, Azmi Ardi berkata, tangkapan itu dilakukan bersama Imam Masjid Al-Muhtadin, ketika pasangan itu baru memasuki rumah tersebut.

"Aduan diterima dari jiran-jiran mereka. Kita periksa dan temui pasangan ini dalam sebuah bilik berkunci," katanya

Menurutnya petugas menunggu hampir lima minit sebelum pintu bilik itu dibuka.
 
"Pasangan ini merayu dilepaskan, tetapi untuk memberi kesedaran, kita tahan mereka sebelum memanggil keluarga mereka," katanya.

Difahamkan remaja lelaki itu bekerja di kedai menjual daging ayam, manakala gadis itu sedang mencari pekerjaan. 

P/s: Sudah kantoi baru ingat Tuhan.

[Video]"Pengantin" Cuba Bunuh Diri Selepas Teman Lelaki Putuskan Hubungan

Posted: 18 May 2011 07:11 PM PDT


Saya petik:
[Kosmo] CHANGCHUN - Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di sini kerana mahu membunuh diri kelmarin.

Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan.

Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan yang pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut.

Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa. - Agensi

[Video] Seruan Jihad Ibrahim Katak, Gelar Anwar "Anak Haram", Nik Aziz "Bengong", Bayangkan Anwar Gay

Posted: 18 May 2011 05:00 PM PDT


Video:

P/s: Dia kata "Dosa saya tanggung sendiri!" Saya kata "Selamat menanggung dosa!" 


Berkomunikasi Secara Langsung dengan Ketua Pembangkang Hari Ini

Posted: 18 May 2011 04:30 PM PDT


Saya petik:

Makluman Media:
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan rakyat Malaysia yang pertama dijemput sebagai panelis segmen interaktif Yahoo! Malaysia 'Question Time. Segmen tersebut akan bermula pada hari Khamis 19hb Mei 2011 pada jam 11.30 pagi. Dato' Seri Anwar akan meluangkan masa hampir 1 jam bersama warga cyber menerusi platform "Cover It Live" di mana warga cyber dapat berkomunikasi dengan Dato' Seri Anwar secara langsung. Editor Yahoo! Malaysia akan bertindak sebagai fasilitator.

Sila klik di sini untuk ke platform Cover It Live: http://my.news.yahoo.com/questiontime/

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT


Tiada ulasan: