Khamis, 26 Mei 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Demo PERKASA sokong SPR 9 Julai ini - Ibrahim Ali.

Posted: 25 May 2011 08:46 PM PDT

26 Mei, Pasir Mas - PERKASA akan menganjurkan perhimpunan menyokong SPR di Kuala Lumpur pada 9/7/11." Kata Ibrahim Ali kepada pemberita di kediamannya hari ini.

"Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun pepecahan mereka berjaya disatukan melalui kerja-kerja belakang tabir SPR. Undi Melayu yang pecah itu berjaya disatukan, walau Melayu tidak mahu. Semua inilah yang menjamin ketuanan Melayu selama sejak merdeka." Jelasnya lagi.

Berikutan itu, wajib PERKASA mempertahankan SPR. PERKASA menjangkakan perhimpunan pada 9/7/11 itu dihadiri oleh 700 000 ahli-ahlinya diseluruh negara.

"KIMMA telah berjanji akan membekalkan nasi bungkus dan air sirap untuk setiap peserta." - Agensi Berita Fakap.



Tiada ulasan: